Hasnul Zulkarnain
Cg Shuk: hello Nusi…hello..
Hp Nusi: No yg anda dial tiada dlm perkhidmatan.
Cg Shuk: dajei Nusi, dan dan tukaq no hp…
Hasnul Zulkarnain
Cg Shuk: hello Nusi…hello..
Hp Nusi: No yg anda dial tiada dlm perkhidmatan.
Cg Shuk: dajei Nusi, dan dan tukaq no hp…
Dengar habaq katanya ada 8 orang ADUN tarik sokongan kat YAB MB.
Kalau betul pun, aku mintak sangat jangan dok main terima SD luar Dewan.
Cara tu bukan cara orang matang. Cara tu cara dok cucuk senyap senyap.
Politik negeri ni benda besar.
Buatlah depan depan dalam Dewan, bukan buat belakang tabir macam cerita kedai kopi.
Ambil pengajaran masa bentuk kerajaan Persekutuan hari tu.
SD individu dah tak dipakai.
Yang dipakai keputusan parti.
PAS keputusan en bloc.
Bersatu pun en bloc.
Takdak cerita sorang sokong sorang lari.
Kalau dua dua parti ni tak boleh sepakat, bubar DUN ja la.
Bagi rakyat Perlis pilih semula.
Senang.
Kalau niat nak tukar MB atas semangat kerjasama, bincang la elok elok.
Kalau kata MB patut letak jawatan, cakap elok elok.
Kalau MB tak mau, ada cara sah.
Buat undi tak percaya.
Tukar cara tertib, bukan cara kalut.
Masalah hangpa kena faham satu benda.
Rakyat dok tak seronok dah dengan prestasi kerajaan negeri.
Bila jadi berantakan macam ni, rakyat tengok pun menyampah.
Nampak macam apa tau.
Macam dok berebut kuasa.
Macam takdak arah.
Macam tak matang.
Perlis ni kecik ja weih.
Bukan negeri besar mana pun.
Apa la sangat sampai sanggup nak runtuhkan kerajaan dengan cara dok huru hara lagu ni.
Hangpa ni satu team sebenarnya.
Bukan musuh pun.
Duduk la semeja, minum ayaq kopi, bincang elok elok.
Jangan ikut sangat skrip orang tertentu yang dok cucuk dari belakang.
Aku cakap terus terang.
Rakyat takkan sokong cara lagu ni.
Depa tengok, depa nilai, depa simpan dalam hati.
Kalau dok buat lagu ni jugak, jangan terkejut esok lusa Kerajaan Perpaduan ambik alih Perlis.
Masa tu hangpa dok menyesai pun tak guna.
Berbaki setahun ja lagi.
Bertahan la elok elok.
Pakat la elok elok.
Jaga negeri Perlis baik- baik.
Jaga maruah kerajaan.
Politik ni bukan sapa paling pandai pusing.
Tapi sapa paling waras dan tau jaga negeri.
Perlis kecik.
Cerita cepat sampai.
Jangan buat rakyat tambah letih..
Dr Ahmad Fadhzil Mohamad
Kangar, Perlis
KANGAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) Perlis didakwa telah bertemu Raja Perlis dengan majoriti menyatakan telah hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli.
Difahamkan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga dikatakan telah mengemukakan tiga nama sebagai calon Menteri Besar manakala nama calon dari Pas, belum.
Sumber dalaman dari PN memberitahu Utusan Malaysia, rata-rata ADUN dengan yang pasti lebih majoriti menyatakan mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Mohd. Shukri.
“Kemungkinan tukar Menteri Besar itu ada. Sekarang kita lihat sama ada Mohd. Shukri akan meletak jawatan atau sebaliknya selepas sudah hilangan sokongan.
“Sekarang ada dua kemungkinan sama ada Mohd. Shukri letak atau jawatan atau dibubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya sumber itu.
Sebelum ini, seruan Pesuruhjaya Pas negeri, Ahmad Ali agar kepemimpinan dan seluruh ahli parti menyokong pentadbiran Mohd. Shukri sebagai Menteri Besar yang hadir secara tiba-tiba menarik perhatian ramai.
Sementara itu, salah seorang ADUN memberitahu Utusan Malaysia, kemungkinan pertukaran Menteri Besar itu ada dan pada masa ini, Mohd. Shukri masih dirawat di hospital atau faktor kesihatan.
Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan, Mohd. Shukri dikejarkan ke sebuah hospital di ibu negara bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut selepas kembali daripada urusan luar negara.
Mohd. Shukri mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital itu selepas mengadu sakit dada dan kini berada dalam keadaan stabil.
Artikel Penuh Di Ruangan Komen 🔽
.
Sumber : Utusan Malaysia
.
Teruskan Bersama Perlis Permai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.
.
#PerlisPermai
#VisitPerlis
#VisitPerlis20242026
#PakatMaiPerlis
#TahunMelawatPerlis
1. Najib kekal dalam penjara, titah addendum tidak valid.
2. Keputusan mahkamah menjelaskan prinsip "Raja Berpelembagaan" bukan " Monarki Mutlak". Raja hendaklah bertindak mengikut Perlembagaan.
3. Perbahasan "titah addentum" dengan membelakangkan kehendak perlembagaan dan keputusan mahkamah boleh menjejaskan banyak pihak.
4. Jangan pertikaikan kuasa raja raja melayu dan mahkamah semata mata ianya tidak selari dengan kehendak kita.
5. Jangan sindir sindir kerana boleh menambah pedihnya luka.
Che Ibrahim
San... Anwar diampunkan melalui mesyuarat penuh Lembaga Pengampunan. Begitu juga Najib telah diberi pengampunan dengan diskaun kepada separuh hukuman.
Ada pun Titah Addentum ada 2 isu mengapa ianya ditolak:
1. Titah tahanan rumah itu tidak ada dalam minit mesyuarat Lembaga Pengampunan.
2. Tahanan Rumah tidak termaktub dalam mana mana undang undang bertulis di Malaysia.
Ambo rasa demo saja wat lolak tak tahu jah, muga demo pun lawyer juga....
Tadi ambo ada tulis bagaimana kisah hubungan Pas - Dap berakhir setelah sekian lama " bertahalluf siyasi secara rasmi, ada dokumen yang mengikat hubungan Pas - Dap dan ada keputusan rasmi dari Majlis Syura Ulama' Pas yang menghalalkannya.
Pas mendakwa hubungannya dengan Dap putus kerana Dap menentang hudud, Dap pula berhujah tidak dapat bersama Pas kerana sikap Pas yang berdolak dalih dan hubungan sulit dengan UMNO di saat mereka bersama dalam PR.
Apa pula yang akan berlaku kepada hubungan UMNO - Dap??
Semua orang tahu hubungan Umno dengan Dap bukan dibuat atas persefahaman politik atau dibina atas kehendak masing masing, tetapi hubungan yang dibina atas dasar " terpaksa " selepas tidak ada parti yang menang dalam PRU 2022.
Semenjak itu, walaunpun Umno dan Dap sama sama berada dalam Kerajaan Madani, tapi hubungan sah antara UMNO dan Dap belum berlaku, masih dalam tempoh percubaan dan mencari cari keserasian. Di peringkat "anak anak", masih ramai yang enggan merestui perkahwinan paksa ayah mereka dengan Dap. Si ayah pula, berhempas pulas berusaha menyakinkan anak anak bahawa perkahwinan ini baik untuk masa depan UMNO.
Di sebelah Dap pula, mereka tidak kisah dengan siapa mereka bersama, yang penting kepentingan mereka tidak tergugat dan Dap sudah "perit" jadi pembangkang, kalau boleh tak mahu dah jadi pembangkang.
Bagi ambo, sindiran Yeo Bee Yin kepada Najib yang gagal mendapat tahanan rumah hanyalah pencetus atau minyak yang tertumpah kepada api yang sedang menyala. Najib sendiri pernah buat sindiran yang hampir sama.
Sebenarnya UMNO kecewa kepada keputusan mahkamah yang tidak berpihak kepada Najib, tetiba Yeo Bee Yin mengejek pula!!.
Pas sedang menunggu nunggu cinta kali ke 3nya kepada UMNO bersahut lagi di saat UMNO sedang seronok menikmati kuasa bersama Kerajaan Madani. Sebahagian anak anak UMNO pula masih ada yang tergila gila kepada Pas lalu mengguna kesempatan yang ada menghasut si ayah bercerai segera.
UMNO MESTI PANGGIL MESYUARAT MT TERGEMPAR PUTUS KETETAPAN KELUAR KERAJAAN
23 December 2025
Gelombang mahukan UMNO keluar kerajaan kini sudah menggelembung ke seluruh penjuru alam.
Di mana-mana ramai yang bersetuju dengan tindakan itu susulan sikap biadap dan kurang ajar seorang pemimpin DAP kepada UMNO susulan keputusan mahkamah semalam berkaitan titah adendum.
Langkah keluar meninggalkan kerajaan dan segera memisahkan diri daripada DAP adalah satu-satunya langkah wajar untuk memberi pengajaran kepada parti tersebut.
Bukan saja orang UMNO, malah orang Melayu biasa dan kebanyakan juga dilihat bersetuju dengan langkah meninggalkan kerajaan itu.
Sepertinya sekarang ini bukan saja orang UMNO yang terasa disakiti kerana dihina oleh sikap biadap dan kurang ajar seorang pemimpin DAP terhadap Najib Razak, malah perasaan yang sama telah merebak ke jiwa orang-orang Melayu.
Bagi sebahagian besar orang Melayu, jasa dan sumbangan Najib begitu besar kepada kehidupan mereka.
Bantuan tunai STR, Sara dan segala macam bantuan lainnya, ia masih diingati sebagai idea daripada BR1M Najib yang terus dikekalkan oleh beberapa kerajaan sehinggalah sekarang.
Dalam erti kata lain, orang Melayu sekarang ini mula simpati kepada UMNO disebabkan perlakuan pemimpin DAP kepada Najib itu.
Maka itu, UMNO tidak boleh memandang ringan sentimen yang wujud dan makin berkembang sekarang ini.
Ini adalah sentimen yang boleh membawa kemenangan dalam pilihan raya akan datang.
Oleh sebab sudah ramai pemimpin UMNO telah mengeluarkan kenyataan memperlihatkan kecenderungan ingin keluar kerajaan, berpatah balik atau melakukan U-Turn bukan lagi suatu pilihan.
Jika itu yang dilakukan, orang Melayu akan hilang kepercayaan dan tidak lagi respek kepada UMNO.
Yang dinanti sekarang ini hanya satu – bila UMNO mahu keluar kerajaan?
Kata-kara berapi, desakan, ugutan dan seumpamanya hanya dinanti bila mahu dilaksanakan.
Untuk itu, UMNO kini wajar memanggil mesyuarat MT khas dan tergempar dengan kadar segera.
Mesyuarat itu bukan untuk membincangkan keputusan mahkamah semalam, bukan juga untuk membincangkan apa jadi kepada Najib selepas ini, tetapi untuk mendapatkan persetujuan untuk segera meninggalkan kerajaan.
Tentang keputusan mahkamah semalam, serahkan kepada peguam Najib untuk mengemukakan rayuan di peringkat mahkamah yang seterusnya.
Keluar kerajaan dan tidak lagi berkawan dengan DAP adalah satu-satunya pilihan untuk UMNO kembali mendapat kepercayaan dan keyakinan daripada orang-orang Melayu.
UMNO selama ini bukan saja sudah bertolak ansur dalam banyak perkara, malah sanggup memberi laluan agar DAP dapat beroleh kuasa, tetapi jika hinaan dan kejian sebagai balasannya, ia sama sekali tidak boleh diterima.
Kali ini UMNO jangan sekali-kali berpatah balik lagi, kecualilah jika parti itu mahu terus dihina dan sengaja ingin ditolak mutlak pada PRU seterusnya. – ShahbudinHusin 23Disember2025.
https://shahbudindotcom.net/2025/12/umno-mesti-panggil-mesyuarat-mt-tergempar-putus-keluar-kerajaan/