PONING..




Shahbudin. Husin





 Dia yang SETUJU BN tanding semua 36 kerusi tapi dia juga yang masih terbuka untuk berunding dengan PH.


Bukan pengundi saja poning, UMNO dan Tok Jalal serta Tok Mat pun pasti poning 😅😅




KEH..KEH..


Che Ibrahim






Sampai masanya UMNO letak calonnya sendiri untuk lawan Dap, jangan percaya sangat kepada MCA untuk lawan Dap kerana mereka satu bangsa dengan Dap.



Kerajaan MADANI Tolak Cadangan Naikkan Harga Minyak, Elak Buat Pinjaman – PM Anwar

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Himpunan Rakan Muda MADANI di Sungai Petani pada 7 Jun 2026. Foto PMO

SUNGAI PETANI, 7 Jun – Kerajaan MADANI tidak bersetuju dengan langkah menaikkan harga minyak ketika negara berdepan krisis bekalan global, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan terus berusaha menanggung kos subsidi bahan api dengan mengeluarkan perbelanjaan besar setiap bulan bagi mengelakkan rakyat terbeban.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Himpunan Rakan Muda MADANI di Sungai Petani pada 7 Jun 2026. Foto PMO

“Berapa satu bulan kita tampung? Bukan dalam peruntukan yang lama, tetapi ketika harga minyak naik… kita bayar RM5 bilion sebulan, RM3 bilion sebulan pun ada.

“Kemudian naik sampai RM7 bilion sebulan, sekarang turun balik RM4 bilion, RM5 bilion sebulan tambahan,” katanya ketika berucap melancarkan Program Himpunan Rakan Muda MADANI, di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Himpunan Rakan Muda MADANI di Sungai Petani pada 7 Jun 2026. Foto PMO

Anwar berkata, sekiranya kerajaan mengeluarkan sebanyak RM3 bilion setiap bulan untuk tempoh 10 bulan, jumlahnya mencecah RM30 bilion.

Walaupun jumlah itu tinggi, beliau berkata, kerajaan mampu menampungnya melalui langkah penjimatan, selain menghentikan ketirisan dana negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Himpunan Rakan Muda MADANI di Sungai Petani pada 7 Jun 2026. Foto PMO

Perdana Menteri turut menolak cadangan pihak tertentu supaya kerajaan membuat pinjaman atau berhutang bagi membolehkan kerajaan terus menampung kos subsidi minyak.

“Kalau suruh hutang, saya boleh hutang sekarang, selepas itu saya tinggalkan kerajaan, anak-anak yang harus bayar. Sebab itu, jalan keluarnya bukan hutang. Jadi, kita lakukan apa yang kita mampu,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Himpunan Rakan Muda MADANI di Sungai Petani pada 7 Jun 2026. Foto PMO

Anwar berkata, langkah kerajaan itu membolehkan harga minyak di negara ini, khususnya RON95 yang ditetapkan pada harga RM1.99 seliter, menjadi antara yang terendah di dunia.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi pembinaan Dewan Serbaguna Padang Awam, Taman Keladi, di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Himpunan Rakan Muda MADANI di Sungai Petani pada 7 Jun 2026. Foto PMO

Turut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari; Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul; dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.



Reformasi SPRM bermula, beberapa pegawai kanan bertukar bulan ini

 


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman. - Foto Bernama
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Rombakan dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah kepimpinan teraju baharu, Datuk Seri Abd Halim Aman bermula dengan beberapa pegawai kanan dilaporkan bertukar.

Difahamkan, rombakan dilaksanakan mulai bulan ini, iaitu kira-kira tiga minggu selepas Ketua Pesuruhjaya baharu dilantik berkuat kuasa 13 Mei lalu bagi menggantikan Tan Sri Azam Baki yang tamat kontrak secara rasmi selepas 42 tahun berkhidmat bersama SPRM.

Antara pertukaran itu membabitkan beberapa pegawai kanan gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA), termasuk bertukar penempatan. Ada dalam kalangan mereka pernah mengendalikan kes berprofil tinggi dan terbabit dalam usaha pemulihan aset serta dana yang diperoleh secara rasuah.

Menurut sumber, pertukaran yang dilaksanakan adalah proses biasa bagi memperkukuhkan lagi keupayaan SPRM dalam melaksanakan tugas pencegahan, penguatkuasaan dan penyiasatan rasuah secara lebih berkesan.


"Difahamkan setakat ini sekurang-kurangnya dua pegawai kanan terbabit (dalam pertukaran) dan kemungkinan ada pergerakan lagi, termasuklah menggantikan mereka yang bakal bersara tidak lama lagi," katanya kepada BH.

Current Time 0:00
Duration 4:10

Langkah reformasi agensi


Pertukaran berkenaan dilihat sebagai langkah awal agenda reformasi seperti pernah dinyatakan Abd Halim sebelum ini, bertujuan memperkukuh keupayaan dan keberkesanan SPRM pada masa hadapan.

Rabu lalu, agensi itu menerima kehadiran Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan yang baharu apabila Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan II di Jabatan Peguam Negara (AGC), Saiful Hazmi Mohd Saad bertukar jawatan dengan Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Pertukaran berkenaan bagaimanapun dilaksanakan lebih awal sebelum Abdul Halim dilantik menerajui suruhanjaya terbabit dengan Wan Shaharuddin bertukar ke AGC berkuat kuasa 2 Mac lalu.

Dalam satu kenyataan ketika mengambil alih tugas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim bertekad memastikan agensi itu bertindak dengan ketegasan lebih mutlak, keadilan saksama dan tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan kuasa tanpa mengira pangkat, kedudukan mahupun pengaruh.

Katanya lagi, bagi memulihkan keyakinan masyarakat terhadap SPRM, pihaknya akan memperhebat aspek penguatkuasaan, mempertingkat ketelusan dan memastikan setiap siasatan dilaksanakan pada tahap profesionalisme tertinggi dengan keadilan menyeluruh.

"Pada masa sama, SPRM akan memastikan langkah pencegahan terus diperkasa, perlindungan terhadap pemberi maklumat akan diperkukuh, selain kerjasama strategik dengan semua pihak berkepentingan akan dipertingkat demi menyemai budaya integriti dalam negara.

"Pemulihan keyakinan masyarakat ini bukan satu pilihan tetapi tuntutan yang tidak boleh ditangguhkan bagi memastikan SPRM kekal teguh, telus dan bertanggungjawab berpaksikan sepenuhnya kepada kedaulatan undang-undang," tambah Abd Halim.

Dilantik bagi tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa sehingga 12 Mei 2028, Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu juga dipetik berkata, beliau akan komited untuk terus melaksanakan reformasi dan memperkukuh agensi berkenaan.

"SPRM juga akan terus memperkukuhkan kerjasama strategik yang sedia terjalin dengan AGC, membabitkan kes berskala besar, berprofil tinggi dan berkepentingan umum.

"Kes-kes berkenaan akan sentiasa dirujuk kepada AGC selaku pihak berkuasa yang memutuskan tindakan undang-undang ke atas kes-kes disiasat SPRM," kata bekas Ketua Hakim Mahkamah Tinggi itu.




Lautan rakyat sambut PMX di Johor, kemarahan terhadap pembubaran DUN terserlah


 


Kehadiran luar biasa rakyat pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Johor disifatkan sebagai petunjuk awal kebangkitan pengundi negeri itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pemerhati politik, Norman Radzuan berkata, lautan manusia yang membanjiri tapak program di Batu Pahat malam tadi mencerminkan semangat dan keyakinan tinggi penyokong PH selain menunjukkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Menurut beliau, kehadiran tersebut lebih signifikan kerana majoriti hadirin hadir secara sukarela tanpa dibayar, dipaksa atau dibawa menggunakan bas.

“Malam tadi maka berakhir pusingan pertama saya di Johor selama empat hari. Sungguh menakjubkan apabila lautan manusia memenuhi tapak pelancaran jentera pilihan raya Johor.

“Ingat, jumlah hadirin hadir secara organik. Tidak dibayar, tidak dipaksa, tidak dibawa dengan bas dan kira-kira 80 peratus merupakan warga tempatan,” katanya menerusi satu catatan di media sosial.

Semangat Malaysia

Norman berkata, apa yang paling menarik perhatian beliau ialah kehadiran rakyat pelbagai kaum yang bersama-sama memenuhi lokasi program tersebut.

Katanya, suasana itu menggambarkan semangat Malaysia yang sebenar apabila Melayu, Cina dan India berhimpun dalam satu wadah politik yang sama.

“Semangat kepelbagaian kaum inilah yang mencerminkan wajah sebenar Malaysia. Saya melihat sendiri bagaimana rakyat daripada pelbagai latar belakang hadir memberikan sokongan,” katanya.

Beliau turut membandingkan suasana itu dengan pengalaman ketika membuat liputan politik sebelum ini yang menurutnya banyak didominasi oleh politik berasaskan kaum dan identiti.

Menurut Norman, Johor merupakan negeri yang mempunyai komposisi pengundi pelbagai kaum dengan lebih 45 peratus pengundinya terdiri daripada bukan Melayu.

Ini sekali gus, jelasnya, menjadikan politik berasaskan dasar dan prestasi lebih relevan berbanding sentimen perkauman.

Mengulas punca kebangkitan rakyat, Norman berpendapat tindakan kerajaan negeri membubarkan DUN ketika rakyat berdepan pelbagai cabaran ekonomi mungkin menjadi antara faktor yang mencetuskan kemarahan pengundi.

“Saya dapat rasakan apa yang berlaku di Johor ialah kebangkitan bangsa Johor kerana rasa marah terhadap tindakan Menteri Besar Johor membubarkan DUN.

“Ramai merasakan ketika Perdana Menteri sedang berusaha memulihkan ekonomi negara, pembubaran DUN tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Jumlah kerusi

Beliau turut menceritakan reaksi seorang warga emas yang ditemuinya berhampiran pentas program yang secara terbuka meluahkan rasa kecewa terhadap keputusan tersebut.

Menurut Norman, jika sentimen itu terus berkembang sehingga hari pengundian, Pakatan Harapan berpotensi meningkatkan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimenangi, malah tidak mustahil mampu membentuk kerajaan negeri.

Sehubungan itu, beliau menggesa jentera PH memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kadar keluar mengundi, khususnya dalam kalangan anak muda dan pengundi yang bekerja di luar kawasan.

Katanya, Johor mempunyai jumlah besar pengundi muda, profesional dan kelas menengah yang berpotensi menjadi penentu kepada keputusan PRN kali ini.

“PH biasanya lebih kuat apabila kadar keluar mengundi tinggi. Sebab itu kempen pulang mengundi perlu digerakkan dari sekarang,” katanya.

Dalam masa sama, Norman turut menyifatkan sambutan besar terhadap kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Batu Pahat sebagai suntikan moral penting kepada jentera PH menjelang kempen pilihan raya yang dijangka semakin sengit dalam tempoh beberapa minggu akan datang.


PM Anwar Bakal Lakukan Lawatan Rasmi, Dijadual Bertemu PM Sanae Takaichi

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Jepun bermula 8 Jun 2026 dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi. Foto X Anwar Ibrahim

TOKYO, 7 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Jepun bermula esok serta mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi.

Menurut Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Minoru Kihara, berkata, kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan pelbagai isu dua hala dan antarabangsa, termasuk perkembangan situasi di Asia Barat serta kerjasama dalam bidang keselamatan dan ekonomi seperti dipetik agensi media NHK World.

Kihara berkata, Jepun dan Malaysia telah membina hubungan kukuh sebagai rakan strategik komprehensif yang berkongsi nilai serta prinsip asas yang sama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijadual menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia Nikkei Ke-31 di Tokyo pada 10 Jun 2026.

Beliau turut menegaskan hubungan dengan Malaysia adalah penting dalam merealisasikan visi Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka yang dikemas kini oleh Jepun.

Perdana Menteri juga dijadual menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia Nikkei Ke-31 di sini pada 10 Jun.

Berdasarkan agenda yang diterbitkan penganjur, Anwar membuka sesi utama persidangan itu pada jam 9.40 pagi waktu tempatan (8.40 pagi waktu Malaysia).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuka sesi utama persidangan itu pada jam 9.40 pagi waktu tempatan (8.40 pagi waktu Malaysia).

Persidangan yang menghimpunkan pemimpin politik, tokoh korporat dan pakar antarabangsa itu mengangkat tema “Where Great Minds Shape Tomorrow” dengan tumpuan kepada perbincangan mengenai hala tuju ekonomi, geopolitik serta pembangunan masa depan rantau Asia.

Beberapa pemimpin dan tokoh berpengaruh serantau yang dijadualkan hadir termasuk Presiden Timor-Leste, Jose Ramos-Horta; Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone; Timbalan Perdana Menteri Thailand, Sihasak Phuangketkeow serta Timbalan Perdana Menteri Vietnam, Le Tien Chau.

Esok satu sidang media pembuka tirai diadakan di Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo oleh Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Shahril Effendi Abd Ghany bagi memperincikan lawatan kerja Perdana Menteri semasa tempoh berkenaan.




‘Melayu Bersatu’ hanya slogan, parti Melayu sibuk bergaduh sesama sendiri


 


Seruan penyatuan Melayu yang sering dilaungkan pelbagai parti politik Melayu disifatkan sekadar retorik apabila pihak yang paling lantang memperjuangkannya dilihat terus bertelagah sesama sendiri.

Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Zamir Ghazali berkata, realiti politik semasa menunjukkan parti-parti yang mendakwa mahu menyatukan orang Melayu sebenarnya gagal mencapai persefahaman walaupun dalam kalangan mereka sendiri.

Menurut beliau, Umno, Bersatu dan Pas masing-masing mempunyai slogan serta gagasan tersendiri mengenai perpaduan Melayu.

Namun, katanya, hubungan antara parti-parti tersebut terus dibayangi konflik, perebutan pengaruh dan pertikaian politik.

“Parti Umno mahu Melayu bersatu dengan seruan Rumah Bangsa tetapi secara prinsipnya tidak mahu Bersatu.

“Bersatu pula mahu Melayu bersatu di bawah Perikatan Nasional (PN) tetapi tidak mahu Umno.

“Pas pula bercakap soal Muafakat Nasional dan penyatuan ummah tetapi pada masa sama berkonflik dengan Bersatu,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga secara sinis mempersoalkan bagaimana slogan penyatuan Melayu boleh dipercayai rakyat jika pihak yang mengemukakannya terus bergaduh sesama sendiri.

Kemelut PN

Zamir turut merujuk beberapa perkembangan politik semasa termasuk kemelut dalam PN, pergolakan politik di Perlis serta episod ketidakstabilan politik yang membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dan Johor.

Katanya, semua perkembangan tersebut menunjukkan pertelagahan politik Melayu masih berterusan walaupun slogan perpaduan sering dijadikan modal kempen.

“Di Johor, kerajaan yang stabil dibubarkan untuk menghadapi pilihan raya lebih awal. Di Negeri Sembilan pula berlaku ketidakstabilan sehingga membawa kepada pembubaran DUN.

“Yang menjadi mangsa akhirnya tetap rakyat,” tegas beliau.

Ketua AMANAH Kuala Terengganu itu berkata, keadaan tersebut berbeza dengan masyarakat bukan Melayu yang menurutnya tidak terlalu terikat dengan naratif penyatuan kaum walaupun mempunyai pelbagai parti politik yang mewakili kepentingan berbeza.

Sehubungan itu, Zamir menggesa pengundi Melayu supaya menilai rekod dan prestasi parti politik berbanding terpengaruh dengan slogan penyatuan yang berulang kali dilaungkan setiap kali musim pilihan raya.

Menurutnya, rakyat semakin bijak menilai siapa yang benar-benar bekerja untuk menyelesaikan masalah harian berbanding mereka yang hanya menjadikan isu perpaduan Melayu sebagai alat politik.

“Rakyat Melayu perlu berehat daripada mendengar ratib penyatuan Melayu yang akhirnya berakhir dengan pergaduhan sesama sendiri.

“Yang penting ialah siapa yang bekerja, siapa yang menyelesaikan masalah rakyat dan siapa yang mampu mentadbir dengan baik,” katanya.

Beliau turut menyifatkan pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan (PH) sebagai lebih sederhana, inklusif dan selesa bergerak dalam masyarakat pelbagai kaum tanpa perlu bergantung kepada retorik perkauman.

“Melayu Pakatan Harapan tidak sibuk bercakap soal penyatuan Melayu setiap hari.

“Tetapi mereka tidak bergaduh siang malam sesama Melayu dan terus bekerja untuk rakyat tanpa mengira kaum,” kata Zamir lagi.





Naib Ketua Bersekutu Bersatu Selangor Desak Ahmad Samsuri Letak Jawatan Pengerusi PN

 

Rejean mendakwa, masih belum ada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN bagi memperincikan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Johor dan Negeri Sembilan.

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Rejean Kumar Ratnam menggesa Ahmad Samsuri Mokhtar wajar mempertimbangkan untuk meletakkan jawatan kerana didakwa gagal menjalankan tanggungjawab sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Naib Ketua Bersekutu Bersatu Selangor itu berkata, tindakan Ahmad Samsuri “menghilangkan diri” sejak beberapa minggu tanpa sebarang kenyataan rasmi disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.

Beliau mendakwa, masih belum ada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN bagi memperincikan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Johor dan Negeri Sembilan.

“Malah saya menerima aduan daripada parti-parti dalam Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) yang mereka buntu kerana sehingga hari ini masih tiada jawatankuasa dibentuk untuk merundingkan electoral pact dengan mereka.

“Tindakan Dr. (Ahmad) Samsuri “menghilangkan diri” sejak beberapa minggu kebelakangan ini tanpa sebarang kenyataan rasmi dan tindakan mengenai pelbagai isu penting termasuk krisis politik di Negeri Sembilan, kenyataan Pas berhubung Muafakat Nasional (MN) 2.0 yang dilihat membelakangi MT PN, serta isu hubungan antara Pas dan Bersatu adalah amat tidak bertanggung jawab,” katanya.

Rejean berkata, kepimpinan Samsuri turut menyebabkan institusi Pengerusi PN dan MT PN dilihat lemah serta tidak berupaya membuat keputusan yang tegas.

Ini kerana keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat MT PN boleh dipersoalkan atau dipertikaikan oleh Presiden Pas sekali gus menimbulkan persepsi bahawa autoriti kepimpinan PN tidak dihormati sepenuhnya.

Tambah beliau, Samsuri perlu memahami PN bukan Pas dan tihak mengamalkan sistem mulah.

“PN merupakan sebuah gabungan politik yang turut dianggotai oleh beberapa parti lain yang mempunyai struktur, budaya dan perlembagaan organisasi yang berbeza.

“Oleh itu, PN tidak boleh diurus berdasarkan pendekatan yang hanya tertumpu kepada satu parti atau mengikut kerangka dalaman Pas semata-mata,” katanya.