JENIS OTAK KEMETOT

 


Che Ibrahim



Kalau bubar.....MB N9 ikut telunjuk abang besar, tunduk kepada desakan Dap.

Bila tak bubar - skrip lain pula. 


Serupa spesis iblis yang kondem belaka apa yang orang lain buat.





KES SAMAN MENYAMAN ..ULANG TAYANG

 《


Max Low


Laporan Sarawak》 mendakwa pada 2016 bahawa Najib Razak, ketika itu Perdana Menteri, telah memindahkan RM90 juta ke dalam akaun pemimpin PAS antara 2014 hingga 2015 dalam tiga transaksi berasingan. Tujuannya didakwa untuk mendapatkan sokongan PAS dalam pilihan raya dan isu politik.






Perkembangan utama kes ini:


· PAS saman balas: Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, menafikan keras dakwaan tersebut dan pada April 2017 menyaman 《Laporan Sarawak》 di London atas fitnah.

· Penyelesaian mengejutkan: Pada 1 Februari 2019, Hadi Awang tiba-tiba mencapai penyelesaian di luar mahkamah dengan editor 《Laporan Sarawak》, di mana beliau bersetuju membayar RM1.4 juta kepada pihak laman web tersebut sebagai syarat menarik balik saman.

· SPRM masuk campur: Penyelesaian ini menimbulkan kontroversi besar. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula siasatan dan merampas beberapa kereta mewah, hartanah serta saham syarikat milik pemimpin PAS.


Secara ringkasnya, PAS pada mulanya menuduh laporan itu fitnah, tetapi akhirnya membayar wang kepada pihak yang disaman untuk menamatkan kes. Dramatiknya penyelesaian ini menjadikannya salah satu "lompong hitam" paling kontroversi dalam politik Malaysia.




TERKINI] *Kerajaan fokus tadbir negara, tiada keperluan PRU16 dalam masa terdekat*


πŸ©΅πŸ‡²πŸ‡Ύ


*KENYATAAN MEDIA*

Oleh 

*Shahbudin Embun*



*PRU-16 BUKAN KEPERLUAN, IA AGENDA TERDESAK PIHAK GAGAL*


Sekretariat Perpaduan Rakyat (SekPur) memandang serius dan menolak secara total segala desakan untuk mempercepatkan Pilihan Raya Umum ke-16.


Ini bukan tuntutan rakyat.Ini bukan keperluan negara.Ini adalah agenda terdesak golongan politik yang ketandusan sokongan dan kehabisan relevansi.


Pendirian YAB Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, untuk kekal fokus kepada tadbir urus negara bukan sahaja tepat — malah mencerminkan kepimpinan yang berani menolak permainan politik murahan.


Hakikatnya tidak boleh disembunyikan:Kerajaan MADANI hari ini memiliki majoriti dua pertiga — satu mandat yang kuat, sah dan stabil.


Jadi persoalannya mudah:Mengapa perlu PRU jika kerajaan stabil?Mengapa perlu ganggu negara jika ekonomi sedang pulih?


Jawapannya hanya satu —kerana ada pihak yang takut kepada kestabilan.


Mereka tahu, selagi negara stabil dan ekonomi bertambah baik, ruang untuk mereka kembali berkuasa semakin sempit. Lantaran itu, mereka cuba mencipta ketidaktentuan politik sebagai jalan pintas untuk terus relevan.


Ini bukan strategi. Ini taktik desperado politik.


SekPur ingin memberi amaran tegas:Sebarang usaha untuk memaksa PRU dalam keadaan semasa adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap kepentingan negara.


Ketika pelabur kembali yakin, ketika pasaran menunjukkan pemulihan, ketika rakyat mula menikmati kestabilan — ada pihak yang sanggup mempertaruhkan semua ini demi kelangsungan politik mereka sendiri.


Ini tidak boleh diterima.


Rakyat Malaysia bukan lagi seperti dahulu. Mereka boleh menilai. Mereka boleh melihat siapa yang bekerja dan siapa yang hanya tahu menggoncang.


SekPur berdiri teguh bersama kerajaan dalam mempertahankan kestabilan ini.


Kepada pihak yang terus memainkan sentimen PRU awal —hentikan sandiwara ini. Rakyat tidak bodoh. Negara bukan pentas eksperimen politik kamu.


Malaysia tidak perlukan pilihan raya.Malaysia perlukan kepimpinan, kestabilan dan keberanian untuk terus membina masa depan.


Dan itu sedang dilakukan sekarang.


*Dikeluarkan* 

*Shahbudin Embun

*Penganalisis Politik merangkapPengerusi Biro Kepimpinan &* *Pentadbiran Negara MPM sertaPengerusi Biro Politik SekPur*.


End




DUA KENYATAAN BERBEZA







 Dalam tempoh kurang 24 jam, dua kenyataan berbeza, “contradict” kata dek orang Kampung Bunut. 


Susah juga nak tafsir apa kemahuan parti ini. 


Malam mahu ke kanan, siang ke kiri pulak.


Cerita Private Fund Incentive (PFI) - Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan (LTAK) sudah dijelaskan dalam Sidang DUN baru ni. 


Apa yang susah sangat nak faham kita pun tak pasti. 


Mungkin perlu ada sesi taklimat khas atau pun dibuat dalam bentuk lukisan. 


Agensi negeri berkait LTAK ini juga saya percaya sentiasa bersedia untuk beri penjelasan jika pihak PAS bersedia juga untuk mendengar. 


Soalnya, adakah benar - benar ingin tahu atau sengaja nak buat naratif tidak wajar. 


Tapi tak apa. Memang begitu pun dari dulu. 


Kita ni mudah saja. 


Nak kawan, kita betul - betul. Nak lawan, fikir - fikir  dulu berpadanan ke tidak. 


Jangan jual mahal sangat, ada untung sikit ok lah.





SIMPAN PUN PAYAH..JEL DAH RAMAI.





 CARI SAMPAI DAPAT..!!Polis telah mengenal pasti tiga lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes samun bersenjata di sebuah kedai runcit di Taman Klebang Ria, Chemor, Ahad lepas.


Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Muhammad Najib Hamzah berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian daripada pemilik kedai runcit terbabit.


Dua kes samun bersenjata yang berlaku pada hari Ahad lalu: satu di Ipoh, Perak, dan satu lagi di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Ketiga-tiga suspek dipercayai adalah individu yang sama.

 

 

 

1. Kes di Taman Klebang Ria, Chemor (Ipoh)

 

- Tempat: Sebuah kedai runcit


- Kejadian: Tiga lelaki bersenjatakan parang memasuki premis itu, merompak wang tunai dan beberapa barangan


- Mangsa: Seorang wanita berusia sekitar 20 tahun, tidak mengalami kecederaan


- Status: Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan


- Maklumat lanjut: Rakaman kejadian telah tular di media sosial

 

2. Kes di Taman Bistari, Nibong Tebal (Pulau Pinang)

 

- Tempat: Sebuah kedai serbaneka


- Kejadian: Suspek merompak wang tunai, beberapa kotak rokok dan sebuah beg silang – kerugian dianggarkan RM500


- Mangsa: Seorang lelaki berusia 27 tahun yang cedera di kepala dan kedua-dua tangan. Beliau dirawat di Hospital Sungai Bakap sebelum dirujuk ke Hospital Sunway Pulau Pinang, dan kini dalam keadaan stabil

 

 

 

Rayuan Kepada Orang Ramai

 

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai suspek atau kejadian ini diminta menghubungi:

 

- Bilik Gerakan Polis Daerah Ipoh: 05-2451500, atau


- Balai polis berhampiran untuk membantu siasatan


 


πŸ“ŒSumber: MG 

 

#Jenayah #Samun #NibongTebal #PulauPinang #PolisDirajaMalaysia #PDRM #isusemasa #KilasBerita #SamunParang




Isu Rohingya: Sejarah Panjang Konflik, Penindasan dan Persepsi Masyarakat










Konflik melibatkan komuniti Rohingya di Myanmar bukanlah isu yang muncul dalam tempoh singkat, sebaliknya berakar daripada sejarah panjang yang merentasi era penjajahan, Perang Dunia Kedua dan pergolakan politik negara itu.


πŸ”₯ Semasa Perang Dunia Kedua, komuniti Rohingya dilaporkan cenderung menyokong pihak British, manakala sebahagian besar masyarakat Rakhine yang beragama Buddha memberikan sokongan kepada tentera Jepun. Pertembungan antara kedua-dua pihak ketika itu menyaksikan berlakunya keganasan dan pembunuhan berskala besar yang meninggalkan kesan mendalam serta mewujudkan jurang permusuhan antara komuniti Islam dan Buddha di wilayah tersebut.


πŸ“œ Selepas perang, timbul perdebatan berhubung status dan asal-usul Rohingya. Ramai rakyat Myanmar berpendapat komuniti itu berasal dari Bengal dan berhijrah ke Arakan (kini Rakhine) ketika zaman pemerintahan British. Atas sebab itu, istilah "Rohingya" sering ditolak oleh sebahagian masyarakat Myanmar yang lebih memilih penggunaan istilah "Bengali".


☸️ Pada masa sama, gerakan nasionalis Buddha seperti Ma Ba Tha turut memainkan peranan dalam membentuk persepsi masyarakat dengan mendakwa bahawa komuniti Rohingya berpotensi mengubah keseimbangan demografi dan agama di wilayah Rakhine.


🚫 Kemuncak kepada pertikaian status tersebut berlaku apabila kerajaan tentera Myanmar memperkenalkan Undang-Undang Kewarganegaraan 1982 yang tidak mengiktiraf Rohingya sebagai salah satu daripada 135 etnik rasmi negara. Keputusan itu menyebabkan ramai Rohingya kehilangan akses kepada kewarganegaraan dan hidup sebagai komuniti tanpa negara (stateless).


⚔️ Dalam keadaan terpinggir dan berdepan pelbagai sekatan, kumpulan bersenjata Rohingya seperti Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA) muncul dan melancarkan beberapa siri serangan terhadap pos keselamatan Myanmar pada 2016 dan 2017.


πŸ”₯ Tindakan tersebut kemudian dijadikan alasan oleh junta tentera Myanmar untuk melancarkan operasi ketenteraan berskala besar di Rakhine. Operasi itu mencetuskan kecaman antarabangsa susulan dakwaan pembunuhan, serangan seksual, pembakaran kampung dan pemindahan penduduk secara paksa.


🌍 Krisis berkenaan menyebabkan lebih sejuta Rohingya meninggalkan Myanmar dan mendapatkan perlindungan di negara-negara jiran termasuk Bangladesh, Malaysia, Indonesia dan beberapa negara lain.


πŸ€” Namun, kehadiran komuniti pelarian Rohingya di beberapa negara turut menimbulkan pelbagai perdebatan dalam kalangan masyarakat tempatan. Ada yang menzahirkan simpati terhadap nasib mereka sebagai mangsa konflik dan penindasan, manakala ada juga yang meluahkan kebimbangan berkaitan isu sosial, kebersihan, pematuhan undang-undang dan integrasi dengan masyarakat setempat.


πŸ’¬ Persoalan yang sering dibangkitkan ialah sama ada cabaran tersebut berpunca daripada kesan trauma peperangan, kemiskinan dan kehidupan sebagai pelarian selama bertahun-tahun, atau faktor-faktor lain yang mempengaruhi proses penyesuaian mereka di negara tuan rumah.


πŸ—£️ Apakah pandangan anda mengenai isu ini? Adakah pendekatan yang lebih seimbang diperlukan bagi memahami cabaran yang dihadapi oleh komuniti pelarian dan masyarakat setempat? Kongsikan pendapat anda secara berhemah.





BILA PAS DAH KENCING, KINI TINGGAL USAHA SENDIRI NAK BUKA PARTI BARU.

 



Khairil Yee


Pandangan saya. 





Bakal .. .. Bila tak tau lagi. 

Saya Rasa DSHZ dalam keadaan tertekan sekarang.  

Time is running out for him

Lagi lama tak setel Reset akan jadi sejuk sendiri. 


Nak establish parti baru bukan Mudah. 

Ongkos kena banyak Dan sentiasa Ada. 

Ini Termasuk lah Parti RR juga. 

Nak tak nak isu dana memang top on the list. 

Takde orang nak Kerja free free zaman sekarang. 


Peringkat awal. 

Kena faham Kalau pasal parti atau gabungan baru ni ada 3 Peringkat utama. 


1 Fasa Pengenalan. 

Akan ambil masa sekurang2nya 1hingga 2 tahun baru pengundi  kenal .

Terutama pengundi yang atas pagar. 


2. Fasa Ujian. 

Kena uji dulu dalam 1 atau 2 kali pilihanraya. 

Baru tau kekuatan dan daya tahan parti atau gabungan Baru ini. Kalau ada respon positif maka lebih ramai akan tertarik Nanti. 


3.Fasa Membina Dan Mengekalkan  ideology. 

Ini akan ambil masa yang lama.  Mungkin 10 tahun atau lebih. 

Takde parti politik akan Terus hidup jika pengasas nya sudah tiada lagi. 

Tak seperti zaman dahulu sebelum Merdeka. 

Politik sekarang adalah perebutan Kuasa Di antara ketua. 

Tiada ketua parti akan hanyut Dan mati dengan sendiri... a slow death. 


So. Pada saya. 


PH,  BN , DAP Dan Pas. 

Akan terus hidup  dalam politik Malaysia. 


Yang lain atau yang  baru kemungkinan besar  tak akan tahan selama mereka. 


Salam. 

Peace.




RAMAI TAK BERMAKNA SUKA.

 

Nik Ainol



Ingat lagi masa kempen PRN Johor dulu. Ada seorang pemimpin daripada puak tersebut yang kata orang ramai datang kerumun Datuk Seri Najib sebab nak tengok pencuri.






“...nak tengok dekat-dekat betul ke dia ni perompak, betul ke dia ni yang dah dijatuhkan hukuman. Jadi jangan kita andaikan bila ramai datang itu kerana suka, mungkin mereka datang nak tengok wajah sebenar. Bagi saya ini satu perkara yang amat memalukan. Jadi kalau ramai keluar tu dia rasa seronoklah, tapi sepatutnya dia ada rasa malu.”


Lepas tu, puak yang sama, dia berpantun ke apa saya pun tak pasti. Tak tahu pula ditujukan kepada siapa, tapi lebih kurang begini bunyinya,


“pelari duit berjuta-juta , datang ke Johor berlagak pula” saya masih simpan video tu.


Sejak dari peristiwa tu, saya terus hilang rasa hormat pada pemimpin tersebut dan mula memandang parti tersebut dengan perspektif yang sangat berbeza dari sebelum tu.




TERINGIN NAK JADI KERAJAAN PULAK DAH. SAT CERAI SAT NAK RUJUK.

 

Khairil Yee






Maaf cakap. 

Dah takde modal kot. 


Narratif lapuk. 

Dah tak laku. 

Tak boleh pakai. 


Temberang


Bila sebut Muafakat demi bangsa Dan agama .

Orang semakin meluat. 

Mengalahkan scammer. 


Bila bergabung  gaduh. 

Semua berebut kerusi. 

Tak puashati. 

Demi bangsa Demi agama ke laut. 


Lebih baik  solo. 

Nak bergabung tunggu lepas  PRU .


Sapa paling banyak kerusi.

Takde sapa boleh pertikai.


Duit PRU masing masing cari .

Nak jadi calon pun letak duit sendiri.


Ada berani? 


After PRU then talk. 


Sekarang orang  dah tak percaya. 


Peace.