MOVE ON PAS KITA SUDAH 67 TAHUN MERDEKA


 GRS tidak mahu bersama PAS

MOVE ON PAS KITA SUDAH 67 TAHUN MERDEKA



Nak tanya nak selamat Malaysia dari siapa? Komunis dah tak ada, penjajah pun dah balik, Malaysia tiada masalah diplomatik dgn negara luar?


Nak selamatkan dari siapa? Yg hampir duit rakyat hilang Rm 2 billion waktu TITM, yg belanja beratus billion dlm tempoh singkat PN, pemimpin2 yg kini didakwa di mahkamah kerana rasuah dari PN, yg terbabit kes rasuah dlm pilihanraya dari PAS?


Yg lawan ajaran sesat adalah kerajaan bukannya PAS, yg berjuta kena saman fitnah adalah PAS, yg tidak tahu kawal harga barang kartel2 waktu PN jadi kerajaan.


Yg ajar kafirkan org adalah PAS, yg naikkan cabutan judi kerajaan PN, pelabur byk yg lari keluar dari negara ini waktu PN jadi kerajaan…. Jadi kamu bertiga yg tiada rekod kecemerlangan sebagai pemimpin nak tunjuk terpaling hebat ini nak selamatkan apa?


Cina DAP, Cina MCA takkan itu ancaman? PN pun ada Cina Gerakan. Mereka bukan ancaman sb Agong, PM, TPM1/2, Panglima Tentera, Ketua Polis Negara semua org Melalyu. Jadi nak selamatkan Malaysia ini dari siapa?


Sdgkan rakyat Malaysia pelbagai kaum sdg cuba menyelamatkan Malaysia dari parti perkauman seperti PAS dan Bersatu. 


Kamu nak selamatkan siapa sebenarnya atau kamu nak selamatkan pemimpin kamu yg terbabit dgn rasuah dan kamu heret org Melayu dgn memainkan isu perkauman.


Benar org Melayu ada kelebihan iaitu hak keistimewaan di negara ini. Tapi PAS, move on la kita dah Merdeka 67 tahun. Terima sahaja Malaysia ini negara yg turut bersama pelbagai kaum. 


Dah beratus tahun kita hidup bersama mereka dan 67  tahun selepas Merdeka… terimalah seadanya bangsa Cina, India, Kadazan, Iban, Dayak ini sebahagian dari kita rakyat Malaysia. 


Kerana perkauman PAS lah semalam menerusi Datuk Masidi Manjun berkata parti GRS Sabah menolak utk bersama mereka dan pasti terpalit Bersatu kerana kedua parti ini di bawah PN.


Move on PAS, berpolitik secara matang dgn semangat patriotik kpd negara. Islam juga menyuruh kita berbuat baik sesama manusia.


Norman Radzuan



ANWAR BERKUNJUNG KE ATAS PRESIDEN MESIR

 

Hari ini melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Rakyat Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Istana Al-Ittihadiya (Heliopolis) di Kaherah, Mesir. 



Pertemuan saya bersama Presiden El-Sisi menyentuh pelbagai perkara dalam usaha merapatkan hubungan persahabatan kedua-dua negara. 


Perbincangan turut menyentuh tentunya melibatkan warga Palestin yang terus dirampas hak mereka dan terus dibantai tanpa noktah. Saya sanjung usaha Mesir dalam memudahkan kemasukan bantuan kemanusiaan dan perubatan melalui sempadan Rafah-Gaza dan memastikan ia sampai terus kepada mereka.


Kami turut bersetuju bahawa kedua-dua negara mesti memainkan peranan yang lebih dan tegas dalam memastikan keganasan dihentikan dan nyawa diselamatkan serta keadilan sejagat mesti ditegakkan. 


Presiden El-Sisi akan mengadakan kunjungan rasmi ke Malaysia, insya-Allah, pada sekitar awal tahun depan. 


Hubungan Malaysia dan Republik Rakyat Mesir mesti terus mekar dan diperkuat demi manfaat rakyat kedua-dua negara. 


- Anwar Ibrahim


#MalaysiaMadani



Mahu selamatkan Malaysia dari siapa?

 



YDPA, PM, TPM, Ketua Polis Negara, Speaker Parlimen dan Panglima Angkatan Tentera adalah Melayu Muslim. 


Adakah mahu selamatkan puak mereka yang sedang dibicarakan kerana rasuah?


Malaysia adalah negara ke-10 dari 200 negara paling selamat dalam dunia.



KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN ISU PENYALURAN PERUNTUKAN KEPADA INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM DI SELURUH MALAYSIA



1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengambil

perhatian berhubung dakwaan di salah sebuah akaun media

sosial tentang jumlah sebenar peruntukan yang sepatutnya

disalurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

kepada Institusi Pendidikan Islam (IPI) iaitu Sekolah Pondok,

Sekolah Tahfiz, Sekolah Agama dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh Malaysia bagi tahun 2024.


2. Dimaklumkan bahawa jumlah Peruntukan Khas Bantuan

Selenggara dan Naik Taraf (SNT) IPI yang diterima oleh JAKIM dari Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) bagi perkara tersebut adalah berjumlah RM120 juta berdasarkan syiling peruntukan berjumlah RM150 juta pada tahun 2024. Jumlah tersebut adalah peruntukan secara one off sebagai bantuan untuk disalurkan kepada IPI yang berdaftar dengan pemegang taruh di negeri-negeri di seluruh Malaysia.


3. Peruntukan khas berkenaan tidak diberikan secara

automatik kepada IPI sebaliknya perlu dimohon oleh semua IPI yang berdaftar melalui pemegang taruh negeri sebelum

dikemukakan kepada JAKIM bagi pertimbangan dan kelulusan. JAKIM juga telah mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkuasa agama negeri bagi menjelaskan prosedur berkaitan penyaluran peruntukan khas berkenaan.


4. Kategori IPI yang layak memohon bantuan tersebut

adalah Institusi Pondok Swasta, Institusi Tahfiz Swasta,

Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Swasta, Sekolah

Agama Negeri, Sekolah Menengah Agama Negeri dan Kelas

al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di premis bukan kerajaan yang telah berdaftar dengan pihak berkuasa agama negeri.


5. Berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Peruntukan

Khas Kerajaan Persekutuan Bantuan Selenggara dan Naik

Taraf Institusi Pendidikan Islam JAKIM yang berkuatkuasa,

skop projek selenggara dan naik taraf yang layak

dipertimbangkan bagi pembiayaan bantuan peruntukan khas tersebut meliputi 6 kluster iaitu aspek keselamatan; selenggara dan naik taraf infrastuktur; pencegahan kebakaran; pendawaian elektrik; selenggara dan naik taraf bangunan; dan sistem perpaipan.


6. Proses pencerakinan maklumat permohonan, latar

belakang IPI dan aspek keperluan sebenar menjadi antara

elemen utama yang dipertimbangkan bagi memastikan

kepatuhan terhadap aspek ketelusan tatakelola dalam

penyaluran peruntukan. Sehingga bulan November 2024,

sejumlah RM119,000,000.00 peruntukan telah pun disalurkan kepada 1,553 institusi.


7. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui

JAKIM komited untuk memastikan agenda memartabatkan

syiar Islam dalam negara sentiasa menjadi keutamaan melalui perhatian yang diberikan kepada Institusi Pendidikan Islam di bawah kepemimpinan kerajaan Madani.


Sekian, terima kasih.


SENATOR DATO’ SETIA DR. HJ. MOHD NA’IM BIN HJ.

MOKHTAR

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)


10 November 2024



PM AKAN UMUM SIAPA KARTWL BERAS.


 Patutlah kebelakangan ni lebai dan walaun menggelupur semacam. Tunggu PMX balik dari tugasan luar negara je ni.

:)



Di antara Nilai Pemasaran yang selalu dilupakan oleh kedai makan.


Ahmad Mohammad Affendi


Menghargai pelanggan adalah lebih daripada sekadar menyediakan makanan yang sedap. Ia adalah satu proses yang memerlukan usaha dari saat pelanggan melangkah masuk sehingga mereka meninggalkan kedai.


Dengan menghargai setiap pelanggan yang datang, kita bukan sahaja mencipta pengalaman yang positif, tetapi juga membina kesetiaan dan kepercayaan jangka panjang. Mari kita lihat bagaimana proses ini boleh diterapkan dalam perniagaan kedai makan.


Bermula dengan sambutan mesra, setiap pelanggan yang datang harus disambut dengan senyuman dan ucapan mesra seperti “Selamat Datang” atau “Terima Kasih kerana memilih kedai kami.”


Sambutan ikhlas membuat pelanggan merasa dihargai dari saat pertama mereka melangkah masuk. Mereka bukan sahaja datang untuk makan, tetapi juga hendak merasai layanan yang baik.


Seterusnya, kenali keperluan pelanggan. Bila kita mengambil masa untuk memahami kehendak mereka, seperti memberi cadangan menu yang sesuai atau bertanya tentang selera tertentu, pelanggan akan merasa kita benar-benar peduli.


Misalnya, jika pelanggan mempunyai alergi atau keutamaan tertentu, perhatian kita terhadap detail ini menunjukkan bahawa kita menghargai pilihan mereka. Bukan sekadar mengambil pesanan, tetapi menunjukkan keprihatinan terhadap pengalaman makan mereka.


Kemudian, layanan peribadi adalah kunci. Bagi pelanggan tetap, ingat nama mereka atau pilihan kegemaran mereka. Contohnya, jika seorang pelanggan selalu memesan minuman tanpa gula, ingat permintaan ini dan siapkan pesanan mereka tanpa perlu mereka minta.


Perkara-perkara kecil ini menunjukkan bahawa kita menghargai kehadiran mereka dan bahawa mereka bukan sekadar nombor di dalam senarai pesanan.


Selepas selesai makan, jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih. Ucapan terima kasih boleh diberikan secara langsung atau melalui nota kecil di resit. Ini memberi mesej kepada pelanggan bahawa kita menghargai sokongan mereka.


Ucapan yang sederhana seperti “Terima kasih kerana makan di sini, jumpa lagi!” mungkin nampak kecil, tetapi sangat bermakna untuk pelanggan.


Dengar maklum balas dengan terbuka. Kadang-kadang, pelanggan mungkin memberi cadangan atau komen, sama ada positif atau negatif. Terima komen tersebut dengan hati terbuka dan beri perhatian.


Jika mereka rasa makanan terlalu pedas atau portion terlalu kecil, dengar dengan teliti dan ucapkan terima kasih atas maklum balas itu. Ini bukan sahaja menunjukkan kita menghargai pandangan mereka, tetapi juga membuka ruang untuk memperbaiki perkhidmatan.


Pelanggan tetap juga patut menerima ganjaran istimewa sebagai tanda penghargaan. Contohnya, menawarkan diskaun, minuman percuma, atau program kesetiaan di mana pelanggan dapat menikmati makanan percuma setelah beberapa kali makan di kedai kita. Pelanggan akan merasa dihargai, dan pada masa yang sama, ini juga menggalakkan mereka untuk kembali.


Akhirnya, terus kekalkan hubungan dengan pelanggan walaupun mereka tidak berada di kedai. Hantarkan ucapan selamat hari raya, ucapan terima kasih melalui media sosial, atau jemput mereka untuk promosi istimewa. Ini menunjukkan bahawa kita menghargai hubungan jangka panjang dan bukan sekadar untuk sekali dua lawatan sahaja.


Menghargai pelanggan dalam perniagaan kedai makan bukan sahaja meningkatkan pengalaman makan mereka, tetapi juga memberi kesan mendalam terhadap reputasi perniagaan.


Bila pelanggan merasa dihargai, mereka bukan sahaja akan kembali tetapi juga akan membawa rakan dan keluarga mereka. Akhirnya, mereka menjadi duta kecil kepada kedai makan kita, berkongsi pengalaman positif yang akan menarik lebih ramai pelanggan.


Sekian tulisan.



FITNAH TERKAIT 3 R... SEBAB TU PEMBANGKANG TIDAK MAHU TANDATANGAN SEBAB SYARAT MOU ISU 3R.

 RMS

Ni fitnah yang menyebabkan raja melayu  dukacita dan mahu kerajaan ambil tindakan tegas. Masjid dijadikan tempat menyebar fitnah.



PEMECAHBELAH DALAM NEGARA

 


Peringatan jelas dari Sultan Nazrin. Sekarang ini, banyak pihak menggunakan isu agama dan kaum untuk memecahbelahkan perpaduan. Sedangkan kita rakyat Malaysia yang majmuk seharusnya menghargai dan meraikan perbezaan kaum dan agama, bukan menjadikannya sebagai bahan pemecah belah.



KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN PELAKSANAAN SOLAT HAJAT MENDOAKAN KEJAYAAN MISI YAB PERDANA MENTERI KE SIDANG KEMUNCAK TERGEMPAR DI RIYADH


 KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN PELAKSANAAN SOLAT HAJAT MENDOAKAN KEJAYAAN MISI YAB PERDANA MENTERI KE SIDANG KEMUNCAK TERGEMPAR DI RIYADH


1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menyatakan sokongan padu kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri atas ketegasan untuk membawa usul menghentikan kekejaman Israel terhadap Palestin pada Sidang Kemuncak Bersama Tergempar Negara-Negara Arab dan Islam pada 11 November ini di Riyadh, Arab Saudi.


2. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menyarankan pelaksanaan solat sunat hajat khusus untuk mendoakan kejayaan misi YAB Perdana Menteri yang akan mewakili Malaysia dalam Sidang Kemuncak Bersama Tergempar Negara-Negara Arab dan Islam di Riyadh pada 11 November 2024.


3. Pelaksanaan solat hajat ini adalah untuk memohon doa dan perlindungan daripada Allah SWT agar perjalanan dan misi YAB Perdana Menteri mendapat keberkatan serta mencapai kejayaan demi manfaat negara dan ummah.


4. Masjid-Masjid Utama JAKIM iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah diminta untuk melaksanakan Solat Hajat iaitu selepas Solat Isyak bermula hari ini sehingga 11 November 2024. Manakala, semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan turut dimohon melaksanakan solat hajat untuk tempoh waktu yang sama.


5. Pelaksanaan solat hajat ini diharapkan dapat meningkatkan solidariti umat Islam di seluruh negara serta menyatukan hati rakyat Malaysia dalam mendoakan misi penting ini. YAB Perdana Menteri akan menyampaikan suara dan harapan negara di pentas antarabangsa dalam sidang kemuncak ini, yang dijangka turut membincangkan isu-isu kritikal melibatkan negara-negara Islam.


6. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengajak seluruh umat Islam untuk bersama-sama menyertai solat hajat ini sebagai tanda sokongan dan solidariti kepada pemimpin kita serta turut mendoakan kesejahteraan para anggota Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) yang sedang bertugas di Lubnan. Semoga usaha kita diberkati oleh Allah SWT dan Malaysia terus kekal aman serta sejahtera di bawah lindungan-Nya.


Sekian, terima kasih.


SENATOR DATO’ SETIA DR. HJ. MOHD NA’IM BIN HJ. MOKHTAR

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)


8 November 2024



HABIS ANAK MUDA


 18,000 biji bernilai RM160,000 letak dalam plastik rokrak dan jual dgn motor je.



Habis generasi muda di Kelantan.


Tahniah PDRM Kelantan. 


https://www.bharian.com.my/amp/berita/kes/2024/11/1320555/polis-tahan-lelaki-rampas-18000-biji-pil-kuda-dianggar-bernilai-lebih



SEGEROMBOLAN YANG BINCANG AMBIL RASUAH BUKAN ADUN PAS /PN DAN BUKAN DI UTARA.



MAKLUMAT AWAL YANG DAPAT DIUTARA... TAPI BUKAN TUAN TUAN.. BUKAN MELIBATKAN ADUN PAS/ PN.

TETAPI IANYA DI KATAKAN DI MALAYSIA TIMUR TUAN TUAN. 


Anwar PM Yang Tidak Reti Kecewakan Orang



Seorang kawan saya kirim print skrin apa ditulis Nga Kor Ming tentang Datuk Seri  Anwar yang bekerja lebih 18 jam sehari. 


Kata Kor Ming pegawai sediakan lima program, tetapi PM minta 10.


Bukan saja Kor Ming yang memahami dan tahu akan kerajinan luar biasa bossnya itu, tetapi mereka yang ada mata hati juga tahu akan kerja kuat dan keprihatinan PM ini. 


Hanya mereka yang benci dan irihati sahaja tidak nampak akan hal ini dan masih terus mempersenda dan perleceh PM. Mereka tidak tahu langsung menghargai PM.


Disini saya nak kongsi dan bercerita betapa PM sangat sibuk dan tiada masanya untuk meriba tangan apa lagi makan gaji buta, tetapi masih peka dan prihatin.


Sebelah malam semalam beliau baru balik dari China, siangnya mempengerusikan mesyuarat kabinet. Letih belum usai dia sudah bertugas. Petang tadi terbang ke Egipt pula.


Lewat petang semalam beliau balik ke rumah. Masuk sekejap ke dalam rumah dia keluar semula bersama dua cucunya untuk melayan kerenah cucu, tanpa  sempat tukar  baju.


Baru nak bermain dengan cucu dia ternampak pula kawan saya yang juga dikenalinya muncul dipintu pagar rumahnya. Begitu dilihat kawan itu terus dilambainya dan panggil masuk. 


Hajatnya hendak layak cucu terburai terpaksa melayani dan berbicara dengan kawan saya berkenaan.


Menurut kawan saya itu, mulanya dia tak nak masuk kerana tak sampai hati untuk ganggu PM untuk bermain dengan cucunya, tetapi bila PM mendesaknya masuk, baru ia masuk.


Kerana kawan saya itu ada masalah untuk bergerak Anwar mengambil kerusi dan berbual bertanya khabar di luar rumah.


Walaupun kawan itu minta untuk jumpa 10 minit sahaja, tetapi PM melayannya 21 minit. Mengenang kemuliaan PM itu kawan saya jadi sebak dan terharu kerana mendapat layani istimewa daripada PM.




Itulah Anwar tidak akan mengecewakan sesiapa yang ingin ketemuinya samada ada temu janji atau pun tidak. Beliau tidak reti mengecewakan orang. Trims.




Keh.. Keh.. Keh.

 WALAUN Tuduh kerajaan madani 


Sky Reformis


zalim jatuhkan peniagaan orang melayu..




PMX SELAMAT TIBA DI MESIR.



 Alhamdulillah, saya dan delegasi Malaysia selamat tiba di Kaherah, Mesir bagi memulakan lawatan rasmi atas jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.


Kunjungan ini akan membuka peluang dan lembaran kepada kami dalam membincangkan kemajuan hubungan Malaysia dan Mesir selain menerokai bentuk kerjasama baharu.






Usaha berterusan juga akan terus dipergiat bagi memperkukuh kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara.


Saya juga turut dijadual menyampaikan syarahan umum di Universiti Al-Azhar Al-Syarif selain bertemu para pelajar dari Malaysia di lokasi sama.


========



Angka 1.2 Juta Warganegara China Tidak Keluar Malaysia Adalah FITNAH PAS




Standing Onder sekooq ni saja yang buat fitnah. Kerajaan harus  ambil tindakan terhadap beliau. Selain sedang menunggu saman dari 3 orang MP dari DAP atas isu fitnah terkait  LIM Dari parti Komunis.Beliau dikatakan bsrcakap berkaitan isu 1.2 juta warga China. Semoga beliau hadap makan saman. 





Macamanalah Ahli Parlimen Kepala Batas [PAS] boleh kata 1.2 Juta warga China duduk di Malaysia secara tidak sah? 


Datuk Saifuddin Nasution, Menteri Dalam Negeri menjawab hingga terduduk Ahli Parlimen Kota Bharu berkenaan soalan ini di Parlimen dengan membentangkan fakta berikut;


1. Hanya 84,817 sahaja pelancong China yang belum keluar (melancong dan ada pas sosial).


2. Hanya 203 orang sahaja warganegara China yang dapat status kerakyatan Malaysia sejak 2013.


3. Tan Sri Muhyiddin sendiri mengatakan angka itu tidak benar 3 Disember 2019.


4. Dato Seri Hamzah Zainuddin sendiri mengatakan ia tidak benar pada 26 Ogos 2022.


PDRM juga dah mula memanggil penceramah bebas yang tabur fitnah di masjid dan surau.


Baca ; https://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-siasat-tindakan-khatib-sebuah-masjid-kupas-isu-beri-kewarganegaraan-kepada-rakyat-china-495555


Sebarkan, semoga fitnah fitnah pembangkang yang berterabur di group wasap, ceramah di surau dan masjid dihentikan.


Syam Ghaz



LAGI LANTIKAN BAGI KAKITANGAN KESIHATAN.

 

Sebanyak 3,200 pegawai perubatan, 350 pegawai pergigian dan 400 pegawai farmasi yang memohon lantikan kontrak (interim) di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dilantik secara tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pada 21 Oktober lalu.



KAKITANGAN KKM HINA PMX.

 W. Faudzim


Khabarnya bekerja di KKM.  Tapi komennya amat jelek sekali


KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Anwar Ibrahim Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) Fahmi Fadzil Saifuddin Nasution Ismail.