Pejuang Reformasi
Ramai yang mungkin ingin melihat Hadi , Mahathir & Mahiadin boleh berjalan berpimpin tangan dan berkongsi pentas , 1 hari nanti dengan PMX
Tapi ....
Semuanya hampir MUSTAHIL ...
Pejuang Reformasi
Ramai yang mungkin ingin melihat Hadi , Mahathir & Mahiadin boleh berjalan berpimpin tangan dan berkongsi pentas , 1 hari nanti dengan PMX
Tapi ....
Semuanya hampir MUSTAHIL ...
Cinta Jannah Ahmad
Jangan bermimpilah nak ambil Selangor...PRK pun kalah apa lagi PRU 🙄
Masa nak suruh orang sokong bukan main elok ayat "orang bukan islam" tapi bila nak mengata keluar semua ayat kafir mengkafir atau ayat type C apa semua 😒
YBhg. Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah mengingatkan semua Pegawai Awam menerusi Mesyuarat Pengurusan Jabatan Perdana Menteri Tahun 2024 agar tidak membuat sebarang pernyataan awam melainkan yang diberi kuasa atau mandat bagi pihak Kementerian/ Jabatan. Jika disabitkan kesalahan dan mengingkari mana-mana peraturan yang sedang berkuat kuasa, tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada Pegawai Awam terlibat.
Rakan² penjawat awam, sila ambil perhatian.
Dr. HK
5.10.2024
Siap di anugerahkan dengan Pingat Tertinggi Pakistan dan anugerah Phd kehormat.
kemudian ke Bangladesh, lawatan singkat.
Selesai, balik Malaysia terus pula program di UPSI.
Nampak tak bagaimana berkatnya masa seseorang itu apabila banyak aktiviti dipenuhi dan di isi dalam tempoh yang singkat.
Sebab itu Saidina Umar Abdul Aziz hanya memerintah sekitar dua tahun, tapi keberkatan nya sehingga banyak aktiviti dan pencapaian yang diperolehi dan menjadi bahan cerita zaman berzaman.
Semoga Allah merahmati pemerintahan PMX dan kurniakan kesihatan yang baik kepada beliau.
Ameen.
Fairul al Qasas
PKR JANGAN KECIL HATI DENGAN NUR JAZLAN
5 October 2024
Walaupun sudah dua hari berlalu, masih ramai yang bercakap mengenai teguran Ahli MT UMNO, Nur Jazlan Mohamed yang menyatakan PKR dan Amanah bukanlah pemain sebenar dalam politik negara ini.
Sebaliknya, kata Timbalan Speaker Dewan Negara itu, UMNO, DAP dan GPS di Sarawak adalah watak utama dalam kerajaan perpaduan yang ada sekarang.
“Dalam konteks permainan poker politik, hanya mereka yang benar-benar ada skill, kekuatan dan pengalaman saja yang layak dan mampu bertahan di meja utama.
“Bagi saya hanya UMNO, DAP dan GPS saja yang boleh diibaratkan sebagai pemain poker profesional yang tahu bila nak “bluff,” bila nak “raise” dan bila nak ambil risiko.
“Parti ini saja pemain sebenar dalam politik Malaysia sejak awal merdeka dulu,” kata beliau.
Sehubungan itu, beliau juga mengingatkan kepada PKR dan Amanah bahawa politik ini bukan sekadar berharap kepada nasib semata-mata.
“Dalam Kerajaan Perpaduan, UMNO dan DAP adalah pemain utama yang menguasai meja poker sebab kita ada kekuatan ahli, penyokong dan jentera,” katanya.
PKR dan Amanah kena sedar mereka tidak ada kelebihan tersebut.
“Jadi mereka patut tak boleh duduk di meja poker. Biarlah saya cakap terus terang; bukan setakat dalam politik di nasional, di peringkat politik di Johor pun, PKR dan Amanah kurang layak duduk semeja main poker politik.
“Realitinya, mereka ini hanya passengers (penumpang) yang nak rebut seat (kerusi) dalam kapal terbang yang dikemudi dua pilot iaitu UMNO dan DAP,” tambahnya.
Khususnya kepada orang-orang PKR, tentu saja mereka tersinggung, melenting dan marah dengan apa yang dinyatakan Nur Jazlan itu kerana Perdana Menteri, Anwar Ibrahim adalah daripada PKR.
Tentulah sukar mereka menerima bahawa PKR bukan dianggap sebagai pemain utama sedangkan kerusi Perdana Menteri milik parti tersebut.
Tetapi, sebelum mahu membuka mulut dan mendongakkan mula meluahkan rasa marah, lihatlah realiti dulu.
Tanpa UMNO, dapatkah Anwar jadi Perdana Menteri?
Tanpa sokongan UMNO juga, mungkinkah datang sokongan daripada GPS?
Setelah terbentuk kerajaan perpaduan, lihatlah pula realiti sekali lagi – bukankah yang palng mewah menuai buah kejayaan daripada ladang kerajaan ialah UMNO, DAP dan GPS?
Tidakkah semua ini menandakan ketiga-ketiga parti itu merupakan pemain utama yang memang disedari oleh Anwar sendiri?
Pemimpin dan penyokong PKR dapat apa, malah ada pemimpin PKR mengeluh, mereka nak berjumpa Perdana Menteri di pejabatnya di Putrajaya pun masih sukar?
Dengan itu, kepada pemimpin dan penyokong PKR, jangan kecil hati atau tersinggung dengan apa yang dinyatakan oleh Nur Jazlan.
Beliau hanya memperkatakan kebenaran dan realiti yang sebenar.
Selain itu, dalam PRU16 akan datang, mahu tidak tahu, Anwar perlu bergantung sekali lagi kepada UMNO dan GPS untuk terus kekal berkuasa lagi bagi penggal kedua.
Itu pun, jika UMNO dan GPS masih sudi lagi untuk terus bersama Anwar?
Bagaimana jika jumlah kerusi Parlimen UMNO nanti jauh lebih besar daripada PKR?
Dalam PH, hanya DAP yang diyakini mampu bertahan dengan jumlah kerusi kemenangan seperti sekarang (40 kerusi) pada PRU16 akan datang, manakala PKR (31 kerusi) dan Amanah (8 kerusi) dipercayai akan kehilangan beberapa kerusi sedia ada berdasarkan penerimaan rakyat kini yang makin merosot kepada kedua-dua parti itu.
Hakikatnya, baik sekarang atau selepas PRU16 akan datang, UMNO dan GPS, selain DAP, sekali lagi akan menjadi pemain utama yang akan menentukan pembentukan kerajaan.
Bahkan, UMNO dan GPS juga tidak mustahil akan bekerjasama semula dengan PN sebagaimana mereka pernah bekerjasama sebelum ini jika bersama PH tidak lagi menguntungkan mereka.
Kata bijak pandai, tiada musuh yang kekal dan tiada kawan yang sejati dalam politik – yang kekal selama-lamanya hanyalah kepentingan peribadi.
PKR dalam hal ini kenalah sentiasa sedar dan ingat diri. – ShahbudinHusin 5Oktober2024.
https://shahbudindotcom.net/2024/10/05/pkr-jangan-kecil-hati-dengan-nur-jazlan.html
Miqdad Zakaria
Ustaz suruh zikir Hu Hu ke?
Kawan FB: Salam ustaz, boleh ke zikir Hu Hu Hu tu?
Saya: Boleh jika maksudnya hanya Allah
Kawan FB: Kan kita tak boleh amal ibadat yang takde nas?
Saya: Itu ibadat usul yang sudah ada dalil terperinci spt solat. Ibadat selain solat boleh qiyas dan pelbagaikan cara, spt ibadat zakat. Apatah lagi ibadat furu' / ranting spt zikir.
Kawan FB: Ustaz duk defend zikir Hu Hu tu ustaz amal ke? Ustaz nak suruh orang amal ke?
Saya: Saya tak amal dan tak suruh orang amal pun. Dia nak amal zikir ma'thur saja tu pun ok. Saya risau org ramai sibuk pertikai amalan orang lain, tapi mereka sendiri tak berzikir banyak pun.
Saya suruh orang berlapang dada dlm perkara khilaf ranting agama.
Saya suruh orang belajar lagi dari pelbagai sumber dan jangan taksub dengan sumber media sosial yang banyak pertikai itu tak sunnah ini tak sunnah tu jer.
Saya juga nak nasihatkan orang awam yg tak tahu baca teks kitab dan fatwa dlm bahasa Arab supaya bersopan terhadap ulama yg berpandangan berbeza dgn ulama panutan mereka.
Itulah Madaninya saya, hehe..
Sekian.
MSO
PKR dan Amanah nampak begitu marah sakan kepada Nur Jazlan Mohamed bila Jazlan perkecilkan PKR dan Amanah mengumpamakan tak pandai main poker.
Maksudnya Amanah dan PKR bukan kuasa besar dalam politik negara seperti DAP, GPS dan Umno. Untuk apa Jazlan menghina demikian seolah perbuatan itu dia tak sedar penyakit dialami partinya sendiri.
PKR dan Amanah tak payah kalut, ignore sahaja Jazlan ni. Orang buta tidak perlu ditunjuk pelangi, sia sia saja.
Kena faham yang Jazlan dalam truama kekalahan. Dia masih tak boleh lupakan dia dikalahkan dua kali oleh kawan kita Allahyarham Sallahuddin Ayub.
Dia masih cari penawar untuk sembuhkan kesakitan musibah itu. Trims.
Ceramah Uztaz Badlishah.
Ketika Allah membiarkan kita..
1. Sengaja meninggalkan solat.
2. Sengaja meninggalkan puasa.
3. Tidak ada perasaan berdosa ketika bermaksiat dan membuka aurat.
4. Berat untuk bersedakah.
5. Merasa bangga dengan apa yang dimiliki.
6. Mengabaikan semua atau mungkin sebahagian perintah Allah.
7. Menganggap enteng perintah-perintah Allah.
8. Merasa umurnya panjang dan menunda nunda taubat.
9. Tidak mahu menuntut ilmu syar'e.
10. Lupa akan kematian.
11. Gemar mencemuh dari bersyukur.
12. Menghabiskan masa mencari aib cela orang lain dari memperbetulkan salah silap sendiri.
Namun Allah tetap memberikan..
1. Rezeki yang melimpah ruah.
2. Kesenangan terus menerus.
3. Dikagumi dan disanjung banyak orang.
4. Tak pernah diberi sakit dan penyakit.
5. Tak pernah terkena musibah.
6. Hidupnya merasa aman sentosa.
Hati-hati kerana semuanya itu adalah ISTIDRAJ.
Ini merupakan bentuk kesengajaan dan pembiaran yang dilakukan Allah pada hambaNya yang sengaja berpaling dari perintah perintah Allah. Allah menunda segala bentuk azabNya.
Dari Uqbah bin Amir radhiallahu ‘anhu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda
“Jika kamu melihat Allah memberikan kenikmatan dunia kepada seorang hamba, sementara dia masih bergelimang dengan maksiat. Maka itu sebenarnya adalah istidraj dari Allah.”
Jamzuri Ardani
Pepatah Jepun kata kalau terjumpa seekor lipas di rumah, ada seribu ekor lagi yang tersembunyi.
Keadilan Kelantan malam ini digerak bangkit untuk menawan negeri itu. Ketua Setiausaha Politik Perdana Menteri Shamsul Iskandar Md Akin ketika merasmi mesyuarat agung Keadilan Cabang Gua Musang, mengistyharkan Gua Musang menjadi pengkalan untuk tawan Kelantan dalam piraum alan datang.
Dengan menyakini bahwa benih Keadilan masih ada di bumi Kelantan berdasarkan pencapaian lampau, Shamsul yakin Keadilan bisa bangkit yang akan bermula di Gua Musang kemudian menjalar ke seluruh Kelantan.
Tanpa menyebut kekalahan Pas di Nenggiri baru baru diambil sebagai momentum untuk kebangkitan Keadilan di Kelantan.
Shamsul yang pernah memimpin AMK optimis Keadilan mampu menawan Kelantan sekiranya semua anggota dan pemimpin parti itu disemua peringkat bermuafakat dan menanam azam untuk menguasai Kelantan.
Untuk itu Shamsul menyeru semua anggota parti melupai soal titik bengik dan menjadikan kritikan dan teguran sebagai semangat untuk perbaiki diri dan parti.
"Jangan mudah tersinggung dengan kritikan kerana perkara itu biasa untuk seorang pemimpin," ujarnya.
Amanat dan simbahan semangat oleh Shamsul itu akan jadi suntikan dan azimat baru buat Keadilan negeri Cik Siti Wan Kembang bangkit.
Katanya kejayaan dan prestasi baik kerajaan Madani hari ini boleh djadikan modal menyakinkan rakyat bahawa perjuangan Keadilan adalah perjuangan benar menempati ajaran Islam. Trims.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu, Saiful Adli Arshad berkata, bekas Ahli Parlimen Titiwangsa itu ada menghantar borang pencalonan namun kemudian memutuskan untuk menarik diri.
"Bagi jawatan Ketua Srikandi, hanya ada satu percalonan iaitu daripada Datuk Mas Ermieyati Samsudin dari Bahagian Masjid Tanah. Saya mengesahkan Datuk Seri Rina Harun ada menghantar borang pencalonan namun telah menghantar borang penarikan diri," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Apa yang korang nampak dari kenyataan 𝗝𝗮𝘇𝗹𝗮𝗻 𝗝𝗼𝗸𝗲𝗿 ni? Untuk aku, aku nampak 𝗸𝗲𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗺𝗮𝘁 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁.
Dia takut dengan kebangkitan PH terutamanya 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗞𝗲𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻 di Johor. Sebagai rakyat Johor, aku nampak Keadilan dah banyak 𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗳𝘂𝗻𝗴𝘀𝗶 𝗨𝗠𝗡𝗢 terutama di 𝗸𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗷𝗼𝗿𝗶𝘁𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂.
Sebab itu dia serang Keadilan dan Amanah. DAP dia tak serang. Sebab dia tahu 𝗠𝗖𝗔 𝗱𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 lagi di mata pengundi bukan Melayu. UMNO lebih perlukan DAP dan 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗠𝗖𝗔.
Jazlan tahu, untuk kawasan bandar dan separa bandar dah jadi 𝗸𝘂𝗯𝘂 𝗸𝘂𝗮𝘁 𝗣𝗛. Tengoklah dia sendiri. Tewas dengan majoriti lebih 30,000. Jazlan ni kiranya macam 𝗸𝘂𝗺𝗮𝗻 je dalam politik.
UMNO cuma dapat bernyawa di sekitar orang tua dan yang kurang pendidikan dan pendedahan. Orang yang 𝘁𝗮𝗸 𝗰𝗲𝗿𝗱𝗶𝗸 la senang cerita. PH sebagai pembangkang pun UMNO tak terlawan. Apa lagi kalau jadi kerajaan.
Sebab itulah dia takut sangat kalau dibentuk kerajaan perpaduan di Johor. PH akan dapat 𝗮𝗸𝘀𝗲𝘀 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗹𝘂𝗮𝘀 dan boleh tembusi kubu UMNO. Dah tentu UMNO akan 𝘁𝗲𝗿𝗸𝘂𝗯𝘂𝗿 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗻𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗻𝘁𝗶.
Bayangkan kalau UMNO mati, apa jadi pada si joker ni? Sedangkan sekarang pun dia 𝗱𝗮𝗵 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗽𝗮𝘀𝘂. Kalau UMNO lemah tak mustahil dia boleh jadi 𝗴𝗲𝗹𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 pulak. Mana dia tak risau.
Aku harap abang Mohamad Sabu tolong la nasihatkan pemimpin 𝗔𝗺𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 tu. Tak payah gadai maruah merengek nak jadi sebahagian dari kerajaan negeri.
PRN nanti kita lawan UMNO. 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗽𝘂𝗻𝘆𝗮. Kita lenyek UMNO sampai leper macam cekodok dilanggar treler. Lepas tu kita tengok 𝗨𝗠𝗡𝗢 𝗽𝘂𝗹𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗲𝗸 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻.
Silap silap 𝗝𝗮𝘇𝗹𝗮𝗻 𝗝𝗼𝗸𝗲𝗿 ni yang depan sekali merayu menangis teresak-esak nak jadi 𝘦𝘹𝘤𝘰. Muka macam dia tu, buat apa pun sanggup demi jawatant. So takyah la beriya nak join kerajaan sekarang. Kita tunggu PRN. 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗣𝗨𝗡𝗬𝗔!!! Guane boh?
Raja Gelap II
.