Rafizi kritik hujah ‘warung kopi’ Hadi, dulu jadi duta khas apa hasilnya?


 

Bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli membidas hujah Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa ekonomi Malaysia berkiblatkan kepada International Monetary Fund (IMF) dan Bank Dunia.

Menurut Rafizi, hujah supaya tidak menggunakan dolar Amerika (USD) juga hanya sedap didengar di warung-warung kopi, tetapi tidak menyentuh realiti sebenar.

“Antara hujah utama (Hadi Awang), ekonomi kita berkiblatkan IMF dan Bank Dunia, sedangkan Malaysia ada kawan-kawan negara Islam yang kaya. Patut bersandarkan kepada negara-negara Islam.



“Semasa beliau jadi duta khas berstatus menteri ke Timur Tengah, kenapa beliau tidak berjaya membina kerjasama ekonomi dengan negara-negara Islam yang beliau selalu rujuk ni?” katanya.

Beliau juga mempersoal, semasa Hadi Awang menjadi orang penting kerajaan dan terdapat menteri-menteri dalam kalangan Pas, kenapa PN tidak menukar sistem supaya tidak lagi menggunakan USD.

“Ahli-ahli parlimen PN tepuk tersenyum lebar lepas dengar ucapan Marang, sedangkan rakyat tersenyum sinis,” balasnya.




Media Sosial: Semua Platform Wajib Laksana eKYC Bagi Had Umur Pengguna – Fahmi

 


Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hadir semasa peluncuran NADI on Wheels (NOW) peringkat Negeri Sabah sempena Hari Bersama Komuniti (HBK) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Sindumin, Sipitang pada 15 Oktober 2025. Foto Kementerian Komunikasi

SIPITANG, 15 Okt – Berikutan beberapa insiden melibatkan para pelajar kebelakangan ini, semua platform media sosial diwajib melaksanakan proses pengesahan identiti pengguna atau electronic Know Your Customer (eKYC) bagi memastikan kanak-kanak bawah umur 13 tahun tidak memiliki akaun, kata Datuk Fahmi Fadzil.

Menteri Komunikasi itu berkata langkah itu adalah bagi melindungi keselamatan kanak-kanak di alam maya serta memastikan garis panduan komuniti yang ditetapkan oleh platform berkenaan benar-benar dikuat kuasa.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hadir semasa peluncuran NADI on Wheels (NOW) peringkat Negeri Sabah sempena Hari Bersama Komuniti (HBK) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Sindumin, Sipitang pada 15 Oktober 2025. Foto Kementerian Komunikasi

“Sewaktu saya bertemu dengan wakil platform media sosial bulan lalu, saya telah memberikan mesej kepada mereka bahawa di Malaysia, kita akan mewajibkan platform-platform media sosial melakukan pengesahan identiti terutama untuk memastikan kanak-kanak bawah usia 13 tahun tidak memiliki akaun.

“Cuma exact timeline (garis masa sebenar) saya akan lapor kepada Jemaah Menteri dulu, baru saya akan umumkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan NADI on Wheels (NOW) di Dewan Undangan Negeri Sindumin di sini hari ini.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hadir semasa peluncuran NADI on Wheels (NOW) peringkat Negeri Sabah sempena Hari Bersama Komuniti (HBK) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Sindumin, Sipitang pada 15 Oktober 2025. Foto Kementerian Komunikasi

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa; Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah; Timbalan Pengarah Urusan (Kawal Selia dan Korporat) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Datuk Zurkarnain Mohd Yasin serta para pegawai MCMC negeri.

Bagi tujuan pelaksanaan itu, satu pertemuan antara MCMC dengan syarikat platform media sosial akan diadakan minggu depan yang menjadi langkah penting ke arah merealisasikan segera pelaksanaan perkara tersebut.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hadir semasa peluncuran NADI on Wheels (NOW) peringkat Negeri Sabah sempena Hari Bersama Komuniti (HBK) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Sindumin, Sipitang pada 15 Oktober 2025. Foto Kementerian Komunikasi

Selain isu kanak-kanak, beliau berkata proses eKYC juga penting bagi membanteras kegiatan penipuan dalam talian dan penyebaran kandungan berbahaya seperti judi serta iklan palsu.

“Banyak platform disalahgunakan oleh penjenayah untuk tujuan scam… semalam, dalam Parlimen saya ada menjawab soalan… ada angka yang menggerunkan… 78 peratus daripada semua kandungan scam yang telah diturunkan itu adalah daripada Facebook,” katanya.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hadir semasa peluncuran NADI on Wheels (NOW) peringkat Negeri Sabah sempena Hari Bersama Komuniti (HBK) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Sindumin, Sipitang pada 15 Oktober 2025. Foto Kementerian Komunikasi

Sementara itu, inisiatif Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) on Wheels iaitu NOW yang dilaksanakan oleh Kementerian Komunikasi dengan kerjasama MCMC adalah bertujuan memperluas capaian digital serta membawa kemudahan teknologi maklumat kepada komuniti luar bandar.

Fahmi berkata sehingga kini, terdapat 1,099 NADI beroperasi di seluruh negara termasuk 131 daripadanya terletak di Sabah.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hadir semasa peluncuran NADI on Wheels (NOW) peringkat Negeri Sabah sempena Hari Bersama Komuniti (HBK) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Sindumin, Sipitang pada 15 Oktober 2025. Foto Kementerian Komunikasi

Program NOW di Sipitang turut dilengkapi peranti Starlink dengan kelajuan capaian hingga 250 megabit sesaat dan sejumlah tablet bagi membolehkan komuniti tempatan mempelajari kemahiran digital dan keusahawanan secara dalam talian.

Fahmi turut menyentuh pelaksanaan projek Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) bernilai RM2 bilion yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membentangkan Belanjawan 2026, yang akan menghubungkan Semenanjung, Sarawak dan Sabah.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hadir semasa peluncuran NADI on Wheels (NOW) peringkat Negeri Sabah sempena Hari Bersama Komuniti (HBK) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Sindumin, Sipitang pada 15 Oktober 2025. Foto Kementerian Komunikasi

“Untuk program SALAM, di Sabah kita akan bina juga jaringan kabel dasar laut di pesisir pantai… kabel ini akan dipasang dari Tanjung Aru hinggalah ke Tawau sepanjang pesisir… kita jangka projek ini akan selesai dalam tempoh dua atau tiga tahun,” katanya.

Beliau berkata projek itu akan menjadi keutamaan kementerian bagi memastikan kelancaran rangkaian komunikasi di Sabah dan mengurangkan kebergantungan kepada kabel dasar laut sedia ada.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hadir semasa peluncuran NADI on Wheels (NOW) peringkat Negeri Sabah sempena Hari Bersama Komuniti (HBK) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Sindumin, Sipitang pada 15 Oktober 2025. Foto Kementerian Komunikasi

Pada masa sama, Fahmi turut memaklumkan bahawa MCMC akan menumpukan kepada usaha penyelenggaraan menara telekomunikasi yang sering terjejas akibat banjir dengan pelaksanaan proses site hardening dan penggunaan sistem jana kuasa hibrid.


NCER: RM59 Bilion Pelaburan Diraih Cipta 16,000 Peluang Kerja – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir mempengerusikan Mesyuarat Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di Putrajaya pada 15 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 15 Okt – Khabar gembira diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) berjaya merealisasikan pelaburan berjumlah RM58.39 bilion serta mencipta hampir 16,000 peluang pekerjaan bagi tempoh Januari sehingga September tahun ini.

Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook mendedahkan, pencapaian itu dimaklumkan semasa beliau mempengerusikan Mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) ke-34, pagi tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir mempengerusikan Mesyuarat Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di Putrajaya pada 15 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Menurutnya, NCIA turut memudah cara pelaburan berimpak tinggi termasuk dalam industri semikonduktor berteknologi tinggi menerusi program Advanced and Intelligent Robotic Cluster at NCER Technology Innovation Centre (APIRC@NTIC), selain meneroka potensi projek pelancongan berimpak tinggi yang dipacu oleh pelaburan swasta.

“Mesyuarat turut meneliti fokus strategik NCER di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang antara lain melibatkan industri semikonduktor, pelancongan berimpak tinggi, pembangunan taman industri tematik, zon tenaga boleh baharu serta zon ekonomi sempadan Malaysia-Thailand,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir mempengerusikan Mesyuarat Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di Putrajaya pada 15 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

Menteri Besar Perlis pula tidak hadir tetapi diwakili Exco kerajaan negeri.

Anwar menegaskan, semua perancangan NCER perlu diselaraskan dengan matlamat nasional di bawah RMK13, Belanjawan 2026, serta dasar utama lain seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir mempengerusikan Mesyuarat Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di Putrajaya pada 15 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim



Jumlah Pelaburan Diluluskan Di JS-SEZ Cecah RM37 Bilion – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) bersama para pemegang taruh di Putrajaya pada 15 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 15 Okt – Di sebalik cabaran ketidak tentuan ekonomi global, jumlah pelaburan diluluskan di Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) telah pun mencecah RM37 bilion bagi separuh pertama tahun ini, umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, jumlah tersebut adalah bersamaan dengan 66 peratus daripada keseluruhan pelaburan di negeri Johor yang bernilai RM56 bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) bersama para pemegang taruh di Putrajaya pada 15 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Perkembangan positif itu dimaklumkan Perdana Memteri semasa mempengerusikan Mesyuarat Ahli Pihak Berkuasa (MOA) ke-35, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) bersama para pemegang taruh di Putrajaya pada 15 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Mesyuarat turut meneliti kemajuan pelaksanaan JS-SEZ termasuk sektor berpotensi, kesan pelaburan semasa serta langkah memperkukuh fasilitasi pelaburan, khususnya melalui Zon Kewangan Khas Forest City.

“Setakat ini, Invest Malaysia Facilitation Centre Johor (IMFC-J) telah berjaya menarik minat 104 pelabur berpotensi dengan anggaran pelaburan berjumlah RM29.51 bilion,” ujar Anwar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) bersama para pemegang taruh di Putrajaya pada 15 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Mengulas lanjut, Perdana Menteri turut menegaskan pentingnya pembangunan di Iskandar Malaysia diselarikan dengan penyediaan kemudahan asas yang mencukupi.

Menurut beliau, hal itu penting agar kemajuan wilayah itu bersifat inklusif bagi memastikan tiada kelompok masyarakat yang terpinggir daripada arus kemakmuran.

Iskandar Malaysia sehingga kini merekodkan jumlah pelaburan keseluruhan sebanyak RM413.1 bilion, melepasi sasaran RM383 bilion yang ditetapkan untuk penghujung 2025.


MENGAPA KITA TIDAK KE SIDANG KEMUNCAK GAZA




 Malaysia tidak diundang ke Sidang Kemuncak Gaza di Sharm al-Sheikh kerana pendirian Malaysia adalah kita tidak memberikan dukungan tanpa syarat terhadap pelan damai 20 perkara yang dikemukakan. Syarat kita jelas yakni ia mesti bersifat ‘comprehensive solution’, yang tentunya mencakup persoalan membawa pulang warga Palestin yang terusir, mengiktiraf hak Palestin sebagai sebuah negara yang berdaulat, serta menamatkan sepenuhnya penjajahan dan kezaliman rejim Zionis Israel di Tebing Barat. Pelan 22 butiran tersebut—setelah diteliti—tidak menyentuh soal hak rakyat Palestin, kedaulatan negara mereka, mahupun instrumen pendudukan (occupation) yang masih berterusan. Justeru, Malaysia tidak tergamak untuk mendukung sesuatu yang mengabaikan prinsip asas tersebut. 


Pendirian dan kenyataan saya serta Menteri Luar disampaikan dengan jelas; Malaysia mendukung dengan ‘reservation’, bukan membuta tuli. Namun, ada yang bertanyakan, “justeru, mengapa masih mendukung pelan damai?”. Jawapannya adalah kita mahu penghentian segera kepada pemusnahan harta benda, pembantaian, termasuk wanita dan kanak-kanak. Saat Gaza kebuluran dan dunia bungkam, sebarang ruang mendesak yang dapat segera menghentikan kezaliman mesti kita manfaatkan, selagi tidak menggadai prinsip dan maruah. 


Ketidakhadiran Malaysia di Sharm al-Sheikh bukan bermaksud kita menjauh, tetapi adalah manifestasi pendirian nasional yang berani dan berprinsip. Diplomasi bagi kita adalah wahana menjulang nilai kemanusiaan dan hak bangsa tertindas, tidak sekadar upacara atau tuntutan protokol semata. 


Walhasil, kita akan terus berunding melalui OIC, ASEAN, serta dengan rakan seperti Jepun, Turkiye, Qatar dan Arab Saudi untuk menyalurkan bantuan serta merencana pemulihan Gaza iaitu membina semula sekolah, hospital, rumah dan pelbagai infrastruktur asas yang lain seusai derita perang tamat. 


#MalaysiaMADANI

#MADANIbekerja

#RancakkanMADANI



JANGAN LUPA

 

Che Ibrahim


Mungkin ramai yang terlupa atau buat buat lupa:






1. Seorang pelajar Maahad Muhammadi disabit kesalahan membunuh warga emas, beliau ditangkap ketika sedang belajar dalam kelas di MML..... Tetap dibenar ambil SPM. 


2. Seorang pelajar Maahad Tahfiz Kok Lanas ditangkap berkhalwat dengan anak makcik kantin, dihukum gantung/buang sekolah, tapi masa peperiksaan SPM, bukan sahaja dibenar ambil SPM, bahkan dibenar menumpang di asrama sekolah yang telah buang dia masa ambil SPM. 


Adakah ini tidak dianggap membela penjenayah???... Ke rogol jah jenayah keji? 

Iiwat, gangguan seksual dll perbuatan terkutuk yang berlaku dipondok/pusat tahfiz tidak dianggap keji???




ZIARAH BANG MAT

 


Minggu lalu, usai menghadiri sidang Parlimen, saya bergegas ke kediaman Abang Mat sebaik mendengar khabar beliau kurang sihat.







Saya bawa sedikit bunga — bukan selalu lelaki bagi lelaki bunga, tapi untuk sahabat lama, apa salahnya kan? 


Kami telah lama berjalan seiring sejak zaman politik jalanan lagi — melalui suka dan duka perjuangan yang panjang.


Abang Mat adalah antara tokoh pemimpin yang saya hormati dan sanjungi dalam perjuangan ini. Doa saya semoga Abang Mat segera pulih, dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk terus istiqamah berbakti kepada rakyat dan negara.



TIADA BERITA TENTANG WING


 Tiada angin tiada ribut, berita pengunduran Eddie dan Black dari kumpulan Wings mengejutkan semua pihak.




Ramai berteka-teki apakah punca sebenar pengunduran pemain bass dan drum kumpulan rock lagenda itu.


Apatah lagi hubungan di antara ahli kumpulan Wings dilihat sangat akrab dan langsung tiada tanda-tanda perpecahan.


Sebagai contoh Dato Awie yang merupakan vokalis Wings sebelum ini pernah menulis penghargaan selain mengatakan Eddie sebagai ‘the greatest pemain bass’.


“Gua tak pernah cerita kehebatan atau memuji secara terang-terangan di media sosial pasal kawan-kawan gua.


“Tapi hari ni gua nak bagitau korang yang orang dalam gambar ini ialah SAHABAT GUA, ADIK BERADIK GUA yang sangat hebat kemanusiaannya dan sangat best permainannya juga sangat dahsyat sound nya, apa lagi disiplinnya.


“Dialah seorang pemain bass yang menggunakan jari jemarinya sahaja dari dulu sampai sekarang. Ada yang pakai pemetik guitar tapi tidak pada hamba Allah ini.


“Finger tone dia sangat best dan besar mcm badan dia jugak. Ini bukan kutukan tapi inilah pujian ikhlas dr lu punya brother. Gua nak bagi nama gelaran pada lu bro, lu lah the greatest...


“EDDIE WINGS THE ‘FAT BASS ROCK’”, tulis Awie beberapa tahun lalu.


Bagaimana setakat hari ini belum ada apa-apa kenyataan dari pihak Awie berhubung pengunduran Eddie dan Black.


Sumber: ig Dato Awie



GAYA CAM SEKOLAH KERAJAAN. TAPI TAK LULUS.

Che Ibrahim


 Wat pesen ni, agak2 belajar sekolah kerajaan ke sekolah swasta??.





Bekas ulama Pas cerita hantu di R&R dalam masjid



Tular petikan kuliah oleh bekas Naib Ketua Dewan Ulama Pas Selangor, Dr Nik Bakri Nik Mat berkenaan cerita hantu di Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, Terengganu.

Menerusi kuliah di sebuah masjid itu, Nik Bakri mendakwa dia juga pernah disakat entiti misteri yang berbau wangi seperti haruman bunga.

“Tengok R&R yang orang tak masuk tu. Pernah berhenti di R&R Perasing tu? Orang tak berani nak masuk.

“Saya pernah juga kena sekali. Baru saja nak masuk tiba-tiba bau wangi, bau bunga, wangi.

“Masa tu pukul 2 pagi,” katanya sambil berseloroh entiti berkenaan mungkin bangun untuk solat tahajud.

Dalam masa sama, pemimpin Pas itu menafikan bahawa dia takut dengan hantu sebaliknya hanya tidak mahu ‘cari pasal’.

“Tak nak cari pasal, bukan takut. Pusing dalam tu tak keluar-keluar, tak sampai kita.

“Siang okey, kalau pergi ramai-ramai. Kalau pergi seorang, duduk dalam tandas, macam-macam bunyi di tandas sebelah,” kata Nik Bakri lagi.

Rata-rata menyelar penceramah yang juga ahli Pas itu apabila bercerita perkara tidak berfaedah di dalam masjid.

Antaranya, Mohd Said yang pernah singgah di R&R Perasing balik kerja luar dari Kelantan kerana kepenatan dengan bermotosikal.


“Saya berbaring di wakaf yang ada di situ dalam pukul 2 pagi. Tak ada apa-apa pun yang mengganggu. Elok saja saya terlena,” katanya.







PM Anwar Bidas Pembangkang Tak Faham Bukan Hanya Pulihara Carcosa Seri Negara

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan pembangkang yang tidak faham kepentingan Khazanah memulihara bangunan warisan di Kuala Lumpur termasuk Carcosa Seri Negara. Foto Kementerian Kewangan

PUTRAJAYA, 15 Okt – Pembangkang disifatkan sebagai ‘tidak faham’ apabila mempertikaikan pelaburan RM600 juta bagi pemuliharaan bangunan warisan di Kuala Lumpur bukan hanya Carcosa Seri Negara, tetapi banyak bangunan bersejarah lain turut dipulihkan, bidas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri menegaskan, pelaburan yang dibuat oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) adalah untuk menjaga kepentingan sejarah dan budaya negara memandangkan banyak bangunan ikonik berkenaan berusia ratusan tahun.

“Dia (pembangkang) tak faham. Kita jaga warisan sejarah kekuatan Melayunya dan sejarah kita dari bangunan Carcosa Seri Negara, padang Dataran Merdeka, Kereta Api Tanah Melayu, bangunan Daya Bumi sehingga Carcosa Seri Negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan bulan Oktober 2025 pada 15 Oktober 2025. Foto Bernama

“Itu seolah-olah satu taman warisan. Kuala Lumpur itu dikenali sebagai sesuatu yang moden teknologinya tetapi yang segar budayanya dan apabila kita mula labur di situ, akan menarik minat pelaburan lain berkembang di sekitarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Untuk rekod, Khazanah dipertanggungjawabkan bagi memastikan kesemua bangunan berkenaan terus kekal menjadi antara warisan negara yang tidak ternilai harganya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan Khazanah menggunakan dana RM600 juta bagi pemuliharaan bangunan warisan di Kuala Lumpur. Foto Kementerian Kewangan

Anwar mempertahankan keputusan kerajaan agar bangunan dan seni bina warisan di ibu negara wajar dipulihara bukan sekadar menjadi tarikan pelancong tetapi juga merupakan identiti negara seiring dengan arus pemodenan bangunan pencakar langit seperti Merdeka 118 dan KLCC.