DARI MUDA SAMPAI TUA..MANA ADA NIAT BAIK..TAMBAH ANWAR JADI LAGI KERAJAAN.

 





Ayahanda Tun M memang berniat JAHAT, hadhir hari kemerdekaan , 1 perancangan LICIK , untuk memburukkan pemerintah hari ini , sebegitu rupa TACTICAL STRATEGY pada usia 101 tahun. 


Baca kenyataan MCMC 

PETIKAN 


"Pejabat Perdana Menteri memaklumkan bahawa Tun Dr Mahathir berada di luar negara dari 28 hingga 31 Ogos 2026, berdasarkan permohonan Kemudahan Berehat ke Luar Negara yang telah diterima dan diluluskan"


~KSU MCMC~


⬆️ 28-31Ogos Ayahanda mohon ke luar negara , diluluskan JPM 

⬆️ 28-31Ogos Ayahanda Tun M sepatutnya berada diluar negara

⬆️ Tapi , 31Ogos Ayahanda Tun M berada di Putrajaya bersama² raikan hari kemerdekaan.


Fitnah yang dibawa oleh Ayahanda Tun M sebegitu rupa kerana dendam terhadap Anwar Ibrahim.






TAK DAK ORANG NAK CEKUP MAT GIAN NI.

 

Johhny Leong Ngai Siong












Amat kecewa n memalukan. Tidak ada sesiapa or langsung tak Nampak langsung seseorang pegawai dbkl or polis disini sejak pagi, sehingga ambil tindakan dgn terus tahan dia SEGERA dari pagi semalam sehingga hari ini.

Loitering around, shout, ugut Dan buat kecoh. Menakutkan semua public dgn gila menjerit Dan Guna bebdera πŸ‡²πŸ‡Ύ keatas seperti sarung Dan menjatuhkan nama Malaysia di depan bukit bintang yg penuh pelancong Dan amat memalukan.


Tak Nampak seorang pegawai yg bertugas Dan meronda di hati yg orbiting, hari kebangsaan merdeka 69th hari iniπŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“ΈπŸ“ΈπŸ“ΈπŸ“Έ πŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘Ž




ALAH...DIA SINGGAH SEKEJAP...TAPI DERIA LALAT NAK CARI YANG BUSUK...ORANG TUA TUA SUKA JA NAK LIHAT SAMBUTAN.DIA KAN LAMA..22 TAHUN..TENTULAH TERINGIN...



Che Ibrahim 


Ambo yakin apa yang berlaku adalah pilihan Tun sendiri. 







Jika Tun hadir sebagai VIP dan duduk di Pentas Rasmi, dia terikat dengan banyak protokol, takkan nak bawa naik kerusi roda atas pentas?? 

Pahtu bila Lagu Negara Ku berkumandang, atau YDPA tiba dipentas, takkan Tun nak duduk?? 


Tun sekadar singgah 10 - 15 minit bagi melepas rindu, Tun pun tahu dia sudah tidak mampu menjadi tetamu VIP untuk duduk di pentas utama 2-3 jam, zamannya telah berlalu.


Tapi biasalah... Deria lalat tentu hanya mencari benda busuk, mereka tidak suka kepada benda bersih.





𝗦𝗔𝗛𝗔𝗕𝗔𝗧 π—‘π—”π—•π—œ π——π—œπ—›π—œπ—‘π—” π— π—˜π—₯π—˜π—žπ—” π—π—”π——π—œ π—§π—œπ—žπ—¨π—¦, π—œπ—¦π—¨ π—¨π—˜π—– π—§π—˜π—₯𝗨𝗦 𝗔𝗖𝗔𝗛 π—›π—˜π—₯𝗒

 


Ahmad Mursi


1. Tidak sampai seminggu isu Nik Zawawi Salleh menghina Sahabat Rasulullah SAW timbul.
2. Ramai yang selama ini lantang, tiba-tiba senyap macam tikus.
3. Ada pula yang lebih sibuk mempertahankan pemimpin PAS itu daripada mempertahankan maruah Sahabat Nabi yang dihina.
4. Tapi bila timbul isu UEC, golongan sama terus muncul bertepik terlolong seolah-olah merekalah paling besar perjuangannya.
5. Beberapa hari diam dalam group WhatsApp, tiba-tiba paling aktif forward propaganda UEC.
6. Mereka cuba alihkan fokus masyarakat daripada isu hina Sahabat Nabi kepada UEC.
7. Seolah-olah bagi mereka, isu UEC lebih besar daripada isu seorang pemimpin PAS menghina Sahabat Rasulullah SAW.
8. Kata-kata “Diam saat agamamu dihina, gantilah bajumu dengan kain kapan” tiba-tiba macam tak terpakai kepada mereka.
9. Inilah hipokrasi sebahagian golongan yang suka menunggang isu agama dan kaum — bukan sebab benar-benar cintakan agama, tetapi sebab mahu menyerang musuh politik.
10. Waktu serang musuh politik, bukan main garang. Kenyataan media dan video penuh ugutan, sampai keluar ayat “lu sapa?”.
11. Bila isu Nik Zawawi timbul, nada terus berubah. Tiba-tiba semua bercakap lembut, penuh nasihat dan saranan.
12. Selama ini, suka tuduh orang lain hina agama dan hina ulama. Tetapi bila Ahli Majlis Syura Ulama PAS sendiri terpalit isu menghina Sahabat Rasulullah SAW, cukup sekadar mohon maaf dah dianggap selesai.
13. Nampak tak bezanya?




π—¦π—”π—‘π—¨π—¦π—œ π—›π—œπ—‘π—” “π—¨π—Ÿπ—”π— π—” π—§π—˜π—₯π—§π—œπ—‘π—šπ—šπ—œ” 𝗣𝗔𝗦 π—¦π—˜π—§π—˜π—Ÿπ—”π—› 𝗣𝗔𝗦 π— π—˜π—Ÿπ—”π—‘π—§π—œπ—ž "π—¨π—Ÿπ—”π— π—”" π—¦π—˜π—–π—”π—₯𝗔 π—£π—¨π—žπ—”π—Ÿ

 







1. Sanusi hina Mursyidul Am "nak tunjuk pandai" secara terbuka dalam program tarbiah PAS, disambut dengan gelak serta takbir.
2. Mursyidul Am ni kira simbol 'Ulama Ranking Tertinggi' dalam PAS.
3. Bila ulama PAS dihina oleh pemimpin sendiri, walaun puji dan takbir. Bila rakyat kritik pemimpin PAS, ia dilabel “hina ulama” dan “hina Islam”. Ini hipokrit.
4. Inilah kesan bila PAS memakaikan gelaran “Ulama” dan “Tuan Guru” secara 'pukal' dan 'murah' dalam PAS.
5. ‘Mass production’ ini akibatkan inflasi nilai kepada institusi Ulama dan ini jenayah terhadap tradisi kesarjanaan Islam keseluruhannya.
6. Dalam sejarah Islam, ulama lahir secara minoriti, perlahan dan selektif di medan ilmu — bukan di pentas politik.
7. Inflasi itu telah mematikan makna kesarjanaan dan umat susah nak bezakan antara sarjana dan propagandis politik.
8. Ulama sepatutnya dikenali melalui karya, kitab² agung yang hidup berabad lamanya, tersebar ke seluruh dunia walaupun setelah kewafatan penulisnya.
9. "Ulama PAS" apa karya yang ada? kitab mereka jadi rujukan ilmuan seluruh dunia ke? atau hanya walaun yang baca? Soalan² ini sahaja mendedahkan kepalsuan status Ulama PAS.
10. PAS perkenalkan ‘ulama’ melalui ceramah politik dengan budaya label, takfir, nista, marah-marah dan wajah menghukum — bukan melalui wacana keilmuan, keterbukaan dan rahmah.
11. Akibatnya, status ulama telah direndahkan taraf—daripada autoriti moral kepada alat legitimasi politik, tukang ‘cop halal’ keputusan parti dan tukang cium tangan Sanusi.
12. Ulama tidak lagi menegur kuasa, tapi dijadikan perisai kepada pemimpin celupar, pelaku qazaf seperti Sanusi yang juga kaki karaoke.
13. Kalaulah ini nilai "ulama" sebenar dalam Islam, mencium tangan individu yang telah menghinanya, hina benar kedudukan "Ulama".
14. Budaya PAS ini merosakkan dua perkara serentak. Politik menjadi kebal daripada kritikan, ilmu pula diturunkan menjadi propaganda.
15. PAS dakwa mereka membela ulama, sebenarnya PAS telah memusnahkan maknanya. Simbol agama diperalat dan akhirnya dicurigai, bukan lagi dihormati.
16. Sebab itu, Islam sendiri membezakan antara Ulama Akhirat dan Ulama Jahat. Nas bukan hanya mengangkat martabat ulama, tetapi juga merendahkan mereka yang menjual agama demi dunia seperti anjing menjelirkan lidah.




Aset-aset ketenteraan yang BAKAL kita lihat pada tahun 2027 - 2030

 


Aset-aset ketenteraan yang BAKAL kita kihat pada tahun 2027 - 2030






FA-50M Fighting Eagle Block 20 FLIT/LCA.

ATR-72 MPA / P-72 MPA - Pesawat Rondaan Maritim.

Penghantaran mula 2026, siap sebelum April 2027 jika sistem dari US sampai tepat masa.

ANKA-S MALE UAS - Dron Altitud. Sederhana Jarak Jauh. Dron buatan Turki, sebahagian Fasa 1 Pelan Perolehan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) di bawah RMK12. Dah tiba Februari 2026.

Ketiga-tiga ini disebut khusus sebagai jurang kesiapsiagaan yang akan dirapatkan 2026-2030.
Pertahanan Udara - Semua Cabang
Ini 3 sistem utama yang diperuntukkan RM6 bilion dalam Belanjawan 2026 dan mula perolehan 2026,

* VSHORAD - Very Short Range Air Defence (untuk kegunaan infantri/Tentera Darat)
* SHORAD - Short Range Air Defence (Tentera Darat)
* MERAD - Medium Range Air Defence (TUDM)
4 x Helikopter Sederhana PUTD - tender baharu dibuka semula selepas kontrak sewa.

Mudahan bertambah 🀲
Oleh Salman Al Farisy

Selepas teruk dikecam, pemimpin Pas kata ‘doa pecah perut’ bukan untuk PMX

 


Selepas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dikritik hebat susulan doa ‘pecah perut’ untuk pihak tertentu, pemimpin Pas tampil mempertahankan beliau dengan menegaskan doa itu bukan ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ahmad Yahaya berkata, doa berkenaan sebenarnya ditujukan kepada tauke judi yang membiayai usaha menghalang kerajaan negeri daripada mengeluarkan lesen premis judi.

“Doa supaya ‘pecah perut’ itu bukan kepada mana-mana pemimpin Kerajaan Persekutuan, jauh sekali kepada PMX seperti yang dimainkan di media sosial.

Saya sendiri hadir pada program malam tu (di Dewan Seri Mentaloon, 25 Ogos lalu) dan dengar ucapan Menteri Besar dari mula sampai akhir,” katanya.

Penjelasan itu dibuat ketika kenyataan Sanusi mengenai doa ‘pecah perut’ terus menjadi pertikaian dan mengundang kritikan terhadap adab pemimpin Pas.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, orang ramai termasuk golongan ulama tidak seharusnya membuat ulasan atau menjatuhkan hukum hanya berdasarkan potongan video atau tajuk yang tersebar.

“Berat tanggungjawabnya apabila hukum dikeluarkan bukan berdasarkan perkara yang sebenar. Sepatutnya, sebelum memberi ulasan atau menjatuhkan hukum, dengar dan fahami dahulu apa yang sebenarnya diucapkan,” katanya.

Namun, kontroversi berhubung ungkapan ‘pecah perut’ itu tetap memperlihatkan bagaimana penggunaan bahasa keras oleh pemimpin politik, lebih-lebih lagi apabila melibatkan doa terhadap keburukan pihak lain, mampu mencetuskan kecaman awam.

Kes Sanusi itu juga memberi ruang kepada kritikan terhadap Pas yang sejak sekian lama berdepan persoalan mengenai adab sebahagian pemimpinnya yang dilihat agak biadab dan tidak teragak-agak menggunakan doa terhadap pihak yang dianggap sebagai lawan politik.




ADAKAH PAS AKAN MASUKKAN DALAM MANIFESTO AKAN HARAMKAN ARAK DAN JUDI?

 


Sheikh Rahim kesal kata kata Sanusi

ADAKAH PAS AKAN MASUKKAN DALAM MANIFESTO AKAN HARAMKAN ARAK DAN JUDI?





Alhamdulillah dpt bersama Tuan Guru Sheikh Rahim. Mendengar pelbagai ilmu darinya… pandangan beliau kekesalannya kata2 kesat Sanusi kpd PMX.


Kata ‘pelaq’ itu bagi Tuan Guru Sheikh Rahim yg juga berasal dari Kedah sgt kasar kpd seseorang apatah lagi pemimpin negara.


Selain Sheikh Rahim, Mufti Perlis Dr Maza juga turut memberi pandangan hukum perjudian ini. Di zaman Saidina Umar apabila ditanya oleh bilal aktiviti perniagaan arak, Umar mengizinkan org bukan Islam meminum arak dan perniagaan tersebut tetapi mesti membayar cukai.


Mufti Perlis juga mencabar, adakah ‘mereka’ dlm manifesto berani meletakkan akan mengharamkan ‘arak dan judi’?



Norman Radzuan




ππ„π“π‘πŽππ€π’ ππŽπ‹π„π‡ π‘π”π†πˆ π‘πŒπŸ’πŸŽ ππˆπ‹πˆπŽπ π‰πˆπŠπ€ πˆπŠπ”π“ π‘πŽπ’πŽπ“ ππˆπ‹π€πˆ 𝐏𝐰𝐂 π’π„ππ„π‘π“πˆ 𝐓𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆 π‡π€π‰πˆ






Ajaran perakaunan sesat terbaru dalam siri pembodohan umat Melayu Islam oleh Eric See-To - Lim Sian See adalah menyamakan kejatuhan saham Petronas Chemicals (PetChem) iaitu subsidiari kepada PETRONAS tahun lepas (2025) dengan kejatuhan harga saham-saham yang dipegang Tabung Haji (TH) sepanjang 2014 hingga 2018 sebelum dipindahkan ke Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) pada penghujung 2018.


Dikongsi pula profesor kangkung Nordin Kardi bekas Naib Canselor UUM yang nampak langsung tak faham tentang perakaunan kerana hanya sekadar berkongsi hantaran yang bukan sahaja salah daripada segi fakta tetapi mengelirukan dan memperbodohkan orang ramai.


Pertama, layanan perakaunan (accounting treatment) di antara PetChem dengan 106 syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia yang dipegang TH adalah berbeza sama sekali.


PetChem adalah subsidiari kepada syarikat induk PETRONAS dengan PETRONAS memegang 64.4% saham PetChem iaitu pemilik terbesar dan majoriti.


Maka berdasarkan International Financing Reporting Standards (IFRS) dan Malaysian Financial Reporting Standards (MFRS) 10 [Benda yang sama], segala aset, liabiliti, ekuiti, hasil, perbelanjaan, untung dan rugi PetChem akan dimasukkan kedalam Penyata Kewangan Disatukan (consolidated financial statement) PETRONAS.


Nilai PetChem sebagai subsidiari PETRONAS tidak dikira mengikut nilai semasa pasaran (market cap) kerana nilai sebenar PetChem telah dikira dalam consolidated financial statement syarikat induk PETRONAS.


Bermakna apa jua untung, rugi, nilai aset dan liabiliti PetChem sudah termasuk dalam angka untung rugi, aset liabiliti PETRONAS termasuk kerugian yang PetChem catatkan sejumlah RM2.05 bilion pada tahun 2025 telah dikira dalam RM45.4 bilion keuntungan bersih PETRONAS pada tahun yang sama (2025).


Bila saham PetChem jatuh tahun lepas, PETRONAS tidak perlu buat rosot nilai (impairment) sama macam TH kerana berbeza dengan 106 saham syarikat yang dipegang TH yang merupakan pelaburan portfolio yang dipanggil aset kewangan yang tersedia untuk dijual atau Available-for-Sale financial asset (AFS).


106 saham syarikat yang dipegang TH bukanlah pegangan majoriti jadi syarikat-syarikat tersebut bukan subsidiari kepada TH tetapi hanya aset kewangan (AFS) dan accounting treatment yang perlu dilakukan kepada 106 saham ini adalah mengikut peraturan lama dibawah IAS 39 dan MFRS 139 yang memerlukan rosot nilai atau impairment apabila berlaku kejatuhan nilai pelaburan ekuiti/saham yang signifikan ATAU berterusan lebih rendah daripada kos pelaburan asal.


Sebagai contoh kerugian terbesar dalam pelaburan TH melalui aset kewangan saham adalah dalam FGV Holdings Berhad di mana kos pelaburan TH adalah RM4.55 (harga IPO) dengan jumlah kos RM1.31 bilion dan harga saham FGV menjunam sehingga serendah RM1.60 sebelum PRU-14 dan jatuh ke serendah 60 sen pada Disember 2018 dengan kerugian TH ke atas pelaburan saham FGV bernilai RM1.06 bilion.


Sebab itu berdasarkan MFRS 139 kejatuhan nilai aset kewangan (harga saham) yang siginfikan dan berpanjangan memerlukan aset kewangan (AFS) tersebut dirosot nilai dan apabila ianya berlaku kerugian perlu direkodkan ke dalam Penyata Kewangan TH.


Ini juga berlaku kepada 105 saham lain antaranya Malakoff Corporation, MMHE, UEM Sunrise, Parkson Holdings, MMC Corporation, Velesto Energy (UMW Oil and Gas), Maxis, Dayang Enterprise Holdings, Sapura Energy, Icon Offshore  dan banyak lagi yang telah mencatatkan kejatuhan nilai saham bernilai RM9.38 bilion berbanding kos pelaburan asal TH dalam 106 saham syarikat-syarikat tersebut.


Itu sahaja.


Kena faham beza accounting treatment ke atas subsidiari  (PetChem) dan pelaburan dalam aset kewangan (AFS).


Lagipun kalau guna logik bodoh Eric See-To - Lim Sian See, kos pelaburan PETRONAS ke atas PetChem sudah tentulah lebih rendah berbanding harga kemuncak saham PetChem RM10 yang digunakan.


PetChem sudah wujud sebagai anak syarikat atau subsidiari PETRONAS sebelum ianya disenaraikan dalam Bursa Malaysia pada tahun 2010 lagi maka nilai PetChem jika nak guna logik bodoh Eric See-To - Lim Sian See mestilah menggunakan kos pelaburan PETRONAS dalam PetChem sejak sebelum disenaraikan.


Nilai pasaran PetChem harini adalah RM34.2 bilion dengan PETRONAS memegang 64.4% saham PetChem, PETRONAS memegang nilai sebanyak RM22 bilion dalam PetChem.


Kos pelaburan asal PETRONAS dalam PetChem adalah sekitar RM8.8 bilion atau RM1.70 sesaham.


Pada harga PetChem melebihi RM4.00 sekarang, nilai kos pelaburan PETRONAS ke atas PetChem sesaham (RM1.70) masih lebih rendah daripada nilai pasaran PetChem sekarang bermakna PETRONAS masih lagi untung


Jadi logik tak masuk akal Eric See-To - Lim Sian See tidak tepat dan tidak boleh dijadikan asas dalam menilai kerugian pelaburan PETRONAS dalam PetChem dan salah pun daripada segi perakaunan.


Takkanlah KPMG sebagai auditor luaran kepada kumpulan PETRONAS bodoh dan tidak faham beza accounting treatment antara subsidiari (PetChem) di bawah MFRS 10 dengan aset kewangan (AFS) seperti rosot nilai yang PwC gunakan untuk pelaburan TH dalam 106 syarikat tersenarai yang mengalami kerugian RM9.38 bilion di bawah MFRS 139.


Saya tak harap untuk orang ramai faham benda ni sebab memang agak kompleks perkara berkaitan perakaunan.


Cuma janganlah terpesona dengan penipuan dan putar belit Eric See-To - Lim Sian See yang bukan pakar perakaunan bertauliah yang menyamakan Petronas Chemicals Group Berhad anak syarikat majoriti milik PETRONAS dengan pelaburan TH dalam aset kewangan (bukan majoriti) dalam 106 saham syarikat yang jatuh nilai secara signifikan dan berpanjangan.


Semaklah fakta dengan mereka yang ahli dan arif dalam bidangnya bukan dengan cybertrooper upahan yang kerjanya hanya ingin memperbodohkan umat dengan memutar belit semua perkara.


Khalas.



PRESIDEN UMNO ZIARAH AZEEZ RAHIM.. TAPI NETIZEN TEGUR DALAMAN RUMAH



 Kunjungan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke keluarga Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim pada asalnya sekadar ziarah dan memberi sokongan moral.






Tapi di ruangan komen, lain pula yang mencuri perhatian netizen.


Ramai dilihat lebih sibuk memerhati suasana kediaman yang dikunjungi Zahid, termasuk dekorasi dalaman yang kelihatan mewah.


“Wow mewahnya rumah. Berapa juta rumah ni?” komen seorang netizen.


Seorang lagi berseloroh, “Lawa rumah… ingatkan kat lobby hotel London.”


Ada juga yang menyindir bahawa fokus mereka bukan lagi pada siapa datang menziarah, tetapi pada keadaan rumah yang menjadi latar gambar tersebut.


Malah beberapa komen turut mengaitkannya dengan polemik politik dan isu integriti yang sedang hangat diperkatakan.


Bagaimanapun, apa yang kelihatan dalam gambar hanyalah suasana kediaman yang diziarahi, dan tidak membuktikan apa-apa salah laku.


Cuma begitulah media sosial.


Orang datang nak tunjuk solidariti kepada keluarga, netizen pula boleh tersangkut lama dekat sofa, lampu chandelier dan dekorasi rumah.


#unofficialinfo





NI DIA..DOK KAPIAQ ORANG

 






Walaun pelbagai pangkat pakat dok tanya sapa la yang bagitau kat Sheikh Wazir tentang Islam terancam di Penang sampai tak boleh azan 'kununnya' . 


Boleh buat lupa puak ni, antara yang cedaih dok sebar cerita ni adalah Din Padang Serai (gambar disertakan - seorang PAS). 


Amboi berjuruh sangat aihhh puak pelux (baca gaya NuC 😁 ) ......




MAU AMBIK..TAK MAU PI MELINGKUP..JENIS TAK SEDAR DIRI ..BAGI PAYAH TAK BAGI PAYAH..KALAU AKU..BIARKAN SAJA REGA PASARAN..TAK PAYAH BANTU....



 Alhamdulillah, dalam Amanat Perdana Hari Kebangsaan sebentar tadi, saya telah mengumumkan beberapa ikhtiar penting bagi menangani kebimbangan rakyat, terutama terkait kos sara hidup dan tekanan kehidupan seharian.
















Ikhtiar ini merangkumi kelayakan BUDI MADANI, peruntukan prasarana pendidikan untuk semua jenis sekolah, langganan percuma aplikasi AI, mempercepat rawatan dan menurunkan tempoh menunggu di klinik dan hospital kerajaan, menaikkan ambang pengecualian e-Invois serta meningkatkan dana pinjaman untuk usahawan dan peniaga kecil.


Semoga ikhtiar ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban rakyat serta memberi makna yang nyata kepada sambutan kemerdekaan tahun ini. Insya-Allah, beberapa pengumuman lain akan saya sampaikan sewaktu sambutan Hari Malaysia di Sarawak, serta Belanjawan 2027.


Saya dan seluruh pasukan Kerajaan MADANI akan terus mendengar suara serta keresahan rakyat. Kami akan terus bekerja keras untuk memastikan setiap kejayaan negara diterjemahkan kepada limpahan manfaat yang dirasai rakyat serta kehidupan yang lebih sejahtera dan bermaruah.


#MalaysiaMADANI 

#KesejahteraanDinikmati

#YakinMADANI




KALAU ORANG LAIN BUAT MACAMANA / HANGPA PI MELOMPAT MACAM KERA LUKU

 






Ya, Epic Store adalah syarikat percetakan baju. Tapi bukan kami yang buat permohonan maaf tersebut.

Kami selalu akan buat semakan dua hala bagi pastikan tiada kesilapan berkaitan rekabentuk.
Lagi-lagi berkaitan saiz baju.
Kesian kalau yang dapat salah saiz nanti pakai macam sarung nangka.
Untuk isu ini, dua-dua pihak kena ambil tanggungjawab. Baik pencetak baju mahupun pelanggan.
Persoalan sekarang, rekabentuk baju itu datang dari pelanggan atau dibuat oleh pembekal baju?





Agak menarik semasa raptai hari Merdeka 2026









 Agak menarik semasa raptai hari Merdeka 2026 , ternampak sebuah trak memilih Angkatan Tentera Malaysia sedang mengangkut 1 model kapal Multi-Role Support Ship dengan nombor pennant 3303

Nombor pennant 3303 maksudnya daripada no 33 skuadron dan 03 adalah kapal yang ketiga , mengikut rancangan 15 to 5 Tentera Laut Diraja Malaysia akan perolehan 2 daripada 3 buah Kapal kapal Multi-Role Support Ship dalam RMK-13 ini bukan itu sahaja, Kerajaan telah meluluskan bajet untuk perolehan 2 buah Kapal kapal Multi-Role Support Ship juga
Berdasarkan daripada model tersebut Kita boleh pasti bahawa kapal tersebut ialah HDL-10000 dari Korea Selatan, jenis kapal yang mereka tawarkan untuk TLDM
Tahun ini agak banyak aset baru juga yang kita nampak .