MAHATHIR 40 BILION DAN BAYANG KEKAYAAN YANG TAK TERJAWAB


Guitizia Spada







Baru baru ini Yahoo Finance meletakkan nama Mahathir dalam senarai pemimpin terkaya dunia dengan anggaran USD 40 bilion. Ya betul USD 40 bilion bukan angka kecil dan bukan angka yang boleh disorok dalam poket baju Melayu. Nama beliau diletakkan sebaris dengan diktator dan tokoh kontroversi dunia. Ironinya Mahathir selama ini menjual imej sederhana tetapi tiba tiba muncul sebagai jutawan mega dalam senarai antarabangsa.  


Rakyat terkejut tetapi dalam masa sama sudah lama berlegar tentang kekayaan luar biasa keluarga beliau. Anak anak Mahathir bukan sekadar kaya mereka hidup dalam dunia lain dengan empayar perniagaan dan aset mewah yang sukar dibayangkan oleh rakyat biasa. Ketika rakyat bergelut dengan harga barang mereka bergelut memilih kereta sport mana yang mahu dibawa.  


MACC pula dilaporkan sedang menyiasat aset Mahathir di United Kingdom. Siasatan ini menambah lagi persoalan. Kalau benar angka USD 40 bilion itu fitnah kenapa tiada tindakan undang undang. Kenapa Mahathir tidak berani menyaman Yahoo Finance. Senyapnya beliau lebih kuat daripada seribu kenyataan. Diam itu sendiri menjadi sindiran pedas kerana seorang tokoh yang lantang bersuara tiba tiba membisu bila kekayaan peribadi dipersoalkan.


Angka USD 40 bilion ini bukan sekadar angka ia adalah simbol jurang antara pemimpin dan rakyat. Ia adalah cermin yang memantulkan wajah sebenar politik Malaysia. Anak anak menikmati kemewahan rakyat terus dihimpit. Mahathir boleh terus menafikan tetapi selagi tiada penjelasan selagi tiada tindakan undang undang selagi itu bayang 40 bilion akan terus menghantui imej beliau.  


Santai atau tidak isu ini tetap panas. Ia bukan sekadar gosip ia adalah persoalan integriti. Dan rakyat berhak bertanya berhak menyindir berhak menuntut jawapan.  


Tiba-tiba Admin teringat kisah penyelewengan ratusan juta dollar mendiang Robert Mugabe ex Presiden Zimbabwe yang didedah dan diheret ke mahkamah. Yang juga berkait juga kisah penyeludupan besar-besaran kayu balak dari Malaysia yang didalangi kawan baik beliau, Mahathir untuk bina Istana Peribadi. Kecoh Zimbabwe waktu itu...#SpadaFacts


Fakta atau Auta?

Anda sendiri nilaikan....


#Mahathir #40billion #kekayaan #Yahoo #YahooFinance #rich #Zimbabwe #RobertMugabe  #courts #controversy #Kontroversi #politikmalaysia #politics #hilights #follower #politik #semuaorang #sorotan #jangkauanluas




Reformasi bukan Revolusi


BUKAN MUDAH MENJADI PMX







Ramai yg sindir kenapa tak lakukan reform 100% seperti dijanjikan. Saya beritahu Anwar seperti insan yg lain bukan sempurna tetapi dia telah melakukan yg terbaik.


Sebenarnya tidak ada pemimpin di dunia, malah PM Malaysia sebelum ini mampu melakukan manifesto yg dijanjikan sebelum PRU. 


Mahathir juga tertekan dgn soalan dan desakan laksanakan manifesto lantas beliau menjawab ‘manifesto bukan kitab suci’.


Kdg2 yg kritik Anwar itu dtg dari ahli partinya sendiri. Tapi ada yg berjanji nak turunkan harga kereta sehingga 30% tetapi tidak dilakukan…???


Isunya skg kenapa reformasi yg dilakukan boleh la kita anggap hanya mencapai 50% selepas 3 tahun?


Anda mesti ingat janji beliau itu ada yg bermula ketika era 1998, ada yg 2008, 2013…. di mana ketika itu apa yg dikatakan masih relevan berdasarkan ekonomi dan politik semasa.


Jadi apa kesukaran Anwar ketika ini?


Jawapan saya mudah ini bukan kerajaan PH atau PKR. Jika PKR menguasai 120 kerusi Parlimen berbeza pendekatannya. Atau seperti saya ulas dahulu, jika Anwar menjadi PM 1999 ketika UMNO dominan di dlm kerajaan pasti situasinya berbeza.


Ini adalah kerajaan perpaduan yg idea dtg daripada Agong. Anwar mengetuai kerajaan campuran pelbagai parti dengan ideologi parti yg berbeza beza.


Banyak reformasi perlu kompromi supaya kerajaan tidak runtuh. Jika terlalu drastik, sokongan parti rakan boleh ditarik balik sb parti masing2 ada kepentingan kaum dan ideologi tersendiri.


Anda mesti ingat reform itu bermula dgn tata kelola, janji kerajaan tidak ganggu kuasa badan kehakiman, agensi penguatkusaan dan lain2. Ia telah dilaksanakan, jika tidak pastinya kes Muhyiddin disegerakan.


Reformasi bukan hanya keputusan PM tapi ia melibatkan perkhidmatan awam, badan kehakiman, agensi penguatkuasaan. Semua ini mempunyai budaya dan kepentingan lama yg sukar diubah dgn cepat.


Banyak reformasi juga memerlukan pindaan perlembagaan dgn memerlukan majoriti 2/3 di Parlimen. Ini sangat sukar dicapai dlm situasi politik skg.


Dlm kerajaan Perpaduan Anwar terpaksa bergantung kpd parti2 komponen. Nak lantik Menteri pun kena minta pandangan Presiden parti masing2.


Parti2 yg bersama kerajaan Perpaduan juga sering mengambil kesempatan. Tekanan politik dan persepsi kaum/agama dimainkan sendiri oleh parti2 kerajaan.


Bila kita ingin laksanakan sesuatu polisi yg baru serta tegas dgn undang2 ia akn dimanipulasi atas nama hak asasi, kebebasan bersuara dan isu kaum serta agama.


Mulalah ia dianggap ancaman, lalu menimbulkan penentangan awam. Maka penuhlah pentaksub pentaksub di Padang Merdeka.


Tanpa disedari media sebenarnya telah mengalami reform walaupun bukan 100%. Apatah di era media sosial mana2 kerajaan mudah tergugat dgn persepsi.


Di era PMX kebebasan media dan ruang awam sgt jelas. Kini media lebih bebas mengkritik kerajaan, kurang tindakan keras terhadap pengkritik seperti zaman Mahathir.


Sebenarnya menjadi Perdana Menteri di era 2015 lagi (apabila media sosial kuasai minda masyarakat ) mana2 Perdana Menteri sukar bertahan lama.


Sdgkan Israel pun akui ‘serangan siber’ rakyat Malaysia sgt menakutkan. Era ini 20 juta rakyat Malaysia mampu menulis dgn maki hamun dgn pemimpin2 negara. 


Sb itu Najib, Mahathir 2.0, Muhyiddin dan Ismail Sabri tak mampu bertahan atau kekal lama di kerusi Perdana Menteri kerana ‘serangan siber’


Anwar membawa slogan “Reformasi” sejak 1998 dan ia ayat keramat utk ahli partinya. Tapi ramai yg tidak faham reformasi sebenar biasanya mengambil masa bertahun tahun, bukan beberapa bulan atau satu penggal.


Moralnya di sini…Anwar mungkin mahu reformasi yg lebih tinggi datanya, tetapi terikat oleh realiti kuasa, sistem, dan kompromi politik dgn parti2 yg menyertai kerajaan perpaduan ini. 


Reformasi dibuat secara berperingkat, ia bukan revolusi. Reformasi bermaksud ia dilakukan secara berperingkat utk memperbaiki sistem sedia.


Reformasi berlaku secara aman dan sah dgn menggunakan undang2 dan institusi. Akn mengambil masa panjang dan kurang risiko kekacauan.


Revolusi pula perubahan mendadak, menyeluruh dgn menjatuhkan sistem lama. Ia cepat & drastik tetapi selalunya ia melibatkan konflik dan keganasan.


Sebagai contoh berlaku revolusi Perancis, revolusi Rusia dan Arab Spring (beberapa negara). Ia bawa pembebasan tetapi juga boleh bawa huru hara.


Kerana kepentingan pihak tertentu Anwar bukan sahaja diserang 24/7 oleh parti lawan tetapi dari parti dlm kerajaan yg ambil kesempatan dan malah dari partinya sendiri. Anda mampu bertahan dari segi mental?


Jika anda duduk 7 hari di kerusi Anwar, belum tentu anda tersenyum di dlm kenderaan rasmi, barangkali tersenyum di Hospital Bahagia.





IYA...BANYAK KUATER GURU TENGAN DISIAOKAN DI PEDALAMN

 


PENDIDIKAN | KPM Rekod Pelbagai Pencapaian Reformasi Pendidikan Sepanjang Tiga Tahun






Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mencatat pelbagai pencapaian utama dalam pelaksanaan reformasi pendidikan sepanjang tiga tahun terakhir, menurut laporan rasmi yang dilaporkan oleh Berita Harian.  


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata antara kejayaan penting termasuklah penguatkuasaan pendidikan menengah wajib, usaha berterusan untuk mengurangkan beban kerja guru, dan pembinaan serta pembaikan sekolah di seluruh negara.  


Reformasi pendidikan itu juga turut melibatkan fokus untuk mempersiapkan tenaga pendidik bagi pelaksanaan Kurikulum Baharu 2027, yang dijadualkan dilaksanakan secara berperingkat bermula dari peringkat pra-sekolah pada 2026 sebelum diperluaskan ke Tahun Satu dan Tingkatan Satu pada 2027.  


Dalam tempoh itu, kementerian melaporkan langkah-langkah lain seperti mempertingkatkan keselamatan sekolah, meluaskan program literasi dan numerasi, serta menyediakan sokongan tambahan seperti perlantikan guru, kaunselor dan petugas lain di sekolah-sekolah, kata laporan tersebut.  


Menurut laporan itu lagi, usaha-usaha ini merupakan sebahagian daripada komitmen KPM untuk memperkukuh mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah serta meningkatkan akses dan kualiti pendidikan untuk murid di seluruh Malaysia.  


Sumber: Berita Harian, “KPM rekod pelbagai pencapaian reformasi pendidikan sepanjang tiga tahun” (14 Disember 2025).  


#filsufi #filsufimy




Kuantan banjir teruk ni

 

Kuantan banjir teruk ni


Belum Subuh lagi KC botak cubits tu wat post zikir Rafizi


Asal bukak fb sibuk politik

Walhal ada jawatan dlm parti

Ape la salah update perkembangan banjir ke ape ke...


Dia ingat dpt pahala tahajud gamaknya


Pergi melingkup Keadilan Pahang next PRU




PILIHANRAYA LAMBAT LAGI


Eddy Nor Ridzuan


 Nampaknya bacaan aku (dan sebilangan besar sahabat) mungkin meleset, jangka PRU16 jalan sekali dengan Melaka dan Johor (Nov2026-Jan2027), tapi PMX dah bagi hint untuk go for maximum supaya agenda Reformasi dapat dilaksana dengan lebih baik..






So get ready lah untuk PRN Melaka then Johor sebelum PRU16.. Melaka confirm jalan dulu, cuma Johor maybe boleh jalan sekali PRU16..


Kepada sir gomo, teruskan ‘bersikit lagi gais’ sampai abang jamil mampos..




Alamak CEPLOS Lagi


Zuwairi Md Yusof


https://www.youtube.com/watch?v=67p1sOD4e2A&list=RD67p1sOD4e2A&start_radio=1





Alamak alamak alamak 


Alamak CEPLOS lagi,

Bigboss suruh CEPLOS OT,

Tiktok sana posting di sini,

Selamatkan oh MADANI.


Alamak Oh Wan Dahi,

Dah berkepit dengan Salim si Cili,

Mak Bedak pun di pandang sepi,

Kena palau dengan geng dia sendiri.


Pakat serang si Rafizi,

HIRUK,SIMPSONS pun terkena sekali,

Termasuklah si Botak KC,

Tak henti ratib Rafizi.


Alamak alamak alamak 


Alamak CEPLOS lagi,

Bigboss suruh CEPLOS OT,

Tiktok sana posting di sini,

Selamatkan oh MADANI.


Alamak Oh Wan Dahi,

Dah berkepit dengan Salim si Cili,

Mak Bedak pun di pandang sepi,

Kena palau dengan geng dia sendiri.


Topek,Nazril Iznil,Harun,Mak Bedak Yeni,Wan Dahi,Ikhwan Razak,Amran Fans,Rani Kulup,Salman Prawn,Adam Ucop Dugong,Joker Imam,Haidar botak mendapat arahan bigboss untuk overtime nampaknya,kuikuikui.Setakat petang ini tiada gerakan signifikan daripada team JKOM,STRATCOM,SKOMM dalam melawan naratif pembangkang.Oh dah kenapa SALIM SIKANDAR dengki dengan MAK BEDAK yang di katakan dapat RM 13 000 sebulan https://x.com/Salim_Iskandar/status/2000787905602818354



USUNG KERANDA UNTUK SIAPA?


Azim Balas





Bila orang buat aksi usung keranda, soalan paling orang terfikir keranda ni untuk siapa sebenarnya? Ramai nampak sindiran usung keranda tu jelas ke arah Mahathir. Ini bukan soal mati semata-mata, tapi politik dia yang sepatutnya dah lama habis. Umur dia dah terlalu lanjut, sepatutnya dia fokus bertaubat atas dosa-dosa lampau dia, tenangkan diri dan habiskan sisa hidup dengan perkara baik. Tapi apa yang jadi hari ini, dia masih sibuk susun agenda, main sentimen, dan cuba kacau kestabilan negara seolah-olah tanpa dia, Malaysia tak boleh hidup.


Masalahnya, nafsu kuasa dia masih kuat walaupun usia dah semakin uzur. Dah pegang jawatan tertinggi, dah rasa segala kuasa, tapi masih tamak. Rakyat penat tengok drama sama diulang-ulang dari Mahathir. Negara perlukan ketenangan dan hala tuju baru, bukan politik lama yang asyik timbul bila ada kepentingan peribadi sahaja. Pada umur seperti Mahathir, yang patut dikejar bukan kuasa, tapi pengakhiran hidup yang baik dan bermaruah.


#Mahathir 

#PolitikLama 

#GilaKuasa



HIDUP LAGI ARWAH NI RUPANYA..

 



PUTRAJAYA, 18 Dis - Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim menafikan dakwaan bahawa pelantikannya akan meminggirkan komuniti Bumiputera.



Timbalan setiausaha agung DAP itu menolak kenyataan yang dibangkitkan Noh Omar dan menekankan komitmen untuk berkhidmat kepada semua rakyat Malaysia.


“Bagi saya, seorang pemimpin Malaysia yang baik ialah mereka yang menjaga kepentingan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum atau agama.


“Ini sentiasa menjadi amalan saya, kepercayaan saya, prinsip saya, dan memang prinsip parti saya,” katanya.


Terdahulu, Noh dalam satu kenyataan berkata pelantikan Sim untuk memegang portfolio pembangunan usahawan dan koperasi mengejutkan usahawan Bumiputera.


Menurut Noh, pemindahan portfolio itu kepada seorang menteri DAP menimbulkan kebimbangan berhubung perlindungan masa depan terhadap syarikat mikro, kecil dan sederhana Bumiputera.


#BeritaKS




PESAN RAFIZI KEPADA AKMAL NASIR - JAWATAN MENTERI ITU SATU JERAT



Tahniah kepada semua yang dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri dalam rombakan Jemaah Menteri minggu ini, terutamanya kepada Ahli Parlimen Johor Baharu, Saudara Akmal Nasir dan Ahli Parlimen Ledang, Tuan Syed Ibrahim.


Yang minta saya ulas mengenai rombakan kali ini, jangan lupa tonton podcast YBM Jumaat ini, 19 Disember jam 9 malam.


Saya simpan komen saya untuk podcast.


Semua orang tahu Saudara Akmal dan Tuan Syed Ibrahim adalah kawan rapat saya, sebelum politik pun.


Akmal adalah junior saya di sekolah, walaupun kami tidak pernah jumpa. 


Tahun 2009, semasa itu saya adalah CEO di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dan Akmal baru habis belajar dari US dalam ijazah ekonomi dan sains aktuari.


Dia email saya untuk diambil bekerja kerana minatnya dalam bidang politik. Semasa di US, dia pernah menjadi sukarelawan dalam kempen Presiden Obama.


Dua kali dia tulis email hantar CV, dua kali saya tolak. 


Bukan sebab CV dia tak bagus, saya tak mahu dia sia-siakan ijazahnya yang baik. Saya nasihatkan dia mula kerjaya sebagai aktuari, buat duit banyak-banyak, timba pengalaman korporat, kemudian sepuluh tahun cari saya balik.


Sebab saya tahu Akmal ingat Malaysia ni macam US. 


Graduan yang bagus boleh habiskan beberapa tahun menjadi penyelidik atau pegawai di pejabat politik, kemudian bertukar ke kerjaya korporat.


Masa itu, di Malaysia, kalau dah ada rekod kerja dengan pembangkang, tak de GLC atau MNC nak ambil bekerja.


Tapi Akmal keras kepala, lebih kurang macam saya keras kepala.


Dia hantar CV buat kali ketiga.


I always reward persistence. Bila ada seseorang yang gigih mencuba berkali-kali, maknanya orang itu mungkin akan berjaya.


Maka Akmal jadi pegawai saya bermula tahun 2009. Sejak dari itu, Akmal jadi tanggungjawab saya.


Bila saya meletakkan jawatan sebagai CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor untuk menubuhkan Pusat Pemberi Maklumat Nasional (NOW) dalam tahun 2012, Akmal ikut sekali.


Masa Akmal dengan saya di NOW, saya perasan dia ada bakat terpendam, iaitu kebolehan menyamar.


Bila kami selidik sesuatu aduan rasuah atau penyelewengan, kami kena siasat untuk sahkan terlebih dahulu.


Masa itu mudah sebab orang tak kenal saya atau Akmal. Dialah yang selalu jadi mangsa berlakon untuk menyamar dan mengesahkan bukti.


Akmal pernah menyamar sebagai rakan kongsi perniagaan lembu dengan saya semasa kami membongkar skandal NFC. 


Dia juga pernah menyamar sebagai ejen hartanah nak sahkan keluarga menteri duduk di sebuah rumah milik seorang yang dituduh kes rasuah.


Ketika itu juga, Akmal selalu ikut saya berceramah. Dia pemandu tidak berbayar. 


Tanpa pengetahuan saya, dia berulang-alik ke JB untuk menghidupkan PKR JB sejak awal 2014. Masa itu, orang JB tak pandang PKR dan JB tidak pernah dimenangi pembangkang.


Tahun 2014, Akmal jadi antara Ketua Cabang PKR termuda dan saya adalah Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR.


Dari situlah saya terpaksa terima hakikat yang Akmal nak buat kerja gila merebut Parlimen JB dari UMNO. Saya cakap itu kerja gila, tapi dia berkeras.


Kempen trak INVOKE bermula dalam bulan September 2016 di JB, sebelum menjelajah ke seluruh negara.


Masa berkempen di JB, Akmal masih pakai kereta Kelisa berbelas tahun yang dia beli tunai bila balik dari US. Saya cakap kat dia macam mana nak menang pergi kempen pakai Kelisa. 


Jadi kereta pertama yang dia beli di Malaysia adalah atas nama saya. Lepas jadi timbalan menteri baru dia jual kereta itu.


Saya dapat tahu mengenai ura-ura pelantikan Akmal menjadi Menteri Ekonomi lebih awal, seminggu sebelum diumumkan.


Akmal tanya pandangan saya.


Saya ingatkan beberapa perkara sahaja.


1. Jawatan dan pangkat ini sementara


2. Kalau kita ambil sesuatu kerja, buatlah sehabis baik


3. Pujian dan makian orang tidak bantu kita di akhirat, hanya kerja yang ikhlas dan baik yang boleh jadi pahala.


Sebab jawatan Menteri dan Timbalan Menteri itu adalah satu jerat.


Kalau kita culas, tidak amanah, kita yang dijerat.


Kalau kita rajin, ikhlas, kerja kita ada kesan, maka ia menjadi jerat yang baik untuk mendapat pahala.


Kisah pasal Ahli Parlimen Ledang, Tuan Syed Ibrahim, nanti saya cerita dalam episod seterusnya.


RAFIZI RAMLI


Sumber - https://www.facebook.com/share/p/17ZgNu5C24/?mibextid=wwXIfr




ENAM BULAN AKAN DATANG, TAUBAT DAP TAKKAN BERHENTI DARIPADA KERAJAAN…



16 December 2025


Selepas kalah dengan “telur ayam” dalam PRN Sabah baru-baru ini, DAP dengan garang memberi kata dua kepada Perdana Menteri agar kerajaan segera menunaikan janji-janji reformasi.


Parti itu memberi tempoh enam bulan kepada Anwar Ibrahim untuk janji-janji reformasi dilaksanakan, jika tidak, mereka akan keluar daripada kerajaan.


Begitu pun, seperti mana kata Anthony Loke, DAP akan terus menyokong kerajaan, cuma pemimpin-pemimpin mereka sedia untuk hidup tanpa memegang jawatan menteri dan timbalan menteri.


Ertinya, selepas ditolak oleh pengundi Sabah, DAP sedar penyebab utamanya ialah kerana rakyat tidak puas hati dengan prestasi dan janji-janji kerajaan selama ini.


Untuk mengelakkan DAP terus ditolak pada PRU16 akan datang, maka kata dua pun dilontarkan dan mereka sedia tidak terkait lagi dengan apa-apa keputusan kerajaan.


Buat seketika ini, tentu ramai yang kagum dan menghormati pendirian DAP itu.


Tetapi, melalui rombakan kabinet petang tadi, kedukaan DAP kerana kalah lapan kerusi DUN di Sabah telah terubat melalui kemurahan hati Perdana Menteri.


Walaupun kouta lima menteri kepada DAP dikekalkan, tetapi portfolio yang diberi ternyata tambah diperkukuhkan lagi.


Selain Kementerian Pengangkutan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Digital, DAP kini memiliki dua lagi kementerian lain yang amat penting untuk kelangsungan kehidupan manusia iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Kementerian Wilayah Persekutuan (di bawah JPM).


Dua kementerian baru itu ialah untuk menggantikan Kementerian Sumber Manusia serta Kementerian Belia dan Sukan yang sebelum ini dipegang oleh DAP.


Paling menarik daripada dua kementerian itu ialah penganugerahan  menjaga Wilayah Persekutuan kepada DAP yang bermakna ia suatu sejarah kerana pertama kali ia digalas oleh menteri bukan Melayu.


Sebelum-sebelum ini, semua menteri yang menjaga Wilayah Persekutuan dipertanggungjawabkan kepada menteri Melayu belaka.


Diberi peranan menjaga Wilayah Persekutuan adalah umpama “jackpot” bagi DAP kerana ia bererti seperti dapat menjaga sebuah negeri.


Jika sebelum ini DAP hanya ada Pulau Pinang sebagai negeri yang dikuasainya, kini penguasaan parti itu bertambah kepada dua negeri.


Fantastik, fantastik, fantastik…


Dengan DAP sudah sedia menguasai lima daripada 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan, tambahan diberi peranan menerajui pentadbiran negeri dengan sendirinya bermakna semakin bertambah kukuhlah penguasaan parti itu di negeri yang di dalamnya terletak ibu negara Malaysia.


Berdasarkan peranan yang semakin kukuh diberikan kepada DAP melalui rombakan kabinet terbaru ini, kata dua parti itu kepada Perdana Menteri sebelum ini sudah boleh dikira tidak bermakna lagi.


Enam bulan akan datang, sama ada janji reformasi dilaksanakan atau tidak, ia bukan lagi perkara mustahak bagi DAP.


Pokoknya, DAP tidak akan keluar atau melepaskan jawatan mereka dalam kerajaan selepas ini.


Percayalah, kiranya enam bulan lagi janji reformasi masih perlahan daripada dilaksanakan, pasti ada dalil untuk menghalalkan rasa sayang melepaskan jawatan kerajaan yang sangat penting yang sedang dipegang.


Tak percaya?


Simpan tulisan ini untuk kita sama-sama saksikan kejadiannya enam bulan akan datang. – ShahbudinHusin 16Disember2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/12/enam-bulan-akan-datang-taubat-dap-takkan-lepaskan-jawatan-dalam-kerajaan/




BAPA KLEPTOKRAS

 

Azim Balas


BAPA KLEPTOKRASI

Sebenarnya adalah Mahathir






Dari dulu sampai sekarang, bila orang buka cerita pasal skandal mega negara, satu nama yang mesti timbul ,Mahathir. Deretan dakwaan kerugian zaman pentadbiran dia memang macam katalog sebab dia terpalit dengan macam-macam skandal: Forex hilang berpuluh bilion, BMF tenggelam, MAS nazak, PKFZ meleret tak habis-habis, PERWAJA hangus, sampailah ke Maminco dan Makuwasa yang bunyinya pun sudah cukup nostalgia skandal. Banyak sangat sampai rakyat pun penat nak kira, sebab akhirnya yang bayar harganya tetap orang bawah.


Bab bailout pula tak kurang panasnya,duit Petronas pun pernah didakwa jadi ‘alat penyelamat’ untuk syarikat tertentu oleh Mahathir. Masalah Mahathir ni bila orang lain buat dia kata tu rasuah tapi bila dia sendiri buat pandai cakap itu “langkah strategik.” Sebab itulah gelaran “Bapa Kleptokrasi” melekat sampai sekarang dekat dia, bukan sebab orang suka tuduh, tapi sebab jejak lama yang masih berbau kuat.


#BapaKleptokrasi 

#SkandalMalaysia 

#PolitikMalaysia




LELAKI MILIKI TANDUK RUSA DIJEL 10 BULAN







Seorang lelaki dihukum penjara selama 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen Sandakan selepas mengaku bersalah memiliki dua pasang tanduk rusa, iaitu haiwan yang dilindungi di negeri ini.


Tertuduh, Akbar Ahmad, 35, membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Roslinda Razali.


Menurut kertas pertuduhan, tertuduh pada jam 4.15 petang, 10 Disember lalu, di sebuah rumah pekerja di kawasan estet di Kinabatangan, di mana dia didapati memiliki dua pasang tanduk rusa, iaitu haiwan daripada spesies yang dilindungi dalam Jadual 3 Nombor 9 Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997, tanpa memiliki apa-apa kebenaran yang sah.


Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah subseksyen 41(2) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 41(4)(c) enakmen yang sama, iaitu boleh didenda tidak kurang daripada RM30,000 dan tidak lebih daripada RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.


Sementara itu, menurut fakta kes, dalam Operasi Bersepadu Khazanah yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak berkuasa telah menemui tanduk rusa itu yang digantung di pintu bilik rumah dan dinding ruang tamu rumah suspek.


Kedua-dua tanduk rusa itu kemudian dirampas dan tangkapan diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah.


Sebelum itu, pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Primus Lambut, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.