Che Ibrahim
ADUN Karambunai
Kelmarin Muhyidin umum kekal sebagai pembangkang.
Hari ni Pas umum sokong Hajiji.
PRK Kinabatangan/Lamag
Kelmarin Pas umum tidak bertanding.
Bekali esok Muhyidin umum akan bertanding...
Che Ibrahim
ADUN Karambunai
Kelmarin Muhyidin umum kekal sebagai pembangkang.
Hari ni Pas umum sokong Hajiji.
PRK Kinabatangan/Lamag
Kelmarin Pas umum tidak bertanding.
Bekali esok Muhyidin umum akan bertanding...
JIKA UEC DIIKTIRAF, PKR BERPOTENSI DITOLAK PENGUNDI
11 December 2025
Pada 9 Disember lalu, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Nga Kor Ming berkata, kepimpinan partinya akan berjumpa dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk meminta agar Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) diiktiraf untuk kemasukan ke pusat pengajian tinggi kerajaan.
Beliau mengulangi pendirian DAP dalam usaha tersebut dan meminta masyarakat Cina supaya bersabar dan jangan khuatir.
Semalam, 10 Disember pula, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke memberi kata dua kepada Anwar agar melaksanakan reformasi yang bermakna dalam tempoh enam bulan akan datang.
Katanya, jika perkara itu gagal dilaksanakan, DAP akan memikirkan semula kedudukan parti itu dalam kerajaan madani.
Bagaimanapun, kata Menteri Pengangkutan itu, ia tidak bermakna DAP akan menarik sokongan dan menjatuhkan kerajaan.
Walaupun tidak menyatakan secara khusus, penilaian semula itu dilihat termasuk keluar dari kabinet dan DAP hanya menjadi penyokong kerajaan sahaja.
Jika ada yang tertanya-tanya apakah reformasi bermakna yang mungkin boleh dilaksanakan dalam tempoh enam bulan akan datang, ia tidak lain ialah mengiktiraf UEC.
Ini bermakna, kata dua DAP itu adalah suatu bentuk tekanan kepada Anwar.
Selepas keputusan PRN Sabah yang menyaksikan DAP beroleh “telur ayam”, adalah dirasakan parti itu melihat hanya dengan kerajaan memberi pengiktirafan kepada UEC saja yang mampu memulihkan sokongan pengundi Cina kepada mereka.
Jangkaan itu dikira munasabah kerana masyarakat Cina amat mementingkan bidang pendidikan.
Ertinya, meskipun ekonomi mengalami kemuraman berikutan perluasan skop SST dan pengenalan e-invois sehingga perniagaan mengalami kesukaran, hati pengundi Cina barangkali dapat dilembutkan dan akan terus menyokong DAP pada PRU16 akan datang jika usaha mereka memastikan UEC diberi pengiktirafan beroleh kejayaan.
Dalam hal ini, meskipun barangkali dengan mengiktiraf UEC itu akan memulihkan sokongan pengundi Cina kepada DAP selepas mereka menunjukkan penolakan pada PRN Sabah, tetapi keputusan itu, jika dilakukan, akan menyebabkan PKR pula semakin kehilangan sokongan pengundi Melayu.
Anwar dan PKR pasti akan berdepan penolakan yang sangat ketara daripada pengundi Melayu kerana beliau dirasakan telah tunduk kepada tuntutan DAP serta sanggup mengabaikan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.
Lagi pula, sejak tahun 1975, Tun Mahathir Mohamad yang ketika itu Menteri Pelajaran telah pun membenarkan UEC dilaksanakan di sekolah swasta di negara ini.
Pada 2012 pula, ketika Najib Razak menjadi Menteri Pendidikan, UEC telah mendapat pengiktirafan separa/bersyarat bagi tujuan pengambilan guru pelatih ke institut pendidikan guru (IPG) bagi bidang bahasa Cina.
Cukupkah setakat itu kelonggaran diberi kepada UEC dan agak keterlaluan jika ia diberi pengiktirafan yang setara dengan Sijil SPM.
Untuk itu, jika Anwar tidak mahu PKR tumbang dan semua calon Melayunya berpotensi kalah pada PRU16 akan datang, beliau harus bertegas dan tidak melayan sama sekali tuntutan DAP berkaitan UEC itu.
Jika dengan tindakan itu, DAP mahu keluar daripada kabinet – biarkan saja.
Bahkan, kalau DAP mahu keluar daripada kerajaan sekali pun – biarkan juga dan jangan dihalang daripada berlaku.
Yang penting, jangan dengan memberi laluan kepada DAP untuk beroleh kemenangan melalui pengikrirafan UEC, ia dalam masa yang sama akan menjadikan PKR sengaja menempah tiket untuk tumbang. – ShahbudinHusin 11Disember2025.
https://shahbudindotcom.net/2025/12/jika-uec-diiktiraf-pkr-berpotensi-ditolak-pengundi/

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan pada Majlis Penyempurnaan dan Pengoperasian Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru di Johor Bahru pada 11 Disember 2025. Foto HRH Crown Prince of Johor
JOHOR BAHRU, 11 Dis – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, setiap fasa pembangunan kawasan rangkaian pengangkutan stesen kereta api terutama di lokasi kecil serta luar bandar perlu diberi keutamaan dari segi penyertaan rakyat termasuk peniaga kecil dan usahawan mikro.
Perdana Menteri berkata, stesen baharu ini bukan sekadar sebuah infrastruktur pengangkutan sebaliknya akan menjadi pusat kegiatan ekonomi baharu yang berpotensi menarik pelaburan tambahan dan perlu memanfaatkan penduduk setempat.
“Kita nak pastikan pusat dan gerai makanan di kawasan ini diperindah, serta perumahan, peluang pekerjaan dan apa-apa sahaja yang memberi manfaat kepada rakyat diperbanyak di sekitar lokasi ini.

“Ini kelainan dalam pendekatan Ekonomi MADANI, pembangunan mesti dilonjakkan ke tahap membanggakan tetapi pada masa sama, memerlukan keprihatinan, campur tangan terarah atau hidden hand daripada kerajaan dengan kerjasama sektor swasta termasuk syarikat besar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyempurnaan dan Pengoperasian Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru yang disempurnakan oleh Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail di Stesen Kempas Baru di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Besar, Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Perdana Menteri juga berkata Johor misalnya, yang kini mencatat prestasi ekonomi memberangsangkan dengan pelaburan menghampiri RM100 bilion, perlu memanfaatkan stesen kereta api kecil di seluruh rangkaian.
“Johor sudah bertapak sebagai ekonomi gagah tetapi pendekatan ekonomi kita perlu bawa kepada peningkatan pendapatan rakyat dan pembangunan lebih menyeluruh,” katanya.
Mengenai Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru, Anwar berkata beliau bangga dengan penyempurnaan projek itu yang disifatkannya sebagai boleh menjadi model pembangunan negara dalam pembinaan infrastruktur pengangkutan.

“Rangkaian pengangkutan dan jaringan pengangkutan diperlukan untuk membangunkan negara, kita perlukan lapangan terbang, pelabuhan serta lebuh raya… kita hampir lengkapkan prasarana asas dan cabarannya ialah memastikan manfaat itu diperoleh rakyat.
Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru sepanjang 192 kilometer itu membabitkan pembinaan 11 stesen baharu yang direka berteraskan identiti serta warisan negeri Johor meliputi empat daerah utama iaitu Segamat, Kluang, Kulai dan Johor Bahru dengan stesen terakhir di JB Sentral.
Perdana Menteri juga berkata Kerajaan Persekutuan mengamalkan pendekatan yang lebih inklusif dengan mengambil kira input kerajaan negeri dalam setiap perancangan pembangunan termasuk penyediaan Belanjawan Negara dan Rancangan Malaysia.
Beliau berkata pendekatan kerajaan memberi penekanan kepada proses musyawarah, dengan pimpinan pusat turun ke negeri-negeri untuk mendengar pandangan, cadangan serta isu yang dibangkitkan sebelum sesuatu dasar dimuktamadkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Penyempurnaan dan Pengoperasian Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru di Johor Bahru pada 11 Disember 2025. Foto PMO
KUALA LUMPUR, 11 Dis – Kerajaan Malaysia akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM500 setiap seorang sebagai bantuan permulaan kepada pelajar Indonesia yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi Malaysia dan terkesan akibat bencana banjir di Aceh dan Sumatera Utara.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi satu kenyataan hari ini berkata, pemberian itu sebagai tanda ihsan dan persahabatan antara dua negara jiran yang berkongsi hubungan kekeluargaan.
“Malaysia menzahirkan rasa simpati dan dukacita kepada Kerajaan Indonesia dan seluruh rakyatnya atas bencana yang menimpa Aceh dan Sumatera Utara, dan bersolidariti bersama saudara kita yang sedang melalui detik sukar ini,” katanya.
Tambahnya, pelajar Indonesia di Malaysia yang terkesan boleh mendaftar dengan institusi pengajian masing-masing bagi membolehkan bantuan diselaras dan disalurkan mengikut keperluan mereka.
Ikhtiar Kerajaan MADANI itu susulan bencana banjir dan tanah runtuh yang mengorbankan lebih 1,000 mangsa di wilayah Aceh dan Sumatera Utara pada 7 Disember lalu.

Syed Saddiq tiba di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 11 Disember 2025. Foto Faiz Alif Zubir
PUTRAJAYA, 11 Dis – Pihak pendakwaan hari ini berhujah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman adalah dalang atau ‘mastermind’ dalam perlakuan pecah amanah jenayah dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin ketika berhujah, Mahkamah Rayuan juga telah gagal melihat setiap keterangan mengikut kronologi kes sekali gus tidak dapat menilai kesemua keterangan secara objektif dan menyeluruh.
“Apabila Mahkamah Rayuan gagal melihat keterangan mengikut kronologi kes, berlakunya pemutusan rantaian keterangan yang relevan sedangkan kesemua keterangan itu menjurus kepada kesalahan persubahatan. Syed Saddiq telah memberikan arahan untuk mengeluarkan wang milik Armada disebabkan alasan-alasan yang jahat dan tidak jujur.

“Malah, keterangan saksi ke-13, bekas Penolong Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali, menunjukkan dengan jelas bahawa beliau tidak akan mengeluarkan wang tersebut sekiranya tidak menerima arahan daripada Syed Saddiq,” kata Wan Shaharuddin.
Berhujah lanjut, Wan Shaharuddin berkata, Mahkamah Rayuan terdahulu gagal menilaikan keseluruhan keterangan yang memihak kepada pendakwaan apabila dari awal telah bertindak membuat suatu inferens yang tidak berlandaskan kepada keterangan dengan membuat dapatan bahawa saksi utama pendakwaan ke – 13 (SP13) telah memberikan keterangan untuk menenangkan hati (appease) pihak SPRM dan menyesuaikan (tailored) kepada kehendak SPRM.
“Ini merupakan suatu allegations yang amat serius oleh Mahkamah Rayuan apabila membuat inferens yang tidak berlandaskan undang-undang apabila mengatakan keterangan SP13 adalah untuk menyesuaikan (tailored) kepada versi pihak pendakwaan,’ katanya.

Berhujah lanjut, Wan Shaharuddin memberitahu Mahkamah Rayuan tidak boleh pick and choose (ambil dan pilih) keterangan apa yang Mahkamah Rayuan rasa perlu dan sesuai di dalam membuat keputusan Mahkamah Rayuan untuk membebaskan Syed Saddiq.
“Mahkamah Rayuan mengambil langkah untuk memilih keterangan yang memihak responden sahaja dan hanya memilih hujahan peguambela pihak responden sahaja dalam membuat keputusan.
“Adalah hujahan kami apabila Mahkamah Rayuan sepatutnya pertimbangkan kesemua keterangan pihak pendakwaan yang ada dalam rekod-rekod rayuan dan bukannya melakukan pemilihan keterangan yang Mahkamah Rayuan rasa perlu dan sesuai diambil kira,” tegasnya.

Dalam isu lain, Wan Shaharuddin berkata, panel Mahkamah Rayuan sepatutnya melihat keterangan tiga saksi pendakwaan terbabit yang menyatakan mereka tiada motif untuk mengenakan bekas Menteri Belia dan Sukan itu.
Mereka adalah pemilik sebuah syarikat pembekalan pakaian dan aksesori, Muhammad Naqib Ab Rahim, 32; bekas EXCO Armada, Abdul Hannaan Khairy; bekas Penolong Setiausaha Armada Ahmad Redzuan Mohamed Shafi; dan bekas Penolong Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali.
“Saksi pendakwaan ini adalah rakan Syed Saddiq dan menyatakan bahawa mereka tiada motif untuk mengenakan dan ‘menambah perencah’ dalam keterangan mereka. Jika hendak menyatakan semua ini sudah diatur, kena tunjukkan ada perbalahan. Ketika diperiksa balas, Syed Saddiq sendiri menyatakan hubungan dengan saksi adalah baik.

“Malah sebelum perbicaraan di Mahkamah Tinggi, saksi pendakwaan iaitu Rafiq datang bertemu Syed Saddiq untuk memperagakan baju Melayu,” katanya.
Prosiding berhubung pembebasan Syed Saddiq, 33, di Mahkmah Persekutuan di hadapan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais yang mengetuai panel tiga hakim bersambung lagi esok.
Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Che Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.
Syam Ghaz
Ustaz Nik Mohamad Abduh rasa undi Cina akan pergi ke Pas ke?
Sebab PRN Sabah DAP kalah semua kerusi
Ini masalah geng PENGHAFAL, takda kritikal thinking dan inilah berlaku pertembungan antara kelompok dalam Pas dulu yang digerakan oleh Tantawi dan Nik Abduh vs Salahuddin Ayob dan Suhaizan Kaiat.
Akhirnya Pas tendang semua G18, G18 bentuk Amanah. Puak jumud kekal dalam Pas, yang open minded ke Amanah.
Saya sertakan laporan dari Bridget Welsh 2025.
Pengundi Cina yang keluar mengundi cuma 42%, 50% masih kekal dengan PH, 45% ke Warisan sebab faktor Gelombang Sabah for Sabahan, PN dan lain2 cuma 1 % sahaja.
Kot mana Ustaz kata PAS kembali jadi pilihan?
Masa masih jadi Menteri dulu, banyak benda kami terpaksa telan.
Saya cerita terus terang pasal satu benda yang saya rasa kerajaan silap baca dari awal: cara kita biarkan episod Dr Akmal Saleh ni “meliar” sejak dua tahun lepas.
Daripada isu stoking, bendera, sampai nada perkauman, semua itu memberi signal yang sangat salah kepada pengundi Cina. Mereka fikir macam ini lebih kurang: “Kami undi kamu, paling kurang bila kami kena hentam, kamu kena berdiri depan dan bela kami. Tapi senyap. Semua orang buat tak nampak.”
Masalahnya bukan Akmal seorang. Bagi saya, ini bacaan politik yang silap. UMNO lepaskan dia mengamuk di bawah untuk kutip balik semangat UMNO lama. Dalam kerajaan, semua pula buat macam tak boleh sentuh sebab kononnya nak jaga “kestabilan”.
Datuk Seri Anwar pula, sebagai ketua Kerajaan Perpaduan, nampak terlalu berhati-hati nak menegur. Apa-apa pun dikira dari sudut macam mana nak jaga kedudukan Perdana Menteri. Bila macam tu, mesej yang sampai kepada pengundi ialah: jawatan lebih penting daripada prinsip.
Pendek kata: saya rasa “damage is done”.
Walaupun selepas itu kita betulkan soal cukai, e-invois dan lain-lain, luka kepercayaan, terutama dalam kalangan pengundi Cina, bukan senang nak sembuh.
11 December 2025
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki membayangkan akan menamatkan perkhimatannya mengetuai agensi itu tahun depan.
Ini bermakna, beliau enggan menyambung lagi kontraknya apabila ia berakhir pada 12 Mei 2026 nanti.
Azam sebelum ini telah disambung kontraknya sebanyak tiga kali mengetuai agensi anti rasuah itu, meskipun beliau begitu dimusuhi oleh PH ketika gabungan itu bergelar pembangkang.
Azam berkata, di sebalik kontraknya telah dilanjutkan tiga kali sebelum ini, tetapi keberadaannya mengetuai agensi itu mendapat kritikan daripada sesetengah pihak.
“Sudah tiga kali sambung, orang pun dah tak suka dengan saya.
“Rafizi (Ramli) tak suka dengan saya, dia kata jangan sambung (kontrak) Azam Baki dan sebagainya.
“Insya-Allah mungkin tahun depan saya akan tamatkan perkhidmatan,” katanya.
Berdasarkan kenyataan itu, secara khusus Azam menyebut faktor Rafizi tidak suka dengannya sebagai alasan utama beliau enggan menyambung kontraknya lagi.
Ertinya, kritikan Rafizi selama ini memberi kesan kepada jiwa Azam, walaupun beliau tahu Anwar amat sayang kepadanya.
Jika Anwar tidak sayang, tentulah tidak mungkin kontraknya disambung sebanyak tiga kali.
Berdasarkan sayang Anwar kepada Azam itu, banyak pihak sebelum ini berpendapat tidak mustahil jika kontrak Azam disambung lagi buat kali keempat apabila ia tamat pada 12 Mei tahun depan.
Tetapi, dengan Azam sendiri ingin berhenti dan enggan kontraknya disambung lagi, maka boleh dianggap mustahillah Anwar akan menyambungnya.
Lagi pun, setelah tiga kali disambung kontraknya, biarkanlah Azam berehat dengan pencennya sambil membuka ruang kepada orang lain menerajui agensi tersebut.
Apa pun, dengan keinginan Azam untuk berhenti dan menjadikan alasan Rafizi tidak suka kepadanya sebagai alasan utama, ini boleh dikira suatu kejayaan buat bekas Timbalan Presiden PKR itu.
Jarang kritikan orang di luar kerajaan dijadikan alasan untuk seseorang ingin berhenti, walaupun diketahui Perdana Menteri sendiri begitu sayang kepadanya.
Keadaan ini boleh disimpulkan suara Rafizi ada kesan yang besar kepada mereka yang sedang memiliki kuasa.
Walaupun Rafizi sebenarnya memang tidak suka kepada Azam sejak zaman PH bergelar pembangkang lagi, tetapi sebagai pemimpin nombor dua dalam PKR ketika itu, beliau difahami mempunyai pilihan yang terhad untuk menyaingi sayang Anwar kepada KP SRRM itu.
Sebab itu, ada bagusnya juga bila Rafizi “dikerat” dan tidak lagi berada dalam kabinet kerana beliau lebih bebas bersuara dan memberi pandangan demi kebaikan negara.
Dan pandangannya mengenai Azam terbukti berkesan sehingga Azam sendiri akhirnya memilih tidak mahu kontraknya disambung lagi. – ShahbudinHusin 11Disember2025.
https://shahbudindotcom.net/2025/12/azam-baki-tak-mahu-disambung-lagi-suatu-kejayaan-buat-rafizi/
Aman Muhammad
Pekerja FGV tidak digaji dengan duit haram.
Mereka tidak beri anak bini mereka makan duit haram.
Contoh makan duit haram ni, ialah ahli parlimen yang tidak amanah.
Antara tugas hakiki seorang ahli Parlimen, membawa isu rakyat ke Parlimen.
Bukannya jarang-jarang hadir Parlimen, masuk Parlimen pula merapu tak tentu hala.
Pendapatan basis seorang ahli Parlimen lebih RM30,000 sebulan. Dibayar pula guna duit rakyat.
Berbaloikan dia dibayar setinggi itu untuk kerja yang dia tak buat pun?
Masa program politik, sanggup diangkut ke sana ke mari.
Tapi program Parlimen, boleh pula ponteng dengan pelbagai dalil dan alasan.
Jadi, jika mahu ukuran siapa makan duit haram, bukan pekerja FGV yang makan duit haram, tapi ahli Parlimen yang khianat dan tidak amanah selalu ponteng Parlimen tu yang makan duit haram.
Nabi kata, daging yang tumbuh dari hasil haram akan dibakar oleh api neraka.
:)
Political activist, Badrul Hisham Shaharin or better known as Chegubard had to stop the third day of his walking protest mission towards the Johor Bahru Court due to severely blistered leg.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/760049/berita/semasa/saya-mohon-ampun-dan-maaf-saya-sudah-tak-larat---chegubard
#SinarHarian #SinarTerkini #Chegubard #AktivisPolitik #Mahkamah #JohorBahru