SATU SEN PUN TAK GUNA JADI PEMBANGKANG..SURUH AKHMAL 65 IQ TU KELUAR DAN JADI PEMBANGKANG

 KUALA LUMPUR – Ahmad Maslan menegaskan bahawa kerajaan sedia ada akan terus kekal stabil walaupun UMNO mengambil keputusan untuk keluar daripada gabungan kerajaan.





Menurut beliau, kedudukan kerajaan tidak bergantung sepenuhnya kepada UMNO kerana ia dibentuk hasil kerjasama beberapa parti, justeru pentadbiran negara masih mampu berjalan seperti biasa.


Beliau berkata, UMNO juga tidak akan memperoleh sebarang manfaat sekiranya memilih untuk menjadi pembangkang.


“Tiada faedah menjadi pembangkang, walau satu sen pun tiada faedah,” katanya.




ATM Diarah Siasat Segera Dakwaan Pelakuan Tidak Bermoral Dalam Kem

 



Imej tangkap layar didakwa berlaku kegiatan tidak bermoral dalam kem tentera yang tular di media sosial pada 4 Januari 2026.

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Siasatan dalaman segera diarah disegerakan susulan dakwaan kemasukan individu tidak berkaitan serta aktiviti tidak bermoral di dalam kem tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tular di media sosial semalam.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya memandang serius dakwaan terbabit.

“Sehubungan itu, ATM telah diarahkan untuk menjalankan siasatan dalaman segera bagi menentukan kesahihan dakwaan berkenaan secara menyeluruh.

Imej tangkap layar kegiatan tidak bermoral dalam kem tentera yang tular di media sosial pada 4 Januari 2026.

“MINDEF menegaskan bahawa dakwaan tersebut tidak mencerminkan budaya, nilai dan amalan sebenar ATM yang berteraskan disiplin, profesionalisme serta pematuhan ketat terhadap prosedur keselamatan.

“Jika didapati benar, tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak selaras dengan peraturan, tatacara serta undang-undang semasa,” kata kenyataan itu, hari ini.

Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau kesimpulan awal yang boleh mengelirukan masyarakat serta menjejaskan reputasi MINDEF dan ATM.

Kenyataan media Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) pada 5 Januari 2026. Foto Kementerian Pertahanan Malaysia

“MINDEF dan ATM sentiasa komited dalam memastikan disiplin, integriti dan profesionalisme warga pertahanan berada pada tahap tertinggi serta tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang perlakuan yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti institusi pertahanan negara,” katanya.



Kerajaan Bentang Had Jawatan Perdana Menteri 2 Penggal – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Himpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta Perutusan Tahun Baharu 2026 di Putrajaya pada 5 Januari 2026.

PUTRAJAYA, 5 Jan – Kerajaan akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, RUU itu antara langkah reformasi institusi yang dilaksanakan kerajaan sebagai antara hala tuju pada sesi Parlimen tahun ini.

“Semua orang ada had tempohnya, KSN (Ketua Setiausaha Negara) tak boleh sampai puluh tahun, juga terpakai untuk semua kerana kalau diberikan tempoh, dan dalam tempoh itu mampu melaksanakan, selepas itu elok kita serahkan kepada generasi berikutnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Himpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta Perutusan Tahun Baharu 2026 di Putrajaya pada 5 Januari 2026.

“Ini juga terpakai kepada Jabatan Perdana Menteri, maka kita akan membentangkan RUU mengehadkan tempoh bagi jawatan Perdana Menteri tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat Tahun 2026 pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.



APA PUN TINDAKAN AKHMAL, KITA NAK LIHAT SEJAUH MANA UMNO BOLEH JADI KUAT BILA DENGAN PAS. BANYAK KALI DAH AKU KATA..MANA MANA PARTI YANG BERSAMA PAS..AKAN MELINGUP. PERCAYA LAH KATA AKU.



Ada tangan ghaib di belakang tindakan Akmal, penganalisis


 

Tindakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Mohamad Akmal Saleh yang menganjurkan konvensyen serta mendesak pembentukan semula Muafakat Nasional (MN) disifatkan tidak mempunyai hala tuju jelas dan berkemungkinan digerakkan oleh agenda tersembunyi.

Penganalisis politik, Mohd Sayuti Omar berkata, Akmal dipercayai sedar bahawa konvensyen yang dianjurkan itu tidak akan menghasilkan sebarang penyelesaian konkrit.

“Saya kira Akmal Salleh tahu konvensyen yang dianjurnya tidak ke mana. Solusi yang dicapai juga tidak ke mana,” katanya dalam satu kenyataan.



Beliau menyifatkan usaha untuk menghidupkan semula MN 2.0 sebagai tindakan sia-sia dan tidak realistik, memandangkan realiti politik semasa yang sudah banyak berubah.


“Dia tahu untuk memwujudkan MN 2.0 sebagai usaha mengheret kuda ke laut dan paksanya minum. Kerja bodoh dan sia sia,” ujarnya.

Sehubungan itu, Mohd Sayuti berpendapat desakan berterusan Akmal bukan bertujuan sebenar untuk membina gabungan politik yang berdaya maju.


Sebaliknya, kata beliau, mempunyai agenda lain, khususnya untuk memberi tekanan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


“Dia seperti mahu menekan presiden UMNO. Sambil mencari populariti, dia ganggu psikologi Zahid,” katanya.

Malah, Mohd Sayuti turut membangkitkan kemungkinan wujud campur tangan pihak tertentu yang menggerakkan tindakan Akmal dari belakang tabir.


“Dalam hal ini saya fikir ada tangan tokoh ghaib yang merangsangnya. Siapa?” katanya, tanpa menyebut identiti pihak berkenaan.




Anwar umum 3 reformasi, laksana manifesto PH


 


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan membentangkan rang undang-undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh.

Beliau menegaskan bahawa RUU itu ialah satu daripada langkah reformasi institusi dilaksanakan kerajaan sebagai antara hala tuju pada sesi Parlimen tahun ini.


“Semua orang ada had tempohnya… KSN (Ketua Setiausaha Negara) tidak boleh sampai puluh tahun, juga terpakai untuk semua kerana kalau diberikan tempoh dan dalam tempoh itu mampu melaksanakan, selepas itu elok kita serahkan kepada generasi berikutnya.


“Ini juga terpakai kepada Jabatan Perdana Menteri, maka kita akan membentangkan RUU mengehadkan tempoh bagi jawatan Perdana Menteri tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh,” kata Anwar.


Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Tahun 2026 pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.


Anwar turut mengumumkan pemisahan kuasa pendakwa raya dan peguam negara sebagai undang-undang pertama yang akan dibentangkan pada sesi Parlimen ini.


Selain itu, Ahli Parlimen Tambun berkenaan memaklumkan bahawa RUU Kebebasan Maklumat juga bakal dibentang dan diluluskan pada tahun ini.


Untuk rekod, dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 2022, terdapat janji untuk mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri serta Menteri Besar dan Ketua Menteri kepada maksimum 10 tahun.

Komitmen tersebut adalah sebahagian daripada reformasi institusi yang dicadangkan oleh PH untuk mengelakkan pemusatan kuasa dan menjamin ketelusan dalam pentadbiran kerajaan.





TUUU DIAAA... JANGAN JADI MACAM 33 BULAN DULU... TELOQ AYAM PUN PAYAH



 KERJASAMA UMNO & PAS MAMPU CETUS TSUNAMI MELAYU


4 January 2026


Seperti mana saya pernah mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dr Akmal Salleh sebelum ini, kali ini sekali lagi saya ingin memberikan penghargaan yang sama kepadanya.


Jika sebelum ini saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ketua Pemuda UMNO itu atas inisiatif menganjurkan konvensyen khas bagi membincangkan hala tuju UMNO, tetapi kali ini atas usul yang dicadangkan melalui konvensyen itu.


Konvensyen khas anjuran Pemuda UMNO semalam  mengusulkan agar UMNO keluar daripada kerajaan, menukar status dirinya menjadi pembangkang dan segera menjalin kerjasama dengan PAS sebagai sekutu yang baru.


Dr Akmal berkata, sudah sampai masanya  kedua-dua parti Melayu/Islam terbesar itu bersatu di bawah satu bumbung demi kelangsungan survival bangsa.


“Penyatuan harus dimulakan oleh dua parti terbesar orang Melayu itu. 


“Melalui penyatuan UMNO dan PAS, orang Melayu akan kembali kuat kerana kita orang Melayu adalah majoriti di negara ini,” ujar beliau.


Sesungguhnya, melihat kepada pelbagai masalah dan perpecahan dalam negara sejak tahun-tahun kebelakangan ini, gesaan membawa UMNO keluar daripada kerajaan dan selepas itu bekerjasama dengan PAS adalah solusi paling tepat sekali.


Dua parti Melayu terbesar itu, jika bersatu, mampu mewujudkan perpaduan rakyat yang tidak mampu dicetuskan oleh lain-lain parti jika mereka bekerjasama.


Di sinilah uniknya UMNO dan PAS jika mereka sedia bekerjasama.


Bermula dengan dua parti itu bekerjasama, perpaduan yang terjelma akhirnya akan menjadi benar-benar mantap dan kukuh serta diyakini mampu mencemerlangkan masa depan negara.


Buat sementara, setelah keluar kerajaan nanti, biarlah UMNO menjadi pembangkang terlebih dahulu sebelum gandingan dengan PAS itu harus disusun dan digerakkan dengan teratur untuk menggerakkan suatu kebangkitan yang benar-benar padu.


Kebangkitan itu nanti tentunya mampu mencetuskan tsunami Melayu menjelang PRU16 akan datang.


Tsunami itulah nanti yang akan membawa perubahan dan melahirkan perpaduan rakyat yang sebenar.


Setelah wujud kerjasama UMNO dan PAS itu,  lain-lain parti Melayu juga seharusnya turut serta bagi membina kekuatan yang lebih menyeluruh.


Memandangkan orang Melayu adalah penduduk majoriti, kiranya mereka menerajui banyak kuasa di negara ini, ia dengan mudah dapat diterima oleh kaum-kaum lain juga.


Bahkan kaum bukan Melayu pun sebenarnya lebih selesa hidup di negara ini jika orang Melayu bersatu dan memiliki kekuasaan yang sebenar sebagaimana pernah wujud sebelum ini.


Oleh itu, kepada pemimpin-pemimpin UMNO, gesaan  keluar kerajaan yang merupakan suara akar umbi Pemuda UMNO melalui konvensyen semlam itu hendaklah disambut dan jangan sesekali ditolak.


Sebaik-baiknya Perhimpunan Agung UMNO pada 14-17 Januari depan menjadi medan untuk suatu ketetapan berkaitan perkara itu dapat dimuktamadkan.


Kalau gesaan itu ditolak, percayalah bahawa UMNO akan lebih ditolak pada PRU akan datang.


Begitu juga kepada pimpinan PAS, mereka hendaklah juga sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan UMNO demi kepentingan bangsa dan negara.


Kepada seluruh orang-orang Melayu pula, terimalah bahawa kerjasama UMNO dan PAS adalah hadiah paling berharga untuk anak cucu dan generasi masa depan kita.


Tiada cara lain untuk mewujudkan kestabilan dalam negara ini melainkan dengan orang-orang Melayu disatukan, benar-benar berkuasa dan menjadi penentu ke arah mana negara ini hendak dibawa.


Ya, tsunami Melayu wajar dijadikan suatu kebangkitan pada PRU16 akan datang. – ShahbudinHusin 04Disember2026.


https://shahbudindotcom.net/2026/01/kerjasama-umno-pas-mampu-cetus-tsunami-melayu/




KEH KEH KEH.... PATUT MELINGKUP DI KUANTAN.


Norshidah Md Daud


 Aku ni diam2 malas nak up post pape


Ghupe2nye Fuziah Salleh & Keadilan Pahang dah block aku


Tp xpela anak Pujiah Chain tu ada je lg pren ngan aku jadi spy 😆


Jgn ghisau aku xkan block anak dia


Aku berazam tahun baru ni aku akan attack kebodohan PKR dgn lebih gigih lg 😎


Sama level je PKR & PAS ni


Dua2 ekor yg bertanding Parlimen aritu block aku


Tapi lagi babun PKR la sebab aku undi dia pun dia block

PAS tu p mamposla aku x undi walau jiran 🤭




Zambry jawab gesaan Akmal Saleh tarik diri dari Kerajaan Perpaduan


 


Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari menjawab gesaan dibangkitkan pemuda UMNO supaya parti itu menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan.

Zambry ketika ditemui media berkata, gesaan itu hanyalah cadangan pemuda sahaja.



Kata beliau, apa jua keputusan perlu terlebih dahulu dibawa kepada pertimbangan Majlis Kerja Tertinggi UMNO.


“Itu pandangan Pemuda sahajalah. Sepertimana yang disebut oleh Ketua Pemuda semalam pun, apa pun sebarang pandangan itu akan diserahkan kepada Majlis Tertinggi,” katanya hari ini.


Semalam, Akmal Saleh menggesa agar satu ketetapan dibuat dalam konvensyen sayap parti supaya UMNO menarik diri daripada kerajaan Perpaduan.


Katanya, keputusan tersebut perlu dibuat secara kolektif dan berprinsip demi menjaga maruah dan hala tuju parti, khususnya dalam memperjuangkan kepentingan orang Melayu serta Islam.





Penculikan Presiden Venezuela tindakan tidak bertamadun oleh AS


 


AMANAH mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan oleh tentera Amerika Syarikat di Caracas, Venezuela yang membawa kepada penculikan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro ke wilayah Amerika Syarikat. 

Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, tindakan ini merupakan pencabulan terhadap kedaulatan sesebuah negara malah bertentangan dengan Piagam PBB. 

“Pencerobohan ke atas Venezuela ini juga menyerlahkan sikap Amerika Syarikat yang mengamalkan pemerintahan “Barbarian” dan tidak bertamadun. 



“AMANAH yakin rejim Amerika Syarikat ini akan runtuh dengan kebangkitan rakyat yang menolak kezaliman dan penindasan ekoran tindakan “Barbaric” ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Oleh yang demikian, AMANAH menyeru kepada masyarakat dunia untuk mengutuk pencabulan kedaulatan ini bagi memastikan Amerika Syarikat dan sekutunya tidak lagi sewenang-wenangnya mencabuli kedaulatan negara lain. 

AMANAH juga bersolidariti bersama-sama rakyat Venezuela dalam menentang sebarang bentuk imperialisme oleh Amerika Syarikat terhadap negara tersebut.




Apakah benar Umno kehilangan sokongan melayu hanya selepas bersama PH dan DAP







Mengambil kiraan 4 negeri iaitu Pahang Perak Selangor Perlis, jumlah kerusi Dun BN PRU12-15;


PRU12 = 98 kerusi

PRU13 = 86 kerusi 

PRU14 = 66 kerusi

PRU15 = 28 kerusi (Selangor ikut data saluran Dun)


Dari 98 kerusi pada PRU12, tinggal hanya 28 kerusi. Ketika ini Umno belum bercampur PH atau DAP lagi.


Maka sekali lagi dipersoalkan, apakah Umno lemah kerana bergabung dengan PH dan DAP? Malah jangan dilupa bagaimana Umno cemerlang dalam PRK hingga berjaya menawan kembali kerusi yang kalah sebelum ini.


Sabah jangan kira la, apa bodoh sangat kau ni tak faham sentimen PRN Sabah?


ENR