NOHH

 Harakatdaily


Pengerusi MN nafi berjoli ketika Afnan dengan Akmal Salleh memperjuangkan kesatuan Melayu.


"Saya mahu Muafakat City jadi kenyataan," menjelaskan maksud MC.





BARU

 


Malaysia akan memperkenalkan pasport dan MyKad berwajah baharu dalam tempoh enam bulan lagi sebagai sebahagian usaha memperkukuh keselamatan dokumen pengenalan negara.


Berita penuh https://alhijrahnews.com/pasport-dan-mykad-baharu-enam-bulan-lagi-ciri-keselamatan-dipertingkat/





TERIMA SAHAJA DATUK ZAHID. DIA TAK SETIA DAN KURANG BIJAK BILA JADI KETUA PEMUDA .

 

Saya Belum Fikir Nak Terima Atau Tolak Pengunduran Dr Akmal – Ahmad Zahid

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 Kepada Warga Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di Markas SMART, Jalan Pulau Meranti. Puchong pada 8 Januari 2026. Foto Zahid Hamidi

PUCHONG, 8 Jan – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin sayap pemuda dalam parti politik supaya sentiasa meraikan perbezaan pendapat serta bersedia menerima kritikan.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah memegang jawatan Pemuda UMNO dahulu dan memahami bahawa pemuda sentiasa mempunyai idealisme berbeza.

“Pemuda mesti mempunyai idealisme yang berbeza tetapi kalau kena pandangan berbeza atau komen-komen, kita (pemuda) mesti terima itu sebagai melayani apa dipanggil sebagai perbezaan pendapat.

Ucapan ‘berapi’ tidak semestinya mampu diterjemah ke dalam bentuk tindakan kerana Kerajaan Perpaduan berfungsi sebagai satu pasukan sejak Disember 2022.

“… kita (pemuda) kerap beri komen kritik terhadap orang dan sebagainya (tetapi) bila orang kritik, kita kena terima. Kenapa bila orang kritik, kita kata orang itu tidak demokratik dan tidak terima hakikat,” katanya selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 bersama warga Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian mengulas laporan media mengenai Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang memberi bayangan kemungkinan meletak jawatan dengan mengatakan beliau mungkin telah sampai ke tahap perlu berundur.

Ahmad Zahid berpendapat bahawa Dr Muhamad Akmal atau mana-mana pemuda dalam parti politik tidak seharusnya mencari jalan singkat dengan melakukan tindakan tidak wajar hanya kerana ada perbezaan pendapat dalam beberapa perkara.

Ahmad Zahid berkata Umno akan kekal bersama Kerajaan Perpaduan dan sekali gus menolak gesaan Akmal Saleh untuk membentuk Muafakat Nasional (MN) bersama Pas.

“Kalau orang tidak setuju dengan kita, mula kita mahu cari jalan singkat. Jangan begitu, ini perjuangan politik. Kita (perlu) terima bahawa dalam politik ini bukan semua orang bersetuju dengan kita, kalau tidak setuju, tangani ketidaksetujuan itu dengan penjelasan bukan dengan tindakan yang lain.

“Saya tidak tujukan kepada beliau (Dr Muhamad Akmal) tetapi secara umum mana-mana pemimpin pemuda dalam parti mesti ada idealisme. Soal saranan itu diterima atau tidak, idealisme tetap diperjuangkan, ada kaedah untuk kita menyantuni dan mendepani banyak perkara,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 Kepada Warga Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di Markas SMART, Jalan Pulau Meranti. Puchong pada 8 Januari 2026. Foto Zahid Hamidi

Ditanya sama ada UMNO terbuka untuk menerima pengunduran Dr Muhamad Akmal, Ahmad Zahid berkata, beliau tidak pernah memikirkan perkara itu.



JKOM JAWAB LAH BAB INI

 

– Oleh Datuk Ahmad Farhan Fauzi, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri


Polemik Isu Peletakan Bunga Di Makam Mustafa Kemal Ataturk, Ini Penjelasan Pegawai PM

Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghormati Mustafa Kemal Ataturk bukan bermaksud mengangkat keseluruhan ideologi atau sejarah secara mutlak. Foto PMO

PENDAPAT, 8 Jan – Berhubung istiadat peletakan kalungan bunga di Anıtkabir yang menempatkan makam Mustafa Kemal Atatürk, penting untuk kita fahami perkara ini dalam kerangka diplomasi negara dan sensitiviti budaya.

Dalam diplomasi, menghormati simbol negara sahabat bukan soal bersetuju dengan sejarahnya tetapi tanda kematangan kita sebagai sebuah negara berdaulat di pentas antarabangsa.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi (kanan) menjelaskan isu peletakan kalungan bunga oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di makam Mustafa Kemal Ataturk di Anitkabir, Turkiye pada 7 Januari 2026. Foto Farhan Fauzi

Mustafa Kemal Atatürk adalah tokoh pembinaan negara bagi rakyat Türkiye. Rakyat mereka sanjung akan sumbang bakti beliau.

Justeru, menghormati beliau dalam lawatan rasmi negara bukan bermaksud mengangkat keseluruhan ideologi atau sejarah secara mutlak.

Akan tetapi satu isyarat penghormatan terhadap identiti, sejarah dan simbol kenegaraan sahabat diplomatik kita.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut meletakkan kalungan bunga di makam Mustafa Kemal Ataturk di Anitkabir pada 25 Julai 2019 ketika lawatan rasmi ke Turkiye. Foto Berita Harian

Dalam hubungan antarabangsa, kita menghormati apa yang dimuliakan oleh rakyat setempat. Sama seperti kita menghargai apabila pemimpin asing menghormati Yang di-Pertuan Agong, Tugu Negara, atau tokoh-tokoh penting sejarah Malaysia tanpa mencampuradukkan perbezaan latar budaya dan tafsiran sejarah mereka.

Lantaran itu, diplomasi yang matang menuntut kebijaksanaan dengan berpegang teguh pada prinsip sendiri, sambil menghormati budaya dan sejarah pihak lain selagimana tidak melanggar batas syarak dan akidah kita.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi penghormatan meletakkan kalungan bunga di makam tokoh agung Turkiye, Mustafa Kemal Ataturk di Anitkabir sempena lawatan rasmi ke Ankara pada 7 Januari 2026. Foto PMO

Inilah pendekatan yang membuka ruang kerjasama, membina kepercayaan dan menjaga maruah negara di pentas dunia.



Pengerusi PN. Adakah PAS Pusat akan U-Turn pilih Muhyiddin balik?




KATA 4 LORI. SEKOQ TAK GUNA SEDUUT PUN. 



1. Hadi Awang Presiden Pas kata nak bubuh Pas jadi Pengerusi PN.


2. Calonnya adalah Samsuri Mb Terengganu yang tak berberapa cemelang urus Negeri pun.


3. Viral gambar Samsuri mengadap Muhyiddin atas arahan Hadi. 



NI KONONNYA CERDIK DALAM PAS. TERENGGANU SENGKEK NAK MAMPUS. KAKAU BAGI DIA.. ADA PELUANG OAS MELINGKUP. 


4. 2 benda yang dipersoalkan, samada:


i. Samsuri datang minta tunjuk ajar dan redakan tekanan cool war antara Pas vs Bersatu ataupun 


ii. satu lagi nak pujuk Muhyiddin balik jadi Pengerusi PN.


5. Sebab Pas sedar jika letak Samsuri, kajian MASA menunjukkan 30% tak setuju dan 29% ja setuju. Jawabnya kalah la PRU16. Calon tak laku,


6. Berbanding dengan Muhyiddin 46% setuju dan 33% tak setuju. Watak Muhyuddin paling diterima rakyat Malaysia untuk wakil PN berbanding Hamzah minyak masak ataupun Hadi Awang dan Tuan Ibrahim dari PAS sendiri.

SERVEY YANG DIBUAT. 





7. Watak Samsuri itu belum dibandingkan dgn imej Anwar Ibrahim. Jauh langit dan bumi.


8. Jadi PN takda calon “Poster Boy” yang boleh diterima semua kaum berbanding Muhyiddin.


9. Baru kejap tadi baca statement Sanusi, “Perletakan Pengerusi PN oleh Muhyiddin belum sah”, kena letak dalam mesyuarat baru sah. Tak pernah dibuat orang. Nampak jelas Sanusi yang merupakan Pengarah Pilihanraya PN dah nak buat U-Turn.



AWAT TAK AMBIK DIA NI... BINI DUA.. SWMUA DUA.. BUKA MUKUT JA MUHONG BUKA MULUT DIA MUHONG ORANG KEDSK. KIOK LA. 




10. Respon itu berlaku lepas jumpa Samsuri jumpa Muhyiddin dan Muhyiddin pecat Saifuddin Abdullah, Ahli Parlimen BERSATU Indra Mahkota, pro Hamzah.


11. Nak pilih calon Pengerusi PN pun haru biru, Perlis yang majoriti Melayu Islam 15 DUN pun PN tidak boleh bersatu. 


12. Inikan nak pilih Pengerusi PN iaitu bakal calon Perdana Menteri bagi PN. Langsung tak boleh. Nampak sangat PN takda calon berlori lori dan carca merba.


13. Kerajaan Perpaduan pula kekal utuh diumumkan oleh Anwar Ibrahim dgn majoriti besar.


14. Zahid Hamidi kata takkan biar ular patuk 2x signal jelas takkan berlaku tebuk atap 2.0 atau MN2.0


15. Maka PN skrg buntu, retak menanti belah. Silap hb jilat balik ludah lantik Muhyiddin kembali jadi Pengerusi PN.


Kesimpulannya; Jangan undi PN, parti carca merba dan tidak boleh menyatukan Melayu Islam pun.


Syam Ghaz



Ambik ja.Pas dah BUANG dah. Sib tak kena kapiaq.Tiga ADUN Pas Perlis Dipelawa Sertai Barisan Exco







KANGAR – Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pas dipelawa untuk menyertai barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) kerajaan negeri.


Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah berkata, pelawaan itu dibuat menerusi surat yang diutuskan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada semalam setelah mendapatkan pandangan daripada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.


“Walaupun kita faham Pas keluarkan arahan supaya tidak sertai barisan Exco kerajaan negeri tetapi semalam kita keluarkan satu surat kepada Presiden Pas mempelawa juga agar tiga dalam Pas dibawa masuk dalam kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Menteri Besar Perlis Bersama Penjawat Awam Tahun 2026 di Dewan 2020, di sini hari ini.


Kata Abu Bakar, langkah tersebut adalah selaras dengan usaha mengekalkan hubungan antara parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) khususnya di negeri ini.


Tambahnya, bagi peringkat awal ini, pihaknya akan melantik terlebih dahulu empat Exco terdiri daripada ADUN Bersatu di negeri ini.


Sebelum ini, Pas mengumumkan tidak akan menganggotai barisan Exco yang akan dibentuk oleh Abu Bakar sebagai tanda solidariti kepada peletakan jawatan bekas Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli. 


Gambar Hiasan : ABU Bakar (empat dari kanan) bersalaman dengan Mohd. Shukri Ramli (tiga dari kanan) selepas Majlis Amanat Menteri Besar Perlis bersama Penjawat Awam di Dewan 2020, Kangar hari ini.

.

Artikel Penuh Di Ruangan Komen 🔽

.

Sumber : KOSMO! 

.

Teruskan Bersama Perlis Permai  Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.

.

#PerlisPermai

#VisitPerlis

#VisitPerlis2026

#PakatMaiPerlis

#TahunMelawatPerlis



ISLAM TERUS DIMARTABATKAN

 


Kerajaan MADANI terus memperkukuh usaha memartabatkan Islam sebagai asas tadbir urus dan kepimpinan negara berteraskan nilai ihsan, keadilan serta kebijaksanaan, kata Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim.






Beliau berkata pendekatan itu tidak melihat Islam sekadar sebagai identiti, sebaliknya diterjemahkan secara menyeluruh dalam pengurusan negara dan pembuatan dasar sepanjang tahun ini.


Anwar memaklumkan usaha berkenaan diperkasa melalui pertemuan dan wacana bersama ulama tersohor dari dalam dan luar negara yang berlangsung dalam suasana saling menghormati dan penuh kepercayaan.


Menurut beliau, pertemuan itu menjadi medan pertukaran pandangan secara terbuka dan jujur berkaitan cabaran umat Islam serta peranan kepimpinan Islam dalam mendepani realiti dunia yang semakin mencabar.


“Saya menegaskan keperluan agar pimpinan Islam tampil lebih tegas dan berani dalam isu yang melibatkan kepentingan umat, selain terlibat secara aktif dalam mencari penyelesaian yang adil dan bermaruah,” katanya.


Anwar turut menyentuh keperluan memperjuangkan hak kemanusiaan rakyat Palestin, khususnya di Gaza, yang terus berdepan penderitaan akibat konflik berpanjangan.


Perdana Menteri berharap setiap usaha memartabatkan Islam dipandu amanah dan kebijaksanaan, serta membawa manfaat bukan sahaja kepada umat Islam, malah kepada kemanusiaan secara keseluruhan.


Untuk artikel penuh, layari laman web negerikita.org!



Rusia Kerahkan Kapal Selam Kawal Tanker Minyak Venezuela, Konfrontasi dengan AS Memanas!





Pada awal Januari 2026, ketegangan geopolitik di Karibia meningkat tajam setelah Amerika Serikat melalui US Coast Guard berupaya menyita sebuah kapal tanker minyak yang terkait Venezuela. Kapal tersebut sebelumnya dikenal sebagai Bella 1.


Sebagai respons, Rusia dilaporkan mengirimkan kapal selam dan aset laut lainnya untuk mengawal tanker tersebut di dekat perairan Venezuela. Langkah ini memicu konfrontasi langsung antara Washington dan Moskow, memperlihatkan eskalasi baru dalam perebutan pengaruh energi dan keamanan di kawasan.


Fakta Utama

- Tanggal: 6–7 Januari 2026.


- Kapal tanker: Bella 1 (sekarang berganti nama menjadi Marinera), dikaitkan dengan jaringan “dark fleet” Venezuela.


- Lokasi: Dekat perairan Venezuela, awal Januari 2026.


- AS: US Coast Guard berupaya melakukan penyitaan.


- Rusia: Mengirim kapal selam dan aset laut untuk mengawal tanker.


Konvoi militer Rusia untuk mengawal tanker minyak Venezuela setelah upaya penyitaan AS memperlihatkan eskalasi nyata rivalitas Washington–Moskow. Peristiwa ini bukan hanya soal energi, tetapi juga simbol perebutan pengaruh geopolitik di Amerika Latin.


"Konten ini bertujuan memberi wawasan, bukan mendukung pihak manapun."

#submarine #militar #rusia #amerika #fyp





Kemahiran Akmal dan Politik Pembakaran Jambatan: PAS Hanya Setia Pada Kekacauan


 


Seruan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh, supaya UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan bukan sekadar luahan emosi seorang pemimpin muda yang gelisah.

Ia adalah manifestasi kemahiran politik yang berbahaya — kemahiran yang tidak berpijak pada realiti pentadbiran negara, tetapi disuburkan oleh bisikan dan tepukan kelompok yang sejak awal tidak pernah ikhlas kepada kestabilan negara. Dan kelompok itu, tanpa perlu berselindung, adalah Pas.



Sejak penubuhannya, Pas tidak pernah membina politik atas asas kesetiaan kepada rakan, sebaliknya menjadikan perpecahan sebagai modal utama kelangsungan hidup. Pas hidup subur bukan dengan membina negara, tetapi dengan meruntuhkan kepercayaan, menanam curiga dan memecah-belahkan gabungan politik yang wujud.


Sejarah ini bukan persepsi. Ia adalah fakta politik.
Pas memusnahkan Barisan Nasional dari dalam.
Pas mengkhianati Pakatan Rakyat.
Pas mengkhianati UMNO dengan bermain dua kolam; MN dan PN
Pas memperalatkan Perikatan Nasional dan kini menunggu saat untuk mengorbankan BERSATU pula.

Namun episod paling hipokrit dan beracun dalam sejarah politik Pas ialah kepakaran mereka bermain dua kolam serentak — Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional — dengan UMNO sebagai mangsa utama pengkhianatan.



Ketika Muafakat Nasional dijual kepada akar umbi UMNO sebagai penyatuan ummah dan perpaduan Melayu-Islam, Pas pada masa yang sama menjalin rundingan sulit, perjanjian kuasa dan pembahagian kerusi melalui Perikatan Nasional, akhirnya meninggalkan UMNO terkontang-kanting apabila pintu kuasa terbuka tanpa mereka.



Ini bukan salah faham.
Ini bukan perbezaan strategi.
Ini adalah pengkhianatan politik yang disengajakan.

Pas menggunakan UMNO untuk menekan lawan, memecahkan Barisan Nasional dan melemahkan institusi UMNO — kemudian meninggalkan UMNO apabila PAS mendapat laluan kuasa yang lebih menguntungkan bersama PN. Inilah realiti “perpaduan” versi PAS: rakan dipeluk sementara, pisau disorok di belakang.

Soalan yang wajar ditanya hari ini ialah:



Mahukah UMNO terjerumus ke dalam lubang yang sama buat kali kedua?
Hari ini, skrip lama itu diulang dengan wajah baharu. Akmal menjadi sasaran empuk.

Tokoh seperti Shahidan Kassim, Fadhli Shaari, Afnan Hamimi Taib Azamuddin, serta Shahril selaku Setiausaha Politik kepada Presiden Pas, Hadi Awang, memainkan peranan klasik Pas — meniup api dari luar, mengadu domba dari tepi, dan menunggu rakan lawan saling berbunuhan.



Shahidan dengan politik feudal dan dendam peribadi, Fadhli dengan retorik agresif tanpa solusi, Afnan dengan nada konfrontasi generasi muda PAS yang menjual kemarahan sebagai idealisme, manakala jentera Presiden Pas melalui Setiausaha Politiknya bergerak sebagai pusat kawalan naratif, memastikan setiap krisis dimaksimumkan untuk melemahkan kerajaan, bukan menyelesaikan masalah rakyat.

Inilah rangkaian yang berfungsi secara senyap tetapi konsisten — bukan sebagai pembangkang berprinsip, tetapi sebagai arkitek kekacauan politik.



Dalam kerangka inilah DAP terus dijadikan “hantu politik” oleh Pas — bukan kerana realiti, tetapi kerana ia senjata paling mudah untuk meruntuhkan kerajaan. Apa sahaja isu, apa sahaja krisis, apa sahaja ketegangan dalam Kerajaan Perpaduan, akan segera dilekatkan kepada DAP, seolah-olah seluruh kerajaan ini dikawal dan dimonopoli oleh satu parti semata-mata.



Hakikatnya lebih kompleks dan jauh lebih jujur daripada propaganda PAS.

Ya, tidak dinafikan wujud beberapa individu dalam DAP yang mempunyai pandangan agak radikal, keras dan kadangkala tidak menghormati sensitiviti awam, proses undang-undang serta kedudukan kerajaan sebagai payung kepada seluruh rakyat. Dalam mana-mana parti besar, kelompok pinggiran seperti ini memang wujud — dan mereka wajar ditegur, dikritik dan dikawal melalui disiplin parti serta kerangka undang-undang negara.



Namun, menjadikan segelintir suara ini sebagai alasan untuk menghukum keseluruhan DAP, apatah lagi untuk menggugat sebuah kerajaan yang sah, bukan sahaja tidak adil, malah bersifat tidak bertanggungjawab dan manipulatif.

Pas tidak berminat membetulkan DAP.
Pas hanya berminat menggunakan DAP sebagai momokan.



DAP dijadikan hantu kerana Pas memerlukan musuh kekal untuk menutup kegagalan sendiri — kegagalan mentadbir, kegagalan merangka dasar ekonomi, kegagalan menawarkan solusi kepada rakyat selain slogan agama dan ketakutan kaum.



Hakikatnya, Pas tidak pernah berminat melihat UMNO kuat dalam Kerajaan Perpaduan. Pas hanya mahu UMNO berpecah, Pemuda UMNO memberontak, dan kerajaan runtuh — supaya mereka boleh memetik hasil kekacauan yang mereka cipta.

Akmal harus ditanya dengan jujur:
Keluar kerajaan untuk apa?



Kembali kepada politik 2020–2022 yang gagal, rapuh dan tidak bermandat?
Kepada kerajaan pintu belakang yang tidak punya dasar ekonomi selain slogan Melayu-Islam yang kosong?

Antara 2020 hingga 2022, apakah tawaran dasar sebenar Pas dan Perikatan Nasional?
Di mana reformasi institusi?
Di mana pelaburan strategik?
Di mana pelan pemulihan ekonomi yang berdaya tahan?



Yang ada hanyalah pertukaran perdana menteri, perebutan jawatan, dan politik ugutan. Negara lumpuh, pelabur lari, rakyat hilang pekerjaan — dan Pas kekal selesa menyalahkan semua orang kecuali diri sendiri.



Kerajaan Perpaduan hari ini bukan sempurna, tetapi ia adalah satu-satunya eksperimen politik yang cuba memulihkan negara melalui kestabilan, institusi dan tadbir urus. Menarik diri sekarang bukan tanda keberanian, tetapi tanda ketidakmatangan politik.



Lebih parah, kemahiran Akmal ini memberi gambaran bahawa Pemuda UMNO sanggup menjadi alat kepada agenda Pas — parti yang pakar mengkhianati rakan, bermain dua kolam dan meninggalkan sekutu apabila kuasa sudah digenggam.

Jika UMNO mahu kembali dihormati, ia mesti belajar daripada sejarah, bukan mengulanginya. UMNO runtuh dahulu kerana membiarkan emosi, kemarahan dan ego mengatasi rasional dan negara. Jangan biarkan Pemuda UMNO menjadi pemangkin kepada kehancuran kali kedua.



Pas tidak pernah membina negara. Pas hanya tahu memecahkan.
Dan sesiapa yang mengikut rentak Pas, akhirnya akan ditinggalkan — seperti semua rakan Pas sebelum ini.



Soalnya kini bukan sama ada UMNO patut keluar kerajaan.
Soalnya ialah: adakah UMNO mahu mengulangi pengkhianatan yang sama, dengan pelakon yang sama, skrip yang sama, dan pengakhiran yang sama?



Sejarah sudah memberi jawapan.
Kini terpulang kepada UMNO — belajar, atau binasa.










Malaysia-Turkiye Komited Perkukuh Kerjasama Hadapi Cabaran Geopolitik

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi sambutan rasmi oleh Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan sempena lawatan rasmi Perdana Menteri ke Turkiye di Kompleks Presiden di Ankara pada 7 Januari 2025. Foto PMO

ANKARA, 7 Jan – Malaysia dan Turkiye memperkukuh kerjasama dua hala dalam menghadapi cabaran geopolitik dan ekonomi global yang semakin kompleks.

Perkara itu dibincangkan ketika pertemuan empat mata antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan di Kompleks Presiden, di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Erdoğan mempengerusikan bersama Mesyuarat Pertama Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi (HLSCC), Malaysia-Republik Türkiye di Ankara pada 7 Januari 2026. Foto PMO

Pertemuan berkenaan turut menyentuh isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama kedua-dua negara.

Usai pertemuan tersebut, kedua-dua pemimpin bersama-sama mempengerusikan Mesyuarat Pertama Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi (High-Level Strategic Cooperation Council – HLSCC) Malaysia–Turkiye.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Erdoğan mempengerusikan bersama Mesyuarat Pertama Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi (HLSCC), Malaysia-Republik Türkiye di Ankara pada 7 Januari 2026. Foto PMO

Mesyuarat itu berperanan sebagai platform utama untuk menilai status kerjasama dua hala serta menyemak kemajuan inisiatif sedia ada.

Ia turut meneroka potensi kerjasama baharu merangkumi perdagangan dan pelaburan, pertanian dan komoditi, pertahanan dan keselamatan, tenaga, semikonduktor, kesihatan, pelancongan, pendidikan serta pertukaran antara masyarakat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Erdoğan mempengerusikan bersama Mesyuarat Pertama Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi (HLSCC), Malaysia-Republik Türkiye di Ankara pada 7 Januari 2026. Foto PMO

Selain itu, perbincangan juga melibatkan kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.

Kedua-dua pemimpin seterusnya dijadual menyaksikan pertukaran beberapa dokumen utama termasuk Memorandum Persefahaman.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Erdoğan mempengerusikan bersama Mesyuarat Pertama Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi (HLSCC), Malaysia-Republik Türkiye di Ankara pada 7 Januari 2026. Foto PMO

Ia meliputi bidang teknologi maklumat dan komunikasi, pelaburan, pembiayaan eksport, kerjasama antara badan pemikir serta Surat Setuju Terima perolehan sebuah Kapal Misi Pelbagai Guna (MPMS) 2.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar diberi sambutan rasmi oleh kerajaan Turkiye di Kompleks Presiden di sini hari ini.




PM Anwar Terima ‘Order Of The Republic’, Anugerah Tertinggi Kerajaan Turkiye

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerima anugerah Order of the Republic, penghormatan tertinggi Republik Turkiye, yang disampaikan oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan di Kompleks Presiden, Ankara pada 7 Januari 2026. Foto Recep Tayyip Erdoğan

ANKARA, 8 Jan – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerima anugerah ‘Order of the Republic’, iaitu darjah kebesaran tertinggi Kerajaan Turkiye, sebagai pengiktirafan terhadap peranan beliau memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan republik itu.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dalam satu majlis yang berlangsung di Kompleks Presiden di sini bersempena lawatan rasmi tiga hari Anwar ke republik itu, yang bermula kelmarin (6 Januari).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerima anugerah Order of the Republic, penghormatan tertinggi Republik Turkiye, yang disampaikan oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan di Kompleks Presiden, Ankara pada 7 Januari 2026. Foto Bernama

Turut hadir pada majlis penganugerahan itu ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Sementara itu, Anwar dalam kenyataan berkata beliau menerima penganugerahan itu dengan penuh rasa syukur dan rendah diri, bukan atas kapasiti peribadi, sebaliknya bagi pihak seluruh rakyat Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerima anugerah Order of the Republic, penghormatan tertinggi Republik Turkiye, yang disampaikan oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan di Kompleks Presiden, Ankara pada 7 Januari 2026. Foto Bernama

“Penganugerahan ini juga melambangkan keakraban persahabatan yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara, berteraskan kepercayaan, saling menghormati dan aspirasi bersama untuk keamanan serta kemakmuran sejagat,” katanya.

Anwar juga berharap pengiktirafan berkenaan akan terus menjadi pemangkin untuk memperkukuh kerjasama Malaysia dan Türkiye merentasi pelbagai bidang strategik, demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Erdoğan mempengerusikan bersama Mesyuarat Pertama Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi (HLSCC), Malaysia-Republik Türkiye di Ankara pada 7 Januari 2026. Foto PMO

Semalam, Duta Besar Malaysia ke Turkiye, Sazali Mustafa Kamal, berkata anugerah itu adalah pengiktirafan tertinggi republik berkenaan yang diberikan kepada pemimpin luar yang memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan dua hala dengan Turkiye.

Jumlah perdagangan Malaysia dengan Turkiye dari Januari hingga November 2025 mencecah RM21.2 bilion (USD4.92 bilion), dengan republik itu kekal sebagai rakan ekonomi yang penting bagi Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Erdoğan mempengerusikan bersama Mesyuarat Pertama Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi (HLSCC), Malaysia-Republik Türkiye di Ankara pada 7 Januari 2026. Foto PMO

Pada 2024, Turkiye adalah rakan perdagangan ketiga terbesar Malaysia, destinasi eksport terbesar serta sumber import keempat terbesar dalam kalangan negara Asia Barat, dengan jumlah perdagangan bernilai RM24.15 bilion (AS$5.28 bilion).