PATUT MCA MELINGKUP





 ISU KEDAULATAN PERJANJIAN MALAYSIA - US: RESPON KEPADA WEE KA SIONG


Kartun la kamu ni Wee Ka Siong! Takkan dua dua agremement tu kamu tak baca, sila baca tulisan saya ni;


Kemboja lebih bijak daripada Malaysia sebab ayat dalam perjanjian Amerika–Kemboja sebut “jangan jejas kedaulatan,” tapi versi Malaysia tak tulis perkataan tu. Itu naratif separuh masak dan spin! 


Dalam rundingan antarabangsa, bukan ayat yang tentukan kekuatan negara — saiz ekonomi & kuasa tawar-menawar yang tentukan hasil.


Realitinya, Malaysia tak perlukan ayat defensif macam Kemboja sebab kita masuk rundingan sebagai rakan perdagangan besar — bukan negara kecil minta perlindungan.


Malaysia ekonomi 9 kali lebih besar, perdagangan dengan AS 7 kali ganda lebih tinggi, dan kita dapat akses lebih >18,000 produk ke pasaran Amerika dengan kadar tarif sangat rendah.


Deal Malaysia jauh lebih besar, lebih kompleks dan lebih strategik; sebab itu bahasa dipakai bahasa teknikal — persetujuan bersama, timeline dipersetujui dua pihak. Itu tanda kuasa tawar-menawar kuat, bukan tunduk.


Kalau Malaysia “tunduk”, sudah lama kita ikut sekatan AS terhadap China. Tapi hari ini Malaysia kekal bebas — China pelabur terbesar, AS juga rakan dagang utama, dan kita dapat manfaat dua-dua blok kuasa.


Kemboja perlu tulis “kedaulatan” sebab mereka di posisi bertahan. Malaysia pula dalam posisi rakan strategik ekonomi dgn US. Negara kecil minta jaminan. Negara kuat tetapkan syarat dan dapat manfaat lebih besar.


PERBANDINGAN DATA:


1. Perbandingan Saiz Ekonomi (KDNK)


▪️Malaysia  - RM1.98 trilion

▪️Kemboja - RM217 bilion 


Malaysia ~9 kali lebih besar daripada Kemboja. Malaysia bukan negara yang perlukan frasa perlindungan dalam perjanjian — Malaysia ada kuasa tawar-menawar.


2. Perdagangan dengan US


▪️Malaysia - USD 72 bilion (~RM338B)

▪️Kemboja - USD 11 bilion (~RM52B)


Malaysia berdagang 7 kali lebih besar dengan Amerika. Ini bukan “tunduk”. Ini negara besar berunding cara negara matang.


Kemboja perlukan ayat “kedaulatan” sebab mereka perlukan perlindungan.


3.Akses Produk ke Pasaran AS


▪️Malaysia: >18,000 produk diberi manfaat tarif dan 98.4% eksport ke AS diberi akses lebih baik (MITI release).


▪️Kemboja: majoriti akses hanya sektor garmen/footwear (low-value products).


Negara kecil minta jaminan. Malaysia tetapkan syarat, dapat akses pasaran lebih besar, dan kekal bebas berdagang dengan AS & China serentak. Malah gerakan ASEAN FIRST dan joint BRICS utk imbang US.


Wee Ka Siang elok sekolah balik! Rujuk balik semua kes kes kamu masa jadi Menteri dulu. Tak perform pun!


Syam Ghaz 


RUJUKAN:


1. rujukan: https://tradingeconomics.com/malaysia/gdp


2. https://fred.stlouisfed.org/series/ MKTGDPKHA646NWDB


3. https://www.aljazeera.com/economy/2025/2/14/malaysias-economy-grows-5-1-in-2024-on-strong-investment-domestic-demand


4. https://www.worldbank.org/en/news/video/2024/06/06/cambodia-economic-update-june-2024-export-revival-and-trade-shifts


5. Sumber rasmi US Gov: Malaysia–US: https://www.census.gov/foreign-trade/balance/c5570.html


6. Sumber rasmi US Gov: Cambodia–US: https://www.census.gov/foreign-trade/balance/c5550.html


7. MITI — US Trade Benefits

https://www.miti.gov.my


8. Office of the US Trade Representative

https://ustr.gov


9. Malaysia GDP — World Bank

https://data.worldbank.org/indicator/NY.GDP.MKTP.CD?locations=MY


10. Cambodia GDP — Macrotrends

https://www.macrotrends.net/countries/KHM/cambodia/gdp-gross-domestic-product



𝗣𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘀 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗵𝘆𝗶𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗬𝗮𝘀𝘀𝗶𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺.






Kabinet Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim pengurangan dari jumlah Timbalan Menteri, tiada lantikan Duta Khas Bertaraf Menteri, kurang lantikan politik, tiada bayaran kepada penasihat kerajaan dan memperkenalkan pemotongan 20% gaji Menteri dan Timbalan Menteri.


Dari segi struktur, Kabinet Anwar lebih ringkas dan kos efektif dibandingkan dengan zaman Kerajaan Muhyiddin Yassin.


Dan Dato' Seri Anwar Ibrahim sehingga kini, tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri.





UMNO DAH TERIMA AKIBAT- SUDAH SUDAH LA...TUA SANGAT DAH.JANGAN DOK GUNA DIA LAGI DAH..

 


Setuju....




Tun pecat Anwar Ibrahim 02Sept 1998

Tun disingkir UMNO 2003.


1999

UMNO hilang Terengganu


2008

UMNO hilang Kedah , Selangor , pulau pinang , Negeri sembilan & Melaka


2012

UMNO hilang 2/3 majoriti di PARLIMEN


2018

UMNO hilang Putrajaya


2023

UMNO hilang Putrajaya 


Terima kasih Tun

Kerana Tun UMNO hilang kuasa 

Kerana Tun UMNO pecah 

Mungkin ini lah pernyataan Tun sebelum mati





ULASAN BAIK UNTUK DIRENUNGI

 

Khairil Lee






This is my personal view. 

Mungkin ada yang tak suka. 

Maaf Sya tulis terus dari Kepala. 

Tak ada skrip. 


Sya rasa sudah sampai masa kita put a stop to this personal conflict between them.

We have other  important issues .


Kita toksah layan la Benda Benda yang boleh drain out our energy. 

Why should we waste our time. 


Saya rasa Tanggungjawab DSAI sekarang untuk membina semula Negara. 

We wasted PRU14 by having 3 Prime Ministers dalam tempoh tak sampai 5 tahun. 

Pertama kali dalam sejarah. 

Segala macam Kerja Kerja untuknegara terhenti. Covid lagi. 


Tun Pegang 22 bulan.

Pastu Sheraton Move. 


Pastu TSMY pula Pegang 30 bulan.

 Kabinet  tutup. 

Pastu buat keputusan sendiri. 


Pastu gaduh lagi. 

TS Ismail Sabri pula ambil alih. 

Dia pula sibut buat Kerja lain. 


So all the RMK13  semua Jemmm. 


We neglected our Defense. 

We neglected almost everything. 

All ongoing projects stopped. 

All awarded projects retender balik semula. 

Semua Kerja Kerja  jadi haywire. 

Jabatan kerajaan pun confused. 

Kejab ini Kejab itu. 


Bila DSAI took over pun dok bergaduh nak tukar jugak. 

Semua  tak betul. 

Buat ini salah buat itu salah. 

Menari pun salah. 


Apa yang kita nak sebenar nya ni. 

Saya pun tak tahu apa yang kita nak. 


Yang  nampak hanya orang orang nak jadi PM.

Konon nya dia lebih Hebat. 

Dia lebih baik. 


Nanti bila Dia jadi PM  orang lain pulak akan  cari jalan  jatuhkan dia .

Sampai bila nak jadi Macam ni. 


Apa kata bila  lantik seorang PM biarlah Dia buat Kerja Dia sampai habis term. 

Nak kritik membina OK. 

Jangan lah kritik babi buta. 

Hasut Sana Sini. 


So far I have seen there is no Prime Minister yang Boleh berjaya buat apa apa kemajuan besar dalam tempoh 1 penggal. 

Ini kenyataan. 

Tun dulu  22 tahun.

That's why he was able to do many things. 


Masa dia 22 bulan Ada ke dia dapat bawa apa apa kemajuan? 

Nothing. 


Kalau kita semua tengok Anwar tak Bagus tak boleh buat Kerja.  

PRU 16 kita Tukar. 


Kalau kita tengok  Dia Bagus kita bagi lagi 5 tahun. 

Baru kita boleh nampak betul betul kemajuan yang dia nak bawa. 


Sementara tu jangan lah dok hasut yang Bukan Bukan. 


Diam lebih bagus. 


Salam




ANTARA REE DAN PETROLEUM


Che Ibrahim.







Perjanjian nak jual REE ke US ni sama la dengan perjanjian nak jual Musang King ke China, dah pekebun Musang King tak mahu jual ke China, sign la beratus perjanjian pun, KPKM nak ambil mana durian Musang King tu??? 


Kerajaan Pusat tak dak lombong REE sendiri, kuasa melombong mineral bawah negeri. Berbeza dengan minyak/petroleum, Kerajaan Kerajaan Negeri telah bersetuju serah hak kepada PETRONAS untuk carigali minyak di perairan mereka sebagaimana Akta Pembangunan Petroleum 1974 (Akta 144).


REE pun begitulah juga.... Mu cari sendiri la nak jual ke sapa REE mu, peduli apa ke perjanjian Anwar - Trump.




BACA DIN CIRIT- JANGAN TAK BACA- KENYATAAN BALAS KEPADA TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN: ART – KEDAULATAN & EKONOMI TERJAMIN








Terima kasih kepada YB Tan Sri Muhyiddin di atas persoalan yang dibangkitkan tentang Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat. Sebelum saya menghuraikan isu-isu yang dibangkitkan oleh TSMY satu persatu, saya ingin menegaskan semula beberapa fakta utama yang telah saya bentangkan di Parlimen pada 29 Oktober 2025, iaitu:


1. Rundingan ART berbeza sama sekali daripada rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang lain. Tarif Timbal Balas (Reciprocal Tariff) adalah cukai unilateral yang dikenakan oleh AS.


2. AS kekal sebagai salah satu pasaran eksport terbesar Malaysia. Jumlah perdagangan dua hala pada 2024 mencatatkan RM325 bilion, dengan nilai eksport Malaysia sebanyak RM198.65 bilion. Untuk tempoh Januari-September 2025, jumlah eksport negara pula adalah RM166.38 bilion. 


3. Malaysia wajib mempertahankan akses kepada pasaran kritikal AS ini dan berunding demi kepentingan nasional dan kelangsungan ekonomi kita.

4. Perjanjian ini melibatkan kelangsungan punca rezeki jutaan rakyat Malaysia merentasi sektor utama (Elektrik & Elektronik, Aeroangkasa, Getah, Koko, Farmaseutikal). Keengganan bertindak pantas akan menyebabkan jutaan rakyat Malaysia terancam hilang punca pendapatan.


Walau bagaimanapun, sepanjang proses rundingan, Kerajaan telah:

● Berpegang teguh kepada prinsip berkecuali, menggunakan pendekatan seluruh kerajaan (whole-of-government), dan sentiasa memastikan kepentingan serta kedaulatan negara dilindungi dan dipelihara.

● Tegas tidak berganjak daripada pendirian melibatkan isu-isu garis merah (red lines), terutamanya Dasar Bumiputera, Dasar Perolehan Kerajaan, dan tuntutan liberalisasi ekuiti sepenuhnya dalam sektor strategik negara (seperti Tenaga dan Telekomunikasi).

● Perjanjian ART ini juga mengandungi klausa yang menjamin kedaulatan negara, di mana pelaksanaannya adalah berdasarkan kepentingan dan keselamatan ekonomi negara serta berlandaskan undang-undang dan peraturan domestik.


Hasilnya, Malaysia berjaya mendapat penurunan kadar tarif dari 25% kepada 19%, menjadikannya kadar terendah yang dikenakan kepada negara-negara ASEAN yang mempunyai lebihan dagangan dengan AS.


Malaysia juga berjaya memperoleh pengecualian daripada tarif 19% ini bagi 1,711 barisan tarif (tariff lines) ke atas produk eksport utama, termasuk minyak sawit, barangan getah, produk koko, komponen pesawat, dan farmaseutikal, yang menyumbang kolektif sehingga RM22 bilion (USD5.2 bilion).


Jika Malaysia menolak perjanjian ini, Kerajaan AS dijangka menaikkan semula kadar tarif kepada kadar asal 24% atau kadar yang jauh lebih tinggi (30%, 40%, 50%, malah 100%). Ini secara langsung akan melumpuhkan daya saing eksport Malaysia ke pasaran AS.


Selain itu, ketidaktentuan pasaran akan menyebabkan pelabur hilang keyakinan untuk membuat pelaburan baharu atau mengembangkan operasi sedia ada di Malaysia. Faktor kebolehramalan (predictability) dan kebolehjangkaan (certainty) adalah prinsip asas kepada komuniti perniagaan. Pelabur tidak akan memilih negara yang kelihatan teragak-agak dan tidak mengambil tindakan proaktif untuk melindungi akses pasaran eksportnya.


Jawapan kepada Isu-Isu Spesifik oleh TSMY


Artikel 3.4 (Pencegahan Pemindahan Teknologi Paksa)


TSMY: Peruntukan ini melarang Malaysia mengenakan syarat pemindahan teknologi sebagai kaedah untuk menarik pelaburan AS.


Jawapan: Artikel 3.4 bertujuan menghalang "pemindahan teknologi secara paksa". Ini adalah peruntukan standard (lazim) yang wujud dalam majoriti perjanjian perdagangan yang ditandatangani oleh Malaysia. Tujuannya adalah untuk memastikan syarikat tidak dipaksa menyerahkan hak harta intelek (IP) yang berharga, seperti rahsia perdagangan atau kod sumber, kepada Kerajaan sebagai syarat untuk melabur, menjual, atau beroperasi di Malaysia.

Paling penting, Artikel 3.4.2 menyediakan pengecualian yang jelas. Ia membenarkan Kerajaan Malaysia, sebagai pengawal selia, untuk mengakses kod sumber, algoritma, dan teknologi proprietari lain, bagi tujuan pengawalseliaan (regulatory) dan perundangan yang sah. Ini termasuk (tetapi tidak terhad kepada) penyiasatan, prosiding kehakiman, penyelenggaraan infrastruktur kritikal, memastikan pematuhan undang-undang, dan memastikan kestabilan sistem kewangan (atas sebab-sebab prudential).


Artikel 5.1 (Tindakan Sekatan Terhadap Negara Ketiga)


TSMY: Peruntukan ini menegaskan, jika AS mengenakan sekatan atau langkah lain terhadap negara ketiga atas alasan keselamatan ekonomi atau keselamatan nasionalnya, Malaysia juga hendaklah melakukan tindakan yang sama. TSMY mendakwa ini memaksa Malaysia akur secara mutlak.


Jawapan: Seperti yang saya jawab di Parlimen, peruntukan ini SAMA SEKALI tidak memaksa Malaysia akur secara membuta tuli. Frasa-frasa utama seperti "mengikut undang-undang dan peraturan domestik" dan "dalam garis masa yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak" dengan jelas memberikan Malaysia ruang undang-undang dan autonomi diplomatik untuk mengurus tindakannya.

Peruntukan tersebut dengan jelas menekankan bahawa sebarang tindakan Malaysia hanya terpakai untuk isu yang merupakan "shared economic concern" (kebimbangan ekonomi bersama). Sekiranya isu tersebut tidak menjejaskan kepentingan ekonomi Malaysia, kita TIADA OBLIGASI untuk mengambil tindakan atau sekatan yang sama seperti AS. Ini adalah komitmen berasaskan kebimbangan bersama, bukan kepatuhan mutlak.


Artikel 5.2 (Kawalan Eksport Strategik)


TSMY: Peruntukan ini menyatakan, Malaysia hendaklah mematuhi seluruh kawalan eksport ke atas negara ketiga yang dikenakan oleh AS secara unilateral. TSMY mendakwa ini menyebabkan Malaysia kehilangan autonomi penuh.


Jawapan: Artikel ini TIDAK menyebabkan Malaysia kehilangan kuasa penuh atau autonomi. Ia hanya menyatakan komitmen untuk bekerjasama dalam mengawal selia perdagangan strategik, selagi ia mematuhi undang-undang domestik Malaysia.


Malaysia telah pun mempunyai rangka kerja undang-undang melalui Akta Perdagangan Strategik 2010. Tindakan ini diambil secara konsisten (walaupun sebelum ART) untuk melindungi pengeksport dan komuniti perniagaan domestik daripada risiko sekatan sekunder (secondary sanctions). Ini membuktikan Malaysia telah sedia mengambil langkah proaktif untuk kekal sebagai rakan dagang yang dipercayai kepada masyarakat antarabangsa, termasuk AS.


Artikel 5.3 (Akses Data Kastam)


TSMY: Peruntukan ini memberikan akses langsung kepada AS terhadap data kastam dan urusan kastam Malaysia. TSMY mendakwa ini bermakna kedaulatan data dan kawalan ekonomi nasional Malaysia kini dikuasai AS.


Jawapan: Walaupun Artikel ini membenarkan AS memiliki akses kepada data kastam, akses tersebut bukanlah automatik. Tiga perenggan di bawah Artikel ini secara tegas memerlukan perkongsian data dilakukan:

● "through its domestic regulatory process"; atau

● "in accordance with its domestic laws and regulation".

Ini bermakna sebarang perkongsian data mestilah melalui proses peraturan Kastam dan berlandaskan sepenuhnya undang-undang domestik negara.


Artikel 6.1.3 (Komitmen Pelaburan dan Perolehan)


TSMY: Peruntukan ini menuntut komitmen memudahkan pelaburan US$70 bilion (10 tahun) dan perolehan US$150 bilion (5 tahun) oleh syarikat Malaysia ke atas AS adalah pemindahan kekayaan yang berat sebelah.


Jawapan: AS adalah sumber pelaburan terbesar bagi Malaysia. Sebagai rekod, setakat Januari-Jun 2025, pelaburan yang diluluskan dari AS mencatatkan RM10.4 bilion, manakala secara kumulatif sehingga 2024, rekod pelaburan dari AS adalah berjumlah RM218.2 bilion.


Komitmen pelaburan dan perolehan di bawah Artikel ini tidak akan menggunakan dana Kerajaan dan adalah semata-mata keputusan komersial dan perancangan perniagaan syarikat-syarikat. 


Kerajaan hanya mendapatkan maklum balas daripada Syarikat Multinasional (MNC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) mengenai perancangan perolehan sedia ada mereka dari AS, dan menyenaraikan komitmen tersebut. Tanpa ART sekali pun, perolehan ini akan tetap dilakukan kerana ia adalah perancangan komersial yang sedia ada.


Contoh: Pembelian pesawat Boeing oleh Malaysia Aviation Group telah diumumkan pada Mac 2025, iaitu sebelum pengumuman tarif oleh Presiden Trump.


Artikel 6.2 (Nadir Bumi dan Sekatan Eksport)


TSMY: Peruntukan ini melarang Malaysia untuk mengenakan kuota atau sekatan eksport ke atas sumber strategik seperti nadir bumi (REE) ke AS. TSMY mendakwa ini menyebabkan Malaysia menyerahkan autonomi dasar ke atas sumber strategik miliknya.


Jawapan: Malaysia TEGAS mengekalkan dasar MELARANG eksport REE mentah. Dasar ini adalah untuk memastikan pembangunan industri hiliran tempatan. Ini bermakna nilai tambah, pekerjaan berkemahiran tinggi, dan teknologi pemprosesan mesti diwujudkan dan kekal di Malaysia. Kita tidak akan kembali menjadi negara yang sekadar menggali dan menjual bahan mentah dengan harga murah.


Pembangunan sumber strategik negara akan berlaku mengikut undang-undang Malaysia, di bumi Malaysia, dengan kawalan penuh kedaulatan negara.


Dasar yang diamalkan bukan untuk menghalang perdagangan secara total, tetapi untuk menghalang eksport bahan mentah yang belum diproses, bagi memastikan nilai tambah berlaku di Malaysia terlebih dahulu. Seperti mana sektor lain seperti oil and gas, getah, koko, dan minyak sawit, Malaysia tidak menghalang eksport produk hiliran dan bahan yang telah diproses tetapi kita menggalakkan pembangunan aktiviti hiliran untuk memaksimumkan nilai. Setelah diproses di dalam negara mengikut undang-undang dan piawaian Malaysia, dan setelah nilai itu dicipta di sini, barulah produk hiliran bernilai tinggi boleh dieksport sebagai sebahagian daripada rantaian bekalan global.


Pelaksanaan fasilitasi dan semua pelaburan di bawah Perjanjian ini akan sentiasa tertakluk dan dilaksanakan selaras dengan undang-undang dan dasar negara.





CERITA NAK LONDEH DALAM ZAMAN SEKOLAH PUN HANGPA BUAT KALUT.


 Alif Kadir Al Katami


Ingatkan orang  nak bercerai aje dok bawak keluar cerita remeh.  Rupanya geng PN-PAS pun sama.


 Hamzah tak nak main dgn Redzuan masa zaman sekolah pun ungkit habis. Nasib baik tak dak kes ikat kote kawan tgh tido kat asrama dgn benang lagi.  


Kalau tak, habis dia dok bawak keluar. Sebab tu laa PN-PAS tak de calon PM. Semua pakat tolol belaka. Mcmana nak joget dengan Trump.






KECOH JUGA..

 


Cukup cukup lah ditipu oleh orang politik, yang kalau tak gerak tak makan...


 Jangan ditipu oleh page page sampah yang cari seposen dua usd dari content monetization ataupun komisen jadi affiliate Shopee. Bersepah page yang share balik benda lama ni. 


Ada page yang siap letak nombor akaun lagi.






PENGAKHIR KERJAYA HASIL KEBODOHAN SENDIRI AKHIRNYA DIBUANG KERJA.


 Norman Radzuan 



Saya tidak menyalahkan dirinya 100%… Wanita cantik ini sebenarnya antara mereka yg terhasut dakyah politik sempit perkauman.






Rata2 hasil kajian saya mereka yg saya kenali atau yg kajian dibuat team… mereka yg berlebih lebih ini atau kita panggil sebagai ‘terpaling’ atau ‘palatao’ adalah mereka yg bukan di kalangan org politik.


Mereka tidak tahu game politik jadi mudah dipajak otak. Hati mereka sudah tertutup utk mendengar kebenaran. Mereka percaya yg org berjubah dan berserban itu baik, alim atau bercakap benar.


Akhirnya ramai yg berserban berjubah itu menjadi scammer ( tipu duit derma ), merogol & meliwat, mahu jawatan, berceramah di masjid dan surau sokong parti tertentu utk dptkan byk jemputan ceramah, bermewah mewah duit derma dan bermacam macam aktiviti tidak bermoral.


Saya bercakap pada fakta… berbanding kes sekolah agama dan sekolah Cina… sekolah yg mana terpalit byk kes liwat anak murid, oral seks, buli dan lain2 jenayah?


Sebab itu mereka yg di atas pagar pula menjadi ekstrimis kerana didoktrin saban hari oleh politikus yg membodohkan rakyat. Akhirnya mereka menolak apa sahaja sehingga tanpa mereka sedari sudah menjadi ekstrimis.


Ekstrimis akn lakukan perkara yg diluar batasan. Akhirnya jadilah insan seperti Siti Nurziwanis. Jika benar ia kenyataan rasmi RHB Group… ia amat dikesali dan saya bersimpati kerana begitu mudah diperhambakan pemikiran oleh politikus agama sehingga menjadi mangsa.


Dia menyedari kesilapannya kerana ditipu polikus jahat itu tetapi sayangnya semuanya sudah terlambat.




HANYA WALAUN KERETA MAKAN MINYAK



 Aku ni tiap bulan 𝘵𝘳𝘢𝘷𝘦𝘭 dari JB ke Kuala Terengganu dan balik. Tak nampak beza pun penggunaan minyak. Isi Petronas 𝘧𝘶𝘭𝘭 di JB. 𝘛𝘰𝘱𝘶𝘱 di Shell RnR Paka dan hala balik isi Petronas di Muazam. Sampai JB baru luak 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗰𝗮𝗹𝗶𝘁 (dalam 450 km lagi boleh pergi).





Mana bezanya? Kalau betul ada beza, yang jalan jauh macam aku ni la yang akan paling terasa. Malangnya tak ada kesan langsung. Sama je. Takkan kereta pun tahu pilih. Kalau tuan dia walaun dia akan jadi 𝗹𝗮𝗿𝗮𝗽. Kalau bukan walaun dia 𝘮𝘢𝘪𝘯𝘵𝘢𝘪𝘯 je.


Sebenarnya mereka ni 𝗱𝗶𝘁𝗶𝗽𝘂 𝗼𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. Sebab hati tu 𝗵𝗶𝘁𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝘂𝘀𝘂𝗸, benci kepada kebaikan dan suka nak cari kesalahan, sebab tu otak dia mainkan emosi dan cipta 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗲𝗽𝘀𝗶 minyak cepat habis. Ingat industri 𝘰𝘪𝘭 & 𝘨𝘢𝘴 ni 𝗰𝗶𝗸𝗮𝗶 sangat boleh main tipu-tipu ikut suka hati? Ingat kilang kicap? Betulkan hati tu dulu. Jangan jahat sangat. Guane boh?


 

Raja Gelap II 



.

KESIAN DOA QUNUT NAZILAH...MELINGKUP HABIH.


Alif Jamil 



MASA HIMPUNAN TURUN KAN ANWAR dulu, WALAUN Dan PEMBENCI Anwar dok mengaminkan SAKAN.la ni TERTEKAN nak kena bungkuih. PADAN MUKA.





Dan ianya diaminkan oleh ribuan penyokong² yg anti Anwar Ibrahim. 


Penyudahnya , doa qunut nazilah itu berpatah balik ke gabungan najis Ikatan Perihatin Rakyat khususnya Perikatan Nasional. 


Satu demi satu kehancuran sedang menimpa mereka.


Mula² dulu, depa gaduh pasal tak cukup dana.








Masa tu Bersatu terpaksa tangguh beberapa program parti sebab kekurangan dana selepas akaun mereka dibekukan oleh SPRM dalam siasatan berkaitan dana politik RM300 juta yg dikaitkan dgn rasuah Jana Wibawa. 


Kemudian keretakan intra Perikatan Nasional semakin kronik apabila pimpinan PAS mula menembak BERSATU secara terbuka. 


Masing² dah mula bukak pekung antara sama lain. 


Yang terbaru pulak , Bersatu pecat Wan saiful dan gantung keahlian mat jargon disebabkan pertembungan antara kem awwalun dan hantu kartel. 


Bermula dari isu dana parti kena beku sampai ke tahap krisis kepimpinan dalaman parti , akhirnya merebak jadi perang kartel dalam parti sendiri..


Semuanya semakin huru hara selepas Himpunan Turun Anwar. 


Mereka berdoa supaya Anwar Ibrahim tumbang,

tapi yg semakin tumbang hari ini adalah pakatan jahat sesama mereka. 


Kadang² tu saya naik hairan, yang duk bergasak sakan sangat sekarang ni sebab prinsip perjuangan ke atau sebab kuasa dan duit ? 


Begitulah hukum alam..


Apabila perjuangan diasaskan atas dasar dendam, fitnah, khianat dan hasil duit yg dipersoalkan sumbernya, lambat laun Tuhan akan tarik satu demi satu nikmat hingga mereka rebah dalam pakatan najis ciptaan sendiri.


Doa pemimpin yg zalim takkan naik ke langit. 


Tuhan tidak membalas doa laknat itu dgn taufan dan kilat, tetapi dgn perpecahan dalaman supaya mereka saling melumat antara satu sama lain.


Moga Perikatan Nasional dan sekutunya terus hancur dan kekal pembangkang hingga 7 keturunan. 


Amen.





TERLANJUR NAK BAWA SEMULA KJ KE DALAM UMNO, MENGAPA TAK TERIMA SEKALI H2O



1 November 2025


Menjadi bualan ramai ketika ini tentang kemungkinan Khairy Jamaluddin akan kembali diterima semula  sebagai ahli UMNO.


Diberitakan isyarat dan restu kemasukan semula KJ itu disampaikan sendiri oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi kepada bekas Menteri Kesihatan itu.


Isyarat restu itu difahamkan disampaikan kepada KJ ketika beliau bertemu Zahid Hamidi semasa menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis,  Rozabil Abdul Rahman, baru-baru ini.


Pada pertemuan itu Zahid Hamidi diberitakan telah memaklumkan supaya KJ segera menghantar borang permohonan keahlian semulanya ke dalam UMNO pada kadar segera.


Diberitakan juga, Ahmad Zahid mahukan KJ segera menjadi ahli UMNO untuk peranannya digerakkan membantu BN pada PRN Sabah, 29 November ini.


Selain itu, KJ dikatakan turut dijanjikan untuk diletakkan sebagai calon UMNO di Parlimen Kepala Batas pada PRU16 akan datang.


Kerusi Parlimen Kepala Batas selama berpenggal-penggal sebelum ini dipegang oleh Tun Abdullah Badawi, bapa mertua KJ, tetapi kini disandang oleh pemimpin PAS, Dr Siti Mastura Muhammad yang memenanginya atas tiket PN pada PRU yang lepas.


Ertinya, kemasukan semula KJ ke dalam UMNO dan dijadikan calon, selain untuk membantu BN pada PRN Sabah, adalah juga dalam misi untuk merampas kembali kerusi Parlimen Kepala Batas.


Bersama kemasukan semula KJ ke dalam UMNO, tersebar juga desas-desus beliau bakal diberikan jawatan menteri dalam kabinet madani dalam waktu terdekat ini.


Berikutan tindakan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz  menyertai PKR, UMNO secara prinsipnya masih memiliki satu kouta jawatan menteri yang belum diisi.


Ini kerana apabila Tengku Zafrul meninggalkan UMNO untuk menyertai PKR, beliau turut membawa lari jawatan menteri yang diberikan kepadanya sebelum ini atas kedudukannya sebagai pemimpin UMNO.


Zahid Hamidi sendiri pernah menegaskan, UMNO ingin kouta itu segera dipenuhi semula oleh Perdana Menteri di sebalik pahitnya rasa direlakan dalam paksa menerima perbuatan Tengku Zafrul menyertai PKR itu.


Dalam premis ini, KJ memang sesuai dan layak untuk dibawa semula ke dalam kabinet bagi melonjak imej UMNO agar mampu memenangi lebih banyak kerusi pada PRU16 akan datang.


Keinginan memenangi lebih banyak kerusi itu selaras dengan keinginan Zahid Hamidi sendiri yang mahu menjadikan UMNO kembali dominan dalam persada politik negara selepas PRU akan datang.


Berkaitan hal ini dan bagi memastikan keinginan menjadikan UMNO kembali dominan itu benar-benar menjadi kenyataan, adalah dirasakan membawa masuk KJ seorang saja tidak memadai.


UMNO perlu membawa masuk semula semua pemimpinnya yang dipecat dan digantung keahlian pasca PRU tahun 2022 yang lepas, kecuali yang telah memilih untuk berhijrah menyertai parti lain.


Mendahulu senarai itu tentunya ialah bekas Menteri Pertahanan, Hishammuddin Tun Hussein atau H2O, bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan yang merupakan pasangan KJ dalam podcast Keluar Sekejap serta beberapa bekas Ketua UMNO Bahagian yang lain daripada beberapa negeri.


Semua mereka terbabit harus diterima semula kepada ke dalam UMNO sebagai isyarat inklusifnya Zahid Hamidi menerajui parti itu menuju matlamat kembali dominan yang dicita-citakan.


Kalau KJ yang dipecat boleh diberikan isyarat yang direct agar mengisi semula borang keahlian UMNO, tiada sebab H20 dan mereka yang digantung tidak boleh juga diberikan isyarat agar segera mengemukakan rayuan.


Memang dulu H2O pernah bertegas enggan membuat sebarang rayuan, namun jika ada isyarat yang jelas datang daripada mulut Zahid Hamidi, pasti segala-galanya jadi lebih senang.


Lagi pula, H2O pernah bergandingan dengan Zahid Hamidi pada awal 1990an dulu ketika menerajui Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.


Yang jelas, imej UMNO di mata rakyat akan menjadi lebih baik jika Zahid Hamidi dapat berlapang dada menerima kembali semua mereka terbabit, tanpa seorang pun dibiarkan tertinggal di tepi jalan.


Terlanjur nak bawa KJ masuk semula ke dalam UMNO, lebih elok dan manis jika dibawa semua sekali, lagi pun kedudukan Zahid Hamidi menerajui parti sudah terlalu kukuh untuk digugat oleh sesiapa pada ketika ini. – ShahbudinHusin 01November2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/11/terlanjur-nak-bawa-semula-kj-ke-dalam-umno-mengapa-tak-terima-sama-h2o/




JENIH PENYAMUN..APA PUN TU LA PERANGAI DEPA.


Zainuddin Omar


 Keluar dah semua kerak-kerak dan daki Bersatu. 


Lagi mahu lantik pemimpin Bersatu jadi calon PM Malaysia? 


J4hanam Malaysia kalau mereka perentah.





Rafizi Ramli Dan Rakyat 4








Tumpuan kita beralih kepada pelancaran kedai makan KESUM pula Sabtu 8 November 2025.KESUM ialah sebuah kedai makanan value-meal yang menjual makanan untuk Sarapan,Makan Tengahari dan Makan Malam pada harga RM5 ke bawah.Apa yang ada di KESUM nanti?Juadah seperti Nasi Lemak Ayam,Nasi Minyak Ayam,Mee Goreng,Nasi Ayam Berempah,Lempeng Kari Ayam di jual pada harga RM5 ke bawah.Memang tak banyak menunya tapi ini cuma permulaan.Boleh ja di tambah menu lain selepas beberapa waktu mengikut kesesuaian setempat dan keadaan ahakzzzz.


KESUM di kendalikan oleh 6 orang Pekerja Tetap dan 6 orang Pekerja Sambilan yang bekerja mengikut Shif.Pekerja Tetap bekerja tidak lebih dari 45 jam seminggu dan di bayar gaji RM2,000 sebulan termasuk sumbangan KWSP.Pekerja Sambilan bekerja tidak lebih dari 20 jam seminggu dan di bayar gaji mengikut jam pada kadar mengikut undang-undang.Selain gaji pokok pekerja juga mendapat perkongsian keuntungan mengikut kadar yang di persetujui supaya sebahagian untung di kembalikan kepada pekerja setiap bulan.Anda akan di berikan latihan.Kami alu-alukan permohonan tidak kira latar belakang terutamanya kepada golongan-golongan berikut:


- Anak muda yang masih menganggur

- Suri rumah yang berkelapangan untuk bekerja sambilan

- Pelajar yang boleh buat kerja sambilan


Datang jangan tak datang,

Sokong jangan tak sokong,

Tolong jangan tak tolong,

Jangan sampai melopong.


No 25, Jalan Pandan Indah 1/20, Pandan Indah, Ampang, Malaysia


Link post twitter





KENYATAAN MEDIA PEJABAT PERDANA MENTERI







Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim terpaksa membatalkan lawatan kerja beliau ke negeri Pahang yang telah dijadualkan hari ini.


Pembatalan saat akhir ini dibuat atas nasihat pasukan perubatan setelah YAB Perdana Menteri mengalami sakit belakang, yang menyebabkan pergerakan terbatas.


Atas nasihat doktor, YAB Perdana Menteri dinasihatkan agar mendapatkan rehat yang mencukupi.


YAB Perdana Menteri memohon maaf setulusnya, khususnya kepada rakyat Pahang yang telah bersiap sedia menyambut kehadiran beliau.


PEJABAT PERDANA MENTERI

2 November 2025