ANWAR BERTEMU PEGAWAI TERTINGGI JAKIM.


 Mengadakan pertemuan bersama pegawai tertinggi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini untuk berbincang beberapa perkara terkait hal ehwal Islam di Malaysia.






Platform ini penting mengambil kira perkembangan mutakhir khususnya mengenai prospek ekonomi dalam sektor halal di dalam dan luar negara, yang menagih kebersamaan antara agensi persekutuan bagi membantu merancakkan lagi industri halal Malaysia.


Pertemuan ini turut menyentuh soal pemikiran dan beberapa aliran yang menyimpang daripada fahaman ahli sunnah wal jaamah, justeru menuntut tindakan serius dan bersepadu oleh JAKIM dan agensi penguat kuasa bagi menyiasat serta membenteras segala bentuk aliran yang menyimpang sehingga ke akar umbi.


Intiha, saya tegaskan bahawa Kerajaan MADANI mengambil serius perkara sebegini yang menyentuh pegangan akidah dan syariat umat Islam di Malaysia. 


Moga Allah melindungi kita dan negara ini daripada sebarang bahaya dan ancaman yang menyimpang dan boleh merosakkan pegangan sebenar akidah dan syariat kita.


#MalaysiaMADANI



PMX BERTEMU MUFTI PERLIS.


 Usai pertemuan dengan JAKIM saya turut menerima kunjungan Mufti Besar Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.






Alhamdulillah kami sempat bertukar pandangan terkait pelbagai isu yang berlaku mutakhir ini khususnya menyentuh hal ehwal Islam.


#MalaysiaMADANI



JADI KERAJAAN 2 TAHUN DAH. TAK SELESAI LAGI BAB PMO DAN JKOM.????

 𝗞𝗣 𝗝-𝗞𝗢𝗠 𝗗𝗜𝗧𝗔𝗠𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 


Bekas KP J-Kom tak bagitahu kenapa dan MenKom perlu jelaskanlah. Tapi setuju dgn tindakan MenKom sbb setelah puas kita kritik dan bagi mcm-mcm saranan tapi tak nampak bergerak langsung. 


Saya pernah tanya MenKom tolong bagi 𝗧𝗜𝗠𝗘𝗟𝗜𝗡𝗘 utk kita bagi "𝗕𝗲𝗻𝗲𝗳𝗶𝘁 𝗼𝗳 𝗧𝗵𝗲 𝗗𝗼𝘂𝗯𝘁" tapi MenKom tak jawap. Saya tanya apa visi sebenar YB MenKom buat J-Kom, ke mana fungsinya?? 


Saya dah kata kalau harapkan bab perjawatan dari JPA ke SPA ke memang mampos le nak menunggu. Memang takkan bergerak kalau PMX tak campurtangan. Banyak kali tanya, tak jawap, 𝘀𝗼 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗳𝗮𝗵𝗮𝗺𝗹𝗮𝗵. 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮..!!


Bulan lepas 𝗣𝗠𝗢 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗖𝗢𝗠 yg meninggal. Hari ini 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 𝘁𝗮𝗺𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗣 𝗝-𝗞𝗢𝗠. Kita perhatikan shjlah apa rancangan PMO dan KemKom bab komunikasi ni.


Taktau nak cakap apa dah. Tunggu tengok lah MenKom nak buat apa pulak.? Ada perubahan yg diharapkan penyokong ke macam mana?


Wallahualam.


-Zus Din 

24092024

https://www.utusan.com.my/nasional/2024/09/pengarah-j-kom-mohd-khairuddin-ditamat-perkhidmatan/



KERAJAAN MANA NAK DENGAR SUARA BAWAH BAWAH NIH... LEKEH NGAT..

 

Zamzuri Ardani


Saya dah hint lama dah ... penyediaan bahan khutbah di semua negeri perlu dikaji dan pegawai-pegawai yang terlibat menyediakan bahan khutbah juga perlu melalui proses tapisan semula. Ada banyak tanda soal yang perlu dijawab dengan tuntas.





BUANG MENTERI KOMUNIKASI LEBIH DAHULU, BARU LANTIK KP JKOM YANG BAHARU

 

Sebagaimana dilaporkan media, Ketua Pengarah Jkom, Mohd Khairuddin Othman diberitakan telah mengesahkan kedudukannya sebagai ketua agensi itu telah ditamatkan.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas mengenainya dan meminta perkara itu ditanyakan kepada menteri berkaitan iaitu Fahmi Fadzil.

“Elok kalau tanya terus dan rujuk pada Menteri Komunikasi,” katanya.

Mohd Khairuddin dilantik mengetuai Jkom pada 1 Mac lalu bagi menggantikan Dr Agus Mohd Yusof yang juga ditamatkan perkhidmatannya  (diminta meletak jawatan) berikutan terdedahnya skandal “video Wahab” yang menggemparkan ramai.

Ini bermakna Khairuddin hanya sempat mengetuai Jkom selama enam bulan, berbanding Dr Agus yang memegang jawatan itu selama kira-kira 10 bulan.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka sama-sama gagal dalam tugas sebagai Ketua Pengarah Jkom di mana tiada pembayar cukai dapat melihat mereka berfungsi dengan sewajarnya membantu meningkatkan imej kerajaan melalui kerja-kerja komunikasi.

Dengan tidak sampai tempoh dua tahun, tetapi sudah dua Ketua Pengarah Jkom  “belayar malam”, ini bermakna inilah kerusi paling panas dalam kerajaan madani sekarang ini.

Saya sendiri antara yang kerap mengkritik kegagalan Jkom, baik ketika di bawah Dr Agus, mahupun di era Mohd Khairuddin.

Selepas ini, sudah tentu ramai yang melobi untuk mengisi jawatan tersebut, walaupun panas tetapi glamour.

Jkom adalah agensi di bawah Kementerian Komunikasi yang menterinya ialah Fahmi Fadzil.

Selain Jkom diperkatakan ramai, termasuk oleh kalangan dalam PH sendiri, sebagai gagal teruk dalam kerja-kerja komunikasi untuk kerajaan, baik ketika era Dr Agus mahupun Mohd Khairudrin, Fahmi yang menerajui Kementerian Komunikasi juga sebenarnya lebih banyak diperkatakan tentang kegagalannya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Ketua Penerangan PKR itu bukan saia dirasakan gagal membentuk atau mewujudkan jentera media sosial pro kerajaan yang berkesan melawan pembangkang sehingga setiap hari Anwar Ibrahim kelihatan “basah kuyup” dalam serangan dan kritikan yang lebih menguasai alam maya, malah media rasmi kerajaan seperti televisyen yang dibawah kendaliannya pun tidak berjaya dipertingkatkan keberkesanannya dalam menyalurkan maklumat kepada rakyat.

Kalau mahu dibandingkan bagaimana media berfungsi, khususnya televisyen kerajaan ketika era Mohamad Rahmat, Dr Rais Yatim dan lain-lain dengan apa yang berlaku ketika di bawah Fahmi, ibarat langit dengan bumi bezanya.

Jadi, siapa pun yang akan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jkom selepas ini, kebarangkalian untuk mereka gagal dan ditamatkan perkhidmatannya lebih awal adalah mungkin sekali.

Tidak mungkin Ketua Pengarah Jkom selepas ini mampu tampil berjaya jika masih di bawah menteri yang gagal.

Jika itu berlaku, bermakna sekali lagi masa dan dana pembayar cukai akan terbazir begitu saja.

Maka, elok jika Perdana Menteri fikirkan untuk buang Menteri Komunikasi terlebih dahulu sebelum mahu mengisi jawatan Ketua Pengarah Jkom yang baharu. – ShahbudinHusin 24September2024.


Gelar PM 'banduan terhormat' bertentangan nilai Islam - AMK






Oleh: Abdulah Zaid



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia menyelar sikap biadab Timbalan Ketua Pemuda Pas yang mendakwa Perdana Menteri sebagai ‘banduan terhormat’.



Ketua Biro Pemahaman dan Pemantapan, Ustaz Ashraf Hadi berkata, dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi itu bukan sahaja memalukan malah menunjukkan politik dangkal pemuda Pas yang menggunakan cacian serta tohmahan untuk kelangsungan politik.



"Sebagai sayap parti yang mendakwa memperjuangkan Islam, pemimpin pemuda Pas sepatutnya lebih bijak dan berakhlak dalam setiap tindakan dan kenyataan mereka.



"Malangnya, tindakan pemimpin pemuda Pas yang cuba membangkitkan fitnah lama ini jelas bertentangan dengan nilai-nilai Islam yang menekankan kepentingan keadilan, menjaga maruah dan kemuliaan akhlak," katanya dalam satu kenyataan.



Untuk rekod, Mohd Hafez Sabri menerusi satu kenyataan mengucapkan ‘tahniah’ kepada Perdana Menteri kerana mengakui dirinya sebagai seorang banduan.



Dengan sinis, Hafez meminta semakan terhadap kes-kes berkaitan selain berharap tiada lagi banduan seperti Anwar Ibrahim.



Mengulas lanjut, Ashraf menyifatkan sikap pemimpin pemuda Pas itu menyimpang jauh daripada tokoh-tokoh awal ulama Pas seperti Almarhum Ustaz Fadzil Noor yang menentang politik fitnah dan keji.



Bahkan katanya, Fadzil Noor juga tidak pernah menjadikan serangan peribadi sebagai modal politik.



"Oleh itu, AMK menyeru pemimpin pemuda Pas kembali kepada nilai-nilai Islam yang sebenar dan berpolitik secara berakhlak serta menjauhi fitnah yang tidak memberi manfaat kepada umat dan negara.



"Tindakan menggunakan fitnah lama hanya menzahirkan kejahilan dan mempersendakan ajaran Islam yang mengutamakan keadilan, menjaga maruah dan kebaikan dalam setiap perbuatan," ujarnya lagi.



Sabtu lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik sikap pemimpin muda pembangkang yang sering mengaitkan status beliau sebagai bekas banduan untuk dijadikan modal mengkritik pentadbirannya.



Sedangkan, kata Perdana Menteri, ketika beliau menjadi mangsa kezaliman dulu nama-nama besar dalam pembangkang seperti ulama Pas tampil membela beliau.



"Pemimpin-pemimpin Pas antara pertama benteng pertahankan kami dan menolak fitnah seperti Almarhum Fadzil Noor, ulama besar seperti Tok Guru Nik Abdul Aziz, imam besar seperti Taib Azimuddin, orang-orang ini yang pertahankan saya.



"Kerana apa, kerana mereka tahu hukum, mereka tahu Islam, mereka tahu itu fitnah, mereka tahu bagaimana sang saka tua zalim dan menindas rakyat," katanya dipetik.

·        

Mampukah Pembangkang Bawa Usul Undi Tidak Percaya?








Oleh: Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil



ULASAN: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) mencabar pembangkang untuk membawa usul undi tidak percaya terhadapnya pada sidang Dewan Rakyat datang telah diperlekehkan oleh Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari sebagai tindakan yang tidak melambangkan kejantanan. Fadhli menuduh cabaran yang dilemparkan oleh Perdana Menteri itu tidak bermakna kerana Kerajaan Madani tidak membebaskan kesemua Ahli Parlimen dari semua janji yang mengikat mereka untuk mengundi secara bebas di Dewan Rakyat.



Tiada perjanjian mengikat



Perkara yang dibangkitkan oleh Ahmad Fadhli sebenarnya tidak patut ditanyakan kepada Perdana Menteri kerana tidak wujud sebarang perjanjian yang mengikat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan semua Ahli Parlimen yang menyokong kepimpinan beliau selaku Perdana Menteri ke-10.



Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil



Perjanjian yang mengikat adalah antara Ahli Parlimen dengan parti politik yang mencalonkan mereka semasa Pilihanraya Umum ke-15 yang lalu. Kepatuhan yang diberikan oleh Ahli Parlimen kini bukan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi kepada parti politik yang mereka sertai, justeru tiada sebarang perjanjian yang mengikat ketaatan Ahli Parlimen kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim melainkan ketaatan mereka kepada parti politik yang disertai.



Speaker sentiasa bertindak adil



Ahmad Fadhli turut membangkitkan isu berkenaan status keadilan Speaker Dewan Rakyat yang akan melayan usul undi tidak percaya yang dibawa pembangkang. Perkara ini adalah sesuatu yang subjektif namun mengikut pengakuan dan janji oleh Tan Sri Datuk Johari Abdul di dalam Dewan Rakyat bahawa beliau apabila berada di kerusi Speaker akan sedaya-upaya berlaku adil.



Sebagai manusia pasti ada kekurangan Tan Sri Johari, namun beliau terbuka kepada teguran dan bersedia berunding dengan pembangkang. Layanan yang adil kepada pihak pembangkang dalam membawa usul undi tidak percaya juga mendapat jaminan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri bahawa tidak ada sebarang halangan akan diberikan kepada usaha membawa usul tersebut ke Dewan Rakyat.



Malah usul tersebut akan diberikan keutamaan untuk dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat akan datang, justeru tiada alasan untuk membentangkan usul tersebut apabila Perdana Menteri sendiri telah memberi jaminan terbuka di hadapan lebih 20,000 rakyat Malaysia.



Pembangkang perlu pulihkan ingatan



Cabaran Perdana Menteri kepada pembangkang untuk membawa usul undi tidak percaya terus diperlekehkan oleh Ahmad Fadhli dengan membandingkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak pernah membawa sebarang usul undi tidak percaya dalam usaha mendesak Perdana Menteri sebelum ini meletak jawatan.



Seharusnya Ahmad Fadhli makan ubat untuk pulihkan ingatan jika ada masalah cepat lupa kerana semasa Tan Sri Mahiaddin Md Yasin memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, beliau telah menggantung persidangan Parlimen selama lebih setahun bagi mengelakkan sebarang cabaran terhadap keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri dipertikaikan.



Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri telah mencabar tindakan Tan Sri Mahiaddin menasihati Yang di-Pertuan Agong menggantung Parlimen semasa tempoh darurat di mahkamah.



Justeru tidak timbul isu Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan membawa usul undi tidak percaya semasa beliau mendesak Perdana Menteri sebelum ini berundur kerana platform rasmi untuk membawa usul undi tidak percaya telah dimandulkan oleh Mahiaddin.



Sanggupkah bawa usul tidak percaya?



Perkara asas kini yang perlu dijawab oleh Ahmad Fadhli adalah kesanggupan pembangkang untuk membawa usul undi tidak percaya sebagai cara untuk mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.



Pembangkang perlu mengikut undang-undang dan bukan sewenang-wenangnya menggesa Datuk Seri Anwar 'turun' daripada jawatannya. Perbuatan mengadakan demonstrasi yang hanya disertai oleh 30 orang di hadapan kediaman rasmi Perdana Menteri bukanlah langkah yang wajar dan sesuai, Dewan Rakyatlah gelanggang yang paling ampuh untuk menguji kejantanan dan Datuk Seri Anwar telah membuka gelanggangnya.



Jadilah anak jantan dan berhenti berdalih. Jika benar Datuk Seri Anwar gagal sebagai Perdana Menteri maka gabungan politik yang menyokong beliau akan menunjukkan jalan keluar kepada Datuk Seri Anwar di Dewan Rakyat.



_______________________________________________________________________________

Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan Selangor

 

BENARKAH REFORMASI SUDAH MATI?


Pengerusi PN, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin mendakwa, kemenangan PN di kerusi majoriti Melayu dan kawasan campuran adalah bukti penolakan besar-besaran orang Melayu dan masyarakat bukan Melayu terhadap gabungan Kerajaan perpaduan yang diterajui oleh Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi. "Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi yang menerajui gabungan ini mesti mengambil tanggungjawab moral dengan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dengan serta-merta," katanya, lapor Harian Metro. Layari kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia. Berita Politik | Politik Malaysia Terkini | Parlimen Malaysia | Live Talk Show Bicara Mahkamah | Live Talk Show Bicara YB Khalid Samad | Live Talk Show Antara Politik & Undang-Undang | Live Talk Show Bicara Semasa





PM salur sumbangan banjir 202 ketua isi rumah di Pulau Pinang

 

PM salur sumbangan banjir 202 ketua isi rumah di Pulau Pinang




Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan sumbangan bantuan khas RM500 kepada seramai 202 ketua isi rumah yang terjejas akibat bencana banjir di Pulau Pinang pada minggu lepas.



Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Kanannya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Kepada Mangsa Bencana Pulau Pinang di Dewan Besar Sungai Dua, Butterworth hari ini.



Kesemua penerima tersebut merupakan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Utaran dan Seberang Perai Tengah.



"Semua keluarga yang berdaftar dengan PPS juga akan menerima sumbangan RM1,000 daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).



"Justeru itu, setiap keluarga yang terjejas akan menerima RM1,500 keseluruhannya. Jelas, kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat prihatin dan terkesan dengan musibah banjir ini," katanya dalam hantaran di Facebook.



Shamsul Iskandar berkata semoga bantuan khas tersebut dapat membantu ringankan beban semua mangsa yang terjejas tambahan pula bagi masyarakat Hindu tentunya amat terkesan di mana perayaan Deepavali bakal menjelang tiba pada bulan depan.



"Saya ucapkan terima kasih kepada semua agensi kerajaan yang terlibat seperti Angkatan Pertahana Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan lain-lain. Doa doa saya buat mangsa banjir yang terlibat agar tabah dalan menghadapi ujian ini," ujarnya lagi.



Sebanyak 11 PPS dibuka dari 17 hingga 21 September lepas, berikutan kejadian banjir itu yang menempatkan 760 orang daripada 202 keluarga, sebelum kesemua mereka kembali ke kediaman masing-masing pada Sabtu.