MASUK PUN TAK UNTUNGKAN UMNO.CAM IKMAL YANG ADA DALAM UMNO. PELINGKUP PARTI SAJA.

 


Malaysiastories


Isham Jalil Tegaskan Tidak Akan Kembali ke UMNO Selagi Terlibat Kerjasama DAP





Isham Jalil, menegaskan beliau tidak akan kembali menyertai UMNO selagi parti itu diterajui individu yang disebut sebagai “UMDAP” atau bekerjasama dengan DAP.


Dalam kenyataan terbukanya,, Isham berkata, keputusan itu adalah tegas dan konsisten dengan pendirian beliau sebelum ini. Beliau turut mendedahkan bahawa ramai ahli UMNO sejati turut tidak bersetuju dengan kerjasama UMNO-DAP, dan beliau sendiri tidak tertarik untuk kembali ke parti dalam situasi itu.


“Siapa yang suka dengan kerjasama dengan DAP teruskan sajalah, saya tegur pun tak guna, tapi jangan ajak saya,” tegas Isham.


Isham, yang pernah memegang jawatan Ketua Penerangan UMNO, menekankan bahawa pendirian ini bukan kerana permusuhan peribadi, tetapi atas prinsip dan kesetiaan kepada ahli UMNO yang menolak kerjasama dengan DAP.



CEPLOS

 Utz Al Asri



Jkom² yang sebelum ni dapat lantikan terus Dari jkom di tamatkan perkhidmatan.


Jawatan mereka di anggap tidak sah sebab tidak melalui JPA.


Hahaha , habislah ceplos² yNg berlagak na mampos tu.



PM umum pembaharuan menerusi Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035


 

Pembaharuan dalam sistem pendidikan telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika majlis peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035.

“Mulai tahun ini ujian penilaian darjah empat sekolah rendah akan dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia,” kata beliau.

Ujian tersebut akan melibatkan empat matapelajaran – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.


“Maknanya kita buat penilaian dan kita mahu darjah lima darjah enam kita perbaiki dan letakkan anak-anak supaya diberikan ruang memperbaiki (diri) dalam tempoh dua tahun sebelum masuk ke tingkatan satu,” tambahnya.


Selain itu, Pengukuran Pembelajaran Tingkatan Tiga untuk lima mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah akan bermula pada 2027.


“Kedua-dua pengukuran ini akan ditadbir oleh Lembaga Peperiksaan secara berpusat.


Selain itu, Anwar turut mengumumkan tahun depan prasekolah bermula pada usia lima tahun dan Tahun 1 bagi kanak-kanak enam tahun.


“Untuk tahun 2027 kita belum bersedia mewajibkan kerana mungkin ada ibu bapa yang rasa anak-anaknya belum bersedia.


“Kita masih tetapkan boleh masuk darjah satu ketika tujuh tahun, tetapi kita galakkan ibu bapa yang bersedia dari sekarang (agar) boleh masukkan anak-anak berusia lima tahun ke prasekolah, dan seluruh sistem presekolah kita minta Kementerian Pendidikan Malaysia selaraskan,” katanya.


Kementerian Pendidikan Tinggi pula akan mengambil alih keseluruhan sistem prauniversiti, tingkatan enam dan matrikulasi bermula tahun depan.





SURAT TERBUKA BUAT HADI AWANG. HENTI MELEBEL SESAMA ISLAM. KAMUN TIDAK SEMPURNA MANA. DOSA MEMECAHBELAH UMAT ISLAM TDAK TERTANGGGUNG


 

AMANAH membuat surat terbuka kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, menggesa supaya menghentikan label-melabel dan menghina sesama Islam dengan istilah-istilah yang mencederakan persaudaraan seperti “syaitan bisu”.


Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Zamir Ghazali berkata, bahasa yang digunakan Presiden Pas itu bukan sahaja mencemar wacana politik, malah bercanggah dengan akhlak Islam serta bertentangan dengan adab Melayu yang menjunjung tinggi kesantunan, hikmah dan hormat-menghormati.

Menurutnya, bahasa takfiri, pelabelan dan celaan tidak mencerminkan sunnah politik Islam.


Beliau merujuk kepada sejarah para sahabat sendiri yang menunjukkan mereka berbeza ijtihad dalam peristiwa besar seperti Perang Jamal dan Siffin, namun tidak pernah menjenamakan satu pihak sebagai “Islam mutlak” atau menafikan keimanan pihak lain.

“Ini menjadi teladan bahawa perbezaan politik tidak menghalalkan penghinaan atau pengkafiran. Islam meletakkan adab dan akhlak sebagai asas dalam berbeza pandangan. 


“Sejarah tradisi Melayu pula mengajar bahawa ketegasan boleh dizahirkan tanpa merendahkan maruah orang lain. Teguran seharusnya berunsurkan membina, menasihati, dan menyatukan.


“Atas dasar ini, saya mengajak mana-mana pihak termasuk wakil kepada Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk duduk semeja membincangkan maslahah rakyat, kestabilan negara dan kebajikan ummah,” katanya dalam satu kenyataan surat terbuka hari ini.

Pada masa sama, Zamir menggesa Presiden Pas untuk berlapang dada dan bercakap secara rasional, khususnya dalam isu-isu berkaitan masa depan orang Melayu, keharmonian masyarakat dan kestabilan negara. 



Kata beliau, retorik yang mengheret emosi, membelah umat dan menghakimi niat pihak lain tidak membantu menyelesaikan cabaran sebenar yang dihadapi bangsa dan negara.

AMANAH juga kekal berpendirian terbuka sebagai parti yang bertanggungjawab membela kepentingan umum, khususnya kepentingan orang Melayu dan umat Islam. 


Tegasnya, perbezaan politik tidak boleh dijadikan alasan untuk menutup ruang dialog atau menolak usaha mencari titik pertemuan demi kebaikan bersama.


Sebagai parti yang bertanggungjawab dalam pentadbiran negara, beliau menyatakan kesediaan untuk memainkan peranan sebagai pemudah cara untuk memulakan bicara.



Beliau percaya masa depan Melayu dan umat Islam hanya akan terjamin melalui politik matang dan sejahtera yang dilaungkan oleh Pas, bukan melalui celaan, tuduhan, label menghina atau naratif perpecahan yang berterusan.



“Saya menggesa Tan Sri Tuan Guru untuk menilai semula pendekatan komunikasi politiknya lebih selaras dengan nilai nilai Islam,” katanya lagi 







Saman PMX demi batalkan perjanjian jual negara!



Menjunjung titah KDYMM Seri Paduka Baginda YDPA agar kepentingan nasional dan kedaulatan negara dipelihara, Perikatan Nasional TIDAK akan berdiam diri. Tanpa rundingan Parlimen, tanpa penjelasan tuntas kepada rakyat — Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART) Malaysia-AS ditandatangani dahulu, baru cari alasan kemudian. Hujan naik ke langit, kedaulatan negara jadi taruhan. 📌 Lima Ahli Parlimen PN telah memfailkan saman pemula ke atas Perdana Menteri bagi mencabar kesahihan Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART). 📌 Persoalan besar: Siapa beri mandat? Kabinet? Parlimen? Majlis Raja-Raja? 📌 Kandungan perjanjian pula didakwa merugikan negara dan gagal dijelaskan oleh MITI. Walaupun sidang Dewan Rakyat belum bermula sepenuhnya, PN bertindak tangkas. Kami tidak tunggu — kami bertindak. ART ini WAJIB ditentang habis-habisan demi maruah negara. Negara 🇲🇾 ini bukan untuk dijual. Kedaulatan bukan untuk ditawar-menawar!





AFNAN HAMIMI KALAH SAMAN FITNAH RM115K, COKIA PUNYA KETUA PEMUDA PAS



✍️ Saiful Nizam


Aku lupa nak post artikel ni.. kes Ford Raptor Nusi ni dari awal memang contoh klasik how things can go very wrong bila kau menggelupur nak backup benda salah.


Ringkas cerita, wanita yang dikaitkan dengan kejadian tular pandu uji kenderaan melibatkan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor semasa PKP tahun 2021 akhirnya menang saman di mahkamah. Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh peguam beliau, Faizal Rahman, melalui Facebook.


Mahkamah melalui Hakim Zulhazmi Bin Abdullah, Hakim Sesyen Sivil (1), Butterworth memutuskan bahawa wujud niat jahat dalam kenyataan yang dibuat oleh Afnan Hamimi bersama Defendan ke-2 dan ke-3. Akibatnya, mereka diperintahkan membayar RM115,000 kepada Puan Hanini Siron, selain perlu membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 7 hari dan disiarkan selama 7 hari berturut-turut. Tuntutan terhadap Defendan ke-4 pula ditolak.


Now, let’s be fair for a moment. Afnan Hamimi ni bukan orang sembarangan. Ketua Pemuda PAS, ahli parlimen Alor Setar.. Dia anak kepada tokoh yang sangat hebat dan amat dihormati, khususnya dalam ilmu agama. Nama besar, latar belakang kuat, dan datang dari keluarga yang orang pandang tinggi.


Tapi…


Bila masuk gelanggang politik, nama besar dan latar keluarga tak boleh jadi lesen untuk melemparkan kenyataan tanpa tanggungjawab. Apa yang ditulis, dikongsi dan digerakkan—especially bila melibatkan individu biasa—ada implikasi undang-undang dan kesan emosi yang besar.


Untuk rekod, Faizal Rahman sebelum ini menjelaskan saman ini dibuat sebagai tuntutan ganti rugi atas buli siber, penghinaan, nama baik tercemar, tekanan emosi, serta pencerobohan data peribadi dan privasi yang dialami anak guamnya. 


Semua ini berpunca daripada naratif dan fitnah yang berlegar luas di media sosial ketika kes ini sedang panas dulu.


Akhirnya, Afnan Hamimi, Ahli Parlimen Alor Setar dari PAS, bersama dua lagi defendan kalah kes saman fitnah ini.


Dan aku nak tanya satu soalan je—

kenapa la ramai sangat Lebai PAS ni kalah saman fitnah ya?


Tanya je. Jangan koyak.


Moral of the story?


Fitnah bukan isu kecil. Tak kira anak siapa, ustaz ke, politician ke, influencer ke—kalau salah, mahkamah tetap jadi penentu. Kini keputusan dah dibuat. 


Yang tinggal sekarang cuma satu soalan:


Adakah kita nak belajar daripada kes ni, atau ulang kesilapan yang sama?


#RakyatBijak





BERUBAH IKUT SUKA

 Che Ibrahim


2013 bukannya satu zaman yang dah lama berlalu, tapi pemikiran politiknya dah berubah secara total.




KAKI PONTENG. NAK JADI ORESIDENG LAGU MANA.?

 


2 hari dah Tok Guru Haji Hadi Ponteng Parlimen.. Sama juga dengan Hishamuddin Hussein.




NAK KENA KENCING NGAN PAS...

 





Kalau UMNO bersama dengan pas. Aku dan keluarga aku tidak akan keluar mengundi. Perkara paling bodoh yg UMNO lakukan adalah memberikan nyawa pada pas hingga berjaya jatuhkan UMNO di seluruh negara. Terbaik Dato' seri Ahmad said. Ahli UMNO akan berdiri teguh dgn pendirian org lama yg dah lama makan garam.




KALAU HANG TAK BAGI DUIT KE DAP...RUMAH OUN BOLEH BUAT KAT ORANG YANG HANG PI MELAWAT TU.

 

Penang Netizen



Ahli Parlimen Kepala Batas dalam podcast menceritakan yang dia jumpa orang susah dalam kawasan Parlimennya. 


Rata2 komen mengatakan jika beliau tidak bayar saman fitnah kepada pemimpin DAP tempoh hari sebanyak hampir RM1juta sudah tentu dia boleh beli beras untuk orang kawasannya.




KENAPA TAKUT


Che Igrahim




 Betul juga.... 

MCA bersama BN

Gerakan bersama PN

Dap bersama PH....apa lagi yang nak ditakutkan??


Dah kamu benci sangat ke Dap, kamu la pula letak calon lawan Dap.




BOLEH BUAT KAH.. SEMBANG KENCANG



 Jamzuri Ardani



Saya ingin bertanya secara jujur kepada kamu ... jika ditakdir kamu menjadi MB Selangor, adakah kamu akan mengotakan apa yang kamu tulis dalam status ini. 





Apakah kamu fikir kamu boleh pindah dan bina ladang babi ikut suka kamu berdasar sentimen perkauman sahaja. 


Kamu kata nak letak babi dalam hotel.  Sapa nak keluar duit untuk buat itu semua? Apakah kamu nak guna wang kerajaan? Tanah pula milik siapa? Kamu ingat kamu boleh rampas tanah rakyat sesuka hati untuk buat 'hotel babi' tu. Tak kisah laa ... di Kepong ke ... di Seputeh ke ... apakah kamu fikir kamu boleh buat sebegitu?  Padahal Kepong dan Seputeh itu berada di luar Selangor. Ianya di luar jurisdiksi MB Selangor. 


Itu belum kira lagi syarat-syarat teknikal yang ditetapkan oleh agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar, PBT, LUAS, Jabatan Veterinar, Plan Malaysia, dan lain-lain. Boleh buat ke? Be rational and be fair. 


Kalau kamu sendiri tahu kamu tak mampu buat, tak payahlah memandai nak jadi tukang tunjuk buat itu dan buat ini pada orang lain.


Nak jadi popular mudah. Nak jadi problem solver ... it is a different ball game.