JAKUNNYA WALAUN.

 

Taring Rimau


Ketika walaun sibuk dengan isu kedai asam pedas...cuma nak bagi tahu lah..ko ingt YDPA x ade orang pantau ke halal haram semua

 2...ramai je artis..orang ramai islam yang makan kat situ..x kan lah dorang main serbu je kot..adoi...otak mana otak๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ..lain kali jari 2 jangan dok melancap je....cari lah info skit





APA HAL DENGAN TENGKU ZAFRUL?


MSO

Individu yang menjadi pertuturan dan perhatian dalam tempoh 48 jam ini selepas Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar, ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI) Tengku Zafrul Tengku abdul Azizi. Semua orang bercakap fasal Zafrul, dimana-mana sahaja. Tidak cukup dalam grup whatsApp, dikedai kopi dan juga di coffe house. Mungkin sudah memasuki laman istana.


Kalau Samsuri diberi perhatian kerana beliau melepas jawatan dalam PN sebagai Bendahari Agung, berbeza dengan Zafrul, beliau dikaitakan akan menyertai PKR. Setiausaha Agung PKR  Fuziah Salleh telah membuat penjelasan, tidak ada mana-mana individu yang diberikan "red carpet" untuk menyertai parti berkenaan, maksudnya kena melalui prosuder biasa, memohon melalui on line. Penjelasan Fuziah itu menandakan isu Zafrul meruap.


Kata Fuziah, setakat ini pihaknya belum terima permohonan Zafrul.


Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi juga turut memberi komentar yang beliau tidak ada maklumat mengenai hal itu. Zafrul tidak memaklumkan kepadnya dan belum ada perundingan. Kenapa Zahid juga guna perkataan "perundingan"?


Zahid memberi hint, adalah tidak baik kalau PKR menerima ahli dari rakan sekutunya, sebelum berunding. Dari penjelasan Zahid itu menggambarkan desas desus tentang Zafrul ini tidak sahih dan belum rasmi, namun asasnya ada.


Setakat positing ini ditulis, presiden PKR yang juga pengerusi PH Anwar Ibrahim belum memberi sebarang reaksi. Bagaimana pun dlihat hubungan Anwar dengan Zafrul rapat dan istimewa. Zafrul sering dibawa ke merata dunia mengikuti rombongan PM, sehingga menimbulkan jelous menteri kanan lain yang belum sekali pun dibawa Anwar? Keakraban Anwar dengan Zafrul itu seperti digembur.


Jadi dari mana sumber dan sebab mula tercetus cerita mengenai Zafrul ini. Kadungan cerita mengenai Zafrul ini berbagai-bagai. Salah satunya begini, tempoh perkhidmatan sebagai Senator akan tamat tidak lama lagi semantara pelantikan sebagai menteri atas kouta Senator. Selepas ini dia tidak boleh dilantik lagi kerana tempoh pelantikan sebagai senator dua penggal sudah habis, dan tidak boleh disambung. 


Makanya untuk membolehkan beliau terus berada dalam kabinet satu-satu jalan ialah kena bertanding dalam pilihan raya dan menang. Kalau bertanding tetapi kalah tidak guna jugakan.


Kononnya untuk itu satu kerusi perlu dikosongkan bagi memberi laluan kepadanya. Macam macam kerusi disebut, Ampang dan Gombak. Jika itu berlaku bermakna Zafrul diberikan red carpet dan ini bertentang dengan apa yang Fuziah katakan.


Bukan senang untuk pakai formula itu kerana Zafrul sudah ditolak dalam pilihan raya lalu bertanding di Kuala Selangor, kalah ditangan Menteri Kesihatan Dr Dzulkifly Ahmad. Kekalahan itu menunjukkan wibawa dan statusnya sebagai orang terhormat dan bangsawan tidak dipandang rakyat.


Selain itu, satu sisi lagi mengatakan dia akan dilantik jadi MB Selangor? Kerana situasi itulah maka beliau dikaitan akan sertai PKR. Soalnya, apakah keperluan untuk tukar MB sekarang. Amiruddin Shaari belum ada cacat cela, malahan pentadbirannya menunjukkan pencapaian memuaskan. Amiruddin adalah MB terbaik Malaysia untuk dua tahun berturut-turut 2023 dan 2024 berdasarkan graf  KDNK negeri. 


Lagi pun tidak elok kalau agenda itu berlaku. Jangan cuba mengusik dan meminda karangan bunga yang indah, nanti rosak dan hilang serinya. 

 

Seperkara lagi, kalau benar hendak tukar Amiruddin bukan dengan cara by pass begitu, bahaya. Sejarah sudah ada belum serik ke? Pembangkang sedang menanti. Zafrul sendiri sebagai sosok bersopan santun, profesional harus menilai dan sedar diri, usah gelojoh dan menurut petunjuk mana-mana pihak. Beliau tidak perlu menjadi pandir untuk menjustifikasikan keadaan. Jangan bawa kecelakaan kepada rakyat.


Jika hendak jadi MB juga atas sebab-sebab dan keperluan di luar perkok pemikiran biasa, tunggu habis penggal dan bertanding dimana-mana DUN dalam negeri Selangor, baru gentlemen.


Selain itu, ada juga desas desus mengatakan Zafrul perlu dikekalkan dalam kabinet kerana pemikiran dan pencapiannya sebagai menteri MITI mengesankan negara. Pun begitu pencapaian itu bukan alasan, beliau harus juga menanti tiba pilihan raya umum, bukannya dengan mengosongkan mana-mana kerusi diberikan laluan tanpa tol.Tiada keperluan dikosong kerusi untuknya seperti mana dilakukan kepads Anwar Ibrahim. Status dan kapasitinya berbeza ketimbangan Anwar.


Akhirnya saya nak sebut begini, jangan jadikan isu Zafrul ini masalah baru. Baik PH dan BN selesai secara elok, berunding dengan penuh kesedaran dan insaf. PKR boleh jadikan alasan untuk tidak segera menerima Zafrul kerana kerana menghormati hubungan persahabatan dengan BN. Jangan lukai hati BN sebab darahnya akan dihirup pembangkang.


Dan bagi BN pula kalau Zafrul terpaksa menyertai PKR kerana sesuatu keperluan lebih besar (negara) reda dan terimalah, BN tidak akan rugi apa-apa pun kalau Zafru pergi kerana ia masih dalam kerabat yang sama, melainkan Zafrul melayang singgah dan masuk ke dalam PN. Parah.


Sebelum dititik, isu mengenai Zafrul ini tidak perlu diperpanjangkan, fahamlah dengan sifir politik yang mudah, bukannya mencorak caritkan matematik politik sampai memeningkan kepala. Trims.



PEEERRRGGGHHH.


Saiful Nizam


 PAS PUN MAKAN KEDAI CINA

Depa tak mkn..depa bawak bekal dari rumah tumpang duduk ja. 




MANUSIA TAK ADA MARUAH TAK MALU DAN KURANG AKAL... SAMAN SAMPAI RAPAT

 


Manusia ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฝ๐—ฎ ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐—ฎ๐—ต. Kepala berbalut kopiah dan kadangkala berjubah, tapi lidah ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜‡๐—ถ๐—ธ๐—ถ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ณ๐—ถ๐˜๐—ป๐—ฎ๐—ต. Puas fitnah, mohon maaf ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฝ๐—ฎ ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต.




Katanya selepas meneliti maklumat dari ๐˜€๐˜‚๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด  ๐—ฏ๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—น, dia mendapati Nga Kor Ming ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—น๐—ถ dalam program kibar bendera China tu.


Masalahnya, kenapa tak cari maklumat yang betul tu ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—บ ๐—ธ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ฎ๐—ป? Kenapa terburu-buru bercakap sebelum pasti apa nak dikatakan tu benar?


๐—•๐—ผ๐—ฑ๐—ผ๐—ต ๐˜€๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜ ke Razman ni? Tak... Dia ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐—ฏ๐—ผ๐—ฑ๐—ผ๐—ต. Sebaliknya dia bijak. Dia bijak ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ธ๐˜€๐˜‚๐—ฏ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ผ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ป๐˜†๐—ฎ yang membawa kepada ๐—ธ๐—ฒ๐—ฏ๐—ผ๐—ฑ๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—ป.


Dia tahu, dia cakap benda paling dungu dalam dunia, benda paling tak masuk akal pun, penyokong partinya yang ๐˜๐—ฎ๐—ธ๐˜€๐˜‚๐—ฏ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ ๐—ฏ๐˜‚๐˜๐—ฎ akan terus percaya.


Mereka akan sebarkan. ๐˜‰๐˜บ ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜ต๐˜ช๐˜ฎ๐˜ฆ dia minta maaf, hal ini telah melekat dalam minda penyokong dan rakyat yang ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ป ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ถ๐—ป๐—ณ๐—ผ ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ. Fitnah ini akan kekal.


Ditambah pula dengan ๐—ธ๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—ท๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฃ๐—› untuk manipulasi isu sebegini, makanya Nga Kor Ming akan ๐—ธ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—น ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜‚ ๐—ฏ๐—ผ๐—ฑ๐—ผ๐—ต.


Nga Kor Ming tolong jangan batalkan saman. ๐— ๐—ฎ๐—ธ๐—ต๐—น๐˜‚๐—ธ ๐—ฑ๐˜‚๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐—ป๐—ฎ seperti Razman ni wajib diberi pengajaran. Saman biar sampai dia ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐—ฟ๐˜‚๐—ฝ๐˜€๐—ถ. Biar hilang kerusi.


Saman je tak cukup. Razman ni sepatutnya dipenjara seumur hidup. Biar dia tak boleh terlibat dalam politik sampai bila-bila. ๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ต ๐—บ๐—ฎ๐—ฐ๐—ฎ๐—บ ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ yang buatkan orang tak percaya politik.


PAS parti ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐—ณ๐—ถ๐˜๐—ป๐—ฎ๐—ต. Razman ni bukan pertama kali buat kerja iblis begini. Dan ebelum ni pun ๐— ๐—ฎ๐˜€๐˜๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ ๐—ธ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ณ๐—ถ๐˜๐—ป๐—ฎ๐—ต. Ramai lagi pemimpin PAS yang dah terbukti salah memfitnah.


Tapi ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ. Malah mereka kekal jadi pemimpin utama dan jadi calon pula dalam pilihanraya. Bukti PAS memang galakkan fitnah digunakan sebagai senjata. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


Tun Mahathir Cagar Kedaulatan Pulau Batu Putih Kepada Singapura.

 

Sham Ghaz



Nak tutup semua isu itu, maka dibuatnya perjumpaan “Hidup Melayu” semalam.



Ini adalah kronologi tuntutan Pulau Batu Putih dari tahun 1979 hingga 2024 yang telah disusun oleh REFORM.


Tarikh paling sadis adalah 21 Mei 2018 dimana Tun M telah membuat keputusan sebelum perkara itu dibawa ke Mesyuarat Kabinet pada 23 Mei 2018 untuk endorse sahaja.


1. Surat yang ditulis oleh Dr Mahathir pada 21 Mei 2018 kepada Peguam Cara Negara, Datuk Engku Nor Faizah, mencadangkan agar usaha berkaitan dengan permohonan semakan dan permohonan tafsiran tidak perlu diteruskan. 


2. Pada 22 Disember 2021, "Task Force" untuk menyemak semula undang-undang berkenaan Batu Puteh yang  dipengerusikan oleh Tan Sri Datuk Seri Mohamad Affendi Bin Haji Mohd Ali ditubuhkan melalui mesyuarat kabinet semasa era Datuk Seri Ismail Sabri sebagai perdana menteri.


3. Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang ditubuhkan pada 14 Feb 2024 dan dipengerusikan oleh Tun Md Raus Sharif mencadangkan agar siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap Dr Mahathir mengikut Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan kerana menipu Jemaah Menteri.


4. Pulau Batu Puteh, yang mempunyai keluasan 8650 meter persegi, telah menjadi punca pertikaian antara Malaysia dan Singapura selama 30 tahun. 


5. Pada 23 Mei 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah memutuskan bahawa pulau tersebut adalah milik Singapura, satu keputusan yang mengakhiri pertikaian tersebut. 


6. Isu ini pernah menjadi perhatian ekoran kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Sultan Johor.


Sumber; REFORM


Facebook : https://www.facebook.com/share/p/14RrS6EZ8B/


Instgram : https://www.instagram.com/p/DDhXuk-Tfjc/?igsh=c2s2YTh5MTNwb2E2


TikTok : https://vt.tiktok.com/ZS6JjUpN8/


X : https://x.com/reform_my/status/1867573614511632551?t=PXKapZV2GhlHeLbYIRGIgw&s=19


๐Ÿ”ฅAyuh Sahabat, Jom *Like, Komen, Share*



JANGAN AMBIL PARTI NI SEBAGAI KAWAN... BIARLAH BERSENDIRIAN.

 

La Jo Ir


Tiada di. dunia ini kalau dah namanya politik bersih? Dalam politik perkara diluar jangkaan Dan tidak dijangka bila-bila masa saja boleh berlaku, perpecahan teruk sedang berlaku, retak menanti belah, akan adakah gabungan baru?




KETUA PENGARAH BARU MARITIM...

 

Saifuddin Nasution


Tegas dan takda kompromi! Ketua Pengarah Maritim Malaysia dilantik berasaskan merit! 



Yang bermasalah dan suka tunjuk “benda pelik” tu dah takda dalam radar dah.


Ketaq lutut semua Ketua Pengarah dan Pegawai Kanan semua agensi dibawah KDN. 


Tahniah Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Kementerian Dalam Negeri (KDN)


Reform habis habisan nampaknya kalini; pertukaran pegawai kanan yang korup, terlibat dengan gangguan seksual dan semua ini bagi kuatkuasakan kawalan penuh di dalam perairan Negara.



MENGEJUTKAN KOMPONEN PARTI KELUAR PERIKATAN! BERSATU BAKAL BUBAR KECEWA ...



Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini mengumumkan menarik diri daripada PN susulan pendirian gabungan itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Presiden SAPP Yong Teck Lee berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi SAPP pada 23 November lalu dan telah dimaklumkan kepada ibu pejabatnya. “Jelas kelihatan bahawa PN ingin bertanding dalam pilihan raya Sabah yang akan datang, satu pendirian yang bertentangan dengan pendirian dan dasar SAPP yang selama ini menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hanya ditandingi oleh parti-parti tempatan Sabah. ============================================================================= Seorang pemimpin akar umbi Bersatu Shah Alam membidas keputusan saat akhir parti menangguhkan persidangan bahagian itu untuk memilih barisan pimpinan baharu bagi penggal 2025-2027 dijadualkan 3 petang ini. Ketua Bersatu Kampung Kebun Bunga, Mohamad Anuar Giman berkata surat pembatalan dikeluarkan Setiausaha Agung Azmin Ali lewat malam tadi dianggap tidak munasabah ‘dengan alasan siasatan lembaga disiplin berhubung kejadian rusuhan pada persidangan 2 Nov lalu masih berjalan’. Azmin menjelaskan siasatan yang turut membabitkan calon bertanding menyebabkan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) memutuskan persidangan Bersatu Shah Alam hari ini ditangguhkan. Namun, Anuar yang juga bekas ahli jawatankuasa Bersatu Shah Alam mendakwa tindakan membatalkan persidangan pada saat-saat akhir itu sebenarnya dibuat untuk membantu calon tertentu disokong seorang Adun Bersatu yang dijangka akan kalah pada pemilihan hari ini. “Dari 2 Nov hingga lewat malam tadi, mengapa beberapa jam sebelum persidangan baru parti nak maklumkan? Mengapa tidak dua atau tiga hari sebelum persidangan semula ini? “Kami seolah-olah diperkotak-katikkan selepas berusaha keras untuk menjayakan persidangan ini, segala persiapan dari dewan, makanan dan pemberitahuan kepada perwakilan telah dibuat. “Penatnya tiada siapa tahu dan kami tidak dibayar pun tetapi ikhlas bantu parti, tetapi ini balasannya,” katanya kepada FMT. Anuar menegaskan mereka tetap akan hadir ke Dewan Lavender, Seksyen 7, Shah Alam untuk menghadiri ‘persidangan’ itu yang dijangka bertukar menjadi majlis pengumuman keluar parti. “Kami dah penat dengan permainan politik yang memperlekehkan ahli semata-mata untuk kepentingan pemimpin tertentu. “Mungkin kami akan umum keluar parti beramai-ramai, boleh dikatakan Bersatu Shah Alam bakal bubar,” katanya. Mengikut surat dikeluarkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) bertarikh 9 Dis, Bersatu Shah Alam diminta mengadakan persidangan semula hari ini dengan pasukan mengendalikan pemilihan juga telah dilantik. Selain Shah Alam, JPP Bersatu turut mengumumkan 10 bahagian yang tidak boleh bersidang dalam pemilihan pada 2 Nov lalu iaitu Hulu Langat, Kota Melaka, Jasin, Tapah, Teluk Intan, Machang, Bukit Mertajam, Bukit Bendera, Tanjong dan Cameron Highlands. Antara alasannya ada aduan mendakwa laporan palsu dihantar berhubung persidangan cawangan-cawangan dan juga keahlian.




BERITA BURUK BUAT MUHYIDDIN YASSIN DAN PN! AGC ARAH SIASAT LANJUT SD SOK...



Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan polis menjalankan siasatan lanjut terhadap kes membabitkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin yang mendakwa mempunyai 115 akuan berkanun (SD) menyokongnya sebagai perdana menteri selepas PRU15. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata arahan itu diberikan pada 11 Sept lalu selepas polis menyerahkan kertas siasatan kes mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kertas siasatan tersebut telah dirujuk kepada AGC dan pada 11 Sept telah dikembalikan bagi siasatan lanjut. “Sehubungan itu, kementerian ini tidak berhasrat mengulas lebih lanjut berhubung kes terbabit bagi mengelakkan mengganggu siasatan,” katanya di Dewan Rakyat. Beliau menjawab soalan Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) berhubung perkembangan terkini siasatan kes 115 SD sokongan pelantikan Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Pada 21 Ogos lalu, Muhyiddin yang juga presiden Bersatu menyerahkan beberapa dokumen kepada polis termasuk SD daripada 115 Ahli Parlimen yang dikatakan menyokongnya sebagai perdana menteri sejurus selepas PRU15 pada 19 Nov 2022, yang menyaksikan Parlimen tergantung.

Beliau juga menyerahkan surat daripada Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong, Nazim Mohd Alim bertarikh 21 Nov 2022 yang mengesahkan beliau menerima dokumen tersebut.
Bekas perdana menteri itu turut menyerahkan dua surat daripada speaker Dewan Rakyat ketika itu Azhar Harun, bertarikh 20 Nov 2022, yang menyampaikan perintah Agong supaya Ahli Parlimen yang mempunyai sokongan majoriti untuk menghantar SD berkaitan daripada Ahli Parlimen.

Semua dokumen itu diserahkan Muhyiddin ketika disoal siasat mengenai ucapannya semasa kempen PRK Nenggiri, Ogos lalu.
Dalam ucapannya, Muhyiddin mempersoalkan mengapa beliau tidak dijemput oleh Yang di-Pertuan Agong terdahulu, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, untuk menjadi perdana menteri selepas PRU15.
Ahli Parlimen Pagoh itu mendakwa beliau memperoleh majoriti mudah dan mendapat sokongan mencukupi daripada Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan.



TERKINI: SAPP Sah Keluar Perikatan Nasional

 


Presiden SAPP Yong Teck Lee.

KOTA KINABALU, 14 Dis – Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini mengumumkan penarikan diri daripada menjadi sebahagian parti komponen Perikatan Nasional (PN).

Presidennya, Datuk Seri Yong Teck Lee, berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi SAPP pada 23 November lalu dan sudah dimaklumkan secara rasmi kepada ibu pejabat PN bulan lalu.

Katanya, keputusan itu diambil selepas melihat PN ingin bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17), tindakan yang tidak dapat diterima SAPP.

“Hasrat PN itu bertentangan dengan pendirian dan dasar SAPP yang selama ini menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hanya ditandingi parti tempatan Sabah.

Keputusan itu diambil selepas melihat PN ingin bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17), tindakan yang tidak dapat diterima SAPP.

“Pendirian SAPP ini selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan autonomi Sabah. Kita tidak boleh berkompromi dengan komitmen untuk memastikan bahawa PRN Sabah kekal di bawah parti tempatan, bebas daripada campur tangan parti yang berpusat di Semenanjung.

“Akan tetapi desakan PN untuk meletakkan calon dari parti berpusat di Semenanjung pada PRN Sabah secara langsung bertentangan dengan prinsip asas ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Berikutan keputusan itu, SAPP kini hanya menganggotai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diketuai Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Teck Lee yang juga bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata, SAPP sebelum ini ada mengusulkan kepada Majlis Tertinggi GRS untuk melaksanakan autonomi Sabah dengan memastikan GRS meletakkan calon di semua 73 kerusi DUN.

“Ini penting dalam menegakkan hak Sabah di bawah MA63dan mencerminkan aspirasi rakyat Sabah yang kuat untuk sebuah kerajaan yang mengamalkan federalisme sejati.

“Dengan kurang daripada 10 bulan sebelum pilihan raya yang akan datang, kami menggesa Majlis Tertinggi GRS untuk segera menyelesaikan sebarang ketidakpastian mengenai penjajaran GRS dan Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Katanya, perkara itu mesti diperjelaskan sebelum tahun baharu untuk membolehkan rakyat Sabah membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat mengenai masa depan politik mereka.

“Sebagai peringatan, tanpa mengira apa yang mungkin dikatakan oleh pemimpin DAP atau PH Sabah, kuasa membuat keputusan muktamad tetap berada di ibu pejabat mereka di Kuala Lumpur. Seperti yang kita lihat, PH dan Barisan Nasional (BN) telah mengukuhkan perikatan mereka, tanpa mengira niat baik GRS kepada PH,” katanya.

Teck Lee juga mengulangi pendirian SAPP yang kekal komited kepada GRS yang disifatkannya sebagai satu-satunya gabungan parti tempatan yang mengutamakan autonomi dan penentuan nasib sendiri Sabah.

“Walaupun masa depan politik Sabah berada di tangan rakyat Sabah, SAPP akan terus memperjuangkan prinsip ini dan sebuah kerajaan yang benar-benar mewakili rakyat Sabah,” katanya.


Pas-Bersatu dalam PN sedang retak menanti belah

                                                       

                                                 TUNJUK GAMBAR SIAPA AKAN KENA DULU KE TEWWW?



CNP


Pssttt…. psssttt… text lil bird. PN nak berpecah, katanya.

“Biar betul?” kata saya. Takkanlah sebab Dr Sam merajuk tak mahu jadi Bendahari PN dah terus nak berpecah. Biasalah gaduh-gaduh politik. Mana-mana pakatan pun ada macam ni.


“Pas bengang line up Tertinggi Perikatan Nasional, semua Bersatu sapu. Dari Presiden ke Ketua Penerangan.


“Tinggal Bendahari dan Ketua Pemuda je depa bagi kepada Pas. Ketua Wanita pun depa sapu. Bagi jawatan tak penting, yang kuat-kuat Bersatu nak”.


Ada geng Pas apabila jumpa Ahmad Zahid Hamidi cadangkan Takiyuddin jadi TPM, tapi Bersatu nak Hamzah.


tu dah mula depa bengang. Bila kena tang Ahli Tertinggi PN pula, Taki patutnya dapatlah Ketua Penerangan ke apa. Ni apa pun tiada. Pas sudah rasa ditunggang. Kalau tak disusun dengan betul, tunggu masa mereka boleh patah balik ke Anwar”.

Selagi TG Marang…


Gossh! Yang ni ada sedikit merit sebab kelmarin, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal WAF) dah merayu dengan Pas. Marah dengan nyamuk jangan sampai bakar kelambu. Kita tengokkan apa cerita selanjutnya.


Pada saya, selagi TG (Tuan Guru) Marang (Tan Sri Abdul Hadi Awang) ada di situ, takkan Pas dan PKR bersatu. Kalau dia bukan Presiden lagi, mungkin golongan profesional Pas yang akan bawa Pas ke Perpaduan. Itu pun akan banyak halangan.


Blok Kerajaan jangan suka sangat tengok lawan berpecah. On the other corner, Thanos is working his magic wand. Semalam, dia mempengerusikan penyatuan NGO Melayu satu Malaysia.

NGO Melayu ni dah lama try to reach out to PMO, nak baik-baik dengan PMX sebenarnya. Diberitahu tak disambut dengan baik.


 Mungkin mereka disangsi sebab terlalu vokal sebelum ini.

A big mistake. Dalam kata PH hanya ada 15% undi Melayu. Tak naik-naik dari dulu. PH sedang abaikan NGO Melayu yang punya pengaruh besar dalam kalangan undi orang Melayu.


Kalau PH masih bergantung kepada Melayu elit dan urban serta T20, kena ingat. Polisi kerajaan sekarang tidak menyebelahi mereka, ada risiko mereka akan boikot pilihan raya.


Tiga tahun bukannya lama. Kalau tak kena gaya, ada yang nak naik jadi PM kali ketiga.


Harap-harapnya tidaklah. Kita kenang jasa dia, tapi macamlah tiada pemimpin lain dalam Malaysia.



 

Tiada Sebarang Pemakluman Tengku Zafrul Keluar Umno – Ahmad Zahid


Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain. Foto Facebook Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, setakat ini Tengku Zafrul juga tidak ada bertemu dengannya untuk membincangkan perkara itu.

“Jadi kita tak dapat mengesahkan berita berkenaannya,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Ketengah ke-4 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan media yang mendakwa Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri akan menyertai KEADILAN untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Sebuah portal tiada kredibiliti melaporkan rundingan dikatakan giat dilakukan berhubung kemungkinan Tengku Zafrul meninggalkan UMNO untuk menyertai KEADILAN.

Ahmad Zahid berkata, parti yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnya mengambil mana-mana ahli parti lain dalam gabungan itu bagi menjaga parti masing-masing.

Justeru, beliau menasihati semua parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk terus menjaga perpaduan yang terbina dalam gabungan itu sebaiknya.

Malah, beliau turut mengingatkan ahli dan pemimpin parti untuk mengutamakan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi masing-masing.

“Apa pun agenda peribadi hendaklah diketepikan jika seseorang itu mahu partinya diberikan keutamaan. Kalau memberikan kepentingan peribadi sebagai keutamaan, maka kita serahkan untuk ahli-ahli menilai integriti seseorang itu,” katanya.

Ditanya mengenai laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, Ahmad Zahid berkata kerajaan menyerahkan kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Sebelum ini, Laporan RCI itu mengesyorkan antara lain, siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 kanun sama dan juga di bawah Seksyen 418 kanun sama.



KALAU ORANG KELANTAN DAN TERENGGANU TAHU PERUNTUKAN YANG DIBERI PMX.. MEREKA TIDAK AKAN SOKONG MAHATHIR





 Dia yang lepaskan Pulau Batu Putih

Dia yang mansuhkan peruntukan sekolah agama 

Dia jugak yang sekat peruntukan kelate 95% orang Melayu Tetiba kuasa Melayu terancam?? 




Usaha untuk kekalkan kuasa orang Melayukah usaha mengekalkan kuasa saka tua ( Bapa segala kerosakan Melayu )๐Ÿคฃ๐Ÿคญ๐Ÿ˜…



PENGKHIANAT AKHIRNYA DIKHIANATI


Sham Ghaz


 PN dititik kehancuran! Pengkhianat akhirnya dikhianati juga. 




Geng pengkhianat yang bergabung untuk tebok atap demi menjatuhkan kerajaan PH 22 bulan haritu di titik kehancuran.


Mereka combine haritu semata mata untuk kuasa, dapat kuasa tak buat apa pun. Kayakan kroni, bagi ghanimah jawatan Menteri, Timbalan dan Pengerusi Glc dan makan gaji buta je! #KerajaanGagal


Tak kemana mana pun pakatan penyamun tu, sebab takda agenda dan matlamat yang jelas nak bina balik Malaysia. 


Akhirnya PN nak terburai dah. Buat PAS, tinggalkan je BERSATU. SAPP pun dah tinggalkan.



Tengku Zafrul Dari BN UMNO Ke PH PKR



Zuwairi Mohd Yusof


Selepas meletakkan jawatannya di dalam UMNO baru2 ini Zafrul di kabarkan akan menyertai PKR bagi bertanding di kerusi Parlimen atau DUN PRU16 nanti menggantikan tempat Amirudin yang berpindah ke pusat mengintai jawatan kabinet.


Kita jangkakan Zafrul akan mengisi jawatan MB Selangor selepas PRU16 nanti menggantikan Amir yang menyertai kabinet MADANI 2.Apa pun bagi menang dulu di pusat dan negeri nanti secara bersama dan talkinkan terus PN sampai bila2,sekian.



PAS MUNAFIK-SIKAP MUNAFIK PAS TERSERLAH DALAM ISU PULAU BATU PUTIH




Jelas pandangan PAS dalam isu Pulau Batu Putih boleh di anggap tidak berprinsip dan ianya lebih kepada kepentingan mereka. Semasa bersama Kerajaan PNkhianat 33 bulan mereka menyokong tindakan yang di ambil kepada PNkhianat sehingga hilangnya Pulau Batu Putih kepada Singapura. Di sini di siarkan berita dari akhbar Harakah yang merupakan sumber berita PAS.


Semasa dalam Kerajaan PNkhianat tebuk atap








28 June 2022, 'Pulau Batu Putih: Ambil tindakan terhadap Pengkhianat'

27 June 2022, 'Pulau Batu Putih: Apa rahsia yang di sembunyikan oleh PH'

25 Oktober 2021, 'Pulau Batu Putih: Tindakan PH mengecewakan'

22 Oktober 2021, 'Pulau Batu Putih: Dosa PH sukar di ampun'

11Oktober 2021, 'Jadikan Pulau Batu Putih hak Malaysia satu realiti'

1 June 2018, 'Pulau Batu Putih: Kerajaan jangan gopoh'

1 November 2021, 'Bekas PM terkejut rayuan semakan Pulau Batu Putih di tarik balik'


Semasa PAS sebagai pembangkang






12 December 2024, 'Prosedur RCI Pulau Batu Putih: Keadaan versi baru, dendam'

12 December 2024, 'Prosedur RCI Pulau Batu Putih: Meragukan dan mala fide'

12 June 2024, 'Batu Puteh: Tun M tidak ambil keputusan bersendirian'


OMN KD

13 Disember 2024



PARTI MEJU SABAH UMUM KELUAR PN.

 


[Terkini] Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden


Berita penuh menyusul.


#BernamaNews




SIAPA MUSUH ORANG MELAYU?? MEREKA TUAN TUAN..


 Aman Mohammad


PAS, PPBM dan Mahathir buat sidang media kata 'Melayu terancam' dan mahu lawan 'Musuh orang Melayu'. 


PAS - beri tanah Melayu (ladang durian, lombong emas, REE) kepada warga asing China. 




PPBM - projek Jana Wibawa yang dibuat untuk bantu Melayu, beri kepada saudagar perabot berbangsa Cina. 




Mahathir - buat keputusan sendirian tarik balik rayuan Batu Puteh, terlepas ke Cina Singapura. 




Jadi beritahu aku, siapa musuh orang Melayu yang sedang mengancam Melayu tu? 


;)


APA SERUPA INI PUNYA PARTI... HAIYAAAA...

 

Hisham Fauzi


Sebagaimana yang dituntut oleh Pas, Suruhanjaya Siasatan Diraja telahpun selesai menyiasat dan telahpun membuat keputusan.


Tapi tetiba MP Pas ramai2 pakat defend kawan tu pulak...







NAJIB DAH LAMA TIB4I TUN M DIPARLIMEN | PAS & BERSATU PULA PERTAHANKAN |...



Perbahasan Najib Razak di Parlimen 2021 mengingatkan dan tidak puas hati mengenai keputusan Tun Mahathir untuk tidak membuat rayuan kepada ICJ. Kenapa pula pimpinan Perikatan Nasional beria-ia mahu pertahankan Mahathir?





BILA DIA NAK KENA, DIA RUNTUN SEMUA. MASA JADI PM 22 TAHUN, KUASA MELAYU HILANG ATAU TIDAK?

 




Dah habis isu, dah tak ada apa lagi cara nak tanamkan kebencian kepada kerajaan, maka mereka pun main la ๐—ถ๐˜€๐˜‚ ๐—ธ๐—ฎ๐˜‚๐—บ. Main isu kaum ni mudah. Cakap je ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜‚ ๐—ต๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ, menggigillah Melayu ketakutan.



Masalahnya, kuasa apa yang hilang? Cuba senaraikan.



๐—ž๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ masih lagi Melayu. Begitu juga ๐—ฃ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—น๐—ถ๐—บ๐—ฎ ๐—”๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ. Selain itu, ๐—ž๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—›๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐—บ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ, ๐—ฃ๐—ฒ๐—ด๐˜‚๐—ฎ๐—บ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ malah kebanyakan ketua jabatan kerajaan adalah orang Melayu.


Paling penting, ๐—ฌ๐——๐—ฃ ๐—”๐—ด๐—ผ๐—ป๐—ด, ๐—ฅ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ-๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜‚ malah ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐——๐—ถ-๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—ฎ bagi negeri-negeri tanpa sultan pun semua Melayu. Ni apa cerita hilang kuasa? Kalau dah kepala negara dan negeri, ketua badan penguatkuasa semua Melayu, masih tak berkuasa lagi?


Eh bukan orang Melayu yang hilang kuasa. Tapi parti politik dan individu tertentu. Senang cerita, ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐˜๐˜‚ hilang kuasa. ๐—ฃ๐—”๐—ฆ hilang kuasa. ๐— ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ต๐—ถ๐—ฟ, ๐— ๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฑ๐—ถ๐—ป yang hilang kuasa. Sebab itu mereka ๐˜€๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐˜‚.


Sebab ๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐˜€๐˜‚๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐—ธ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ. Hilang kuasa bermakna hilanglah peluang mereka nak makan ๐—ฑ๐˜‚๐—ถ๐˜ ๐—ป๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ผ๐—ป-๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ผ๐—ป ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ธ๐—ป๐˜†๐—ฎ. Tak ada duit, maka hilanglah juga sokongan buat mereka.


Macam Mahathir pula, tanpa kuasa, akan longgarlah cengkamannya. Akibatnya, ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ-๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—ฝ๐˜‚๐—ป ๐—ฏ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—น ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐˜„๐—ฎ๐—ฎ๐—ป. Tanpa kuasa, apa cara dia nak selamatkan anak-anaknya? Faham tak?


Kerajaan sekarang bukan saja kekalkan kuasa orang Melayu, bahkan perkukuhkan lagi kedudukan Melayu dalam ekonomi. Cuba tengok ๐—ฝ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—œ๐—ฃ๐—ฅ. Majoriti yang dapat faedahnya adalah ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜‚.


Itu tak kira berapa banyak program untuk bantu rakyat termiskin. Majoriti orang miskin siapa? ๐—ข๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜‚! Orang Melayu miskin ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ธ ๐— ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ต๐—ถ๐—ฟ ๐—ฃ๐—  lagi la. Bukan bermula November 2022.


Isu ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜‚ ๐—ต๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ni cuma sandiwara mereka yang kemaruk nak berkuasa, kemaruk nak sakau dan kemaruk nak selamatkan anak-anak dan kroni. Walhal masa mereka ni berkuasa, ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐—ณ๐—ถ๐—ธ๐—ถ๐—ฟ ๐—ฝ๐˜‚๐—ป ๐—ป๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ฏ ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜‚.


๐— ๐˜‚๐˜€๐˜‚๐—ต ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜‚ ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ adalah ๐˜€๐—ถ๐—ณ๐—ฎ๐˜ ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ธ ๐—ต๐—ฎ๐—น๐—ผ๐—ฏ๐—ฎ. Bila berniaga, ๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐—ฐ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ป๐—ด. Akibatnya, menipu dan ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐—ฏ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฟ ๐—ต๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด. Kalau bekerja pula nak ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฆ besar cepat. Akibatnya ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—ฎ๐—ต, ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐˜„๐—ฒ๐—ป๐—ด dan ๐˜€๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ ๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ. Itu belum cerita sifat ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ถ dan ๐˜€๐˜‚๐—ธ๐—ฎ ๐—ณ๐—ถ๐˜๐—ป๐—ฎ๐—ต lagi tu.


Kalau orang Melayu boleh hapuskan perangai negatif ini, bukan setakat kuasa Melayu kekal, malahan orang Melayu boleh ๐—ฐ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ด๐—น๐—ผ๐—ฏ๐—ฎ๐—น. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KERAJAAN AKAN BANTU SEKTOR AGROMAKANAN AKIBAT BANJIR ❗️





๐ŸŒพAnggaran kerugian sektor agromakanan akibat banjir setakat ini bernilai lebih RM177 juta.


Laporan awal kerugian mengikut negeri menunjukkan Kedah rugi sebanyak RM97 juta, Kelantan lebih RM33 juta manakala Terengganu lebih RM13 juta.


“Kita akan berusaha membantu mereka terjejas mengikut skim sedia ada di bawah kementerian, selain daripada bantuan melalui agensi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan agensi lain."


Datuk Seri Mohamad Sabu

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan


#MalaysiaMADANI 


Foto: Bernama



Ketika BN menyanjungnya, Pas paling kuat mengutuknya.


Che Ibrahim






Apabila dia terbuang dari BN, PH mengutipnya, Pas masih mengutuknya, tetapi akhirnya membantu Pas dan BN dalam Langkah Sheraton.





Apabila PH dan BN duduk bersama, Pas mengutipnya semula untuk melawan Kerajaan Perpaduan.


Maknanya qaul dalam politik ni bukan setakat qaul qadim dan qaul  jadid, tapi terbalik kuang habis.