REZA KENA SAMAN
1MDB dan tiga anak syarikatnya saman Riza Aziz kerana dakwa mereka, Riza salah guna dana berjumlah USD248 juta untuk bikin filem dan berjudi.
Riza Aziz merupakan anak Rosmah Mansor bersama bekas suaminya, maksudnya dia anak tiri Najib Razak.
Salah satu filem yang dimaksudkan tu mungkin The Wolf of Wall St lakonan Leo de Caprio.
Saman ni bermula sejak 7 Mei 2021, dan siang tadi merupakan kenyataan pembukaan kes oleh peguam 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
NI NAK KATA APA PUN TAK TAU
Desa HM
Nak jilat Mat Nusi pun agak-agak la ..
Dia tak tau ka ,kalau kita kira nak dok ada mau gelombang kali kelima dah ni ..Mau kalau banjir mau dok pi lunggok selut dalam rumah dia ja,kena ajaq mcm tu ..
Sembang serupa cinonet ayam lagi ..
PERSEDIAAN PMX DAN KAKITANGAN KEMENTERIAN KEWANGAN UNTUK BELANJAWAN ESOK
Alhamdulillah, pada detik-detik terakhir pembentangan Belanjawan MADANI Ketiga 2025 esok, kesiapsiagaan Pasukan Belanjawan dan warga Kementerian Kewangan tampak begitu rapi sewaktu saya membuat tinjauan di pejabat Kementerian Kewangan pagi ini.
Kendatipun sibuk merangka Belanjawan yang terangkum dan penuh teliti ini, saya gembira melihat keterujaan Pasukan Belanjawan dan turut bergambar bersama mereka.
Usai mengambil gambar-gambar kenangan, saya menandatangani dokumen-dokumen berkaitan Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan esok di Dewan Rakyat.
Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada warga Kerajaan serta semua pihak terlibat yang telah memerah keringat dan memberi cadangan bernas untuk menjayakan Belanjawan 2025.
Insya-Allah, Belanjawan ini akan memacu lagi pertumbuhan ekonomi dan memberi keadilan kepada rakyat terbanyak.
#MalaysiaMADANI
#Belanjawan2025
UPSEREYNAPETEY
Dekat luar, dalam TikTok bukan main bergegar kritik Perdana Menteri. Tapi ketika sesi soal jawab kepada PM dalam Parlimen, top 3 pemimpin pembangkang tak hadir.
Cakap belakang dialah hero, suruh berdepan kecut telur. Tak ada kualiti, berani menyalak dari jauh je.
Kredit: MiLo SuaM
TAK PELIK AIHHH... BAB PENGORBANAN.... ORANG LAIN PUN BERKORBAN WANG RINGGIT JUGA..STRATEGI KENA BIJAK.. SEBAB TU TAK LEBIH DARI JOMELAH DARI YANG SECUKUPNYA. .
Pendedahan tentang 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗼𝗿𝗯𝗮𝗻𝗮𝗻 yang dibuat oleh 𝗦𝗵𝗮𝗺𝘀𝘂𝗹 𝗜𝘀𝗸𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿 𝗠𝗱. 𝗔𝗸𝗶𝗻 dalam pembentukan kerajaan perpaduan tu, sebenarnya tak ada apa yang pelik pun.
Cuma, macam biasa, pembangkang akan tunggang apa saja isu demi nak 𝗰𝗶𝗽𝘁𝗮 𝗻𝗮𝗿𝗮𝘁𝗶𝗳 𝗽𝗮𝗹𝘀𝘂 terhadap kerajaan.
Pertama, Shamsul kata dapat panggilan dari DS Anwar meminta supaya dia 𝗯𝗶𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗭𝗮𝗵𝗶𝗱 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴. Apakah terdapat sebarang kesalahan di situ? Mana ada!
Ketika itu sedang proses pengiraan. Dan dalam proses tu memang Shamsul dah ketinggalan pun. Apa yang DS Anwar minta hanya terima keputusan tersebut. 𝗧𝗮𝗸 𝗽𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗰𝗮𝗯𝗮𝗿 𝗹𝗮𝗴𝗶.
Bukannya DS Anwar suruh Shamsul 𝘁𝗮𝗿𝗶𝗸 𝗱𝗶𝗿𝗶, biarkan Zahid 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴. Dan juga bukannya Shamsul tengah 𝘭𝘦𝘢𝘥𝘪𝘯𝘨 tapi DS Anwar suruhnya agar berikan kemenangan kepada Zahid.
Jadi DS Anwar telefon Shamsul atau tidak, keputusan sebenarnya dah ada dan Zahid sedang mendahului pun. Cuma atas Shamsul 𝗻𝗮𝗸 𝗰𝗮𝗯𝗮𝗿 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮.
Yang pembangkang isukan kononnya DS Anwar dan Zahid menipu bahawa Kerajaan Perpaduan ini adalah 𝘁𝗶𝘁𝗮𝗵 𝗬𝗗𝗣 𝗔𝗴𝗼𝗻𝗴 ketika itu. Mereka dakwa DS Anwar dan Zahid telah berpakat sebelum PRU lagi.
DS Anwar kata kepada Shamsul kalau Zahid kalah nanti agak susah nak bentuk Kerajaan Perpaduan. Itu adalah perancangan. Tak boleh pun nak jadikan hujah kononnya 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗮𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗣𝗥𝗨.
Sebagai ketua, DS Anwar pastinya sudah ada 𝗣𝗹𝗮𝗻 𝗔, 𝗕, 𝗖 bergantung apa keputusan PRU. Plan A sudah pastilah PH menang majoriti mudah. Tapi bila dah tak capai, kenalah buat plan B.
Plan B mungkin pujuk pihak lain termasuklah UMNO/BN untuk bentuk 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗰𝗮𝗺𝗽𝘂𝗿𝗮𝗻. Bukan perkara pelik pun. Bukan berlaku di Malaysia je. Banyak negara dalam dunia pernah lalui keadaan itu.
Selain itu mantan YDP Agong sendiri pernah bercerita dalam satu video tentang 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗶𝗻𝘁𝗮𝗮𝗻 baginda agar 𝗱𝗶𝘄𝘂𝗷𝘂𝗱𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻.
Ada Baginda sebutkan dengan jelas yang Baginda dah berikan tawaran kepada PN tapi Mahiaddin dan Hadi 𝘁𝗼𝗹𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗵-𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗵. Malah Mahiaddin sendiri pun ceritakan perkara yang sama.
Jadi apanya yang tipu? Kerajaan Perpaduan memang hasil buah fikiran dan 𝗸𝗲𝗯𝗶𝗷𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗧𝘂𝗮𝗻𝗸𝘂 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵. Kalau Baginda sendiri yang cerita, dah tentu betul la tu. Kena nak kata Baginda menipu?
Sama ada wujud atau tidak pakatan antara DS Anwar dan Zahid sebelum PRU, tak mengubah hakikat yang kerajaan perpaduan adalah 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗶𝗻𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗯𝗮𝗴𝗶𝗻𝗱𝗮 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶.
Cuma, Shamsul sebenarnya tak perlu pun nak ungkit perkara ni. Tak bawa faedah kepada DS Anwar, kepada parti dan kepada kerajaan pun. Bahkan tak berikan dia apa-apa kelebihan pun.
Kalau dia rasa dengan pendedahan itu dia bilah jadi hero, 𝘴𝘰𝘳𝘳𝘺 la. Ia tak begitu. Yang terjadi sekarang, dia kelihatan seperti 𝘷𝘪𝘭𝘭𝘢𝘪𝘯 yang 𝗰𝘂𝗯𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗿𝗼𝘀𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗵𝗮𝗿𝗺𝗼𝗻𝗶𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘄𝘂𝗷𝘂𝗱.
Tak pasti kalau Shamsul berharap isu ni boleh bawa dia kembali ke arus perdana politik Malaysia selepas namanya 𝗮𝗴𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗻𝗴𝗴𝗲𝗹𝗮𝗺 pasca PRU15. Tapi rasanya mungkin dia akan lebih tenggelam selepas ini.
Harapnya selepas ini semua ketua parti/gabungan parti tolong ingatkan pimpinan masing-masing agar 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗼𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗻𝘂𝗵𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗮𝗵𝘂𝗹𝘂 supaya tak melulu keluarkan kenyataan.
Kita penyokong bermati-matian nak mempertahankan Kerajaan Perpaduan ni. Sakit hati bila ada segelintir pemimpin yang 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝗵𝗶𝗿 𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗼𝘁𝗮𝗸 sengaja rosakkannya dengan keluarkan kenyataan yang tidak perlu. Guane boh?
Raja Gelap II
.
PESANAN BUAT RAFIZI SUPAYA JANGAN JATUHKAN TARAF BERDEBAT DENGAN MAT JARGON. DIA BUKAN SETARAF ANDA.
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menegaskan beliau bersedia untuk berdebat dengan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam pelbagai isu termasuk isu mencetak wang dan BlackRock.
Begitupun, tegas Ahli Parlimen Machang itu, debat itu perlu dilakukan dalam platform yang neutral dan bukan di pod siar (podcast) termasuk yang di bawah kendalian Rafizi.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
ASYIK NAK HENTAM KERAJAAN SAJA.. WOIIII... KERAJAAN NEGERI DEME LA YANG KENA BUAT... NALLE TORQ... KARIWOLLEK..
RMS
Untuk info adik kakak, stesen bas ni bawah pbt, boleh diswastakan untuk dapat hasil sewaan..BERMAKNA BUKAN DIBAWAH KERAJAAN PUSAT.
Jangan lah nak hentam kerajaan saja, PMX dah tolong RM500 juta untuk baiki paip dalam tanah yang bocor (NCW), tapi kjaan PAS tanak signed dokumen,
PMX dah bantu siapkan LTSIP dgn kos RM440 juta Fasa 1, tambah lagi RM1.5 juta untuk panjangkan landasan..
lepas tu PMX juga bantu luluskan kos pam air untuk petani dgn kos RM 20 juta, malangnya kjaan negeri tak luluskan pengunaan tanah sehingga pam tak boleh digunakan..
Bila singgah Pasar Siti Khadijah, PMX luluskan 5.5 juta untuk naik taraf bangunan, bumbung dan tandas..
Dalam pada itu, Hospital Bachok yang terbengkalai bertahun tahun telah siap sepenuhnya, semua kelengkapan telah pun dibawa cuma menanti masa untuk perasmian saja..
Begitu juga lebuhraya Kota Bharu Kuala Krai Package 2B yang gagal disiapkan kerana masalah kontraktor yang sebelum ini dilantik oleh Annuar Musa dgn kelulusan PM ketika itu Mahyuddin yassin (Cengal Jati Sdn Bhd yang didenda RM30 ribu sehari.. sehinggalah EXCO Utiliti, pengangkutan Kelantan merayu agar JKR ambil alih dgn tanggungan hutang sekali sebanyak RM60 juta.. pun akan siap November ini..
Tapi bangsa walaun ni pernah nak bersyukur..??
Assalam dan Selamat Malam FnF dimana saja ANDA berada.
RMS.
YUSOF HASLAM INGIN KEKAL DIRUMAHNYA HINGGA AKHIR HAYAT.
“Hidup dan mati saya, Insya-Allah di rumah ini. Saya sayang rumah ini,” itu kata penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam, mengenai kediaman banglonya yang telah didiami hampir 30 tahun.
Menurut Yusof, terlalu banyak kenangan yang tersimpan dengan mahligai yang dibinanya sejak pembikinan filem Sembilu lagi.
Dianggap sebagai rumah warisan keluarga, katanya, dia tidak pernah terdetik untuk menjual atau meninggalkan rumah dibinanya itu.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
PIMPINAN HADIR ZIARAH MANGSA BANJIR DI TEMERLOH
Ketua AMANAH Temerloh Azizul Shah Mohd Noor bersama pimpinan Perpaduan Temerloh melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang baru di buka di SMK Bukit Cermin dan SMK Mentakab.Kedua-dua PPS ini menempatkan seramai 156 orang dari 53 keluarga.
Turut serta menyampaikan sumbangan Penyelaras Dun Kuala Semantan ,KC PKR Mahesh dan AMK Syahril Rizal Tajudin .
UMNO VS PAS
Che Ibrahim
Dulu dulu baloh UMNO vs Pas sehingga heret ke isu agama akibat fahaman politik suku agama suku dan perjuangan asobiah yang dianggap bercanggah dengan Islam.
Mana mana masjid/surau yg dikuasai oleh Pas, jangan harap orang UMNO nak gi mengajar, sama juga masjid/surau yang dikuasai UMNO, sah ustaz/tok lebai Pas tidak dibenarkan naik, bahkan nak dapat tauliah mengajar pun atau nak lantik tok imam masjid pun sentimen parti ni tetap berlaku.
Zaman UMNO jadi Kerajaan, susah nak lantik orang Pas jadi imam atau mubaligh, zaman Pas jadi kerajaan, susah nak lantik orang UMNO jadi tok imam atau pegawai dakwah halaqah atau nak jemput orang UMNO mari ceramah/kuliah atas masjid.
Lo ni sentimen perbalahan UMNO vs Pas atas isu agama nampak kendur dah, sentimen politik tidak ketara sangat dalam lantikan pegawai masjid atau pegawai agama atau pengkuliah, orang Pas tidak lagi was was untuk solat di belakang tok imam UMNO atau makan daging sembelihan orang UMNO, tapi dia timbul penyakit baru pula....penyakit Sentimen Aswaja - Wahabi🤣🤣🤣🤣🤣
TIDAK SALAH SHAMSUL SEKADAR MENGIMBAU KISAH LAMPAU
MSO
Flashback dibuat Shamsul Iskandar Md Akin tentang peristiwa tragis dalam pilihan raya ke 15 lalu yang digambarkan seolah-olah ada kautim di antara PH dengan BN amnya, dan khususnya di antara preiden PKR Anwar Ibrahim dengan preiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebenarnya tidak berbangkit dan perlu pun dibangkit. Ia juga bukan isu kubra menjelekkan.
Shamsul mendedahkan apa yang berlaku pada malam pengiraam undi untuk kawasan Bagan Datuk yang membabitkan pertandingan diantara beliau dengan Zahid Hamidi serta dua calon lain dalam piraum lalu.
Shamsul menceritakan bahawa pihaknya mahu SPR mengadakan perhitungan ulang disebabkan kerana kekalahammya dengan digit yang kecil 348 sahaja lagipun terdapat kira-kira 800 undi dibatalkan.
Situasi itu menyebabkan Shamsul mahu agar ia dikira semula untuk memuaskan hatinya. Kalau pun dikira semula belum tahu kemenangan berpihak kepadanya?
Namun hajat itu terhalang apabila presiden partinya melarangnya daripada minta diulang kira dan mintanta memerima kemenangan Zahid Hamidi dengan majoriti tipis 348 undi.
Shamsul akur dengan permintaan bossnya dan menerima keputusan SPR. Itulah adalah kisahnya. Ia patut titik disini sahaja.
Dalam hal ini tidak ada apa yang perlu dipolemikkan apa lagi hendak menuduh mana-mana pihak membelakangi demokrasi dan menganggap dengan kejadian itu demokrasi sudah mati dan sebagainya. Apa yang berlaku di Bagan Datuk itu, adalah rencah dan “politik games” halal yang biasa berlaku. Kejadian itu merupakan ketinggian daya tipu helah politik yang selalu berlaku dan ingin dilakukan. Politik demokrasi memerlukan kebijaksanaan sebegitu.
Kalau mana-mana pihak akur dengan keputusan dibuat sama ada ikhlas atau tidak, ia tidak boleh dipertikaikan lagi. Keptusan SPR muktamad apa yang boleh dilakukan adalah petisyen selepas itu.
Dalam hal ini calon PH Shamsul Iskandar sudah akur dengan permintaan bossnya. Disini beliau tidak boleh disalahkan kerana bossnya yang mahu memberikan kemenangan kepada Zahid kerana bossnya ada perkiraan lain yang lebih penting daripada kemenangan Shamsul itu. Dalam hekhilafan ini Shamsul lah yang perlu bertanggungjawab dan disalahkan.
Beliau perlu sedar dan tahu kenapa dia akur dengan permintaan itu. Beliau tidak boleh menyesali apa yang dilakukan itu. Sekiranya beliau pengamal demokrasi tulen, tegas dan telus, beliau tidak perlu akur dengan kehendak sesiapa jua hatta bossnya. Namun bila beliau sudah bersetuju dengan permintaan itu untuk apa dibangkitkan lagi. Disinilah kurang cerdiknya Shamsul.
Pun begitu saya yakin beliau menimbulkan perkara itu bukan untuk ditindak atau mengubah sejarah, tetapi sekadar mengimbau sesuatu yang tragis dan indah saja yang tidak diketahui ramai sebelum ini.
Dengan cerita itu juga secara tak langsung mendedahkan kenaifan politiknya dan kesetiaan tingginya kepada boss. Saya yakin Shamsul bangga dengan kejadian itu kerana ia boleh menghadiahkan sesuatu yang tidak ternilai kepada seseorang menjadi idolanya,
Pengorbanan atau kekhilafan Shamsul itu perlu diagungkan semua pihak khasnya penyokong dan ahli PH bukan dipersendakannya mengikut rentak lagu dan irama pembangkang yang kecewa dan gagal mencapai cita-citanya.
Justeru pengimbau balik kisah itu oleh Shamsul tidak perlu dipolemikkan dan terimalah ia sebagai suatu kemisterian dalam politik yang mana kemisterian sebegitulah akan menjadi faktor terjadinya sesuatu yang tidak terfikir berlaku tiba-tiba berlaku. Lebih indah lagi sesuatu yang berlaku itu menyeronok dan membahagiakan kita semua. Trims.
PESAING YANG MENAKUTKAN
Sekarang ni Malaysia 𝗽𝗲𝘀𝗮𝗶𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗸𝘂𝘁𝗸𝗮𝗻 bagi negara-negara jiran dan diakui oleh Thailand. Bukan macam masa PN dalam kerajaan dulu.
Masa tu Malaysia 𝗽𝗲𝘀𝗮𝗶𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁𝗮𝗻. PM masa tu pun ketakutan juga. Takut nak 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗶𝗮𝗿𝗮𝗻 𝙡𝙞𝙫𝙚 𝗱𝗶 𝘁𝘃, takut 𝗷𝘂𝗺𝗽𝗮 𝘄𝗮𝗿𝘁𝗮𝘄𝗮𝗻, malah 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗽𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 pun takut.
Sekarang ni mereka 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗸𝗲𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁𝗮𝗻. Takut kena 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝗿𝗮. Takut bila 𝗦𝗣𝗥𝗠 𝗺𝘂𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗶𝗮𝘀𝗮𝘁𝗮𝗻. Tu dengarnya ada bekas menteri rancang nak lari.
Pokoknya takut ni sifat 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵. Macam si menantu Mahiaddin. Kalau tak salah apa pasal 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁 nak balik Malaysia. Mahiaddin pun lindung menantu tu sebab 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗲𝗰𝗮𝗵 𝗿𝗮𝗵𝘀𝗶𝗮 𝗸𝗲?
Apa pun, bersyukurlah. Bawah pentadbiran DS Anwar, kehebatan Malaysia kini 𝗱𝗶𝗮𝗸𝘂𝗶. Syukurlah Allah telah selamatkan kita dari kehancuran. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Kemenangan untuk PAS? Tak juga. Adik beradik bukan mesti 𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗸𝗶𝗿𝗮𝗻.
Kemenangan untuk PAS? Tak juga. Adik beradik bukan mesti 𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗸𝗶𝗿𝗮𝗻.
Tapi kalau nak kaitkan keluarga, apa kata kita tengok anak pemimpin PAS. 𝗠𝘂𝗷𝗮𝗵𝗶𝗱 𝗬𝘂𝘀𝗼𝗳, 𝗙𝗮𝗶𝘇 𝗙𝗮𝗱𝘇𝗶𝗹 dan 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗡𝗶𝗸 𝗢𝗺𝗮𝗿, sekadar menyebut beberapa nama.
Itu anak pemimpin-pemimpin besar PAS. 𝗔𝗻𝗮𝗸. Yang dari kecil biasanya 𝗱𝗶𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗱𝗲𝗱𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 dengan doktrin parti. Tap kenapa mereka tolak PAS?
Kalau adik beradik, tak adalah apa sangat. Kehidupan mereka pun bukan sama. Suasana yang dijalani pun berbeza. Jadi pemikiran dan sentimen pun tak sama. Mungkin juga ada perasaan 𝗰𝗲𝗺𝗯𝘂𝗿𝘂 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗷𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 𝗮𝗱𝗶𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗱𝗶𝗸𝗻𝘆𝗮. Mana tahu kan?
Kesimpulannya,hal ni normal je. Tak payah jaja la Tapi kalau hal begini pun jadi berita, baik 𝘩𝘪𝘨𝘩𝘭𝘪𝘨𝘩𝘵 kenapa anak mantan pemimpin utama PAS 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗣𝗔𝗦.
Begitu terdesak PAS sampai cerita adik Zahid Hamidi masuk PAS pun nak dikecohkan. Sebelum ni cerita 𝗔𝗻𝗻𝘂𝗮𝗿 𝗠𝘂𝘀𝗮 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗣𝗔𝗦 yang dia sibuk jaja.
Rupa-rupanya Annuar Musa jadi punca kekalahan PAS dalam 𝗣𝗥𝗞 𝗡𝗲𝗻𝗴𝗴𝗶𝗿𝗶. Kalau kutip orang punya 𝘳𝘦𝘫𝘦𝘤𝘵, hasilnya pun yang 𝘳𝘦𝘫𝘦𝘤𝘵 juga la kan? Guane boh?
Raja Gelap II
.