Letupan bom serentak telah berlaku di beberapa stesen minyak di selatan Thailand






Benda ni memang mengejutkan, bila dalam tempoh sekitar 40 minit sahaja, sekurang-kurangnya 11 stesen minyak di Narathiwat, Pattani dan Yala jadi sasaran. 


Empat orang cedera termasuk anggota keselamatan dan pekerja stesen minyak, walaupun nasib baik tiada kecederaan parah dilaporkan. Corak serangan serentak macam ni jelas bukan kerja rawak, tapi mesej keselamatan yang dirancang rapi.


Wilayah selatan Thailand ni memang lama berada dalam keadaan konflik tahap rendah sejak 2004, dengan ribuan nyawa terkorban dalam tempoh lebih dua dekad. 


Kawasan majoriti Muslim yang bersempadan dengan Malaysia ini sentiasa berada di bawah kawalan ketat keselamatan, dan stesen minyak sering jadi sasaran sebab ia simbol ekonomi dan mudah cetuskan ketakutan awam tanpa perlu serangan berskala besar.


Menariknya, pihak berkuasa Thailand sendiri memberi isyarat bahawa serangan ini mungkin berkait dengan pilihan raya pentadbiran tempatan yang berlangsung pada hari sama, bukan semata-mata serangan bersenjata terhadap pasukan keselamatan. 


Ini menunjukkan keganasan digunakan sebagai “signal politik” yang cukup untuk hantar mesej, cukup untuk ganggu kestabilan, tapi tidak sampai mencetuskan perang terbuka.


Sebagai respons, pihak tentera menaikkan tahap keselamatan ke paras maksimum, termasuk sekatan jalan raya, kawalan sempadan dan perintah berkurung di beberapa kawasan. 


Realitinya, selagi punca akar konflik seperti autonomi, identiti dan pembangunan ekonomi tak ditangani secara menyeluruh, wilayah selatan Thailand akan terus berada dalam kitaran ketegangan. Ia senyap seketika, kemudian meletup semula bila tiba detik politik yang sensitif.



ZUHDI SARAN HADI JADI PENGERUSI PN.

 


Ketika teka-teki siapa yang akan dilantik mengetuai PN belum terjawab, seorang tokoh berpengaruh dalam PAS menegaskan bahawa mereka tiada pilihan kecuali dua pimpinan utamanya yang diangkat ke jawatan tersebut.





Bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohd Zuhdi Marsuki, berkata parti itu tidak boleh tidak untuk memilih ketetapan itu sekiranya mereka benar-benar mahu melaksanakan resolusi muktamar baru-baru ini.


Katanya, bakal Pengerusi PN yang perlu dicalonkan bagi menggantikan Muhyiddin Yassin ialah Presiden PAS Abdul Hadi Awang sendiri, atau paling tidak timbalannya, Tuan Ibrahim Tuan Man. 


Berita penuh: https://mk.my/5PnS02g



𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗛𝗔𝗗𝗜 '𝗨𝗕𝗔𝗛 𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔' 𝗟𝗔𝗚𝗜, 𝗨𝗠𝗡𝗢 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗕𝗘𝗭𝗔 𝗔𝗞𝗜𝗗𝗔𝗛




✍️ Ahmad Mursi 


1.  Demi untuk mengumpan UMNO, semalam (7 Jan 2025) Haji Hadi menulis: 


>“…menyatukan kumpulan bangsa kita yang berpecah terutamanya, kerana perbezaan pendekatan politik bukannya perbezaan aqidah dan ideologi, khususnya antara perlembagaan PAS dengan perlembagaan UMNO.


2.  Baru setahun lepas, Haji Hadi kata UMNO Dajjal. Kali ini baru akui, UMNO dan PAS tak berbeza akidah dan ideologi. Soalnya, Adakah PAS telah jadi Dajjal?


3.  Sebaiknya, Haji Hadi mula bubarkan PAS dan bawa semua ahli PAS sertai UMNO selepas perbezaan telah dimansuhkan.


4.  Bayangkan, kalau sejak 80an, naratif Haji Hadi seperti ini, betapa aman Malaysia ni. Bukan naratif berbeza 'Akidah Perjuangan'.


5.  Mungkin tiadalah Amanat Haji Hadi Banggol Peradong 1981 yang framing UMNO sebagai kafir kerana 'politik suku, agama suku', mati berlawan UMNO dianggap syahid.


6.  Mungkin juga 14 mangsa Memali yang tekorban dapat diselamatkan.


7.  Mungkin juga tiada hal dua imam, suami isteri tak cerai berai, jenazah orang umno boleh diimamkan ahli PAS, kenduri orang UMNO wajib hadir, sembelihan UMNO tak dikira bangkai dan banyak lagi legasi Hj Hadi.


8.  Tapi waktu itu ramai yang terpengaruh dengan takfir politik neo-Khawarij dan ramai pula dah arwah. Yang sempat sedar patut sujud syukur kerana Allah telah selamatkan kita.


9.  Jika Haji Hadi benar² bertaubat, hentikan juga bermain isu akidah dengan parti lain seperti PKR, Amanah, DAP dll.


10.  Kerana pemimpin PAS dan walaun masih tak segan silu secara terbuka isytihar parti lain munafik, kafir, sekular, Islam liberal, musuh Islam. Ini semua takfir politik yang jadikan akidah sebagai senjata.

DIA BUAT KERJA

 Syam  Ghaz






Kita mesti elakkan budaya kerja hanya kerana isu viral. Ia membawa banyak persepsi. Sebab itu saya menegur agar disiplin kerja pentadbir sekolah, PPD dan JPN mesti berubah. 


Mesti pantas dan tangkas. Mesti jelas dan responsif kepada aduan rakyat. Jangan bekerja seperti "business as usual" tetapi harus lebih cekap dalam mengurus persepsi dan keperluan masyarakat.


Isu sekolah padat yang dihadapi oleh anak-anak di SMK Bandar Seri Putra pastinya memberi kesan kepada isu keselesaan dan keberkesanan sesi pembelajaran.


Saya turun sendiri untuk meninjau keadaan sekolah dan melakukan perbincangan dengan pentadbir sekolah dan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Turut hadir adalah pasukan JKR dan bahagian Pembangunan KPM.


Untuk penyelesaian jangka pendek dan sederhana, KPM akan membina 10 bilik darjah tambahan menggunakan kaedah sistem binaan berindustri (IBS). Pembinaan bilik darjah tambahan menggunakan kaedah IBS telah terbukti efektif kerana ia dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat.


Pada ketika ini KPM turut merancang pembinaan bangunan tambahan dua tingkat menggunakan kaedah IBS di SMK Bandar Seri Putra.


Ada beberapa sekolah lagi sedang dalam pembinaan yang akan disiapkan dengan segera untuk menangani isu sekolah padat ini di masa hadapan.


#MADANIBekerja



Kenapa Nurul Izzah ke Turki?




LAZIM SETIAP KALI PMX KE LUAR NEGARA PASTI PEMBANGKANG IRI HATI


Sejak Anwar menjadi Perdana Menteri atau dikenali sebagai PMX ke luar negara utk lawatan kerja… pastinya pihak pembangkang mencari walau sekecil kuman perkara yg boleh dijadikan bahan kebencian.


Bersalam salah, dapat pingat atau anugerah salah…(dikatakan PM kumpul pingat), cari pelabur salah sb kos tinggi, tidak bawa isteri ke luar negara salah, sewa kapal terbang salah dan bermacam mcm lagi.


Pembangkang hari ini bila Menteri makan gaji buta ok, bila anak MB makan rasuah ok, bila negeri tidak cukup duit bayar gaji ok, bila MB tidak dpt tarik pelabur ok, bila mantan PM dipenjara kerana rasuah dibela…pelik bukan?


Inilah kualiti pembangkang hari ini. Jadi pembangkang pun tiada kualiti jika mereka ini jadi kerajaan… hancur negara ini.


Baiklah, saya dimaklumkan selalunya jika isteri Perdana Menteri (Kak Wan) tidak mengikuti PMX ke lawatan luar negara, kebiasaan PMX membawa anak menemaninya.


Cerita mengenai Nurul Izzah mengikuti rombongan ke Turki, sebenarnya ia jemputan seisi keluarga utk Anwar Ibrahim.


Umum mengetahui hubungan Anwar dan Presiden Erdogan sebenarnya sudah bermula sejak era 1970an, jauh sebelum mereka menjadi pemimpin berpengaruh di negara masing2.


Pada era 1970-an, Anwar aktif sebagai pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yg memperjuangkan nila2 Islam dlm pembangunan masyarakat. 


Erdogan pula bergerak dlm gerakan Milli Gorus di Turki, yg menentang sekularisme radikal dan memperjuangkan politik berlandaskan Islam.


Pada tahun 2019, Erdogan menjemput Anwar ke Ankara bagi menghadiri Kongres Parti AK. Ramai terkejut Anwar diberi penghormatan macam pemimpin negara ketika itu sdgkan Anwar tiada sebarang jawatan dlm parti dan malah sebagai ketua pembangkang.


Betapa akrabnya kedua pemimpin ini sehingga Anwar berkata Presiden Erdogan bergurau dgnnya, “Presiden Erdogan bergurau kalau saya tak dtg pada bulan Januari, beliau tak mahu kawan.”


Jemputan Erdogan utk seisi keluarga Anwar dan disebabkan itulah Nurul Izzah hadir. Anda lihat bagaimana layanan Erdogan kpd Anwar.


Persembahan dgn lagu yg paling Anwar minati iaitu ‘Nona Ku Azizah’ dipersembahkan. Ia membuktikan hubungan antara Anwar dan Erdogan bukan sekadar sebagai pemimpin kedua negara tetapi sebagai sahabat sejati dan kenalan rapat antara kedua keluarga.


Jadi pemergian Nurul Izzah atas jemputan Anwar sekeluarga ke Turki adakah itu menjadi isu??? Bukannya Nurul Izzah hadir dpt elaun atau dpt projek beratus juta dari kerajaan Turki.


Sepatutnya kita berbangga Perdana Menteri kita dpt anugerah tertinggi negara tersebut. Malah beliau diberi penghormatan luar biasa ke negara tersebut. Itu pun jika kita ada semangat patriotik ketepikan politik sempit kepartian.


Anda tahu bukan Anwar insan yg sgt berhati hati dgn harta rakyat. Walaupun jemputan ini antara tujuan utama utk anugerah tertinggi iaitu Anugerah ‘Order of the Republic’ tetapi Anwar mahu kos perjalanan itu disertai dgn urusan pelaburan dan kerjasama antara kedua negara.


Tanyalah Menteri, pegawai atau wartawan yg mengikuti rombongan PMX. Jika dahulu bila mengikuti Perdana Menteri ke luar negara selama 7 hari… mereka mempunyai 3 hari masa lapang utk bersiar siar.


Tapi jika mengikuti rombongan PMX, setiap hari paling kurang ada 3 jadual dilakukan dan ia sgt memenatkan kpd rombongan. Tiada masa Perdana Menteri bermain golf atau shopping seperti lazimnya sebelum ini.


Anwar fokus dan tidak mahu membazir masa dan wang rakyat jika ke luar negara. Sgt komited… kerja kerja kerja.


Cuba anda tanya Sanusi dan Samsuri bila ke luar negara bagaimana jadual mereka? Berapa hari dan dlm sehari berapa program dibuat? Menteri Timur Tengah pun tak buat kerja tetapi tiada org Melayu marah.


Sebenarnya yg marah2 kerana terperangkap dgn provokasi fitnah pemimpin mereka… Mereka tak pernah melihat dari sudut positif apa yg dilakukan Anwar. 


Yg bising itu samada mereka tidak tahu, buat2 tak tahu atau hanya tahu dan percaya apa pemimpin mereka fitnah di media sosial.




𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗥𝗨𝗦𝗜 𝗣𝗡: 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗘𝗥𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗣 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗔𝗜𝗡𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜



✍️ Ahmad Mursi 


Hari ni Haji Hadi kata, lantikan Pengerusi PN baru ditangguh lagi. 


Seruan “gagah perkasa” agar PAS mengetuai PN tiba-tiba menjadi lembik walaupun ada 4 lori calon.


Asalnya, desakan PAS bukan semata-mata mahu mengetuai gabungan, tetapi nak gantikan Muhyiddin dengan Hamzah.


Untuk bypass Muhyiddin, sebelum ini, PAS dah namakan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang, PAS juga cadangkan Hamzah dilantik ketua operasi PN.


Bila Muhyiddin umum letak jawatan, dia telah tinggalkan perangkap halus.


Pertama, Muhyiddin tegaskan: mana-mana pemimpin BERSATU yang mengambil jawatan Pengerusi PN akan terhenti keahlian parti. Langkah ini menutup terus laluan Hamzah.


Kedua, secara natural, jawatan itu sepatutnya dipegang oleh Presiden PAS, Haji Hadi.


Namun faktor keuzuran menjadikan keadaan serba janggal — dan PAS kelihatan mula teragak-agak.


Dulu mendesak, bila peluang benar-benar terbuka, PAS pula tidak bersedia.


Tidak munasabah apabila semua Timbalan Pengerusi PN terdiri daripada Presiden parti komponen, tetapi jawatan Pengerusi pula PAS cadangkan daripada ranking bawahan.


Apabila Samsuri dihantar berjumpa Muhyiddin, ramai mentafsirkan ia sebagai usaha menutup malu dan memujuk.


Namun Muhyiddin kekal dengan keputusannya.


Sanusi pula mendakwa, peletakan jawatan itu belum sah kerana belum disahkan dalam mesyuarat.


Dalam masa yang sama, timbul ura-ura Hashim Jasin bakal digugurkan sebagai Murshidul Am dan Haji Hadi ganti.


Pemangku Presiden PAS akan dilantik sebagai Pengerusi PN dan ‘poster boy’.


Masalahnya, langkah ini membuka isu yang lebih besar.


Apabila PAS berada di barisan hadapan, imej parti ekstrem menjadi wajah utama PN, fungsi BERSATU sebagai penampan imej sederhana akan hilang.


Ini menakutkan pengundi bukan Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak.


Malah jika PN menang sekalipun,

Perdana Menteri daripada parti yang dilabel ekstrem akan menarik perhatian negatif pemimpin dunia, dan pelabur akan lebih berhati-hati.


Masalah kedua ialah dana.


Ketika Muhyiddin menjadi Pengerusi, dana besar tersedia diagihkan kepada jentera, termasuk PAS.


Kesannya, dia kini berdepan dakwaan melibatkan RM232 juta berkait Jana Wibawa dan RM195 juta AMLA.


Soalnya, jika PAS mengetuai PN, siapa pula yang akan menanggung dana?


Adakah kutipan ‘tin Milo’ mampu mengumpul RM400–500 juta? Pemimpin PAS dah ready ke 'safe house' seperti pemimpin BERSATU lain?


Hakikatnya, PAS bukan sahaja mendapat kuasa, tetapi memikul beban baharu.


Jika menang, PAS menanggung kesan imej. Jika kalah, PAS akan dipersalahkan. Muhyiddin pula? Clean exit.



ULASAN MENARIK- 𝗨𝗟𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗥𝗨𝗦𝗜 𝗣𝗡: 𝗗𝗥 𝗭𝗨𝗛𝗗𝗜 𝗦𝗜𝗡𝗗𝗜𝗥 𝗨𝗟𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗔𝗦, 𝗗𝗢𝗞𝗧𝗥𝗜𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗜𝗠𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡 𝗨𝗟𝗔𝗠𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗝𝗜






✍️ Ahmad Mursi 


1.  Semalam Dr Zuhdi (Bekas Think Tank PAS) kata, Pengerusi PN mesti dilantik sama ada Haji Hadi atau Tuan Ibrahim, selari dengan resolusi Muktamar PAS yang mengangkat doktrin “Kepimpinan Ulama”.


2.  Katanya lagi, ikut konvensyen, orang yang jadi Pengerusi PN itulah juga yang sepatutnya jadi PM jika PN menang.


3.  Inilah kali pertama doktrin “Kepimpinan Ulama” benar-benar diuji sejak ia diperkenalkan pada tahun 1982 yang sebabkan Asri Muda, presiden PAS yang bukan ulama, disisihkan.


4.  Persoalannya mudah: Adakah doktrin ini penyelesaian praktikal, atau sekadar retorik agama PAS?


5.  Adakah ia benar-benar boleh memimpin negara, atau itu hanyalah tunggangan ustaz PAS untuk merebut jawatan dan menyingkirkan bukan ulama — seperti yang berlaku kepada Dr Zuhdi, Hj Asri pada 1982, dan krisis “geng Jebon” 2015?


6.  Lebih penting, selari ke doktrin ini dengan Siyasah Syar‘iyyah? kerana Islam tak letak syarat “ulama mesti memimpin”. Yang ditekankan ialah Qawiyul Amin — kompeten dan amanah — seperti isyarat Surah al-Qasas ayat 26.


7.  Kalau tak kompeten, tapi hanya bermodalkan serban dan jubah, itu bukan kepimpinan Islam, itu kepimpinan yang menunggang agama.


8.  Soalan seterusnya lebih pedih: Kenapa selepas 45 tahun melaungkan “ulama memimpin”, bila tiba masa sebenar untuk memimpin PN atau dicalonkan sebagai PM, Ulama PAS menyorok?


9.  Walhal PAS paling banyak kerusi, tapi pilih Muhyiddin sebagai PM. Haji Hadi menyorok jadi Duta Khas.


10.  Akan sampai satu masa, PAS akan sedar, doktrin yang mereka sangkakan rahmat untuk umat Islam, sebenarnya bencana dan bala'.


11.  Hakikatnya, dalam PAS wujud satu 'unwritten law': ustaz kasta atasan, profesional kasta bawahan. Yang profesional tugasnya ikut, bukan menentukan dan tidak layak jadi Ahli Majlis Syura.


12.  Baru-baru ini Haji Hadi menulis, menyenaraikan nama-nama ulama besar seperti Ibn Qayyim, Imam Syafi‘i, Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Ahmad, Sa‘id bin Jubayr — seolah-olah ujian dan cabaran terhadap mereka sama dengan yang dihadapi “ulama PAS” hari ini.


13.  Ironinya, semua tokoh yang disebutkan tak pernah berebut jawatan politik. Mereka jadi pendidik, qadi, penasihat dan pengkritik pemerintah.


14.  Mereka menjaga jarak dengan kuasa, bukan memusatkan kuasa kepada diri mereka atas nama agama. Sebab itu ilmu mereka kekal dihormati hingga hari ini.


15.  Akhirnya, aku lihat lontaran Dr Zuhdi ini sebenarnya hanyalah sindiran supaya agamawan PAS bermuhasabah: betul ke “Kepimpinan Ulama” ini ajaran Islam, atau sekadar doktrin parti yang ditunggang ustaz² PAS?



PATUT PAS DIAM. TENGAH SIBUK NAK PILIH CALON. KATA 4 LORI.

 



Setahu ambo kawasan ternakan babi di Tanjung Sepat dan Bukit Tagar itu adalah kawasan yang tidak ada penduduk. 


Ianya bakal dijadikan pusat ternakan babi secara berpusat di mana semua kandang babi di Selangor akan dipindahkan ke sana 


.

LADANG BABI YANG JAUH DARI MASYARAKT AKAN DIBINA


Che Ibrahim


 LADANG TERNAKAN BABI SECARA TERTUTUP DI TANJUNG SEPAT DAN BUKIT TAGAR. 







1. Masa PR ( Pas pun ada sekali) jadi Kerajaan Di Selangor, jumlah ladang babi di Selangor ialah sebanyak 128 buah. 


2. Bila PH memerintah Selangor (Pas jadi pembangkang), jumlah ladang babi telah berkurangan, ada 112 sahaja. 


3. Zaman Kerajaan Madani, Selangor merancang untuk menjadikan penternakan babi di satu tempat sahaja, iaitu semua kandang babi akan dipindahkan ke Tanjung Sepat dan Bukit Tagar. 


4. Kawasan yang dipilih jauh dari penempatan orang ramai atau perkampungan. Kandang babi dibuat secara tertutup dengan sistem yang canggih. 


5. Kalau itu pun tak boleh, baik pembangkang nyatakan dalam menifesto mereka untuk tidak akan membenarkan penternakan babi secara komersial. Kalau nak pelihara juga, peliharalah dalam rumah seperti pelihara kucing atau anjing.



DIA PUNYA TTUUUURRRR... TAK LEH NAK KATA APA LAH.

 Che Ibrahim


Dik... Langkawi tu bukan spt Putrajaya atau Kuala Lumpur, Langkawi masih kekal bawah Kedah. Semua hasil mahsul di pungut oleh Negeri Kedah melalui berbagai agensi kerajaan negeri di Langkawi.



LADA tu fungsinya untuk menyelaras pembangunan di Langkawi. Sama la macam KESEDAR di Gua Musang, Jeli, K Krai dan Tanah Merah yang dipanggil wilayah " Kelantan Selatan", tapi masih di bawah Kerajaan Negeri Kelantan. 


Nak berpolitik pun jangan la tunjuk sangat kebodohan kita.


OOOWHHHH. LUPA

 Iswardy 


Rafizi Ramli ni pun. Jangan la persoalkan mengenai anak anak perdana menteri ikut ayah mereka. Anak anak mereka pun ada jasa dalam Parti.





---------


Rafizi Ramli berkata dua anggota keluarga terdekat Datuk Seri Najib Razak perlu membayar sendiri tiket penerbangan mereka jika mahu mengikuti rombongan perdana menteri mengadakan lawatan rasmi.



KALAU BAGI PELUANG... SAHIH MELINGKUP.. PAS NI CAKAP PANDAI...



 BERI PELUANG PAS BUKTI KEMAMPUAN TERAJUI PN 



Berdasarkan surat Presiden PAS kepada Timbalan-Timbalan Pengerusi dan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi PN agar diadakan mesyuarat dengan segera, adalah jelas tujuannya ialah agar perletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi dapat diterima oleh gabungan itu.


Selain menerima perletakan jawatan Muhyiddin, panggilan tergempar mesyuarat PN oleh Haji Hadi Awang juga perlu diadakan dengan maksud bagi melantik pengerusi baru gabungan itu.


Di samping itu, dalam suratnya itu, Haji Hadi bagi pihak PAS turut menerima perletakan jawatan Muhyiddin dan merakamkan seringgi-setinggi penghargaan atas khidmat Presiden Bersatu itu sepanjang menerajui PN.


Ini sekaligus bermakna, isu perletakan jawatan Muhyiddin adalah isu yang sudah diterima dan dianggap selesai oleh PAS, cuma ia perlu disahkan oleh mesyuarat PN bagi keabsahannya.


Seterusnya, perlantikan Pengerusi PN yang baru hendaklah segera diputuskan dalam mesyuarat PN yang sama.


Berikutan surat Haji Hadi itu, tidak dipastikan  bila mesyuarat PN akan diadakan, namun ada sumber yang memberitahu ia akan diadakan malam ini (Ahad 11 Januari 2026).


Berdasarkan perkembangan ini, PAS sebenarnya begitu mengambil berat tentang kedudukan PN dan mahu isu perletakan jawatan dan pengganti Muhyiddin diselesaikan dengan segera.


Memandangkan Haji Hadi sebelum ini telah mengarahkan Ahmad Samsuri Mokhtar mengunjungi Muhyiddin, tersebar laporan bahawa Menteri Besar Terengganu itu adalah calon yang bakal diketengahkan sebagai Pengerusi PN yang baru.


Apa yang penting, isu peneraju PN ini perlu diselesaikan dengan segera dan dengan sebaik mungkin agar dalam keadaan UMNO bermasalah dan PKR berpecah ketika ini, gabungan itu dapat terus mara mencipta kejayaan.


Turut perlu dipastikan ialah agar Bersatu terus kekal bersama  PN kerana parti itu pun dipercayai tidak mampu bersendirian menghadapi PRU16 akan datang.


Oleh sebab itu, Bersatu tidak perlu terlalu terlalu emosi dengan perletakan jawatan Muhyiddin, sebaliknya mesti kekal bersama PN untuk mencipta kejayaan bersama.


Tanpa Muhyiddin sebagai Pengerusi PN tidak bermakna Bersatu tidak boleh terus maju dan mencipta kemenangan sebagaimana diperolehi pada PRU15 yang lalu.


Malah, terus bersama PN adalah pilihan yang terbaik buat Bersatu kerana PAS sebagai komponen terbesar dalam gabungan itu memiliki jentera akar umbi yang kukuh jika pilihan raya diadakan.


Cuma, bagi mendepani PRU16 akan datang, PAS harus diberi peluang membuktikan kemampuan sebagai parti yang selama ini mempunyai jumlah Ahli Parlimen dan Adun paling ramai sekali berbanding semua parti yang ada di negara ini.


Sudah sampai masanya PAS memimpin perubahan bagi negara ini dan sebagaimana terbukti di Kelantan, Terengganu dan Kedah yang lebih dulu dipimpin PAS, orang bukan Islam tidak harus ada sedikit pun rasa curiga atau kebimbangan terhadap parti itu.


PAS yang memperjuangkan Islam memberi jaminan akan berlaku adil kepada semua. - ShahbudinHusin 11Januari2026.


https://shahbudindotcom.net/2026/01/beri-peluang-pas-bukti-kemampuan-terajui-pn/




MELINGKUP MN...PAKAT DENGAN PAS..MEMANG LINGUP LA....


 MN tak jadi, PN bergoncang: Pas alami dilema besar menuju PRU16

Pas kini berdepan dilema politik yang besar apabila percubaan menghidupkan kembali kerjasama Muafakat Nasional (MN) bersama UMNO tidak menjadi kenyataan, sementara masa depan Perikatan Nasional (PN) pula dilihat semakin tidak menentu.

Ketua Penyelidik ILHAM Centre, Dr Mohd Yusri Ibrahim, berkata situasi yang dihadapi Pas ketika ini ibarat yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran, merujuk kepada kegagalan usaha MN 2.0 serta krisis dalaman yang melanda PN.

Menurut beliau, secara tradisi Pas merupakan parti yang kuat di kawasan majoriti Melayu, khususnya di Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu serta sebahagian kawasan utara seperti Kedah, namun agak sukar menembusi kawasan Pantai Barat dan zon selatan negara.






KATA ADA 4 LORI...PILIH SEKOQ MANA YANG BOLEH...TU PUN SUSAH...SEMBANG JA PAS NI


 

Pas panggil mesyuarat tergempar bincang isu pengerusi PN

Pas telah memanggil satu mesyuarat tergempar Perikatan Nasional (PN) bagi membincangkan pelantikan pengerusi baharu untuk menerajui gabungan pembangkang itu.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang juga Timbalan Pengerusi PN, berkata parti itu menerima keputusan Tan Sri Mahiaddin Yassin untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari.

“Bagi pihak Pas, kami menghormati dan menerima keputusan Mahiaddin serta merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa dan sumbangan beliau sepanjang tempoh menerajui PN,” kata Hadi dalam satu kenyataan hari ini.


Mengenai mesyuarat tergempar tersebut, Hadi berkata ia perlu diadakan tanpa sebarang kelewatan memandangkan tarikh kuat kuasa peletakan jawatan Mahiaddin telah melebihi 10 hari.

Beliau berkata mesyuarat itu bertujuan memenuhi keperluan Fasal 8.3(i)(b) Perlembagaan PN, iaitu untuk menerima dan mengesahkan peletakan jawatan Pengerusi PN serta melantik pengganti.

Hadi bagaimanapun tidak memperincikan bila mesyuarat tergempar itu akan diadakan.

Peletakan jawatan Mahiaddin berkuatkuasa 1 Jan.

Beberapa nama yang disebut sebagai pengganti Mahiaddin termasuklah Hadi, timbalan presiden Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, pengarah pilihanraya Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan naib presiden Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.








Kadar Pengangguran Negara Di Paras Terendah Dalam Tempoh 11 Tahun – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, kadar pengangguran negara menurun ke paras terendah dalam tempoh 11 tahun setakat akhir tahun lalu. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Kadar pengangguran negara menurun ke paras terendah dalam tempoh 11 tahun setakat akhir tahun lalu, manakala pasaran buruh di pelbagai sektor kekal stabil, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di media sosial, Perdana Menteri berkata, ia susulan kedudukan ekonomi yang semakin menggalakkan hampir di semua sektor industri dan perkhidmatan negara.

Ujarnya, pencapaian itu hasil usaha Kerajaan MADANI membina dan mengukuhkan semula asas negara sejak tiga tahun lalu.

“Kita akan terus bekerja keras memastikan pertumbuhan ini benar-benar diterjemah kepada peluang pekerjaan yang lebih baik, pendapatan bermaruah dan masa depan yang lebih terjamin untuk rakyat, Insya-Allah,” ujarnya.

Terdahulu, Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, jumlah tenaga buruh meningkat 0.2 peratus kepada 17.61 juta orang pada November 2025 berbanding 17.58 juta orang pada Oktober 2025 manakala kadar penyertaan tenaga buruh kekal pada 70.9 peratus.




SARA Dan STR Tanda Keprihatin Tinggi Kerajaan MADANI – Dr Hafidzah

 




ADUN Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim hadir pada Program Gunting Rambut Percuma khas buat anak-anak Mukim Dusun berusia 7 hingga 12 tahun dan penyerahan bakul makanan di Kota Bharu pada 9 Januari 2026. Foto Dr Hafidzah Mustakim

KOTA BHARU, 10 Jan – Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026 membuktikan keprihatinan berterusan Kerajaan MADANI dalam membantu rakyat menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim.

Menurut beliau, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan kira-kira RM15 bilion di bawah Belanjawan MADANI 2026 bagi pelaksanaan STR dan SARA, menjadikannya antara peruntukan bantuan rakyat terbesar dalam sejarah negara.

ADUN Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim hadir pada Program Gunting Rambut Percuma khas buat anak-anak Mukim Dusun berusia 7 hingga 12 tahun dan penyerahan bakul makanan di Kota Bharu pada 9 Januari 2026. Foto Dr Hafidzah Mustakim

“Ini menunjukkan komitmen jelas Kerajaan MADANI untuk memastikan kebajikan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana, terus terbela,” katanya.

Bagi tahun 2026, pembayaran SARA secara bulanan mula dikreditkan kepada penerima layak bermula 9 Januari 2026 melalui MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas di premis terpilih.

ADUN Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim hadir pada Program Gunting Rambut Percuma khas buat anak-anak Mukim Dusun berusia 7 hingga 12 tahun dan penyerahan bakul makanan di Kota Bharu pada 9 Januari 2026. Foto Dr Hafidzah Mustakim

Sementara itu, STR Fasa 1 pula mula dibayar pada 20 Januari 2026, melibatkan isi rumah, warga emas tanpa pasangan dan golongan bujang mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Kerajaan turut mengumumkan pemberian SARA one-off sebanyak RM100 kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang akan disalurkan bermula 9 Februari 2026 memberi manfaat kepada lebih 20 juta rakyat.

ADUN Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim hadir pada Program Gunting Rambut Percuma khas buat anak-anak Mukim Dusun berusia 7 hingga 12 tahun dan penyerahan bakul makanan di Kota Bharu pada 9 Januari 2026. Foto Dr Hafidzah Mustakim

Dr Hafidzah berkata, gabungan STR dan SARA membantu meringankan beban kewangan rakyat, khususnya dalam memenuhi keperluan asas seperti makanan, barangan dapur dan perbelanjaan harian.

“Bagi isi rumah berpendapatan rendah, jumlah bantuan yang diterima sepanjang tahun boleh mencecah ribuan ringgit. Ini secara langsung membantu mengurangkan tekanan kewangan dan meningkatkan kesejahteraan keluarga,” jelas beliau.

ADUN Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim hadir pada Program Gunting Rambut Percuma khas buat anak-anak Mukim Dusun berusia 7 hingga 12 tahun dan penyerahan bakul makanan di Kota Bharu pada 9 Januari 2026. Foto Dr Hafidzah Mustakim

Selain itu, penggunaan MyKad bagi SARA juga memastikan bantuan disalurkan secara bersasar dan telus, di samping merancakkan aktiviti ekonomi tempatan melalui perbelanjaan di kedai runcit dan pasar raya.

Dalam pada itu, Dr Hafidzah menyeru rakyat di DUN Kota Lama supaya membuat semakan kelayakan STR dan SARA serta memastikan maklumat peribadi dikemas kini bagi mengelakkan keciciran bantuan.

ADUN Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim hadir pada Program Gunting Rambut Percuma khas buat anak-anak Mukim Dusun berusia 7 hingga 12 tahun dan penyerahan bakul makanan di Kota Bharu pada 9 Januari 2026. Foto Dr Hafidzah Mustakim

“Saya berharap rakyat menggunakan bantuan ini secara berhemah untuk keperluan asas keluarga dan terus menyokong usaha Kerajaan MADANI dalam membina negara yang lebih adil, sejahtera dan inklusif,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa pejabat ADUN Kota Lama sentiasa bersedia membantu rakyat yang memerlukan khidmat nasihat dan panduan berkaitan pendaftaran serta semakan bantuan.

ADUN Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim hadir pada Program Gunting Rambut Percuma khas buat anak-anak Mukim Dusun berusia 7 hingga 12 tahun dan penyerahan bakul makanan di Kota Bharu pada 9 Januari 2026. Foto Dr Hafidzah Mustakim

Pada masa yang sama juga YB Dr Hafidzah bersama Penduduk Mukim Dusun Kota Bharu dalam program Jom Ke Sekolah Gunting Rambut Beramai-Ramai dan penyerahan Bakul Makanan kepada warga kampung berkenaan yang terpilih

Bagi penerima SARA, Muhd Badri Muhd Saifi, 48, dari mukim Dusun berkata program gunting rambut bukan sahaja menjimatkan wang malah membantu mereka untuk tidak bersesak di premis perniagaan itu yang menjadi tumpuan ramai minggu ini.

ADUN Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim hadir pada Program Gunting Rambut Percuma khas buat anak-anak Mukim Dusun berusia 7 hingga 12 tahun dan penyerahan bakul makanan di Kota Bharu pada 9 Januari 2026. Foto Dr Hafidzah Mustakim

“Program ini sangat bertepatan dengan keperluan semasa dan memudahkan urusan ibu bapa manakala sumbangan bakul makanan termasuk beras membantu menampung perbelanjaan keperluan dapur kerana banyak wang dikeluarkan untuk barangan sekolah anak,” katanya

Ibu tunggal Zaleha Mahmood, 57, yang bekerja sebagai pembantu warung dengan upah kira-kira RM40 sehari berkata sumbangan bakul makanan sangat bermakna untuk golongan sepertinya.

“Sejak kematian suami 10 tahun lepas, saya agak bergelut dengan kewangan dengan empat daripada sembilan anak masih bersekolah.

“Bantuan sebegini mungkin biasa bagi orang lain tetapi sangat bermakna buat kami kerana sekurang-kurangnya untuk bulan ini sudah ada barangan asas dapur,” katanya menyewa rumah dengan bayaran RM600 sebulan.

Mereka juga merakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada YAB PMX atas bantuan ini, semoga bantuan ini terus diberikan saban tahun, kecaknaan kerajaan MADANI membantu rakyat tanpa mengira kaum dan agama amatlah dipuji dan dihargai, Doa dari rakyat agar Kerajaan MADANI terus kekal dalam PRU 16 nanti

Program ini dirasmikan YB Dr Hafidzah anjuran Alumni 4B Kota Bharu Kelantan dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Dusun dan melibatkan kira-kira 50 keluarga.




– Oleh Aku Insan Biasa