LANGKAH JALAL DI NEGERI SEMBILAN, BANGKITKAN 'IGAUAN NGERI' RAKYAT DENGAN LANGKAH SHERATON

 Rosli Kluang




AKAR UMBI UMNO N9 MENGAMUK
Aku masih lagi menjenguk beberapa grup whatsapp UMNO, memang ramai yang maki dan tak puas hati.
Bayangkan sebelum ni ada akar umbi UMNO dapat kerja sebagai lantikan politik.
Dapat kerja sebagai pegawai khas.
Dapat kerja di agensi kerajaan negeri.
Dapat kerja di GLC.
Dapat jawatan ketua kampung.
Dapat peruntukan itu dan ini.
Ada pendapatan bulanan untuk keluarga dan anak-anak.
Boleh bayar utiliti, hutang dan pinjaman setiap bulan.
Tapi disebabkan #LagkahJalal, semua tu hilang sekelip mata.
Dan maklumat terbaru, ada desakan kuat agar UMNO N9 buat u-turn sokong semula MB.
Stay tune ~


Ahmad Mursi



Jalal dan UMNO Negeri Sembilan cuba 'merangkul peluang' melalui krisis adat di Negeri Sembilan.
Jalal dah lama mengidam nak jadi MB ni, orang kuat Hishammuddin dan ahli Parlimen pertama sokong Muhyiddin semasa Langkah Sheraton.
Ini Si Kitol versi UMNO. Pertama kerana sikap derhaka dan kedua kerana sikap khianat.
Menunggang krisis adat yang dah berlarutan sejak Jun tahun lepas ini sepatutnya dielakkan.
Biarlah ia diselesaikan ikut proses dan tertib seperti digariskan dalam Perlembagaan negeri.
Langkah Jalal ini, tidak lebih hanya menzahirkan sifat tamak nak jadi MB, bukan pun kerana kepentingan rakyat.
Kalau dia dakwa ada majoriti sekalipun, dengan sifat derhakanya itu, ada jalan ke nak angkat sumpah?
DYMM Tuanku Muhriz telah bertitah, kerajaan Negeri Sembilan boleh berjalan seperti biasa sehinggalah jelas kehilangan majoriti undi di Sidang DUN.
Masalahnya, DUN baru sahaja bersidang, 6 bulan lagi baru bersidang semula.
Dalam tempoh itu, MB Aminuddin ada banyak masa menyusun semula pentadbiran negeri melibatkan UMNO selari dengan hala tuju baharu UMNO negeri.
4 Jawatan Exco, peruntukan, ketua kampung, ahli majlis dan lain-lain.
Jika Jalal berjaya jadi MB sekalipun waktu itu, apa yang dia nak buat dengan masa setahun lebih jadi kerajaan?
Ini semua, tidak lebih, hanya 'buang karen' dan menyusahkan rakyat yang sepatutnya semua bersedia dengan krisis tenaga dunia kini.





Sudah 2x Pas cukup jumlah, namun tetap kekal sebagai pembangkang.

 


Che Ibrahim Mohamed











Ady Rafidi

Umno ada 14..ph ada 17. Yg majoriti ph. Knapa pas tk sokong ph? Kata sokong majoriti? Sepatutnya titm cakap “kami,pas sentiasa menunggu,mana yg kami boleh tumpang jadi kjaan,,kami sokong,,sebab kami memang kaki tebuk atap”…Tu baru betul…


HUKUM MENGUNDI MENGIKUT ISLAM

 



Che Ibrahim Mohamed





HUKUM MENGUNDI MENGIKUT ISLAM

Mengikut kaedah fiqh yang dipegang dalam Mazhab Al Syafie ialah :
الاصل فى الاشياء الإباحة
"Asal kepada suatu perbuatan ialah harus"
Maknanya hukum asal kepada semua perbuatan manusia ialah harus sehingga ada dalil atau fatwa yang mengatakan sebaliknya, yakni samada j adi wajib, Haram atau makruh.
Maka hukum asal kepada mengundi ialah harus kecuali ada fatwa atau dalil yang sah mengatakan ianya wajib atau haram.
Oleh itu hukum mengundi mana mana parti atau calon pilihanraya adalah harus sehingga ada dalil atau ketetapan lain yang mengatakan ianya wajib atau haram.
Undilah parti mana pun akan dapat pahala jika calon yang diundi membawa kebaikan sebaga wakil rakyat. Sebaliknya undilah parti mana sekali pun ianya akan menjadi haram jika calon yang kita undi diyakini membawa mudharat kepada masyarakat.




BERATUS MANGSA RIBUT PENDANG SERBU KAUNTER ADUAN SEGERA BANTUAN PMX PETANG NI

 




0:00 / 1:54
0:03 / 0:12



BERATUS MANGSA RIBUT PENDANG SERBU KAUNTER ADUAN SEGERA BANTUAN PMX PETANG NI

Kerajaan PMX Anwar Ibrahim dan Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kedah, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail walk the talk!
Utamakan prestasi lebih daripada berpolitik tak berkesudahan.
Kalini PMX melalui ICU JPM pantas koordinasikan BANTUAN SEGERA kepada SEMUA MANGSA RIBUT DI PENDANG kelmarin.
Setakat petang ini hampir 200 rumah telah daftarkan keluarga sebagai mangsa ribut yang alami pelbagai kerosakan harta benda dan peralatan rumah.
Tahniah Icu JPM Kedah Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM kerana pantas buat gerak kerja bantu rakyat di Pendang.
Koordinasi ini digerakkan bersama KEADILAN KEDAH yang diketuai oleh Dato Mohd Zuldz, Bendahari MPN Keadilan Kedah mewakili Datuk Seri Saifuddin harini.
Setiap mangsa ribut akan menerima bantuan one off harini, sementara jabatan dan agensi lain akan buat bancian kerosakan berlaku.
Terima kasih ICU JPM Kedah, Jabatan Kebajikan Masyarakat Kedah, Angkatan Pertahan Awam Kedah, semua JPKKP Pendang dan JK Keadilan Cabang Pendang serta semua terlibat ‘all out’ harini dari pagi sampai sekarang tak henti.
Berlumba lumba la buat kebaikan. 🤲🏻
Baru masuk minggu ke 2 di Kedah ni 😉
Syam Ghaz







Kali pertama MP Pendang difensif sebab slow bertindak. Kita lagi laju.

 




Syam Ghaz





Kali pertama MP Pendang difensif sbb slow bertindak. Kita lagi laju.

Cepat2 dia buat posting, itupun tak sepatah bantuan dari ICU JPM under PMX @Anwar Ibrahim. Hanya sebut “Pusat”.
Dah la mai nak menempel program orang.
Team PMX, DSSN, ICU KEDAH dan KEADILAN paling laju bab bantu mangsa ribut kalini.
Berdesup. Tahniah team.
Jalan terus!!!



JASA YANG TIDAK DIHARGAI

 

Norshidah Mohd Daud


25 tahun kita tunggu dia jadi Perdana Menteri. Bukan jangkamasa yang pendek.

Yang ada anak kecil dulu sampai dah bekerja. Ada anak yang dah berkahwin.
Laungan reformasi setiap masa kita ucapkan. Lawan tetap lawan.
Kita mengharapkan sesuatu yang jauh berbeza dari kerajaan terdahulu.
Kita girang apabila dia ditabal menjadi Perdana Menteri ke sepuluh.
Terujanya melihat satu sosok tubuh yang berdekad kita impikan sebagai Perdana Menteri.
Tetapi sebelum ditabal ke jawatan Perdana Menteri, kita berdepan kemelut ketidakpercayaan rakyat kepada parti dalam PH.
Kita kalah teruk di PRN Johor dan Melaka. Kabur harapan menjadi kerajaan.
Penyokong mula mengarahkan ke satu sosok tubuh yang sedang berehat menikmati hari2 percutian dari dunia politik.
Kita tau hanya sosok tubuh ini saja mampu mengembalikan semangat penyokong PH dan pengundi atas pagar.
Itulah insan bernama Rafizi Ramli.
Pemimpin PH juga sedar hanya insan ini sahaja mampu menguatkan kembali sokongan kepada PH dan PKR.
Pujukan demi pujukan dari segala penjuru...
Alhamdullillah beliau sanggup kembali ke lapangan semula.
Ketika itu kita syukur dia kembali menerajui kempen PRU.
Semangat untuk kembali menjadi kerajaan kembali mekar.
Rafizi tau hanya menang 80 ke 90 kerusi sahaja mampu menjadi kerajaan dengan iklim penolakan rakyat terhadap PH amat ketara hasil dari naratif negatif yang Mahathir terap semasa PH1 memerintah.
Bergeraklah saudara Rafizi ke serata negara berkempen dengan team beliau sendiri.
Nama Anwar Ibrahim ketika ini sebenarnya sudah tenggelam di mata rakyat.
Tetapi Rafizi berusaha meyakinkan rakyat semula.
Hasil yang PH perolehi dari kembalinya Rafizi, kita berjaya menjadi kerajaan dengan berunding bersama UMNO dan GPS..
Tertaballah Anwar sebagai PMX...
Tetapi apa yang di kesalkan apabila dia berjaya menjadi PM, dia lupa siapa yang tolong dia sehingga berjaya di angkat sebagai Perdana Menteri.
Parti lupa usaha siapa mengangkat parti menjadi parti teras dalam kerajaan.
Perancangan menjatuhkan RAFIZI bermula sejak 2024 apabila banyak ketua MPN negeri pro Rafizi di tukarkan.
Episod seterusnya menukar Setiausaha Agong.
Perancangan seterusnya menukar cara mengundi.
Dari satu ahli ke perwakilan sahaja boleh mengundi pemimpin pusat.
Episod seterusnya menukarkan kebanyakan ketua cabang.
Apabila pemilihan cabang berlangsung, sistem di setting kepada pro Anwar dan terjadilah keputusan kepala tanpa badan di banyak cabang di seluruh negara.
Anwar mungkin lega ketika itu sebab plan berjalan lancar.
Kemuncak menjatuhkan Rafizi semasa proses pemilihan pimpinan pusat.
Jumlah undi yang Rafizi dapat amat menyedihkan.
Anwar memberi bayangan kepada Rafizi keputusan yang Rafizi dapat menunjukkan Rafizi tidak lagi layak berada di saf kepimpinan.
Walaupun Anwar bermain wayang untuk mengekalkan Rafizi sebagai Menteri tetapi Rafizi sebenarnya faham maksud Anwar itu. Jika beliau kekal sebagai Menteri beliau akan jadi balaci Anwar dalam segala segi...
Jadi keputusan terbaik meletak jawatan sebagai Menteri.
Beliau bebas mengkritik kerajaan.
Bebas menyuarakan pandangan terhadap kerajaan.
Beliau tidak perlu terlalu patuh kepada arahan Presiden parti dan parti.
Hari ini Rafizi membuktikan beliau tidak boleh di perkudakan oleh sesiapa.
Beliau berani melawan arus untuk menyatakan pendirian beliau terhadap isu Azam Baki.
Tahniah hero kami saudara Rafizi...
U never walk alone...