TU PUN DIJADIKAN ISU... APA LAAAA..

 


Hamdan Taha


Dah geng pas marah kepada menteri kesihatan kerana dedah di mana Haji Hadi berada, kononnya di mana Haji Hadi berada adalah satu rahsia besar


Baru saya tulis tadi Bersyukur Haji Hadi dah sehat dan boleh jadi presiden pas semula. Untuk makluman keluarga hadi dan orang Pas yang dedahkan lebih awal Hadi ada di IJN ialah Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan rasmi dia pagi tadi, dia mengucapkan terima kasih pada IJN kerana berjaya melakukan pembedahan kepada Hadi dengan berjaya...


Bila Tuan Ibrahim Tuan Man dah buat kenyataan rasmi maknanya bukan lah rahsia Hadi ada di mana, yang geng pas kecoh bab tu pelik pula saya, menteri keluarkan gambar dia selepas Tuan Ibrahim buat kenyataan dia... Jadi bab ni pun nak kecoh berat la



ZIARAH DR DZUL, MENTERI KESIHATAN KEPADA HJ HADI: AKHLAK ISLAM ATAU POLITIK DALAMAN PAS YANG RESAH?







Oleh: Syam Ghaz


Dalam Islam, ziarah orang sakit adalah sunnah yang dituntut, bukan sahaja kerana nilai kemanusiaan, tetapi kerana ia disokong oleh hadis sahih, bahkan disebut sebagai hak sesama Muslim. 


Maka apabila Dato Dr Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan daripada kerajaan MADANI, menziarahi Tan Sri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS di IJN, kita sangka semua pihak akan menyambutnya dengan doa dan syukur.


Namun… peliknya, ada segolongan kecil dalam PAS yang seolah-olah “tidak senang duduk” dengan kehadiran Dr Dzul. Persoalannya, kenapa?


🟒 1. Adakah PAS sedang menyembunyikan keadaan kesihatan Presidennya? 


Kecoh dalam kalangan dalaman PAS bila ada pemimpin mula naik podcast, kempen terbuka pemilihan Pas kalini, malah Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar meletak jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Marang, kawasan keramat Hadi sendiri.


Apakah ini petanda retak yang menanti belah? Dan adakah kesihatan Hadi Awang sengaja dirahsiakan supaya tiada desakan dalaman untuk beliau melepaskan jawatan presiden?


🟒 2. Adakah wujud perebutan kuasa yang cuba ‘jaga imej’ Presiden walau terpaksa sorok kesihatan?


Dalam politik, persepsi adalah kuasa. Bila pemimpin utama dilihat uzur, akan muncullah suara-suara dalaman yang mahukan transisi. Apakah itu yang ditakuti? Sehingga ziarah orang sakit pun mahu disekat?


🟒 3. Bukankah Islam suruh ziarah orang sakit? Kenapa pula mahu sekat?


Janganlah kerana politik, hukum agama diletakkan ke tepi. Bukankah PAS yang selama ini mengangkat slogan “Islam Memimpin”? Maka saya bawakan hadis yang sahih – bukan dari Menteri, tetapi dari Rasulullah SAW:


“Hak seorang Muslim atas Muslim yang lain ada enam…”


Sahabat bertanya: “Apakah enam itu, ya Rasulullah?”


Sabda Nabi SAW:


“Apabila dia sakit, maka ziarahilah dia…”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Apa lagi dalil yang mahu ditolak?


🟒 4. Lawatan Dr Dzul bukan lawatan politik – tetapi lambang akhlak.


Sebagai Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad hadir bukan dengan lambang parti AMANAH ataupun PAKATAN HARAPAN, tetapi dengan akhlak Islam, atas dasar kemanusiaan dan ukhuwah. Bahkan Dr Dzul adalah sahabat lama kepada Tuan Guru Hadi Awang – pernah bersama dalam PAS Pusat dahulu.


Bukankah akhlak ini lebih mulia daripada mengintai kerusi Presiden atau menjadikan keuzuran seseorang sebagai bahan strategi perebutan kuasa?


🟒 5. Menteri datang = sokongan moral kepada doktor & pesakit.


Bila Menteri Kesihatan hadir ke IJN, itu signal kuat kepada semua doktor doktor pakar dan kakitangan perubatan: “Lakukan yang terbaik untuk tokoh besar negara ini.” Ia bukan campur tangan, tapi penghormatan.



🟒 6. PAS tolak dalil, guna etika?


Selama ini PAS lantang guna dalil. Tapi kali ini ada yang mula cakap “etika politik”. Maka biar saya ulang dalil hadis agar kita semua ingat:


Rasulullah SAW bersabda:


“Tidaklah seorang Muslim menjenguk saudaranya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya hingga petang…”


(Riwayat at-Tirmizi – sahih)


πŸ”΄ Kesimpulan: PAS patut malu jika ziarah orang sakit pun mahu dijadikan isu politik.


Ziarah ini adalah ibrah untuk semua, bahawa politik tidak boleh membatalkan adab dan akhlak Islam. Jangan jadikan kesihatan Hadi Awang sebagai alat perbalahan puak dalaman PAS yang kini mula terdedah.


Kalau benar Hadi Awang itu tokoh besar Islam, maka apa salahnya beliau diziarahi dengan penuh hormat oleh seorang Menteri yang juga pernah duduk bersamanya dalam perjuangan PAS dulu?.


Ini bukan soal parti. Ini soal perikemanusiaan. Ini soal tuntutan agama.


Syam Ghaz

Pengerusi 

Ahli Lembaga Pelawat Hospital Pasir Mas



TAK YAH PERASAN LA. PARTI KO YANG TERGILA GILAKAN UMNO.


 Perasan UMNO nak ajak dia balik? Habis lupa siapa yang tinggalkan dulu.


Idris Ahmad ni macam bekas kekasih yang tinggalkan orang, tapi sekarang perasan konon orang rindu nak kembali.


Kalau nak sangat orang ajak balik, pastikan dulu pernah tinggalkan kesan yang baik. Pengkhianat hanya akan mengkhianati.




MENTERI KESIHATAN ZIARAH ORANG SAKIT.

 Salam Malaysia MADANI. 

  




       

AlhamdulilLah, saya berkesempatan untuk menziarah Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).


Saya dimaklumkan bahawa walau pun prosedur yang kompleks, semuanya telah berjalan dengan lancar. 


Pasukan IJN yg dipimpin olih Prof Dato’ Seri Dr Jeswant dan Datuk Dr Kumara, adalah terdiri daripada Prof Dato’ Sri Dr Mohamed Ezani Md Taib (Group CEO IJN), Prof Dato’ Seri Dr Jeffrey Jeswant Dillon, Datuk Dr Kumara Gurupparan, Prof Dato’ Dr Suhaini Kadiman, Dato’ Dr Ghazali Ahmad dan Dr Ismazizi Zaharudin, Dato’ Dr Amin Ariff Nuruddin, Dr Tey Yee Sin (tiada dalam gambar).


Jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada seluruh Pasukan Kardiologi & Surgeri Kardiovaskular & Torasik IJN. πŸŒΉπŸ™❤️


InsyaAlLah beliau dijangka akan pulang dalam waktu terdekat, dan marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan sepenuhnya. 


SyafahulLah & Rabbuna Yusahhil….Amin 🀲🀲



DIA LUPA BASUH BERAK

 Tengku Adam


Baru dia tahu yang orang lain tahu yang selama ini dia tak basuh berak. Janganlah ghairah nak serang orang..

Harap siasatan dapat merungkaikan segala kebenaran.

#akutetapsokongpmx




NI AKAN BERLAKU KALAU WORLD WAR III TERJADI


Nazri Hamdan


Kalau World War 3 betul-betul berlaku, ekonomi global akan terbalik habis. Harga minyak, makanan, dan komoditi asas akan naik mencanak sebab bekalan terganggu, laluan kapal tak selamat, dan negara pengeluar mungkin terlibat sama dalam perang. 


Macam Perang Dunia sebelum ni, bila negara fokus pada ketenteraan, barang asas jadi susah nak dapat. Contoh paling dekat: masa perang Ukraine-Rusia meletup pun harga gandum dan minyak masak pun naik satu dunia bayangkan kalau perang skala global.


Konflik antara Israel dan Iran memang ada potensi mencetuskan perang besar skala global sebab kedua-dua negara bukan sekadar musuh biasa, mereka masing-masing ada pengaruh serantau dan global. 


Israel disokong kuat oleh Amerika Syarikat dan sekutunya di NATO, manakala Iran pula ada sokongan tidak rasmi dari paksi Timur seperti Rusia dan China, serta rangkaian proksi bersenjata di Lubnan, Syria, Iraq dan Yaman. 


Kalau konflik mereka meletus sepenuhnya, ia boleh seret kuasa besar dunia masuk campur bukan sahaja dari segi ketenteraan, tapi juga sekatan ekonomi, sabotaj siber, dan perang tenaga. 


Timur Tengah pula pusat pengeluaran minyak dunia. Jadi, apa-apa serangan besar boleh goncang pasaran global serta cetuskan krisis harga, sekuriti dan migrasi antarabangsa.


Banyak bisnes kecil dan sederhana (PKS) tak tahan dan boleh lingkup. Bila kos import tinggi, mata wang menjunam, dan permintaan pengguna merosot, ramai terpaksa gulung tikar. 


Sektor yang paling cepat ‘kena’ ialah pelancongan, runcit, hiburan, F&B, dan logistik. Bisnes yang bergantung pada bahan mentah dari luar negara pun akan tersepit sebab rantaian bekalan global akan kucar-kacir. Contohnya, kilang elektronik di Malaysia mungkin tak dapat komponen dari China atau Jepun sebab pelabuhan ditutup atau kapal tak dapat jalan.


Peluang pekerjaan juga akan lenyap, bukan sebab orang tak nak kerja, tapi sebab banyak syarikat tak mampu bertahan. Dalam masa sama, kerajaan pun mungkin fokus pada belanjawan pertahanan, bukan lagi pada penciptaan pekerjaan atau pelaburan sosial. 


Kalau terlalu ramai menganggur, krisis sosial pun boleh tercetus. Tapi ada juga sektor yang “naik” masa perang contohnya industri pertahanan, cybersecurity, pembuatan senjata, dan makanan asas.


Negara yang paling teruk terkesan ialah negara membangun yang bergantung pada perdagangan global macam Malaysia, Vietnam, atau Bangladesh. Kita banyak eksport-import, jadi bila rantaian bekalan terjejas dan pelabur asing lari, ekonomi boleh lumpuh. 


Negara yang hutangnya tinggi dan simpanan rizab lemah pun akan goyang dulu. Negara yang boleh bertahan pula selalunya ada sumber asli sendiri, infrastruktur pertahanan mantap, ekonomi dalaman yang kuat, dan tahap sara diri tinggi contohnya Amerika Syarikat, China, India, atau bahkan Rusia.


Tapi jangan silap, semua negara tetap akan rasa tempias. Cuma beza antara negara yang “terduduk terus” dengan negara yang “masih boleh jalan walaupun terhuyung-hayang”. 


Dalam dunia hari ini yang sangat bergantung antara satu sama lain, World War 3 bukan sekadar soal bom meletup tapi soal ekonomi dunia yang boleh hancur macam domino. Dan yang paling kena bersedia? Rakyat biasa macam kita.



AMARAN KETUA POLIS KELANTAN

 


Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kes salah laku dan tatatertib dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri ini.





Beliau berkata trend itu perlu diberikan perhatian serius oleh semua pihak, sambil menegaskan bahawa tiada toleransi terhadap sebarang isu berkaitan integriti dalam pasukan.


Berita penuh di https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2435324


#BernamaNews



Shell Bawa RM9 Bilion – Malaysia Masih Jadi Pilihan Dunia!

Man Toba




Shell sahkan pelaburan tambahan RM9 bilion di Malaysia – bukan main-main. Bukan sekadar tambah stesen minyak (dah ada 950!), tapi masuk sektor minyak & gas, dari laut dalam Sabah Sarawak, sampai ke industri hiliran moden.


Ini bukti pelabur global masih yakin dengan pentadbiran negara & kestabilan ekonomi kita.


➡️ Peluang kerja bertambah

➡️ Teknologi baru masuk

➡️ Sabah Sarawak terus jadi nadi tenaga negara


Negara lain sibuk cari pelaburan, Malaysia dah dapat dulu.

Siapa usaha, dia rasa hasil. πŸ’ͺ


#MalaysiaMaju #PelaburanAsing #Shell #RM9Bilion #EkonomiRakyat.




MENDOAKAN KESIHATAN HADI AWANG

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan doa agar Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang terus dikurniakan kesihatan yang baik selepas menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) semalam.


Menerusi satu hantaran ringkas di platform X, Anwar menitipkan : “Mendoakan kesihatan yang berterusan buat Ustaz Hj Hadi, Insya-Allah,” sambil memetik laporan Harian Metro yang memaklumkan bahawa Abdul Hadi kini berada dalam keadaan stabil.



PERLUASAN SST ADALAH ULANGAN BALA GST




18 June 2025


Jika kita teliti, baik dalam media sosial atau melalui perbualan dengan pelbagai kelompok masyarakat, reaksi yang didapati terhadap langkah perluasan SST yang bermula 1 Julai depan ini adalah amat negatif sekali.


Perluasan SST bermakna lebih banyak barangan dikenakan cukai antara 5 hingga 10 peratus berbanding sebelum ini.


Jika sebelum ini ada lebih 8000 barangan dikecualikan cukai, jumlahnya selepas perluasan nanti hanya sekitar 1000 saja yang tidak dikenakan cukai.


Mudah nak faham lagi, melalui perluasan ini menjadikan kira-kira 90 peratus barangan akan dikenakan cukai.


Benar-benar luas sasaran perluasan SST itu nampaknya.


Rata-rata mengkritik, marah dan kecewa dengan langkah perluasan itu kerana makanan rakyat biasa seperti epal, limau, pear, mangga, rambutan yang diimport daripada China dan Thailand turut tidak terkecuali daripada kena cukai.


Hakikatnya bukan avocado saja yang dikenakan cukai.


Begitu juga dengan gula, garam, ikan dan sayur-sayuran pun termasuk dalam perluasan cukai sst juga.


Beberapa jenis perkhidmatan yang sebelum ini tidak dikecualikan cukai akan dikenakan cukai selepas ini.


Bagi pihak kerajaan, langkah perluasan itu digambarkan untuk mengukuhkan kedudukan fiskal dengan wang sekitar RM10 bilion dijangka akan bertambah ke dalam kantung kewangan negara.


Seterusnya digambarkan dengan bertambahnya wang dalam kantung negara, maka akan bertambah jugalah bantuan dan program sosial untuk rakyat.


Kononnya cukai itu akan balik semula kepada rakyat.


Tetapi, bagi rakyat kebanyakan, langkah perluasan itu bererti makin banyak poket mereka bocor setiap hari.


Dalam hal ini, ada yang mempersoalkan, mengapa untuk menambah progam sosial dan bantuan kepada rakyat, perlu dilaksanakan perluasan cukai terlebih dahulu?


Apakah kerajaan tidak cukup wang?


Mana perginya hasil pelaburan beratus-ratus bilion yang diumumkan setiap kali Perdana Menteri melakukan lawatan ke luar negara?


Bukankah sepatutnya, dengan pelaburan beratus-beratus bilion yang diumumkan sebagai berita gembira itu, rakyat sebenarnya lebih berhak menikmati cukai yang lebih rendah, bukan lebih banyak barangan dikenakan cukai?


Mungkin pakar-pakar di Kementerian Kewangan dan pensyarah-pensyarah universiti yang kerap menyokong kerajaan ada jawapan berkaitan hal ini?


Apa pun berdasarkan reaksi negatif rakyat terhadap perluasan SST, ia tentunya mengingatkan kita kepada langkah memperkenalkan GST ketika era Najib Razak dahulu.


Selain skandal 1MDB, pengenalan cukai GST adalah dua faktor penyumbang kepada tumbangnya BN pada PRU 2018 itu.


Gambaran buruk GST itu bertambah parah apabila PH dalam kempen PRU 2018 telah mengikrarkan janji untuk membatalkan cukai tersebut jika beroleh kemenangan.


Rakyat akhirnya bersatu hati menumbangkan BN kerana marah dengan GST yang disifatkan ala pukat tunda itu.


Meskipun SST kemudian diperkenalkan untuk menggantikan GST, tetapi langkah perluasan SST yang diperkenalkan bermula 1 Julai depan hampir menyamai dengan bala GST ketika era Najib daripada segi kesannya kepada rakyat.


BN tentunya dapat dielakkan daripada tumbang pada PRU 2018 dahulu jika Najib bersedia mengurangkan kadar cukai GST daripada enam peratus yang dianggap membebankan itu kepada empat atau tiga peratus.


Begitu juga sekarang, disebabkan reaksi rakyat begitu negatif, kerajaan madani tiada pilihan lain selain perlu membatalkan perluasan cukai SST yang dicadangkan kadarnya antara 5 hingga 10 peratus itu.


Penolakan rakyat terhadap madani pasti akan bertambah bila selepas ini tarif elektik dinaikkan dan subsidi Ron95 pula dijadikan langkah bersasar yang mahu tidak mahu, pasti memberi kesan pertambahan beban kepada poket rakyat.


Kepada kerajaan madani, apa guna mengejar RM10 bilion melalui perluasan cukai SST jika akhirnya rakyat makin benci dan kuasa makin terlepas daripada genggaman? 


Lagi pun, setakat RM10 bilion, takkan menteri terhebat dalam sejarah, Tengku Zafrul tidak mampu mencarinya melalui FDI atau pelaburan asing? – ShahbudinHusin 18Jun2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/06/perluasan-sst-adalah-ulangan-bala-gst/



JKOM DIAM..MENTERI DIAM..JAWAB KENA BANTAI....

 

Hamdan Taha. 


Pengampu PKR  dah bersuara, bila rakyat tak ada yang sokong SST  dah kelam kabut, bayangkan PMX di hamun di media sosial dan di ruang komen di Malaysia kini, sinar harian dan di mana mana, dia tak pernah tengok dia di maki sebegini rupa... Menteri yang jaga media tak kan tak sedar dan JKOM tentu tahu...





KP JKOM  bersuara je dah kena serang oleh rakyat biasa dan semua pihak... Ni dah keluarlah ayat ayat nak selamat


Ahli Umno, PKR, Amanah, DAP  tak berparti dan sudah tentu pembangkang semua balun... Macam mana nak kata kerajaan ni terpuji.




DEEP DARI MP AMPANG



 Ada sesiapa yang faham tentang ini, ini dari posting YB Rodziah MP Ampang.




FORUM PERSIDANGAN YANG SEPATUTNYA DIHADIRI RR DAN NN.

 

Akmal Nasir







Forum Energy Asia hari ini sepatutnya turut dihadiri Sdr Rafizi Ramli dan Sdr Nik Nazmi atas kapasiti mereka sebagai Menteri. 


Bukan sahaja kehadiran, tetapi NETR yang menjadi subject matter perbincangan kami pada hari ini juga dirintis oleh kedua-dua Rafizi dan Nik Nazmi di samping penjawat awam lain maka wajar kreditnya itu diberikan kepada mereka. 


NETR bukan sekadar pelan hala tuju - ia adalah pelaksanaan bahawa masa depan ekonomi kita mesti berpaksikan kelestarian. 


Dalam sektor tenaga, cabaran yang kita hadapi kini jauh lebih besar berbanding sepuluh dua puluh tahun yang lepas; dengan permintaan terhadap tenaga yang kian meningkat.


Kita perlu memperkasa pengguna tenaga berskala besar untuk beralih kepada tenaga hijau. Melalui inisiatif CRESS, pusat data kini boleh mendapatkan tenaga boleh diperbaharui secara terus dengan pembekal — melalui grid secara Akses Pihak Ketiga.


Di peringkat serantau, kita sedang menggerakkan ASEAN Power Grid bagi membolehkan perdagangan tenaga rentas sempadan dan ketahanan bersama ketika permintaan memuncak.


Dan ini satu perbincangan yang perlu kita mulakan — walaupun mungkin sensitif : Bagaimana pula dengan tenaga nuklear ?


Walaupun tidak diklasifikasikan sebagai tenaga boleh diperbaharui, teknologi nuklear baharu seperti Small Modular Reactors (SMRs) dan loji nuklear terapung wajar diteroka secara serius sebagai sebahagian daripada strategi Net Zero negara.


"Tanpa tenaga nuklear, sukar untuk Malaysia capai sasaran sifar bersih menjelang 2050". 


Banyak laporan media laporkan kenyataan saya ini, kerana mungkin agak baru dan radikal, tapi saya akan terus bercakap mengenai hal yang sememangnya menjadi keperluan mendesak kita seperti tenaga nuklear.



DAMAI ....TOLONG JAWAB. PAKAT PAKAT MENANG BARU NI...



 Kenapa Madani begitu terdesak sehingga sanggup lakukan perkara berikut serentak?


1. Naikkan tarif elektrik pada 1 Julai 2025


2. Naikkan caj pelabuhan sehingga 30% bermula 1 Julai 2025


3. Luaskan skop cukai jualan sehingga meliputi 97% barangan, dan cukai perkhidmatan ke sektor pendidikan, kesihatan, kecantikan, kewangan, sewaan dan industri - sampai buah-buahan, garam, gula mentah dan air laut turut dicukai; bermula 1 Julai 2025


4. Kekalkan dividen Petronas pada RM32 bilion seperti tahun lepas, walaupun keuntungan Petronas jatuh 32% hingga terpaksa buang lebih 5,000 pekerja serta membekukan kenaikan pangkat dan pengambilan pekerja baharu hingga Disember 2026


5. Rancang naikkan harga RON95 pada separuh dua 2025?


Jawapannya mudah: kerajaan Madani telah gagal mengurus ekonomi dan hutang negara dengan baik.


Ini buktinya:


1. Hasil, perbelanjaan dan defisit Jan–April 2022 hingga 2025


Hasil kerajaan (revenue):

2022: RM82.0 bilion (tiga bulan masih dalam PKP, ekonomi dibuka semula pada 1 April)

2023: RM98.6 bilion

2024: RM93.2 bilion

2025: RM97.1 bilion


Hasil pada 2024 dan 2025 masih lebih rendah berbanding 2023, walaupun pelbagai cukai dinaikkan, diperluas dan diperkenalkan. Ini menunjukkan ekonomi Malaysia tidak berkembang cukup pesat untuk meningkatkan kutipan cukai.


Perbelanjaan kerajaan:

2022: RM116.5 bilion

2023: RM122.8 bilion

2024: RM133.2 bilion

2025: RM127.8 bilion


Perbelanjaan pada 2024 dan 2025 jauh lebih tinggi, meskipun banyak subsidi (tepung, diesel, air, Indah Water, elektrik, ayam, telur) dipotong dan hasil tidak meningkat seiring.


Defisit (overall balance):

2022: -RM34.4 bilion

2023: -RM24.1 bilion

2024: -RM40.0 bilion

2025: -RM30.7 bilion


Defisit pada 2024 dan 2025 lebih buruk daripada 2023. Malah defisit 2024 hanya dapat dikurangkan kerana bantuan luar biasa seperti:

- Dividen KWAP RM5 bilion (berbanding unjuran RM3 bilion)

- Dividen BNM RM5.25 bilion (unjuran asal RM2 bilion)

- RM2 bilion hasil pindaan Akta Wang Tidak Dituntut

- RM2 bilion pembayaran awal penjualan Bandar Malaysia kepada Petronas


Selain daripada baki bayaran RM4 bilion lagi dari Petronas untuk Bandar Malaysia, kebanyakan sumber pendapatan luar biasa ini tidak akan berulang tahun ini, memandangkan ringgit lebih stabil dan pasaran saham Malaysia lemah.


2. Hutang dan nisbah hutang kerajaan


Setakat 16 Jun 2025, kerajaan telah meminjam bersih RM64.28 bilion bagi tahun ini - bersamaan 79.4% daripada had pinjaman RM81 bilion seperti dalam bajet 2025, walaupun hanya 45.8% tahun telah berlalu.


Ini bermaksud kerajaan kini sangat terdesak sama ada untuk memotong belanja (mustahil, kerana Madani sangat boros - bajet Madani adalah yang terbesar dalam sejarah tiga tahun berturut-turut) atau memerah lebih banyak cukai daripada Rakyat secepat mungkin sebab hanya tinggal RM16.7 bilion ruang pinjaman untuk baki tahun ini.


Disebabkan kegagalan meningkatkan hasil dan kenaikan berterusan dalam perbelanjaan, hutang langsung kerajaan telah meningkat RM234.2 bilion - daripada RM1.071 trilion pada akhir November 2022 kepada RM1.305 trilion setakat esok. Semua ini berlaku dalam tempoh hanya 30 bulan Madani.


Nisbah hutang kepada KDNK juga melonjak daripada 60.3% ke 65.5% pada akhir suku pertama 2025, satu petunjuk jelas kegagalan pengurusan fiskal.


Kenaikan nisbah ini menunjukkan hutang meningkat lebih laju daripada pertumbuhan ekonomi. 


Sepatutnya, jika KDNK (saiz ekonomi) berkembang dengan sihat, nisbah ini akan menurun — bukan meningkat mendadak.


3. Kos khidmat hutang kerajaan (faedah hutang sahaja)

2022: RM41.3 bilion

2023: RM46.1 bilion

2024: RM49.8 bilion

2025: RM54.7 bilion


Dengan pinjaman tambahan RM81 bilion lagi pada 2025, kos faedah untuk tahun 2026 diunjur mencecah RM63 bilion.


Ini bermakna dalam tempoh tiga tahun sahaja, kerajaan perlu menanggung tambahan RM21.7 bilion setiap tahun hanya untuk membayar faedah hutang - bukan bayaran pokok pun.


Bandingkan kenaikan RM21.7 bilion ini dengan keseluruhan kos faedah hanya RM28 bilion pada tahun 2017 semasa zaman Najib.


Inilah sebabnya, demi mengekalkan sasaran bajet, memperlahankan kenaikan hutang dan mencari dana untuk menampung kos faedah yang semakin mencanak, kerajaan Madani akan terus perah rakyat melalui pelbagai cara untuk tutup kegagalan tiga tahun Madani ini.


Sebab hang tak reti jaga negara maka semua Rakyat yang tanggung.


---

Saya minta semua yang baca posting ini boleh tekan like dan kongsi supaya lebih ramai daripada 91,000 followers di page lama Lim Sian See (LSS) saya yang telah digantung oleh FB sejak 5 hari lepas akan tahu tentang kewujudan page baru ini.


cc Eric See-To - Lim Sian See



KEJAYAAN ANAK SEORANG MAKENIK

 


BERSAMA MENGGAPAI BINTANG: KISAH ANAK MEKANIK KE DUNIA PERUBATAN





Hari ini saya berkesempatan menziarahi seorang anak muda luar biasa, Nur Hartini Hidayah, seorang pelajar cemerlang dari Kampung Sungai Karang Darat, Kuantan.


Lahir dalam keluarga serba kekurangan di mana ayahnya seorang mekanik bengkel, ibunya pula suri rumah sepenuh masa. 


Hartini membuktikan bahawa kemiskinan bukan penghalang untuk bermimpi besar. Dengan keputusan 11A dalam SPM 2024, beliau ditawarkan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan turut terpilih ke sesi temuduga Program YTP MARA – A-Level Australia sebagai persediaan ke bidang perubatan.


Namun di sebalik kegemilangan itu, terselit dilema. Meskipun cemerlang di atas kertas, Hartini gusar tentang kekangan kewangan yang mungkin menghalang langkahnya ke menara gading. 


Maka, bagi pihak YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, saya menyampaikan sumbangan sebagai dorongan dan sokongan buat beliau. Saya juga turut menyumbangkan sebuah komputer riba untuk membantu persediaan Hartini melangkah ke alam universiti.


Alhamdulillah, saya sendiri telah menghubungi Pengerusi MARA, Datuk Wira DR ASYRAF WAJDI DUSUKI berhubung hal ini. Terima kasih buat beliau yang telah menyatakan komitmen untuk meneliti serta membantu merealisasikan impian besar anak Sungai Karang Darat ini. 


Kerajaan MADANI komited agar setiap anak tanpa mengira latar belakang untuk diberi ruang dan peluang untuk berjaya. Kita tidak boleh biarkan masa depan yang gemilang terhenti hanya kerana dia dilahirkan dalam serba kekurangan.


Selamat maju jaya buat Adik Hartini! 


#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja

#KerajaanMADANI



MEMANG SIALAN LA GAMOKNYE MENJADI KAKI WAYANG.

 

Wang Xiang


KINI sudah terang dan jelas.

Siapa pemimpin ...

● Siaran

● Sinaran

● Sialan




LAIN KALI PEMUDA PAS TANYA LA.. KENAPA LEBUHRAYA SETAKAT GANU SAJA.. KENAPA TAK SAMPAI KE KELANTAN. KIOK PEMUDA PAS BAWAH DIA NIH.TU PUN MEMIMPIN KONON..

 


Zainuddin Omar


Lain kali tanya tak pada Tun kenapa Lebuhraya Pantai Timur berhenti di Terengganu dan tidak diteruskan ke KB?





KUNJUNG HORMAT PEMUDA PAS KEPADA TUN DR. MAHATHIR.


Alhamdulillah, Pemuda PAS Malaysia berpeluang mengadakan kunjung hormat kepada YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Banyak perkara penting yang dikongsi oleh Tun seputar isu semasa negara, cabaran politik, penghakisan kuasa Melayu, tekanan ekonomi rakyat termasuk masa depan negara. 


Pemuda PAS menghargai perkongsian dan pandangan yang dicurahkan. Kami bersedia untuk menggalas tanggungjawab mengetuai anak muda dalam perjuangan mempertahankan maruah agama, bangsa dan tanah air.


#PemudaPAS  #KitaMemimpin



RAKYAT TERBANYAK HARAP MACAM TU LAH.. SIAPA LAH YANG LETAK BUAH IMPORT DIKENAKAN CUKAI . DAH TU YANG NAK MENJAWAB SIAPA PULAK?

 


KUALA LUMPUR – Pakar ekonomi berpendapat, pelarasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dikuatkuasakan awal bulan depan tidak akan memberi kesan negatif yang ketara kepada golongan M40.







Profesor Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, majoriti barangan yang akan dikenakan kenaikan kadar cukai adalah barangan yang kebiasaannya dibeli oleh golongan T20.


Pakar ekonomi Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM) itu menjelaskan, kedua-dua golongan B40 dan M40 masih dapat menikmati barangan asas dan tempatan dengan harga yang sama.


Sumber : MalaysiaGazette


Bos Mydin pun nampaknya dah mula bersuara agar buah-buahan rakyat ini jangan dikenakan cukai SST.


Buah-buahan impot seperti oren, epal, pears dan pisang adalah makanan kesihatan yang dinikmati oleh semua lapisan golongan masyarakat termasuk M40 dan B40. 


Kalau pun kerajaan nak kenakan SST pada beberapa barangan mewah tu silakanlah tetapi buah-buahan asas seperti oren, epal, pears dan pisang impot tu sepatutnya dikecualikan cukai.


Dengarlah keluhan rakyat, tolonglah jangan pergi dengar nasihat dari pakar ekonomi yang macam ni.πŸ˜“


#MERZ

FB : Mohd Ezairol Rezan Zainol





Dunia di ambang perang, di manakah kita?..




Umum mengetahui.. tirai Perang Dunia Ketiga seolah2 sudah mula disingkap sedikit demi sedikit..


Di saat memuncaknya siri serang menyerang antara Israel - Iran... negara2 sekutu Israel, Amerika, Britain dan Perancis, secara terang memberikan reaksi sokongan buat sekutu mereka, Israel. 


Manakala China dan Russia, memberikan reaksi berbeza, menyatakan sokongan mereka kpd Iran...  


Ketegangan yang semakin memuncak antara Iran dan Israel ketika ini bukan sahaja mengancam kestabilan Asia Barat malah, obviously sangat berpotensi utk menjadi pencetus kepada Perang Dunia Ketiga, sekali gus memberi kesan besar kepada ekonomi dan keselamatan global, termasuk Malaysia.


Kerajaan perlu melihat krisis ini secara lebih serious oleh kerana ia melibatkan pertembungan kuasa besar dunia melalui konflik proksi.


Iran baru-baru ini dilaporkan menghantar lebih 100 dron ke wilayah Israel sebagai tindak balas serangan rejim itu ke atas pelbagai sasaran di Teheran.


Serangan balas Iran itu selepas rejim Zionis lancarkan serangan sehingga membunuh Ketua Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Hossein Salami serta dua saintis nuklear terkemuka, Mohammad Mehdi Tehranchi dan Fereydoun Abbasi.


Apakah susulan dari konflik berterusan ini, akan memungkinkan Iran utk menutup Selat Hormuz? 


Andai ini menjadi kenyataan, ianya akan memberikan kesan langsung yg besar kepada negara kita.


Selat Hormuz adalah salah satu laluan perairan paling strategik di dunia kerana mengendalikan kira-kira 20 peratus daripada perdagangan eksport minyak dan gas asli cecair.


Laluan sempit di antara Te­luk Parsi dan Teluk Oman ini menjadi nadi penting kepada pengangkutan minyak mentah dari negara-negara pengeluar utama di Asia Barat ke pasaran antarabangsa.


Malah, ia adalah laluan laut penting di mana kira-kira satu pertiga perdagangan minyak global, iaitu antara 17 juta hingga 20 juta tong minyak mentah akan melaluinya setiap hari.


Jika selat ini ditutup akibat konflik atau tindakan ketenteraan, kapal dagang terpaksa mengubah haluan ke laluan lebih jauh dan mahal, sekali gus meningkatkan kos logistik.


Malaysia, sebagai negara yang sangat bergantung kepada import minyak serta pelbagai barangan makanan dari rantau tersebut, sudah pasti akan menerima kesan langsung sekiranya gangguan berlaku di sini.


Jika laluan itu terganggu, kos logistik akan meningkat. Barang yang sudah mahal akan menjadi lebih mahal dan ini termasuklah bahan api.


Kerajaan perlu segera melakukan sesuatu..


Semua kementerian dan agensi berkaitan perlu membuka 'ops room' sbg persediaan menghadapi sebarang kemungkinan jika konflik terus berlarutan.


Kementerian Luar, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, dan   beberapa kementerian yg terlibat dgn urusan import eksport, perlu tahu pelan tindakan masing-masing. 


Sudah sampai masanya, pelan A, B dan C, serta execute plan perlu dirangka. 


Menteri2 yg terlibat...

Jangan nk sembang politik sahaja sepanjang masa!


Pesan dari P001, 

Padang Besar

18 Jun 2025.



KENAPA PULA PERLU DILULUSKAN HAMPIR SETENGAH JUTA KEPADA MAHATHIR?

 


Inilah Diantara Tindakan PMX Yang Tidak Disukai Oleh #TeamHiruk dan Penyokong Setia Reformasi..Malahan Pelajar2 Pusat Pengajian Tunggi Sudah Bersuara Mengenai Politik WangπŸ‘ŒπŸ™



LANTIK JADI MENTERI SUPAYA PARTI KENA BELASAH TIAP HARI

 


Penganalisa politik pulak sarankan suh lantik jadi menteri. Korang rakyat biasa setuju ke?




TIP SIHAT DOKTOR

 




1. Tinggi Lemak Trans dan Minyak Jelantah


Kerupuk biasanya digoreng dengan minyak yang digunakan berulang-ulang. Ini menghasilkan lemak trans yang bisa meningkatkan kolesterol jah4t (LDL) dan menurunkan kolesterol baik (HDL), meningkatkan risiko penyakit jntung.



2. Kandungan Gizi Rendah


Kerupuk hampir tidak mengandung protein, vitamin, atau mineral penting. Hanya mengisi perut tapi tidak memberi nutrisi, bahkan bisa bikin kenyang palsu yang mengganggu pola makan sehat.



3. Tinggi Garam (Natrium)


Sebagian besar kerupuk mengandung banyak garam, yang jika dikonsumsi berlebihan dapat menyebabkan tekanan dar4h tinggi, kerja gnj4l berat, dan retensi cairan.



4. Mengandung Bahan Tambahan Kimia


Kerupuk sering mengandung pengawet, pewarna, dan penyedap rasa buatan. Penggunaan terus-menerus bisa berdampak jangka panjang bagi fungsi hati dan gnj4l serta meningkatkan risiko alergi atau gangguan pencernaan.



5. Memicu Kecanduan Makan Berlebihan


Tekstur renyah dan rasa gurih bisa membuat kamu tidak sadar makan berlebihan. Ini bisa berujung pada asupan kalori berlebih tanpa kamu sadari.



6. Bisa Menyebabkan Gangguan Pencernaan


Karena mengandung bahan sulit dicerna dan minyak berlebih, kebiasaan makan kerupuk dapat menyebabkan perut kembung, asam lambung naik, hingga gangguan pencernaan kronis.



HADI BAGI BOLA TANGGUNG KPD PMX ? KENA GAME SENDIRI ?



Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata parti itu perlu bertanding dan memenangi kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.Abdul Hadi berkata untuk membolehkan PAS mentadbir negara, parti itu perlu terlebih dahulu menang di negeri bawah bayu itu."PAS mesti memperkasakan kedudukan di Sabah. Bagi melaksanakan perkara ini maka kita mesti menang di Sabah atau ada kerusi yang kita menangi."Sama ada kerusi kita atau kita ajak kawan-kawan parti lain yang bergabung bersama-sama dengan kita untuk menubuhkan kerajaan demi memerdekakan negara kita sepenuhnya tanpa bergantung dengan makhluk asing," katanya dalam kenyataan di Facabook. Komen Pembaca
  • Segala komen yang dilontarkan oleh pembaca melalui akaun masing-masing adalah pandangan peribadi mereka sendiri. Segala risiko dan akibat yang terhasil melalui komen tersebut adalah tanggungan dan bebanan mereka sendiri.




SILAP BESAR!!! - PMX BUATKAN RAFIZI PERGI



Isnin 16 June 2025 adalah hari terakhir Rafizi Ramli sebagai Menteri Ekonomi. Susulan perletakan jawatan selepas tewas pertandingan bagi Jawatan Timbalan Presiden PKR. Permergian Rafizi dari kabinet PMx juga dari PKR adalah bagi kita satu kesilapan besar oleh PMX Anwar Ibrahim. ADAKAH NASI DAH JADI BUBUR?





PEMUDA PAS BINCANG DENGAN MAHATHIR PENGHAKISAN KUASA MELAYU ? NEGERI SG4 ADA KUASA TAPI EKONOMI KE LAUT




 ‘Penghakisan kuasa Melayu’ rupanya antara isu dikongsi Tun M dengan Pemuda Pas

Pemuda Pas memberitahu mereka membincangkan beberapa isu termasuk apa yang dianggap sebagai ‘penghakisan kuasa Melayu’ semasa pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menerusi perkongsian di Facebook sayap parti pembangkang tersebut, kelihatan Ketua Pemudanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden turut bergambar dengan Mahathir yang pernah mengatakan Pas parti ajaran sesat.

“Banyak perkara penting yang dikongsi oleh Tun seputar isu semasa negara, cabaran politik, penghakisan kuasa Melayu, tekanan ekonomi rakyat termasuk masa depan negara.

“Pemuda Pas menghargai perkongsian dan pandangan yang dicurahkan.

“Kami bersedia untuk menggalas tanggungjawab mengetuai anak muda dalam perjuangan mempertahankan maruah agama, bangsa dan tanah air,” menurut Pemuda Pas yang menggelarkan pertemuan itu sebagai “kunjungan hormat”.

Mati katak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menyindir Pemuda Pas dengan antara lain mengaitkan dengan tragedi menyayat hati Memali yang berlaku pada 1985.


“Memali dilupakan,” sindir Mat Zaid.

“Memang betullah mangsa Memali. Mati katak…, perli Rashid Ibrahim.

“Cuba tanya isu Memali kat atok (Mahathir). Tengok dia komen apa…,” kata Aizam Amsyar Ammar Aryan.

Untuk rekod, tragedi Memali di Baling, Kedah pada 19 November 1985 yang dikaitkan dengan Amanat Hadi mengorbankan 14 penduduk kampung termasuk ahli Pas, Ibrahim Libya dan empat anggota daripada Pasukan Polis Hutan.

Kejadian berlaku apabila pihak polis melancarkan Operasi Angkara untuk menangkap Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas tuduhan menyebarkan ajaran yang dianggap menyeleweng dan mengancam keselamatan negara.

Pengikut-pengikutnya enggan menyerah, menyebabkan pertempuran bersenjata meletus antara pihak berkuasa dan penyokongnya yang mempertahankan kediaman beliau.

Dikatakan, ramai pengikut Ibrahim Libya percaya mereka sedang berjihad, dan hal tersebut dikaitkan dengan doktrin Pas pada masa itu.