Isham Jalil pertikai kenapa bagi Budi Madani 95 untuk Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.


Syam Ghaz


 Isham Jalil pertikai kenapa bagi Budi Madani 95 untuk Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.






Nampaknya kamu kena buat homework lagi, bukan tau tibai je Kerajaan. 


Sedikit maklumat nak kongsi;


1. 77,000 kenderaan rakyat asing keluar masuk ke Singapura untuk cari makan. Ikut statement jawapan di Parlimen Singapura oleh Acting Minister for Transport Jeffrey Siow.


2. 82% adalah motosikal, menunjukkan kebergantungan tinggi kepada pekerja harian dari Malaysia, ulang alik.


3. Ada lebih 300k plus rakyat Malaysia bekerja di sana.


4. Harga RON 95: Antara RM11.83 hingga RM12.08 seliter.


5. Harga RON 95 Malaysia cuma RM1.99/liter


7. Dari segi pekerjaan, 80% kerja bukan profesional, iaitu;  tertumpu dalam sektor perkeranian (24%), profesional (20%), operator mesin (15%), juruteknik (15%), serta perkhidmatan dan jualan (12%).


8. Tindakan Kerajaan Malaysia bagi subsidi kepada rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura adalah tepat, kerana majoriti naik motor. 


9. Harga minyak di sana sangat mahal dan kos sara hidup (makanan juga sangat mahal), dan gaji mereka kategori sederhana ke bawah.


10. Timbul Isu kononnya Kerajaan Malaysia nak bagi Budi Madani 95 kepada Pemilik lesen Singapura, Pembangkang marah Kerajaan.


11. Mereka tak bagitau yang Singapura wajibkan semua pekerja di Negara mrka ada lesen memandu Singapura, termasuk rakyat Malaysia kena ambil lesen balik. Itu Isu nya. Mrka tu rakya Malaysia, Warganegara kita, jadi memang layak la dapat subsidi.


Pembangkang Lemah! Jomlah debat dua


Syam Ghaz




KES BANGANG KATA USTAZ NI..

 





Rakyat Malaysia ada 33 juta. Pengguna diesel sekitar 1.7 juta. Dari jumlah itu, 700 ribu tinggal di Sabah/Sarawak yang harga diesel masih RM2.15 seliter.

Berbaki 1 juta di semenanjung. Dari jumlah itu lebih separuh dapat samada fleet card atau subsidi bulanan RM300 sebulan. Kenderaan perdagangan yang berdaftar dapat fleet card dengan harga RM2.15 se liter.
Nelayan pula dapat harga subsidi RM1.65 seliter.
Di mana yang kata kerajaan zalim tak ada hari perut tu?
Akai ...



KENAPA REGA MAHAL...


 Persoalan yang sering bermain di minda kita ialah:

kenapa harga minyak sudah turun tapi harga diesel, ron 95 97 naik? pelik jugk. Betul. harga Brent sudah turun dari USD116 pada 7/4 ke usd97 pada hari ini tetapi hari ini harga diesel Malaysia naik 70 sen dan ron 95 dan 97 naik bagi tarikh 9-15 April. Kenapa?
Ini sebabnya.
Kita mengalami apa yang di panggil sebagai The "Weekly Average" Lag. Ini bermakna, harga minyak kita pada hari ini adalah berdasarkan kos yang ditanggung kerajaan pada minggu lepas. ini kerana kita menggunakan sistem Automatic Pricing Mechanism (APM). Di bawah sistem ini, harga yang kita bayar adalah berdasarkan kepada purata harga minyak dunia pada minggu lepas. Jadi sebab itulah harga minyak minggu ini naik walaupun harga minyak dunia turun pada hari ini.
Jadi, berdasarkan maklumat ini, nanti lihat purata harga minyak dunia pada 9-15 April. Kalau dia di bawah USD 100 per barrel, maka jangkakan harga minyak akan turun untuk harga 16hb ke atas.
kalau tak turun juga, memang wajar kena maki la. hahah.
Iswardy

𝐊𝐄𝐍𝐀𝐏𝐀 𝐓𝐇𝐀𝐈𝐋𝐀𝐍𝐃 𝐅𝐎𝐊𝐔𝐒 𝐃𝐈𝐄𝐒𝐄𝐋?



Thailand guna daily price adjustment bro. Semalam murah. Hari ni dah jadi RM7.13 seliter di Thailand. Subsidi RM1.99 diorang tak de.




 


𝐊𝐄𝐍𝐀𝐏𝐀 𝐓𝐇𝐀𝐈𝐋𝐀𝐍𝐃 𝐅𝐎𝐊𝐔𝐒 𝐃𝐈𝐄𝐒𝐄𝐋?

Harga Diesel di Thailand turun tapi harga Petrol tak berubah.
Kenapa?
Kerana penggunaan Diesel di Thailand lebih tinggi berbanding Petrol.
Penggunaan purata sehari Thailand:
Diesel: 65 juta liter (67.2%)
Petrol: 31.7 juta liter (32.8%)
Berbeza dengan Malaysia penggunaan Petrol lebih tinggi daripada Diesel.
Penggunaan purata sehari Malaysia:
Diesel: 38.6 juta liter (42.2%)
Petrol: 52.9 juta liter (57.8%)
Sebab itu Kerajaan Thailand fokus pada Diesel, Kerajaan Malaysia fokus pada Petrol (RON95) dengan harga RON95 bersubsidi di bawah BUDI95 kekal pada harga RM1.99.
Harga petrol di Thailand 43.95 Baht (RM5.47) berbanding harga tanpa subsidi RM4.27 di Malaysia walaupun lepas naik 40 sen hari ini.
Di Malaysia untuk pengangkutan awam, pengangkutan barangan, nelayan (RM1.65 hingga RM2.15) tetap dapat harga bersubsidi yang lebih murah berbanding Thailand.
Di Thailand, pengangkutan awam, pengangkutan barangan, nelayan semua kena bayar harga yang sama seragam kepada semua sektor 48.40 Baht (RM6.02) seliter.
Bukan nak bandingkan, hanya nak bagi pemahaman perbezaan bagaimana Kerajaan Malaysia dan Thailand urus harga dan bekalan minyak dalam krisis tenaga paling buruk dalam sejarah yang kita sedang harungi.
Saya tak guna ChatGPT untuk ambil data penggunaan jenis minyak di Thailand dan Malaysia.
Hanya infografik saya generate menggunakan data di atas untuk rumusan penggunaan Diesel dan Petrol di kedua-dua buah negara.



Marah seluruh Malaysia kononnya Kerajaan tak benar laki atau bini untuk isi Budi Madani 95.

 


SYAM GHAZ


Marah seluruh Malaysia kononnya Kerajaan tak benar laki atau bini untuk isi Budi Madani 95.

Padahal sejak tahun lepas Kementerian Kewangan dah keluarkan jawapannya BOLEH.
dibawah tu saya bagi FAQ dari MOF: https://share.google/dexJEt2geXNDRakBS
Mereka tak faham, yang Polis dan JPN larang tu kes guna Nombor/Ic orang lain untuk curi kouta minyak subsidi Ron 95 dan seludup ke Negara lain, seperti berlaku di Tumpat, Kelantan (Pas).




MEMBINA NARATIF CARA SELAMAT....NI LAH ORANGNYA

 Gas naik pula?

Fais Al-Hajari ni tak habis habis nak main naratif tak betul buat dalam bentuk pertanyaan?
1. Notis yang kamu viralkan dari Rompin Ent Sdn Bhd tu adalah gas untuk kegunaan komersil, iaitu untuk 14kg dan 50kg.
2. Gas domestik yang rakyat duk guna di rumah langsung tak naik, kekal harga sama. Tong warna hijau saiz 12kg dan 14kg.
3. Kita pecahkan kepada 3 jenis tong dan warna.
I. Gas Domestik (Subsidi); - Harga tong 14kg (Hijau/Kuning/Jingga) kekal RM26.60.
ii. Gas Komersial (Tong Ungu/C14C): Harga pasaran sekitar RM70.00 setong. Ini adalah kategori gas tidak bersubsidi untuk perniagaan besar.
Iii. Gas Industri (C50): Mengalami pelarasan harga berkala mengikut harga pasaran dunia yang diapungkan.
4. Kerajaan tanggung subsidi RM3.4 Billion setahun untuk pastikan harga gas murah kepada rakyat, pembangkang reti nak spin isu dan ambil peluang salahkan kerajaan shja.
Benda baik dia tak bgtau, tong pun boleh tertukar 😅
Syam Ghaz






WALAUN KECEWA NAK TIPU ORANG RAMAI. INGAT ORANG BODO MACAM MEREKA JUGA.





 Alhamdulillah, subsidi masih kekal. Aku tahu ramai walaun, lebai dan pengkhianat kecewa dengan berita ni. Sebab dorang suka kalau subsidi dikurangkan atau ditarik balik. Biar rakyat susah janji dorang dapat laba politik.

Tapi maaflah walaun dan lebai sekalian. 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 ni cekap. Tak sebebal PN masa memerintah dulu yang dipenuhi dengan skandal dan senarai kegagalan yang panjang. Bahkan sekarang ni tadbir negeri pun gagal jugak.
Yang lebih menarik, Kementerian sedang pertimbang untuk gunakan sistem 𝗠𝘆𝗞𝗮𝗱 untuk subsidi diesel. Bermakna pengguna diesel orang awam pun akan diberikan kuota setiap bulan.
Ini buktinya kerajaan ini kerajaan yang dengar rintihan rakyat. Bukannya kerajaan yang rakyat suruh hentikan PKP, dia isytiharkan pulak darurat.
Bukan macam kerajaan yang rakyat merintih sampai kibar bendera putih, dia kata itu 𝘀𝘁𝘂𝗻𝘁 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸. Rakyat ramai mati, dia suruh 𝗹𝗲𝘁𝗮𝗸 𝗻𝗮𝗺𝗮 𝗸𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗱𝗮. Bukan kerajaan yang bila harga barang naik, dia suruh rakyat berdoa je. Sedangkan dia renovate pejabat.
Harap menjadi kenyataan dan disegerakan. Kalau dah jadi nanti, semakin koyak la hati pembenci kerajaan sebab dah makin tak ada isu untuk dimanipulasikan. Guane boh?

PROJEK MEGA TAMAN SOLAR 3000 EKAR TANAH?




CHE IBRAHIM


 PROJEK MEGA TAMAN SOLAR 3000 EKAR TANAH?

Setahu ambo tidak ada tanah milik kerajaan negeri yang berstatus "state land" seluas 3000 ekar kecuali di kawasan pedalaman sebelah Pos Simpol dan Pos Gob... tu pun rasanya tak sampai 3000 ekar.
Kalau pun ada ialah tanah tanah yang telah diberi milik kepada GLC dan telah diberi pajak kepada pemaju untuk pertanian komersial atau di kawasan Rezab Hutan Simpan Kekal.
Apa pun tahniah atas cadangan projek, semuga jadi kenyataan.




Harga minyak untuk majoriti Rakyat di Malaysia tidak terjejas.



Ron 95 kekal RM1.99/liter, paling rendah di dunia dan digunakan oleh 90% rakyat Malaysia
Diesel untuk kenderaan Pengangkutan awam dan Lori transport RM2.15/liter jauh lagi murah dari Negara lain.


𝗣𝗘𝗚𝗔𝗡𝗚 𝗜𝗖 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗟𝗔𝗜𝗡 𝗗𝗔𝗛 𝗟𝗔𝗠𝗔 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗞𝗘𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗨𝗛 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗦𝗨𝗕𝗦𝗜𝗗𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗦𝗔𝗥 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗔𝗧


AHMAD MURSI


1. Hari ni tersebar berita 'Penjara 3 tahun jika isi petrol guna MyKad orang lain termasuk keluarga sendiri'.
2. Ceritanya, JPN keluarkan kenyataan sebab beberapa hari lepas, ada yang ditangkap di stesen minyak di Tumpat kerana bawa 4 IC orang lain untuk beli RON95.
3. Di sempadan Thailand ni memang banyak kes penyeludupan.
4. Pegang MyKad orang lain tanpa kuasa yang sah memang dah lama jadi satu kesalahan mengikut Peraturan 25 Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.
5. Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda sehingga RM20,000, penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
6. Peraturan ni wujud sebelum subsidi bersasar guna MyKad dilancarkan.
7. Sebab tu yang keluar kenyataan ni JPN, bukan KPDN.
8. JPN keluarkan kenyataan lagi, tiada sekatan MyKad bagi Budi95 selagi patuh undang-undang. Maksudnya hak rakyat tetap terjamin.
9. Hari ni pun dah ada apps Setel atau TnG yang dah tak perlu guna MyKad di pam minyak.
✍️ Ahmad Mursi




 

BERCAKAP YANG TAHU PUN PECAHBELAH MELAYU...TAMBAH YANG TAK TAHU...


 

Hadi ‘hidup dalam fantasi’, gagal fahami pasaran minyak global – PKR

Seorang pemimpin PKR hari ini menyifatkan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenaikan harga minyak sebagai tidak berasaskan realiti, malah berpotensi mengelirukan rakyat mengenai situasi sebenar pasaran tenaga global.

Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Amidi Abdul Manan berkata, hujah presiden Pas itu yang mengaitkan ketiadaan sekatan ke atas kapal Malaysia di Selat Hormuz sebagai alasan tiada kenaikan harga minyak menunjukkan kefahaman yang terlalu sempit.

“Logik ini seolah-olah mengaitkan harga minyak hanya kepada laluan fizikal kapal Malaysia, sedangkan harga minyak dunia ditentukan oleh faktor global, khususnya keseimbangan antara bekalan dan permintaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Amidi, walaupun Selat Hormuz mengendalikan kira-kira 20 peratus bekalan minyak dunia, tidak bermakna baki 80 peratus bekalan lain tidak terjejas oleh ketegangan geopolitik melibatkan Iran.

Beliau berkata, sebarang gangguan terhadap laluan strategik itu tetap memberi kesan kepada keseluruhan pasaran kerana ia melibatkan sentimen, kos logistik dan risiko bekalan.

“Persoalannya, mengapa harga minyak tetap meningkat walaupun tidak semua bekalan melalui Selat Hormuz? Jawapannya jelas, pengurangan pengeluaran oleh negara pengeluar dan peningkatan kos operasi,” katanya.

Amidi merujuk laporan media antarabangsa yang menyatakan pengeluaran minyak oleh negara Teluk menurun sehingga 30 peratus, sekali gus memberi tekanan kepada bekalan global dan mendorong kenaikan harga.

Sehubungan itu, beliau mendakwa kenyataan Abdul Hadi bukan sahaja tidak tepat, malah boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan rakyat, serta menggesa semua pihak memberi penjelasan berasaskan fakta bagi mengelakkan kekeliruan.