KHAS UNTUK MOKHTAR SENIK

 

Norshidah Md Daud


Kalau ular dalam seluar tu ular lidi, xyah nak sembang macam ular tedung




PELETAKAN JAWATAN MENTERI: ANTARA KEPUTUSAN PERIBADI, PARTI DAN NEGARA


Amin Ahmad. 



Baru berpeluang menulis setelah selesai beberapa urusan sejak pagi tadi. Sudah tentu untuk mengulas tentang berita peletakan jawatan sdr Rafizi Ramli dan sdr Nik Nazmi Nik Ahmad daripada jawatan Menteri. 


Ia bukan satu keputusan mengejut kerana sdr Rafizi telah menyebutkannya dalam kempen beliau. Namun, tetap berita penting kerana jarang sekali ia berlaku. 


Meskipun PM telah berulang-kali menyebutkan bahawa pemilihan parti tidak ada kena mengena dengan kabinet kerajaan, namun peletakan jawatan adalah pilihan peribadi. 


Jika ditanya, saya sendiri akan mengatakan tidak setuju dengan peletakan jawatan. 


Saya boleh memahami pandangan sdr Rafizi dan sdr Nik Nazmi yang mengaitkan kedudukan kanan dalam parti sebagai asas pelantikan ke kabinet. Namun, bagi saya ia tidak cukup kuat. 


Benar, jawatan dalam parti memberi pemberat tertentu untuk pelantikan ke kabinet. Walaupun begitu, ia bukanlah pemberat tunggal. 


Pertama sekali, prerogatif pelantikan ke kabinet adalah hak Perdana Menteri (PM). Sudah tentu kebiasaannya seorang PM akan mengambil kira kedudukan dalam parti juga. Jika kerajaan dibentuk seperti sekarang, di mana melibatkan beberapa parti, cadangan akan dimohon daripada parti-parti terlibat dan lazim juga parti-parti ini akan mencadangkan sejumlah nama mengikut kekananan dalam parti. 


Bagaimanapun, jangan dilupa bahawa terlebih dahulu PM lazimnya membuat pelantikan daripada kalangan ahli Parlimen terlebih dahulu, dan membuat beberapa pelantikan ke jawatan senator bagi mereka yang tidak menjadi ahli Parlimen. 


Ya, bukan semua pemimpin parti yang kanan bernasib baik dalam pilihan raya. Meskipun di atas kertas peluang menang 50-50, bukan semua pemimpin kanan atau pemimpin yang bagus bertanding di kerusi selamat atau kerusi mudah menang. 


Dalam kes ini, sebahagian pelantikan dibuat bukan berdasarkan menang pilihan raya. Malah ada yang dilantik tidak bertanding sama sekali. 


Berbeza dengan ahli-ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat. Rakyat tidak semestinya memenangkan pemimpin kanan sesebuah parti. 


Bagi saya, sdr Rafizi dan sdr Nik Nazmi telah dilantik sebagai Menteri berdasarkan merit bukan hanya kerana kedudukan mereka di dalam parti, tetapi juga kerana mereka dipilih oleh rakyat dalam PRU-15. Oleh kerana itu, meletakkan jawatan hanya kerana kalah pemilihan parti bagi saya bukan sebab yang cukup kuat. 


Bayangkan dalam kerajaan semasa yang berbilang parti. Jika setiap parti mengalami perubahan pimpinan dalam pemilihan masing-masing yang lazim berlaku 3-4 tahun sekali, apakah PM perlu setiap kali melakukan rombakan kabinet? 


Adakah selepas ini mungkin timbul pula tanggapan seorang wakil rakyat DUN atau Parlimen yang dipilih oleh rakyat perlu meletak jawatan mereka hanya kerana kalah pemilihan parti di peringkat bahagian/cabang/kawasan masing-masing?


Saya percaya ada garis halus yang memisahkan pendirian peribadi, parti dan negara. Terpulang kepada masing-masing untuk menilai dan membuat keputusan. 


Apapun, sekalung penghargaan kepada sdr Rafizi dan sdr Nik Nazmi atas khidmat yang telah diberikan di kementerian masing-masing. Kalian berdua masih ahli Parlimen dan dalam tempoh berbaki penggal ini masih mempunyai peranan legislatif untuk memastikan undang-undang negara dan dasar kerajaan berada di landasan terbaik untuk manfaat semua.



TAK LAGI

 

Saya tahun 2004,Ezam tahun 2008,dan ramai dari bekas bekas kepimpinan keadilan bila keluar dan tak bersama pkr je semua menyerang dengan berkata mereka mereka ni tak ada sumbangan pun pada parti dan Anwar malah ketika mereka berada dalam parti mereka merosakkan parti.... Ini ayat ayat yang biasa di terima oleh mereka yang dah setuju lagi berada dengan PKr atau Anwar Ibrahim


Sekarang saya tengok team Presiden dan anak dia yang setia di PKR dalam semua tempat sedang menyerang Rafizi dan Nik Nazmi dengan ayat ayat yang sama, tak ada jasa, merosakkan parti, kaki merajuk, mat formula, pondan, lembut dan macamacam mereka perkatakan kat RR dan Nik, maknanya selama ni mereka ni sikit pun tak ada jasa pun pada parti dan keluarga anwar, tak ada pun tak ada kesan pada parti... 


Menariknya pihak lawan yang panggil RR ni dengan Mat Formula dan sekarang orang parti PKR pulak keluarkan ayat yang sama... Dan mereka kata RR tak ada siapa pun suruh dia letak jawatan tapi sengaja sabotaj PmX dan memalukan PMX...


RR dan Nik ni bukan budak bodoh, memang lah anwar tak kata hoi aku tak kamu ni, dia tak cakap begitu tapi bila dia sokong anak dia bertanding dan guna semua jentera kalah kan mereka, semua pegawai PMX beria ia buat kerja nak kalah kan RR itu sebenarnya tanda jelas la Anwar dah tak nak lagi RR dan Nik bukan susah baca pun, jadi kalau ada pihak penyokong anwar kata anwar tak suruh pun RR letak jawatan, sebenarnya dah suruh le tu tapi Anwar nak main cantik lah sikit nak tunjul bukan dia yang paksa tapi RR sendiri yang berhenti.... Kan nampak manis dan tak nampak dia Jahat.... Dia sentiasa nak nampak baik je.... Tapi dulu boleh lah buat sesuatu perkara tu nampak baik... Kali ni tak gitu....



KENYATAAN MEDIA 28 MEI 2025 PELETAKAN JAWATAN SEBAGAI AHLI JEMAAH MENTERI








Saya telah menghantar surat peletakan jawatan saya sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, berkuat kuasa pada 4 Julai 2025. Saya bercuti bermula esok hingga 3 Julai 2025.


Sejak dilantik ke dalam Jemaah Menteri, pertama sebagai Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Disember 2022-Disember 2023), dan seterusnya sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (Disember 2023—Julai 2025), saya telah berusaha sebaik mungkin bersama Timbalan Menteri dan para penjawat awam yang berdedikasi untuk melaksanakan reformasi yang amat diperlukan.


Kejayaan dua kementerian ini termasuklah pindaan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] - Fasa 1, serta peningkatan ketelusan dalam laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA). Malaysia juga menjadi antara negara terawal yang mengemukakan National Biodiversity Strategies and Action Plan (NBSAP) bagi membendung kemusnahan alam semula jadi.

Pengurangan kadar penyahutanan yang ketara juga telah mendapat pengiktirafan daripada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres.


Hanya dalam beberapa minggu selepas dilantik, kami berjaya melaksanakan penyasaran semula subsidi elektrik di bawah mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) di Semenanjung Malaysia. Kami juga berjaya meluluskan Akta Kecekapan dan Pemuliharaan Tenaga di Dewan Rakyat. Dalam sektor air, kami telah memperkenalkan Tariff Setting Mechanism yang amat diperlukan.


Pasukan NRES telah memulakan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) dari peringkat paling asas, dan kini berada di peringkat akhir sebelum dibentangkan ke Jemaah Menteri dan Parlimen.


Namun begitu, saya sedar bahawa kedudukan saya ketika itu sebagai Naib Presiden KEADILAN merupakan antara pertimbangan utama dalam pelantikan saya ke Kabinet.


Memandangkan saya tidak berjaya mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan parti baru-baru ini, saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri.


Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penjawat awam yang berwibawa, pasukan di pejabat saya yang cemerlang, serta semua pihak daripada sektor awam, swasta dan masyarakat sivil yang telah banyak mengajar saya dan memungkinkan pelaksanaan pelbagai reformasi penting sepanjang tempoh ini.


Kami sentiasa berusaha untuk mengambil pendekatan yang terbuka dan berunding dengan semua pihak dalam merangka dasar dan memperkenalkan undang-undang.


Saya kini menantikan peluang untuk kembali menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen, serta menumpukan perhatian kepada khidmat di kawasan saya di Setiawangsa.


Mengungkapkan semula kata-kata mendiang Ahli Parlimen Britain, Tony Benn: "Saya meninggalkan Kabinet untuk memberikan lebih masa kepada politik dan khidmat awam."


NIK NAZMI NIK AHMAD



KITA TUNGGU LAGI 2 ATAU 3 HARI

 

Mai Sergent


Meletaknya jawatan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad boleh memberi impak besar kepada landskap politik kerajaan pimpinan Perdana Menteri, bergantung kepada bagaimana perkara ini ditanggapi oleh rakyat dan ahli parti. Berikut ialah analisis kesan utama:



💥 Impak Utama Meletak Jawatan Rafizi & Nik Nazmi


1. Tamparan kepada Perdana Menteri dan Kepimpinan PH

 • Kedua-dua mereka adalah tokoh kanan PKR dan anggota kabinet.

 • Perletakan jawatan akan dilihat sebagai kehilangan kepercayaan atau ketidakpuasan dalaman terhadap arah pentadbiran PM.

 • Ini boleh menghakis keyakinan rakyat terhadap kestabilan dalaman kerajaan perpaduan.


2. Kesan kepada Imej dan Naratif Reformasi

 • Rafizi dan Nik Nazmi adalah antara wajah-wajah reformasi sejak zaman awal PKR.

 • Jika mereka berundur, ia akan menimbulkan persoalan:

 • Adakah agenda reformasi diketepikan?

 • Adakah mereka kecewa dengan hala tuju semasa?


3. Pengaruh kepada Akar Umbi dan Generasi Muda

 • Ramai anak muda dan penyokong progresif melihat mereka sebagai pemimpin berprinsip.

 • Perletakan jawatan boleh menyemarakkan semula gelombang ketidakpuasan dalam kalangan akar umbi yang sudah lama diam.


4. Membuka Ruang Kepada Kepimpinan Baru

 • Jika berlaku, ini mungkin mencetuskan re-alignment dalaman PKR.

 • Pemimpin pelapis seperti Nurul Izzah, Amirudin Shari, atau tokoh luar parti akan jadi tumpuan untuk isi kekosongan pengaruh.


5. Memberi Peluru Kepada Pembangkang

 • Pembangkang boleh gunakan episod ini untuk menggambarkan kegagalan kepimpinan Anwar dalam menyatukan pasukan.

 • Ia juga menambah naratif bahawa kerajaan perpaduan semakin retak dari dalam.



📌 Kesimpulan:


Perletakan jawatan Rafizi dan Nik Nazmi – jika berlaku – bukan sekadar pertukaran menteri, tetapi satu mesej politik. Ia mungkin dilihat sebagai teguran senyap kepada Anwar Ibrahim, malah berpotensi mengubah dinamik kuasa dalam PKR dan kerajaan perpaduan.



JANGAN UNGKIT USAHA KITA

 

Norshidah Md Daud


Antara usaha kecil aku dulu untuk pujuk RR kembali setelah kita dikhianati dlm PH 1.0


Sekarang ni nak mesej dia pun aku malu

Malu sebab kita, teruk dia dikhianati




POLITIK MILIK ELITIS



Sudah hampir 3 tahun saya berehat dari politik, fokus kepada anak-anak dalam fasa kritikal transisi pengajian menengah dan universiti. 


Ketenangan saya terganggu dengan “hiruk” Rafizi, terpaksa menjenguk ingin tahu apa sebenarnya yang Rafizi pikukkan ini. 


Saya masih ingat pada 2016 ketika berjumpa di Kota Bharu saat saya dicatur dalam BERSATU, Rafizi beritahu saya “Anina, politik ini dikuasai oleh elitis. Kita dari keluarga bukan elitis ini akan tempuhi pelbagai kesukaran dan akan disekat untuk beri laluan kepada keluarga elitis”


Saya laluinya di dalam BERSATU apabila Mukhriz mahukan laluan laut dan anak pulau ini perlu disingkirkan untuk “anak elitis” tersebut.


Tun Mahathir pujuk saya “Anina, saya juga pernah disingkirkan dari UMNO tetapi saya kembali dan menjadi Perdana Menteri”. 


Tun Siti Hasmah pujuk saya “jangan risau, Mahathir jaga Langkawi”.


Majoriti di luar sana tidak tahu apa yang berlaku tetapi Tun Mahathir tidak sama sekali lupa. Antara saya dan Tun Mahahthir ada sesuatu yang tertangguh. 


Tipu jika Tun Mahathir tidak menyesali apa yang berlaku, patah tumbuh hilang berganti, ramai lebih bagus dari Anina tetapi tiada sesiapa boleh menjadi Anina. 


Saya wanita pertama berdiri dan meletupkan bom di Langkawi pada 2015 untuk Tun Mahathir ketika Mukhriz sebagai Menteri Besar juga menghalang Tun Mahathir bercakap di Kedah. 


Apabila bom meledak ke seluruh negara, Mukhriz di pecat sebagai Menteri Besar, baru lah “anak kandung” tersebut terhegeh-hegeh mencari ayahnya. 


Bagi yang tidak tahu menahu, boleh tanya dan belajar sejarah BERSATU dari Tun Mahathir sendiri (jangan melalui TS Muhyiddin kerana dia slow).


Saya ceritakan mukkadimah di atas untuk anda tahu kenapa saya merasai apa yang dilakukan terhadap Rafizi. 


Walau jalan saya dan Rafizi tidak sama (I’m not a huge fan of Anwar Ibrahim) tetapi kami berkongsi banyak persamaan takdir dan kami tidak mewarisi legasi politik elitis di dalam darah daging. 


Rafizi naik dalam politik bukan kerana dia anak Perdana Menteri atau menantu Perdana Menteri. 


Rafizi juga tidak naik di dalam parti yang memerintah negara dengan pelbagai privilege parti memerintah. 


Rafizi naik dari parti yang berguling di atas jalanraya, merengkok dalam sel lokap dan dewasa dengan maki hamun terhadap dirinya sepanjang 27 tahun. 


Rafizi tiada keluarga elitis untuk dia  menumpang nama tetapi Rafizi berdiri atas kaki sendiri dan jatuh juga bertongkat dagu sendiri untuk merawat diri. 


Sejak lama bercuti, bertukar telefon, saya tidak dapat lagi berhubung dengan Rafizi. 


FB saya dalam mode “dormant” dan saya kekalkan hanya 200 keluarga dan kawan rapat sahaja ketika tempoh bercuti ini. 


Saya tidak pasti jika posting ini akan reach Rafizi namun, jika ada yang dekat dengan Rafizi tolong sampaikan Salam saya kepada beliau. 


“Kita tiada papa elitis tetapi kita ada Tuhan”, rawat lah diri dan biar Allah atur laluan di hadapan. 


Oh ya satu lagi, “mampus lah apa orang nak kata, yang penting kita ada gaya”.


Kawan, 


Anina



APA KOMEN MARHAEN BILA RAFIZI LEPASKAN JAWATAN

 

𝗣𝗘𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗝𝗘𝗠𝗔𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜. 
















𝗣𝗘𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗝𝗘𝗠𝗔𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜






 𝘒𝘦𝘯𝘺𝘢𝘵𝘢𝘢𝘯 𝘔𝘦𝘥𝘪𝘢

𝟮𝟴 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱


𝗣𝗘𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗝𝗘𝗠𝗔𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜


Saya telah menghantar surat peletakan jawatan dari Jemaah Menteri kepada YAB Perdana Menteri. 𝗣𝗲𝗹𝗲𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗶 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗸𝘂𝗮𝘁 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝟭𝟳 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟱. Bermula dari hari ini, saya akan menghabiskan baki cuti tahunan sehingga 16 Jun 2025. 


Saya menyertai politik untuk membudayakan politik baru yang berteraskan kebertanggungjawaban dan mandat rakyat. Kekalahan saya dalam pemilihan PKR baru baru ini bermakna saya tidak lagi mempunyai mandat dari parti saya untuk menterjemahkan agenda rakyat yang digagaskan oleh PKR menjadi program kerajaan.


Seperti mana amalan di negara-negara yang menitikberat prinsip demokrasi, pemimpin yang kalah dalam pemilihan parti perlu memberi laluan kepada pemimpin yang menang mengambil tempat di dalam kerajaan.


Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan dan kakitangan Kementerian Ekonomi yang telah memberi dukungan penuh kepada saya sepanjang saya di sini. Saya telah melihat sendiri kecekapan dan kemampuan sebahagian besar penjawat awam di sini, yang berupaya merangka dasar dan disusuli dengan kerangka program yang berkesan.


Saya yakin program-program untuk membaiki struktur ekonomi negara yang telah dipelopori oleh Kementerian Ekonomi akan terus dilaksanakan dengan jaya oleh penjawat-penjawat awam.


Amanah terakhir saya sebagai Menteri Ekonomi telah disempurnakan dengan penghasilan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang telah dimuktamadkan dan menunggu untuk dibentangkan di Parlimen dalam sidang yang seterusnya.


RMK13 telah digubal untuk memberi penekanan kepada reformasi pendidikan yang lebih menyeluruh, termasuk beberapa reformasi struktur yang melibatkan Kementerian Pendidikan. Saya berharap Jemaah Menteri tetap mengekalkan beberapa reformasi berani yang melibatkan Kementerian Pendidikan di dalam RMK13, walaupun saya tidak lagi berada di dalam Jemaah Menteri.


Akhir sekali, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan penghargaan kepada rakyat Malaysia, penjawat awam, pihak swasta, pihak media dan semua pemegang taruh yang pernah berurusan sepanjang saya menjadi Menteri Ekonomi.


Perjalanan kita untuk merubah struktur ekonomi negara menjadi lebih kukuh dan mencapai status negara berpendapatan tinggi adalah masih jauh. Oleh itu, kita wajar terus mengambil keputusan yang baik untuk jangka panjang, walaupun keputusan itu sukar dan berliku, demi generasi masa hadapan. 


𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜

28 Mei 2025




Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS Pada RM4.23

 

Indeks Dolar AS (DXY) meningkat sebanyak 0.59 peratus kepada 99.521 mata malam tadi, mencerminkan pemulihan sederhana walaupun masih di bawah paras 100 mata. Foto Mikail Ong

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Ringgit memulakan urus niaga hari ini dengan susut sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak pengukuhan dolar AS susulan peningkatan keyakinan pengguna di negara maju itu serta kebimbangan berterusan terhadap isu tarif global.

Pada 8.05 pagi, ringgit turun ke paras 4.2350/2500 berbanding dolar AS berbanding 4.2345/2430.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Indeks Dolar AS (DXY) meningkat sebanyak 0.59 peratus kepada 99.521 mata malam tadi, mencerminkan pemulihan sederhana walaupun masih di bawah paras 100 mata.

”Peningkatan ini sejajar dengan data terkini Indeks Keyakinan Pengguna oleh pihak Lembaga Persidangan AS yang naik kepada 98 mata, didorong terutamanya oleh prestasi kukuh pasaran saham sejak awal April dan penurunan harga petrol,” katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, pada masa sama, para penganalisis kekal berhati-hati, kata Mohd Afzanizam.

Pada akhir urus niaga semalam, ringgit susut 0.47 peratus kepada RM4.2388 berbanding dolar AS daripada RM4.2190 sebelumnya selepas peniaga memilih untuk mengambil keuntungan susulan kenaikan baru-baru ini.

“Walaupun keyakinan pengguna menunjukkan pemulihan, ekonomi AS masih berdepan risiko penurunan akibat tekanan inflasi yang berpunca daripada dasar tarif.

“Dalam senario pengukuhan dolar AS dan ketidaktentuan luaran yang berterusan, ringgit dijangka kekal diasak tekanan dan diniagakan dalam julat kecil 4.22-4.23 (berbanding dolar AS) hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan mengukuh berbanding beberapa mata wang utama dunia.

Ini termasuk meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9391/9500 daripada 2.9425/9486, naik berbanding euro kepada 4.8012/8182 daripada 4.8053/8150 dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.7228/7430 daripada 5.7352/7467. – Bernama


Antara PM mencari kekebalan dan Saidina Ali mohon keadilan

 


Antara PM mencari kekebalan dan Saidina Ali mohon keadilan


Sekiranya mengganggu tugas PM, jalan yang betul adalah berhenti sementara dari jawatan dan hadir di mahkamah sebagai Anwar Ibrahim.

Mohamad Ezam Mohd Nor

Mei 28, 2025 10:48 pagi2 minit bacaan


 

Malaysia dikejutkan semalam dengan berita permohonan imuniti oleh seorang perdana menteri.

Permohonan seperti ini tidak pernah berlaku dalam sejarah negara dan tidak pernah dilakukan oleh kesemua perdana menteri sebelum ini. Ianya jelas menggambarkan perdana menteri ke-10 ini benar-benar lain dari yang lain.

Orang yang sama juga merupakan satu-satunya perdana menteri yang pernah dibicarakan atas kes jenayah liwat. Ini juga luar biasa dan lain dari yang lain.

Saya menggesa Anwar Ibrahim segera menarik balik permohonan imuniti ini. Sebagai presiden sebuah parti bernama Keadilan, apakah beliau belum cukup faham keadilan itu tempatnya di mahkamah?

Sebagai kerajaan Madani, apakah beliau lupa Saidina Ali mencari keadilan peristiwa baju besinya dicuri di mahkamah? Malah beliau mengingatkan hakim agar melayaninya sama dengan yang lawannya, seorang Yahudi!

Di mahkamah, Saidina Ali sendiri menegur hakim memanggilnya khalifah. Beliau hanya mahu dipanggil "Ali". Berbeza sama sekali dengan PM Malaysia yang menggunakan dan memperalatkan jawatan perdana menteri.

Perdana menteri melalui peguam-peguamnya berhujah bahawa sebagai perdana menteri, perbicaraan akan mengganggu tugasnya sebagai PM dan kestabilan negara. Maka jalan yang betul adalah berhenti sementara dari jawatan dan tugas PM dan hadir di mahkamah sebagai seorang Anwar!

Cukuplah mengheret masalah peribadi untuk rakyat biasa menanggungnya. Sejak 1998, kami rakyat biasa diheret untuk menannggung masalah peribadi kamu.

Saya sendiri lalui dua hukuman penjara dan berbelas lokap. Ramai yang seperti saya, menanggung derita kerana kes peribadi seorang ketua seperti kamu.

Hari ini, kamu menjadi ketua negara dan sanggup mengheret seluruh rakyat dan negara dengan menggunakan jawatan perdana menteri untuk lari dari proses keadilan.

- Iklan -

Kalau dulu kamu kata mahkamah tidak adil kerana kamu bukan PM dan kerajaan, sekarang kamu seorang PM, apa lagi alasan kamu?

Seorang PM tidak mampu pastikan mahkamah berjalan secara adil? Itulah sebenarnya tugas kamu. 

Berilah jaminan kepada hakim sepertim ana Saidina Ali beri jaminan kepada hakim yang membicarakannya untuk jalankan tugas secara adil walaupun dia seorang khalifah.

Tarik balik permohonan imuniti dan hadirlah di mahkamah sebagai Anwar Ibrahim yang berdepan dengan Yusof Rawther atas sifat dan nilai yang sama sebagai manusia yang mencari keadilan di hadapan seorang hakim.

Ezam Nor ialah bekas setiausaha politik kepada Anwar Ibrahim.

Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan MalaysiaNow.

 

ASEAN 2025: ASEAN Komited Perkukuh Penyelesaian Aman Di Laut China Selatan

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China pertama di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 27 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat terhadap ketegangan maritim serantau, para pemimpin ASEAN mengesahkan komitmen kukuh untuk menegakkan keamanan, kestabilan, serta kebebasan pelayaran dan penerbangan di Laut China Selatan.

Menerusi Kenyataan Pengerusi yang dikeluarkan selepas berakhirnya Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di sini, pemimpin menegaskan keperluan untuk mengekalkan perintah serantau berasaskan peraturan dan menggesa semua pihak supaya melaksanakan kawalan maksimum dan mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh memburukkan ancaman terhadap keamanan dan kestabilan di perairan yang menjadi pertikaian itu.

“Kami menegaskan sekali lagi kepentingan mengekalkan dan menggalakkan keamanan, keselamatan, kestabilan dan kebebasan pelayaran serta penerbangan di Laut China Selatan,” menurut kenyataan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (sembilan dari kanan) bergambar bersama ketua-ketua negara ASEAN, Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China ketika ketika Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur. Foto Hairul Anuar Rahim

Blok serantau berkenaan juga menekankan kepentingan untuk membina kepercayaan dan keyakinan bersama dalam kalangan negara penuntut dan pihak berkepentingan lain.

Pemimpin ASEAN menyeru semua pihak supaya mengelakkan tindakan provokatif yang boleh merumitkan keadaan, sebaliknya memilih langkah aman untuk menyelesaikan pertikaian dengan menghormati proses perundangan dan diplomatik, serta mematuhi undang-undang antarabangsa yang diiktiraf termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.

“Kami menekankan keperluan untuk meningkatkan kepercayaan dan keyakinan bersama, mengamalkan kawalan diri dalam tindakan yang boleh menyulitkan atau memburukkan pertikaian dan menjejaskan keamanan serta kestabilan,” menurut kenyataan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama pemimpin ASEAN, GCC dan China sebelum mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 27 Mei 2025.

Kumpulan serantau itu turut menegaskan keperluan untuk mengelak daripada ancaman atau penggunaan kekerasan serta menegakkan integriti undang-undang antarabangsa sebagai kerangka panduan dalam semua usaha untuk menguruskan ketegangan dan pertikaian maritim.

Pemimpin ASEAN turut menyeru pelaksanaan penuh Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC), yang berfungsi sebagai komitmen politik untuk mengelakkan tindakan agresif dan menyelesaikan pertikaian melalui dialog.

Mereka mengalu-alukan kemajuan yang dicapai dalam rundingan yang sedang berlangsung ke arah pembentukan Kod Tatakelakuan (COC) untuk Laut China Selatan, dilihat sebagai instrumen yang mengikat dari segi undang-undang untuk memastikan keamanan dan menguruskan tuntutan bertindih antara kuasa serantau, termasuk China.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China pertama di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 27 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kami menyambut baik kemajuan dalam rundingan berterusan terhadap COC di Laut China Selatan,” kata pemimpin ASEAN sambil menambah blok berkenaan kekal komited terhadap menyegerakan pencapaian persetujuan COC yang berkesan dan substantif selaras dengan undang-undang antarabangsa termasuk UNCLOS 1982.

Sidang kemuncak itu juga menyaksikan pemimpin menerima pakai Guidelines for Accelerating the Early Conclusion of an Effective and Substantive Code of Conduct in the South China Sea, sambil menyeru peningkatan momentum dalam proses rundingan dan penglibatan berterusan antara pihak.

ASEAN turut mengalu-alukan langkah praktikal bertujuan mengurangkan ketegangan maritim dan meminimumkan risiko kemalangan, salah faham dan salah anggap, khususnya dalam bidang tuntutan bertindih serta pertembungan tentera dan pengawal pantai yang kerap.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan bin Abdullah pada Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 di KLCC pada 27 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Pemimpin-pemimpin mengulangi kepentingan melaksanakan langkah-langkah membina kepercayaan dan pencegahan untuk memupuk kepercayaan dan ketelusan antara pihak terlibat di Laut China Selatan.

Kenyataan itu diakhiri dengan penegasan terhadap pendirian ASEAN sekian lama mengenai keperluan menegakkan dan menghormati undang-undang antarabangsa, terutamanya UNCLOS 1982, sebagai rangka kerja undang-undang sejagat yang mengawal selia lautan dunia dan tatakelakuan maritim.




PMX MENDONIA PKR MELEMAH DENGAN KARTEL RAFIZI RAMLI? "FAIZAL RAHMAN TERI...


Pmx Anwar Ibrahim Kini Sedang mendunia Sempena Negara Malaysia menjadi Pengerusi Asian,Pemimpin Negara Asian berkumpul dan berbincangan Kerjasama Ekonomi dan Bersama-sama membina Negara Asia demi Matlamat 2045 Akan Datang. Akan Tetapi Dengan Pemilihan PKR SUDAH Pun berlangsung, kini Nampak Jelas Anwar Ibrahim diserang Diruangan komen Di Muka buku dan social media anwar ibrahim dan Nurul Izzah. Selepas Pemilihan Jpp Belum Lagi Menjawab Aduan Yang Dibuat Oleh Ketua Cabang Dan Pemimpin Tertinggi dalam Parti PKR asbab Sangat Ramai Yang Kalah. Jom kita kupas pelbagai perkongsian akan dibuat di dalam live video ini, Pelbagai video-video-ulasan video-video mengkritik dan video-video menjawab daripada kawan-kawan dari pihak pembangkang dan kawan-kawan dari pihak kerajaan madani jom kita kupas jom support solihin sabudin hadiahkan superchat super sticker dan super thanks serta join membership channel solihin shabudin. Terima kasih kepada kawan-kawan yang support channel solihin shabudin.




GCC Lihat Potensi Luas Pelaburan Dengan Kerjasama ASEAN, China – Putera Mahkota Kuwait

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (sembilan dari kanan) bergambar bersama ketua-ketua negara ASEAN, Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China ketika ketika Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur. Foto Hairul Anuar Rahim

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Majlis Kerjasama Teluk (GCC) melihat potensi meluas pelaburan menerusi kerjasama tiga rantau bersama negara anggota ASEAN dan China.

Justeru, Putera Mahkota Kuwait yang juga Presiden bagi sesi semasa GCC, Sheikh Sabah Khaled Al-Hamad Al-Sabah berharap rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara rantau itu bersama ASEAN serta China dapat dimuktamadkan bagi memenuhi matlamat jaringan perdagangan ini.

“Ini akan membolehkan lebih banyak usaha dilakukan untuk kami melihat potensi pelaburan dalam inovasi, infrastruktur, tenaga hijau dan digital ekonomi,” katanya berucap pada Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang julung kali diadakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (sembilan dari kanan) bergambar bersama ketua-ketua negara ASEAN, Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China ketika ketika Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur.

Tambah Sheikh Sabah, pelaburan boleh diteroka melalui rangka kerjasama itu seperti dalam bidang teknologi tinggi dan digital terutama keceerdasan buatan (AI), keselamatan siber dan perkhidmatan digital lain.

“Seterusnya, mengaktifkan program pembudayaan dan pelancongan serta mencipta inisiatif baru bagi memperluas kefahaman antara komuniti,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapannya berkata gabungan ASEAN, GCC dan China mewakili jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS$24.87 trilion (RM105.3 trilion) dengan populasi kira-kira 2.15 bilion penduduk.

Anwar menyifatkan kerjasama blok itu juga berupaya memanfaatkan kekuatan unik setiap negara anggota dalam membentuk masa depan lebih makmur untuk generasi akan datang.