NAK TAKUT ATAU RESAH KENAPA ? INI BARU BUAT KERJA..BENAMKAN AKAUN FITNAH DAN PALESU.

  

CnP


Pelantikan Syam Ghaz sebagai Ketua Pengarah JKOM yang baharu ternyata mula mencetuskan pelbagai reaksi, walaupun baru memasuki hari ketiga memegang jawatan tersebut.
Ada pihak melihat pendekatan beliau terlalu agresif dan mendakwa JKOM sedang dibawa keluar daripada fungsi asalnya sebagai agensi yang bertanggungjawab menjelaskan dasar, program serta pencapaian kerajaan kepada rakyat. Kritikan itu timbul susulan gaya komunikasi beliau yang lebih lantang, pantas memberi respons dan tidak lagi sekadar menunggu serangan sebelum bertindak.
Namun dari sudut lain, pendekatan tersebut mungkin lahir daripada realiti politik dan media sosial hari ini yang jauh berbeza berbanding beberapa tahun lalu. Dalam era perang persepsi yang berlaku setiap hari, naratif yang tidak dijawab segera sering dianggap benar oleh sebahagian masyarakat.
Prinsip “the best defence is offence” bukanlah sesuatu yang asing dalam dunia komunikasi politik. Ia membawa maksud mempertahankan kerajaan bukan sekadar dengan menjawab serangan, tetapi mengambil inisiatif menyerang fitnah, membongkar maklumat palsu dan membentuk naratif lebih awal sebelum lawan menguasai ruang perbincangan.
Hakikatnya, beberapa Ketua Pengarah JKOM sebelum ini lebih banyak menggunakan pendekatan defensif. Mereka menjawab apabila diserang, mengeluarkan penjelasan apabila timbul isu dan sering berada dalam keadaan “damage control”. Akibatnya, JKOM sendiri kerap menjadi sasaran kritikan dan dilihat sentiasa berada di belakang pihak lawan dalam perang persepsi.
Syam Ghaz nampaknya memilih jalan berbeza. Beliau mahu JKOM berada di hadapan gelanggang, bukan sekadar bertahan di penjuru gelanggang. Sebab itu muncul slogan seperti “Take Down, Benam dan Kutip” terhadap penyebar fitnah dan akaun palsu yang menyerang kerajaan.
Sudah tentu pendekatan ini mempunyai risiko. Jika terlalu agresif, JKOM boleh dituduh menjadi alat propaganda politik. Namun jika terlalu pasif, agensi itu akan terus dilihat gagal mempertahankan dasar kerajaan dalam ruang media sosial yang semakin ganas dan tidak bersempadan.
Apa yang penting, keseimbangan perlu dicari. Menjelaskan dasar kerajaan mesti kekal sebagai tugas utama JKOM, tetapi dalam masa yang sama agensi itu juga perlu mempunyai keupayaan menyerang balas fitnah, maklumat palsu dan manipulasi persepsi yang boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.
Buat masa ini masih terlalu awal untuk membuat penilaian muktamad terhadap Syam Ghaz. Namun satu perkara yang pasti, beliau sudah berjaya membuatkan ramai pihak bercakap tentang JKOM hanya dalam tempoh tiga hari pertama memegang jawatan. Itu sendiri menunjukkan pendekatan beliau berbeza daripada kebiasaan.





KEH KEH KEH.

 




Translated from Indonesian
Hahaha. When you've already said something out of line. Gotta do damage control because the fear is real. And using the same argument.. Reject BN. Not rejecting Malays. Reject PAS. Not rejecting Islam. BN is not a race. PAS is not a religion. It's just a political party.



DULU PEMIMPIN KAMUNYANG KALUT NAK SOKONG RONGHIYA....

 


The Greater Terengganu


Selepas orang Marang, kini orang Manir pula bangkit. 










Naik sepanduk merayu perhatian YB. Satu di Jeram, satu lagi di Kubang Jela. 


Manir adalah salah satu kawasan yang sangat terganggu dengan kehadiran Rohingya selepas Rusila. 


Suara rakyat meminta YB-YB Terengganu bersuara dan bertindak ini masih lembut. 


Tetapi ia mungkin takkan lembut selamanya. Buatlah sesuatu dengan keresahan hati rakyat ini. 


Memang betul kita tidak boleh menghalau Rohingya sesuka hati. Mereka tiada negara. Tetapi kita boleh mengawal dan melaksanakan pelbagai peraturan agar hak rakyat tidak diambil oleh pelarian ini


Imigresen boleh menyerbu premis yang menggajikan pendatang asing secara tidak sah. Tapi hanya kerajaan negeri yang boleh menggantung / membatalkan lesen premis perniagaan mengikut Akta Kerajaan Tempatan.


Adakah berani kita melakukan? 


Jangan beku dan selesa dengan amanah yang diberikan. Keutamaan adalah kepada kebajikan rakyat Terengganu bukannya berpolitik di negeri lain


📷 Group W


#MajuTerengganuKu





NAJIB TINGGALKAN SKANDAL, MUHYIDDIN TINGGALKAN KETIDAKTENTUAN, ANWAR MEMBINA SEMULA NEGARA

\\

 NAJIB TINGGALKAN SKANDAL, MUHYIDDIN TINGGALKAN KETIDAKTENTUAN, ANWAR MEMBINA SEMULA NEGARA

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim mewarisi negara yang berdepan cabaran fiskal, ketidakstabilan politik dan tekanan ekonomi. Melalui reformasi serta tadbir urus yang lebih baik, keyakinan pelabur kembali pulih, ekonomi terus berkembang dan hala tuju negara semakin jelas.
Malaysia hari ini sedang membina asas yang lebih kukuh demi kemakmuran rakyat dan masa depan negara.


Artikel menarik dari ketua penerangan keadilan pahang👍

 


NORMAN DAUD



Saya sempat mengikuti podcast FMT dan Tan Sri DR Chua soi lek tempoh hari, antara yang menarik perhatian saya mengenai unjuran kebangkitan PAS secara ‘by default’ akibat kelesuan politik pengundi Cina adalah satu hujah matematik pilihan raya (seat arithmetic) yang tidak boleh dipandang remeh.

Hipotesis beliau mudah..sekiranya pengundi bukan Melayu khususnya komuniti Cina mengalami kelesuan politik (political fatigue) lalu memilih untuk tidak keluar mengundi , maka imbangan perimeter di kawasan campuran akan runtuh, sekali gus menyerahkan kemenangan mudah kepada Perikatan Nasional (PN).
Kelesuan politik atau disillusionment yang dikesan oleh Dr. Chua dalam kalangan pengundi Cina sebenarnya bukan isyarat mereka beralih arah menyokong PN. Ia adalah manifestasi tuntutan mereka terhadap kecekapan tadbir urus (governance) dan kestabilan makroekonomi.
Kesilapan terbesar bagi mana-mana gabungan pemerintah adalah menganggap sokongan kelompok ini bersifat take-for-granted. Jawapan yang perlu diberi kepada kelesuan ini bukanlah momokan retorik kaum, tetapi pembuktian hasil reformasi struktur ekonomi yang sedang diusahakan hari ini.
Kita harus berani mengakui bahawa fasa transisi ekonomi negara di bawah Kerajaan Perpaduan ketika ini sedang melalui fasa penstrukturan semula yang amat mencabar. Langkah-langkah reformasi fiskal yang berani seperti rasionalisasi subsidi bersasar, peluasan asas cukai, dan pengukuhan nilai ringgit sedang berjalan demi menyelamatkan trajektori kewangan negara dalam jangka masa panjang.
Di peringkat akar umbi, impak pembetulan dasar fiskal ini pastinya memberi tekanan jangka pendek kepada kos sara hidup rakyat. Inilah punca sebenar berlakunya 'kelesuan' atau protes senyap yang dinyatakan oleh Dr. Chua.
Pengundi bandar dan pinggir bandar melihat unjuran angka pelaburan berbilion ringgit yang diumumkan di Putrajaya, namun mereka mahu melihat bagaimana angka makro tersebut diterjemahkan ke dalam mikropoket mereka sama ada melalui peningkatan kadar gaji sebenar (real wage growth) mahupun kestabilan harga barang keperluan asas.
Data pasaran membuktikan jika reformasi fiskal ini berjaya menstabilkan inflasi dan meningkatkan daya beli rakyat menjelang PRU16, unjuran kelesuan politik Dr. Chua akan meleset dengan sendirinya. Rakyat akan kembali ke peti undi bukan kerana takutkan PAS, tetapi kerana mereka yakin dengan hala tuju ekonomi negara.
Amaran Tan Sri Dr. Chua Soi Lek wajar diteliti sebagai sebuah loceng amaran (wake-up call) untuk jentera penerangan Kerajaan Perpaduan bertindak lebih agresif, tangkas, dan tuntas di peringkat akar umbi. Kita tidak boleh lagi membina naratif pertahanan berasaskan perimeter kaum atau tembok polarisasi lama.
Tugas KEADILAN dan rakan-rakan sekutu adalah merintis Politik Konvergensi (Merubuhkan Ruang Pemisah). Kita perlu turun menjelaskan kepada pengundi di kawasan campuran tanpa mengira kaum bahawa kestabilan politik yang kita tawarkan hari ini adalah prasyarat mutlak untuk membolehkan reformasi ekonomi berlaku.
Apabila kebajikan rakyat dijaga, sistem penyampaian diperkemas, dan peluang ekonomi diwujudkan secara adil, pengundi akan keluar beramai-ramai dengan penuh keyakinan. Kita akan mendepani PRU16 bukan dengan memanipulasi ketakutan rakyat, tetapi dengan menawarkan keyakinan berasaskan prestasi dan rekod kerja yang terbukti.

Suhaimi Ibrahim
KPen KEADILAN Pahang








PATUT KAJI

 

Che Ibrahim Mohamed






Barangkali sudah sampai masanya Kerajaan Madani mengkaji semula Akta Ahli Parlimen (Saraan ) 1980 terutama peruntukan berkaitan dengan pencen.

Mana mana Kerajaan Negeri yang tidak setuju dengan bayaran pencen kepada wakil rakyat pula boleh meminda Enakmen Saraan Ahli Dewan di negeri masing masing dengan memansuhkan bayaran pencen kepada Adun.
Memasukkan idea memansuhkan pencen kepada ahli politik termasuk pencen PM, Menteri, MB, Exco, wakil rakyat juga patut dijadikan teras kepada menifesto pembangkang.






Ekosistem Teknologi Berdaya Tahan Dipacu Hubungan Saling Melengkapi Jepun-Malaysia – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama di Forum Nikkei Jepun di Tokyo pada 10 Jun 2026. Foto RTM

TOKYO, 10 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, hubungan Malaysia dan Jepun yang saling melengkapi dalam sektor teknologi dan pembuatan berpotensi membina ekosistem teknologi yang lebih berdaya tahan ketika rantaian bekalan global berdepan pelbagai tekanan.

Perdana Menteri berkata, kedua-dua negara mempunyai kelebihan tersendiri yang boleh digembleng bagi memperkukuh kerjasama dalam sektor strategik, khususnya industri semikonduktor.

Menurutnya, kekuatan Malaysia dalam pemasangan, pengujian dan pembungkusan termaju semikonduktor melengkapi kepimpinan Jepun dalam bidang bahan, peralatan dan pembuatan berteknologi tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama di Forum Nikkei Jepun di Tokyo pada 10 Jun 2026. Foto Bernama

“Malaysia yang semakin kukuh dalam pemasangan, pengujian dan pembungkusan termaju semikonduktor melengkapi kepimpinan Jepun dalam bahan, peralatan dan pembuatan termaju.

“Bersama-sama, kita mempunyai peluang untuk membina ekosistem teknologi yang lebih berdaya tahan dan bersepadu ketika rantaian bekalan berdepan tekanan yang semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Nikkei ke-31: Masa Depan Asia bertajuk Mendepani Ketidaktentuan Strategik di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan enam syarikat utama Jepun iaitu IBM, Mitsubishi Corp, ENEOS Corp, Shizen Energy Inc., DENSO Corp dan Marubeni Corp di Tokyo pada 9 Jun 2026. Foto PMO

Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim.

Tambah Anwar, kerjasama erat Malaysia dan Jepun bukanlah sesuatu yang baharu, malah telah menjadi antara faktor penting yang menyumbang kepada pembangunan industri negara sejak beberapa dekad lalu.

Katanya, ketika Pulau Pinang memulakan transformasi perindustrian pada tahun 1970-an, syarikat Jepun memainkan peranan penting dalam meletakkan asas kepada pembangunan negeri itu sebagai hab elektronik dan semikonduktor terkemuka di Asia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan enam syarikat utama Jepun iaitu IBM, Mitsubishi Corp, ENEOS Corp, Shizen Energy Inc., DENSO Corp dan Marubeni Corp di Tokyo pada 9 Jun 2026. Foto PMO

Menurutnya, hubungan berkenaan dibina bukan sekadar berasaskan pelaburan, sebaliknya berpaksikan keyakinan, perkongsian serta komitmen terhadap pembangunan jangka panjang.

Dalam sektor tenaga pula, beliau berkata, kerjasama Malaysia dan Jepun mampu membantu Asia mempercepat peralihan kepada masa depan rendah karbon tanpa menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan keselamatan tenaga.

Katanya, menerusi inisiatif seperti Asia Zero Emission Community (AZEC), kedua-dua negara membuktikan agenda kelestarian dan pembangunan ekonomi boleh bergerak seiring.

Justeru, Malaysia dan Jepun juga perlu memperkukuh kerjasama dalam ekonomi digital serta kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan inovasi yang dibangunkan bersifat inklusif dan berteraskan kepentingan rakyat.