BAGI GOLONGAN YANG NAIK KETA LAJU 4X4 ...HIMPIT ORANG..BUAT KETA KELUARGA DAN BUKAN KERETA UNTUK BEKERJA....NAH , KAMU BOLEH DAH NAIK DAN TAYANG KERETA KAMU YANG HEBAT TU. MAKI KERAJAAN SIANG MALAM.....DAPAT DAH...DULU KERAJAAN BAGI TAU DAH....TAHAN SEKEJAP....BUAT SEMENTARA SEHINGGA KEADAAN TENANG DAN PENYELESAIAN PERANG DI TELUK......JENIS BACA TAK FAHAM.....ALMAKLUM....KERETA BESAR , OTAK KECIK.

FOTO BERITA: Program Turun Padang YB Menteri KPDN sempena pelaksana BUDI Diesel di Stesen Shell, Presint 18 Putrajaya. Sabtu, 27hb Jun 2026 (Gambar: UKK KPDN)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meninjau tahap kesiapsiagaan Stesen Shell Presint 18, Putrajaya bagi pelaksanaan bantuan subsidi bahan api rakyat menerusi mekanisme BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang akan berkuat kuasa sepenuhnya di seluruh negara bermula 1 Julai ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini meninjau tahap kesiapsiagaan Stesen Shell Presint 18, Putrajaya bagi pelaksanaan bantuan subsidi bahan api rakyat menerusi mekanisme BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang akan berkuat kuasa sepenuhnya di seluruh negara bermula 1 Julai ini.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, tinjauan itu merupakan susulan kepada lawatan KPDN ke stesen PETRONAS pada 15 Jun lalu bagi memastikan syarikat minyak bersedia melaksanakan mekanisme baharu penyasaran subsidi diesel. Beliau berkata, bermula hari ini pelaksanaan secara rintis dilaksanakan di stesen minyak di Semenanjung Malaysia bagi menguji kestabilan sistem, dengan penerima yang layak menikmati diesel pada harga runcit RM2.15 seliter. Harga subsidi BUDI Diesel sebanyak RM2.10 seliter pula akan berkuat kuasa mulai 1 Julai.

Menurutnya, tinjauan memberi tumpuan kepada kestabilan sistem transaksi, proses pengesahan menggunakan MyKad dan aplikasi digital syarikat minyak, latihan kepada petugas serta aspek perkhidmatan pelanggan bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar apabila dilaksanakan sepenuhnya nanti.

“Melalui BUDI Diesel, rakyat Malaysia yang layak akan menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter di stesen minyak menggunakan pengesahan MyKad atau aplikasi digital syarikat minyak. KPDN komited memastikan rakyat mendapat akses kepada subsidi bahan api secara lancar, selamat dan mesra pengguna,” katanya.

Beliau berkata, hasil kerjasama kerajaan dan industri, sebanyak 10 syarikat minyak iaitu PETRONAS, Shell, Petron, Caltex, BHPetrol, Five, Smart Stream, Xcel, PETROS dan IPTB telah mengesahkan kesiapsiagaan masing-masing bagi melaksanakan BUDI Diesel.

Secara keseluruhannya, sebanyak 4,146 stesen minyak di seluruh negara kini bersedia untuk pelaksanaan penuh mekanisme tersebut sebagai sebahagian daripada usaha penyasaran subsidi bahan api. Dalam perkembangan berkaitan, Armizan berkata Mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 Jun turut membincangkan status pelaksanaan penyasaran subsidi bahan api melalui BUDI Diesel, BUDI95, Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) dan Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS).

Katanya, Perdana Menteri mengarahkan beberapa penambahbaikan dilaksanakan bagi memastikan pelaksanaan dasar itu mengambil kira maklum balas rakyat, kos sara hidup, pengurusan risiko ketirisan serta kedudukan fiskal negara.

Antara penambahbaikan yang dipersetujui ialah peluasan subsidi diesel kepada peniaga kecil yang memiliki kenderaan diesel jenis jip dan pikap yang didaftarkan atas nama perniagaan di bawah kategori kegunaan persendirian perniagaan.
Selain itu, kerajaan turut bersetuju menyemak semula kadar kuota tetap bagi beberapa kategori kenderaan pengangkutan barangan di bawah SKDS dengan mengambil kira faktor seperti Berat Dengan Muatan (BDM), kapasiti enjin, kategori lori, tahap penggunaan bahan api serta corak operasi kenderaan.

Beliau berkata KPDN bersama Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan telah diarahkan mengambil tindakan susulan segera bagi melaksanakan keputusan Jemaah Menteri, termasuk menambah baik dan mengintegrasikan sistem sedia ada supaya pelaksanaan penyasaran subsidi bahan api dapat berjalan dengan lebih berkesan dan memberi manfaat kepada golongan yang benar-benar layak.












