Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu




 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa senarai calon bagi jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.



Beliau berkata pertemuan tersebut telah diadakan di Istana Pasir Pelangi pada awal pagi tadi bagi membincangkan pelantikan berkenaan, dan nama calon baharu akan diumumkan kemudian.

MP Bachok setakat lawat je ke? Apa bantuan dari Negeri Kelantan pada Nelayan?

 

Syam Ghaz







Syahir Sulaiman.

Subsidi diesel untuk nelayan 72 juta liter diesel sebulan.
Nelayan dapat beli RM1.88/liter
Tapi banyak “nelayan jahat” jual tengah laut, sebab untung jual diesel dari jual ikan.
Tak nafikan banyak “Nelayan Baik”, tapi Nelayan Jahat dan Kartel Lesen Bot Jahat yang rosakkan bisnes perikanan Malaysia
Untuk itu Kerajaan Malaysia under KDN Saifuddin Nasution Ismail kuatkuasa all out habis kalini, kutip tanpa ehsan nelayan kaki seludup!
APMM jalankan tugas!
MP Bachok setakat lawat je ke?
Apa bantuan dari Negeri Kelantan pada Nelayan?




Menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Johor hari ini .

 





Menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Johor hari ini bagi memberi maklum perihal terkini seputar hal ehwal negara.

Dalam sesi menghadap tersebut, saya sentuh mengenai pelbagai perkara melibatkan perjalanan pentadbiran negara dan langkah yang diambil, terutamanya dalam mendepani kemelut global yang turut mengesankan negara dan rakyat.
Insya-Allah, Kerajaan akan terus bekerja bagi memastikan kebajikan rakyat diperkasa dan negara kekal aman dan makmur.
Foto: RPO

SEMOGA DIBRIKAN KESEMBUHAN


Farhan Fauzi





 Segera ke Kuantan hari ini sebaik mendapat khabar ayah saya, Fauzi Abdul Rahman dimasukkan ke Hospital KPJ Pahang.

Mohon doa daripada rakan-rakan semua agar ayah saya diberikan aafiyah kesembuhan segera dan kembali sihat seperti sedia kala.
Penghargaan ikhlas juga buat seluruh warga kerja Hospital KPJ Pahang atas layanan dan perkhidmatan terbaik yang diberikan kepada ayah saya.




[𝗘𝗞𝗦𝗞𝗟𝗨𝗦𝗜𝗙] 𝗞𝗜𝗦𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗘𝗡𝗧𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗔𝗦𝗖𝗔 𝗣𝗥𝗨𝟭𝟱 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗡𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗗𝗘𝗗𝗔𝗛𝗞𝗔𝗡



Akmal Haris








Ramai mengetahui bahawa selepas keputusan PRU15 diumumkan, Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai jumlah kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri secara bersendirian. Namun, tidak ramai yang mengetahui bagaimana proses rundingan berlaku sehingga akhirnya terbentuk kerjasama antara BN dan Pakatan Harapan (PH) di Negeri Pahang.

Peristiwa penting ini bermula sejurus selesai keputusan PRU15 pada malam 19 November 2022 dan berlanjutan ke awal pagi 20 November 2022.

Menurut sumber, Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, telah menghubungi saudara Ahmad Nizam Hamid yang berasal dari Temerloh. Beliau dikenali sebagai tokoh lama dan juga antara individu penting yang terlibat dalam menubuhkan PKR di Pahang.

Selain kariernya sebagai ahli politik, beliau juga dikenali sebagai salah seorang peguam yang disegani sekali gus menjadikannya individu yang mempunyai hubungan baik merentas parti politik di negeri ini.

Selepas menerima amanah tersebut, Ahmad Nizam segera menghubungi dua rakannya iaitu Dato’ Seri Mohd Sharkar Shamsudin dari UMNO Temerloh dan Dato’ Seri Shahaniza Shamsuddin dari UMNO Maran.

Hasil hubungan yang baik walaupun berbeza fahaman politik, rundingan yang berlangsung dikatakan berjalan lancar dan penuh profesionalisme.

Dalam masa sama, Perikatan Nasional (PN) juga difahamkan menghantar wakil mereka, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, bagi mengadakan rundingan dengan pihak BN.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail, menerima kedua-dua pihak untuk mendengar pandangan serta cadangan masing-masing.

PN dikatakan bertemu lebih awal, namun syarat yang dikemukakan didakwa kurang menyenangkan. Rundingan bersama PH pula dilihat lebih mudah dengan fokus utama untuk membentuk kerajaan yang stabil demi kepentingan rakyat.

Beberapa hari kemudian, Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang dan kerajaan negeri baharu dibentuk hasil kerjasama BN dan PH.

Sehingga kini, kerajaan yang terbentuk itu terus kekal stabil tanpa sebarang isu besar, sekali gus membuktikan bahawa kerjasama politik yang matang dan profesional mampu menjamin kestabilan pentadbiran negeri.

Kisah ini merupakan sejarah penting untuk direkodkan sebagai sebahagian daripada perjalanan politik moden Negeri Pahang. Ia juga menjadi bukti bahawa semangat perpaduan dan kebijaksanaan dalam rundingan mampu mengatasi perbezaan demi masa depan rakyat.

Justeru, akar umbi PH dan BN khususnya UMNO wajar cakna serta memahami sejarah pembentukan kerajaan ini agar hubungan yang terjalin atas dasar kestabilan dan kepentingan rakyat terus diperkukuhkan dari semasa ke semasa.

Persefahaman yang dibina melalui keikhlasan serta kematangan politik ini perlu dipelihara demi masa depan Negeri Pahang dan negara.

Kepada seluruh anak Pahang yang sayangkan negeri ini, kongsikan posting ini supaya lebih ramai mengetahui kisah sebenar yang menjadi titik penting kepada kestabilan pentadbiran Pahang hari ini.

Sila Kemuka Bukti, Fitnah Simpan ‘Duit Songlap’ di Afrika – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hadir pada Sesi Ramah Mesra Bersama Warga Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Tingkatan 6, di IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru pada 24 April 2026. Foto Bernama

JOHOR BAHRU, 24 Apr – Dakwaan kononnya lawatan rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Afrika tahun lalu bertujuan menyembunyikan wang yang disonglap merupakan satu fitnah besar terhadapnya.

Justeru, Perdana Menteri meminta pihak yang melontarkan dakwaan itu supaya tampil mengemukakan bukti berhubung dakwaan sedemikian dan tidak mempunyai masa yang banyak untuk melayan fitnah itu.

“Kalau ada bukti, bawalah… tiada siapa terkecuali… kalau tidak, jadi sarang fitnah dan sebagainya… saya tak nak layan, saya banyak kerja,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada sesi ramah mesra ‘Temu Anwar’ bersama dengan penuntut Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hadir pada Sesi Ramah Mesra Bersama Warga Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Tingkatan 6, di IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru pada 24 April 2026. Foto Bernama

Sebelum ini, tular di media sosial video seorang wanita dikenali sebagai “Sofia Rini” yang juga saksi dalam kes rasuah membabitkan ahli perniagaan Albert Tei dan bekas setiausaha politik Anwar, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, kononnya membuat ‘pendedahan’ itu.

Antara lain, Sofia mendakwa “Anwar” berada di Afrika bagi menyimpan duit yang disonglap.

Perdana Menteri mengadakan lawatan ke tiga negara di Afrika iaitu Ethiopia, Afrika Selatan dan Kenya bermula 18 hingga 24 November 2025 dalam usaha membuka ruang pelaburan baharu Malaysia di benua itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam Ethiopia yang diketuai Presidennya, Sheikh Haji Ibrahim Tufa dalam rangka lawatan rasmi ke Ethiopia di Addis Ababa pada 20 November 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Mengulas mengenai kemelut institusi beradat di Negeri Sembilan, Anwar berkata perkara itu sebaiknya diputuskan mengikut undang-undang adat negeri berkenaan.

“Sekarang dah tenang… mungkin ambil masa sedikit… kita serah pada kebijaksanaan (pihak yang berkaitan),” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan bahawa tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani dan membacakan pengisytiharan menurunkan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungai Ujong tidak boleh diterima atau diiktiraf.

Perdana Menteri diraikan dalam satu majlis makan malam dihoskan oleh Presiden Republik Kenya William Samoei Ruto di Istana Negara, Nairobi pada 23 November 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Aminuddin berkata ini kerana Mubarak tidak lagi mempunyai kuasa dan fungsi sebagai Undang Luak Sungei Ujong, selain tidak selaras dengan Perkara 10 hingga 12 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-15 Negeri Sembilan, yang dirasmikan oleh Tuanku Muhriz kelmarin dan sepatutnya bersambung pada 27 hingga 29 April, telah ditangguhkan ke suatu tarikh akan dimaklumkan kemudian.





Ahli Parlimen Pas Permatang Pauh Dipanggil Ke Pejabat Agama Beri Keterangan

 


Muhammad Fawwaz (jubah putih) dipanggil ke Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Utara (SPU) bagi memberi keterangan di bawah Seksyen 58(1) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pulau Pinang 2004 pada 24 April 2026.

BUTTERWORTH, 24 Apr – Tidak lama selepas Ahli Parlimen Kepala Batas daripada Pas berkemungkinan ‘meroyan’ ekoran tetap kena bayar selepas kalah saman fitnah RM825,000 kepada tiga pemimpin DAP, seorang lagi ahli parlimen Pas dipanggil pihak berkuasa berhubung satu siasatan.

Muhammad Fawwaz Mohamad Jan dipanggil ke pejabat agama daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini bagi memberi keterangan di bawah Seksyen 58(1) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pulau Pinang 2004.

Menurut peguam kepada ahli parlimen Permatang Pauh itu, Yazid Khairul Azman berkata, sepanjang berada di situ, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) telah merakam percakapan Muhammad Fawwaz selama kira-kira 35 minit.

Muhammad Fawwaz (jubah putih) dipanggil ke Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Utara (SPU) bagi memberi keterangan di bawah Seksyen 58(1) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pulau Pinang 2004 pada 24 April 2026.

“Sesi itu (rakaman percakapan) berjalan dengan baik. Anak guam saya telah memberikan kerjasama yang sangat baik kepada pihak penguat kuasa. Begitu juga pihak penguat kuasa yang membenarkan kami (peguam) untuk masuk.

“Sekarang ini, kita serahkan kepada siasatan pihak penguat kuasa. Kita percaya bahawa keadilan adalah berpihak kepada kita dan kita mendoakan supaya siasatan dapat dijalankan dengan telus dan kebenaran akhirnya bersama-sama dengan anak guam saya, insya-Allah,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Yazid berkata, di bawah Seksyen 58(1) enakmen tersebut, pihak berkuasa agama sememangnya mempunyai kuasa untuk memanggil sesiapa sahaja yang diperlukan bagi membantu siasatan.

“Tiada perincian kesalahan disebut dan ia memang tidak dimaklumkan secara khusus buat masa ini,” tambahnya.