AIKKKK..,LEBIH LAK ...

 


Che Ibrahim.


Negara kita Dari YDPA, PM, Ketua Ketua Jabatan/agensi Islam belaka... Kok mana kata kuasa di tangan kuffar?? 


Adapun harbi dan munafik, mereka adalah tergolong dalam kuffar. 


Adapun melayu, semuanya muslim kecuali mereka yang murtad atau isytihar diri keluar dari Islam. 


Berbeza parti atau puak dan mazhab tidak menyebabkan mereka bukan muslim atau pro kuffar.





MASAALAH DIA TAK BERAPA PAHAM BAHASA MELAYU.KIOK.

 


Che Ibrahim


Bukankah dia jadi pegawai exco??.... Adakah exco tersebut jaga hal ehwal Islam sahaja spt mufti?? 


Kuatnya fitnah puak ni, tak boleh hidup barangkali kalau tak buat fitnah...




BILA RASULULLAH BERPIHAKNPADA ROM.

 


Che Ibrahim


Berdoalah semoga kuasa kuffar hancur sebagaimana hancurnya Abrahah bersama tenteranya ketika menyerang Ka'abah.


Ketika Rom berperang dengan Parsi, Rasulullah saw memilih untuk berpihak kepada Rom berbanding Parsi yang menyembah api. Apa pun perseteruan kita dengan Syiah, penduduk Iran masih "Ahli Kiblat".






JAWAPAN RAFIZI KEPADA SURAT TUNJUK SEBAB PKR

 



JAWAPAN RAFIZI KEPADA SURAT TUNJUK SEBAB PKR


Saya telah menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR.


Imbasannya begini: 


PKR cuba menafsirkan kenyataan bahawa saya berhasrat untuk bertanding di kerusi parlimen Pandan dalam PRU16 tetapi bukan atas tiket PKR, sebagai satu pengisytiharan keluar parti yang menggugurkan kedudukan saya sebagai ahli parlimen dan mengosongkan kerusi parlimen Pandan.


Jawapan saya adalah seperti berikut:


SURAT TUNJUK SEBAB


Saya merujuk kepada satu surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh pihak Saudari bertarikh 23 Februari 2026, dengan rujukan SUA2026/AG/STS/001.


2. Temu ramah saya dengan Sin Chew Daily, seperti yang dirujuk di dalam surat tunjuk sebab itu, mempunyai maksud seperti yang boleh difahami oleh sesiapa yang mempunyai penguasaan bahasa Melayu yang baik.


3. Kenyataan-kenyataan saya di dalam temu ramah itu mempunyai maksud berikut:


(i) Saya akan kekal sebagai anggota KEADILAN dan berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Pandan sehinggalah parlimen dibubarkan bagi tujuan Pilihanraya Umum ke-16; dan


(ii) Saya berhak mempunyai perancangan sendiri selepas parlimen dibubarkan dan tidak lagi terikat dengan peruntukan bersabit pertukaran parti oleh ahli parlimen di tengah-tengah penggal.


4. Oleh itu, sekiranya kenyataan-kenyataan itu difahami mengikut pemahaman bahasa Melayu yang waras, ia tidak memerlukan tafsiran-tafsiran yang merumitkan seperti yang cuba diajukan di dalam surat tunjuk sebab tersebut.


RAFIZI RAMLI

28 Februari 2026.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1226538696135914&id=100063393840098





JIKA RAFIZI KERJASAMA DENGAN PN, MAKA RR JUGA AKAN JADI MACAM PIMPINAN PN YANG MEMANG BENGGONG DALAM BANYAK HALSEDANGKAN RR ADALAH SEORANG YANG BIJAK DALAM HAL MENGANALISA. TIDAK SEPERTI PIMPINAN PN. KIOK..




 POTENSI RAFIZI DAN KUMPULANNYA MENANG PRU16 PASTI CERAH JIKA BEKERJASAMA DENGAN PN


01 Mac 2026


Hakikat bahawa Rafizi Ramli ingin membawa haluan sendiri pada PRU16 akan datang, sekurang-kurangnya boleh disahkan berdasarkan dua kenyataan terkininya baru-baru ini.


Pertama, apabila beliau mengatakan ingin terus bertanding di kerusi Pandan, tetapi bukan atas tiket PKR.


Kenapa Rafizi mengatakan beliau akan bertanding bukan atas tiket PKR adalah kerana berdasarkan pelbagai kritikannya terhadap Anwar Ibrahim sejak kebelakangan ini, adalah difahami bahawa 99.99% namanya tidak lagi akan dicalonkan semula oleh parti itu.


Menyedari peluangnya terlalu tipis untuk dipilih semula oleh PKR sebagai calon, bukanlah menjadi kesalahan untuk beliau bertanding semula dan membuat persiapan bagi tujuan itu.


Kedua, apabila Ahli Parlimen Pandan itu  mengatakan beliau  dan sekutunya terbuka untuk "membawa haluan sendiri".


Tanpa mahu mengesahkan secara langsung ia bermaksud untuk menubuhkan parti baharu, bekas Menteri Ekonomi itu menjawab,  mereka mahu memberi "pilihan" kepada pengundi, terutamanya golongan muda.


Apa bentuknya, jelas beliau, hanya akan diputuskan dalam beberapa bulan lagi.


“Kami sedang melihat angka, kami melihat segala kemungkinan, pelbagai kemungkinan konfigurasi politik. Tetapi saya rasa anda akan mendengar lebih banyak daripada kami selepas Jun.


"Bagi mereka yang merasakan 'ini sudah berakhir, saya tidak ada pilihan untuk mengundi siapa'... kami mahu memastikan generasi muda terutamanya, tidak dinafikan pilihan tersebut," katanya lagi.


Berdasarkan sidang medianya minggu lepas ketika mengumumkan kemungkinan menolak atau berkecuali dalam undian RUU Pemisahan Kuasa Peguam Negara, kecuali jika peranan Parlimen dilibatkan dalam perlantikan Pendakwa Raya, adalah didapati 10 Ahli Parlimen PKR (termasuk dirinya) ada bersama Rafizi.


Ini membayangkan, haluan sendiri yang bakal diputuskan Rafizi nanti hampir pasti melibatkan sama semua  10 Ahli Parlimen berkenaan.


Sementara tentunya ramai yang mengalu-alukan pilihan Rafizi itu, persoalan penting ialah bolehkah beliau dan kumpulannya menang pada PRU16 akan datang dengan haluan baharu itu?


Tidak kira sama ada beliau dan kumpulannya menubuhkan parti baharu atau bertanding atas tiket Bebas, potensi untuk menang pastinya lebih cerah jika bekerjasama dengan PN, blok pembangkang yang ada sekarang ini.


Bentuk kerjasama itu ialah di semua kawasan di mana Rafizi dan kumpulannya bertanding, PN bukan saja tidak meletakkan calon, bahkan turut berkempen untuk berlawan dengan calon daripada PH/BN.


Sebagai timbal baliknya,  Rafizi dan kumpulannya pula harus membantu kempen PN di kawasan-kawasan yang difikirkan perlu.


Peranan Rafizi dirasakan perlu khususnya untuk meyakinkan pengundi bandar, pengundi bukan Melayu dan pengundi atas pagar agar beralih mengundi PN.


Memandangkan undi Melayu sejak PRU15 lepas sehinggalah sekarang masih  kekal berada di takungan PN, melalui kerjasama itu, selain Rafizi dan kumpulannya sudah tersedia dengan  deposit undi Melayu yang selesa, PN juga akan beroleh manfaat mendapat sokongan kelompok pengundi yang lain.


Ditambah dengan 10 Ahli Parlimen berkenaan tentunya ada pengaruh tersendiri di kawasan masing-masing, bekerjasama dengan PN itu pasti akan menambah-cerahkan lagi ke arah kemenangan.


Tetapi jika Rafizi dan kumpulannya bertanding solo dan terpaksa berdepan pertandingan tiga penjuru dengan PH/BN serta PN, potensi untuk beliau menang adalah sukar.


Ini kerana beliau dihimpit oleh “dua gajah” iaitu PH/BN di satu pihak dan PN  di satu pihak lain dan keadaan itu lebih memungkinkannya “mati terhimpit” di tengah-tengah.


Yang menarik lagi, dengan PN kini diketuai oleh Dr Ahmad Samsuri Mokhtar atau Dr Sam, seorang tokoh muda profesional PAS yang juga berasal sama negeri dengan Rafizi, laluan untuk kerjasama itu pasti bertambah mudah lagi.- ShahbudinHusin 01Mac2026.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1227057989417318&id=100063393840098





Jatuhkan Kerajaan: Orang Ramai Sokong Bantu Kesan Tiga Anak Daim

 


Netizen meminta agar semua pihak membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan empat anak Daim yang notis terhadap mereka dikeluarkan pada 27 Februari 2026 berhubung perkara itu.

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Orang ramai menyokong tindakan pihak berkuasa mengesan tiga daripada empat anak bekas menteri kabinet, Daim Zainuddin yang dipercayai melarikan diri ke luar negara.

Menurut respon yang disiarkan di media sosial, mereka turut meminta agar semua pihak membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah mengeluarkan notis pada Jumaat berhubung perkara itu.

“Semalam loyar tudoh Kerajaan bohong. Rupa2nya sudah siang2 lari luar negara apabila komplot gagal dan maklumat bocor. Buru mereka sehingga dapat!,” kata Ratz Ratz.

Kenyataan media SPRM pada 27 Februari 2026. Foto SPRM

Sopiee Salleh pula menulis, “mungkin ketiga2 anak arwah daim telah ke luar negara berjumpa pihak editor blomberg utk burukkan krjaan malaysia madani di pentas dunia yg 1 lgi berada di samping ibunya menutup perbuatan jahatnya di mata rakyat malaysia,” katanya.

Netizen hangat mengulas perkembangan tiga daripada empat anak bekas menteri kewangan Allahyarham Daim Zainuddin yang dipercayai kini berada di luar negara, susulan laporan terkini daripada pihak berkuasa.

Terdahulu dalam penjelasannya, SPRM mengeluarkan Notis Kesan Individu terhadap empat anak Daim semalam, berikutan kegagalan individu terbabit memberi maklum balas dan ketidakpatuhan terhadap dua notis rasmi yang telah diserahkan sebelum ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan empat anak kepada bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin bagi membantu siasatan kes.

SPRM dalam kenyataannya memaklumkan pada 13 Februari lepas, Notis Menghadiri Pemeriksaan di bawah Seksyen 30(1)(a) Akta SPRM 2009 telah diserahkan melalui firma guaman Tetuan Zharif Nizamuddin dan SPRM menerima permohonan lanjutan masa daripada pihak peguam pada 16 Februari.

“Sehubungan itu, SPRM telah memberi kata putus untuk penama-penama hadir ke pejabat SPRM pada 11 Mac ini tetapi sehingga 26 Feb lepas tiada maklum balas diterima dan usaha menghubungi penama juga tidak berjaya, peguam turut memaklumkan anak guam mereka berada di luar negara dan menghadapi masalah untuk berhubung dengan mereka.

“Enam kertas siasatan turut dibuka terhadap Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, Josephine Premla Sivaretnam dan empat anak Allahyarham Tun Daim iaitu Asnida, Md Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin. Kesemua mereka disiasat kerana gagal mengisytiharkan aset secara menyeluruh,” menurut kenyataan itu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata siasatan itu dibuat susulan satu laporan polis yang diterima pihaknya pada 26 Februari 2026. Foto PDRM

Dalam pada itu, rekod Jabatan Imigresen (JIM) menurut Ketua Pengarahnya Datuk Zakaria Shaaban berkata tiga individu terbabit dikesan meninggalkan Malaysia pada akhir Januari dan awal bulan ini.

Bagaimanapun, dia enggan mendedahkan butiran lanjut berhubung perkara itu dengan alasan siasatan berterusan oleh agensi antirasuah berkaitan tiga beradik tersebut.

“Ya, saya sahkan mereka sudah pun keluar dari Malaysia kecuali seorang yang buat masa ini tiada rekod pergerakan keluar dari negara.
“Lokasi keberadaan mereka tidak dapat didedahkan memandangkan siasatan dijalankan oleh SPRM,“ kata Zakaria seperti dipetik media tempatan
hari ini.

Kerajaan Tekad Perangi Rasuah, Tiada Siapa Kebal Undang-Undang – PM Anwar

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis berbuka puasa di Seri Perdana bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM) di Putrajaya pada 28 Februari 2026. Foto PMO

PUTRAJAYA, 28 Feb – Kerajaan meneruskan ikhtiar mempergiat usaha memerangi rasuah dan beriltizam melindungi kekayaan negara daripada terus diseleweng, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, pentadbiran kerajaan Persekutuan akan memastikan tiada mana-mana individu tanpa mengira pangkat atau kedudukan, kebal daripada tindakan undang-undang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis berbuka puasa di Seri Perdana bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM) di Putrajaya pada 28 Februari 2026. Foto PMO

“Kita melakukan yang terbaik untuk memulihkan imej negara, bermula dengan kepimpinan. Kepimpinan tidak boleh sama sekali membenarkan perompakan harta negara.

“Sebab itu buat pertama kali dalam sejarah, agensi penguat kuasa bertindak terhadap salah laku rasuah tanpa mengira pangkat, sama ada Tun, Tan Sri, Datuk atau sesiapa sahaja,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis berbuka puasa di Seri Perdana bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM) di Putrajaya pada 28 Februari 2026. Foto PMO

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa di Seri Perdana bersama warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM) di sini hari ini.

Anwar berkata, siasatan terbaharu yang melibatkan tokoh-tokoh kanan termasuk kepimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pegawai kementerian serta setiausaha politik Perdana Menteri sendiri membuktikan komitmen Putrajaya dalam membanteras rasuah meskipun berdepan serangan berterusan terhadap beliau.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis berbuka puasa di Seri Perdana bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM) di Putrajaya pada 28 Februari 2026. Foto PMO

“Ini memberi mesej jelas bahawa tindakan kita mesti telus dan berani. Namun mereka yang terkesan selalunya cuba melawan dengan menggunakan sumber yang ada, media sosial serta pengaruh politik untuk menyerang.

“Apabila mereka melawan, mereka menggunakan dana besar yang telah dikumpulkan serta rangkaian media sosial dan politik untuk mengkritik.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis berbuka puasa di Seri Perdana bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM) di Putrajaya pada 28 Februari 2026. Foto PMO

“Akhirnya, pihak yang benar-benar komited memerangi rasuah pula dianggap musuh. Saya terpaksa mempertahankan diri walaupun cuba untuk tidak terganggu,” katanya lagi.

Dakwaan Kerajaan ‘Senyap’ Tangani Kes Hina Agama Tidak Berasas, Siasatan Sedang Dilaksana – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tuduhan bahawa kerajaan tidak mengambil tindakan berhubung insiden memijak al-Quran adalah tidak berasas pada 28 Februari 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tuduhan bahawa kerajaan tidak mengambil tindakan berhubung insiden memijak al-Quran adalah tidak berasas.

Perdana Menteri berkata, pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh mengikut lunas undang-undang yang berkuat kuasa.

Perdana Menteri menegaskan dalam sebuah negara yang menjunjung kedaulatan undang-undang, tindakan diambil berdasarkan proses perundangan, bukan tekanan emosi atau persepsi menerusi media sosial.

Hantaran di X Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 28 Februari 2026.

“Negara ini ditadbir oleh undang-undang, bukan emosi dan spekulasi,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sehubungan itu, Anwar menggesa semua pihak agar menyerahkan sepenuhnya perkara berkenaan kepada pihak berkuasa serta tidak membuat spekulasi atau kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian awam.

Sebelum ini, media melaporkan seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) direman bagi membantu siasatan berhubung kes menghina agama Islam dengan memijak al-Quran.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata kertas siasatan pelajar UMPSA itu telah dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya, manakala suspek masih dalam tahanan reman. Foto YAPEIM

Kelmarin, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata polis telah melengkapkan kertas siasatan bagi kes tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah pada Sabtu berkata, reman terhadap lelaki berusia 21 tahun itu disambung hingga 3 Mac ini selepas menerima arahan daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR) supaya beberapa tindakan lagi diambil untuk melengkapkan siasatan.

Sebelum ini, pada Januari 2023, Perdana Menteri turut menegaskan Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan perbuatan membakar buku atau teks agama termasuk al-Quran, Injil dan teks agama Hindu kerana rakyat Malaysia menghargai kemanusiaan dan menghormati hak setiap individu.

Kenyataan media segera Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil pada 25 Februari 2026. Foto Facebook Fahmi Fadzil

Mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ahli politik pelampau kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan yang membakar naskhah al-Quran di Sweden, Anwar berkata terdapat begitu banyak salah faham dan prasangka terhadap agama di seluruh dunia termasuk Islam.

Susulan itu, Malaysia mengeluarkan satu juta al-Quran untuk diedarkan segera di seluruh dunia sebagai tindakan balas terhadap insiden membakar naskhah Al-Quran di Sweden.

Iran Serang Tel Aviv Sebabkan Seorang Maut, 20 Cedera

 


Kebakaran besar berlaku di kawasan Tel Aviv selepas Iran melancarkan siri serangan peluru berpandu pada 28 Februari 2026. Foto X

TEL AVIV, 1 Mac – Media Israel mengesahkan seorang individu maut selepas cedera parah dalam serangan peluru berpandu Iran ke atas Tel Aviv, manakala 20 lagi dilaporkan cedera, termasuk seorang dalam keadaan kritikal.

Sementara sebuah bandar pelabuhan di hujung selatan Israel, Eilat mengeluarkan amaran siren serangan udara selepas pengesanan dron memasuki ruang udara.

Kebakaran besar berlaku di kawasan Tel Aviv selepas Iran melancarkan siri serangan peluru berpandu pada 28 Februari 2026. Foto X

Bandar yang terletak berhampiran sempadan Jordan dan Mesir, kira-kira 50 km dari Arab Saudi, kini berada di bawah tahap berjaga-jaga tinggi, dengan siren amaran dibunyikan bagi memberi amaran kepada penduduk setempat.

Kebanyakan mereka telah melarikan diri dari kediaman masing-masing sejak petang semalam waktu tempatan dan berlindung di kubu selamat berhampiran.

Bangunan hancur berlaku di kawasan Tel Aviv selepas Iran melancarkan siri serangan peluru berpandu pada 28 Februari 2026. Foto X

Serangan Iran ke atas Israel berlaku ketika ketegangan serantau meningkat, dengan ancaman eskalasi konflik lebih besar di Asia Barat masih berterusan.

Pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei terbunuh, lapor media Iran


 Media Iran melaporkan pemimpin tertinggi negara itu, Ayatollah Ali Khamenei telah terbunuh dalam serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel, dipetik Al Jazeera sebentar tadi.

Agensi berita Tasnim dan Fars dilaporkan mengesahkan kematian tokoh yang memainkan peranan penting dalam Revolusi Islam itu.

Khamenei, 86, syahid di pejabatnya ketika sedang “melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya” pada awal pagi Sabtu, lapor Fars Iran dipetik Al Jazeera.

Ketahui lebih lanjut
VIDEO
Analisis Industri
Cenderahati berita eksklusif

Anak perempuan, cucu, menantu perempuan dan menantu lelaki Pemimpin Agung Iran berkenaan turut terkorban.

Susulan itu, kerajaan Iran telah mengisytiharkan 40 hari berkabung di seluruh negara berkenaan serta cuti umum selama tujuh hari.

Sementara itu, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) menyifatkan kematian Khamenei sebagai “kehilangan seorang pemimpin agung dan kami meratapi pemergiannya”.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa “kesyahidan Khamenei di tangan pengganas paling kejam dan algojo kemanusiaan merupakan tanda legitimasi pemimpin agung ini serta pengiktirafan terhadap khidmat ikhlas beliau”.

IRGC menambah bahawa “tangan pembalasan rakyat Iran… tidak akan melepaskan mereka” selain menyatakan pendirian akan terus “teguh dalam menghadapi konspirasi dalam dan luar negara”.

Untuk rekod, Khamenei mengambil alih kepimpinan Republik Islam pada 1989 selepas kematian Ayatollah Ruhollah Khomeini.

Sebelum bergelar Pemimpin Tertinggi, beliau memimpin Iran sebagai presiden ketika Iran berdepan perang berdarah dengan Iraq pada era 1980-an.

Ketahui lebih lanjut
khemah
Dasar Industri
Buku Tengku Zafrul