Alhamdulillah... Satu kegembiraan kepada keluarga mangsa, bukan kerana mahu pelaku dihukum, tetapi sekadar mencari keadilan dan pembelaan kepada kematian arwah yang gagal menamatkan cita citanya menjadi seorang Hafiz Al Quran.
Alhamdulillah... Satu kegembiraan kepada keluarga mangsa, bukan kerana mahu pelaku dihukum, tetapi sekadar mencari keadilan dan pembelaan kepada kematian arwah yang gagal menamatkan cita citanya menjadi seorang Hafiz Al Quran.
Apabila Akmal mengisytiharkan “perang” terhadap DAP, pemimpin MCA pastinya bermuram.
Sebaliknya, pemimpin DAP hanya tersenyum simpul. Kenapa?
Dengan hanya satu patah ayat keras daripada Akmal, pengundi Cina akan berbondong-bondong kembali memberi sokongan padu kepada DAP, sekali gus menjauhkan diri daripada MCA.
Inilah seni politik 'Sun Tzu Art of War'.
Sun Tzu menegaskan: “The supreme art of war is to subdue the enemy without fighting.”
Dalam konteks ini, DAP tidak perlu menyerang MCA secara langsung. Kenyataan keras Akmal sudah cukup untuk menggerakkan sentimen pengundi Cina kembali kepada DAP.
Sun Tzu berkata: “When the enemy is strong, avoid him. When he is angry, irritate him.”
Retorik konfrontasi yang keras menjadi senjata yang memakan diri. Emosi dan kemarahan Akmal digunakan secara tidak langsung oleh DAP untuk mengukuhkan sokongan akar umbi mereka.
Sun Tzu menulis: “Never interrupt your enemy when he is making a mistake.”
DAP tidak perlu membalas atau menyerang. Mereka hanya perlu berdiam diri dan membiarkan kesan politik itu berkembang sendiri. Ruang kemenangan dibuka oleh lawan, bukan direbut melalui serangan.
Strategi Sun Tzu yang asalnya dicetuskan oleh Yeo Bee Yin dan Tony Pua, kini dimanfaatkan sepenuhnya oleh DAP dan tentunya yang rugi akhirnya ialah Akmal dan Umno.
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
PERLETAKAN JAWATAN DR AKMAL PETUNJUK KERJASAMA UMNO DAN PAS MASIH LAGI TERBUKA
15 January 2026
Teka-teki mengenai kedudukan Dr Akmal Saleh akhirnya terjawab hari ini.
Beliau mengumumkan perletakan jawtaannya sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka, tetapi masih kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Kenapa Dr Akmal hanya letak jawatan Exco, tetapi tidak berhenti sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia?
Beliau menjadikan alasan tidak setuju dengan DAP sebagai sebab keputusannya itu, meskipun akur dengan keputusan UMNO untuk kekal bersama kerajaan perpaduan sehingga habis penggal.
Katanya, meskipun beliau sebelum ini lantang menyuarakan kebimbangan terhadap kerjasama UMNO dengan DAP, beliau tetap menghormati keputusan parti untuk kekal dalam kerajaan perpaduan.
“Jawatan tak penting, yang penting suara akar umbi dan maruah.
“Saya ada maruah — kamu ada maruah atau tidak?” katanya dalam nada tegas, dipercayai ditujukan kepada DAP yang turut berada dalam kerajaan negeri Melaka.
Meskipun UMNO/BN memenangi PRN Melaka pada 2021 secara solo, tetapi selepas kerajaan perpaduan dibentuk di pusat pada 2022, kerajaan negeri turut mengambil langkah yang sama.
Sebab itu, Dr Akmal melontarkan kata-kepada DAP – kamu ada maruah atau tidak?
Realitinya, jika beliau berani meletakkan jawatan, DAP yang sekadar dijemput kemudian untuk menyertai kerajaan tentulah lebih tiada masalah berbuat demikian.
Kita tunggulah apa respon dan tindakbalas DAP selepas ini.
Dalam pada itu, Dr Akmal turut memberi amaran kepada pihak yang didakwanya sering ‘menekan’ Ketua Menteri, Ab Rauf Jusoh bahawa ketiadaannya dalam barisan Exco tidak akan melemahkan perjuangannya.
“Bila saya tiada dalam exco, saya akan lawan habis-habisan,” katanya sambil menegaskan langkah melepaskan jawatan itu bertujuan membolehkannya menentang DAP tanpa terikat dengan keputusan kerajaan negeri.
Apa yang dapat disimpulkan ialah asas perletakan jawatan Dr Akmal ialah tidak bersetuju, ingin menentang dan akan terus berjuang menentang DAP.
Ertinya, setelah meletak jawatan sebagai Exco, tetapi masih kekal memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO, beliau akan lebih lantang bersuara menolak DAP selepas ini.
Jika kita masih ingat, Dr Akmal sebelum ini menyuarakan gesaan agar UMNO keluar daripada kerajaan perpaduan dan menjalin kerjasama dengan PAS.
Perkara itu turut disuarakan dalam konvensyen khas anjuran Pemuda UMNO sehingga Zahid Hamidi, selepas mengadakan mesyuarat Biro Politik UMNO, membuat ketetapan parti itu akan kekal bersama kerajaan perpaduan sehingga habis penggal.
Apa yang nyata, pendirian Dr Akmal meletak jawatan dan ingin menentang DAP adalah bersamaan dan selari dengan hasratnya agar UMNO kembali menghidupkan MN bersama PAS.
Makna kata, meskipun Dr Akmal akur dengan keputusan UMNO kekal dalam kerajaan perpaduan, tetapi dengan meletakkan jawatan sebagai Exco dan ingin menentang DAP, maksud lainnya ialah ruang beliau membawa suara Pemuda sebagai tenaga pendesak bagi membawa UMNO bekerjasama dengan PAS melalui MN masih lagi terbuka.
Apabila menentang DAP, ia mirip ke arah mahu MN dan apabila mahu MN, ia sah untuk menolak DAP.
Dr Akmal malah selepas ini, mempunyai lebih kebebasan dan banyak masa untuk terus menyerang DAP dan membangkitkan kesedaran ahli parti berkaitan kerjasama dengan parti dikuasai masyarakat Cina itu.
Senang cerita, dengan siapa UMNO akan bekerjasama pada PRU16 akan datang adalah sentiasa terbuka dan pintu untuk PAS belum lagi tertutup.
Pintu untuk MN hanya boleh dianggap tertutup jika Dr Akmal turut meletak jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO yang bermakna tiada lagi suara menentang DAP serta mahu kepada MN ada dalam UMNO. – ShahbudinHusin 15Januari2026.
https://shahbudindotcom.net/2026/01/perletakan-jawatan-dr-akmal-petunjuk-kerjasama-umno-dan-pas-masih-lagi-terbuka/
Woww!! SPRM telah berjaya rampas aset bernilai besar dalam siasatan perolehan pertahanan!
Setakat ini, SPRM mengesahkan rampasan RM5.8 juta wang tunai dalam mata wang tempatan dan asing, sebuah Range Rover, serta 26 jam tangan mewah (kebanyakannya Rolex) yang dianggarkan bernilai RM2.3 juta.
Turut dirampas ialah emas, berlian dan barang kemas, menjadikan nilai keseluruhan rampasan fizikal bagi kes utama ini sekitar RM11.4 juta.
Bukan itu sahaja, SPRM juga telah membekukan 75 akaun bank syarikat dengan jumlah simpanan dianggarkan antara RM32.5 juta hingga RM35 juta.
Ini menunjukkan siasatan bukan setakat tertumpu kepada individu, tetapi menyasar keseluruhan ekosistem kewangan yang disyaki digunakan untuk menyimpan dan mengalirkan wang rasuah.
Dari sudut skala, ini jelas antara kes perolehan pertahanan terbesar yang pernah didedahkan secara terbuka.
Dalam kes berkaitan yang kedua pula, SPRM merampas RM1.3 juta wang tunai, RM721,000 mata wang asing, serta 2.4 kilogram emas bernilai kira-kira RM1.4 juta, selain beberapa buah kenderaan.
Bagi kes ini, lapan akaun syarikat turut dibekukan melibatkan jumlah sekitar RM4.7 juta. Jika digabungkan, nilai rampasan dan pembekuan aset bagi kedua-dua kes ini sudah mencecah lebih RM50 juta.
Angka ini memberi gambaran jelas betapa seriusnya isu kebocoran dan salah guna kuasa dalam kontrak pertahanan jika dakwaan ini akhirnya dibuktikan di mahkamah.
Namun dari sudut undang-undang, semua pihak masih dianggap tidak bersalah sehingga keputusan muktamad dibuat.
Apa yang pasti, pendedahan jumlah sebenar aset dirampas ini menjadi isyarat keras bahawa penguatkuasaan kini lebih agresif dan tidak lagi sekadar retorik.
Tindakan Rusia mengiringi kapal tangki minyak dengan kapal selam dan aset tentera laut lain bertujuan untuk melindungi aset ekonomi mereka daripada cubaan rampasan oleh Amerika Syarikat (AS).
Tujuan utama pengerahan tersebut adalah untuk melindungi "Armada Bayangan" (Shadow Fleet), kapal tangki yang terlibat, iaitu Marinera (sebelum ini dikenali sebagai Bella 1), adalah sebahagian daripada "armada bayangan" yang digunakan oleh Rusia untuk mengangkut minyak dan mengelak sekatan antarabangsa.
Pengawal Pantai AS telah mengejar kapal tersebut selama beberapa minggu selepas cuba menahannya berhampiran Venezuela pada Disember 2025.
Pengerahan kapal selam oleh Russia adalah langkah ketenteraan untuk menghalang AS daripada menyita kapal tersebut di perairan antarabangsa.
Rusia secara rasmi mendaftarkan kapal tersebut di bawah benderanya semasa dalam pelayaran untuk memberikan perlindungan undang-undang.
Moscow mendakwa bahawa sebarang tindakan ketenteraan terhadap kapal yang berdaftar secara sah adalah pencabulan undang-undang antarabangsa dan "tindakan lanun".
Langkah ini merupakan peningkatan ketara (escalation) dalam konflik antara Rusia dan pentadbiran AS (di bawah Presiden Donald Trump) yang sedang menjalankan sekatan ketat terhadap eksport minyak Venezuela dan Rusia.
Walaupun Rusia mengerahkan kapal selam untuk tujuan perlindungan, pihak berkuasa AS dengan bantuan teknikal dan logistik daripada United Kingdom (UK) dilaporkan telah berjaya menahan dan menyita kapal tangki Marinera di Lautan Atlantik Utara (antara Scotland dan Iceland) pada awal Januari 2026.
Api perseteruan semakin menyala 💥
Oleh Salman Al Farisy
#salmanalfarisy
Mungkin ada benarnya, khabar angin yang sedang bertiup kencang mungkin Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Muhamad Norazlan Aris TUDM yang berasal dari Johor memegang tampuk sebagai Panglima ATM yang baru.
Beliau yang berasal dari Kota Tinggi, Johor mempunyai latar belakang dan pengalaman yang cemerlang dalam perkhidmatan ATM amnya dan TUDM khasnya.
Tidak mustahil, kredebiliti beliau sebagai anak Johor diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai pemerintah tertinggi ATM memandangkan perkhidmatan Jeneral Dato’ Sri Muhammad Norazlan lebih senior daripada panglima perkhidmatan yang lain.
Apa yang penting beliau tidak terpalit atau ada kaitan dengan gejala rasuah. Ini mandat yang harus dibersihkan daripada ATM dalam usaha membersihkan imej perkhidmatan di mata rakyat khasnya.
Selayaknya tak perlu disangkal lagi kalau betul beliau orangnya 👍
Kredit : Engku Seri Kelantan
Dulu asalnya projek ini ialah projek tebatan banjir bawah kementerian MEWA di zaman PN.
Namun selepas Madani ambil alih dan buat review semula mendapati banyak tatakelaut yang mencurigakan, salah satunya ialah Menteri PAS masa tu telah beri kontrak tebatan banjir secara rundingan terus kepada sebuah syarikat yang sedang ada kes rasuah di mahkamah.
Walaupun alasan beri kontrak secara rundingan terus kononnya kerana "keperluan mendesak", maka apa keperluan mendesak Menteri PAS beri kontrak tu kepada syarikat yang sedang ada kes rasuah di mahkamah?
Pendedahan mengenai tatakelaut Menteri PAS telah dibongkarkan oleh YB Rafizi, dan selepas itu Menteri PAS saman YB Rafizi kononnya difitnah.
Tapi seperti biasa, saman oleh Menteri PAS berhenti sekerat jalan dan saman telah ditarik balik.
Dipendekkan cerita, Madani telah review projek tersebut dan akhirnya putuskan untuk jadikan tembok dwi-fungsi atau 'dua dalam satu'.
Iaitu tembok untuk halang banjir, dan juga untuk halang penyeludupan dadah, senjata serta pemerdagangan manusia.
Kenapa PAS tak bantah projek ni?
Sebabnya PAS pun tak tahu nak bantah pasal apa.
Nak bantah isu teknikal pun haram tak tahu apa-apa.
Biasanya setiap projek bernilai bilion akan mendapat perhatian pembangkang untuk jadi check and balance.
Tapi setakat ni apa pun takde. Kelu membisu bagaikan tak tahu apa-apa nak bangkang.
Yang ada ialah seperti biasa PAS hanya mampu main isu permusuhan kaum dan agama, di samping bermusuhan dengan rakan PN sendiri.
Memang PN pembangkang paling tak guna dalam sejarah politik negara.
Tahniah kepada PMX dan YBM Menteri KDN Saifudin Nasution, semoga projek ni berjalan lancar.
:)
Semangat aku baca. So sekarang secara rasminya aku sokong 𝗦𝗮𝗺𝘀𝘂𝗿𝗶 jadi pengerusi PN.
#Samsuri4PengerusiPN
Yang cakap ni menantu Hadi. Karang tak pasal-pasal lepas ni walau dan lebai kaitkan dengan PMX pulak. Jangan kata Din ni 𝗸𝘂𝗱𝗮 𝘁𝗿𝗼𝗷𝗮𝗻 𝗣𝗠𝗫 pulak dah la.
Aku baca berita penuh, sebenarnya agak kelakar juga la analisa dia. Macam tak ketentuan hala. Dia dakwa ada tapi tak tak boleh dedahkan. Tan apa-apa entah.
Apa pun, letak la siapa pun jadi Pengerusi PN, hakikat sebenarnya, PN bakal mati dah. Perpecahan dalam Bersatu tak dapat nak dibendung lagi.
Walaupun PAS parti terbesar, tapi PAS 𝗺𝗮𝗻𝗱𝘂𝗹 dalam melahirkan pemimpin. Tanpa Bersatu, PN seolahnya ayam yang kehilangan ibu. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Che Ibrahim
Percayalah... Allah tidak akan membantu perjuangan yang sarat dengan fitnah, maki hamun dan suka menghina serta mencela pihak lain wpun atas nama perjuangan Islam.
InsyaAllah kehancuran untuk mereka yang beramal dengan politik fitnah dan maki hamun.
Che Ibrahim
Kecenderungan dan bisik bisik politik hari ini seakan mengesahkan UMNO dan BN akan bergerak solo dalam PRU 16 tanpa mengenepikan keperluan mengadakan persefahaman dengan parti politik lain.
Umum mengetahui gabungan politik yang dominan hari ini ialah PH, PN dan BN selain GPS dan GRS di Sarawak dan Sabah. Namun begitu bukan mustahil menjelang PRU 16 akan muncul beberapa gabungan politik baru.
BN sendiri belum tentu kewujudannya masih kekal jika MCA dan MIC mengambil keputusan meninggalkan BN, apalagi PN yang dilihat sedang berada di kemuncak krisis. Adakah PN bakal terbubar menjelang PRU 16, lalu Pas atau Bersatu membentuk gabungan politik baru?
Perkara yang paling mencabar dalam setiap kerjasama politik ialah agihan kerusi. Jika ditakdirkan BN memutuskan bergerak solo dengan mengekalkan kerjasama dengan PH seperti yang berlaku dalam Kerajaan Madani hari ini, BN mungkin tidak berhadapan masalah besar dalam menyelesaikan formula agihan kerusi kerana PH lebih menguasai di kawasan majoriti pengundi bukan melayu dan campuran.
Kemungkinan berlakunya pertindihan atau perebutan kerusi akibat tidak ada titik penyelesaian agihan kerusi antara PH dengan BN mungkin hanya akan berlaku di beberapa kerusi campuran.
BN barangkali dengan rela hati menyerahkan kawasan majoriti bukan melayu kepada PH sebagaimana PH barangkali dengan suci hati melepaskan kawasan tradisional melayu kepada BN...itu andaian sekiranya BN memilih untuk bekerjasama dengan PH.
Sebaliknya jika BN memilih untuk bekerjasama dengan PN sebagai satu resepi baru politik melayu, BN dan PN dijangka bukan sahaja akan berhadapan dengan masalah untuk menentang PH di kawasan majoriti bukan melayu dan campuran, bahkan BN akan melalui laluan yang rumit untuk mencari formula agihan kerusi dengan PN.
Di Kawasan bukan melayu, BN dan PN mungkin boleh serahkan kepada MCA, MIC dan Gerakan untuk berhadapan dengan PH terutama di kawasan kawasan yang ditandingi oleh Dap, tetapi bagaimana pula di kawasan melayu?... Bersediakah PN menyerahkan kerusi kerusi yang PN telah menang jika dituntut oleh UMNO/BN??
Dengan hanya bermodalkan 30 kerusi menang yang BN ada , bersediakah PN menyerah lebih banyak kerusi di kawasan majoriti melayu untuk ditandingi oleh BN atau PN menyerahkan semua kerusi kerusi bukan melayu yang sekarang dimenangi oleh Dap/PH untuk ditanding oleh BN?
PN pula kekal menguasai kerusi kerusi melayu yang mereka telah menangi sebanyak 73 kerusi.
Dia tak sebut Kerajaan Pusat bagi peruntukkan MARRIS beratus juta kepada semua Negeri untuk selesaikan masalah jalan kg, jalan berlubang dll.
Syam Ghaz
Syahir Sulaiman kerja dia jalan tengok projek Kerajaan Pusat.
Jambatan baru, jalan raya baru, hospital Bachok dan projek besar lain.
Lepas tu di Facebook dia maki Kerajaan Pusat.
Padahal di Negeri Kelantan, Pas berkuasa penuh. Mereka berbangga menang 32 vs 3.
Tapi kerja kerja Infra kecil Syahir merungut minta Kerajaan Pusat bantu juga, habis tu YB2 Kerajaan Kelantan buat apa?
Berpolitik 24 jam, naik signboard dan goyang kaki makan gaji mahal.
Lihat Bajet 2026 Kelantan, lemah sangat sebuah kerajaan bab planning.
Nak selesai masalah tapak perlupusan sampah di Jelawat pun tak selesai.
Jamzuri Ardani
Saya fikir jika BN bergerak solo dalam PRU16, parti itu akan dapat memenangi semula banyak kerusi yang mereka kalah dari PN terutamanya kerusi yang sekarang dimenangi Bersatu.
Itu pun jika PN masih wujud dalam PRU16 nanti. Jika PN terbubar akibat krisis dalaman PN, peluang untuk BN menguasai semula pentadbiran negara agak cerah.
Saya percaya jika Bersatu berpecah, sebahagian besar pimpinan dan ahli Bersatu akan kembali kepada Umno.
Saya dimaklumkan ini adalah antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan antara tokoh pemimpin tertentu di dalam Bersatu dan Umno di Bangkok bulan lepas.
PH pula berhadapan dengan situasi yang agak sukar. Walaupun tahap kepuasan rakyat terhadap prestasi Kerajaan Perpaduan berada ditahap yang baik, kajian lapangan menggambarkan pengkalan sokongan undi terhadap PH agak menguncup.
Pelbagai inisiatif yang baik oleh kerajaan madani masih belum dianggap boleh meraih undi buat PH.
Ketika Umno dilihat bijak menggunakan kedudukan mereka di dalam kerajaan untuk mengukuhkan sokongan dan kedudukan parti, situasi yang sama tidak berlaku kepada parti-parti komponen PH. Hubungan pemimpin dengan ahli-ahli dan jentera di peringkat akar umbi semakin renggang. Banyak isu-isu dalaman parti tidak diambil tindakan yang sewajarnya dan semakin melemahkan parti. Komunikasi dan gerakan media parti politik hampir tidak wujud.
PH ada masa sekitar dua tahun untuk memperbaiki keadaan ini.
Oleh FATHI ARIS OMAR
Krisis dalam Perikatan Nasional (PN) bukan satu lapis dan bukan satu parti sahaja. Sejak Pas melepaskan jawatan bendahari PN hujung 2024, krisis itu sudah bermula tetapi terselubung. Tidak ramai orang tahu.
1) Krisis antara Pas dengan Bersatu. Apabila Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak berkenan pilihan Tan Sri Mahiaddin Yassin yang melantik Datuk Seri Azmin Ali sebagai Setiausaha PN.
Walau hasrat Hadi sudah disuarakan tetapi Mahiaddin tetap lantik Azmin. Maka Hadi bantah, lalu Datuk Seri Dr Samsuri Mokhtar melepaskan jawatan Bendahari PN.
2) Hujung tahun yang sama, kira-kira setahun lalu, Bersatu membuat tuntutan sepihak untuk mengetuai Perak, Pahang dan Selangor jika PN menang PRU akan datang. Pas terasa.
3) Kemudian muncul cadangan Mahiaddin sebagai calon PM, atau “poster boy”, bagi gabungan tersebut.
Sekali lagi Pas mempertikai, menuduh Bersatu suka buat keputusan sepihak.
Waktu ini ketegangan dua parti ini sudah makin jelas tetapi sering dianggap “ribut di dalam cawan” sahaja.
Yalah, sedangkan lidah lagikan tergigit, apalah sangat suami isteri atau gabungan politik yang kerjanya mencatur kuasa seperti PN, PH atau BN.
Namun, perang di media antara dua parti ini masih nampak terkawal selepas perhimpunan agung Bersatu dan muktamar Pas pada September lalu.
Hinggalah muncul perang antara kem Datuk Seri Hamzah Zainuddin dengan kem Muhyiddin. Semua cerita dalam point 1 hingga 3 terbocor di depan orang ramai.
Ia berlarutan hingga PRN Sabah.
Orang Pas banyak berdiam sewaktu Hamzah-Mahiaddin bertempur. Jadi, nampaklah buruk Bersatu. Tiada sesiapa terselamat dalam dua kem ini, semua ini dibongkar.
Sabah suntik keyakinan (ego?) Pas apabila menang satu kerusi, sementara Bersatu kalah teruk hingga banyak juga yang hilang wang deposit.
Bukan sahaja mereka gelakkan Bersatu dan DAP yang gagal dapat apa-apa kerusi tetapi juga gelakkan PKR yang tinggal hanya satu kerusi! Padahal, masing-masing dapat satu sahaja.
Ketika sorakan kegembiraan orang PAS mula sejuk, dua minggu kemudian, tiba-tiba Pesuruhjaya Pas Perlis gesa semua orang parti beri “sokongan tidak berbelah bahagi” kepada Menteri Besar.
Kenyataan hari Jumaat, 19 Disember itu tidak begitu jelas pada orang luar. Langkah Kangar atau Langkah Arau, semua orang termasuk penyokong Pas, masih kabur.
Kemudian, tiga wakil rakyat Pas diberhentikan keahliannya. Esoknya Cikgu Shukri Ramli berundur.
Tuduh-menuduh, serang-menyerang antara Pas dan Bersatu makin tajam dan melukakan.
Kata “berambus” muncul, diikuti peletakan jawatan Mahiaddin sebagai Pengerusi PN pada 1 Januari. Pemimpin lain ikut serta. Muncul semula cerita Bersatu mahu pecat Hamzah.
Tetapi semua ini tidak meredakan keserabutan PN. Timbul persoalan baharu, siapa mahu ganti kekosongan Pengerusi PN? Hadi kata tidak mahu. Muncullah nama anak didiknya Samsuri.
Tetapi Samsuri bukan nama yang positif kepada semua. Golongan ustaz tidak gemar padanya walau imejnya agak positif dari luar parti.
Beliau dilihat tenang, moderat, rasional, terbuka dan profesional – imej yang sesuai untuk lonjak lagi wibawa PN.
Saya agak Hadi tidak kisah naikkan Samsuri tetapi ramai agamawan, termasuk menantunya, tidak selesa dengan Samsuri. Timbul masalah dalam parti Pas pula jika Samsuri naik (atau dinaikkan).
Sebab itu, beliau lebih suka Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, walau imej ustaz ini tidak cukup positif di dalam dan luar parti. Sama juga reputasi Mursyidul Am Pas, Ustaz Hashim Jasin sekarang.
Dalam Bersatu juga begitu, tidak semua reda jika Dr Samsuri jadi Pengerusi PN tetapi mereka mahu seorang tokoh pemersatu untuk PRU ke-16.
Bersatu seperti merajuk, tidak mahu lagi jawatan itu. Pas pula teragak-agak namakan seorang calon. Muncul idea kekalkan sahaja Mahiaddin!
Buat masa ini, perang Bersatu-Pas sudah merebak ke peringkat lebih bawah. Bekas pegawai Mahiaddin diserang, malah Pas berasa perlu rampas kerusi Gombak Setia yang disandang Hilman Idham, orang kuat Azmin sejak zaman PKR.
Termasuk Ketua Penerangan Bersatu, semua orang kuat kem Mahiadddin diserang juak-juak Pas.
Malah, Azmin dan Hilman dituduh “kuda Trojan” PH dalam Bersatu/PN untuk rujuk semula PH.
Juak-juak ini makin rancak serang-menyerang sebab presiden masing-masing tidak boleh move on daripada keruntuhan kerajaan Pas Perlis.
Hadi anggap semua ini pengkhianatan Bersatu, maka Pas tidak boleh menyertai pentadbiran Perlis. Mahiaddin pula kata Bersatu tidak pernah khianat tetapi hanya menurut titah raja.
Pendek kata, krisis PN ini bukan hanya isu Pas vs Bersatu. Bahkan juga krisis dalam Bersatu ditambah pergeseran dalam Pas, reaksi mereka pada Pas di Perlis dan ura-ura pelantikan Dr Samsuri.
Di mana hujung sengketa ini? Mampukah PN kekalkan semangat PN Best, (tidak berapa) Prihatin, (belum cukup) Bersih, (sangat tidak) Stabil.
Di luar semua ini, yang kita selalu baca: semuanya angkara politik DAP dan kegagalan PMX.
Hadi dan Mahiaddin baik-baik sahaja, penyelamat bangsa!

Mohamad berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 14 Januari 2026.
KUALA LUMPUR, 14 Jan – UMNO menegaskan parti itu tidak akan keluar daripada Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, parti itu tidak akan membiarkan negara ini dalam keadaan huru-hara.
“Tidak. Itu jalan mereka yang tunduk kepada emosi, bukan kerja negarawan.
“Bak kata orang tua-tua, berfikir biar panjang, bertindak biar bijak,” katanya dalam ucapan Perasmian Serentak Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Kenyataan itu dipercayai sebagai mengulas desakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh ketika berucap pada Konvensyen Khas Pemuda UMNO berkata, Pemuda UMNO menolak sebarang usaha merampas kuasa dan ‘menebuk atap’ sehingga mengakibatkan kerajaan sedang memimpin negara ketika ini tumbang.
Beliau bagaimanapun mahu dan menggesa partinya menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan untuk menjadi pembangkang selain menegaskan jika tindakan itu diambil UMNO tidak akan menyebabkan kerajaan sedia ada runtuh berikutan ia mempunyai sokongan kira-kira 153 Ahli Parlimen ketika ini.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata, sekiranya kerajaan runtuh tanpa pelan penggantian jelas, yang lahir bukanlah kebebasan tetapi kekosongan kuasa.
“Kita telah menyaksikan di beberapa negara, bagaimana pertelingkahan politik yang tidak terkawal telah melumpuhkan institusi negara. Parlimen menjadi medan tempur, kerajaan bertukar tanpa hala tuju, ekonomi terjunam, pelabur melarikan diri.
“Dan akhirnya, rakyat yang menanggung derita paling besar. Apabila politik menjadi medan dendam, pihak ekstrem muncul. Apabila kepimpinan berpecah, campur tangan asing mula mengintai.
“Inilah yang akan berlaku apabila kemarahan mengatasi kebijaksanaan, dan apabila kuasa dijatuhkan tanpa tanggungjawab untuk membina semula,” katanya.
Beliau turut mengingatkan ahli parti itu, bahawa keluar masuk sesebuah kerjasama politik bukan merupakan jawapan untuk UMNO pulih.
“Ia bukan jalan keluar yang merawat masalah dan sakit kita. Ia hanyalah satu peralihan dan pemesongan fokus yang sangat bersifat jangka pendek,” katanya.
Menyentuh mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Mohamad berkata, parti itu dihukum oleh rakyat negeri itu disebabkan mereka gagal membaca persekitaran yang berubah.
Katanya, UMNO juga terlalu terbawa dengan isu nasional, tanpa lantang mengetengahkan agenda tuntas untuk Sabah bagi orang Sabah.
“Orang Sabah memilih untuk menolak kita. Mereka memilih perikatan lokal yang lebih serasi dengan sentimen tempatan. Ini menunjukkan masih banyak isu yang belum berjaya kita uruskan dengan berkesan.
“Parti belum pulih. Banyak yang harus kita tambah baik dan kemaskan. Yang jelas, semua itu mesti dilakukan dengan menerima secara terbuka dan berlapang dada,” katanya.