WOW CEPLOS 8K SEBULAN..HEBAT YA...PATUT LA..KETIADAAN RAFIZI SEBAGAI PANGLIMA PERANG , JANGAN PKR NAFIKAN..


Zuwairi Md Yusof








Rafizi Ramli Di Sini Sana Mana2 2

Pemimpin Sialan macam Shamsul memang akan menerima akibat dari percaturan dia dan rakan2 KARTEL,DAMAI PKR same ade cepat atau lambat kerana janji Allah itu pasti dan jelas tiada kaburnya.Pemimpin Sinaran macam Rafizi Ramli kau campak di mana2 pun tetap berguna dan membantu orang ramai.Anwar mungkin Bintang,Permata,Ikon di era lalui tapi kini tidak lagi.Ketua Cabang PKR Paya Besar,Pahang yang menang pemilihan 2025 pun tidak di cabar dulu siap akui YB Pandan Tokoh Hebat pada 2019 tetapi kini sudah kata macam2 bukan2 yang buruk sama Rafizi,HaHaHa jebon Ceplos RM 8000 sebulan.

Jangan sampai detik kamu hembuskan nyawa pun kamu sebut nama Rafizi di bibir sudahlah askar pencen itu.Siapa boleh di harapkan jadi Presiden PKR bermula 2028 dan ke atas lepas ini?Jika tengok prestasi PRN Sabah itu,Nurul Izzah OUT,Saifuddin OUT,Amirudin OUT,Ramanan OUT.Semua kena pukulan maut di Sabah tak upaya pun buat sesuatu untuk PH dan PKR.Jika itu tidak buka mata dan telinga akar umbi PKR memang terkuburlah terus PKR lepas ini PRU16 ke atas semudah itu saudara dan saudari semua.Anda nak jual apa kalau bukan Reformasi?Reformusa,Reformanan atau Reformati serta Reforbasi?

Link post twitter







 

KEMELUT SABAH BELUM LAGI BERAKHIR, BERAPA LAMA HAJIJI MAMPU BERTAHAN?



2 December 2025


Meskipun kerajaan negeri Sabah telah ditubuhkan dan Ketua Menteri sudah mengangkat sumpah, kemelut di negeri itu nampaknya masih lagi belum berakhir..


Laporan berita menyatakan, seramai 12 Adun GRS serta beberapa Adun Bebas mula tidak senang dan secara terbuka meluahkan rasa tidak puas hati mereka.


Mereka tidak senang kerana kerajaan negeri yang terbentuk selepas PRN baru-baru ini masih mengandungi parti daripada Malaya dan diberi portfolio penting, satu situasi yang bertentangan ketika berkempen sebelum ini.


Drama selepas pilihan raya terlihat lebih menarik berbanding drama sebelum pengundian diadakan.


Persoalan kini, berapa lama kerajaan Hajiji Noor ini mampu bertahan?


Mungkinkah ia bakal tumbang di tengah jalan?


Berikut adalah laporannya sebagaimana disiarkan dalam Malaysiakini:-


Ketenangan selepas pilihan raya Sabah mula goyah, kurang 24 jam selepas senarai kabinet baharu diumumkan.


Seramai 12 Adun Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama beberapa wakil rakyat bebas mula menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap komposisi kerajaan negeri.


Apa yang bermula sebagai rungutan dalam kumpulan WhatsApp bertukar menjadi ledakan terbuka, dengan beberapa Adun seolah-olah mengugut pentadbiran Ketua Menteri Hajiji Noor melalui hantaran, amaran dan isyarat politik di media sosial.


Punca utama rasa tidak puas hati dan kemarahan mereka ialah kemasukan pemimpin “parti Malaya” menganggotai barisan kabinet negeri.


Antaranya, pemimpin Umno Jafry Ariffin kini memegang portfolio pelancongan Sabah, manakala pemimpin PKR Jamawi Jaafar dilantik menteri pertanian Sabah.


Bagi mereka yang sepanjang kempen menjaja slogan “rumah kita, kita jaga”, langkah ini dilihat sebagai pengkhianatan kepada janji mewujudkan kerajaan Sabah yang dikemudi anak tempatan, bebas daripada dominasi parti nasional.


Beberapa Adun yang marah secara peribadi mendakwa gabungan itu kini “dikompromi”, dan mesej ‘Sabah didahulukan’ menjadi longgar sebaik pemimpin nasional diberi portfolio strategik.


Menambahkan lagi keperitan mereka ialah beberapa pemimpin BN – khususnya Adun Lamag, Bung Moktar Radin – yang dalam kempen lalu melabel kerajaan GRS ketika itu sebagai “kerajaan gagal”.


Selain 12 Adun GRS, lima wakil rakyat bebas – Maijol Mahap, Jordan Angin, Rina Jainnal, Fairuz Renddan dan Awang Ahmad Sah Sahari – difahamkan menyertai kumpulan tidak berpuas hati itu, mewujudkan potensi blok penentang yang besar dalam DUN Sabah.


Di pihak GRS, tiga Adun dikenal pasti secara jelas melalui hantaran masing-masing atau sumber dalaman adalah Masiung Banah (Kuamut), Ruddy Awah (Pitas) dan Isnin Aliasnih (Klias).


Masiung tidak menyembunyikan rasa tidak puas hatinya. Di laman media rasminya, dia menulis:


“(Sebanyak) 12 kerusi GRS kini berpotensi menjadi kerusi pilihan raya kecil, termasuk Kuamut.”


Di Facebook peribadi pula, dia menambah: “Saya akan panggil sidang media tidak lama lagi.”


Hantaran itu tular dengan pantas, menimbulkan spekulasi sama ada beberapa Adun sedang mempertimbangkan peletakan jawatan beramai-ramai sebagai ugutan politik.


Namun, bawah undang-undang antilompat Sabah, kenyataan itu tak sepenuhnya tepat – Adun GRS tidak hilang kerusi hanya kerana menarik sokongan daripada ketua menteri selagi tidak meletak jawatan daripada parti.


Satu mesej tular – dipercayai dari saluran WhatsApp bahagian GRS – mendakwa Isnin Aliasnih keluar dari Istana Seri Kinabalu ketika senarai kabinet dimuktamadkan.


Malaysiakini belum dapat mengesahkan dakwaan itu, sementara semua Adun berkenaan tidak menjawab panggilan dan mesej.


Namun sikap membungkam mereka hanya menambah persepsi wujudnya perpecahan yang semakin melebar.


Gambar beberapa Adun makan malam bersama di sebuah hotel turut tular, mencetuskan lebih banyak spekulasi. 


Ketika ditanya, salah seorang daripada mereka hanya menjawab ringkas:

“Kami minum kopi saja.”


Cubaan Malaysiakini untuk menghubungi mereka juga tidak berjaya, manakala beberapa Adun memilih meluahkan rasa tidak puas hati melalui kapsyen samar-samar di Facebook, status WhatsApp, dan tangkap layar yang disebarkan.


Pemerhati politik lama melihat corak ini sebagai strategi tekanan terkoordinasi – biasanya langkah awal untuk tawar-menawar jawatan dalam kerajaan.


Malam tadi, Setiausaha Agung GRS Armizan Ali mengeluarkan peringatan tegas bahawa pentadbiran negeri tidak boleh digugat melalui ugutan dari WhatsApp atau sindiran politik di media sosial.


Tanpa menyebut nama, Armizan menegaskan bahawa kerajaan mesti dibentuk melalui pengorbanan politik dan tidak semua mereka boleh diwakili dalam lantikan kabinet fasa pertama.


Dia memberi amaran bahawa tindakan sedemikian boleh menjejaskan keyakinan rakyat dan menggugat kestabilan kerajaan yang baru sehari dibentuk.


Armizan turut menolak dakwaan bahawa kemasukan tokoh parti nasional menggugat kerangka ‘Sabah didahulukan’ dan berkata, pelan susunan kerusi lebih besar diperlukan untuk memastikan kerajaan stabil dan berfungsi.


Setakat ini, rasa tidak puas hati hanya sekadar di alam maya. Tiada Adun secara rasmi keluar GRS atau menarik sokongan kepada Hajiji.


Namun keretakan yang semakin terbuka ini menunjukkan wujud isu lebih mendalam berkaitan identiti, perwakilan, dan makna sebenar politik ‘Sabah didahulukan’ apabila pemimpin nasional menganggotai kabinet.


Hajiji kini memiliki sokongan sekurang-kurangnya 46 Adun. Tetapi jika 12 Adun GRS dan lima Adun bebas ini menarik sokongan, angka kerajaan akan jatuh bawah 37 kerusi, menyebabkan pentadbiran terancam runtuh.


Setakat ini, semua kemarahan hanya berlaku di alam maya — belum diterjemahkan kepada sebarang tindakan.


Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/762374




OWHHH RUNDING TERUS ITU KIOK


 Che Ibrahim


Runding terus tu memang ada dalam Pekeliling Perolehan, tapi menamakan syarikat tunggal untuk diberi projek secara runding terus tu semacam ada "fishy"....



Tapi surat sokongan memperpanjangkan sahaja bukan untuk dipilih pun bagai nak rak gegak gempita macam lah melanggar peraturan



WALAUN PKR MELOPONG TAPI KERAJAAN PERPADUAN KUKUH DI SABAH

 


Strategi Anwar dan Hajiji berkesan boleh bentuk Kerajaan Perpaduan selepas PRN Sabah. Warisan dan PN melopong tidak dapat bentuk Kerajaan. Dilihat Kalah, Tapi Berjaya Kekalkan Kerajaan Perpaduan di Sabah, itulah Kemenangan.








1. Anwar dan Saifuddin sangat alert dengan perkembangan politik Sabah, terutamanya apabila kes #Justice4Zara meletup di medsos, isu Mahkamah Tinggi Sabah buat keputusan bagi 40% ke Sabah, isu blackmail Albert Tei ke YB YB Sabah hingga mencetuskan gelombang Sabah for Sabahan.


2. Daripada situ, mrka jalankan strategi bertanding berasingan dan combine selepas menang. PRN kalini GRS, PH, BN dan UPKO tanding sendirian. Tapi bentuk gabungan selepas menang. Jika bertanding atas koalisi besar, comfirm banyak lagi kerusi kalah dan Warisan dapat bentuk kerajaan dengan PN. 


3. Akhirnya strategi mrka berjaya. Kerajaan Perpaduan yang selari dengan Putrajaya dapat dibentuk semalam, tanpa mengenepikan sentimen Sabah for Sabahan;


• GRS - 29

• BN - 6

• BEBAS - 5

• UPKO - 3

• PH - 1

• KDM - 1


4. Kita kena faham, Kerajaan Sabah sebelum PRN Sabah terdiri dari parti sama. GRS, PH, BN, UPKO. Kalini pun yang menang pasukan sama, yang kalah dan kekal pembangkang tetap Warisan dan PN. Kerajaan GRS - BN - UPKO - PH kekal memerintah.


5. Lihat sahaja strategi UPKO, daripada Menteri letak jawatan dan fokus kempen Sabah for Sabahan. Akhirnya menang 3 kerusi. Jika UPKO kekal dan tidak dapat baca rentak, nescaya lagi banyak kalah dan Kerajaan Perpaduan tidak cukup kerusi untuk bentuk Kerajaan Sabah.


6. GRS pula jika istihar gabung dengan BN, akan kalah lebih banyak. Mrk ambil jalan tanding berasingan, w/pun bertembung ia dilihat friendly fight untuk capai matlamat lebih besar.


7. Warisan dan Ph banyak bertembung di kerusi bandar. Gelombang amat kuat, hingga kalah di kerusi tradisi. Memang sengit sebab gelombang Sabah for Sabahan, sebijik seperti gelombang Hijau PN landa semenanjung tempohari di PRU15. Cuma bezanya kalini gelombang itu lahir daripada rakyat, bukannya daripada PN atau Warisan.


7. Jika tidak kena strategi PRN Sabah haritu, WARISAN dan PN dah boleh bentuk kerajaan, dan Kerajaan Perpaduan tumbang di Sabah. Ini yang pembangkang mahukan. 


8. Sekarang PN seperti “ayam gila ke sakok”, nak jadi Kerajaan tapi tidak boleh. 41 telor, hanya 1 menetas. 


9. Warisan kini jadi pembangkang kuat untuk check n balance Kerajaan Sabah. Ia juga bagus untuk politik Sabah untuk terus ke depan supaya kerajaan sedia ada lebih competance.


10. PN menang 1, kalah 36 kerusi hilang deposit dari 42 kerusi mereka bertanding. Kekal pembangkang di Sabah dan Malaysia. Melopong sebab hina rakyat Sabah isu roti Gardenia.


11. Annuar Musa, Pengarah Pilihanraya Raya Sabah kata ia adalah signal “Say No to Anwar”, dia lupa diri data tidak boleh menipu. 


12. PN cuma dapat 41,584 undi popular walaupun tanding 42 kerusi, berbanding PH dapat 75,938 undi walaupun tanding 22 kerusi DUN. Ia adalah signal Say No to PN@Gardenia dan Annuar Musa patut letak jawatan kerana gagal.


13. Akhirnya Kerajaan Perpaduan Sabah berjaya di bentuk selari dengan Persekutuan, perbincangan usaha beri 40% hasil Sabah diteruskan, MA63 pun diperkemaskan, bantuan RM600 juta tetap turun ke Sabah dan penambahbaikan infrastruktur jalan, air dan kemudahan lain akan dipertingkatkan.


14. Terima kasih rakyat Sabah. Anda semua telah membuat keputusan, kita hormati. Dan buat semua kepimpinan PH dan Kerajaan Perpaduan, inilah masanya kita buat bermuhasabah, baiki dasar dan polisi supaya lebih mesra rakyat.


15. Jika perlu dibuat rombakan kabinet, dasar dan polisi, minta PMX Anwar Ibrahim segerakan. Tukar semua Menteri dan Timbalan Menteri yang tidak competance dan terpalit rasuah untuk hadap PRN Melaka, Sarawak dan Johor dengan lebih gagah dan teruskan momentum kemenangan. 


16. Lantik “Kabinet Pilihanraya” segera. Terima kasih


Syam Ghaz




TAK PUAS HATI LAK DAH



 KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Satu gambar tular di media sosial memaparkan sekumpulan 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan beberapa ADUN bebas dipercayai berada di sebuah hotel di sini.


Kumpulan ADUN berkenaan didakwa berkumpul susulan rasa tidak puas hati terhadap keputusan membenarkan Barisan Nasional (BN) Sabah menyertai kerajaan baharu yang dibentuk Datuk Seri Hajiji Noor selepas Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17).




Rafizi Ramli Di Sini Sana Mana2

Zuwairi Md Yusof






Selepas teruk di bantai geng HIRUK,SIMPSON,PAP akhirnya CEPLOS2 RM8K serta anggota MPP PKR di dapati mengalami tekanan perasaan dan kemurungan dasyat sehingga mengajak untuk gencatan senjata dan kembali menyatukan ukhwah,kahkahkah.Korang yang dah menang cara jijik dan kotor pemilihan lalu memang layaklah korang yang di kecam teruk di posisi masing2 itu bukan mereka yang kalah pemilihan berat terbelah belah.Live Faizal Rahman sendiri mengatakan keputusan pemilihan PKR 2025 tidak sah dan terbatal mengikut undang2 ROS kerana PKR gagal menjawab semua 280 aduan rasmi berbayar ahli2 seperti termaktub di dalam undang2 yang ada.Memandangkan ROS bawah Pudin maka semuanya jadi krik krik krik.


Resit untuk di simpan:


Rafizi bercuti end 2019.Rafizi berundur 2025. 


Sabah 2020 ❌ 2025 ❌

Melaka 2021 ❌ 2026⁉️

Sarawak 2021 ❌ 2026⁉️

Johor 2022❌ 2027⁉️


RAFIZI DATANG KEMBALI lancarkan Ayuh Malaysia Mac 2022

PRU15 NOV 2022 ✅

RAFIZI lancarkan Ayuh Malaysia 2 Julai 2025

PRU16 Nov/Dis 2026⁉️


Link post twitter https://x.com/md_zuwairi/status/1995520619656753646



ADA YANG FITNAH LAGI KAH.?

 Che Ibrahim.


Ramai kot yang like n percaya dia punya fitnah di thread.. dia tak Tau kah yang sorang YB pas dah pun fitnah benda yang sama n minta maaf dekat mantan TPM Dr Wan Azizah Wan Ismail?





MAIN GOLF NI TAK MAHAL MANA PUN. SEKALI SEKALA SAJA.

 

Hebat seorang pegawai menteri dan sorang peg timbalan menteri dah pandai main golf … orang lain pun main golf juga x ada la nak tunjuk2 ,