Ridwan Bakar
Zainon Ismail @ CN Al Afghani adalah 'model' pembawa pemikiran TAKFIRI @ GHULUW @ EKSTRIM di Malaysia.
• Dia pernah 'kafirkan' bapa dia sendiri (Al Marhum Cikgu Hj Ismail, seorang aktivis awal ABIM di Kedah dan pernah bermukim di Ma'had Tarbiah Islamiah Derang) - pengakuan dia sendiri dalam buku [kafirkah Aku?].
• Dia pernah tuduh pemikiran 'takfir' secara sembrono ini dia dapat melalui tarbiah PAS khususnya Hj Hadi - pengakuan dia dalam buku [kafirkah aku?].
• Dia terlalu 'melampau' dalam memuji pemimpin UMNO ketika dia dipergunakan oleh UMNO dalam kempen² pilihanraya [selepas dia dipecat oleh PAS pada zaman Al Marhum Ust Fadzil).
• Dia adalah orangnya yang 'sanggup' kayuh gerek kerana nak hadiri himpunan RUU355 di Padang Merbok 7 tahun yang lalu.
• Dia 'gamak' hukum sesiapa juga yang tidak sehaluan dengannya sebagai 'munafik' 'ejen musuh' dan sebagainya. Baca buku dia tentang Memali, antara 'mangsanya' adalah Al Marhum Dato' Pak Chup Husin.
Dia memang seorang 'pelampau', 'terlampau' dan 'melampau'.
Yang pakai baju bertulisan قربان di samping kanannya adalah seorang pimpinan PAS Wilayah Persekutuan.
Kalau Ust Deghih nak kenai contoh 'ghuluw', Cikgu Non salah seorangnya.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.