HARI KE4 SIASATAN DIJALANKAN KEPADA ISMAIL! KENYATAAN TERKINI DARI KETUA...



Bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) buat hari keempat di ibu pejabatnya di sini.
Ahli Parlimen Bera itu tiba di ibu pejabat SPRM pada 9.52 pagi tadi.
Beliau dipanggil sebagai suspek dalam siasatan ke atas empat bekas pegawai kanannya.
Ismail mengisytiharkan hartanya kepada SPRM pada 10 Feb lalu dan disoal siasat agensi antirasuah itu pada 19 Feb lalu. Beliau turut disoal siasat pegawai SPRM pada Khamis dan Jumaat lalu kira-kira enam jam setiap hari.
Sebelum ini, sumber agensi antirasuah itu dilaporkan berkata, ia tidak dapat mengesahkan berapa hari Ismail akan disoal siasat.
Ismail yang dimasukkan ke hospital selepas rebah di rumahnya pada 22 Feb lalu atas masalah berkaitan tekanan darah, tidak dapat menghadiri dua sesi soal siasat yang dijadualkan bersama SPRM pada 5 dan 7 Mac lalu susulan sijil sakit dikeluarkan doktornya.
Terdahulu, SPRM dilaporkan berkata, wang tunai kira-kira RM170 juta dan 16kg jongkong emas bernilai jutaan ringgit dirampas dari kediaman empat pegawai dan tiga premis lain yang dipercayai dijadikan “safe house”.




Aidilfitri Madani di mana tahun ini?

 


Majlis sambutan Aidilfitri Madani 2025 peringkat kebangsaan yang dijangka berlangsung pada 5 April akan diadakan di Melaka.

Menurut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, majlis tersebut akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Bersama barisan Jemaah Menteri di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh) dari jam 9 pagi hingga 3 petang.

Beliau menambah bahawa majlis tersebut menyasarkan 50,000 pengunjung.


“Kita berbangga kerana Melaka dipilih menjadi tuan rumah Hari Raya Madani 2025 peringkat kebangsaan.


“Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) bagi memastikan majlis itu menjadi satu kenangan yang indah buat semua yang hadir,” katanya kepada media di Glam Bazar Klebang semalam.




Kes lelaki Cina ditampar hingga cedera hanya kerana makan: Apa tindakan pihak berkuasa?




Menteri Perpaduan Aaron Ago Dagang mengesahkan bahawa polis sedang menyiasat kes lelaki Cina di Johor yang ditampar kerana makan secara terbuka dalam bulan Ramadan.


Aaron mengesahkan mangsa telah membuat laporan polis di balai polis Tampoi selepas kejadian tersebut berlaku di sebuah pasar raya di Johor Bahru.

“Saya telah dimaklumkan bahawa polis sedang menyiasat kes ini di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan.


“Tindakan sebegini tidak boleh merebak di negara yang mempertahankan prinsip Rukun Negara.”


Seksyen 323 menjenayahkan perbuatan mendatangkan kecederaan secara sukarela.


Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh berdepan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.


Mangsa seorang Cina dan bukan Muslim makan di sebuah kedai serbaneka apabila ditanya sama ada dirinya Cina.


Pemangsa bagaimanapun menampar mangsa walaupun mangsa menyatakan dirinya Cina.


Anak pemangsa telah memohon maaf atas kejadian tersebut.




JHO LOW KINI DITAHAN DI SHANGHAI

Rais Yatim





 Terima berita Penyeleweng ini dah ditahan rumah di Shanghai. Tahniah kepada yang menjayakan tindakan ini. Langkah kedua ekstradait dia pulang ke KL. Patut Interpol dah cekup dia lama dah.  2014 dulu saya mohon Ketua Polis Negara guna segala kuasa utk cekup dan bawa penyangak pencilok ini balik. Tengku Adnan buang saya dari Umno walaupun Najib tak setuju. Takpe. Kalian rabun senja apa na buat.


2. AG, PDRM dn SPRM  tolong siapsiaga dgn tindakan susulan setimpal bila Jho Low mendarat. Kita balun bekas PM kita tapi penyangak utama 1MDB joli katak di luar sana.



TAK SEMUA KELANTAN MENETAP DI SELANGOR SOKONG LEBAI

 Joe DS







Harapan lebai musnah.. Ramai gang kelate menetap di Selangor Kl tak undi pun Pas haha




HRC LIVE!! - GAJI CEO RM983 JUTA - RUGI RM3.8 BILLION | Langkah Padu PMX...


GEMPAR!! - SPRM kini memulakan siasatan terhadap Sapura Energy yang tertumpu kepada kegiatan pengubahan wang haram serta penyelewengan tuntutan sekitar tahun 2018 ketika syarikat itu masih dikenali sebagai Sapura Kencana Petroleum Berhad. "Selain jenayah rasuah, siasatan juga akan memberi fokus kepada kelemahan tatakelola serta isu pengurusan dalam syarikat berkenaan," Untuk rekod dari tahun 2014 hingga 2020 (zaman PM Najib Razak), Gaji CEO Sapura hampir RM400 Juta. Rugi terkumpul sampau RM3.8 Billion. INILAH LANGKAH KEMAS DAN PADU YANG TELAH DIAMBIL SEJAK NOVEMBER 2022 SEBELUM BAGI SUNTIKAN RM1.1 BILLION!



Haramkan pengimportan e-waste ke Malaysia


 

Kami, ahli-ahli Gabungan Hentikan Perdagangan Sisa (Malaysia Stop Waste Trade Coalition), amat kecewa dengan hujah yang dikemukakan oleh ‘pakar-pakar’ yang menggesa Malaysia untuk membenarkan pengimportan sisa elektronik (e-waste).

Gambaran yang diberikan tentang landskap e-waste Malaysia dan ekonomi perdagangan sisa global adalah sebahagiannya ternyata salah.

Lebih buruk lagi, naratif itu termasuk serangan langsung, yang tidak berasas, terhadap Jabatan Alam Sekitar (JAS) kerana menjalankan tugas dalam melindungi negara daripada pencemaran.

Dalam keghairahan mereka untuk melobi bagi pengimportan e-waste, pengkritik menggabungkan isu-isu bernuansa yang tidak semua dapat diselesaikan dengan menarik pelaburan langsung asing dalam pembangunan fasiliti kitar semula ‘hijau’ untuk memproses e-waste yang diimport.

Pertama, perbandingan dengan Eropah adalah di luar sasaran – Terdapat perbezaan besar antara Eropah dan Jepun yang mengimport e-waste bernilai tinggi atau pra-proses, berbanding China dan kini Malaysia, yang disasarkan dengan e-waste yang bernilai rendah dan tidak diisih.

Selepas berdekad memproses sisa import, China membuat keputusan yang mengambil kira bahawa kos pencemaran daripada sisa import melebihi keuntungan dalam jangka panjang, dan mula menumpukan kepada pelaburan dalam menguruskan sisa domestik. Kini sudah tujuh tahun berlalu. China telah mengekalkan larangan import sisanya.

Apa yang mengecewakan kami ialah perniagaan kotor ini telah berpindah ke Asia Tenggara, dengan Malaysia menjadi destinasi utama. Jika China tidak dapat mengawal pencemaran, seperti yang mereka akui dalam penghujahan mereka kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mengenai larangan import, bagaimana dengan Malaysia?

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

Kedua, kesan import e-waste terhadap kitar semula domestik kami – Di Malaysia, pengurusan e-waste pasca pengguna masih kurang berkembang tetapi kemajuannya memberikan harapan.

Malaysia boleh dikatakan mempunyai infrastruktur kitar semula e-waste isi rumah paling maju di Asia Tenggara. Malaysia mempunyai perkhidmatan kutipan yang membayar pekerja bebas (freelance) untuk mengambil e-waste dari rumah, ganjaran tunai sebagai pertukaran bagi e-waste, dan perkhidmatan Pos Malaysia prabayar bagi penghantaran e-waste dari kawasan luar liputan.

Infrastruktur untuk pengurusan e-waste tidak diabaikan, sebaliknya, JAS telah memupuk pembangunannya sejak 20 tahun lalu di bawah kategori sisa terjadual.

Malaysia mempunyai kadar pengumpulan dan kitar semula yang agak tinggi bagi e-waste daripada industri, dengan undang-undang sedang dibangunkan untuk mengawal selia e-waste daripada entiti komersial, institusi dan isi rumah dengan lebih baik. Sistem e-waste Malaysia tidak terlalu bergantung kepada pelabur asing dengan ‘teknologi hijau’ mereka.

Membenarkan bekalan mudah dengan e-waste yang diimport akan meningkatkan keuntungan bagi pemproses e-waste, tetapi ia mungkin berakhir dengan mengabaikan kutipan e-waste  domestik, menurunkan permintaan dan menurunkan harga, seperti yang dilihat di Thailand di mana ratusan pemungut sisa daripada Thailand Saleng and Recycle Trader Association yang membantah selama berminggu-minggu pada 2021 terhadap sisa asing yang diimport yang mengancam mata pencarian mereka.

Ketiga, pihak yang terlibat dalam penyeludupan e-waste adalah penjenayah -Konvensyen Basel telah dikemaskini baru-baru ini untuk bertindak dengan lebih agresif terhadap sindiket antarabangsa yang memperdagangkan sisa dan mengekalkan ‘penjajahan sisa’ iaitu sisa dari negara utara (Global North) yang mengalir ke arah pemprosesan sisa kotor di negara selatan (Global South).

Bertindak balas terhadap jenayah dengan menjadikan jenayah itu sah akan meletakkan kita semua dalam risiko tinggi terhadap kemusnahan alam sekitar yang tidak dapat dipulihkan, mengancam kesihatan kita dan anak-anak kita. Mereka yang terlibat dalam pemerdagangan e-waste, pemprosesan haram dan pembuangan sisa secara haram di Malaysia tidak boleh disahkan atau diputihkan; mereka mestilah dihukum dengan seberat-beratnya.

Jika pengusaha ini berminat dalam penciptaan pekerjaan, pemindahan teknologi, pelaburan beretika dan pemulihan sumber yang cekap, operasi mereka akan kelihatan sangat berbeza daripada tempat pembuangan sampah dan tempat kerja seakan kem buruh, pada masa ini.

Keempat, punca utama masalah – ‘Teknologi hijau’ memerlukan protokol keselamatan yang ketat dan pematuhan undang-undang terhadap undang-undang alam sekitar, perniagaan dan pekerjaan.

Jika rasuah, penguatkuasaan yang lemah, dan undang-undang yang tidak mencukupi menjadi punca kitar semula e-waste haram, masalah yang sama akan timbul walaupun bagi kemudahan yang berlesen.

Komuniti yang tinggal di sekitar loji kitar semula sisa ‘hijau dan berteknologi tinggi’, yang terdedah setiap hari kepada asap, bau, kebimbangan kesihatan dan konflik dengan industri, boleh membuktikan perkara ini.

Cadangan untuk memusatkan pemprosesan e-waste di taman perindustrian di dalam kawasan berpagar yang dikawal bukanlah juga satu penyelesaian mudah. Tembok akan melindungi pengusaha yang tidak bertanggungjawab daripada pengawasan penduduk yang berjiran dengannya. Penduduk adalah rakan kongsi terbaik agensi penguatkuasaan kerana banyak tindakan penguatkuasaan telah diambil berdasarkan aduan orang ramai.

Oleh itu, adalah penting untuk kita menangani punca utama masalah kitar semula e-waste haram iaitu rasuah, penguatkuasaan yang lemah, undang-undang yang tidak mencukupi serta menutup kebocoran e-waste domestik daripada infrastruktur formal ke dalam sistem haram atau tidak formal, dan bukannya membuka laluan dan membebankan sistem kawal selia kita dengan ratusan tan sisa yang berpotensi berbahaya.

READ MORE:  E-waste - Malaysia's silent environmental emergency

 

Kelima, lelongan e-waste toksik yang dirampas – Bertentangan dengan dakwaan, menurut kerajaan penghantaran e-waste yang dirampas tidak dijual semula di pasaran terbuka, tetapi dikembalikan ke negara asal. Sementara itu, e-waste yang dirampas dari kilang haram telah pun bercampur dan tempat asalnya tidak dapat dikesan, bermakna tanpa diketahui penerima untuk menghantarnya kembali.

Selain daripada logam, bahan dalam e-waste juga mengandungi logam berat toksik dan bahan pencemar organik berterusan (seperti kalis api berbromin) yang boleh meresap ke dalam saluran air dan rantaian makanan kita.

Sebatian ini merosakkan sistem metabolik, saraf dan pembiakan kita, dan amat berbahaya bagi wanita hamil dan kanak-kanak, yang membawa kepada kesan kesihatan yang tidak dapat dipulihkan, keguguran, kerosakan neurologi otak dan IQ yang berkurangan.

Di Thailand, satu kajian mendapati paras tinggi bahan kimia plastik toksik seperti itu dalam pekerja kitar semula e-waste.

Kerajaan memutuskan cara yang paling selamat untuk menangani sisa berbahaya ini adalah dengan menyerahkannya kepada pengendali berlesen yang berpengalaman dalam menguruskan sisa berjadual, untuk meminimumkan kerosakan alam sekitar.

Pengendali ini diwajibkan oleh undang-undang untuk melaporkan proses dan sisa berbahaya mereka kepada JAS. Mereka bukan tanpa “perlindungan alam sekitar” seperti yang didakwa.

Ini adalah kes yang luar biasa, dan tidak boleh diterima dalam jangka masa panjang kerana sisa toksik daripada e-waste yang diimport pasti akan dilupuskan di lokasi tempatan.

Keenam, kirakan kos – Menyokong pembangunan jaringan pengumpul dan pemproses e-waste Malaysia yang menguruskan e-waste domestik dan membekalkan bahan yang diperoleh semula kepada pengilang tempatan menawarkan faedah yang jelas kepada negara.

Sementara itu, menarik syarikat asing untuk menubuhkan perusahaan di sini membenarkan mereka mengimport e-waste yang tidak diisih untuk pemprosesan berskala besar, melupuskan sisa buangan di Malaysia, dan menjual bahan yang diperoleh kembali ke negara mereka tidak boleh dianggap sebagai keuntungan bersih untuk persekitaran kita tanpa analisis kos faedah yang teliti, komprehensif dan telus.

Apabila kesan negatif ekonomi dikira dari segi kerosakan kepada kesihatan manusia, air bersih, udara bersih dan tanah yang subur, ia akan didedahkan sebagai kerugian bersih untuk negara kita dan modal semula jadi dan generasi akan datang. Apakah nilai untuk komuniti bebas kanser atau udara bersih? Sebaik sahaja hilang, ini akan menelan belanja yang banyak untuk dipulih, jika ianya boleh dipulih. Kita tidak memasukkan lagi kos sosial yang menyalahi undang-undang dan risiko rasuah.

Era keuntungan kapitalis dengan segala cara, mengabaikan kos negatif sebagai sebahagian daripada perakaunan ekonomi, mesti berakhir. Kita sedang menghadapi darurat iklim dan wabak kesihatan yang disebabkan oleh bahan kimia berbahaya. China melakukan pengiraan, mendapati diri mereka mengalami kerugian bersih, dan mengharamkan import bahan buangan.

Sisa adalah tanggungjawab, bukan hanya kekayaan

Rakyat Malaysia telah menderita akibat daripada pencemaran yang disebabkan oleh sisa asing sejak pengharaman import sisa China pada 2018.

Sisa yang diimport sering dikaitkan dengan sindiket berkaitan China, dengan JAS bekerja di luar kemampuan mereka dan menghadapi tindak balas paling kuat daripada komuniti yang terjejas.

Kami memuji perdana menteri dan tindakan tegas kerajaan Malaysia terhadap penyeludupan sisa dan pemprosesan haram, dan menantikan rancangan yang digariskan oleh menteri sumber asli dan kelestarian alam sekitar untuk mengukuhkan lagi undang-undang, dasar dan penguatkuasaan.

Mandat JAS adalah untuk melindungi alam sekitar, dan sesungguhnya, dasar e-waste negara ialah “pendekatan pemikiran ke hadapan yang meletakkan negara sebagai peneraju dalam pengurusan e-waste mampan” dengan memupuk ekosistem pengumpul dan pemproses e-sisa domestik.

Kita harus menyokong JAS dalam inisiatif sedia ada mereka untuk meningkatkan kadar pengumpulan dan kitar semula e-waste, mendidik pengguna mengenai pengurusan sisa yang bertanggungjawab, dan mewujudkan rangka kerja undang-undang yang lebih baik untuk mengawal e-waste, termasuk menguatkuasakan tanggungjawab pengeluar yang diperluaskan  (extended producer responsibility) untuk produk.

Kita sepatutnya membuat lebih banyak laporan mengenai salah laku dan penyelewengan oleh majikan atau kilang mencemar yang berjiran, tetapi kita juga perlu menggubal undang-undang hak untuk mendapat maklumat, mengukuhkan lagi perlindungan bagi pemberi maklumat, meningkatkan langkah pencegahan rasuah, dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, bukan membuka laluan kepada sisa toksik untuk diimport.

Malaysia menjana 411 juta kilogram e-waste pada 2022, dan 24.5 juta unit e-waste diunjurkan bagi 2025. Kita mestilah melakukan yang lebih baik dengan melihat sisa sebagai satu tanggungjawab, dan menumpukan kepada mencegahnya daripada bocor ke dalam persekitaran kita.

 

Tiada tempat untuk penghinaan agama di Malaysia yang berbilang kepercayaan

 



Hormat untuk semua kepercayaan penting untuk memelihara keharmonian dalam masyarakat kita yang pelbagai.

Aliran mengecam pendakwah Islam kontroversi Zamri Vinoth kerana perbandingan menyinggung beliau terhadap orang Hindu yang menyeru “Vel, vel!” semasa Thaipusam dengan orang yang dirasuk atau mabuk.

(Seruan Hindu ini sebenarnya merujuk kepada tombak suci yang melambangkan kuasa dan kebenaran dalam kemenangan kebaikan mengatasi kejahatan.)

Kenyataan menyinggung Zamri berlaku selepas kakitangan Era FM secara terbuka mengejek amalan keagamaan Hindu semasa Thaipusam.

Tiada pengajaran yang nampaknya telah dipelajari daripada kes Era FM, yang mencetuskan kebimbangan meluas dalam kalangan masyarakat Hindu.

Masa kenyataan Zamri amat membimbangkan. Ia seolah-olah menambah minyak ke dalam api pada masa ketika ketegangan komunal dalam kalangan sesetengah segmen sudah meningkat.

Dalam masyarakat kita yang pelbagai, orang ramai harus lebih sensitif dan menghormati ritual semua tradisi keagamaan. Kebanyakan tradisi ini berdasarkan falsafah dan kepercayaan yang orang luar tidak mempunyai pengetahuan atau pemahaman sebenar.

Badan keagamaan Jakim dengan tepat menyatakan bahawa Islam melarang perbuatan mengejek agama lain. Sememangnya, semua agama melarang tindakan yang hina seperti itu.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

Pesalah, tanpa mengira latar belakang agama dan sosial mereka, harus dibawa ke muka pengadilan supaya perbuatan serupa tidak dicontohi oleh orang lain pada masa hadapan. Ini penting kerana perbuatan seperti itu boleh menjejaskan hubungan antara etnik dan antara agama di negara ini.

Kekurangan tindakan polis yang berkesan terhadap banyak laporan yang difailkan pada masa lalu tentang penghinaan dan komen yang menyakitkan oleh sekumpulan kecil pendakwah Islam yang tidak sensitif nampaknya hanya menggalakkan mereka.

Pemahaman pendakwah ini tentang falsafah Hinduisme yang pelbagai dimensi dan banyak kepercayaan lain sangat cetek. Ini jelas dari ceramah mereka yang tidak tepat mengenai perbandingan agama.

READ MORE:  Celebrating religious diversity - Tajuddin Rasdi

 

Pihak berkuasa mesti menanamkan keyakinan kepada rakyat bahawa tindakan tegas akan diambil dengan segera dalam semua kes seperti ini.

Untuk memupuk rasa hormat dalam masyarakat kita yang pelbagai, Jakim dan kumpulan kepercayaan lain mesti menambah usaha mereka untuk meningkatkan sensitiviti antara agama.

Aliran berharap Kementerian Perpaduan Negara akan memainkan peranan yang lebih aktif bukan sahaja dalam menyelesaikan masalah seperti ini tetapi mencegahnya daripada timbul.

Kami mengalu-alukan seruan menteri Aaron Ago Dagang untuk tindakan tegas terhadap mereka yang telah menghina agama orang lain. Menggambarkan tingkah laku seperti itu sebagai “tidak boleh diterima”, menteri itu telah menggesa polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mengambil langkah-langkah untuk melindungi keharmonian negara.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
6 Mac 2025

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama

1.      Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat

2.    Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar

3.    Raikan kerencaman dan keterangkuman

4.    Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang

5.     Lawan rasuah dan kronisme





JIKA INGIN KEKAL MENTERI, TENGKU ZAFRUL KENA MASUK PKR SEBELUM NOVEMBER INI

 


Selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, beliau kini mahu fokus kepada kerja.

Tetapi tidak pula dinyatakan sama ada dengan fokus kepada kerja itu beliau masih mahu kekal dalam UMNO atau tetap dengan perancangannya ingin menyertai PKR.

Walaupun dinasihati oleh Zahid Hamidi agar tidak tergesa-gesa untuk keluar UMNO, Tengku Zafrul harus  sedar beliau tidak boleh selama-lamanya santai saja dengan kedudukan semasanya.

Beliau harus berbuat sesuatu kerana kerjaya politiknya terikat dengan bingkai masa.

Tengku Zafrul yang kalah di Parlimen Kuala Selangor pada PRU15 lalu dilantik sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri dalam kabinet Anwar Ibrahim melalui pintu lantikan sebagai Senator.

Beliau dilantik sebagai Senator bagi kali kedua pada 3 Disember 2022 untuk tempoh tiga tahun.

Kali pertama Tengku Zafrul dilantik Senator ialah pada 2020 di mana ketika itu Muhyiddin Yassin melantiknya sebagai Menteri Kewangan.

Disebabkan seseorang hanya boleh dilantik sebagai Senator sebanyak dua kali, ini bermakna apabila tempoh lantikannya tamat pada Disember 2025 ini, kedudukan Tengku Zafrul sebagai menteri akan tergugur secara automatik.

Daripada segi sifir politik, tindakannya mengadakan perbincangan dengan Anwar Ibrahim untuk menyertai PKR adalah betul demi masa depannya.

Apatah lagi, Anwar juga nampaknya suka dan puas hati dengan prestasi kerja Tengku Zafrul sebagai menteri.

Sudah tentu, apabila menyertai PKR, tujuan sebenarnya ialah agar beliau dapat terus kekal dalam dalam kerajaan.

Ini tentunya dengan cara mengadakan pilihan raya kecil di mana seseorang Ahli Parlimen akan dikehendaki meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepadanya bertanding.

Dalam hal ini, PKR memang biasa mengarahkan wakil rakyatnya meletakkan jawatan bagi memberi laluan untuk diadakan pilihan raya kecil atau PRK sebagaimana pernah dilakukan di Dun Kajang dan Parlimen Port Dickson sebelum ini.

Dalam kes Tengku Zafrul, dikatakan ada dua pilihan ditawarkan kepadanya – kekal dengan portfolio menterinya sekarang atau mengambil alih kerusi Menteri Besar Selangor.

Difahamkan hanya melalui dua iawatan itu saja yang sesuai buat Tengku Zafrul dan memudahkan Anwar membawanya ke mana-mana lawatan ke luar negara bagi tujuan menarik pelaburan asing.

Maka itu, pilihan kini ditangan Tengku Zafrul untuk menentukan pilihannya.

Jika beliau ingin kekal sebagai menteri, beliau kena masuk PKR sekurangnya sebelum November ini supaya suatu PRK masih sempat diadakan untuk membolehkannya bergelar Ahli Parlimen dan seterusnya dikekalkan sebagai menteri.

Peruntukan perlembagaan menetapkan tiada PRK perlu diadakan selepas tiga tahun daripada tempoh PRU15 lalu yang diadakan pada November 2022.

Ertinya, selepas November 2025, tiada lagi PRK Parlimen sehinggalah diadakan PRU16.

Begitu pun, jika Tengku Zafrul memilih untuk menjadi Menteri Besar Selangor, beliau masih boleh melanjutkan kemasukannya ke dalam PKR sehingga Ogos 2023.

Ini berikutan PRN Selangor yang lepas diadakan pada Ogos 2023 dan tempoh akhir untuk PRK diadakan ialah pada Ogos 2026.

Kepada Tengku Zafrul, selain memang beliau kena fokus kepada kerja, masa depan kena fikir juga.

Jangan terlalu bertangguh sehingga melepas semuanya, lagi pun seperti mana dakwaan Dr Puad Zarkashi, beliau pun dikatakan  sudah kerap tidak hadir mesyuarat MT UMNO.

Masuk sajalah PKR segera!! – ShahbudinHusin 16Mac2025.