Modus Operandi Fitnah PAS.



Aman Muhamad



1. Masuk PAS, jadi pemimpin atau ulamak PAS.


2. Sebar fitnah di atas pentas ceramah politik PAS, kononnya IPTA jual tempat sampai 30,000 pelajar layak tercicir.


3. Tak perlu risau pasal dosa, sebab ajaran songsang Presiden PAS ialah, "wajib bohong demi maslahat".


4. Fitnah itu sebar meluas oleh ejen-ejen syaitan penyambung lidah fitnah, iaitu walaun.


5. Lalu walaun cabar, "kalau tak betul, mana kenyataan nafi?".


6. KPT dan IPTA keluar kenyataan penafian.


7. Walaun kata lagi, "kalau tak betul, buatlah repot polis, bawalah ke mahkamah".


8. KPT dan IPTA tuntut Haim tunjuk bukti


9. Haim enggan tunjuk bukti, tapi dia pula suruh KPT yang siasat apa yang dia fitnah.


10. KPT dan IPTA buat laporan polis.


11. Haim kata, "Saya sedia ke mahkamah, akan jawab dengan fakta".


12. Walaun inzal dan bertakbir, "terbaik Dr Haim, ini baru berani".


13. Alhamdulillah, Allah makbulkan kehendak Haim, akhirnya Haim dibawa ke mahkamah.


14. Walaun mula meroyan dan play victim, "ini kerajaan zalim! pendakwaan terpilih! kenapa tak dakwa orang lain juga!"


Allahu....


Kesimpulan.


PAS dan Fitnah berpisah tiada.


Semoga Allah memberikan azab yang pedih kepada pemimpin PAS yang memfitnah universiti awam di akhirat kelak.


amin ya Allah.

🤲





SENJATA MAKAN TUAN.








20,000 biji motorsikal Dari Kedah, 10,000 Dari Kelantan, 5,000 Dari Terengganu akan bersolidariti bersama Dato Prof Dr Haji Haim Hilman, ni belum termasuk unit kereta kebal yang berpengkalan di Sg.Petani Kedah - Ustaz Mat Idris Al Saguni





Kelakar pulak.



Menggelupur habis UMNO bila veteran UMNO 𝗣𝘂𝗮𝗱 𝗭𝗮𝗿𝗸𝗮𝘀𝗵𝗶 dakwa 𝗢𝗻𝗻 𝗛𝗮𝗳𝗶𝘇 dan UMNO Johor adalah 𝗯𝗼𝗻𝗲𝗸𝗮 𝗶𝘀𝘁𝗮𝗻𝗮. Laju dorang buat report polis.


Pilihlah nak percaya atau tak dakwaan Puad tu. Aku rasa otai Johor tak susah nak nilai dakwaan Puad tu logik atau tidak.


Tapi yang bestnya, Puad tu orang UMNO. Bukannya pemimpin 𝗗𝗔𝗣. Puad bukan baru sehari dua duduk dalam UMNO. Dulu, kini dan selamanya UMNO. Dia memang 𝘁𝗼𝘁𝗼𝗸 𝗨𝗠𝗡𝗢.


Dan faktanya lagi, Puad tu 𝘀𝗽𝗲𝗮𝗸𝗲𝗿 𝗗𝗨𝗡 pada sesi penggal yang lepas. Bukan kecik anak. Agak rapat la dengan MB. Kiranya kalau jadi saksi mahkamah, dia ada 𝗸𝗿𝗲𝗱𝗶𝗯𝗶𝗹𝗶𝘁𝗶.


Tapi macam biasa, UMNO memang laju pusing isu. Macam kes 1MDB dulu. Laju reka cerita nak cover 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 𝘀𝗮𝗸𝗮𝘂. Seboleh-boleh nak buat macam betul ada 𝗽𝗮𝗸 𝗮𝗿𝗮𝗯 𝗴𝗶𝗹𝗮 nak bagi dia duit banyak tu.


Terus terungkit cerita Puad nak anak dia jadi calon. Cerita tu mungkin betul tapi 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯 dakwaan yang Puad lemparkan. Sebab dakwaan Puad besar sangat implikasinya.


Puad nak jamin masa depan anaknya dalam politik. Buat dakwaan begitu terhadap UMNO, kaitkan pulak istana Johor, boleh gelap terus masa depan budak tu.


Puad bukan tak tahu benda ni. Mungkin betul dia bengang anaknya tak jadi calon. Tapi perkara tu je tak cukup untuk dia 𝗸𝗮𝗺𝗶𝗸𝗮𝘇𝗲𝗸𝗮𝗻 masa depan politik anaknya.


Tapi begitulah UMNO. Dalam kepala mereka cuma ada kuasa. Sebab kuasa boleh berikan harta. Dan untuk itu, buat apa pun sanggup. Halal belaka.


Aku tak memihak kepada sesiapa. Benda dah jadi kes polis. Biarlah polis buat siasatan. Tapi payah gak polis nak buktikan Puad bercakap benar atau tidak.


Cuma satu lagi, UMNO memang 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮𝗸. Najib anak Razak. Hishamuddin anak Hussein Onn. Hussein Onn anak Onn Jaafar. Onn Hafiz pulak anak sedara Hishamuddin. Nur Jazlan anak Mohammed Rahmat (mantan SUA UMNO di zaman Mahathir). Panjang lagi kalau nak senaraikan.


Mewariskan kerusi kepada anak tu perkara biasa je dalam UMNO. Kalau anak dia tu memang layak ok la. Tapi yang 𝘀𝗲𝗻𝗴𝗮𝗹 semacam pun boleh jadi pemimpin utama atas nama bapaknya.


Aku ok je benda ni. Cuma jadi kelakar bila tengok budak mentah dalam UMNO yang tak berapa tahun main politik nak nafikan hakikat ni. Rasa kesian pun ada. Budak mentah tu nampak sangat tak kenal pun parti yang di agungkan tu.


So rakyat Johor, tengoklah sendiri. Nak cari orang gila kuasa, memang UMNO la tempatnya. Nak pilih UMNO? Kalau nak tengok kekayaan negeri berlegar di kalangan pemimpin dan keluarga mereka macam dulu, undi la UMNO. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.




KO TANYA LA KAWAN KO..DIA YANG KELUAR KENYATAAN..APA LA DI NI....MEMALUKAN UMNO..



 Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pihak yang sebenarnya menghalang Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi masuk ke kawasan FELDA.




Desakan sama turut dibuat beliau terhadap Pengarah FELDA, selepas Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan ada mengeluarkan arahan atau halangan sedemikian.


#malaysiagazette


berita lanjut layari www.malaysiagazette.com




KENYATAAN MEDIA 24 JUN 2026 | RABU






HORMAT WANITA: HENTIKAN EKSPLOITASI SEKSUAL DAN GENDER


Saya memandang serius budaya di media sosial yang gemar memanipulasi gambar atau rakaman video melibatkan wanita untuk dijadikan bahan jenaka, sindiran, komen lucah atau serangan peribadi.


Baru-baru ini tular rakaman yang memaparkan YB Fadhlina Sidek dan YB Ramanan menari dalam suasana santai sebuah program. Namun apa yang lebih membimbangkan ialah kemunculan pelbagai komen dan naratif yang cuba memfokuskan kepada aspek fizikal, hubungan peribadi atau persepsi tidak senonoh terhadap wanita yang terlibat.


Perkara seperti ini tidak seharusnya dinormalisasikan.


Wanita mempunyai hak untuk berada di ruang awam, menghadiri program dan berinteraksi dengan masyarakat tanpa perlu menjadi sasaran komen berbaur seksual atau penghinaan terhadap maruah diri mereka.


Perbezaan pendapat politik tidak pernah menghalalkan sesiapa untuk menjadikan wanita sebagai bahan cemuhan, objek seksual atau sasaran serangan yang tidak berkaitan dengan prestasi dan tugas mereka.


Kita boleh berbeza pandangan. Kita boleh mengkritik dasar dan pendirian politik. Tetapi kita tidak boleh membenarkan budaya yang merendahkan martabat wanita terus berkembang dalam masyarakat.


Sebagai seorang wanita dan pemimpin politik, saya berdiri teguh menolak segala bentuk gangguan seksual, eksploitasi imej wanita serta budaya sexualizing women sama ada dalam dunia sebenar mahupun di media sosial.


Marilah kita membina politik yang matang, beradab dan menghormati maruah setiap insan.


Hormat Wanita. Lindungi Maruah Wanita. Jangan Sexualize Wanita.


Rozy Razit

Calon N01 Buloh Kasap

Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor

Ketua Wanita KEADILAN Cabang Pasir Gudang

EXCO Wanita KEADILAN Malaysia





REZEKI DIA.

 


Walau pun ambo sokong Dap, tapi malangnya ambo tak pernah ditawarkan kerja bawah Dap, padahal ambo ustaz juga...





NOHH HAIHHH.,

 



Selesai Majlis Pengumuman calon parti Islam PAS Johor, Ustaz diberi penghormatan memeriksa kawad tentera Amal PAS, terima kasih atas layanan baik semua, Ustaz akan balik ke Pahang ( rumah isteri ketiga) sebentar lagi - Ustaz Mat Idris Al Saguni