PEEGEDAH..ZAMAN KO ..BUKAN JIHAD EKONOMI KAH SAMPAI TELOR AYAM TAK ADA. LAGI MAU SEMBANG. BUAT DULU KAT SG 4



Zainuddin Omar



 Sudah gilakah suruh buat polisi berniaga bebas tanpa lesen, tanpa kawalan dan tanpa penguatkuasaan? 




Semua warga asing boleh berniaga sesuka hati tanpa apa-apa sekatan. 


Jahanam Malaysia kalau puak-puak ini berkuasa.


Buatlah dulu di negeri SG4.




SEWA BAZAAR RAMADHAN PUN PUN PN TAK BOLEH BANTU PENIAGA MELAYU



Arif Kadir


 Siapa lantik YB Hannah Yeoh? Tentulah DS Anwar Ibrahim. Apa jadi kalau sewa bazar RM10K? Peniaga Melayu terpaksa bayar mahal yang kemudian menterjemahkannya kepada harga barangan yang dijual.


 Apa kerajaan PN-PAS buat masa tu? Tengok saja sambil taichi kat orang tengah. 




Siapa suka sewa tapak bazar RM10K? Walaun PAS. Kenapa walaun suka? Sebab walaun benci PMX. Tu jer. Alasan lain?


 Sebab walaun tolol. Orang berpolitik ni sokong hat untungkan kita. Tak untungkan kita, dinosaur pun kita langgar. Apa ada hal.




KITA TENGOK SAJA LAH PAS BEEPUTAR ALAM.



 Sekarang ni nampaknya ada perselisihan dalam PAS antara Mursyidul Am dan Presiden. Sorang kata utara, yang sorang lagi kata selatan.


Untuk walaun yang masih menyusu botol, mungkin mereka tak sedar siapa lebih tinggi dalam hirarki PAS.


Presiden dan Mursyidul Am berselisih ni perkara baru. Berlaku hanya lepas Hadi jadi presiden. Sebelum tu, di zaman Ustaz Fadzil Noor, ia tak pernah berlaku.


Malah ketika Almarhum TG Nik Aziz sebagai MA pun Hadi beberapa kali cuba 𝗽𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 Almarhum dengan berbuat perkara ikut suka hati dia je.


Tapi komen Almarhum sentiasa 𝘤𝘭𝘢𝘴𝘴𝘪𝘤. "Saya masih lagi 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗻𝗼𝗺𝗯𝗼𝗿 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗣𝗔𝗦." Dan itu biasanya akan tutup terus pintu perbalahan.


Ya, Mursyidul Am adalah pemimpin tertinggi di dalam hirarki PAS. MA adalah pemimpin yang paling wajib diwalak oleh walaun. Bukan presiden.


Malah sekiranya Presiden melakukan sesuatu yang bertentangan dari persetujuan MA itu bermakna Presiden sendiri telah 𝘁𝗮𝗸 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗸 dan 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗸𝗮.


Tapi begitulah Hadi. Dia mana reti nak hormat orang lain, walaupun orang itu berada di atasnya. Sentiasa rasa dirinya je yang betul. Walaupun selalu salah.


Kalau orang sehebat, searif Almarhum TG Nik Aziz pun dia berani bantah (ikut pintu belakang), apatah orang macam Hashim Jasin tu.


Dan tu juga masalah PAS. Tiada pemimpin berkaliber. Bila Allahyarham Ustaz Fadzil Noor meninggal, dan diikuti pula Almarhum TG Nik Aziz, mereka tinggalkan 𝗹𝗼𝗺𝗽𝗼𝗻𝗴 yang sangat besar dalam hirarki PAS.


Ditambah lagi bila kumpulan profesional dan cerdik disingkirkan (𝗴𝘂𝗴𝘂𝗿 𝘀𝗲𝘁𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻), yang tinggal dalam PAS hanya 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗼𝗿𝗶-𝗹𝗼𝗿𝗶 pemimpin sampah.


Hadi membawa PAS menuju kehancuran. Walaun nafi ni berdasarkan pencapaian PAS dalam PRU. Tapi itu sebenarnya hasil permainan  sentimen.


Bila kebenaran kian terbongkar dan temberang PAS terdedah, seperti yang kerap berlaku sekarang, PAS akan jadi setaraf 𝗛𝗮𝗺𝗶𝗺 dan 𝗕𝗲𝗿𝗷𝗮𝘀𝗮 je, InsyaAllah. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



PAS BOLEH LANTIK PAPAGOMI JADI PREAIDWNG.

 



Memandangkan walaun, walangak (pewalak kepada penyangak) dana  walabod semua percaya sangat ke 𝗣𝗮𝗽𝗮𝗚𝗼𝗺𝗼, aku rasa bagus lantik dia jadi pengerusi PN.


Masalahnya dia bukan presiden parti? Apa susahnya? First sekali pecat Hashim Jasin. Lepas tu lantik Hadi jadi MA. Lepas tu terus pilih Gomo jadi presiden PAS.


Sebab kesian tengok PN. Headless chicken. Jadi tak tentu hala dah sebab takde ketua. Masa ada ketua pun carca marba, apa lagi bila takde ketua ni. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



PAS PARTI YANG TAK DA KETUA.

 

Syam Ghaz



PAS ni parti yang 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗸𝗲𝘁𝘂𝗮. Kalau ada pun, ketua yang 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗮𝗿𝗶𝘀𝗺𝗮. Bayangkan, untuk jadi Pengerusi PN pun PAS terpaksa beri 3 nama. Kenapa? Sebab antara ketiga-tiga nama tu, tak ada seorang pun yang betul-betul layak.






Jauh berbeza dengan PH. Walaupun secara jelas PH punya begitu ramai pemimpin yang lebih bijak, lebih berkualiti berbanding PN, tapi dalam bab pilih ketua, PH tak pernah berbolak balik. Sebut saja ketua, cuma ada satu nama.


Itulah beza koalisi yang 𝙤𝙧𝙜𝙖𝙣𝙞𝙯𝙚𝙙 dan koalisi yang 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽 𝗺𝘂𝗮𝘁. Beza antara yang bermatlamat dan yang cuma pandai sembang. Baru uruskan koalisi dah carca marba. Patutlah masa memerintah dulu habis jahanam negara. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



SEPATUTNYA PRESIDEN LA JADI PENGERUSI PN. AHH...4 LORI SEKOQ PUN TAK DAK.



 PN hancur dah.








Nak lantik Pengerusi PN pun takda calon 


Hadi, Ibrahim, Takiyuddin, Hashim dan Samsuri pergi pujuk masih gagal.


Akhirnya Hadi keluar surat Timbalan PN jemput mtg utk lantik Pengerusi PN.


Muhyiddin Respon kata mtg tu tak sah. 


Muhyiddin mengaku dia masih Pengerusi sehingga mesyuarat sahkan dia letak jawatan.


PAS dah kena checkmate dgn Muhyiddin.


Perlembagaan PN boleh lantik Pengerusi hanya dari 4 Presiden Parti gabungan PN


Presiden Bersatu

Presiden Pas

Presiden Gerakan 

Presiden Star Sabah


Pas ego kata dia ada 4 Lori calon Pm, rupanya 4 Lori sampah sarap.


Siapa yang nak bersama bentuk MN2.0 hanya donggeng pak pandir nak terjun gaung.


Bye bye PN, InsyaAllah Kerajaan Perpaduan kekal lagi berkuasa PRU16. 


InsyaAllah PMX kekal jadi PM next term.


Pembangkang kini lemah selemahnya, retak menanti belah.


Syam Ghaz





Pemimpin Pas sendiri mula risau perpecahan mereka semakin ketara


 


Para pemimpin peringkat bawahan Pas mula risau dengan perpecahan di dalam parti itu sekarang yang dilihat semakin ketara.

Mereka bukan sahaja membincangkannya di dalam mesyuarat tertutup bahkan menulisnya di dalam media sosial khasnya facebook menerusi akaun masing-masing.

Ini berikutan pertemuan Presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Md Yassin dan rombongan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin dan pemimpin ulama Pas di Perlis.


Turut serta dalam pertemuan itu adalah tiga Adun Pas yang dipecat iaitu ADUN Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim, ADUN Bintong, Fakhrul Anwar Ismail dan ADUN Chuping Saad Seman serta Yang Dipertua Pas Kawasan dalam negeri Perlis di samping MB Perlis yang baharu dari Bersatu.

Ia berlaku ketika para pemimpin kanan Pas yang lain sangat tidak senang dengan sikap Hashim Jasin dan pimpinan ulama dalam krisis di Perlis sehingga timbul ura-ura mereka akan dipecat dari Pas.

Namun, usaha untuk memecat Hashim dan Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Ustaz Ahmad Adnan Fadzil tidak kesampaian.

Yang tidak disenangi oleh sesetengah pemimpin Pas adalah apabila Hashim dikatakan berkata kemelut kepimpinan kerajaan negeri Perlis telah selesai sedangkan kepimpinan kerajaan negeri itu itu jatuh ke tangan Bersatu walaupun Adun Pas lebih ramai.

“Kemelut politik di Perlis telah diselesaikan dengan baik termasuk dalam urusan pemilihan Menteri Besar yang diserahkan sepenuhnya mengikut perkenan Raja Perlis.

“Ujar beliau, Pas menyokong sesiapa sahaja yang dipilih baginda,” tulis Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz.

“Memang kita dah mengaku depan Tuanku Raja Perlis siapa nama-nama calon Menteri Besar dikemukakan dan dipilih Tuanku, kita akan sokong.”

“Jadi Tuanku telah pilih Abu Bakar Hamzah, maka kita pun minta bolehlah bekerjasama dengan dia,” kata Hashim sebagaimana dipetik Tun Faisal.

Ekoran itulah, ramai pemimpin dan penyokong Pas melahirkan secara terbuka kerisauan mereka.

“Nampaknya ada bibik-bibik pertembungan baharu dalam Pas. Maka kami sebagai ahli peringkat bawahan mengharapkan satu titik nokhtah perlu dicari dan disegerakan.

“Kami percaya kepada kepimpinan utama Pas Pusat mampu menanganinya dengan baik,” tulis seorang pemimpin pertengahan Pas di Terengganu, Naraza Muda menerusi facebook beliau.

Tulisan Naraza, pemimpin Pas dari Dungun ini sangat tidak disenangi kerana ia seolah-olah membuka pekung di dada atau menyimbahkan minyak di api yang sedang marak.

Ismadi Ismail II menulis, “takyah kebe sgt laaa….biar kocok kuat lagu mane pun….pegang kemah je memasing.” yang bermaksud “Jangan besarkan cerita inilah, biar kecoh macamana pun.”

Seorang lagi akan Naraza, Shaikh Salmin Mohamad Al-kathiri menulis, “Bakpe nye kebe dalam ni?🫢”

Namun ada penyokong Pas yang bosan dengan apa yang berlaku.

Hamdan Ahmad menulis, “Baik aku gi Turkiye tengok pertunjukan peluru berpandu antara Iran dan US.”Ada sesetengah penyokong Pas melihat, apa yang berlaku di Perlis adalah ekoran kegagalan Pas menguruskan permintaan dari Istana Perlis yang tidak mahu lagi MB dari Pas, Mohd Syukri Ramli kekal.

Pas diminta menamakan pemimpin lain untuk dilantik sebagai MB terutama selepas kes rasuah oleh anak Syukri yang juga menantu Tan Sri Abdul Hadi Awang sendiri yang melibatkan istana.

Dilaporkan, sekurang-kurangnya Istana Perlis telah dua kali memanggil Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyudin Hassan ke Istana bagi memaklumkan kehendak itu, namun ia tidak dilaksanakan oleh Pas.

Bagi pemimpin Umno, Datuk Puad Zarkashi pula, kunjungan hormat Muhyiddin ke pejabat MB Perlis membuktikan dia merestui tindakan tebuk atap oleh Adun Bersatu.

“Bahkan kunjungan hormat ke rumah Datuk Hashim Jasin juga jadi bukti, wujud dua kem dalam Pas. Hashim Jasin semakin tersisih dalam Pas,” tulis Puad, Speaker DUN Johor itu.




Ramai sambut baik, PM syor ladang babi di Bukit Tagar dibatalkan, ini sebabnya


 


Ramai menyambut baik penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar projek ternakan babi berskala besar di Bukit Tagar, Hulu Selangor dibatalkan.

Terdahulu, Anwar berkata, Kabinet dalam mesyuarat hari ini, berpandangan isu berkenaan membabitkan faktor persekitaran dan keresahan rakyat pelbagai kaum di sekitar kawasan itu harus diberi perhatian.

“Saya akan bincang dengan Menteri Besar (Amirudin) supaya bagi pandangan, kalau boleh batalkan dulu projek itu dan pertimbangkan kalau boleh kawasan yang lebih baik dengan syarat teknologi itu terjamin.

“Kalau pun teknologi baik tapi di kawasan yang menimbulkan keresahan itu tentunya tidak wajar diteruskan,” katanya.

Beliau menambah pilihan juga boleh dibuat dengan membangunkan ladang ternakan sedia ada itu di lokasi yang sama dengan syarat ketat dan teknologi baharu.

Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Amin, Bandar Baru Bangi hari ini.

Lokasi lain

Pada 17 Januari lalu, Kerajaan Selangor bersedia menilai lokasi lain bagi projek pemindahan ladang babi sekiranya terdapat keperluan susulan bantahan terhadap cadangan tapak di Bukit Tagar.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keluasan 202 hektar atau hampir 500 ekar di Bukit Tagar yang dicadangkan, adalah merangkumi zon penampan bagi mengurangkan kesan bau, bunyi dan memastikan jarak selamat daripada kawasan awam.

Bagaimanapun, banyak pihak membantah disebabkan menimbulkan risiko besar terhadap alam sekitar dengan akibatnya akan ditanggung orang ramai termasuk penduduk di Lembah Kelang.

Pakar air dan bekas pensyarah UTM, Prof. Dr. Maketab Mohamed mengingatkan bahawa Bukit Tagar terletak dalam Kawasan tadahan Sungai Selangor.

“Kalau pun teknologi baik tapi di kawasan yang menimbulkan keresahan itu tentunya tidak wajar diteruskan,” katanya.

Beliau menambah pilihan juga boleh dibuat dengan membangunkan ladang ternakan sedia ada itu di lokasi yang sama dengan syarat ketat dan teknologi baharu.

Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Amin, Bandar Baru Bangi hari ini.

Beliau berkata, di hilir Sungai Selangor terdapat lima Loji Rawatan Air (LRA) yang membekalkan lebih 50 peratus air terawat untuk penduduk Lembah Kelang.

LRA terbabit adalah Rantau Panjang (Lama), LRA Rantau Panjang (Baru), Muka Sauk Fasa 3 Gamuda Water, Muka Sauk Fasa 2 LRA Sungai Selangor dan Muka Sauk Fasa 1 LRA Sungai Selangor (Air Selangor).

Selain itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) pernah menyatakan bahawa pencemaran ladang babi adalah punca pencemaran kedua tertinggi selepas industri di negara ini.

Pada 2022, Malaysia mempunyai 1.87 juta ekor babi di seluruh negara yang menghasilkan 75,000 tan najis dan sisa sehari.

Dalam masa sama, rancangan untuk mewujudkan projek menternak babi secara mega di Hulu Selangor sama sekali tidak terkandung dalam Rancangan Tempatan Hulu Selangor 2035.

Malah, kerajaan Selangor telah mengisytiharkan Hulu Selangor sebagai Daerah Pelancongan pada 2024 sekaligus bercanggah dengan cadangan projek ternakan babi seluas 500 ekar.

Siasatan SPRM: 14 akaun bank, RM300 juta dan 1,700 pelabur


 


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan 14 akaun bank sebagai sebahagian daripada siasatannya terhadap dakwaan penyelewengan hampir RM300 juta dana yang dikaitkan dengan seorang pakar pelaburan terkemuka yang bergelar “Tan Sri”.

Seorang sumber berkata dua individu setakat ini telah ditahan, manakala lima premis di sekitar Lembah Klang telah diserbu pada hari Rabu dan Khamis.

“Siasatan awal mendapati kira-kira 1,700 individu telah melabur hampir RM300 juta ke dalam dua syarikat antara tahun 2021 hingga 2024.


“Namun, semakan mendapati dana tersebut didakwa telah diseleweng dan digunakan untuk tujuan di luar daripada yang dipersetujui dalam kontrak pelaburan,” kata sumber itu.

Ketika dihubungi, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa dua kertas siasatan telah dibuka dan tumpuan kini adalah untuk menjejaki dana yang diseleweng bagi tujuan pemulihan kemudian.

“Siasatan ini melibatkan pegawai daripada bahagian analisis kewangan SPRM serta bahagian pencegahan pengubahan wang haramnya,” katanya.

Azam berkata suruhanjaya itu masih menunggu maklum balas daripada pihak bank mengenai baki dalam akaun yang dibekukan dan menjangkakan lebih banyak akaun akan dibekukan selepas proses pengesanan dana selesai.

SPRM mula menyiasat tokoh pelaburan terkenal itu selepas menerima maklumat mengenai dakwaan penyelewengan melibatkan kira-kira RM10 juta.

Bagaimanapun, mereka kini percaya kerugian mungkin mencecah ratusan juta ringgit.

Pada hari Khamis, Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman seorang lelaki berusia 60-an yang bergelar “Tan Sri” selama empat hari sehingga esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.



Rumit lagi merumitkan

 


Rumit lagi merumitkan


Siapa pengerusi PN sekali gus bakal calon PM gabungan itu masih misteri.

Mohsin Abdullah

Muhyiddin Yassin masih pengerusi Perikatan Nasional (PN). Peletakan jawatannya masih belum diterima oleh PN. Maknanya belum sah. Ini diakui Ketua Pengarah Pilihan Raya PN Sanusi Nor 7 Jan. Katanya, perkara itu akan hanya dimuktamadkan selepas pertemuan pemimpin tertinggi gabungan.

Maaf, jika saya terlepas pandang tetapi setahu saya pertemuan kepimpinan tertinggi PN untuk bincang isu peletakan jawatan Muhyiddin belum diadakan sehingga kini. Pada hal, beliau umum letak jawatan 29 Dis lalu yang berkuatkuasa 1 Jan 2026. Maknanya, sudah 23 hari berlalu. Tiada pengganti diumumkan.


Jika sudah masakan kita tidak tahu. Masakan Muhyiddin pada Rabu lalu yakni 21 Jan beritahu media bahawa PN sudah hampir ke tahap perlu memuktamadkan calon perdana menterinya bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Kerana katanya ia beri kesan psikologi kepada pengundi khususnya apabila pilihan raya semakin hampir. “Pengalaman sebelum ini menunjukkan rakyat mula mempersoalkan kepimpinan tertinggi gabungan apabila PRU semakin hampir,“ katanya.

‘Then why quit in the first place? Betul ke ‘ikhlas’ letak jawatan? Berkata Muhyiddin lagi (ini bagi saya amat menarik): ”Sama ada saya atau orang lain yang menjadi calon PM yang penting kita bincang dulu supaya tidak bergaduh”. Kata kuncinya pada hemat saya ialah “sama ada saya“.

Ertinya, Muhyiddin tidak keberatan atau tidak akan menolak jika beliau dijadikan calon PN untuk jawatan PM. Posterboy PN dalam erti kata lain. Kita tahu partinya Bersatu mahu beliau jadi calon itu. Portal Scoop memetik beliau berkata kepada beberapa media terpilih malam Rabu lalu bahawa “the next PN chairman should be selected from among the coalition’s party presidents”.

Jawatan tertinggi itu kata beliau mesti dipegang oleh “one of its four sitting party leaders “ iaitu beliau sendiri , Presiden PAS Hadi Awang, Presiden Gerakan Dominic Lau, dan Presiden Parti Rakyat India Malaysia P Punithan.

Lau dan Punithan tidak boleh jadi calon PM atas sebab kita semua termasuk mereka berdua amat maklum. Tak kan Muhyiddin tak tahu kan? Lantas hanya Muhyiddin dan Hadi yang layak dipilih PN. Muhyiddin mengakui desakannya calon PM dipilih dalam kalangan presiden parti komponen mencetuskan dilema.

Apa tidaknya? Hadi ‘has ruled himself out of contention’ atas faktor kesihatan. Scoop memetik Muhyiddin bertanya kepada media: “If I have resigned, one of the other three should be PN chairman. But, if the other three cannot be the chairman can you give me a solution?

Hebat pertanyaan itu. Seperti dikatakan tadi Lau dan Punithan memang tidak boleh dijadikan calon. Hadi pula tidak mahu dipertimbangkan. Diulangi jadi tinggallah beliau seorang.

PAS memang punya calonnya selain Hadi meskipun ada kalangan parti itu yang tetap mahu Hadi jadi calon PM. Meskipun, Ahli Parlimen Marang itu secara terbuka calon menegaskan calon PM mestilah seorang berusia bawah 70 tahun.

Tetapi, mereka tetap mahu Hadi jadi calon. Pelik juga bukan? Pada pandangan saya jika PN mengehadkan pilihan calon PM mereka kepada presiden parti dengan sendirinya Hamzah Zainudin selaku timbalan presiden Bersatu akan terus berangan dan gigit jari. Umum tahu beliau nak jadi calon PM.

Bukanlah rahsia hubungan Hamzah dengan Muhyiddin bukan setakat renggang dan retak, bahkan tidak baik. Pun begitu ada kalangan dalam PAS yang mahu Hamzah diangkat calon PM. Ini hasrat mereka untuk sekian lama. Dalam erti kata lain untuk sekian lama juga mereka tidak mahu Muhyiddin jadi pengerusi PN.

Adakah faktor itu yang ‘memaksa’ Muhyididn ‘mahu’ letak jawatan? Nyata peletakan jawatan beliau ‘is more than what meets the eye’. Pandangan saya – Muhyididn masih mahu berpencak silat dalam gelanggang politik.

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.




Hadi tak larat, bagi Dominic Lau jadi pengerusi PN

 

Saya berikan beberapa kebaikan cadangan penyelesaian ini 'so that' kita tutup cerita misteri siapa pengerusi PN.

tajuddin rasdi

Semua orang tengah ‘suspense’ siapa jejaka dan tokoh nak jadi pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan berkemungkinan jadi ‘poster boy’ perdana menteri bagi blok pembangkang. Saya hairan kenapa dah nak sebulan pun tak selesai. Bagi saya, benda itu senang saja dan bagi saya benda itu cukup menarik untuk mengubah landskap politik Malaysia. Bagi saya penyelesaiannya ada pada kata-kata pemimpin parti Melayu sendiri yang menggenggam jawatan tersebut.

Pertama, Muhyiddin Yassin dah ‘resign’. Tiada siapa suruh pun. Tiada siapa minta pun. Tiada siapa paksa pun. Dia yang ‘resign’. Bab mana yang susah nak faham? Dengan ini saya meletakkan jawatan saya sebagai pengerusi PN dan ‘good lucklah’ cari pengganti. Itu agaknya apa yang mungkin diniatkan oleh Muhyiddin sewaktu dia memberi WhatsApp kepada semua.

Kedua, PAS cukup ‘happy’ mulanya sebab mereka kata inilah masa parti itu menyerlahkan kehebatan dan kekuatan kerusi terbanyak di Parlimen. Kami ada ramai calon, ‘don’t worrylah’ jelas Hadi Awang dengan ‘confident’. Kemudian jadilah tolak-menolak dalam pencalonan. Mula dicadangkan Ahmad Samsuri Mokhtar tetapi ditentang ‘geng agama’ dengan mengatakan PAS ketuanya mesti ulama.

Kepimpinan ulama sajalah yang faham Islam dan boleh memperbaiki politik manusia sebab mereka sajalah faham apa tuhan perintahkan. Jadi macam Iran ulama memerintah. Jadi macam Taliban ‘geng janggut’ pegang kuasa. Ini boleh buat, itu tak boleh, yang lain pula okey kalau ulama kata tak pe. Macam tulah nanti hidup kita semua rakyat Malaysia. Semua kena rujuk ulama. Nak buang air rujuk mereka, nak makan rujuk mereka nak berkeluarga dengan ‘gender’ lain pun kena rujuk-merujuk. Nak bancuh konkrit tak pasti kena rujuk halal atau tidak. Nak ‘transfer’ darah pun mungkin kena rujuk kehalalan darah agaknya nanti. Macam ni semua hidup kita senang. Tak payah fikir, ikut ulama saja. Tetapi, siapa ulamanya yang nak ganti Muhyiddin?

‘Of courselah tok guru Hadi!’ Tetapi tok guru kata dia tak sihat, tak larat. Tetapi, tok guru mengata orang, dia larat dan lebih daripada okey.

Kata orang sebagai haiwan, dia boleh. Baru-baru ini dia label orang di parti lain sebagai syaitan bisu. Wow tergamak sampai. Saya baca tentang kekejaman Hitler pun saya tak berani kata dia tu syaitan. Teruk-teruk Tun M tak pernah kami dalam reformasi nak gelar dia syaitan. So, kalau tok guru hero tak larat, siapa?

Ketiga, Muhyiddin dah ‘sound’, pengerusi PN mesti presiden sebuah parti baru ada ‘authority’ dan umphh! Kalau setakat timbalan presiden, naib presiden tak payahlah. So, orang macam Dr Sam atau Tuan Ibrahim Tuan Man tu ‘second classlah’ kononnya. So, siapa?

Keempat, senang saja, hari ini tok guru ‘resign’ sebagai presiden, esok PAS pilih pemimpin baru sebagai presiden, maka dialah jadi pengerusi PN. ‘What’s the problem?’ Oh, lupa, Hadi kata pemimpin Islam mesti jadi pemimpin sampai mati. Tak main tempoh-tempoh dikenakan kepada presiden parti politik dan ketua negara. Alahai, nampak gaya lambat lagilah cerita PN ni.

Atau, hmmm…hari ini Muhyiddin ‘resign’ sebagai presiden Bersatu dan bagi kepada Azmin Ali atau Hamzah Zainudin apa macam? Pun tak boleh juga. Hayat presiden Melayu nak kena sampai 100 tahun lebih agaknya.

Kelima, kalau dah macam tu, lantik sajalah Dominic Lau jadi presiden PN. Apa masalahnya? Adakah dalam perlembagaan seorang perdana menteri mesti orang Melayu dan beragama Islam? Setahu saya tak ada pun. Saya berikan beberapa kebaikan cadangan penyelesaian ini ‘so that’ kita tutup cerita misteri siapa pengerusi PN.

Pertama, semua orang bukan Melayu akan sokong PN kalau Lau jadi pengerusi PN. ‘This is a game changer! Instant win!’ Tak pernah dibuat parti politik Melayu. Menonjolkan Lau sebagai wira perdana, sekali gus menukar imej PAS sebagai parti ekstremis kepada parti ‘Malaysianis’.

Kedua, parti Gerakan tak akan banyak menang kerusi seperti jumlah Bersatu dan PAS, ‘so Dominic akan jadi puppet PM’ atau pemimpin boneka. PAS dan Bersatu akan ‘pull the strings’ dan semua orang kampung pun tahu.

Ketiga, PAS akan membuka lembaran baharu politik kemanusiaan di Malaysia yang Umno dan PKR pun tak boleh buat. Dengan serta-merta Malaysia akan tidak lagi dilabelkan negara ‘ala aparteid’. Semua rakyat ‘equal one on one’. UEC, gereja, rumah ibadat bukan Islam semua dapat peruntukan sama rata mengikut saiz dan keperluan jumlah pengguna. Hari Lau angkat sumpah, adalah hari terakhir konsep ketuanan perkauman atau ketuanan keagamaan.

Saya akan ‘first’ sekali undi PN kalau Lau jadi presiden PN dan ‘poster boy’ perdana menteri. Apa macam Hadi dan Muhyiddin? Selesai tak misteri pengerusi PN?

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.