Faiq Khalifa ni tuduh Restoran kat KL Tower jual arak sebelum Hamid Hydroshoppe tu masuk jaga. Lepas si Hamid tu ambil alih, dia stop laa semua penjualan arak. So nampak Hamid ni terpaling Islamic laa.
Dan kononnya dulu kat KL Tower ni zaman sebelum Hydroshoppe ni xde surau. So nampak laa si Hamid ni terpaling pembela Islam. Dia yang stop jual arak. Dia yang buat surau.
Ok... Faiq ni siapa? Project Director (jerr)
So kami pon scrut lah tuduhan si Faiq ni.
Kami check dengan siapa? Direct dengan mantan CEO Menara KL Sdn Bhd‼️ Beliau sahkan:
1. Restoran tu diuruskan oleh Banjaran Sempurna
2. CEO tu sahkan restoran KL Tower TAKDE serve alcohol.
3. Surau dah memang ada lama dah ponnn. Satu kat Ground Floor. Satu kat 3rd floor.
So, nak percaya si Faiq ke atau nak percaya CEO yang dah jaga KL Tower tu berpuluh tahun?
Oh, btw.. Faiq.. jangan delete yer dan cakap sorry pon tak guna.. ada orang nak hantar LOD kat kau. 😎
TANGKAP BAWA URIN TEST. KITA TENGOK DIA BERSIH KA TIDAK.
Demi maruah keluarga yang dicerca…
K PRAGALATH
Keluarga anak angkat Menteri Sumber Manusia Steven Sim telah memulangkan sumbangan RM100 dari MP Permatang Pauh Fawwaz Mohamad Jan ekoran tularnya satu video di media social.
Perkara ini didedahkan oleh pegawai khas Sim, Rosly Yusof menerusi Facebook dimana dia turut berkongsi tangkap layer perbualan WhatsApp dengan bapa remaja tersebut.
“Demi maruah keluarganya yang dicerca gara-gara RM100.00, Pakcik Rusli (ayah remaja itu) telah memulangkan kembali duit sumbangan YB Permatang Pauh (Fawwaz Jan).
“Satu repot polis juga akan dilakukan dan seterusnya proses tindakan undang-undang akan menyusul selepas itu,” kata Rosly.
Video yang tular memaparkan seorang penyokong Pas mendakwa bahawa anak angkat tersebut menerima bantuan Fawwaz, bukan Sim.
Rosly mengesahkan bahawa remaja tersebut menerima elaun bulanan RM200 di bawah program Anak Angkat YB sepanjang tempoh pengajiannya di Melaka.
Sim mengambil anak angkat tersebut pada tahun lalu dan berjanji membantu dalam pengajiannya meskipun keluarga tersebut menetap di Permatang Pauh.
Anak angkat Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim dikatakan mengalami kemurungan selepas menjadi mangsa buli siber di TikTok.
Anak angkat Steven yang mesra dipanggil Ruslina sebelum ini menjadi sasaran makian seorang penyokong sebuah parti.
Lelaki itu mendakwa Steven tidak menghulurkan bantuan kepada remaja terbabit yang ditimpa kemalangan, sebaliknya dibantu Ahli Parlimen Permatang Pauh, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan yang menyumbangkan RM100.
Bapa Ruslina, Rusli Ahmad yang juga seorang pengawal keselamatan memberitahu, keluarganya mengalami tekanan emosi selepas keluarganya dikecam secara terbuka oleh seorang pengguna TikTok.
Menurut Sinar Harian, Rusli memaklumkan bahawa anaknya yang sedang terlantar sakit akibat kemalangan kini murung selepas menjadi mangsa buli siber di media sosial.
“Tindakan pengguna TikTok itu sungguh mengaibkan keluarga saya, dan disebabkan itu kami kini sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadapnya.
“Difahamkan pemilik akaun TikTok terbabit juga telah memadam akaunnya, namun kami akan tetap meneruskan tindakan saman terhadapnya,” katanya seperti dilapor.
Rusli sebelum ini telah pun memulangkan kembali duit sumbangan berjumlah RM100 yang diterimanya dari Fawwaz, selepas ia menjadi bahan ejekan ramai.
Asalnya hanya cakap-cakap di kedai kopi sahaja kerana tidak berpuashati dengan suasana politik Terengganu yang terlalu hambar walaupun isunya terlalu banyak di bawah.
Namun ia mula berubah dengan munculnya satu badan baharu yang menambahkan warna politik di negeri ini.
Pertubuhan Muafakat Terengganu Baharu atau Muafakat yang mula didaftarkan secara rasmi pada 17 Mac lalu bukan sahaja bermula dari tarikh itu bahkan lama sebelum itu.
Ini kerana aktiviti pra penubuhannya berjaya menarik pelbagai golongan masyarakat dari golongan professional yang aktif menyumbang untuk negeri dan ahli akademik serta aktivis yang aktif di negeri itu sehingga berkembang dengan disertai juga oleh rakyat Terengganu yang tinggal di perantauan.
Yang menariknya juga, Muafakat mempunyai rangkaian rasmi di setiap lapan kawasan parlimen di negeri pantai timur itu.
Warna politik Terengganu yang terlalu hambar ini terjadi apabila semua Ahli Dewan Negerinya hanya dari parti politik pemerintah sahaja, tiada pembangkang.
Kalau ada suara-suara berbeza dari suara rasmi kerajaan negeri, ia akan terus ditekan.
Menurut Setiausaha Muafakat, Dr Azrie Azeh (gambar atas), NGO ini ditubuhkan hasil cetusan pengerusinya, Zubir Mohamad yang merupakan bekas Pengarah Komunikasi Amanah Terengganu yang selalu bersembang dengan rakan-rakannya yang pelbagai kumpulan itu.
“Ia hasil percambahan minda melalui diskusi dengan pelbagai pihak yang akhirnya mereka perlukan kepada pembenntukan sebuah NGO induk untuk membawa perubahan minda masyarakat,” kata Dr Azrie.
Ahli-ahli mereka pula adalah kalangan professional, pesara dan juga ahli akademik di mana timbalan pengerusinya adalah Datuk Muhatar Abdullah, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.
Yang menariknya, NGO ini disertai oleh ramai aktivis serta pemimpin politik termasuk dari Umno, PKR dan Amanah yang kini menjadi pembangkang di Terengganu. Antaranya Datuk Muda Mamat, Datuk Mohd Jidin, Dr Abdul Latif Awang, Ustaz Zuliadin Abdullah dan ramai lagi.
Kesemua mereka sangat aktif bersembang dan memberikan pandangan dalam kumpulan whatapps yang ditubuhkan hinggalah pertemuan dalam kumpulan-kumpulan kecil.
“Kami mensasarkan 1500 ahli yang aktif di seluruh negeri selepas ini,” kata Azrie kepada Harapandaily.
Hari Raya baru-baru ini juga telah dijadikan platform untuk sessi diskusi dan sembang-sembang.
Majlis raya yang berlangsung di rumah Pengerusi Muafakat, Zubir Mohamad itu berubah menjadi diskusi panas apabila turut disertai oleh Dr Mazlan Ali, ahli akademik UTM yang banyak membuat kajian tentang politik Terengganu.
Turut serta di majlis itu adalah perantau yang pulang dari Kuala Lumpur dan aktivis tempatan. Turut serta bekas Ahli Parlimen Indera Mahkota dan juga bekas Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail.
Ia menjadi semakin panas dengan pelbagai isu yang diperkatakan, termasuk isu ramainya jumlah penjawat awam di negeri ini sejak Pas mengambil ahli pentadbirannya.
Turut dikongsikan maklumat adalah tentang isu agama yang sememangnya menjadi titik Utama politik di negeri itu.
“Bagi penyokong Pas, pelaksanaan hukuman sebat ke atas pesalah khalwat baru-baru ini adalah hukuman hudud dah tetapi sebenarnya kerajaan Terengganu tidak pernah membuat persediaan pun ke arah itu, hanya cakap-cakap politik sahaja,” kata seorang bekas kadi atau hakim Mahkamah Syariah di negeri itu.
Pendek kata di tengah-tengah kehambaran politik, ada sinar bahawa politik di negeri ini masih hidup dan sedang bertiup kencang di bawah sana.
Pengenalan Komuniti MADANI oleh Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil wajar diperkasa para penggeraknya dengan dilengkapi dengan pengetahuan asas termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI). Foto Kementerian Komunikasi
PENDAPAT, 5 Apr – Pengenalan Komuniti MADANI yang diluncurkan pada 2023 ternyata memainkan peranan penting dalam memperkukuh keharmonian sosial serta memajukan negara melalui nilai-nilai inklusif dan progresif.
Namun, dalam era digital yang pesat berkembang, peranan komuniti ini perlu disemak dan diperkasa agar selari dengan perkembangan teknologi semasa, termasuk pemahaman terhadap kecerdasan buatan (AI).
Peningkatan kesedaran dan literasi digital dalam kalangan masyarakat perlu diberi penekanan supaya teknologi AI dapat dimanfaatkan secara optimum.
Komuniti MADANI boleh berfungsi sebagai platform untuk mendidik rakyat tentang kepentingan AI dalam kehidupan harian, termasuk dalam sektor ekonomi, pendidikan, dan keselamatan.
Justeru, kerajaan yakin penubuhan 1,878 Komuniti MADANI di seluruh negara mampu memperkasakan usaha penyaluran maklumat kerajaan kepada rakyat dengan kerjasama semua pihak di peringkat akar umbi termasuk penggunaan AI.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata Jemaah Menteri telah bersetuju dengan penubuhan tersebut dan bagi Pulau Pinang, Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) telah menubuhkan sebanyak 120 Komuniti MADANI membabitkan 40 kawasan DUN.
“Komuniti MADANI merupakan badan sukarela pelbagai kaum yang diurus tadbir oleh JaPen untuk memupuk nilai-nilai murni dan kenegaraan dalam kalangan rakyat, selain membantu menyalurkan maklumat dan inisiatif kerajaan yang sahih dan pantas ke peringkat akar umbi secara berterusan.
Komuniti MADANI merupakan badan sukarela pelbagai kaum yang diurus tadbir oleh JaPen untuk memupuk nilai-nilai murni dan kenegaraan dalam kalangan rakyat.
“Kerajaan amat mengalu-alukan penyertaan masyarakat dalam usaha melestarikan komuniti yang berinformasi bagi menyampaikan maklumat yang sahih, telus dan bermanfaat,” katanya.
Komuniti MADANI boleh berfungsi sebagai platform untuk mendidik rakyat tentang kepentingan AI dalam kehidupan harian, termasuk dalam sektor ekonomi, pendidikan, dan keselamatan.
Aktiviti seperti bengkel, seminar serta program kesedaran boleh dianjurkan bagi membantu masyarakat memahami potensi dan risiko AI, seterusnya memastikan teknologi ini digunakan secara bertanggungjawab.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil sudah pastinya mahukan penggerak Komuniti MADANI berperanan lebih aktif memperkasa pengetahuan dalam bidang AI.
Selain itu, AI boleh digunakan bagi memperkasakan inisiatif sosial Komuniti MADANI, seperti mempercepatkan penyampaian bantuan kepada golongan memerlukan melalui analisis data pintar.
Dengan sokongan teknologi ini, keputusan yang lebih efisien dapat dibuat untuk menangani isu sosial dengan lebih berkesan.
Oleh itu, pengukuhan peranan Komuniti MADANI dalam konteks teknologi moden amat penting bagi memastikan masyarakat tidak ketinggalan dalam arus kemajuan global serta mampu memanfaatkan AI secara positif demi kemakmuran negara.
Ratu Naga disekolahkan orang Perak lepas dakwa lagu Negaraku dinyanyi dalam Mandarin
Harapandaily
Penyokong pro pembangkang, Ratu Naga disekolahkan ramai selepas mendakwa murid di sebuah sekolah di Perak menyanyikan lagu Negaraku bukan dalam bahasa kebangsaan.
Ramai pihak termasuk orang Perak sendiri berasa kurang senang dengan dakwaan dilemparkan.
Ini kerana dalam video tular tersebut, murid-murid berkenaan dengan jelas sedang menyanyikan lagu Negeri Perak dan bukan lagu Negaraku.
Umum juga tahu negeri Perak mempunyai melodi lagu yang sama seperti lagu Negaraku.
Video berkenaan secara jelas menunjukkan murid dan semua hadirin telah menyanyikan lagu ‘Allah lanjutkan usia Sultan’ dalam bahasa Melayu mengikut lirik yang betul.
Isu ini turut menarik perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menyatakan rasa kesal terhadap tindakan menularkan video berkenaan yang boleh mengelirukan masyarakat.
KPM dalam kenyataan memaklumkan lagu yang dinyanyikan oleh murid sekolah berkenaan bukan lagu Negaraku seperti yang didakwa tetapi sebenarnya lagu ‘ALLAH Lanjutkan Usia Sultan’ yang merupakan lagu kebesaran negeri Perak.
KPM menasihatkan masyarakat supaya tidak terpengaruh dengan fitnah jahat yang cuba menghasut dan mengancam perpaduan serta keharmonian negara.
Kejayaan Anwar Ibrahim memimpin Malaysia selama tiga tahun dapat dilihat dari beberapa aspek, baik dari segi politik, ekonomi, sosial, dan hubungan antarabangsa. Berikut adalah beberapa pencapaian penting yang telah dicapai oleh Anwar Ibrahim dalam tempoh tersebut:
1. Pemulihan Ekonomi: Salah satu tumpuan utama kepimpinan Anwar adalah usaha untuk memulihkan ekonomi Malaysia pasca-pandemik COVID-19. Beliau memperkenalkan beberapa pakej rangsangan ekonomi dan menyokong sektor-sektor yang terjejas, terutama dalam bidang perniagaan kecil dan sederhana (SME) serta sektor kesihatan.
2. Politik Stabil: Anwar berjaya membawa kestabilan politik selepas tempoh ketidakpastian politik yang panjang di Malaysia. Kerajaan perpaduan yang dibentuk oleh Anwar dengan pelbagai parti politik membolehkan beliau mencapai kerjasama antara parti-parti yang sebelum ini berbeza ideologi, menjamin kelangsungan kerajaan dan memberi tumpuan kepada pembangunan negara.
3. Isu Ketelusan dan Integriti: Anwar Ibrahim dikenali sebagai seorang pemimpin yang menekankan nilai ketelusan dan integriti dalam pentadbiran. Dalam tempoh tiga tahun kepimpinannya, beliau berusaha memperbaiki sistem pentadbiran awam dan melawan rasuah, meskipun cabaran besar dari pihak lawan dan skandal politik.
4. Dasar Sosial dan Kesejahteraan: Dalam aspek sosial, Anwar memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, terutamanya dalam sektor pendidikan dan kesihatan. Beliau menekankan pentingnya kebajikan rakyat dan memperjuangkan hak-hak golongan kurang bernasib baik.
5. Hubungan Antarabangsa: Malaysia di bawah kepimpinan Anwar telah memperkukuh hubungan dengan negara-negara luar, meningkatkan perdagangan antarabangsa dan memainkan peranan aktif dalam forum multilateral. Anwar juga memberi tumpuan kepada diplomasi untuk memastikan Malaysia kekal relevan di arena global.
Walaupun terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi, seperti politik dalam negara dan isu-isu global, kepimpinan Anwar Ibrahim selama tiga tahun menunjukkan usaha yang gigih untuk membawa Malaysia ke arah yang lebih stabil dan makmur.
KUALA LUMPUR, 5 APR - Sambutan Aidilfitri Petronas tahun ini dibatalkan, termasuk majlis rumah terbuka yang dijadualkan berlangsung di Kuching, Sarawak pada 11 April ini.
Keputusan ini diambil sebagai tanda hormat dan solidariti ke atas mangsa kebakaran akibat paip gas yang meletup di Putra Heights baru-baru ini.
Kementerian Pertahanan Malaysia memperuntukkan sebanyak RM12 bilion kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk perolehan aset bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara pada tahun ini.
Sebagaimana dipetik berkata oleh Bernama hari ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata antara perolehan aset utama yang telah diluluskan tahun ini termasuk meriam 105mm, peluru berpandu permukaan-ke-permukaan (SSM) untuk kegunaan kapal friget KD Jebat dan tiga unit Medium Altitude Long Endurance Unmanned Aerial System (MALE UAS).
Tiga unit MALE UAS itu merujuk kepada perolehan dron ANKA daripada Turkish Aerospace Industries (TAI).
Mohamed Khaled berkata pembinaan pesawat pejuang ringan (LCA/FLIT) FA-50M (Block 20) diperoleh daripada syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) telah mencapai status kemajuan 48 peratus, dengan dua pesawat pertama akan diterima negara pada Oktober 2026.
Mohamed Khaled berkata Kementerian Pertahanan bakal menerima dua buah Pesawat Peronda Maritim (MPA) untuk tujuan pengawasan kawasan maritim negara pada Jun dan September 2026.
Peniaga belon yang didakwa dikasari anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) minggu lalu didakwa mempunyai 13 rekod jenayah lampau.
Menurut Kosmo! yang memetik sumber, kebanyakannya didakwa berkaitan dengan kesalahan dadah.
“Kebanyakan rekod terbabit adalah berkaitan dengan kesalahan dadah.
“Suspek sebelum ini pernah dihadapkan ke mahkamah bagi enam daripada kes tersebut,” kata sumber itu seperti dilapor.
Sementara itu, berhubung insiden antara peniaga belon dan anggota DBKL, dua daripada tiga kertas siasatan telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kedua-dua kertas siasatan itu dibuka mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
Jelasnya, siasatan terbabit melibatkan kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta menyebabkan kecederaan parah secara sukarela.
“Satu lagi siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah masih menunggu maklum balas daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung sebuah laman web yang dikaitkan dengan kes tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui mediaselepas sidang akhbar operasi Cyber Guardian di Bukit Aman hari ini.