Hutang Che Ta dengan MARA, RM443,392 masih tertunggak

 


Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta masih belum melunaskan baki hutangnya dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) berjumlah RM443,392.

Perkara tersebut didedahkan oleh Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki baru-baru ini, lapor Berita Harian.

Beliau berkata, setakat 18 Februari lalu, Rozita membayar hutangnya sebanyak RM689,307.59 dengan kira-kira RM150,000 bayaran secara tunai di pejabat agensi berkenaan, manakala selebihnya melalui transaksi dalam talian.


Bagaimanapun, menurut Asyraf Wajdi, baki RM443,392 itu perlu dijelaskan sepenuhnya menjelang akhir bulan ini atau tindakan tegas bakal diambil sepertimana dikenakan kepada peminjam lain yang gagal memulangkan semula wang sehinggakan Mara terpaksa menanggung pinjaman tidak berbayar (NPL) mencecah 49.6 peratus.

“Bayaran pelakon itu dibuat bagi menangguhkan tindakan pelaksanaan penghakiman diambil oleh Mara untuk mahkamah melelong hartanya yang kemudian boleh menyebabkan kebankrapan.

“Rozita belum bayar habis hutangnya kepada Mara dengan baki tertunggak berjumlah RM443,392 yang perlu dilunaskan sepenuhnya sebelum 31 Mac ini. Jadi, dakwaan kononnya dah langsai semua hutang dengan Mara tidak benar.


“Jika dikira-kira, baki hutang Rozita kalau dibayar boleh tampung hampir 50 pelajar yang menuntut di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM).

“Justeru, saya tegas dan tidak berkompromi dengan sesiapa yang berhutang termasuk artis atau golongan ternama,” katanya






PMO Bakal Adakan Taklimat Harian Secara ‘Live’ Tangkis Berita Palsu

 


Tunku Nashrul ketika mengadakan sidang media pemaklumkan taklimat harian yang akan disiarkan secara langsung bagi menangkis fitnah pembangkang.

KUALA LUMPUR, 1 Mar – Satu lagi inisiatif menerusi Pejabat Perdana Menteri (PMO) diumumkan hari ini apabila pejabat pentadbiran itu akan mengadakan taklimat harian yang akan disiarkan secara langsung menerusi saluran media tempatan.

Menurut Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, tujuan utama taklimat ini adalah untuk memastikan rakyat menerima maklumat yang tepat dan sahih daripada sumber rasmi daripada PMO secara terus.

Melalui taklimat itu katanya, Pejabat Perdana Menteri akan menjelaskan isu-isu semasa, dasar-dasar penting, serta perkembangan terkini yang perlu diketahui oleh rakyat.

“Ini juga merupakan langkah penting untuk menangkis penyebaran fitnah serta maklumat palsu yang mengelirukan masyarakat.

“Inisiatif ini juga selaras dengan gagasan Madani yang menjunjung tinggi ketelusan antara pentadbiran dan rakyat, di samping membudayakan amalan menyemak kebenaran sesuatu maklumat melalui sumber yang sahih dan tepat,” katanya.

Menurut Tunku Nashrul, selain daripada inisiatif komunikasi, sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, Perdana Menteri akan melaksanakan Program Ihya’ Ramadan di setiap kementerian

Katanya, program itu bertujuan menjadikan Ramadan sebagai madrasah rohani, bukan sahaja dalam aspek ibadah, tetapi juga pembentukan nilai dan akhlak dalam pentadbiran negara.

“Sepanjang bulan Ramadan, Perdana Menteri akan mengunjungi pelbagai kementerian untuk menyantuni penjawat awam, diikuti dengan sesi tazkirah ringkas yang akan disampaikan oleh beliau sendiri serta penceramah jemputan.

“Melalui program ini, nilai-nilai seperti kejujuran, disiplin, dan tanggungjawab dapat diperkukuh dalam kalangan penjawat awam, selaras dengan teras Kesejahteraan dalam gagasan Madani,” ujarnya.

Pada masa sama katanya, Perdana Menteri bersetuju untuk turun ke beberapa negeri sepanjang bulan Ramadan bagi memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, selain bertemu masyarakat dalam Majlis Berbuka Puasa Madani.

“Butiran lanjut mengenai tarikh dan lokasi spesifik bagi setiap majlis akan diumumkan dalam masa terdekat melalui saluran rasmi kerajaan.

“Pejabat Perdana Menteri menggalakkan semua rakyat untuk mengambil bahagian dalam majlis-majlis ini sebagai tanda kebersamaan dan perpaduan,” katanya.



TERKINI DARI SPRM SIASATAN RASUAH BEKAS PEGAWAI ISMAIL! RM150 JUTA DIJUM...


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil keterangan lapan individu berhubung siasatan terhadap empat bekas pegawai kanan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang disyaki terlibat rasuah. Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata lapan individu itu, yang tidak didedahkan identitinya, akan dipanggil bagi membantu siasatan dalam masa terdekat. "Kami akan memanggil lapan saksi dalam minggu ini dan minggu hadapan," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur hari ini. Mengulas lanjut, Azam berkata Bahagian Pencegahan Wang Haram kini sedang meneliti dokumen berkaitan yang dirampas dalam siasatan kes itu. "Dokumen sedang diteliti dan siasatan bukan sahaja di bawah Akta SPRM 2009, namun siasatan turut dijalankan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001," katanya. Pada Jumaat lepas, SPRM menahan reman empat pegawai yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri itu selepas perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Putrajaya. Menurut sumber rapat SPRM, tiga daripada individu terbabit direman selama lima hari bermula pada Jumaat manakala seorang lagi direman tiga hari dan telah dibebaskan pada 23 Feb lepas.






GEMPAR!! - 16 RIBU PEKERJA PETRONAS DIBERHENTIKAN? - INI PENJELASAN CEO



Lihat bagaimana Pembangkang memainkan isu pemberhentian 16 ribu Kakitangan PETRONAS, sedangkan hakikat bukan itu yang sebenarnya. Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menafikan dakwaan bahawa syarikat minyak dan gas nasional itu akan memberhentikan kira-kira 16,000 pekerja. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik menegaskan, saiz penyusunan semula atau 'right-sizing' sedang diteliti oleh pasukan petugas dan dijangka diselesaikan pada pertengahan tahun ini.




SILAP LA AMIR!! - DIA KATA TAK BERSALAH - KENAPA DIMAAFKAN? | PMX JANGAN MAAFKAN SANUSI NI


Tonton bagaimana putar belit Sanusi dalam mengulas isu pengampunan orang lain, terutamanya PMX Anwar Ibrahim. Ikhlaskah MB Sanusi dalam memohon pengampunan Sultan dan juga permohonan maaf MB Amiruddin Shaari? PMX - Jangan sesekali maafkan Sanusi dengan segala ungkapan beliau selama ini dipentas politik. Tolonglah kami akan marah dan kecewa sangat!





PM Anwar Akan Laksana Program Ihya’ Ramadan Rentas Kementerian, Negeri

 

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melaksanakan Program Ihya’ Ramadan ke kementerian dan negeri-negeri terpilih bagi mengeratkan hubungan antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri sepanjang Mac ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 1 Mar – Sepanjang Ramadan ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melaksanakan Program Ihya’ Ramadan di pelbagai kementerian, kata Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah.

Antara objektif program berkenaan ialah bagi menjadikan Ramadan sebagai madrasah rohani bukan sahaja dalam aspek ibadah, tetapi juga pembentukan nilai dan akhlak dalam pentadbiran negara.

Tunku Nashrul berkata, Perdana Menteri juga akan mengunjungi pelbagai kementerian untuk menyantuni penjawat awam, diikuti dengan sesi tazkirah ringkas yang disampaikan oleh beliau sendiri serta penceramah jemputan.

Tunku Nashrul ketika sesi Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan secara langsung di Facebook rasmi Anwar dan PMO pada 1 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Melalui program ini, nilai-nilai seperti kejujuran, disiplin, dan tanggungjawab dapat diperkukuh dalam kalangan penjawat awam, selaras dengan teras Kesejahteraan dalam gagasan MADANI,” katanya dalam sesi Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan secara langsung di Facebook rasmi Anwar dan PMO, hari ini.

Tunku Nashrul berkata, Perdana Menteri juga bersetuju turun ke beberapa negeri sepanjang Ramadan ini bagi memperkukuh kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, selain bertemu masyarakat dalam Majlis Berbuka Puasa MADANI.

Beliau berkata, berkata butiran lanjut mengenai tarikh dan lokasi spesifik bagi setiap majlis akan diumumkan dalam masa terdekat melalui saluran rasmi kerajaan.

Sehubungan itu, beliau berkata, PMO menggalakkan semua rakyat untuk mengambil bahagian dalam majlis berkenaan sebagai tanda kebersamaan dan perpaduan.

“Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, PMO percaya komunikasi yang jelas, keterbukaan dalam pentadbiran dan pengukuhan nilai-nilai spiritual adalah elemen penting untuk mewujudkan kepercayaan antara rakyat dan kerajaan.

“Justeru Pejabat Perdana Menteri mengajak semua pihak untuk bersama-sama menyokong dan menyertai inisiatif-inisiatif ini, demi kebaikan dan kemajuan negara kita. Jadikan Ramadan ini sebagai bulan islah yakni pembaharuan dalam komunikasi, pentadbiran, dan kehidupan,” katanya.




Reformati? Ini enam usaha reformasi pentadbiran Anwar

 

R

Terdengar laungan di luar sana.

Reformasi bertukar jadi Reformati.

Tapi bila kaji dan semak fakta, banyak juga yang dibuat sudah.


Dalam masa 28 bulan, banyak benda yang tertunai. Tambahbaikan yang menyekat Kerajaan buat perangai.

Ini semua reformasi yang menyekang mana2 manipulasi tak kira pihak mana pun naik jadi Kerajaan.


Orang kata, slowly but surely. Selagi mana Kerajaan ini mengota janji, sedikit demi sedikit membawa perkara baik untuk rakyat dan negara, kita sokong mereka.

Ini fakta dan data untuk anda menilai sendiri.

PRU16 nanti kita tengok kembali prestasi mereka ini. Kalau reformasinya dicapati, janji tinggal janji, tak semestinya diundi kembali.


Di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim sesi soal jawab perdana Menteri diperkenalkan di mana ahli Dewan Rakyat boleh menyoal beliau secara langsung.


Akta Audit telah dipinda bagi membolehkan audit dijalankan ke atas syarikat berkaitan kerajaan bagi menangani ketirisan

Di bawah Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal pula hutang kerajaan dihadkan kepada kurang daripada 60 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar.


Terkini tiga RUU diperkenalkan.

RUU Majlis Media Malaysia membebaskan media dari campur tangan kerajaan.

RUU Perkhidmatan Parlimen membebaskan parlimen daripada campurtangan eksekutif.

RUU Iltizam Kecekapan Kerajaan pula mempermudah proses kerajaan dan mengurangkan birokrasi.







Dividen KWSP 6.3 Peratus Cerminkan Keyakinan Pelabur Terhadap Dasar Kerajaan MADANI – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur, disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI adalah faktor dividen KWSP lebih tinggi pada 2024. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 1 Mar – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pencapaian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur, disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

Ini sekali gus memberi manfaat kepada rakyat untuk pertumbuhan sejagat dan lestari, kata Perdana Menteri dalam kenyataan di media sosial pada Sabtu.

Terdahulu KWSP hari ini mengumumkan kadar dividen 6.3 peratus bagi Simpanan Konvensional dengan jumlah agihan RM63.05 bilion dan 6.3 peratus bagi Simpanan Shariah dengan jumlah agihan RM10.19 bilion.

Jumlah keseluruhan agihan bagi 2024 adalah sebanyak RM73.24 bilion.

Kadar dividen itu adalah yang tertinggi untuk tempoh sejak 2017.

“Alhamdulillah, KWSP mengumumkan kadar dividen yang gemilang, dengan jumlah agihan tertinggi dalam sejarah, yakni RM73.24 bilion.

“Malah, Simpanan Shariah juga melakar sejarah, dengan julung kalinya mencapai kadar setara dengan Simpanan Konvensional,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, prestasi memberangsangkan KWSP itu dipacu kepesatan pasaran modal Malaysia yang mekar di tengah tantangan ekonomi global yang penuh cabaran.

“Dengan keyakinan semakin meningkat dalam ekonomi negara, insya-Allah kita akan mara dengan penuh iltizam, memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dapat dirasai oleh seluruh rakyat,” katanya.



HA HA HA.... PRESIDEN KO TU KEMARUK KUASA... KALAU TAK KEMARUK KUASA MASUK BERTANDING BUAT APA?

 

Pasal ๐—ฆ๐˜†๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฟ lagi. Kali ni dia kata presidennya, ๐—›๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—”๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ด tak ๐—ด๐—ถ๐—น๐—ฎ ๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐—ท๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฃ๐—  macam DS Anwar.





Sungguh ke? Dah gitu yang sibuk terjerit ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐—ฐ๐—ต๐˜‚๐—ธ๐—ผ๐—ฝ ๐—ท๐˜‚๐—บ๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—ต๐—ต๐—ต, ๐˜๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚ ๐˜‚๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ท๐—ฒ tu apa? Bukan gila nak memerintah ke?


Owh tu untuk ๐—ท๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฑ๐—ถ๐—ป ๐—ฃ๐— . Kalau macam tu punya meroyan tapi untuk orang lain, kira Hadi ni ๐—น๐—ฒ๐˜ƒ๐—ฒ๐—น ๐—ธ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—บ je la ye? ๐—ช๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต.


DS Anwar tu ok la. Beliau berusaha pun untuk dirinya jadi PM. Tapi Hadi sampai tahap ๐—บ๐—ฎ๐—น๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ untuk orang lain. Dia ๐—บ๐—ฎ๐—ฐ๐—ต๐—ฎ๐—ถ ke?


Syahir... Syahir... Lemah sangat minda budak mentah ni. Lain kali ๐—ฝ๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฐ๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ฝ ๐—ถ๐—น๐—บ๐˜‚ sebelum berani nak terjun dunia politik. Jadi tak adalah nampak bodoh macam ni. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


ORANG KA MANUSIA


 

Aku tak pastilah kalau ๐™‡๐™–๐™ฌ๐™ฎ๐™š๐™ง๐™จ ๐™›๐™ค๐™ง ๐™‡๐™ž๐™—๐™š๐™ง๐™ฉ๐™ฎ ni masih manusia atau apa. Sebab ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—ฎ normal di dunia ini yang sukakan ๐—ณ๐—ถ๐˜๐—ป๐—ฎ๐—ต.




Kesalahan ๐—๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—œ๐˜€๐—บ๐—ฎ๐—ถ๐—น bukanlah kerana mengkritik kerajaan tetapi ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ-๐—ฟ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ ๐—ฐ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฎ๐—น๐˜€๐˜‚ yang terkait ๐—ฌ๐——๐—ฃ ๐—”๐—ด๐—ผ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ-๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜‚.


Mereka cerita palsu (๐—ณ๐—ถ๐˜๐—ป๐—ฎ๐—ต) sendiri adalah satu dosa yang ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—ฏ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ tak kita siapa mangsanya. Apa lagi yang dia fitnah tu Raja-raja Melayu!


Ini bukan masalah ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ. Ada banyak je yang kritik kerajaan. LFL sendiri pun selalu juga kritik. Ada kena apa-apa tindakan?


๐—š๐—ผ๐—บ๐—ผ tu yang tak putus fitnah DS Anwar, ๐˜€๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐˜ ๐—”๐—œ๐——๐—ฆ la, bakal jatuh la. Ada je la cerita dia reka sampai dia yang bodoh tu nampak ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐—ป ๐—ฏ๐—ผ๐—ฑ๐—ผ๐—ต, elok je dia hidup ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐˜€ ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ sampai hari ni.


Sudah-sudah la membela perbuatan maksiat. Jangan ๐—ณ๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ธ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ semata-mata atas nama politik. Hidup tu biarlah ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐—ป. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


AWAS GANG PLASTIK HITAM.

 

Penang Press


Kalau bole lupa lupakan Kod rahsia bulan Ramadhan ni๐Ÿ‘‡๐Ÿ˜†๐Ÿ˜„๐Ÿ˜†




๐Ÿ”ตBN - Bungkus nasi


๐Ÿ”ดPH - Plastik Hitam


๐ŸŸขPAS - Pastikan Air Sekali


๐Ÿ”ดDAP-Dah Ada Port?


๐Ÿ”ดPPBM - Port Paling Baik Mana?


๐Ÿ”ตPKR - Port Kat Rumah


❌Hati2. Maklumkan pd pejabat agama jika ada yg menggunakan kod ini.


❗Semoga kita puasa penuh pada tahun 2025 ni


๐Ÿคญberminat perlu borang berani tag kawan anda.?๐Ÿคฃ