JANGAN CARI SALAH POLITIK



Zainuddin Omar





 Bab ini saya tak setuju RR kena siasat kerana deal RM1.1 billion dengan syarikat semikonduktor Arm Holdings is above board.

Kalau gitu semua deal Kerajaa
Nanti syarikat antarabangsa semua takut nak melabur di Malaysia sebab akan dijadikan 'modal' cari kesalahan ahli politik.

SPRM cadang dakwa 2 individu dalam siasatan Arm Holdings






 SPRM cadang dakwa 2 individu dalam siasatan Arm Holdings

1. SPRM memaklumkan siasatan terhadap Rafizi Ramli dan James Chai kini di peringkat akhir, dengan hanya beberapa lagi keterangan saksi diperlukan sebelum kertas siasatan dimuktamadkan.
2. SPRM telah mengenal pasti dua individu untuk dicadangkan bagi pertuduhan, namun keputusan akhir masih tertakluk kepada pihak pendakwaan selepas meneliti bukti.
3. Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki enggan mengesahkan sama ada individu tersebut adalah Rafizi atau James Chai, bagi mengelakkan spekulasi sebelum keputusan rasmi dibuat.
4. Siasatan berkait perjanjian kerajaan bernilai kira-kira RM1.1 bilion dengan Arm Holdings, termasuk aspek struktur, nilai dan proses kelulusan projek.
5. Antara kemungkinan kesalahan yang disiasat termasuk penyalahgunaan kuasa, penipuan dan pecah amanah, dengan penelitian di bawah Akta SPRM 2009.
6. Walaupun cadangan pertuduhan telah dikenal pasti, keputusan muktamad bergantung kepada Jabatan Peguam Negara selepas menilai keseluruhan bukti dan keterangan.
7. Setakat ini puluhan saksi telah dirakam percakapan, menunjukkan skala siasatan yang menyeluruh sebelum sebarang tindakan pendakwaan diambil.
8. Kertas siasatan dibuka susulan aduan NGO terhadap perjanjian tersebut, yang didakwa melibatkan isu kepentingan dan implikasi kewangan kepada kerajaan.




BIADAP SEORANG EXCO KANAN YANG ANGKAT SUMPAH DEPAN TUANKU. BEGITULAH BERANINYA DIA DERHAKA PADA TUANKU.





Ahmad Shahir

 

Malam 22/4/2026, dia datang berempat SURUH TOK MIN bukan TANGGUH SIDANG DUN. DIa SURUH TUANKU TAK PERLU DATANG RASMI SIDANG DUN. Ada dia jawab isu ni? Ada dia bentang di PWTC tadi?





Begitulah BIADAP SEORANG EXCO KANAN YANG ANGKAT SUMPAH DEPAN TUANKU. BEGITULAH BERANINYA DIA DERHAKA PADA TUANKU.
Tiba2 hari ni depan ahli UMNO dia SURUH BUKA DEWAN. PAS pun sokong. Buat sidang media boleh pulak di SAMBUT oleh PN. Ingat orang tak tahu game dia. Yang sebenarnya dia dah terlajak jadikan UMNO N9:
DERHAKA TUANKU ✅
TEBUK ATAP✅
CAMPUR URUSAN ADAT ✅
KHIANAT KERAJAAN PERPADUAN✅
AKAR UMBI YA MENGAMUK ✅
LAWAN PRESIDEN UMNO✅
PERPECAHAN BESAR UMNO N9✅
AJAR SAYAP UMNO N9 DERHAKA TUANKU✅

Nak saya senarai lagi?

Apa yang nak mampusnya pertahan kerajaan perpaduan? Minta duit semua dapat. Minta peruntukan semua dapat. Projek? Takyah cakap lah. Tanya dia apa berlaku di Pavillion N9 di MAHA SERDANG.

Saya sambung sikit cerita apa Jalal buat malam sebelum TOK MIN angkat sumpah jadi MB tahun 2023.

Punyalah singkat cara dia fikir. Dia call Sorang Pegawai paling tinggi Kerajaan N9 SURUH MAJLIS ANGKAT SUMPAH MENTERI BESAR DIBATALKAN SEDANGKAN TUANKU DAH BERTITAH! Mujur pegawai kerajaan itu pandai jawab dan SURUH Jalal cakap sendiri dengan TUANKU. Tak berani pulak.

Saya memang TAKKAN PERCAYA KALAU UMNO KATA DIA JAGA INSTITUSI RAJA. Itu PEMBOHONG. Contoh ada di Negeri Sembilan.

Saya hanya cerita apa yang berlaku dan ada saksi hidup. Sebab orang politik macam Jalal ni, semua tahu apa yang di mampu pusing. Tak tau lah berapa ramai percaya apa dia cakap dalam PWTC tadi. 80 tahun umur UMUR. Pembohongan tetap jadi asas perjuangan. Asal berkuasa.

Ya Allah, jauhkan aku dari sikap begitu.
Ya Allah, jauhkan aku jadi ahli politik sebegitu.
Ya Allah, selematkan negeri ini dari pemimpin sebegitu.
Kalau saya jumpa Tok Jalal depan2, its ok. Salam boleh salam. Tapi saya hilang hormat pada dia.

ADA MASYUK JUGA....JANGAN ULANG MINYAK MASAK RM50







 Mujur ada kemasukan yg macam ni selain usaha menarik pelaburan dari luar yang banyak ketika PMX teroka pasaran pelaburan di luar negara.

Ini merupakan sokongan kepada ringgit yg menjadi currency terkuat di Asia ketika ini.

Bila PMX bercerita mengenai bebanan subsidi yang mencecah RM5 bilion sebulan akibat harga minyak dunia melambung, apa yg puak pembenci kata? PMX ditempelak seolah-olah beliau gagal. Jauh itu, beliau dimaki tanpa takut kepada dosa dan neraka.

Aku percaya kalau bukan usaha pmx meraih pelaburan luar yg banyak sebelum ini, kita mungkin tak mampu untuk menampung subsidi sebesar itu sekarang. Harga runcit minyak mungkin diapungkan. Rakyat tentu terpaksa bayar harga petrol sama seperti Singapura atau Thailand.

Aku juga yakin, kalau PN atau parti lain tadbir, keadaan Malaysia akan lebih teruk, rasuah sana sini, kakitangan awam terpuruk, rakyat terbeban. Ini kemungkinan. Allah yg tentukan apa yg mungkin berlaku.

Tobat lahum, kalau korang nak sokong PN atau PAS atau parti yang tiada kompeten, hadapilah keperitan hidup seperti itu lepas ini.
Aku tak mau! Aku takut Malaysia melingkop!



PM Anwar Ketuai Delegasi Malaysia Ke Sidang Kemuncak ASEAN Di Cebu

 


Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 akan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengetuai delegasi Malaysia pada 7 dan 8 Mei 2026.

CEBU, 6 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-48 dan mesyuarat berkaitan di Cebu, Filipina, bermula esok hingga 8 Mei ini.

Menerusi satu kenyataan, Wisma Putra memaklumkan, Sidang Kemuncak ASEAN Ke-48 turut menjadi platform kepada Malaysia untuk berkongsi serta bertukar pandangan mengenai pembinaan Komuniti ASEAN dan hala tuju masa depan blok serantau tersebut.

“Perbincangan juga akan memberi tumpuan kepada impak krisis di Timur Tengah terhadap rantau Asia Tenggara serta respons ASEAN dalam memastikan keselamatan tenaga dan keterjaminan bekalan makanan serantau, di samping menjaga keselamatan warga ASEAN di kawasan yang terjejas,” menurut kenyataan itu.

Polis Wilayah Cebu mempertingkatkan tahap keselamatan sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 bermula 7 hingga 8 Mei 2026. Foto Police Regional Office 7

Ujar kenyataan itu, penyertaan Perdana Menteri turut mencerminkan komitmen Malaysia dalam memperkukuh kepusatan ASEAN, perpaduan serta daya tahan rantau ini dalam persekitaran global yang semakin kompleks.

Anwar akan diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani selain Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Indera Mohd Shahar Abdullah dan pegawai kanan kerajaan.

Selain menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-48, Perdana Menteri turut dijadualkan menyertai Sidang Kemuncak Khas Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) yang berlangsung di sela-sela sidang utama.

Delegasi dari seluruh negara ASEAN kini berada di Cebu, Filipina menantikan ketibaan ketua-ketua kerajaan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 bermula 7 Mei 2026.

Sepanjang berada di Cebu, Anwar juga dijangka mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawat dari negara-negara ASEAN.

Sidang Kemuncak ASEAN Ke-48 akan didahului beberapa mesyuarat peringkat menteri, termasuk Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN, Mesyuarat Majlis Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN Ke-31, Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN Ke-38 serta Mesyuarat bersama Menteri-Menteri Luar Negeri dan Ekonomi ASEAN.

"melantik orang kafir sebagai pemimpin kepada orang Islam".



Che Ibrahim Mohamed






 Menjadikan atau memilih orang bukan Islam sebagai wakil rakyat atau melantik mereka sebagai menteri bagi jawatan tertentu tidak termasuk dalam bab larangan Allah "melantik orang kafir sebagai pemimpin kepada orang Islam".

Sebagai wakil rakyat atau menteri, apalagi Ketua Jabatan tertentu tidak mempunyai kuasa mutlak untuk memutuskan hal ehwal orang Islam lebih lebih lagi negara kita telah menjadikan Raja Raja Melayu sebagai Ketua Agama. Maknanya orang bukan Islam tidak ada kuasa mutlak untuk mengurus orang Islam.
Jauhilah sifat takfir yang bukan sahaja boleh membawa porak peranda dalam masyarakat, bahkan boleh membatalkan aqidah dan iman kerana mentafsir al Quran secara salah.


1MDB: Pemulihan Aset RM7.9 Bilion Lagi Bakal Selesai Pada 2027

 


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki bersama Wakil Kedutaan Amerika Syarikat, David H. Gamble Jr (kiri) bersama salah satu lukisan ternama yang berjaya dipulihkan yang sebelum ini dibeli menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di rumah lelong Sotheby's di New York semasa sidang media di Ibu Pejabat SPRM pada 6 Mei 2026. Foto Bernama

PUTRAJAYA, 6 Mei – Kurang seminggu sebelum kontraknya tamat namun Tan Sri Azam Baki memberi jaminan, pemulihan aset-aset berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijangka dapat diselesaikan menjelang akhir tahun 2027.

Setakat ini, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM itu, nilai pemulihan aset menjelang tarikh itu dianggarkan berjumlah RM7.9 bilion (AS$2 bilion), setelah berjaya memperolehi semula aset sebanyak RM31.3 bilion (AS$7.92 bilion) setakat ini.

Malah beliau menambah, cabaran menguruskan kes 1MDB bermula sejak 3 Julai 2015 sehingga kini melibatkan beberapa badan penguat kuasa di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Switzerland dan Singapura.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki bersama Wakil Kedutaan Amerika Syarikat, David H. Gamble Jr bersama salah satu lukisan ternama yang berjaya dipulihkan yang sebelum ini dibeli menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di rumah lelong Sotheby’s di New York semasa sidang media di Ibu Pejabat SPRM pada 6 Mei 2026.

Menurut beliau, kes itu menjadi antara detik penting dalam kerjayanya, termasuk antara pegawai yang membuka fail siasatan ketika itu.

“Sejak 2015 hingga 2025, 10 tahun kes ini berjalan sehingga pertuduhan dibuat di mahkamah. Sehubungan itu, usaha pemulihan aset perlu dipergiatkan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini.

Azam berkata, sehingga kini, negara berjaya mendapatkan semula aset bernilai lebih RM31.3 bilion, termasuk penjualan kapal layar mewah Equanimity pada harga kira-kira RM543 juta, pemulangan jet peribadi dan hartanah di luar negara.

Najib dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion terhadap empat tuduhan menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 tuduhan pengubahan wang haram pada 26 Disember 2025.

“Selain itu, Malaysia juga telah mencapai penyelesaian global melibatkan institusi kewangan antarabangsa seperti Goldman Sachs, IPIC dan Aabar, serta firma audit seperti Deloitte dan KPMG, yang secara keseluruhan menyumbang berbilion ringgit kepada negara.

“Pemulangan dana oleh individu dan entiti lain termasuk melalui kerjasama dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (USDOJ), turut memperkukuh pencapaian ini,” katanya.

Jelasnya, kejayaan-kejayaan itu tidak mungkin dicapai tanpa kerjasama rapat dengan rakan antarabangsa termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) AS.

Karya pelukis ternama dunia itu dipulangkan kepada Malaysia selepas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mengesahkan ia ada kaitan dengan skandal dana 1MDB.

Azam berkata, SPRM terus komited untuk menjejaki dan mendapatkan semula setiap aset 1MDB yang telah diseleweng, tanpa mengira lokasi atau tempoh masa.

“Usaha ini bukan sahaja bertujuan memulihkan sumber kewangan negara tetapi juga untuk mengembalikan maruah serta kepercayaan rakyat terhadap institusi negara.

“Tiada sesiapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang dan setiap sen milik rakyat akan dipastikan dikembalikan,” katanya.