Adakah injection Sapura Energy RM 1.1 billion ni bailout atau tak?


Nazri Hamdan. 


 Adakah injection Sapura Energy RM 1.1 billion ni bailout atau tak?


Sementara Menteri Komunikasi cakap ia adalah pelaburan, media pula laporkan perkataan 'bailout'.


Saya bagi pandangan saya.


Benda yang paling kita kena bagi perhatian kat sini ialah, macam mana RM 1.1 billion ni disuntik ke dalam Sapura Energy


Yang dilapor di media ialah ia menggunakan instrumen RCLS (Redeemable Convertible Loan Stocks). RLCS ni actually konsepnya adalah dari convertible bond yang telah pun diinovasikan dalam konteks pasaran Malaysia.


Jadi macam mana RCLS ni berfungsi. Saya bagi contoh;


Sapura Energy memerlukan dana segera. Masalahnya disebabkan ada masalah kewangan tapi pada masa sama nak buat pinjaman bank. Kalau dapat pun, kadar faedah adalah tinggi sebab mereka ada masalah kewangan. Itu pun kalau loan lulus.


Pada masa yang sama, mereka tidak mahu menerbitkan saham baharu (rights issue) kerana ia akan mencairkan (dilute) pegangan pemegang saham sedia ada secara serta-merta.


Jadi pilihan yang ada pada Sapura Energy ialah menerbitkan RCLS. Soalnya, kepada siapa RCLS ni ditawarkan? Dah tentu tak boleh ditawarkan kepada sesiapa sesuka hati sebab dari segi nature nya Sapura Energy ada masalah. Siapa yang nak melabur?


Jadi kerajaan gunakan SPV (Special Purpose Vehicle) iaitu Malaysia Development Holdings (MDH). Menteri Komunikasi tak salah bila dia kata ini adalah pelaburan sebab dalam konteks RCLS ni memang adalah satu pelaburan.


Bukti ia adalah satu pelaburan adalah kerana nature RCLS adalah seperti berikut;


- RCLS ada tempoh matang


- Sepanjang tempoh matang, ada kupon


- Selepas beberapa tahun (ikut perjanjian) Sapura Energy boleh tebus RCLS dengan bayar baki pokok hutang dan faedah tertunggak (oustanding balance).


- Jika Sapura Energy memilih untuk menebus sebelum tempoh matang, mungkin ada penalti atau terma tambahan (bergantung pada perjanjian).


Next, jom kita tengok apa benefit gunakan instrumen RCLS ni pada kerajaan (MDH) dan pada Sapura Energy;


Benefit pada Sapura Energy, mereka dapat diselamatkan tapi pada masa yang sama tak payah nak keluarkan saham baru. Lagi satu, mereka dapat elak daripada buat pinjaman bank yang mana mereka kena bayar kadar faedah tinggi disebabkan status syarikat yang bermasalah.


Benefit pada kerajaan pula ialah mereka dapat kupon / faedah setiap tahun melalui SPV MDH. Selain itu, MDH berpeluang menikmati kenaikan nilai pelaburan jika harga saham Sapura Energy meningkat (melalui hak penukaran).


Tapi, itu kalau Sapura Energy berjaya buat pusingan bisnes dia kepada untung. Tapi, macam mana pulak kalau lepas ni Sapura Energy terus rugi dan rugi??


Haa.. dekat sini dia boleh bertukar menjadi full bailout. 


Jika kerugian Sapura Energy berterusan sehingga mengakibatkan kebankrapan atau proses likuidasi, pemegang RCLS biasanya berada di aras yang lebih rendah dalam hierarki pembayaran berbanding pemegang hutang lain.


Jadi, pada saya, dalam kes Sapura Energy ni, dia boleh jadi investment + bailout yang mana dia boleh jadi investment yang berbaloi (kalau untung)  dan kemudian full bailout (kalau gagal). Kalau suntikan RM 1.1 billion ni berjaya buat Sapura, ia memang satu pelaburan yang menguntungkan. Tapi kalau gagal, ia adalah bailout yang parah.



Dulu Anwar kritik bail-out, tapi sekarang Anwar pula bail-out? Apa cerita?

 


Dulu Anwar kritik bail-out, tapi sekarang Anwar pula bail-out? Apa cerita? 


Ini perbezaan bail-out 2025 berbanding bail-out 2018.





Tahun 2018, Kerajaan bail-out RM4 bilion kepada Sapura. Tanpa sebarang syarat.


Apa berlaku? Sapura masih rugi tapi pengurusan tertinggi dibayar RM80 juta untuk tahun 2018.


Ini yang dikritik Anwar. Bagi duit kepada Sapura kononnya untuk "selamatkan Sapura". Akhirnya, tokoh elit diselamatkan. 


Boleh tengok sendiri kritikan Anwar ketika berdebat dengan Najib dulu. Konsisten. Rujuk minit 18:46 hingga 19:42 (https://www.youtube.com/live/AxMTQvfTpRA?si=7B4-RbhAxmXd8TsJ)


Sebab itu, bail-out tahun 2025 berbeza. Bail-out kali ini digunakan secara eksklusif HANYA untuk bayar hutang Sapura kepada vendors.


Sapura rugi, vendors tak dapat duit. Jadi Kerajaan suntik dana HANYA untuk Sapura bayar duit kepada vendors yang Sapura berhutang.


Jadi apa beza bail-out zaman Anwar dengan sebelumnya? 


Sebelum ini, suntik dana kepada Sapura, Sapura boleh guna ikut kepala mereka. Termasuklah bayar gaji tinggi kepada CEO.


Sekarang? Hanya untuk bayar hutang kepada vendors sahaja.


Ini konsisten dengan hujah Anwar ketika berdebat. Tapi malangnya ramai yang baca headline je tanpa betul-betul research. Kalau kata tak bijak, marah pulak. Huhu.



Bailout Sapura, Anwar tiru cadangan Najib? Nak ulas sesuatu kena faham konteks dan isu.



 Bailout Sapura, Anwar tiru cadangan Najib? 


Nak ulas sesuatu kena faham konteks dan isu.


Tahun 2022 


Dalam Debat, Najib cadang supaya Petronas bailout Sapura secara membeli saham tanpa apa-apa syarat tapi Anwar suruh buat audit forensik dahulu dan sentuh tentang elaun pengurusan yang tinggi walapun syarikat kerugian. Anwar kata dari guna duit Petronas, baik pengurusan Sapura di susun semula dan di betulkan segala salah urus. 


Bulan Mei tahun yang sama, Sapura Energy Berhad (SEB) diklasifikasikan sebagai syarikat PN17 sebab: 



Kerugian kewangan yang besar – Syarikat melaporkan kerugian melebihi RM8.9 bilion bagi tahun kewangan 2022.


Beban hutang yang tinggi – SEB bergelut dengan pinjaman sebanyak RM10.3 bilion dan menghadapi masalah kecairan.





Lebihan kos projek dan kelewatan pembayaran – Syarikat mengalami kelewatan pembayaran daripada pelanggan serta peningkatan kos projek.


Gagal membayar pinjaman – SEB gagal membayar semula hutang berjumlah RM10 bilion pada Disember 2021.


Tahun 2024





Untuk audit forensik, pada sebenarnya telah di buat untuk tahun kewangan 2024 oleh auditor bebas Ernest & Young yang mengatakan "Our opinion is not qualified" 


Ini bermaksud EY telah memberikan pendapat audit tanpa syarat (unqualified audit opinion), menunjukkan bahawa penyata kewangan Sapura Energy dibentangkan secara adil dan mematuhi piawaian perakaunan.


"In respect of this matter" → Merujuk kepada isu tertentu (kemungkinan berkaitan dengan ketidakpastian kelangsungan operasi atau tekanan kewangan).


Walaupun terdapat kebimbangan kewangan, ia tidak memerlukan pendapat audit bersyarat (qualified opinion), yang akan menunjukkan kesilapan material atau ketidakpatuhan terhadap piawaian perakaunan.


Mengapa Ini Penting untuk Sapura Energy?

Tanda Positif → Walaupun menghadapi cabaran kewangan, laporan kewangan syarikat adalah tepat dan telus.


Keyakinan Pelabur → Pemegang kepentingan boleh bergantung kepada penyata kewangan dalam membuat keputusan.


Tiada Isu Perakaunan yang Serius → Walaupun Sapura Energy menghadapi risiko kewangan, ia tidak dituduh melakukan pelaporan kewangan yang tidak betul.


Tahun 2025 


MOF buat SPV dan suntik 1.1 billion kepada Sapura Energy Berhad (SEB). Adakah suntikan dana tanpa syarat?


Tidak, suntikan secara eksklusif untuk menyelesaikan liabiliti yang terhutang oleh SEB kepada penyedia perkhidmatan Malaysia dalam sektor minyak dan gas, yang kebanyakannya terdiri daripada 2000 vendor tempatan (perusahaan kecil dan sederhana (PKS)). 


Pelan Utama dari Keluar PN17:


Penyusunan Semula Hutang – Kebanyakan syarikat berunding dengan pemiutang untuk mengurangkan atau melanjutkan tempoh pembayaran pinjaman.


Penstrukturan Semula Perniagaan – Syarikat mengubah fokus kepada operasi yang lebih menguntungkan atau mampan.


Pelaburan Strategik – Sesetengah syarikat menerima suntikan modal daripada entiti berkaitan kerajaan (GLC) atau pelabur utama.


Pengurangan Kos Operasi – Langkah pemotongan kos dan peningkatan kecekapan memainkan peranan penting dalam pemulihan.


Bagi Sapura Energy, rancangan penyusunan semula hutang serta suntikan modal RM1.1 bilion boleh membantu syarikat untuk keluar dari status PN17 dengan berjaya.


Bulan Jan 2025 hari itu pun Sapura Energy telah dapat CEO yang baru https://sapuraenergy.com/director/muhammad-zamri-jusoh/


Jadi kata-kata Anwar yang dulu masih lagi tepat bila audit telah di lakukan, masalah pengurusan telah di selesaikan dengan pengurusan baharu, dan suntikan 1.1billion tadi di gunakan untuk bayar hutang Sapura tertunggak pada vendor.


Ini juga akan membolehkan Sapura keluar dari PN17. ( Contoh salah satu syarikat yang berjaya keluar dari PN17 adalah AirAsiaX)


Langkah ini adalah cara terbaik untuk elakkan 2000 vendor tadi tidak mendapat bayaran dan akan menyebabkan rantaian ekonomi yang tidak menentu.


Kesimpulanya, Anwar tidak meniru plan bailout Najib sebab ada konsidi prasyarat dan ia bukan cek kosong. Nampak sama tapi tak serupa. 


MMMS




RM1.1 billion untuk Sapura Energy bukan bailout, ia penstrukturan semula

 




Wang bernilai RM1.1 billion dari Permodalan Nasional Berhad (PNB) kepada Sapura Energy bukan satu bailout sebagaimana yang dilaporkan tetapi adalah proses penstrukturan semula syarikat yang mempunyai lebih 4,000 kakitangan itu.


Ia bertujuan memastikan Sapura Energy mampu membayar balik hutangnya kepada lebih 2000 vendor tempatan yang mana lebih 80% darinya adalah syarikat Bumiputra dan bangun semula sebagai sebuah konglomerat besar negara.


Berbeza dengan bailout, dana ini tidak diberikan secara percuma tetapi melalui mekanisme tertentu untuk memastikan keberkesanan dalam pemulihan syarikat.


“Kerajaan tidak menyelamatkan Sapura secara percuma, tetapi memastikan syarikat ini melaksanakan pelan penstrukturan menyeluruh supaya dapat membayar hutang kepada vendor tempatan dan mengekalkan pekerjaan rakyat,” kata satu sumber berdasarkan satu taklimat dalaman.


Lagipun, kata sumber itu, PNB mempunyai tanggungjawab untuk membayar dividen kepada pelaburnya dan bukannya boleh menghanguskan wangnya begitu sahaja.

Oleh itu, wang ini perlu diperolehi balik oleh PNB dengan keuntungan untuk pelaburnya di masa depan selepas usaha ini selesai.


Bantuan ini bertujuan untuk menyelamatkan ribuan vendor tempatan, termasuk PKS yang menghadapi masalah akibat tunggakan pembayaran.


Ia umpama tindakan yang diambil kerajaan untuk membantu Proton sebelum ini, sebelum sebahagian sahamnya diambil alih oleh Geely dari China.


“Kerajaan melalui PNB mengambil tindakan ini untuk memastikan lebih 2,000 vendor tempatan dan ribuan pekerja tidak terjejas.


“Jika Sapura gagal membayar vendor, kesannya akan merebak ke seluruh ekosistem perniagaan dan pekerjaan di Malaysia,” kata sumber itu.


Menurut sumber itu juga, suntikan dana RM1.1 bilion bukan pemberian percuma, tetapi satu pelaburan strategik yang akan dipulangkan kembali kepada PNB dan pelaburnya.

“Ini bukan bantuan percuma, tetapi satu langkah pelaburan yang memastikan PNB mendapat pulangan melalui skim penstrukturan yang dipantau dengan ketat,” katanya merujuk kepada pembaharuan pentadbiran yang akan berlaku kepada syarikat ini


Melalui pensrukturan semula ini, hampir kesemua pegawai kanan Sapura Energy termasuk Tan Sri Shahril Shamsuddin, CEO Kumpulan, akan digantikan menerusi perlantikan baru.

Sapura Energy mempunyai kepentingan tersendiri dalam industri minyak dan gas negara kerana syarikat ini adalah satu pemain utama dalam industri minyak dan gas Malaysia.

Jika syarikat ini gagal, ia akan memberi kesan kepada keseluruhan sektor tenaga negara dan mengancam ekonomi, kata sumber itu.


“Sapura Energy adalah syarikat strategik dalam sektor minyak dan gas Malaysia. Jika ia gagal, kesan negatifnya bukan sahaja kepada syarikat tetapi juga kepada ekonomi negara secara keseluruhan,” kata sumber itu.





‘Ini Madani yang tidak bailout’, respon jurucakap Kerajaan Perpaduan

 




Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil menafikan bahawa pelaburan strategik yang dibuat oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) ke atas Sapura Engergy Berhad ialah jaminan bantuan atau ‘bailout’.


“Pelaburan strategik PNB dalam Sapura Energy Bhd adalah dalam bentuk redeemable convertible shares.

“Ada dakwaan media bahawa ia bailout. Ia pelaburan strategik yang berbeza sifatnya daripada bailout seperti yang berlaku dalam era pentadbiran perdana menteri dahulu. That is a real bailout.


“Ini bukan. Ini Madani. PNB akan terbitkan kenyataan pada hari ini,” kata Fahmi yang juga Menteri Komunikasi.


Sejumlah RM1.1 billion telah dilaburkan oleh PNB untuk penstrukturan semula syarikat tersebut yang mempunyai lebih 4,000 kakitangan.


Ia bertujuan memastikan Sapura Energy mampu membayar balik tunggakan kepada lebih 2000 vendor tempatan yang mana lebih 80% darinya adalah syarikat Bumiputra dan bangun semula sebagai sebuah konglomerat besar negara.


Berbeza dengan bailout, dana ini tidak diberikan secara percuma tetapi melalui mekanisme tertentu untuk memastikan keberkesanan dalam pemulihan syarikat.


Fahmi turut menambah pelbagai faktor telah diambilkira sebelum PNB mengambil langkah strategik seperti kesediaan kerajaan berurusan dengan syarikat asing tanpa Sapura Energy.




𝐏𝐞𝐫𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧𝐠: 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐄𝐠𝐨



1. Isu peruntukan Ahli Parlimen Pembangkang nampaknya terus menjadi wayang politik BERSATU dan PAS. Yang terbaru, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menolak kemungkinan untuk berunding semula perihal peruntukan pembangkang atas alasan syarat yang dikenakan oleh Kerajaan Madani terlalu ketat dan luar biasa.


2. Yang lebih luar biasa adalah PN terus mendesak agar peruntukan tersebut diberikan tanpa sebarang syarat, sedangkan ketika mereka menjadi Kerajaan, Pakatan Harapan telah terbuka untuk menandatangani MOU bagi menyelesaikan isu peruntukan tanpa perlu bermain wayang politik. Setiap kali sidang Parlimen berlangsung, Perikatan Nasional pasti mengeluh meminta peruntukan, tetapi nampaknya kepimpinan utama mereka begitu ego untuk berbincang.


3. Timbalan Perdana Menteri II juga telah menjelaskan bahawa Pembangkang tidak pernah hadir semula ke meja perbincangan dan malahan tidak pernah menyatakan apakah syarat yang terlalu luar biasa dan ketat tersebut. Setakat tinjauan kepada Draf MOU sebelum ini, hasrat Kerajaan Madani ialah untuk memastikan bahawa PN berhenti bermain isu 3R.


4. Penolakan Perikatan Nasional secara mentah-mentah ini barangkali hanyalah usaha mereka untuk terus bermain adu domba dan kononnya mencipta simpati, sebab itulah mereka begitu tidak suka apabila Perdana Menteri menyebut tentang pendapatan Ahli Parlimen. Sekiranya PN benar-benar peduli tentang nasib pengundi di kawasan Parlimen mereka, PN boleh sahaja mengikut jejak langkah YB Muar, yang telah tampil berunding dan akhirnya akan diluluskan peruntukan pembangkang. Kerajaan Madani tidak pernah pula memaksa YB Muar menyokong Kerajaan mahupun menghalang beliau daripada bersuara.


5. Kelulusan peruntukan kepada YB Muar juga hanyalah dilampirkan dengan syarat untuk membuat deklarasi aset yang tidak pun memprejudiskan Ahli Parlimen. Adakah pengisytiharan harta ini sesuatu yang begitu ditakuti oleh Perikatan Nasional?


6. PN patut berhenti bermain wayang ini dengan ego mereka dan berpura-pura bahawa mereka peduli dengan nasib rakyat. Rakyat di mana-mana Parlimen sekalipun tetap sahaja dibela melalui Tabung Dana Pembangunan Persekutuan yang sentiasa disalurkan oleh agensi Kerajaan.


7. Perikatan Nasional mendakwa mereka merana kerana tiada duit untuk membantu rakyat, tetapi dengan sekelip mata mereka boleh mengumpul duit untuk membayar fitnah. Inilah wayang ciptaan mereka kerana terlalu ego untuk berbincang.


𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐀𝐬𝐡𝐫𝐚𝐟 𝐌𝐮𝐤𝐡𝐥𝐢𝐬 𝐁𝐢𝐧 𝐌𝐢𝐧𝐠𝐡𝐚𝐭

𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐮𝐬𝐢

𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚


https://www.facebook.com/share/p/1ZV4UWtPEQ/?mibextid=xfxF2i



BAKAL KENA DENDA.

 


Dua dua posting dia..


Kiri, dia ingatkan netizen jangan siar berita palsu.

Kanan, dia sebar berita palsu.





UMNO BOLEH PUOUS JIKA AMALAN RASUAH DITERUSKAN.

RMS


 Aku tulis ni sebagai rakyat biasa, tidak mewakili mana mana parti politik dan ini pun bukan posting politik.





Isu rasuah dalam UMNO diSabah khasnya, DS Ismail Sabri macam tak berkesudahan, kerana akar dan umbi telah rosak sama sekali. Susah nak benteras atau hapuskan kerana itu dah menjadi amalan sejak dulu lagi.


Boleh bagi pelbagai alasan tapi skrg ni rakyat bukan boleh dibodohkan.. 




MAT SABU TANAM BAWANG


 Bang Mat memanfaatkan kawasan yang ada di kediaman rasmi menteri dengan menyemai 1,000 benih bawang rose Ehsan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS, Datuk Dr. Mohamad Khairil. Kaedah yang Bang Mat gunakan ialah "Raised Garden Box" dengan keluasan 20' x 20', supaya tanaman lebih teratur dan mudah untuk diuruskan.







Sebelum ini, Bang Mat telah berkunjung ke Selangor Fruit Valley untuk melihat penanaman bawang rose Ehsan di kawasan seluas 25 ekar. Usaha ini selaras dengan komitmen kita bersama dalam memastikan keterjaminan makanan negara. Insya-Allah, semoga usaha ini membuahkan hasil yang bermanfaat.



KETURUNAN HASUT DAN FITNAH..

 Che Ibrahim


Macam mana perangai bapak, macam itulah anaknya..




Ini rupanya punca kenapa Era FM didenda sampai RM250k

 



Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menafikan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak sewenang-wenangnya dalam mengeluarkan kompaun sebanyak RM250,000 kepada pengendali stesen radio Era FM.

Menurut Fahmi kompaun itu mengambil kira bahawa Era FM yang berada di bawah Maestra Broadcast Sdn Bhd adalah entiti syarikat dan bukan individu.

Maka kompaun dikenakan kepada syarikat akan lebih besar berbanding kompaun terhadap individu..



Beliau berkata kuantum kompaun yang dikeluarkan kepada Maestra Broadcast mengambil kira bahawa pihak yang bersalah adalah ‘syarikat yang menjana pendapatan tinggi setiap tahun’.

Beliau turut menambah bahawa adalah salah untuk membandingkan perkara itu dengan kes stoking ‘Allah’.

“KK Mart didakwa mengikut Kanun Keseksaan, undang-undang berbeza, dan denda RM60,000.


“Kes itu tidak melibatkan kandungan dalam talian atau melibatkan pemegang lesen SKMM,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis berbuka puasa anjuran kementeriannya semalam.

Beliau berkata tiada perbandingan boleh dibuat dengan pelbagai kes lain yang melibatkan individu, sama ada, termasuk pelawak Harith Iskander dan pengguna Facebook Cecelia Yap, yang kedua-duanya baru-baru ini telah dikenakan kompaun RM10,000 yang menurut Jabatan Peguam Negara (AGC) adalah ‘munasabah’.

Beliau berkata Maestra Broadcast, anak syarikat kumpulan media Astro dan pemegang lesen SKMM, diwajibkan mematuhi semua undang-undang dan garis panduan yang ditetapkan.


“Malangnya, syarikat membenarkan akaun TikTok rasmi stesen radionya memuat naik kandungan yang menimbulkan kemarahan orang ramai,” katanya.




PM Anwar Seru Semua Pihak Jadi Ejen Perpaduan

 

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah ketika Taklimat Harian PMO pada 11 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 12 Mar – Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan mesej bermakna kepada tiga penyampai radio Era FM agar menjadi ejen perpaduan dengan menyampaikan mesej kesatuan kepada rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa.

Nasihat tersebut disampaikan Perdana Menteri ketika tiga penyampai radio stesen radio Era FM iaitu Nabil Ahmad, Azad Jazmin dan Radin Amir bertemu dengan Anwar di Angkasapuri semalam.

Nabil Ahmad, Azad Jazmin dan Radin Amir bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Angkasapuri semalam. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Semalam, Perdana Menteri telah menghadiri Majlis Iftar Bersama Pengamal Media dan dalam majlis tersebut, Perdana Menteri telah bertemu trio DJ Era FM di mana Perdana Menteri sudah beri nasihat kepada mereka dan berpesan sentiasa bawa mesej perpaduan dalam tugasan harian mereka.

“Alhamdulillah, mesej Perdana Menteri bukan saja menjurus kepada mereka namun kepada semua pihak agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum dan bangsa,” katanya dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO), hari ini.

Tiga penyampai radio itu mengundang kontroversi ekoran tindakan dengan dakwaan menghina agama Hindu.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah ketika Taklimat Harian PMO pada 12 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Semalam, pengendali stesen Era FM dikenakan kompaun RM250,000 manakala lesen tidak digantung.

Dalam masa yang sama, Tunku Nashrul turut berkata, Perdana Menteri berharap agar semua rakyat Malaysia dapat menoktahkan perkara itu dan bergerak ke hadapan dalam memastikan keadaan rakyat dan negara sentiasa dalam keadaan baik dan saling hormat menghormati.

“Perdana Menteri juga menzahirkan penghargaan kepada mana-mana pihak yang telah menghentikan sebarang unsur negatif atau cubaan untuk mengeruhkan lagi keadaan mengenai perbedaan hukuman dan kompaun yang dikenakan terhadap isu yang sama.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah ketika Taklimat Harian PMO pada 11 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Perdana Menteri telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini sekali lagi,” ujarnya.

Katanyai, Perdana Menteri turut menegaskan bahawa semua pihak perlu faham akan perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan sebelum ini.

“Hatta berlakunya perbezaan hukuman dan kompaun yang dikenakan. Sebarang tanggapan atau perkongsian maklumat tidak tepat akal hal ini akan hanya mencetuskan persepsi tidak sihat tatkala kita semua dituntut untuk terus menyemai benih keharmonian dan kesejahteraan masyarakat,” katanya.


Wanita Hilang Punca Pendapatan Terima Sumbangan PM Anwar

 

Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan bantuan kepada keluarga Norizan Jaafar di Kampung Tun Sardon di Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 12 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PERMATANG PAUH, 12 Mar – Seorang wanita yang kehilangan sumber pendapatan tetap selepas suaminya mengalami masalah kesihatan menerima bantuan kewangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, .

Bantuan disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi, kepada penerima, Norizan Jaafar di Kampung Tun Sardon di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Norizan berdepan kesukaran menyara kehidupan bersama dua anaknya yang masih bersekolah di asrama.

Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan bantuan kepada keluarga Norizan Jaafar di Kampung Tun Sardon di Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 12 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Dalam hantaran di Facebook, Ahmad Farhan memaklumkan keadaan suami Norizan yang tidak lagi mampu bekerja menyebabkan keluarga itu kehilangan sumber pendapatan stabil, sekali gus memberi tekanan besar terhadap kos kehidupan dan keperluan pendidikan anak-anaknya.

“Kos sara hidup yang semakin meningkat, ditambah dengan tanggungjawab membesarkan anak-anak yang masih bersekolah, sememangnya membebankan. Namun, usaha ini bukan sekadar bantuan jangka pendek.

Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan bantuan kepada keluarga Norizan Jaafar di Kampung Tun Sardon di Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 12 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Dengan kerjasama Zakat Pulau Pinang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kami berusaha memastikan Puan Norizan dan keluarganya mendapat sokongan berterusan, agar mereka dapat keluar daripada belenggu kemiskinan tegar,” katanya.

Beliau berharap inisiatif ini bukan sahaja meringankan beban keluarga berkenaan tetapi juga membantu Norizan meneruskan kehidupan dengan lebih tenang dan memberikan tumpuan penuh kepada masa depan anak-anaknya.



AKHIRNYA DITIPU BANGSA SENDIRI.

 

        

            Zunar  Cartoonist Fan Club

POLIS KESAN VIDEO PALESU

 


Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan diviralkan di media sosial sejak tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.





Beliau berkata video-video berkenaan dikesan memaparkan ahli politik dan wakil syarikat ternama dengan video terbaru yang dikesan memaparkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Berita penuh: https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2401431


#BernamaNews



MCMC. TINDAKAN INI AMAT BIADAP. SILA AMBIL TINDAKAN TEGAS.

 Aman Muhamad


Mohon MCMC dan PDRM ambil tindakan tegas ke atas akaun milik Mohd Azrul ini kerana telah menyebarkan gambar PMX menjadi berhala sembahan.



Ini satu perbuatan yang sangat biadab di bulan Ramadan.



TEGURAN BULAN RAMADHAN BUAT DJ ERA.


 Kepada 3 DJ Era berkenaan, jadikan peristiwa yang berlaku satu teguran Allah di bulan Ramadan.




Kadang-kadang bila terlampau bersuka-ria, kita terlupa ada batas yang mungkin kita langgari.


Sekarang, diharap dengan nasihat dari PMX Anwar Ibrahim, mereka akan lebih berhati-hati di masa hadapan.


Jangan risau, yang kena bayar denda besar tu bukan mereka, tapi majikan mereka.


Alhamdulillah.


Tutup buku.


*Aku langsung tak komen isu ni sebelum ni sebab ramai sangat sedang emosional, jadi aku suka duduk tepi dulu memerhati.


*Selalu teringat pesan arwah mak aku, "kalau tengah happy tu, jangan over sangat, beringat sikit. Takut sakit."


Najib Bakar 

11 Mac 2025



LAAA. TAKAT TU JA BERJUANG? WOIII... KALAU TAKAT NI JA NAK LAWAN ANWAR.. BAIK BALIK DOK JAGA ANAK BERANAK HANG LA.

 


Gambar ni dikongsi oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Pulau Pinang, Ibrahim Ani.





Sekarang dia dah deactivate akaun FB.


Tu yang aku cakap, depa ni banyak sembang ja. Konon nak bangkitlah, berjuanglah.


Takkan bila kena report SKMM dah lari. Adoi kata fighter. 🤦


Bila terbayang kena tahan masuk dalam terpaksa tinggalkan anak bini, terus ghuyub.


"Pergi mampos dengan perjuangan, aku nak tidoq peluk bini," agaknya kata dia. 


Gini Ibrahim, apa yang hang share ni nampak sangat tak logik dan tak masuk akal.


Hanya yang senget saja boleh percaya.


Ingat dak masa kempen PRU, sampai level cikgu pun kata kalau Anwar jadi PM, habis budak perempuan kena pakai skirt pi sekolah.


Biasa dengar?


Benda paling tak masuk akal, tapi ramai yang percaya.


La ni lepas dua tahun, ada ka anak perempuan hampa dipaksa pakai skirt?


Sebenarnya PN have lost the plot. Depa tak boleh bersaing dari segi polisi dan ekonomi.


Faktanya negeri-negeri yang ditadbir mereka, semua di tempat corot. 


Masalah asas pun belum mampu diselesaikan, jangan kata nak cakap bab pelaburan.


Pelabur tengok perangai type W pun depa tak berani masuk, ekstrim sangat.


Jadi bila tak mampu bersaing dari segi idea, cuma tinggal satu saja la. Mainkan sentimen perkauman dan agama.


Masalah satu dua individu dijadikan seolah-olah seluruh kaumnya begitu.


Mana boleh pukul rata.


Seperti yang aku sering tulis, kita (baca sebagai pendokong Madani) pun tak boleh hukum keseluruhan rakyat di negeri-negeri pembangkang tu type W.


Kalau tidak, kita pun sama macam type W, jenis pukul rata.


Ramai pendokong Madani di negeri-negeri pembangkang memerlukan sokongan kita tatkala mereka disumpah seranah oleh type W ekstrim, termasuk sanak saudara sendiri sebagai k*fir, ne*raka, dan sebagainya.


Jadi pesan aku, terus bangkit wahai rakan Melayu Islam pendokong Madani. Munculkan diri melawan penunggang agama.


Sejarah akan membuktikan kita berada di pihak yang benar, insya Allah. 🖐️


Najib Bakar 

7 Mac 2025