Tiada Kompromi Pemandu Mabuk, Diyat Bantu Waris Mangsa – Menteri Agama

 


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, pihaknya sedang menggerakkan usaha menjadikan diyat sebagai instrumen keadilan Syariah bagi membantu keluarga mangsa.

PUTRAJAYA, 30 Mac – Kerajaan menegaskan tiada kompromi terhadap kes pemandu mabuk yang mengorbankan nyawa, selain komited memperkasa keadilan buat mangsa dan waris melalui pendekatan tambahan termasuk konsep diyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan dalam satu hantaran di laman Facebook berkata, pihaknya sedang menggerakkan usaha menjadikan diyat sebagai instrumen keadilan Syariah bagi membantu keluarga mangsa, tanpa menjejaskan pelaksanaan undang-undang sivil sedia ada.

Imej tangkap layar detik mangsa seorang lelaki tempatan berusia 30-an telah tercampak ke atas sebuah kenderaan lain, sebelum disahkan meninggal dunia pada 29 Mac 2026.

“Tiada kompromi soal nyawa. JPM (Hal Ehwal Agama) komited untuk menjadikan diyat sebagai instrumen keadilan Syariah bagi membantu mangsa dan waris,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu individu di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Raya Barat, Klang semalam.


Banding harga minyak zaman Covid, FB Pas Klang kena kritik penyokong sendiri


 


Laman Facebook Pas Kawasan Klang dikritik selepas membuat perbandingan harga minyak ketika zaman Covid di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN), dengan harga minyak di bawah pentadbiran Kerajaan Madani.

Perbandingan itu menimbulkan pertikaian kerana konflik situasi semasa tidak sama dengan pandemik Covid-19. 

Waktu itu permintaan dunia terhadap minyak merosot dengan ketara, tidak sama seperti sekarang.

Dalam hantaran tersebut, Pas Kawasan Klang mendakwa harga minyak ketika Covid-19 jauh lebih murah, namun kini meningkat walaupun dunia tidak berada dalam darurat global atau krisis ekonomi besar.

Hantaran itu turut mempersoalkan kepimpinan semasa dengan menyatakan, “dulu masa susah (ketika Covid) boleh urus. Sekarang tak sesusah dulu tapi makin gagal kawal dan mengurus”.

Bagaimanapun, kenyataan itu menerima pelbagai reaksi termasuk daripada penyokong Pas sendiri yang menganggap perbandingan tersebut kurang tepat dan tidak mengambil kira faktor ekonomi global.

Seorang pengguna yang mengaku sebagai ahli dan penyokong Pas, mengkritik hantaran berkenaan dengan menyifatkan hujah tersebut sebagai “hujah kedai kopi”.

“Saya ini penyokong dan ahli Pas juga. Tapi hujah banding minyak waktu Covid dan waktu krisis perang di Teluk, ceroi sangat. Barang atau komoditi tertakluk kepada hukum demand and supply.

“Memang kita nak ikut acuan Islam, tapi apa solusinya? Tambah subsidi? Subsidi bersasar? Ambil minyak sendiri?

“Bukan apa kalau nak hidupkan page pun biar hujah tu nampak kita layak mentadbir. Kalau hujah kedai kopi, orang tak nampak kita layak mentadbir,” komen Arif Bahari.

Pengguna lain, Baie Pjie juga menerangkan kepada pengendali akaun Pas berkenaan tentang perbezaan zaman Covid dengan konflik di Asia Barat.

“2022 – Zaman Covid – Lock down itu yang meyebabkan harga minyak jatuh. Sebab pengeluaran melebihi permintaan.

“2026 – Perang Iran – tak ada lock down, permintaan tinggi dan harga melambung. Mohon pasukan media Pas Klang update skit fakta, gambar Ai tu cantik dah, tapi fakta kelaut,” katanya.


Pemandu mabuk bakal wajib bayar ganti rugi selain dipenjara


 


Pemandu bawah pengaruh alkohol bakal diwajibkan membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa selain dikenakan hukuman penjara.

Kementerian Pengangkutan sedang merangka cadangan pelaksanaan tersebut untuk pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, sebelum ini, pindaan undang-undang berkaitan telah diluluskan di Dewan Rakyat dan berkuat kuasa pada Oktober 2020 yang memperuntukkan hukuman lebih berat terhadap pesalah.

Menerusi kenyataan hari ini, beliau berkata, mana-mana individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah sehingga menyebabkan kematian boleh dihukum penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak melebihi 15 tahun menurut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Ia serta denda antara RM50,000 hingga RM100,000, jika disabitkan kesalahan.

“Bagi kesalahan berulang, hukuman adalah lebih berat, iaitu penjara tidak kurang daripada 15 tahun dan tidak melebihi 20 tahun, serta denda antara RM100,000 hingga RM150,000,” jelasnya.

Dalam masa sama, Kementerian Pengangkutan (MOT) turut merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga Amirul Hafiz Omar.

Mangsa terlibat dalam nahas tragis di Jalan Raya Barat, Klang semalam akibat pemandu yang berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

Loke berkata, kehilangan itu amat menyayat hati dan insiden sebegini bukan sahaja meragut nyawa yang tidak berdosa, malah merupakan satu bentuk kecuaian jenayah yang tidak boleh diterima sama sekali.

“MOT memandang serius kejadian ini dan menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol mahupun dadah,” kata beliau lagi.



Mangsa terhempas di atas kereta selepas melambung tinggi dan berpusing beberapa kali akibat rempuhan kereta dipandu pemabuk.


Untuk rekod, Amirul, 33, melakukan kerja sambilan sebagai penghantar Lalamove pada waktu malam selepas selesai bekerja di gudang.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi yang turut membabitkan dua kereta itu, beliau maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dipandu individu yang kemudian disahkan dipandu individu di bawah pengaruh alkรฒhol dan dร dah.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang tersebar di media sosial, mangsa dilihat melambung tinggi dan berpusing beberapa kali di udara sebelum terhempas di atas kereta Myvi.

Allahyarham yang berasal dari Kampung Repoh, Batu Kurau, Perak meninggalkan seorang balu, Nor Nadia Abdul Majid (32), serta tiga anak iaitu Mohd Aqif Hamsyar (9), Mohd Afif Izz Ryqal (7) dan Nur Humaira (2 tahun 5 bulan).

Pengguna masih dapat subsidi, jadi siapa sebenarnya terjejas bila diesel mahal?


 


Isu lonjakan harga diesel hangat diperkatakan, sehingga tersebar dakwaan ia telah membebankan golongan tertentu seperti pesawah dan nelayan.

Di sebalik naratif “diesel mahal” itu, kerajaan sebenarnya masih mengekalkan subsidi bersasar kepada beberapa sektor penting termasuk nelayan, pengangkutan awam dan lori barangan.

Mengikut data Kementerian Kewangan, nelayan masih menikmati diesel pada harga RM1.65 seliter, manakala pengangkutan awam pada RM1.88 seliter dan lori pengangkutan barangan RM2.15 seliter.

Bagi pemilik kenderaan diesel individu, kerajaan turut menyediakan bantuan tunai melalui program BUDI bagi mengurangkan kesan kenaikan harga.

Untuk rekod, bagi tempoh 26 Mac hingga 1 April 2026, harga diesel mencatatkan peningkatan sebanyak 80 sen kepada RM5.52.

Namun, tidak semua pengguna membayar harga yang sama.

Terdahulu, tersebar dakwaan kononnya petani dan pesawah, termasuk di Pantai Timur marah kepada Kerajaan MADANI susulan kenaikan harga diesel.

Sedangkan sektor pertanian sebenarnya tidak terjejas dengan kenaikan harga diesel kerana kerajaan telah melaksanakan subsidi diesel bersasar khusus bagi melindungi petani atau pesawah.

“Diesel Malaysia paling mahal atau sekadar naratif malas semak fakta? Sedap bunyi bila ulang-ulang. Tapi hakikatnya, ia separuh benar.

“Betul kah Kerajaan naikkan harga diesel secara total? Hakikatnya, setiap liter diesel: Nelayan masih bayar RM1.65; Bas awam RM1.88; Lori barang RM2.15. Rakyat yang memiliki kereta diesel pula ada bantuan tunai. Jadi mahal untuk siapa sebenarnya?

“Masalahnya bukan harga semata.Masalahnya ada yang suka ambil satu angka, terus buat kesimpulan,” demikian ulasan ISLAH berhubung isu ini.


Lelaki terpaksa bawa keranda ke stesen minyak demi buktikan beli diesel bukan untuk sorok


 

 

Seorang pengurus mayat terpaksa membawa keranda mengandungi jasad ke sebuah stesen minyak sebagai bukti bahawa pembelian diesel dilakukan untuk tujuan pembakaran bukan mahu menyorok bahan api.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di wilayah Chonburi, Thailand selepas stesen berkenaan enggan menjual minyak termasuk diesel di dalam bekas sebagai sebahagian daripada langkah anti-sorok.

Pengurus mayat dikenali sebagai Preecha itu memaklumkan bahawa beliau sebelum ini membawa sebuah bekas 18 liter ke sebuah stesen di Lebuhraya 344, perbandaran Ban Bueng untuk membeli diesel.

Namun kakitangan di stesen minyak itu memberitahu bahawa mereka tidak dapat menjual bahan api dalam bekas pada waktu itu kerana terdapat sekatan untuk menghalang aktiviti menyorok bekalan.

Preecha tetap dihalang walaupun sudah menjelaskan bahawa diesel itu diperlukan untuk pembakaran mayat membabitkan keluarga berpendapatan rendah yang bergantung kepada sumbangan untuk menampung kos bahan api.

Pengurus mayat itu tidak mengalah sebaliknya kembali ke stesen sama keesokkan harinya dengan membawa keranda mengandungi mayat serta bekas bahan api sebagai bukti beliau tidak berniat menyorok diesel.

Keranda itu turut dibuka untuk ditunjukkan kepada kakitangan stesen yang kemudian memaklumkannya kepada pengurus lalu memberikan persetujuan untuk mengisi bekas bahan apinya dengan minyak diesel.

Difahamkan, Preecha bekerja sebagai pengurus mayat sejak 2005 dan membeli diesel dalam bekas dari stesen sama secara berkala selepas kuil beralih menggunakan diesel daripada tungku kayu.

Sehubungan dengan itu, Preecha menggesa pengendali stesen minyak untuk mempertimbangkan pengecualian terutamanya bagi kuil yang memerlukan bahan api untuk pembakaran mayat, serta buat petani bagi mengendalikan mesin ketika musim tuaian.




RAKAMAN GAMBAR PEMANDU MABUK LANGGAR ORANG. .



Zainuddin Omar











 Gambar ini merakam detik tragis apabila seorang pemandu mabuk melanggar penunggang motosikal hingga meragut nyawanya.


Di negara Barat, kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dianggap sangat serius. Penguatkuasaan ketat dan pemeriksaan rambang dilakukan secara konsisten.


Di Malaysia, undang-undang sebenarnya tidak kurang tegas, tetapi penguatkuasaan secara rawak masih belum meluas.


Jika kemalangan melibatkan kematian atau kecederaan, hukumannya amat berat:


• Penjara sehingga 15 tahun

• Denda RM50,000 hingga RM100,000

• Larangan memandu 10 tahun atau lebih


Namun, di sebalik angka dan hukuman ini, ada harga yang jauh lebih mahal.


Seorang anak kehilangan ayah.

Seorang isteri kehilangan suami.


Semuanya berpunca daripada satu keputusan - memandu dalam keadaan mabuk.



NAK CERITA 4 MB YANG GAGAL.

 


Bukti jelas lebai tak faham pun isu global. Tatkala ๐˜€๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ต ๐—ฑ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ dihimpit krisis tenaga, ketika bekalan bahan api ๐˜€๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ต ๐—ฑ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ kritikal, dia boleh anjurkan ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐˜ƒ๐—ผ๐—ถ? Ni konvoi semua kenderaan EV ke apa?



Banyak negara sudah surut stok bahan bakar mereka. Cuma kita antara yang bernasib baik. Sebab itulah kerajaan berusaha nak jimatkan penggunaan bahan bakar supaya dapat kurangkan kesan pada ekonomi.


Tiba-tiba lebai nak buat konvoi. Dan tentulah konvoi ni akan libatkan ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ฟ๐—ผ๐—น ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ. Ini boleh cepatkan bekalan petrol negara habis. PAS memang nak sabotaj ekonomi negara ke? Ataupun memang ๐—ฏ๐—ผ๐—ฑ๐—ผ๐—ต?


Kalau krisis tenaga pun tak boleh faham, isu global pun tak boleh hadam, macamana nak memerintah negara? Patutlah masa jadi kerajaan dulu rakyat tak makan tapi dorang sibuk ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ผ๐˜ƒ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ!


4 orang MB yang gagal majukan negeri. Tak mampu nak buktikan kecekapan memerintah. Akhirnya cuma mampu buat acara membazir sebegini. Sanggup dia sabotaj ekonomi negara demi politik. Begini, kalau tak bodoh, sah iblis. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.