Mahkamah cadang Mahathir, Anwar selesai saman secara mediasi


 Mahkamah cadang Mahathir, Anwar selesai saman secara mediasi

Mahkamah Tinggi mencadangkan agar saman fitnah yang difailkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diselesaikan secara mediasi.


Peguam mewakili Mahathir, Rafique Rashid Ali berkata, pesuruhjaya kehakiman Zaharah Hussain mencadangkan perkara itu semasa pengurusan kes hari ini.


“Mahkamah telah mengarahkan kami untuk menyampaikan perkara ini kepada anak guam masing-masing dan memaklumkan semula kepada mahkamah semasa pengurusan kes seterusnya pada 6 Januari,” katanya memetik New Straits Times (NST).


Beliau berkata mahkamah turut mengarahkan kedua-dua pihak menyerahkan dokumen perbicaraan mereka sebelum tarikh pengurusan kes seterusnya.


Anwar diwakili peguam Phoebe Loi.


Mahathir menyaman Anwar atas kenyataan yang dibuat pada kongres PKR pada 18 Mac 2023, yang didakwa merujuk kepadanya seorang yang bersifat perkauman dan mendakwa bahawa dia telah memperkayakan keluarganya semasa memegang jawatan.


Dalam tuntutan mahkamahnya, beliau mendakwa bahawa kenyataan itu dibuat oleh Anwar atas kapasitinya sebagai perdana menteri dan, oleh itu, mempunyai kesan yang jauh lebih dahsyat ke atasnya daripada kenyataan serupa yang dibuat oleh rakyat biasa.



KERAJAAN BARU CADANG. TAPI KALAU NAK DITERUSKAN, TAK ADA HAL PUN.

 

TAK MAHU KERAJAAN TARIK BALIK PENDAKWAAN, ISTERI TUN DAIM BERTINDAK TERPUJI

Isteri Tun Daim Zainudin dipetik sebagai berkata,  tiada keperluan untuk Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghentikan pendakwaan terhadap  suaminya yang meninggal dunia pada 13 November lalu.

Naimah Khalid berkata, beliau mewakili Tun Daim yang merupakan bekas Menteri Kewangan sebanyak dua kali ingin menegaskan bahawa adalah menjadi hasrat suaminya supaya perbicaraan tetap diteruskan di mahkamah sehingga tamat, walau apapun keputusan  pada akhirnya nanti.

“Tun Daim mendambakan harinya di mahkamah dan penuh yakin bahawa akhirnya beliau akan didapati tidak bersalah.

“Dengan kata lain, tidak ada keperluan untuk Peguam Negara (Mohd Dusuki Mokhtar) mahupun Ketua Pesuruhjaya SPRM (Azam Baki) untuk menyemak semula, memberhentikan atau menarik balik pendakwaan terhadap Tun Daim.

“Malah kami sama sekali tidak akan memohon perkara itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Naiman juga memberitahu, beliau juga telah mengarahkan peguamnya menulis surat kepada Peguam Negara bagi memaklumkan  perkara tersebut.

“Peguam saya seterusnya akan memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur tentang keputusan kami bahawa perbicaraan perlu diteruskan apabila kes ini bersambung pada 20 Nov (esok),” katanya lagi.

Naimah juga menegaskan,  mereka tidak akan membenarkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berselindung di sebalik kematian Tun Daim di atas fitnah yang dilontarkannya berulang-ulang terhadap suaminya secara terbuka dengan cuba menghentikan pendakwaan itu.

Awal tahun ini, Tun Daim dan Naimah didakwa di mahkamah atas tuduhan gagal mematuhi terma notis perisytiharan harta dikeluarkan bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009.

Kes jenayahnya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melibatkan aset yang merangkumi 38 syarikat, 25 bidang tanah dan hartanah, tujuh kenderaan mewah serta dua akaun dana pelaburan.

Selain itu, SPRM turut menyita Menara Ilham, sebuah bangunan bernilai komersial tinggi di Kuala Lumpur yang dimiliki oleh keluarga Tun Daim.

Keputusan isteri Tun Daim ini, walaupun barangkali memeranjatkan ramai orang kerana suaminya baru saja meninggal dunia, tetapi ia adalah tindakan yang betul dan wajar demi membersihkan nama baik Allahyarham.

Biar perbicaraan diteruskan dan terserah kepada mahkamah membuat keputusan.

Hanya keputusan mahkamah akan menentukan sama ada Tun Daim bersalah atau sebaliknya.

Kepada isteri Tun Daim, ketegasannya untuk terus berjuang membersihkan nama suaminya dan tidak mengharapkan simpati lantaran suaminya telah meninggal dunia, adalah suatu tindakan berani dan paling terpuji. 

Tidak ramai wanita di dunia ia ada jiwa sekuat yang dimilikinya.

Maka, tiada sebab bagi kerajaan dan Peguam Negara untuk tidak berani juga menyahut tuntutan isteri Tun Daim ini. – ShahbudinHusin 19November2024.




Ini jumlah potensi eksport berjaya diraih ketika lawatan sulung PMX ke Brazil



Ini jumlah potensi eksport berjaya diraih ketika lawatan sulung PMX ke Brazil

Lawatan kerja Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brazil adalah kunjungan pertama dilakukan beliau sejak menjadi Perdana Menteri pada 2022.

Ketika lawatannya ke Peru, Malaysia berjaya meraih potensi eksport sehingga RM1.2 bilion.

Terbaru dalam lawatan ke Brazil pula, PMX berjaya menghasilkan potensi eksport sebanyak RM6.8 bilion (AS$1.57 bilion) bagi tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.



Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, nilai potensi eksport itu adalah hasil daripada perbincangan dengan pemimpin korporat dan industri daripada 28 syarikat terkemuka dan persatuan perniagaan di Brazil.

“Dalam mesyuarat meja bulat ini, kita berjaya menghasilkan potensi eksport RM6.8 bilion (AS$1.57 bilion) bagi tempoh tiga hingga lima tahun yang akan datang,” kata Anwar dalam sidang media akhir beliau memetik Bernama.

Untuk rekod, syarikat Brazil telah mengimport barangan dan perkhidmatan Malaysia bernilai RM1.16 bilion (AS$267.1 juta) pada 2023.


Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Brazil bagi tempoh Januari hingga September 2024 menunjukkan peningkatan sebanyak 19.8 peratus kepada RM14.83 bilion (AS$3.2 bilion) berbanding RM12.38 bilion (AS$2.74 bilion) bagi tempoh sama pada 2023.



 

SIAPA YANG TERLIBAT SKANDAL NAFAS


 

Siapa sebenarnya individu terlibat skandal NAFAS? Ini respon Mat Sabu

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu tidak mahu menuding kepada sesiapa berhubung skandal salah guna kuasa dalam Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

Dalam Dewan Rakyat hari ini, Mohamad memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan.

“Soal orang itu, orang ini (didakwa) terlibat dalam penyelewengan…sekarang ia di peringkat penyiasatan dan SPRM telah masuk.


“Kita tak mahu menuduh, ‘pin point’ kepada sesiapa. Sama ada bekas menteri, bekas timbalan menteri ke, atau menteri sekarang ke, jangan tuduh menuduh.

“Yang penting kita minta SPRM siasat dan beri kerjasama. Laporan atau pendakwaan mereka kita harap tidaklah mengatakan ianya berlaku pendakwaan terpilih,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) pada waktu pertanyaan-pertanyaan menteri hari ini.


Sementara itu Mohamad berkata, kontroversi dan masalah yang melanda NAFAS juga pernah berlaku dalam agensi kerajaan lain sebelum ini dan selepas bantuan daripada kerajaan seperti `bailout’, agensi terbabit kembali berjaya sehingga ke hari ini.

Beliau memberikan contoh bagaimana kerajaan sebelum ini pernah membantu Bank Kerjasama Rakyat Malaysia yang sebelum ini pernah berdepan masalah, namun ketika ini menjadi antara institusi bank terbaik di negara ini.

“Nafas pun selepas ini akan bernafas semula dan berada pada landasan terbaik, insya-Allah,” katanya.




BINCANG DAN HASIL MEMUASKAN


Nazri Hamdan


 Kena bagi kredit pada KPDN sebab cepat bawa bincang benda ni. Nampak macam simple tapi tak.




Kalau dibiarkan nanti akan ada persatuan lain yang umum kenaikan harga.


Bila dipanggil dan bincang, persatuan restoran mamak setuju tak naikkan harga. 


Apa pun, kuasa beli tetap di tangan pengguna. Kalau rasa kita mampu, beli. Kalau harga tu kita dah rasa mahal, beli tempat lain.


Asalkan jangan belanja lebih dari kemampuan. Bak kata TMJ, kalau kau ada RM 10 jangan belanja RM 15.



MANGKOK NI KALUT BAB HISHAIL ADA TAK DA... BENGONG KA APA.. DIA NI.


Aman Shah Sp


 Mangkuk ni xda benda lain ka nak pertikai.. bab israel wujud tak wujud pun hang lorat.. Woi bu... ... kalau tak wujud, dia xda lah dalam PBB..

 Atas sebab wujud tu lah PMX usulkan supaya israel dikeluarkan dari PBB..  Hang faham ka dak ni barua  ????



Setakat jadi lawyer , dok melilau dalam negara..tak terlibat dengan urusan antarabangsa.. hang tak payah dok buat teruk lah sial.


Yang tak patut wujud tu ..hang... faham?



KOMEN RAFIZI RAMLI MENGENAI HARGA BARANG



 Kita selalu dengar keluhan di media sosial bahawa harga barang makin melambung. Walaupun kadar inflasi negara stabil dan berada di bawah paras 2%, iaitu terendah sejak beberapa tahun ini, tetapi media sosial masih gamat dengan isu harga barang yang naik melambung.



Kata mereka, kadar inflasi itu tidak betul sebab dimanipulasi.


Saya pun kadang-kadang termakan juga, kot lah laporan inflasi yang diberikan ni tipu saya. Walaupun saya yakin pegawai-pegawai kerajaan tak tipu saya bila mereka muktamadkan laporan inflasi setiap bulan, saya rasa kena semak juga.


Jadi saya dapatkan laporan terperinci dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) untuk menunjukkan perbandingan harga barang. Ini laporan yang dikemukakan dalam bulan September, jadi laporan ini merujuk kepada harga dalam bulan Julai 2024 berbanding Jun 2024.


Ada 238 barang yang harganya naik. 


177 barang harga turun.


59 harga tidak berubah. 


Ada 4 barangan segar yang naik harga melebihi 10%.


Betik biasa - dari RM4.48 ke RM5.57 sekg

Udang putih - RM36.67 ke RM42.29 sekg

Oren valencia - RM1.24 ke RM1.43 sebji

Jambu batu tanpa biji - RM9.65 ke RM10.81 sekg


Tetapi ada 20 barangan segar yang turun harga melebihi 10%, antaranya:


Timun, kacang buncis, cili api, kubis bulat, daging kambing bebiri, limau kasturi, sawi, anggur merah, lada benggala, kacang panjang, ayam bersih, kailan, saderi, kacang botol, terung bulat, kubis bunga dan limau nipis.


Ayam bersih turun harga dari RM9.62 kepada RM8.54 sekilo.


Lepas dapat laporan KPDN itu, saya rasa lebih aman sebab saya tahu kita ada sistem pelaporan harga barang yang baik dan laporan inflasi itu disokong oleh turun naik setiap harga barang yang dipantau.


Setiap bulan, ada harga barang yang naik, ada harga barang yang turun, ada yang tidak berubah.


Tetapi tidak ada sesiapa yang boleh menafikan bahawa inflasi kekal rendah berbanding sebelum Kerajaan Madani mengambil alih. 


Jadi kalau terjumpa orang di media sosial yang kata harga barang naik melambung dan hidup sengsara sebab harga barang naik, saya minta hantar bukti itu kepada saya. Supaya saya boleh bagi kepada KPDN untuk diambil tindakan kerana jelas peniaga itu mengambil kesempatan, dalam keadaan suasana inflasi keseluruhannya adalah rendah.



KEH.. KEH.. KEH...

 

Zainuddin Omar


Kita tunggu maklum balas dari Ahmad Fadhli Shaari, kalau dia beranilah komen. Ahaks



**************

PN tetap akan menamakan Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri mereka pada PRU akan datang - yang perlu diadakan selewat-lewatnya 2027.


Naib Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu, berkata perkara itu disepakati semua parti gabungan dalam PN sebelum ini dan pendirian tersebut dikekalkan.


Katanya, Muhyiddin merupakan pengerusi gabungan itu justeru tidak timbul isu ada nama lain perlu ditonjolkan dan ditawarkan kepada para pengundi.


"Setakat ini saya tak nampak ada berpakat nak namakan orang lain.

“Saya tak tahulah kalau ada (calon lain nak jadi perdana menteri) atau kalau ada cerita-cerita di belakang, saya tak nampak,” katanya dalam temubual bersama Malaysiakini pada Selasa di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Perkara tersebut ditegaskan Ahmad Faizal ketika mengulas siapa calon PN yang akan dinamakan sebagai perdana menteri untuk pilihan raya umum akan datang.


Muhyiddin Yassin

Pada masa sama, bekas Menteri Besar Perak itu juga berpendapat jika ada pihak atau nama lain mahu ditonjolkan menjadi perdana menteri, lebih baik niat tersebut dimatikan saja.

“Saya fikir kalau ada pun cita-cita itu patut dipadamkanlah.

"Setakat ini saya nampak orang bagi sokongan kuat dekat kawan itu (Muhyiddin), yang awak pula nak nak kurangkan sokongan buat apa? Buat rugi pada parti kita saja,” katanya tanpa mengulas lanjut.

Sementara itu, mengulas kerjasama Bersatu dengan PAS, Ahmad Faizal berkata dia sendiri tidak tahu bagaimana lagi harus dia menjelaskan bahawa hubungan mereka adalah begitu baik.

Dalam kerajaan cuma lakonan

Mengakui ada pihak yang enggan percaya, dia menambah, sepanjang ingatannya tidak pernah ada perbalahan tersebut semasa kedua-dua parti bermesyuarat.

Malah kata ahli politik yang sering disapa sebagai Peja itu, insiden meninggikan suara juga tidak pernah berlaku.

“Apa juga hal yang kami bincangkan, ia akan dibuat secara terbuka dan keputusan diambil melalui konsensus.

"Dalam hubungan (peribadi) pula, saya anggap Tan Sri Abdul Hadi Awang ni - walaupun dia Presiden PAS dan saya Bersatu - saya dah anggap dia sebagai pemimpin saya.

“Rakan-rakan lain juga saya lihat, macam (Setiausaha Agung PAS) Datuk Seri Takiyuddin Hassan ataupun rakan-rakan lain, mereka melihat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pemimpin mereka.

ADS

"Jadi saya nampak hubungan dalam parti dan hubungan secara peribadi kami cukup baik, tapi orang selalu tanya soalan ni... macam mereka suka kalau kami bergaduh,” katanya.


Dia yang pernah menjadi menteri belia dan sukan selama kira-kira 14 bulan dalam kerajaan PN menegaskan, pihak yang tidak gembira dengan hubungan mesra PAS - Bersatu adalah parti lawan.

Bahkan, dakwa Ahmad Faizal, dalam kerajaan perpaduan sendiri ahli dan pemimpin mereka tidak sehaluan antara satu sama lain.

“Yang bergaduh ini sebenarnya ialah orang Umno yang tak suka sangat orang PKR. Orang PKR pula tak suka sangat dengan orang Amanah. Orang Amanah pula cukup tak suka pada orang DAP.

"Kalau kamu lihat keadaan di peringkat akar umbi, kalau duduk dengan orang Umno, itulah cerita mereka. Duduk dengan orang Amanah pun cerita benda yang sama juga,” katanya.

Justeru, menurut Ahmad Faizal, dakwaan bahawa wujud kerajaan perpaduan itu tidak lebih daripada sekadar lakonan saja.

Yang susah dapat kerusi

Sebaliknya dalam PN, katanya, persefahaman mereka adalah tulen dan rakyat tidak perlu sangsi kerana parti itu sentiasa meletakkan kepentingan orang ramai sebagai keutamaan.

"Kami dah ada seorang timbalan presiden yang sedia melepaskan jawatan tapi parti lain ada?katanya.

Ditanya apakah kerjasama PAS - Bersatu akan berterusan sehingga PRU akan datang, Ahmad Faizal menyatakan keyakinannya, malah percaya ada nama besar lain yang akan menyertai PN.

Mereka, dakwanya, terdiri daripada kalangan pemimpin di peringkat negeri hingga ke akar umbi.

“Itu saya amat-amat yakin akan berlaku,” katanya.

Keyakinan itu ditunjukkan Ahmad Faizal berdasarkan apa yang didakwanya dilakukan oleh kerajaan sekarang.

Menganggap mereka itu sebagai "orang baik-baik" dia berkata kerajaan semasa gagal melaksanakan apa-apa dasar yang mengutamakan rakyat.


Diminta mendedahkan siapakah individu yang dimaksudkannya bakal menyertai PN, Ahmad Faizal berkata, mereka adalah tokoh yang tidak digemari pemimpin kerajaan.

“Mereka ini dalam kalangan yang tidak ada nama, pemimpin-pemimpin yang tidak digemari oleh presiden mereka.

"Sebagai contoh, (mereka adalah) yang saya jangka susah untuk mendapat kerusi dalam PRU akan datang.

“Jadi, mereka nak pergi mana?" katanya sambil menambah, individu terbabit akan diterima selagi menerima prinsip perjuangan PN serta menolak rasuah.



KERAJAAN BELIT-BELIT RADZI JIDDIN KENA TIBAI DENGAN HOWARD LEE DAN RAFIZ...



Sidang Parlimen, ucapan Radzi Jiddin dengan Gah Sombong Angkuh Memburukan Kerajaan Dengan Pelbagai Isu Malah Mengeluarkan Kenyataan Yang Sangat Tak Patut Sebagai seorang Pemimpin Ahli Parlimen. Akan Tetapi Beliau Tetap Mengeluarkan kenyataan Yang keras dan Menuduh Kerajaan Bentangkan data yang belit-belit Kononnya Rakyat Di Tipu oleh kerajaan Madani, Akan Tetapi Juga, Rafizi Menjawab tuduhan Radzi Jiddin. Kedua, kenyataan Keras Dari Radzi Jiddin Mengatakan KHAZANAH Menjual Aset Lapangan Terbang Sebanyak 30%, Akan Tetapi Itu Kenyataan Yang Salah. Menjual Apa..? SAHAM..! Jom Tonton Hingga Tamat.. Jom Tonton Hingga Tamat. Pelbagai Perkongsian Video akan ditunjukkan Didalam Video Solihin Shabudin. Harap Memberi Manfaat Kepada Para Penonton dalam Siaran Ini. Terima Kasih, Teruskan Menonton Hingga Tamat.







RENTASAN 1654 | PANAS!! LAGI FITNAH PEMBANGKANG TERHADAP PMX AKHIRNYA BA...


MENARIK DALAM RENTASAN 1654
1. JADIKAN APEC PIAWAIAN EMAS TADBIR URUS GLOBAL 2. LAWATAN SULUNG PMX KE BRAZIL PERKUKUH HUBUNGAN DIPLOMATIK 65 TAHUN 3. PMX BIDAS FITNAH IKTIRAF ISRAEL, KERAJAAN SEDIA AMBIL TINDAKAN TEGAS








HAJIJI BUBAR DUN SABAH LEBIH AWAL?

 


HAJIJI BUBAR DUN SABAH LEBIH AWAL?


18 November 2024


Dakwaan rasuah melibatkan beberapa Adun di Sabah nampaknya terus menjadi isu hangat, malah semakin hari semakin menghangat.


Selain beberapa Adun, nama Ketua Menteri Hajiji Noor juga turut dikaitkan sama dengan perlakuan rasuah itu.


Di samping rakaman audio yang didedahkan oleh seorang pemberi maklumat sudah bertebaran di media sosial, SPRM sendiri sudah memulakan langkah melakukan siasatan.


Sehingga ini dilaporkan seramai lima Adun Sabah sudah diambil keterangan oleh SPRM.


Beberapa pemimpin UMNO kemudiannya tampil mendesak agar siasatan menyeluruh dilakukan SPRM dalam isu berkenaan.


Maksud menyeluruh itu tentulah, selain Adun-Adun yang harus disiasat, pemberi maklumat yang sebelum ini memohon perlindungan sebagai saksi serta Hajiji sendiri mestilah juga disiasat sama.


Jika tidak disiasat semua mereka itu, tidaklah menyeluruh namanya.


Berdepan perkembangan ini, Hajiji menggesa parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) agar meningkatkan usaha melawan fitnah yang didakwanya dibuat untuk menjatuhkan kerajaan negeri Sabah.


“Apa yang saya maksudkan ialah taktik kotor pembangkang serta konco-konco mereka yang bersekongkol ingin menjatuhkan kerajaan GRS-PH Plus melalui sebaran fitnah, pelbagai tuduhan dan pembohongan terhadap kerajaan negeri dan kepimpinan parti.


“Inilah cabaran semasa yang wajib kita perangi habis-habisan, kerana ia boleh meracuni pemikiran rakyat untuk membenci kerajaan dan kepimpinan parti, lebih-lebih lagi dalam era teknologi serba canggih sekarang di mana media sosial dan AI telah menguasai kehidupan seharian rakyat,” katanya.


Hajiji menegaskan demikian susukan kenyataan bekas CEO Sabah Mineral Management (SMM) Sdn Bhd, Jontih Enggihon yang mendakwa beliau memiliki bukti bahawa  Ketua Menteri Sabah itu “menyalahgunakan kuasa” dan masuk campur dalam proses permohonan lesen penerokaan mineral di negeri itu.


Apa yang nyata, mungkin secara kebetulan PRN Sabah bakal diadakan tidak lama lagi dengan tempoh akhirnya sebelum Oktober tahun depan, isu rasuah ini tentunya akan terus menghangatkan suasana politik negeri itu.


Pokoknya politik Sabah tidak akan aman sehingga tarikh PRN diadakan.


Apa lagi Hajiji sendiri sedar isu rasuah ini ditafsirkannya hanya bertujuan untuk menggugat kerajaan negeri pimpinannya menjelang PRN akan datang.


Dengan itu,Hajiji  pastinya sekarang ini paling tertekan dengan isu rasuah yang timbul secara tiba-tiba ini.


Dalam apa keadaan sekali pun,  beliau tiada pilihan lain selain harus mempertahankan kerajaan negeri pimpinannya dalam PRN akan datang.


Tetapi, jika isu rasuah ini berterusan menjadi percakapan dan hari demi hari makin banyak perkara mengejutkan berlaku, mampukah beliau bertahan?


Lalu, sebagai jalan pintas untuk mengekalkan kuasa dan mengelakkan keadaan bertambah buruk, apakah mungkin Hajiji akan membubarkan Dun Sabah lebih awal?


Apakah PRN Sabah bakal diadakan sebelum berakhirnya tahun 2024 ini atau barangkali seawal Januari 2025? – ShahbudinHusin 18November2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/11/hajiji-bubar-dun-sabah-lebih-awal/



SIAPA PUNCA PATUT DI SIASAT.

 

Che Ibrahim


Trajedi Memali - Satu sejarah hitam negara yang amat pahit untuk dikenangkan akibat agama yang dijadikan tunggangan demi politik.