Che Ibrahim
Kalau UMNO sudi bersama Pas, insyaAllah UMNO adalah rakan paling suci.
Dap pun Pas pernah puji ketika bersama, dicaci hanya apabila bercerai...
Che Ibrahim
Kalau UMNO sudi bersama Pas, insyaAllah UMNO adalah rakan paling suci.
Dap pun Pas pernah puji ketika bersama, dicaci hanya apabila bercerai...
Syam Ghaz
Bagi saya tak perlu takut diputar belit, buat sidang media cakap benda betul dan tak hentam orang sudah baik.
Tapi Jika takda isi, kemudian nak salahkan orang lain, itu yang jadi masalah.
Sepatutnya saling bersatu padu untuk majukan Kedah.
Janganlah duk sindir “KDN Kulim” la. Mcm mcm lah.
Akhirnya PMX umum berpuluh juta diluluskan Projek untuk Kulim jasa Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bawa PM ke Kedah.
TIADA GUNA LAGI BERSATU TERUS SIMPAN 13 AHLI PARLIMEN PRO HAMZAH
12 Mac 2026
Setakat ini, daripada 13 Ahli Parlimen Bersatu yang diketahui memberi sokongan secara terbuka dan masih bersama Hamzah Zainuddin, hanya dua yang diambil tindakan.
Mereka ialah Ronald Kiandee dan Mas Ermiayati Shamsuddin di mana kedua-duanya digantung keahlian selama dua penggal atau enam tahun.
Enam yang lain termasuk Hamzah, lebih awal telah dipecat daripada Bersatu.
Bagaimanapun Ronald Kiandee dan Mas Ermieyati tidak puas hati dengan penggantungan mereka.
Mereka sebaliknya mahu dipecat, bukan digantung.
Barangkali ini pertama kali berlaku di mana pemimpin yang dihukum gantung keahlian tidak berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan dan mahu mereka dihukum lebih berat iaitu dipecat terus daripada parti.
Yang nyata, meskipun keputusan Bersatu itu untuk menghalang mereka menyertai parti yang bakal diterajui Hamzah, tetapi dengan mereka pula mahu dipecat, ia juga menunjukkan kedua-dua Ahli Parlimen itu tiada hati lagi terhadap Bersatu.
Wqlaupun mereka terhalang daripada menyertai parti Hamzah, adalah dipercayai kedua-duanya akan tetapi aktif dan bersama ke mana saja Ahli Parlimen Larut itu mengadakan aktiviti politiknya selepas ini.
Ringkasnya, Bersatu tetap kehilangan mereka.
Sebab itu, jika mahu bergelar jantan, lebih baik Bersatu pecat saja Ahli Parlimen Beluran dan Ahli Parlimen Masjid Tanah itu dan lawanlah mereka secara terbuka sebagaimana Hamzah dilawan.
Gantung tidak memberi apa-apa faedah dan menyimpan mereka juga tiada apa-apa manfaatnya.
Baki 11 lagi Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Hamzah sehingga ini masih tidak terdengar mereka ada diberi surat tunjuk sebab atau apa-apa amaran yang berkaitan perlanggaran disiplin.
Namun, ada maklumat memberitahu, Bersatu sedang berusaha mendekati dan memujuk mereka agar kembali menyokong Muhyiddin Yassin.
Begitu pun, cubaan itu dikatakan hampir mustahil menjadi kenyataan kerana 11 Ahli Parlimen terbabit boleh dikatakan sudah “ikat mati” dengan Hamzah.
Sama seperti Ronald Kiandee dan Mas Ermieyati yang hanya sia-sia menggantung keahlian mereka, cuba memujuk 11 Ahli Parlimen itu juga suatu kerja yang sia-sia.
Ini kerana mereka sejak awal lagi telah bersama Hamzah dan tidak pernah ada hubungan baik dengan Muhyiddin.
Bahkan ada maklumat mengatakan, ada di antara 11 Ahli Parlimen itu, nama mereka pun dikatakan tidak diingati oleh Muhyiddin.
Kesimpulannya, lebih baik Bersatu pecat saja kesemua 11 Ahli Parlimen berkenaan, termasuk Ronald Kiandee dan Mas Ermieyati yang sudah digantung itu, sama sebagaimana Hamzah dan 5 Ahli Parlimen yang dipecat sebelum ini.
Hati dan perasaan kesemua mereka sudah tiada dengan Bersatu atau Muhyiddin, simpan pun tidak menambah apa-apa.
Pecat sajalah, lagi pun Hamzah sendiri sudah mencabar demikian.
Kenapa takut nak sahut cabaran Hamzah? - ShahbudinHusin 12Mac2026.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1235033651953085&id=100063393840098
Che Ibrahim.
Tepuk amai amai
Belalang kupu kupu
Makan ramai ramai
Yang kena hanya aku
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa sebanyak RM6 juta telah dimasukkan ke dalam akaun AmBank milik Bersatu pada 2022.
Pautan berita di ruangan komen
Ahmad Mursi
Ini beza kempen fear-mongering PN-PAS ‘Melayu Terancam’ dan pendekatan MADANI membina ‘Melayu Bermaruah’.
---
‘Melayu Bermaruah’ fokus membina kekuatan dan masa depan bangsa.
‘Melayu Terancam’ mencari kambing hitam dan musuh Melayu.
---
‘Melayu Bermaruah’ membina keyakinan diri dan harapan, serta nilai positif yang menguatkan jiwa Melayu.
‘Melayu Terancam’ membina ketakutan, kebencian, prasangka dan keresahan yang melemahkan jiwa Melayu.
---
‘Melayu Bermaruah’ menanam nilai integriti, usaha, ilmu, daya saing dan pemikiran positif.
‘Melayu Terancam’ pula menumpukan emosi — rasa takut, rasa terancam dan kebencian terhadap etnik lain. Korup pun tak apa.
---
‘Melayu Bermaruah’ melabur dalam pendidikan untuk membangunkan orang Melayu sendiri.
‘Melayu Terancam’ melabur dalam propaganda dan retorik untuk menyalahkan serta memomokkan ancaman kaum lain.
---
‘Melayu Bermaruah’ berorientasikan masa depan dan penyelesaian masalah sebenar rakyat.
‘Melayu Terancam’ berorientasikan masa lalu, mencari kesalahan dan menumpukan retorik yang menakut-nakutkan rakyat.
---
‘Melayu Bermaruah’ memperkasa TVET, STEM, Tahfiz Sains, meningkatkan kemahiran serta memperkukuh institusi seperti MRSM, MARA dan sekolah pondok.
‘Melayu Terancam’ pula sering menumpukan isu menyalahkan Sekolah Vernakular dan UEC sebagai punca kelemahan orang Melayu.
---
‘Melayu Bermaruah’ membina bangsa yang berani memimpin masa depan.
‘Melayu Terancam’ hanya mengekalkan bangsa yang sentiasa takut kepada bayang-bayang sendiri.
---
‘Melayu Bermaruah’ mengangkat pemimpin politik yang bijak, kompeten dan amanah.
‘Melayu Terancam’ mengangkat pemimpin politik yang lemah, korup dan tidak berupaya mentadbir negara.
Ahmad mursi
Pertama, kita perlu jujur. Memang wujud isu kuil tidak sah dan pencerobohan tanah di negara ini.
Isu ni dah berlarutan sekian lama di banyak negeri di bawah pelbagai kerajaan BN-PN-PH.
Di Kedah pun banyak kuil dibina di atas tanah persendirian seperti didedahkan oleh fb aktivis Aman Muhammad.
PMX sendiri dah arahkan PBT untuk selesaikan isu ni segera mengikut saluran undang-undang.
Niat individu tertentu nak banteras isu pencerobohan tanah oleh kuil ini baik, malah ada juga masyarakat india sendiri yang setuju perlu dihentikan.
Cuma bila Sdr Tamim memijak simbol agama lain, bagi saya dia dah terlajak dan boleh menimbulkan mudarat yang lebih besar malah dilarang oleh agama.
Firman Allah: “Jangan kamu hina sembahan yang mereka sembah selain Allah. Nanti mereka pula akan menghina Allah dalam keadaan marah dan jahil". Al-An'am:108.
Sama ada simbol Islam atau mana-mana agama lain, tindakan provokasi memijak atau menghina simbol keagamaan tidak wajar dilakukan oleh sesiapa sekalipun.
Kerana provokasi hampir pasti akan mengundang reaksi balas, keadaan mudah bertukar daripada isu pentadbiran PBT kepada konflik antara kaum.
Tindakan samseng atau keganasan membakar kereta juga tidak patut dibiarkan tanpa didakwa.
Kini aktor politik pula dah tak berselindung tunggang isu ini untuk mobilisasi politik.
Cikgu Candra yang dibakar keretanya, sebelum ini umum sertai DHPP PAS.
Portal politik Pertiwi yang dikaitkan dengan pertubuhan politik juga mula mewawancaranya untuk panaskan lagi isu ni.
Pemuda PAS Selangor dah umum untuk melakukan mobilisasi berkaitan isu tersebut.
Bila timbul isu perkauman, siapa yang dapat laba? nanti tahulah kita itulah dalangnya.
Akhirnya masyarakat kena pilih:
Sama ada menyokong pihak tertentu memanaskan lagi api sentimen sehingga berlaku pergaduhan antara kaum untuk mobilisasi politik.
Atau menyokong pihak berkuasa khasnya PBT mengurus isu ini mengikut lunas undang-undang, sambil memastikan keamanan terpelihara.
Perang AS–Israel vs Iran membuka peluang Beijing mengkaji kekuatan sebenar tentera Amerika!
Ketika dunia memerhatikan konflik yang semakin memuncak antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran, ada satu kuasa besar yang kelihatan tidak terlibat secara langsung — tetapi mungkin mendapat keuntungan strategik yang besar.
Negara itu ialah China.
Dalam konflik moden, kadangkala negara tidak perlu menembak satu peluru pun untuk mendapat kelebihan. Cukup sekadar memerhati, merekod dan menganalisis.
Dan inilah yang sedang berlaku di Timur Tengah.
---
1. Medan perang sebenar, bukan latihan
Selama beberapa dekad, kekuatan tentera Amerika sering dikaji melalui, latihan ketenteraan, simulasi peperangan dan konflik kecil di beberapa negara.
Namun konflik besar melibatkan Iran dan sekutunya memberikan satu peluang yang jauh lebih berharga iaitu medan perang sebenar. Dalam peperangan sebenar, tentera akan menggunakan strategi sebenar, sistem radar sebenar, taktik elektronik sebenar, kemampuan misil sebenar.
Semua ini memberikan data yang jauh lebih bernilai daripada latihan ketenteraan.
---
2. Kapal radar China turut berada berhampiran kawasan konflik
Menariknya, ketika konflik ini berlaku, laporan pertahanan menyatakan sebuah kapal pengawasan China telah berada berhampiran kawasan strategik di Teluk Oman, tidak jauh dari Selat Hormuz.
Kapal itu dikenali sebagai Liaowang-1, sebuah kapal pengawasan radar dan perisikan elektronik milik tentera China.
Dengan berat sekitar 30,000 tan dan panjang lebih 220 meter, Liaowang-1 merupakan antara kapal pengumpulan data ketenteraan paling canggih yang dimiliki Beijing.
Kapal ini dilengkapi dengan sistem radar dan sensor elektronik yang mampu menjejak ratusan hingga ribuan objek udara seperti pesawat dan misil, memantau frekuensi radar tentera dan mengesan komunikasi elektronik di medan perang.
Dalam dunia ketenteraan moden, kapal seperti ini sering digelar sebagai “mata dan telinga” tentera.
Walaupun ia bukan kapal perang dan biasanya tidak membawa senjata berat, kehadirannya di kawasan konflik membolehkan China memantau operasi tentera Amerika secara hampir masa nyata.
---
3. Mengkaji taktik sebenar tentera AS
Dengan memantau konflik ini, China berpeluang melihat secara langsung bagaimana tentera Amerika bertindak dalam peperangan sebenar.
Contohnya melalui operasi armada kapal pengangkut pesawat Amerika.
Carrier Strike Group merupakan antara sistem ketenteraan paling kompleks di dunia. Dengan radar jarak jauh dan sensor elektronik, pihak luar boleh memerhati susunan kapal pengiring, jarak pertahanan armada, corak pergerakan kapal dan sistem radar yang digunakan
Semua ini membantu membentuk gambaran tentang doktrin operasi sebenar tentera Amerika.
---
4. Menguji sistem pertahanan terhadap dron dan misil
Iran pula terkenal dengan penggunaan dron kamikaze, misil balistik dan serangan peluru berpandu jarak jauh.
Setiap serangan yang berlaku memberi peluang kepada pemerhati luar melihat bagaimana sistem pertahanan Amerika bertindak.
Melalui data radar dan isyarat elektronik yang dikumpul, penganalisis ketenteraan boleh menilai keupayaan pertahanan udara, tempoh reaksi sistem pertahanan dan keberkesanan sistem anti-misil
---
5. Perang moden adalah perang data
Dalam abad ke-21, kekuatan tentera bukan hanya bergantung kepada jumlah kapal perang, jumlah jet pejuang dan jumlah misi tetapi juga kepada maklumat. Negara yang memahami radar musuh, komunikasi musuh dan taktik operasi musuh akan mempunyai kelebihan besar dalam peperangan pada masa hadapan.
---
6. China tidak perlu menembak satu peluru
Bagi China, konflik ini memberi sesuatu yang sangat berharga. Pengalaman perang sebenar tanpa perlu menembak satu peluru pun.
Setiap pelancaran misil, setiap operasi udara dan setiap pergerakan armada memberi peluang kepada Beijing untuk memahami dengan lebih mendalam bagaimana tentera Amerika beroperasi dalam peperangan sebenar.
---
7. Siapa sebenarnya yang menang?
Dalam geopolitik, kemenangan tidak semestinya berlaku di medan perang.
Kadangkala kemenangan datang daripada maklumat yang dikumpul sepanjang peperangan itu sendiri.
Ketika dunia memerhatikan konflik antara Amerika, Israel dan Iran, ada kemungkinan satu kuasa lain sedang memerhati dengan teliti dari jauh.
Dan dalam diam, mungkin sedang belajar.
Disusun oleh :
Tuan Haz