Arul Kumar Jambunathan.
Anwar Ibrahim berjaya mewujudkan hubungan baik Malaysia dengan kuasa-kuasa besar dunia.
Ya, setiap pemimpin mempunyai kelemahan dan kekurangan. Malah, perkara itu turut diakui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Namun, satu atau dua kelemahan tidak seharusnya menenggelamkan segala usaha dan pencapaian yang telah dilakukan.
Malaysia ialah sebuah negara perdagangan terbuka yang memerlukan hubungan baik dengan semua kuasa besar dunia. Tanpa hubungan diplomatik dan ekonomi yang kukuh, sukar untuk negara terus berkembang dan maju.
Dalam tempoh lebih tiga tahun mentadbir negara, Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, China, India, Russia, Brazil, Aftika Selatan dan banyak lagi. Langkah ini penting untuk memperkukuhkan kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa.
Dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu, konflik peperangan yang berterusan dan pelbagai cabaran lain, beliau berusaha memimpin negara untuk menghadapi situasi tersebut sebaik mungkin. Sudah tentu ada pihak yang masih mengkritik dan tidak bersetuju, tetapi itu adalah lumrah dalam sebuah negara demokrasi.
Persoalannya, dalam keadaan hari ini, jika bukan Anwar Ibrahim yang menjadi Perdana Menteri, siapakah tokoh lain yang mempunyai pengaruh dan pengiktirafan yang setanding di peringkat antarabangsa?
Sepanjang lebih tiga tahun memimpin negara, beliau telah membawa pelbagai inisiatif dan mengangkat semula imej Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati di persada dunia, bukannya dikenali dengan imej kleptokrasi.
Antara perkara yang sering diketengahkan sebagai pencapaian kerajaan ialah:
• Nilai Ringgit menunjukkan pengukuhan berbanding dolar Amerika Syarikat berbanding ketika awal pentadbiran beliau. Hari pertama Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri USD 1 = RM 4.70 dan hari ini USD = RM 4.00. Nilai mata wang ringgit terus naik. Jika Perdana Menteri bukan Anwar Ibrahim saya boleh katakan hari ini USD 1 = RM 5.00.
• Pelaburan domestik dan asing terus mencatat peningkatan, termasuk kelulusan pelaburan yang tinggi, yang dijangka membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat. Tahun 2025 jumlah pelaburan RM 427 Billion dan palinntinggindalam sejarah Malaysia.
• Kerajaan berjaya mengurus cabaran berkaitan bekalan dan harga tenaga di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik dunia, sambil mengekalkan subsidi bahan api untuk rakyat. Dalam tempoh 3 bulan berlaku peperangan Malaysia masih mempunyai bekalan minyak sedangkan negara-negara jiran ada yang temah tutup stesen minyak dan ada negara tidak ada bekalan minyak pun..
• Program bantuan kepada golongan berpendapatan rendah seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) terus diperkukuhkan bagi membantu rakyat menghadapi kos sara hidup.
Sumbangan Tunai Rahmah dinaikkan dan paling penting keluarga berpendapatan rendah setiap bulan menerima bantuan kewangan melalui program SARA sehingga RM 200 untuk membeli barangan keperluan.
Ada banyak lagi........
Walaupun masih banyak perkara yang perlu diperbaiki, adalah adil untuk menilai seseorang pemimpin berdasarkan keseluruhan prestasi dan pencapaiannya, bukan hanya berdasarkan kelemahan tertentu. Malaysia memerlukan kestabilan, hubungan antarabangsa yang baik dan dasar ekonomi yang mampu menarik pelaburan demi masa depan negara.













