๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—บ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐˜ ๐—จ๐— ๐—ก๐—ข ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜‚ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐˜๐˜‚. ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐—บ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐˜ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฎ๐—ต๐—น๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ผ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ป๐˜†๐—ฎ


Mohd Asri Mohd Jamil





๐Ÿญ. ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ฝ๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ต ๐—ท๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ.

Bila bekerjasama dengan parti lain, banyak masalah ikut sekali. Jadi PAS buat keputusan lebih mudah. Tidak perlu terlalu rapat dengan parti lain. Lebih baik fokus kepada orang yang menyokong parti itu.


๐Ÿฎ. ๐—จ๐— ๐—ก๐—ข ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป, ๐˜๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฝ๐—ถ ๐—ถ๐—บ๐—ฒ๐—ท๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐˜€๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ธ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฐ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ฟ.

Jika PAS kembali bergabung dengan UMNO, orang akan ingat semula semua isu lama. Sebab itu PAS biarkan UMNO dengan masalahnya sendiri. Pada masa yang sama, PAS perlahan-lahan cuba pujuk ahli UMNO supaya berpindah menyokong PAS.


๐Ÿฏ. ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐—ฝ๐˜‚๐—น๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—บ ๐—ฏ๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—น-๐—ฏ๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—น ๐˜€๐˜๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐—น.

Nampak seperti sehaluan, tetapi dalam parti masih ada pergolakan. PAS tidak mahu bergantung pada sesuatu yang belum kukuh. Sebab itu fokus mereka bukan pada parti Bersatu. Fokusnya ialah pada penyokong Bersatu.


๐Ÿฐ. ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ธ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐˜‚ ๐—ฑ๐—ถ ๐—น๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป, ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐˜€ ๐—ฝ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ธ.

PAS bergerak melalui masjid, NGO dan program komuniti. Mereka bina hubungan dengan orang kampung, orang bandar dan anak muda. Apabila orang sudah rasa selesa, mereka mula menyokong PAS tanpa perlu dipaksa.


๐Ÿฑ. ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต, ๐˜๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฝ๐—ถ ๐˜๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฝ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐—ธ๐—ฒ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ธ.

Jika buat kerjasama rasmi, PAS mungkin akan terpalit dengan isu rakan politik. Dengan cara sekarang, PAS masih nampak bersih. Pada masa yang sama, mereka berjaya menambah penyokong daripada parti lain.


๐Ÿฒ. ๐——๐—ถ ๐˜€๐—ถ๐—ป๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐— ๐˜‚๐—ฎ๐—ณ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ก๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚๐˜ ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ถ๐—ฎ๐—ป.

Pada luarannya, Muafakat Nasional seperti gagasan perpaduan. Tetapi secara senyap, ia memberi ruang lebih luas kepada PAS. Melaluinya, PAS dapat masuk ke kawasan UMNO dan lebih mudah membina pengaruh.


๐Ÿณ. ๐—›๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ป๐˜†๐—ฎ, ๐— ๐˜‚๐—ฎ๐—ณ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ก๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ท๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ป๐—ด.

PAS tidak perlu berebut ruang. Ruang itu sudah tersedia.

PAS tidak perlu meruntuhkan benteng. Benteng itu terbuka sendiri.

Akhirnya, semakin ramai ahli UMNO mendekati PAS. UMNO pula tidak bertambah kuat. Yang semakin kuat ialah PAS.


๐Ÿด. ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—บ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐—ต.

Muafakat Nasional kelihatan baik dan penuh semangat perpaduan. Tetapi apabila dilihat dari segi strategi, parti yang paling banyak mendapat faedah ialah PAS. Parti lain rasa mereka bekerjasama. PAS pula sebenarnya sedang membina kekuatan untuk masa depan..




ELOK.. PAS TAKUT TAK DAK SAPA NAK JADI PM... DIA SELALU TUMPANG ORANG

 


1. Tidak ada pakatan PH - Dap, yang ada ialah PH yang ditubohkan lebih awal dari PN atau MN. 





3. Sekarang PH bersama BN, GPS dan GRS telah membentuk kerajaan. PN adalah pembangkang.


4. MN telah lama berkubor wpun batu nesannya entah di mana.


5. Jika berlaku pakatan Pas + Umno @ Kerjasama PN + Umno, Umno kena keluar dari Kerajaan Madani, PH bersama GRS dan GPS masih menguasai majoriti.




SEBELUM NAK AMBIL ALIH KERAJAAN.. LANTIK HADI AWANG DULU JADI KETUA PEMBANGKANG.. RAJIN DATANG DEBAT DSNGAN ANWAR DI PARLIMEN



 PAS NAK AMBIL ALIH KERAJAAN, BUKAN NAK SERTAI KERAJAAN


3 January 2026


Seorang pemimpin Pemuda PKR di sebuah negeri semalam  menyarankan agar PAS meninggalkan PN dan menyertai kerajaan perpaduan.


Pemimpin pemuda berkenaan melihat krisis yang berlaku dalam gabungan itu sekarang lebih menunjukkan Bersatu hanya mementingkan agenda kuasa semata-mata berbanding menjaga semangat setiakawan.


Dengan itu, bagi beliau, lebih baik jika PAS meninggalkan PN dan menyertai kerajaan perpaduan.


Saranan pemimpin Pemuda PKR itu secara tidak langsung menunjukkan kerajaan perpaduan sekarang sedang berada dalam keadaan tidak cukup kukuh kedudukannya.


Jika kerajaan perpaduan sudah cukup kukuh dan stabil dengan majoriti sedia yang dimilikinya, mereka tidak perlu melihat kepada parti lain untuk diajak bersama.


Apakah idea mempelawa PAS itu menunjukkan UMNO mungkin akan keluar daripada kerajaan perpaduan tidak lama lagi?


Selain itu, saranan tersebut turut membuktikan PAS adalah parti yang stabil dan kukuh yang ingin disandarkan harapan bagi mengekalkan kekuasaan kerajaan perpaduan.


Kiranya PAS bukan parti yang kukuh, tentulah mustahil saranan itu dimunculkan.


Kepada pemimpin Pemuda PKR berkenaan dan kepada sesiapa jua yang pernah terdetik hati untuk mengajak PAS menyertai kerajaan perpaduan, eloklah lupakan saja perkara itu.


Berdasarkan kedudukan, kekuatan dan harapan rakyat, PAS sebenarnya bukan mahu menyertai kerajaan, tapi dalam proses mengambil alih kerajaan.


Parti ini kini berada di laluan cerah bersama PN untuk menguasai lebih banyak kerusi Parlimen pada PRU akan datang.


Lagi pun, Bersatu melalui Muhyiddin Yassin telah memberi jaminan parti itu akan kekal dan setia bersama PN, meskipun setelah beliau tidak lagi mengetuai gabungan tersebut.


Paling penting,  dalam keadaan sokongan rakyat terhadap kerajaan makin menurun dan kepimpinan semasa kerajaan banyak dipertikaikan dalam pelbagai aspek, adalah suatu tindakan yang tidak munasabah untuk PAS berpaling ke arah keruntuhan.


PAS hanya perlu bersabar sedikit saja lagi menunggu detik PRU16 diadakan bagi merealiasikan perubahan dan dapat melihat detik kemenangan.


Tambahan lagi, dengan dalam kerajaan terdapat DAP yang bertentangan dengan jiwa perjuangan PAS mahu membina kerajaan Melayu/Islam selepas ini, terlebih mustahil untuk PAS sanggup mengorbankan prinsip perjuangannya.


Tiada apa-apa krisis besar berlaku dalam PN dan pergolakan yang berlaku dalam beberapa hari kebelakangan ini tidak ubah sekadar air berkocak dalam cawan semata-mata.


Harapan dan keyakinan rakyat untuk melihat wujudnya sebuah kerajaan Melayu/Islam terbentuk selepas PRU akan datang sama sekali tidak pernah berubah.


Sementara PN sudah sedia berada di landasan yang betul, adalah merugikan dan sepatutnya UMNO tidak perlu membuang banyak masa lagi untuk menyedari realiti. – ShahbudinHusin 03Januari2026.


https://shahbudindotcom.net/2026/01/pas-nak-ambil-alih-kerajaan-bukan-nak-sertai-kerajaan/



ADA SAPA SAPA YANG NAK BERHENTI JADI AHLI OKR.. BORANG DA DIBAWAH


Iswardy Morni 


Alhamdulillah. Tiba masa kita bagi laluan kepada orang baru untuk mengambil alih parti dan menaikkan kembali bila parti tumbang tak lama lagi.


Kami dah laksanakan tanggungjawab kami. Kamu pulak sambung kerja tu. Duit banyak tu... Kerja dah senang. Zaman kami dulu, kami keluar duit. ๐Ÿคญ


Cc: ibupejabat@keadilanrakyat.org





Polis Terima Laporan Hantaran Fitnah Babitkan Institusi Diraja Perlis






ARAU – Polis menerima laporan berhubung satu hantaran di Facebook yang didakwa mengandungi kenyataan berunsur fitnah melibatkan seorang individu yang dipercayai daripada Institusi Diraja Negeri Perlis. 


Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, laporan itu dibuat oleh seorang kontraktor berusia 39 tahun pada semalam. 


Katanya, pengadu mendakwa tidak pernah melihat hantaran tersebut sebelum ini sehingga dia membacanya sendiri semasa berada di sebuah restoran di sini kira-kira pukul 8.30 malam, Rabu lalu. 


“Hantaran itu menuduh seseorang menjadi dalang menjatuhkan bekas Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli kerana tidak bersetuju dengan nilai dalam perolehan projek sistem perpaipan negeri,” katanya di sini hari ini. 


Menurutnya, pengadu percaya hantaran berkenaan ditujukan kepada seseorang dipercayai daripada Institusi Diraja Negeri Perlis. 


“Pengadu memohon polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pemilik akaun Facebook itu kerana cuba memalukan, menjatuhkan dan mengaibkan institusi berkenaan,” ujarnya. 


Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. 


Artikel Penuh Di Ruangan Komen ๐Ÿ”ฝ

.

Sumber : KOSMO!

.

Teruskan Bersama Perlis Permai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.

.

#PerlisPermai

#VisitPerlis

#VisitPerlis2026

#PakatMaiPerlis

#TahunMelawatPerlis





BAGI BOK PO ..JENIS WALAUN MAKAN TAIK BUKAN TAU TERIMA KASIH.

 

PMX Bertindak Pantas Gantikan Titi Gantung Kuala Krai






Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan peruntukan disediakan bagi menggantikan jambatan di Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan susulan insiden sebuah titi gantung runtuh, semalam.


Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, kerja-kerja penggantian jambatan berkenaan perlu dilaksanakan segera demi keselamatan dan kemudahan rakyat.


"Perdana Menteri memandang serius insiden runtuhan sebuah titi gantung di Lata Rek, Kuala Krai semalam yang mengakibatkan kecederaan kepada beberapa orang awam serta menjejaskan akses harian penduduk sekitar Kampung Pasir Jering, Dusun Ban, Dusun Bunut dan Kampung Batu Pagar.


"Perdana Menteri menzahirkan simpati dan keprihatinan mendalam kepada lebih 50 mangsa yang terlibat dalam kejadian itu, khususnya pasangan pengantin dan keluarga yang diuji dengan musibah," menurut kenyataan itu.


Kerja-kerja penggantian jambatan itu akan dilaksanakan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan bagi memastikan tindakan pantas, berkesan serta menjamin keselamatan dan akses penduduk setempat.


Terdahulu media melaporkan, lebih 50 tetamu termasuk rombongan pengantin lelaki berdepan detik cemas apabila sebuah titi gantung di Sungai Chatel Damai, Lata Rek runtuh, menyebabkan mereka terjatuh ke dalam sungai.


Kejadian sekitar pukul 2.00 petang itu dipercayai berlaku ketika rombongan pengantin lelaki dalam perjalanan pulang dan bertembung dengan tetamu yang baru selesai menghadiri kenduri di atas titi tersebut.



LETAK JAWATAN MENTERI SEBAB AKAR UMBI, SISTEM PKR 'MEMANGSAKAN ORANG BAWAH






 LETAK JAWATAN MENTERI SEBAB AKAR UMBI, SISTEM PKR 'MEMANGSAKAN ORANG BAWAH







SHAH ALAM, 2 Jan - Dato’ Seri Rafizi Ramli menjelaskan keputusannya meninggalkan jawatan Menteri Ekonomi adalah berpunca daripada kekecewaan terhadap budaya kepimpinan parti.


“Saya letak jawatan sebab akar umbi. Kalau saya kekal Timbalan Presiden tanpa bertanding, kekal menteri, sedangkan soalan yang saya tanya tak pernah dijawab.


“Saya dah cuba lawan dari dalam. Tanya, tekan, sampai kena marah pun jawapan tetap tak ada,” katanya. 


Dalam audio siar Yang Bakar Menteri, bekas timbalan presiden PKR itu berkata beliau tidak sanggup terus berada dalam sistem yang gagal memberi jawapan kepada persoalan dalaman walaupun telah dibangkitkan berulang kali.


Rafizi turut berkata usaha untuk memperjuangkan perubahan dari dalam parti tidak berhasil, sekali gus mendorong beliau memilih untuk berundur.


Beliau turut mengaitkan kekalahannya dalam pemilihan parti sebagai isyarat bahawa beliau tidak lagi mempunyai sokongan mencukupi untuk meneruskan agenda reformasi dalam kerajaan.


“Saya ingat pelan awalnya begini, saya kekal jadi timbalan presiden tanpa dicabar dan kekal menteri tapi tidak boleh bersuara. Penguasaan sepenuhnya dan susun struktur supaya akar umbi tak boleh bersuara,” katanya. 


Credit : #BeritaKS


Rafizi Ramli #HIRUK #malaysia #media #followerseveryonehighlights #fypreelsใ‚ท゚viralใ‚ท #fyppage #sarawak #sabah