PALA BANA PUNYA FIKIRAN

 



Kalau begini cara fikirnya ... tak payah tangkap orang mencuri, rasuah, scammer, etc. 


Ganggu mata pencarian orang 🤣


Gila babi punya mentaliti.




Surat daripada Doktor Ortopedik kepada Semua Warga Emas (Berumur 50-100 tahun ke atas):



 💓 Surat daripada Doktor Ortopedik kepada Semua Warga Emas (Berumur 50-100 tahun ke atas):


 *Nasihat Pencegahan Utama:* 

Langkah paling penting untuk mencegah patah tulang bagi warga emas adalah mengelakkan kecederaan akibat kemalangan.


Tujuh Perkataan Emas untuk Keselamatan:

"Berhati-hati, berhati-hati, berwaspada."


Langkah berjaga-jaga khusus:


 *Elakkan Mendaki* : Jangan sekali-kali berdiri di atas kerusi atau kekuda untuk mencapai barang, walaupun yang rendah.


 *Kekal Dalam Rumah Semasa Hujan:* Cuba elakkan keluar pada hari hujan.


 *Keselamatan Bilik Mandi* : Berhati-hati semasa mandi atau menggunakan tandas untuk mengelakkan tergelincir.


 *Membuka Pakaian Dengan Selamat* : Bagi wanita, jangan memakai seluar dalam di dalam bilik air. Sebaliknya, bersandar pada dinding atau sokongan lain. Penyebab paling biasa tergelincir dan patah tulang pinggul ialah berpakaian sambil berdiri. Kembali ke bilik anda, duduk dengan selesa, dan kemudian pakai seluar dalam anda. 


 *Lantai Bilik Mandi Kering* : Pastikan lantai bilik air kering dan tidak licin. Gunakan tandas duduk dan pasang pegangan tangan untuk sokongan apabila berdiri.


 *Clear Floor Clutter* : Kemaskan lantai sebelum tidur dan lebih berhati-hati jika lantai basah.


 *Bangun Malam:* Duduk di birai katil selama 3-4 minit sebelum berdiri, buka lampu dahulu, kemudian bangkit.


 *Biarkan Pintu Bilik Air Tidak Berkunci* : Terutama pada waktu malam, elakkan mengunci pintu bilik air dari dalam. Jika boleh, pasang loceng kecemasan di bilik mandi untuk meminta bantuan apabila diperlukan.


 *Duduk Sambil Berpakaian:* Warga emas hendaklah duduk di atas kerusi atau katil semasa memakai seluar atau pakaian lain.


 *Tabahkan Diri Semasa Jatuh:* Jika terjatuh, hulurkan tangan anda untuk sokongan. Lebih baik patah pergelangan tangan daripada mengalami patah pinggul.


 *Senaman Secara Tetap* : Saya amat mengesyorkan senaman, seperti berjalan kaki, seberapa banyak yang dibenarkan oleh badan anda.


 *Kekalkan Berat Badan yang Sihat:* Khususnya untuk wanita, adalah penting untuk mengekalkan berat badan anda dalam julat yang disyorkan. 


 *Kawal pemakanan anda* ; jangan makan berlebihan. Lebih baik berhenti makan apabila separuh kenyang daripada kenyang sepenuhnya.


 *Pemakanan Tambahan:* Untuk meningkatkan jisim tulang, saya mencadangkan sumber pemakanan (produk tenusu, produk soya, terutamanya pisang yang kaya dengan kalsium) berbanding suplemen perubatan.


 *Pendedahan Cahaya Matahari:* Aktiviti luar yang betul adalah penting, kerana cahaya UV membantu menukar kolesterol dalam kulit kepada Vitamin D, membantu penyerapan kalsium dan melambatkan osteoporosis.


 *Petua Keselamatan Am:* 

Beri perhatian khusus kepada lantai bilik mandi yang licin. Gunakan susur tangan semasa menaiki tangga, dan berhati-hati agar tidak jatuh. Keselamatan dahulu!


 *Cegah Jatuh:* 

Warga emas mesti mengutamakan langkah anti-gelincir dan pencegahan jatuh. Satu kejatuhan boleh menghilangkan sepuluh tahun kehidupan akibat kerosakan pada tulang dan otot. Berwaspada dan elakkan berdiri untuk tempoh yang lama.


 *Kesimpulan*:

Mesej ini mungkin panjang, tetapi berbaloi untuk warga emas dan mereka yang menjaga mereka membaca dan mengikuti petua ini.


Dr Shrujal Shah

Pakar Ortopedik dan Pakar Penggantian Sendi


Sila kongsikan ini dalam kumpulan anda.




RUNTUH SEBELUM SIAP!

 RUNTUH SEBELUM SIAP!





Projek binaan tembok penahan ombak di Pantai Batu Rakit, Kuala Nerus bernilai RM4.95 juta sudah runtuh walaupun projek masih belum siap.


Projek ini di bawah Kerajaan Negeri Terengganu, pelanggan Pegawai Kewangan Negeri, dan kontraktor SR Tech Resources.

Penduduk kampung awai² lagi dah teguq, depa bimbang kaedah serta bahan binaan nampak tak meyakinkan. Tapi kerajaan negeri jawab kononnya depa ada pakar dan profesional.


Akhirnya, apa yang penduduk khuatirkan jadi nyata.

Duit rakyat RM4.95 juta hanyut dibawa ombak, macam tu saja.


-Pakde Eismat





PM 11 ANWAR AKAN TERUS JADI PM....


 

SIAPA PM11, MASIHKAH PEMIMPIN ‘BERDNA’ UMNO JADI PILIHAN?


25 September 2025


Siapa PM11?


Inilah soalan yang sejak akhir-akhir ini membuatkan ramai orang begitu  ghairah ingin tahu jawapannya?


Meskipun PMX masih berkuasa dan mungkin juga boleh kekal kerkuasa lagi selepas PRU16 akan datang, namun keghairahan terhadap kemungkinan itu seolah-olah bukan lagi sesuatu yang menggiurkan.


Yang lebih menggiur dan memberahikan untuk diketahui ramai sekarang ialah siapakah sosok PM11 itu?


Adakah ia Muhyiddin Yassin sebagaimana yang dipersetujui oleh Bersatu, tetapi tidak berapa diterima oleh PAS?


Adakah ia Hamzah Zainuddin yang dikehendaki oleh sekelompok lain dalam Bersatu dan dikatakan lebih direstui PAS?


Atau adakah calon PM11 nanti daripada kalangan pemimpin PAS sendiri yang disebutkan oleh Mursyidul Amnya bahawa jumlah yang layak daripada parti itu untuk menjadi Perdana Menteri ada “tiga empat lori” ramainya?


Atau mungkinkah jika UMNO tiba-tiba mufarakah daripada kerajaan madani, pemimpin parti itu juga ada peluang menjadi PM11?


Walaupun ramai orang berhajat ingin jadi Perdana Menteri, tetapi jika tiada parti yang yang disertai atau partinya terlalu kecil, mereka barangkali sekadar boleh bermimpi sajalah untuk duduk di kerusi itu.


Realitinya untuk jadi Perdana Menteri, ia sama ada daripada parti yang dominan atau pemimpin yang ditonjolkan itu terlalu dominan seperti Tun Mahathir Mohamad pada 2018, meski ketika itu Bersatu hanya menang 13 kerusi Parlimen saja.


Dalam memperkatakan calon PM11, kriteria lain yang menjadi persoalan ialah apakah selepas PRU16 nanti, sosok yang dipilih itu masih juga “berDNA UMNO” atau akan terpisah daripadanya?


Sejak merdeka, semua sepuluh Perdana Menteri adalah sama ada daripada UMNO atau daripada kalangan yang “berDNA” UMNO.


Tujuh Perdana Menteri memegang jawatan itu atas tiket UMNO, manakala tiga lagi – Tun Mahathir Mohamad, Muhyiddin dan Anwar Ibrahim, walaupun tidak memegang kuasa atas tiket UMNO, namun mereka pekat “berDNA” UMNO kerana pernah memegang jawatan tinggi dalam parti Melayu itu.


Ertinya, selama ini UMNO dan kerusi Perdana Menteri  tidak pernah terpisah.


Sebab itu, PRU16 dan siapa bakal berpeluang jadi PM11 amat menarik sekali untuk dinantikan.


Jika PN ditakdirkan menang dan calon yang akhirnya dipersetujui untuk dipersembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong sebagai PM11 ialah antara Muhyiddin dan Hamzah, bermakna DNA UMNO masih lagi melekat di kerusi Perdana Menteri negara ini.


Begitu juga jika semua parti tidak cukup kerusi dan UMNO menjadi “king maker” untuk mencukupkan jumlah, tidak mustahil ketika itu kerusi Perdana Menteri jatuh kembali kepada UMNO.


Pun begitu, jika PN cukup jumlah kerusi untuk membentuk kerajaan dan PAS, katalah boleh menang antara 60 hingga 80 kerusi Parlimen, sudah tentu parti itu tidak melepaskan peluang untuk meletakkan pemimpinnya sendiri sebagai Perdana Menteri.


Jika PAS berjaya menduduki kerusi Perdana Menteri, ini sekaligus bermakna DNA UMNO akan terputus terus daripada kerusi Perdana Menteri.


Meskipun dalam PAS pun ada pemimpin yang berasal daripada UMNO – misalnya Annuar Musa dan Shahidan Kassim – parti itu pasti lebih ghairah untuk meletakkan pemimpin kelahiran tarbiah mereka sendiri untuk mencipta sejarah sebagai PM11.


Kiranya itu berlaku, maka menjadi kenyataanlah akhirnya slogan – PAS ganti UMNO.


Malah, ia turut menjadikan PAS berjaya meletakkan ke tepi mereka yang “berDNA” UMNO. – ShahbudinHusin 25Sept2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/09/siapa-pm11-masihkah-pemimpin-berdna-umno-jadi-pilihan/



NI MASAALAH PUAK PUAK JALIL NI.

 


Sebab puok ni di tawarkan balasan shurga PASSSti.

Ayoh pin menawarkan kerajaan langit pun ramai pengikut apatah tawaran shurgaa...sbb tu otak letak di lutut.




LAWATAN PM ANWAR YANG OENUH BERMAKNA

 


Seperti yg dijangka, lawatan Malaysia ke Timor-Leste adalah prime mover dari PMX. 






Pelancaran projek Pusat Konvensyen di Pelabuhan Dili adalah bukti nyata bahawa sesuatu yg lebih besar sedang dipersiapkan dalam sektor tenaga, infrastruktur dan maritim. 


1. Infrastruktur & Ekonomi

Timor-Leste mahu mempercepatkan integrasi ekonominya dgn dunia luar. 


Lokasinya dipelabuhan bermakna projek ini direka untuk menjadi pintu masuk perdagangan, pelancongan dan pelaburan asing. 


Malaysia, melalui GLC² pembinaan berpotensi menjadi rakan strategik dalam membangunkan bukan sahaja pusat konvensyen tetapi keseluruhan ekosistem pelabuhan.


2. Tenaga & Sumber Asli

Apabila negara memperkukuhkan infrastruktur pelabuhan, ia secara langsung membuka jalan untuk eksport minyak dan gas Timor-Leste ke pasaran global. 


Malaysia memposisikan diri untuk terlibat dalam operasi upstream dan downstream di Greater Sunrise gas field. 


Infrastruktur pelabuhan yg moden akan menjadi nadi logistik bagi sektor tenaga ini. 


Dengan kata lain, projek konvensyen ini hanyalah “pembuka tirai” kpd pelaburan tenaga yg lebih besar.


3. Strategi Maritim & ASEAN

Dili Port terletak di lokasi strategik menghadap Laut Timor dan berhampiran laluan perdagangan yg menghubungkan Australia, Indonesia dan Asia Tenggara. 


Pelabuhan moden dgn pusat konvensyen bukan sekadar fasiliti ekonomi, malah ia juga hub menjadi diplomasi. 


Malaysia sedang membantu menyiapkan Timor-Leste agar lebih bersedia sebagai ahli ASEAN ke-11 dgn kemudahan logistik, perdagangan dan diplomasi maritim yg sesuai dengan piawaian serantau.


4. Signifikasi Politik & Diplomasi

Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia mahu tunjuk bahawa ia bukan hanya bercakap soal integrasi tetapi memimpin melalui tindakan yg konkrit. 


Pelancaran projek ini bersama Presiden José Ramos-Horta dan PM Kay Rala Xanana Gusmão adalah mesej bahawa Malaysia berada dibarisan hadapan membimbing Timor-Leste. 


Inilah bridge-builder diplomacy yg PMX lakukan.


Pelancaran Pusat Konvensyen Dili adalah pra-pentas yg membuka jalan kpd projek tenaga, infrastruktur besar-besaran, kerjasama maritim dan peluang pelaburan baharu yg akan memberi manfaat dua hala antara Malaysia dan Timor Leste..


PMX sedang mengatur langkah sebagai prime mover untuk memastikan Malaysia memimpin masa depan rantau ini.




HARAPN MUNCUL BUAT FLOTIILA

 


Selepas serangan yang dahsyat ke atas flotilla semalam, akhirnya satu lagi cahaya harapan muncul.





Kerajaan Sepanyol mengumumkan bahawa mereka menghantar kapal tentera laut, Furor, dari pangkalan Cartagena untuk mengiringi dan melindungi Global Sumud Flotilla dalam misi kemanusiaan ke Gaza.


Kapal ini mempunyai krew hampir 50 orang, termasuk 8 anggota pasukan perubatan.

Lengkap dengan helikopter, dron pemantauan, peralatan kecemasan dan boleh menampung sehingga 80 orang sekiranya perlu selamatkan penumpang flotilla.


Kapal ini tidak datang untuk berperang, tetapi sebagai perlindungan, sokongan, dan penyelamat jika berlaku kecemasan.


Bayangkan… selepas tekanan rakyat, suara solidariti, doa umat Islam & insan berjiwa kemanusiaan seluruh dunia, akhirnya Sepanyol ikut langkah Itali, turun ke laut bersama kita.


Flotilla kini tidak lagi sendirian. Laut Mediterranean sudah ada saksi baru negara Eropah yang berani menyatakan: “Kami bersama Gaza!”


Walaupun harapan kita kepada adik-beradik sendiri belum berhasil. Tapi masih ada yang sudi bersama.


Dr Saleha Idris

Menanti berita gembira






Rakyat Malaysia serik melancong ke Vietnam, kiri kanan peniaga kaki kelentong


 

Sejak semalam tular kisah sekumpulan rakyat Malaysia yang melancong ke Vietnam dan hampir diperdaya peniaga buah di negara itu.

Ia menjadi perdebatan ramai yang memberi saranan agar orang ramai tidak sesekali tunjuk berani di negara orang lebih-lebih lagi di Vietnam yang terkenal dengan taktik peniaga agresif.

Ada yang berkongsi pengalaman sendiri ketika melancong ke negara tersebut, mendakwa dia ditipu oleh banyak peniaga, membuatkan dia nekad untuk pulang terus ke Malaysia walaupun rancangan awalnya untuk bercuti lebih lama.


Pengguna Jamiludin Jabar berkata, “kiri kanan” dia ditipu peniaga di sana baik makcik jual buah sehinggalah ke pembawa beca, masing-masing berniaga secara tidak jujur.

“Vietnam ini pernah pergi sekali. Kiri kanan kena tipu. Makcik jual buah tipu, naik beca ditipu,makan kedai muslim pun kena tipu. Terus duduk bilik hotel tak keluar-keluar. Malam tu juga book tiket. Esok pagi balik Malaysia. Cadang nak duduk 4 hari. Dua hari je tak sanggup dah, balik terus,” kongsinya.

“Pernah pergi Vietnam. Dia orang ini memang jahat. Pernah kena masa naik beca. Masa nak naik deal murah je, lepas turun kena cas mahal pula. Kita belum habis cakap dia orang dah jalan laju je,” kongsi Cik Kila.

“Beberapa kali pergi Vietnam, memang trauma kalau bab beli belah. Lagi-lagi kawasan Ben Thanh tu. Bila tak nak beli, dia ambil pemetik api, dia bakar siku aku haha. Belum lagi kira scammer yang suruh angkat kelapa tiba-tiba minta duit. Yang lap kasut tiba-tiba datang haha trauma trauma,” komen pula Zaifrul Assiddiq.

Sementara itu ramai menasihatkan warga Malaysia yang melancong ke Vietnam untuk berhati-hati dan tidak bertegang urat dengan peniaga di sana kerana khuatir akan keselamatan.





Tindakan Israel Halang Misi GSF Tidak Boleh Diterima – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media bersama media Malaysia selepas mengakhiri lawatan rasmi dua hari ke Timor-Leste pada 24 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

DILI, 24 Sep – Tindakan Israel menghalang misi antarabangsa yang membawa bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin, Global Sumud Flotilla (GSF) yang menuju Gaza tidak boleh diterima, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri menyuarakan sokongannya terhadap GSF dengan harapan bantuan berkenaan dapat sampai kepada rakyat di Gaza.

“Saya sangat kesal dengan jenayah berterusan Israel dan kita telah menyokong Flotilla kerana ini usaha murni bantuan kemanusiaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media bersama media Malaysia selepas mengakhiri lawatan rasmi dua hari ke Timor-Leste pada 24 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Wajarkah penghantaran ubat-ubatan dan makanan bayi kepada mereka yang kelaparan dan menderita dihalang?.

“Jelas Israel bertindak mengenakan halangan ini dan kita mengecam sekeras-kerasnya,” katanya dalam sidang media bersama media Malaysia di sini selepas lawatan rasmi dua hari beliau ke Timor Leste.

Terdahulu hari ini, GSF memaklumkan mereka mendengar bunyi letupan dan melihat objek tidak dikenali yang dijatuhkan berhampiran kapal mereka semasa menuju ke kawasan konflik di Gaza.

Menurut GSF, letupan itu berlaku kira-kira jam 1 pagi waktu tempatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media bersama media Malaysia selepas mengakhiri lawatan rasmi dua hari ke Timor-Leste pada 24 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Inisiatif kemanusiaan yang bertujuan untuk menembusi sekatan Gaza itu turut menyatakan komunikasi mereka diganggu.

Dalam kemas kini sebelum ini, GSF memaklumkan lebih 15 dron berada di udara pada ketinggian rendah di atas kapal mereka, Alma selama beberapa jam dengan muncul setiap 10 minit sekali.

Sementara itu, Pengarah Media Muslim Care Malaysia, Tuan Asri Tuan Hussein yang memaklumkan kepada Buletin Utama, berkata dron itu berhenti mengikuti mereka sekitar jam 3.30 pagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media bersama media Malaysia selepas mengakhiri lawatan rasmi dua hari ke Timor-Leste pada 24 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kami tidak tidur. Semua berada dalam keadaan bersedia dan bergilir-gilir. Kadang-kadang pada selang setengah jam atau 15 minit, kami terdengar bunyi lain atau melihat cahaya seakan kilat di situ,” katanya kepada TV3.

Katanya, daripada sembilan kapal yang diserang, tiga daripadanya membabitkan sukarelawan Nusantara.

Serangan itu berlaku sebelum konvoi memasuki zon kuning dalam perjalanan menuju pantai Gaza.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzzaman, berkata pihaknya tidak bersetuju untuk menghantar bantuan melalui Pelabuhan Ashdod.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kanan) bergambar bersama Presiden Timor-Leste, Dr. José Manuel Ramos-Horta (dua, kiri) dan Perdana Menteri Kay Rala Xanana Gusmão (kanan) selepas menerima Anugerah Tertinggi ‘Grand Collar of the Order of Timor-Leste’ di Dewan ASEAN Timor-Leste di Istana Presiden pada 24 September 2025. Foto Bernama

“Dalam misi lain sebelum ini, mereka menawarkan perkara yang sama tetapi kami tidak pernah menerimanya, kerana kami tidak melanggar sebarang undang-undang antarabangsa dengan memasuki perairan Gaza,” katanya.


MENTERI AFGHANISTAN BALAS TRUMP



 Donald Trump: “Saya akan ambil semula kawalan ke atas Pangkalan Udara Bagram.”






Menteri Luar Negeri Pemangku Afghanistan, Amir Khan Muthaqi, membalas dengan sindiran tajam:


“Siapa pun yang sudah kalah di Afghanistan tidak pernah berani kembali.

Ketika British datang, empayar mereka menyusut sehingga tinggal apa yang kini dikenali sebagai Britain.

Bila Soviet datang, empayar mereka runtuh dan berubah menjadi Russia.

Dan kini, bila Amerika serta sekutunya datang, mereka sendiri berdepan pelbagai krisis di tanah air mereka.

Tiada siapa yang berani menceroboh Afghanistan, dan kalau ada, semua sudah tahu apa kesudahannya.”


🔥 Peringatan tegas bahawa Afghanistan adalah “kuburan” bagi kuasa penjajah.



BAIK SANGAT KAH KERAJAAN MADANI INI?



Ini adalah deep state yang boleh merencatkan perjalanan segala polisi goverment.


Golongan pendidik tidak dapat lari dari terpengaruh dgn didikan lebai politik.


Kesan tunggang agama ini amat dahsyat utk jangka panjang, apatah lagi mereka ini adalah golongan pendidik....


Semua kementerian perlu memberikan perhatian serious dalam hal ini kerena mereka adalah teras yg bergerak sebagai penggerak dassar.





RAKYAT MALAYSIA TYPE "W " SAJA YANG MASIH KIOK ISSU MINYAK 199.


 


Media Indonesia lapor RON95 Malaysia turun harga, netizen seberang terkejut

Langkah terbaharu kerajaan Malaysia menurunkan harga petrol RON95 sehingga RM1.99 seliter mendapat perhatian media Indonesia dan mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial negara itu.


Media Indonesia, Kumparan melaporkan langkah Malaysia menurunkan harga RON95 akan memberi manfaat kepada lebih 16 juta rakyat Malaysia.


Ia dengan cepat mendapat perhatian netizen negara jiran yang hairan bagaimana Malaysia mampu menawarkan harga serendah itu sedangkan harga bahan bakar di negara mereka lebih tinggi.


Mereka juga membandingkan dengan syarikat minyak terbesar, Pertamina Indonesia yang baru-baru ini terlibat dalam skandal rasuah terbesar dalam sejarah negara mereka.


“Beruntungnya orang sana,” kata seorang pengguna X di Indonesia.







Bukti hansard tunjuk Annuar Musa mahu mansuh akta MAS, bukan Khalid – Peguam


 


Peguam dan aktivis, Zulhazmi Shariff memuat naik hansard atau Penyata Rasmi Dewan Rakyat, mendakwa Tan Sri Annuar Musa adalah individu bertanggungjawab yang memperkenalkan akta untuk menghapuskan tanah orang Melayu di Kampung Baru.

Penyata rasmi itu bertarikh 14 Disember 2020 sewaktu Annuar Musa menjawat jawatan Menteri Wilayah Persekutuan.

Beliau pada waktu itu telah membawa satu Kertas Jemaah Menteri dan diluluskan oleh Kabinet untuk memperkenalkan satu akta khusus bagi Kampong Bharu bagi menggantikan akta Malay Agriculture Settlement (MAS).


Ucapan beliau seperti di berikut:

“Jadi saya telah membawa satu Kertas Jemaah Menteri minggu yang lalu dan alhamdulillah telah diluluskan oleh Jemaah Menteri untuk memperkenalkan satu akta yang khusus bagi Kampong Bharu bagi menggantikan akta Malay Agriculture Settlement. Jadi akta itu akan membuka jalan menyelesaikan bab yang terkait dengan soal undang-undang dan akta itu akan dibawa ke Parlimen, ke Dewan yang mulia ini mengikut proses-proses yang telah ditetapkan”.



Dakwa Zulhazmi, ia adalah bukti sahih bahawa pemimpin Pas itu yang bertanggungjawab dalam isu tersebut dan bukannya Khalid Samad seperti yang dituduh aktivis, Rafidah Ibrahim.


“Ini bukti sahih Annuar Musa mahu hapuskan Enakmen Tanah Pertanian Melayu atau Malay Agricultural Settlement (MAS) Kampong Bharu.


“Ini Penyata Rasmi Dewan Rakyat bertarikh 14.12.2020. Apa Annuar Musa kata? Dah diluluskan oleh Jemaah Menteri kata Annuar. Waktu itu (Tan Sri) Mahiaddin Md Yassin, (Datuk Seri) Tuan Ibrahim (Tuan Man), (Datuk Seri) Takiyuddin (Hassan) semuanya ahli Jemaah Menteri.


“Yang nak hapus tanah orang Melayu tu Annuar Musa tapi Hj Khalid yang dituduh Rafidah,” katanya di Facebook.


Dalam posting berasingan, beliau turut memuat naik klip video ucapan Annuar Musa seperti yang tertera dalam hansard Dewan Rakyat.





RETORIK PARTI MELAYU - KONFLIK PAYUNG BESAR POLITIK MELAYU

BARD Badang


23 September 2025


Sekali lagi Tun Mahathir Mohamad bercakap mengenai payung besar.


Kali ini beliau mengingatkan kewujudan banyak payung besar dalam kalangan parti-parti Melayu akan hanya membawa kepada perpecahan dan kekalahan dalam pilihan raya.


Katanya, walaupun sambutan terhadap cadangan menubuhkan gabungan atau payung besar amat menggalakkan, namun terdapat kecenderungan untuk setiap pihak yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri membentuk payung besar mereka sendiri.


“Tiap mereka yang ingin jadi Perdana Menteri mendiri payung besar mereka.


“Dengan itu akan terdapat dua, tiga atau lebih payung besar. Dan orang Melayu pun akan sokong dan jadi anggota payung-payung ini.


“Seperti dengan keanggotaan dalam parti, orang Melayu akan berpecah. 


“Maka payung besar pun memecahbelah orang Melayu,” katanya.


Tun Mahathir sebelum ini cuba mewujudkan payung besar dengan menubuhkan Seketariat Orang Melayu, tetapi ia nampaknya seperti tidak bergerak ke mana-mana.


PN yang ditunjangi Bersatu dan PAS sendiri seperti bersikap dingin terhadap kewujudan Seketariat Orang Melayu itu, walaupun Tun Mahathir adalah penasihat SG4 – empat negeri dikuasai PAS.


Sikap dingin itu barangkali kerana PN adalah sebuah gabungan poitik yang dianggotai oleh pari-parti politik, sedangkan Seketariat Orang Melayu hanya bertaraf NGO saja.


Meskipun benar apa yang disebut oleh Tun Mahathir bahawa kewujudan banyak payung besar hanya membawa perpecahan, tetapi adalah mustahil parti-parti yang bersifat politik mahu berteduh di bawah NGO.


Apa yang biasa berlaku, NGO yang berteduh di bawah parti politik.


Dalam hal ini, memandangkan PN sedang berada di depan dalam cubaan membawa perubahan kepada negara, malah sudah memiliki jumlah kerusi Parlimen terbesar mewakili orang Melayu dan berjaya pula membentuk pakatan longgar dengan 14 parti-parti di luar kerajaan, maka adalah penting untuk semua pihak mula bersatu hati.


Lupakan payung lain selain PN jika benar-benar ingin melihat perubahan.


UMNO sebagai parti Melayu terbesar daripada segi keahlian, namun terkecil dalam jumlah kerusi Parlimen, sebaiknya juga harus turut bersama PN membentuk payung yang lebih besar.


Dalam masa yang sama, PN haruslah – jika boleh – mencari penyelesaian terbaik nengenai calon Perdana Menteri  mewakili gabungan tersebut.


Jika ia dapat diputuskan sebelum pilihan raya diadakan, itu adalah lebih baik agar PN ternampak ada pemimpin yang berwibawa untuk ditonjolkan bagi memimpin negara.


Kalau tidak dapat diputuskan, tentunya kerana ada lebih daripada seorang calon yang layak untuk diketengahkan, biarkan saja calon Perdana Menteri diputuskan selepas kemenangan berjaya digenggam.


Namun jika itu jadi pilihan, PN harus lebih berusaha keras meyakinkan rakyat tentang dasar pemerintahan mereka yang lebih baik daripada kerajaan semasa.


Kalau dasar yang diketengahkan lebih meyakinkan dan boleh diterima, disertai pula dengan gambaran ada “tiga empat lori calon Perdana Menteri” yang boleh diketengahkan, menjadikan perubahan suatu kenyataan bukanlah suatu masalah besar.


Bayangkan saja kalau pemberian tunai RM100 dan turun harga minyak RM1.99 sen seliter pun lebih banyak dipertikai daripada diterima, ini menunjukkan rakyat sebenarnya mahukan sebuah kerajaan yang mampu memperkenalkan dasar pentadbiran yang lebih baik, bukan berdasarkan populariti.


Inilah payung besar yang benar-benar dikehendaki rakyat. – ShahbudinHusin 23Sept2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/09/konflik-payung-besar-politik-melayu/




BETUL KATA NAJIB



Benda yang betul saya sokong. Betul kata DS Najib walaupun tak mention nama tapi kita 1 Malaysia tahu siapa yang beliau maksudkan.




Kita juga boleh lihat bagaimana Anwar sebagai pemimpin utama negara… walaupun dah dkt 3 tahun kes Muhyiddin masih dibicarakan.


Zaman 100 year old man tu naik sahaja jadi ketua kerajaan, Najib tak sempat habis cokelat habis digaledah. Jadi kita nampak Anwar tidak mengamalkan politik dendam. 


Di zaman Mahathir beliau disiasat, zaman Muhyiddin beliau dibicarakan dan zaman Ismail Sabri beliau dipenjarakan… zaman Anwar, Najib diberi penahanan separuh dari sepatutnya.



JANGAN DENGAR BERITA PELESU

 𝙁𝙖𝙠𝙚 𝙣𝙚𝙬𝙨...





Kerajaan 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗿𝗮𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴 nak hadkan pengisian minyak kepada 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶 𝘀𝗲𝗵𝗮𝗿𝗶 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮.


𝗛𝗮𝗻𝘁𝘂 mana la yang reka cerita ni. Begitulah bila hati dah jadi 𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗶𝗯𝗹𝗶𝘀. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



BETUL..DULU TAK CAYA, SEKARANG BARU PERCAYA

Bob Kelanang


 Mungkin ini yang dikatakan orang.. masuk PAS automatik akan jadi bodoh tolol macam Hadi Awang.





KOMEN ORANG TAK SEKOLAH

 

Che Ibrahim




Budak ni pakai motor guna tangki minyak bulldozer bekali..... Kereta ambo penuh tangki @ 35 liter pun sehari musing tak habis.


Dia guna 200 liter sehari, sodok rantai/bulldozer Komatsu ambo tak habis 200 liter sehari guna wat sodok teres.



DARUL RUNTUH JUGAK RUPANYA

 


Ingat kejadian 'Terengganu Darul Runtuh' hanya berlaku zaman BN saja. Zaman PAS pun runtuh jugak. 


Alkisahnya!!!