DATA LIM SENDIRI MENJERAT LIM SIAN SEE



Ahmad Faizuddin







"Saya tak pilih tahun 2026. Lim yang pilih." 😆


Lim Sian See kini membawa angka pelaburan Johor tahun 2022 sebanyak RM70.6 bilion dan bertanya sama ada itu juga jasa PMX ketika menjadi pembangkang.


Jawapan saya mudah.


Saya tidak pernah mendakwa semua pencapaian Johor bermula pada 24 November 2022.


Tetapi saya juga pelik kerana poster asal Lim sendiri menggunakan data:


• KDNK 2025


• Pelaburan 2025


• Pendapatan isi rumah 2024


• Gaji sektor formal 2025


• Pertumbuhan pekerjaan sehingga Q1 2026


Semua ini berlaku ketika Anwar Ibrahim sudah menjadi Perdana Menteri.


Jadi mengapa apabila data 2025 dan 2026 menunjukkan Johor berkembang dengan pantas, tiba-tiba Lim mahu mengalihkan perbahasan kepada angka tahun 2022?


Kalau pelaburan tahun 2022 mahu dikreditkan kepada kerajaan terdahulu, silakan.


Tetapi bagaimana pula dengan:


✓ Pelaburan Johor RM110 bilion pada 2025


✓ Pertumbuhan pekerjaan sehingga Q1 2026


✓ Kenaikan gaji sektor formal sehingga 2025


✓ Kenaikan pendapatan isi rumah sehingga 2024


✓ Pertumbuhan KDNK yang Lim sendiri paparkan


Semua itu berlaku ketika kerajaan MADANI memerintah.


Atau logik Lim sekarang ialah:


Angka sebelum November 2022 = jasa kerajaan terdahulu.


Angka 2023, 2024, 2025 dan 2026 = masih juga jasa kerajaan terdahulu.


Kalau begitu kerajaan semasa hanya layak menerima salah, tetapi tidak pernah layak menerima walau sedikit kredit.


Yang menariknya, data sehingga tahun 2026 pun Lim sanggup gunakan untuk menyokong hujahnya.


Tetapi apabila orang bertanya siapa Perdana Menteri sepanjang tempoh data yang beliau sendiri gunakan, tiba-tiba soalan itu dianggap tidak relevan.


Itulah yang saya panggil pilih data ikut kesesuaian naratif.


"Data 2024, 2025 & 2026 digunakan. Tetapi bila ditanya siapa PM dalam tempoh itu, tiba-tiba 2022 pula jadi isu 🥳🥳🥳🥳

Ok sekarang Sy letak gambar uncle yang paling kacak sekali Tau 🥰🥰🥰




DATA







Selain Undang-Undang, benda ni pun sis suka. 

Baca taktik politik dan telahan pilihanraya. 


Ketika PRU15, 1/2 minggu sebelum tu kita dah jangkakan tiada parti yang akan menang secara dominan. Sis juga tulis dan berkempen untuk wujudkan Kerajaan Perpaduan. 


Itu yang terjadi dan the rest is history. 


PRN Johor kali ini menarik sekali. Semuanya fluid. Setiap hari sentimen berbeza. Hanya kita boleh telah/ jangka numbers dekat dengan pilihanraya. 


Makanya mari lah kita studi. Nanti ada masa sis tulis bab ni lagi. 


~LM~ 


Tq ISLAH. Mohon pinjam poster.




MB JOHOR: FELDA OKEY KE?









1. Portfolio FELDA dibawah YAB Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Diraja Dr. Zahid Hamidi  merangkap Presiden UMNO. Timbalan Menteri diberi tanggungjawab kepada YB Dato' Seri Dr. Ahmad Maslan merangkap MKT UMNO. Pengerusi FELDA merupakan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek.


2. Mengikut Akta 474, Pengerusi FELDA ada kuasa eksekutif dalam menjalankan arahan kepada seluruh operasi FELDA. Akta GSA 1960 memberi pernyataan kuasa Menteri Besar sebagai Pihak Berkuasa Negeri yang boleh mengatasi beberapa perkara berkenaan tanah dan pemberian hak milik.


3. Agak menyedihkan bagi pihak YAB MB Johor Dato' On Hafiz Ghazi apabila telah berlaku beberapa peristiwa seolah FELDA "TAK OKEY" dengan beliau. Walaupun diperingkat persekutuan, FELDA dibawah penguasaan UMNO/BN, ia seolah tidak menyebelahi MB Johor.


4. Jika kita semak sepanjang Kerajaan Perpaduan menghadapi beberapa siri pilihanraya bermula di PRK Kemaman, PRK Pelangai dan PRN Sabah, Pengerusi FELDA menjadi Panglima Besar menawan kawasan FELDA. Berminggu malah berbulan Pengerusi akan turun dan berkampung di rancangan FELDA yang terlibat dalam pilihanraya. Mengapa PRN Johor kali ini nampak seolah Pengerusi FELDA kaku, malah hilang dari radar. Lebih teruk lagi, seolah MB Johor diberi tekanan dari pihak FELDA yang diterajui pimpinan UMNO sendiri.


5. Agak pelik, di Negeri Sembilan berbeza layanan yang diberikan. YB Jalaludin Alias yang hanya mantan Exco Negeri, boleh masuk ke tanah rancangan FELDA untuk berkempen. Tiada halangan sebagaimana  MB Johor dan ketika zaman BN memerintah parti pembangkang dihalang masuk ke pintu-pintu rancangan FELDA. 


6. Mungkin MB Johor boleh menyemak kembali apa sebenarnya yang berlaku. Punca kuasa dalam FELDA semuanya dipegang oleh pemimpin UMNO/BN. Pelik dan janggal apabila orang yang memegang punca kuasa mendakwa dirinya dihalang oleh "tangannya" sendiri.


7. Warga FELDA pastinya tidak mahu mereka dijadikan mangsa pertaruhan politik. Mereka mahu nasibnya dibela, haknya ditunaikan dan mereka mampu memilih yang terbaik dalam pilihanraya.


Ridhuan Esa 

23 Jun 2026





𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗗𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗬𝗔! 𝗜𝗡𝗜 𝗙𝗔𝗞𝗧𝗔 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥




 🔵🔴






​Banyak khabar angin yang bertiup kencang kononnya Johor dianaktirikan oleh Kerajaan Persekutuan. Jom kita semak fakta sebenar, bukan auta!


​𝗠𝗶𝘁𝗼𝘀 𝟭: Johor sumbang RM40 bilion kepada Persekutuan?


​❌ SALAH! Faktanya, sumbangan sebenar adalah RM14 bilion.


​𝗠𝗶𝘁𝗼𝘀 𝟮: Johor cuma dapat RM2 bilion?


​❌ SALAH! Di bawah pentadbiran PM Anwar Ibrahim, Johor menerima RM14.6 bilion—peningkatan sebanyak 43% berbanding zaman PM terdahulu (RM10.2 bilion).


​𝗠𝗶𝘁𝗼𝘀 𝟯: RM14.6 bilion itu sikit?


​❌ SALAH! Johor adalah penerima peruntukan TERTINGGI di Semenanjung Malaysia, mengatasi Selangor, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan.


​𝗠𝗶𝘁𝗼𝘀 𝟰: Kerajaan Pusat selalu lengahkan projek Johor?


​❌ SALAH! Projek RTS Link disambung semula dengan lancar, manakala Landasan Kempas–Pasir Gudang yang sepatutnya siap dalam 24 bulan, berjaya disiapkan dalam masa 6 bulan sahaja!


​𝗠𝗶𝘁𝗼𝘀 𝟱: Tiada projek baharu di bawah Madani?


​❌ SALAH! Antara projek baharu mega termasuklah Elevated Autonomous Rapid Transit (RM10 bilion), Hospital Sultanah Aminah 2 (RM3.5 bilion), Hospital USM di Sedili (RM1 bilion), serta pembinaan sekolah dan klinik kesihatan baharu.


​Johor terus maju dan sejahtera bersama Kerajaan Perpaduan. Lebih telus, lebih adil, lebih untuk Bangsa Johor! 🤝✨


​#JohorMaju #KerajaanPerpaduan #FaktaJohor #BangsaJohor #DemiJohor