SELAIN SPEAKER MEMAINKAN PERANAN...PEMBANGKANG YANG ADA PUN BODO BODO BELAKA.


Mohd faisal



Zahid Hamidi Dan Shamsul Selamatkan Keadaan





1. Kita boleh tidak bersetuju dengan Zahid dalam banyak hal. 


2. Tapi dalam kita tidak bersetuju, ada perkara yang kita perlu bersetuju.


3. Inilah yang dinamakan bersetuju dalam tidak bersetuju. 


4. Khamis lepas saya menjangkakan akan berlaku satu kekecohan besar di Parlimen Malaysia, dan silap2 boleh jadi gaduh. 


5. Apabila usul menggantung MP Kota Bharu, Takiyuddin Hassan dicadangkan oleh Saifuddin Nasution (takde kerusi) dibawa untuk dibahas dan diundi. 


6. Usul berkenaan dikemukakan oleh Suhaizan Kaiat (kerusi Pulai). 


7. Inilah yang dinamakan kawan makan kawan. Kedua2 mereka sewaktu tidak ada apa2 dulu, hidup di atas tangan PAS. 


8. Usul pula dikemukakan di depan speaker yang kawan baik Saifuddin Nasution (takde kerusi)


9. Yang lucunya dia yang bawa usul, sampai masa pembentangan, Timbalan Menteri (kerusi Lenggong) yang bentang. Dia tak hadir. 


10. Kita semua telah lihat perbahasan dan kekecohan yang berlaku. 


11. Tinggal nak undi saja lagi. Apabila dah undi tidak ada pilihan, semua ahli parlimen kerajaan kena sokong. Walaupun mereka tahu usul itu tidak ikut peraturan. 


12. Nasib baik ketika itu yang lebih senior sikit atau bahasa kampung kita kata, nasib baik ada orang tua dalam dewan masa itu, iaitu Zahid Hamidi. 


13. Orang tua dia matang sikit, sebab banyak pengalaman. Saya difahamkan beliau minta supaya Timbalan Menteri tangguh dulu usul berkenaan. 


14. Kalau tidak dah kena enam bulan…..


15. Itu yang sebelah kem pembangkang ucap terima kasih kepada Zahid dan Shamsul sepertimana yang kita lihat dalam video2 yang tersebar. 


16. Kawan yang pernah bersama dalam PAS hendak makan kawan. Kawan yang berlawan dengan PAS, selamatkan kawan. Itulah politik wahai kawan2ku sekalian. Tiada kawan sejati, tiada musuh abadi. 


16. Kalau tidak saya tak tahu apa yang akan terjadi kepada parlimen kita pada hari berkenaan. 


17. Parlimen kita ini sebenarnya telah berada dalam keadaan parah dah Tuan2 dan Puan2. 


18. Puncanya mudah, kerana kita mempunyai seorang Speaker yang tidak ada kelayakan dan ada kepentingan dengan orang2 tertentu yang berkuasa.


19. Reformasi yang dilaungkan hanya sekadar menanam tebu di bibir mulut. 


20. Ingat, RAKYAT HAKIM NEGARA…..dua tahun tak lama.




UAC NI PERJUANGAN SWMUA PARTI POLITIK SEBENARNYA.


Norman Daud


 Pengiktirafan UEC ni bukan agenda DAP sahaja, semua parti yang berasaskan kaum termasuk DHPP PAS pun sokong supaya UEC ini di iktiraf. Ini realiti.. ini adalah perjuangan bangsa cina. Mana ada parti bangsa cina yang berani tak menyokong UEC ini diiktiraf termasuklah MCA dan GERAKAN. 







Kenapa semua parti cina menyokong UEC ni? 


UEC, atau Unified Examination Certificate, ialah peperiksaan yang digunakan di sekolah-sekolah menengah persendirian Cina di Malaysia (SMPC). Ia diwujudkan dan diuruskan oleh Dong Jiao Zong, dan bukan di bawah sistem pendidikan kebangsaan. sekolah persendirian Cina ini sudah wujud sebelum Merdeka. Komuniti Cina melihatnya sebagai institusi warisan. Bila kerajaan tidak mengiktiraf UEC, mereka rasa seolah-olah pendidikan mereka “kurang sah” di tanah air sendiri, sedangkan ia sebahagian identiti mereka. 









Masyarakat Cina di Malaysia melihat UEC sebagai satu keperluan kerana ia membolehkan pelajar belajar dalam bahasa ibunda mereka sambil mengekalkan budaya dan identiti Cina, memberikan laluan fleksibel ke universiti dalam dan luar negara, menekankan kualiti akademik yang tinggi, menjadi alternatif kepada sistem pendidikan nasional yang dianggap terhad, serta menjadi simbol autonomi komuniti dalam mengurus pendidikan sendiri. 


Di zaman pemerintahan Najib Razak beliau sendiri mengumumkan kesediaan untuk mengiktiraf UEC. 

Anuar Musa sendiri pernah mengeluarkan kenyataan yang UEC ini patut diiktiraf kerana ianya tidak melanggar mana mana perlembagaan.



PROJEK KOTA MADANI SESUAI DENGAN KEADAAN SEMASA

 


Projek Kota MADANI Putrajaya dan Bandar MADANI Bukit Jalil berada di landasan yang tepat dengan penerapan sepenuhnya elemen MADANI termasuk konsep sekolah vertikal dan kemudahan komuniti yang lebih bersepadu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.





Menerusi hantaran di Facebook pada Selasa, Anwar berkata perkembangan itu dimaklumkan ketika sesi taklimat tentang status terkini beberapa projek pembangunan utama di Kuala Lumpur dan Putrajaya.


#AWANInews


Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/projek-kota-dan-bandar-madani-berada-di-landasan-tepat-pm-anwar-551127




LAAA LAGU NI HANGPA KATA BAGUIH.

 

Mohd Asri Bakar


Patut la dia ni tak tahu apa jadah pun!. Banyak sangat main2 & wat benda2 lagho. MB apa camni, kan?. Mmg la sempoi, tapi sempoi untung kat dia la.


 Hangpa walauns yang bongok tu..dapat apa?. Dapat BODOH ja la kan?...biol betul la hangpa semua ni!. Harap muka hangpa saja yg hodoh tapi... BODOH!. 🤭🤣🤣








UEC UNTUK TARIK MELAYU DAN BUKAN MELAYU


Che Ibrahim 


UEC digunakan untuk tarik sokongan pengundi bukan melayu. 


Hudud digunakan untuk tarik sokongan pengundi melayu. 


Bila berkuasa....dua dua ke laut dalam.... Maaf la







UEC DIMAINKAN SEMULA..BARU MENARIK

Che Ibrahim.


 Isu UEC mula mainkan semula.

Kita tunggu bila pula isu hudud Dan Ruu 355 mula berkumandang.


Politik ni kena panas sokmo, baru politik jadi hidup.










BERI KATA DUA ENAM BULAN ADALAH CERMIN KEGAGALAN, DAP PATUT KELUAR KERAJAAN




10 December 2025


DAP dilaporkan memberi tempoh enam bulan kepada Perdana Menteri untuk menyegerakan reformasi yang selama ini dijanjikan.


Setiausaha Agungnya, Anthony Loke berkata, jika Anwar Ibrahim gagal melaksanakan tuntutan itu dalam tempoh tersebut, DAP akan menilai semula peranan parti itu dalam kerajaan.


Bagaimanapun, katanya, ia tidak bermakna DAP akan menarik sokongan dan menjatuhkan kerajaan.


Walaupun Loke tidak menyatakan secara khusus, penilaian semula itu mungkin termasuk DAP keluar dari kabinet dan menjadi penyokong kerajaan sahaja.


Tindakan DAP ini yang dianggap suatu tekanan kepada Anwar tentunya tidak lain adalah kesan daripada keputusan PRN Sabah yang menyaksikan parti itu kalah semua lapan kerusi yang ditandinginya.


Kekalahan itu menunjukkan pengundi Cina dan golongan peniaga tidak lagi menyokong DAP.


Faktor terbesar keadaan itu ialah kedudukan ekonomi yang tidak memberahikan sejak PH menerajui kerajaan, selain beberapa keputusan kerajaan seperti perluasan skop cukai SST dan pengenalan e-invois yang tidak menggembirakan golongan peniaga.


Tuntutan DAP agar Anwar melakukan reformasi yang lebih bermakna dalam tempoh enam bulan akan datang pastinya bertujuan untuk mengelakkan parti itu terus ditolak dan kalah teruk pada PRU16 akan datang.


Sebenarnya, tiada guna sama sekali untuk DAP memberi kata dua atau menetapkan tempoh itu kepada Anwar kerana jika dalam masa tiga tahun menjadi kerajaan sebelum ini pun reformasi gagal dilaksanakan, mana mungkin sesuatu yang drastik dapat dilakukan dalam tempoh enam bulan akan datang?


Bahkan, dengan memberi tempoh masa itu, ia dengan sendirinya mencerminkan kegagalan DAP sendiri.


Mengapa dalam tempoh tiga tahun sebelum ini Anthony Loke tidak bersuara keras seperti ini?


Kenapa hanya setelah kalah di Sabah, baru hendak lantang memberi kata dua dan ancaman?


Percayalah, jika DAP merasakan reformasi gagal dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun yang telah berlalu, ia tidak mungkin menjanjikan kejayaan dalam tempoh enam bulan akan datang.


Sebab itu, pilihan DAP untuk keluar daripada kabinet dan hanya menjadi penyokong kerajaan saja jika selepas tempoh enam bulan akan datang, reformasi bermakna masih gagal dilaksanakan, ia tetap merupakan tindakan yang yang sia-sia.


Bahkan, ia juga tidak mampu untuk memulihkan kepercayaan pengundi Cina dan golongan peniaga kepada DAP.


Hakikatnya, pengundi Cina dan golongan peniaga rata-ratanya sudah tidak percaya lagi pada kerajaan yang ada ini.


Selagi DAP bersama mereka, walaupun tidak memegang jawatan dalam kabinet, sokongan yang telah lari tidak mungkin datang kembali. 


Satu-satunya pilihan untuk DAP meraih kembali kepercayaan pengundi dan menghidupkan harapan untuk menang banyak kerusi hanyalah dengan keluar daripada kerajaan dan memisahkan dirinya daripada kuasa.


Ada berani – masih sayang jawatan menteri atau kerusi?. – ShahbudinHusin 10Disember2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/12/beri-kata-dua-enam-bulan-kepada-pm-cermin-kegagalan-dap/




UCOP Lembik Semboyan GEGURL


Zuwairi Md Yusof







Dengan Bangla,Rohingya bolehlah tunjuk kuat,berani,berlagak samseng bila dah masuk gelanggang longlai juga rupanya takdelah kuat mana hebat pun,kahkahkah.JOJO pun ketawakan mangkuk jamban acah2 kuat,hebat dan samseng ni. 




.Macam mana UCOP boleh dapat tali pinggang hitam pun entahlah.Pergi lawan BEN LADIN dulu baru tahu tahap mana ja samseng taik kucing UCOP.Kalau menang dengan BEN LADIN,SAYA sendiri sudi lawan UCOP dalam gelanggang untuk bagi pengajaran paling bermakna durjana seperti dia.Setakat UCOP ni layak lawan DMA ISLAM tu ja.Sapa setuju dan sokong angkat tangan masing2,kehkehkeh.


Link post twitter https://x.com/md_zuwairi/status/1997933867559444491





JANGAN PERCAYA SANGAT PADA PEMBODEK SEKELILING YANG JUGA GAGAL UNTUK MENERANGKAN PADA RAKYAT

 

Alhamdulillah positif. Kita doakan yang TERBAIK untuk pimpinan PH, Kerajaan Perpaduan dan Negara Malaysia.






1. Nampaknya Pimpinan PH responsif seperti dulu balik.


2. Sudah buat post mortem PRN Sabah dan ambik langkah ke hadapan fahami signal diberikan.


3. Kena ambil iktibar kelemahan Kerajaan PH 1.0 yang skema buku dan percaya kepada deep state dan politik talam 4 muka hingga tumbang Kerajaan PH 22 bulan memerintah, alert dgn Langkah Syaiton dan Tebuk Atap 2.0 dan ibrah kejatuhan Morsi di Mesir kena jadi panduan.


3. Baki 2 tahun lagi, masih sempat Reform habis habisan Kementerian, Agensi, Jabatan dan Glc Kerajaan di Malaysia terutamanya Institusi Kehakiman, hapuskan Akta Drakonian dan RASUAH serta rombak SPRM. 


4. Tidak lupa kepada pengundi teras kita, tapi jangan tinggal pengundi atas pagar agar kembali kepada PH balik. 


5. Pengundi atas pagar lari ke PN pada PRU15 kena ambil kira sangat, salah satu element penting Menteri - Timbalan Menteri PH1.0 lambat buat perubahan dan ‘honeymoon’ lama sangat, kena tikam dgn BERSATU dan Katak, dan deep state.


5. Baik pulih Negara, baiki tatakelola dan rombaklah Kabinet jika Ada Menteri, Timbalan, Pengerusi Glc dan semua lantikan politik serta PTD/GLC yg terlibat dengan RASUAH dan tak competent.


6. Ada masa lagi, dah banyak kita buat. Tapi Komunikasi Strategik kena berkesan supaya angin perubahan dan REFORMASI yang dibuat sampai ke setiap orang Rakyat di Malaysia. 


7. Hentikan bergantung kepada media konvensional dan fokus bina balik kekuatan media Komunikasi PH dulu supaya lebih kuat 


8. Ubah sebelum tergolek dan digulingkan oleh deep state dan Pengundi Teras kita.


Jalan Terus PH, kami percayakan anda, REFORM.


Syam Ghaz