FUHHH.... DIA LAGI.

 

Norshidah Md Daud


Hakak baru nk up post...



Banyaknya duit si ostard ni pakai pone mahal

Tapi umrah x mampu katanya, siap ditaja

Bil letrik mintak sedekah


Tapi tu la, anak murid dia paling kanan bgtau tadi suh husnuzon

Maybe dia ambik plan telco bayar bulan2 tu


Akak pun malas nak gadoh ngan dia

Ye la dah dia anak murid paling kanan


Kang cakap lebih2 hakak pulak atas kerusi roda tu nanti ๐Ÿ˜ž


Kak AAwie Noraliza Binti Alitanya tadi ape kelebihan phone ni 


Hakak xtau, tapi hakak rasa phone ni dapat memanjangkan yang pendek dalam gambar

Serta menutup cagu2 yang nyata


Nk tau sape anak murid plg kanan tu?

Boleh tanya kak AAwie Noraliza Binti Ali



HANG PI NGADAP LA WOIII..


Najib Bakar


 Kalau Harakahdaily Suffi Kamari lah admin ni. Nasib baik JPA pantas jawab fitnah. 


Haih main dengan puak gila kuasa ni.



TAHUN NI DASAR DAH BERUBAH KAH?

 

Exco Kelantan ni ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐—ฝ๐˜‚๐—ฎ๐˜€ ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ถ ๐˜ผ๐™ข๐™ง๐™–๐™ฃ ๐™๐™–๐™ฃ๐™จ siarkan satu ๐˜ƒ๐—ถ๐—ฑ๐—ฒ๐—ผ ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ธ ๐—ฑ๐—ถ ๐—•๐—ฎ๐—ฐ๐—ต๐—ผ๐—ธ, ๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ป.



Apa yang dia tak puas hati, aku pun tak tahu. Tapi bila dia kata video tu video lama, bermakna sahihlah video itu ๐˜๐˜‚๐—น๐—ฒ๐—ป.


Bermakna betullah kejadian itu berlaku di Kelantan. Baru ๐˜€๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐—น๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐˜€. Tak adalah lama sangat. Ertinya MB dan Exco ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด.


Adakah ini bermakna di Kelantan pun diadakan acara yang ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐˜‚๐—ต๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐—บ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ, sepatah kata Azhar Idrus.


Tak payahlah marah Amran Fans. Marah la diri sendiri tu. Tanya apa yang kamu dah buat sebagai exco tak halang ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—น๐—ฎ๐—ด๐—ต๐—ผ seperti ini berlaku.


Kalau peringkat pusat, ada penceramah suruh anak muda suruh lawan kerajaan. Suruh cari syahid. Jadi yang di Kelantan ni pun sama ke?


Keluar video baru setahun dah bising. Dia main video DS Anwar lebih 10 tahun dulu ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜น je. Sikit-sikit Allah ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐˜๐˜‚๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ธ. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



BUDAK BARU NAK BESAR.. BUAT PERANGAI. KONONNYA HEBAT..




Semalam memang mendidih baca komentar ๐—ธ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ ๐—ช๐—ฎ๐—ป ๐—™๐—ฎ๐˜†๐—ต๐˜€๐—ฎ๐—น dalam BN, ๐—”๐—ธ๐—บ๐—ฎ๐—น ๐—ฆ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐—ต. Tentang nak gerak solo la, UMNO parti dominan la, nakkan jawatan Menteri Komunikasi la.


Tapi hari ni jumpa video ucapan ๐—ง๐—ถ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฟ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป ๐—จ๐—บ๐—ป๐—ผ ๐—ง๐—ผ๐—ธ ๐— ๐—ฎ๐˜. Sejuk sikit hati. Ini cara orang lama main politik. Lembut  cakap beralas. Bukan bingung macam ๐—ฏ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ต ๐˜๐˜‚.


Tapi masih lembut sangat. Orang ๐—ธ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—น macam Akmal tu perlu diberi peringatan lebih jelas, keras dan tuju tepat pada dia. Takut kalau berkias sangat dia ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐—ณ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—บ. Biasalah. Otak level Wan Fayhsal mana faham bahasa. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


MAKNA KATA DASAR TAHUN LEPAS DAN TAHUN NI TAK SAMA LA YA.?


Che Ibrahim


 "Hasil semakan segera didapati rakaman persembahan tersebut telah berlaku lebih setahun dahulu dan dimuat naik semula oleh Amran Fans yang mempunyai jumlah pengikut seramai 361,000 orang." - Exco Kelantan, Hilmi Abdullah


Baca di โฌ‡๏ธ




SYARIKAT KENA BAYAR.




 Ni baru betul...

Syarikat penerbangan kena bertanggungjawab...

Terbaiklah menteri pengangkutan..




MELINGKUP LA.. TAPI DENGAN PAS PUN JANGAN

 


Tiada seorang pun pemimpin PAS yang hadir beri sokongan buat Muhyiddin di Mahkamah Gua Musang hari ini. Adakah ini tanda2 Abah bakal melingkup tak lama lagi?

Video: go.my/Muhyiddin-tiba-di-Mahkamah-Gua-Musang.



MP BENGGONG SI FADLI NI TAK TERASA MALU GAMAKNYA...

 

Mula-mula aku tak hirau sangat berita ni. Tak ada pun yang pelik. Sekali baru aku perasan. Laa... Di ๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฟ๐˜‚๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ. Ingatkan di Bangladesh.



Sebab setahu aku, hantar tenaga kerja keluar ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฏ๐—ถ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ ๐—•๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—น๐—ฎ๐—ฑ๐—ฒ๐˜€๐—ต. Mereka memang pengeksport tenaga kerja. Tapi bila di Kelantan...


๐˜‘๐˜ฐ๐˜ฌ๐˜ฆ ๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ฅ๐˜ฆ, benda ni tak pelik pun. Tapi dibuat bahan lawak sebab mengenangkan ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜„๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜‚๐—ป cakap besar dan berlagak sebelum ni.


Mereka kutuk negeri-negeri yang ditadbir oleh ๐—ฃ๐—› dan ๐—•๐—ก. Tak cukup itu, mereka reka cerita konon PH ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ถ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฑ๐—ฏ๐—ถ๐—ฟ dan jaga ekonomi.


Tapi akhirnya, di negeri yang dipimpin oleh pihak yang ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ ๐—ด๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—น tu la yang dihantar rakyat mereka. Dah tu dia ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ ๐—ฝ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ธ ๐˜๐˜‚.


Dah lebai yang konon hebat sangat, tak mampu ke nak sediakan peluang pekerjaan? ๐—–๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ฝ ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐˜๐—ฎ๐—ฝ๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ต. Itulah kejadiannya.


Tapi tak ada masalah pun. Sebagai rakyat Malaysia, boleh je nak kerja di mana-mana selagi dalam negara. Cuma, ๐—ธ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜ ๐˜€๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ.


Lebai selalu bercita-cita nak memerintah Selangor sebab negeri tu kaya. Tak mustahil kalau pekerja ini dihantar sebagai ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฑ๐—ถ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ.


PH tak boleh pandang enteng perkara ni. Perlu adakan rancangan untuk hadapi sekiranya ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ถ๐˜๐˜‚ ๐˜๐˜‚๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ. Lebai ni ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐—น๐—ถ๐—ฐ๐—ถ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐˜. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


BERITA BURUK KEPADA DAIM & ISTERI! KENYATAAN PANAS DARI PIHAK MAHKAMAH!


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menolak permohonan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin supaya kes gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah dihadapinya, didengar hakim Mahkamah Sesyen lain. Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas mendapati pemohon gagal membuktikan kemungkinan berlaku berat sebelah dalam perbicaraan itu. Peguam Nizamuddin Hamid yang mewakili Daim dan isterinya Naโ€™imah Abdul Khalid tidak membantah keputusan itu. Dalam prosiding hari ini, Nizamuddin turut memohon pengecualian kehadiran Daim dalam prosiding permohonan atas alasan kesihatan. Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin kemudiannya memohon mahkamah memerintahkan tertuduh dihantar untuk pemeriksaan mental di hospital kerajaan yang digazetkan. Menurutnya, berdasarkan laporan perubatan pihak pembelaan, tertuduh disahkan mengalami beberapa serangan strok dan keadaan itu menyebabkannya jatuh hingga retak tulang. Jika dilihat keadaan tertuduh, perbicaraan nanti kemungkinan tertuduh tidak dapat hadir. Yang utama ialah kesihatan mental tertuduh, katanya menurut Berita Harian. Wan Shaharuddin menjelaskan Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah boleh digunakan untuk menilai sama ada Daim layak dibicarakan. Azura menetapkan 17 Oktober depan keputusan permohonan itu. Daim sebelum ini memfailkan permohonan untuk memindahkan kes pada 7 Mei lepas atas alasan antaranya terdapat kemungkinan berlaku ketidakadilan dan prejudis terhadapnya kerana kes isterinya, Naโ€™imah Abdul Khalid juga didengar di hadapan hakim sama (Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi). Pada 29 Jan lepas, Daim atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin, 86, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah. Naโ€™imah, 66, pula didakwa pada 23 Jan lepas atas satu pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Mereka didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan.






TAK PAYAH LA TERIMA SELAGI HADI AWANG ADA- PAS KAJI BAIK BURUK SERTAI KERAJAAN! SETUJU KA ANDA SEMUA PAS SERTAI KER...



Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin mengakui terdapat usaha daripada pihak tertentu yang mempelawa parti itu untuk bersama dalam kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Malah, katanya, perkara itu juga ada dibangkitkan pada Majlis Syura Ulama, namun secara sepintas lalu dan belum ada sebarang keputusan muktamad. โ€œKita perlu kaji dan tengok baik buruk mengenainya dan adakah dalam kerjasama di dalam kerajaan itu ada DAP dan sebagainya. Perkara itu akan diteliti sebelum sebarang keputusan dibuat. โ€œYa, memang ada usaha daripada pihak tertentu yang mengajak kita bersama di dalam kerajaan perpaduan dan kita belum buat apa-apa keputusan lagi,โ€ kata Hashim yang dipetik Utusan Malaysia, dan disiarkan hari ini. Menurut musyidul am PAS itu, sebagai parti tunggal yang mempunyai kerusi terbanyak di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) majoriti Melayu sudah pastinya, kerjasama itu boleh membantu memperkuatkan kedudukan kerajaan. Namun, untuk bersama di dalam kerajaan perpaduan, Hashim berkata PAS memerlukan kajian dan perbincangan lebih menyeluruh. โ€œAda baik dan buruknya perkara tersebut dengan PAS masih tidak membuat sebarang keputusan muktamad mengenainyaโ€, katanya lagi. Pada Februari lalu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang menegaskan partinya tetap beristiqamah bersama "Islam yang berkuasa" dan bukan sebaliknya dengan "Islam sekular yang tidak berkuasa". Kata Presiden PAS itu "Islam sekular" tersebut dicacatkan oleh penjajah dengan meninggalkan petunjuk Allah, seterusnya membawa akibat buruk yang dapat disaksikan sekarang. Mengulas mengenai aspek perpaduan yang kini menjadi perbincangan, Abdul Hadi berkata, perkara itu dilihat penting sehingga menjadikan semua menguar-uarkan perpaduan. Pada Jun lalu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil tidak mengesahkan mahupun menafikan khabar angin kononnya PAS mungkin menyertai kerajaan perpaduan tetapi dia menegaskan terdapat perbincangan antara kerajaan dan pembangkang, khususnya membabitkan pemimpin negeri. Bagaimanapun, Fahmi tidak menyatakan secara jelas sama ada perbincangan itu termasuk dialog eksklusif antara kerajaan pusat dan PAS. Perkara itu sekali lagi dinafikan oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengesahkan parti itu tidak bercadang untuk menyertai kerajaan gabungan pimpinan Pakatan Harapan-BN.




KEMPEN MASUK SEKOLAH KAH UNTIT NI.

 Desa HM


Mereka dah lama merancang..



Kita jer yang tak nampak...


Hihihi... untit masuk buat program di sekolah... GB ni pun untit gak kot...


Hmmm... PRN Mahkota ni banyak lagi sekolah boleh buat program kanak2... jemput untit ni masuk...


๐Ÿค”๐Ÿค”๐Ÿค”๐Ÿค”



OWHHHH... UPSEREYNAPETEY


RMS


 Aku tak hina Kelantan, wife pun orang sini, tapikan bila semua hiburan disekat, dilarang pasti ada yang over excited bila ada peluang..



Bukan salah tok guru, ustaz  kerana tok guru memang tumpukan pada golongan yang sealiran saja, golongan kaki masjid dan usrah..kerana itu kes penyalahgunaan dadah, jenayah maksiat berleluasa kerana mereka bukan dalam skop tok guru..


*Gambar Hiasan.



MEREKA AKAN TERPERANGKAP JUA. PENYAMUN HARTA NEGARA TIDAK BOLEH LARI LAGI.

 

Gino Marvela. 


Dalam awal tahun ini GM pernah terkeluar cakap memang sedang berurusan dengan FDI, transaksi beberapa perbankan, dan jual beli @ pindah milik perbankan itu sendiri. Dalam tangan memang ada 3 entiti sedang di uruskan. 


Dan sudah tentu kami juga buat siasatan dalaman. Silap hari bulan, entiti pegawai dalam BNM itu sendiri bakal terkait. 


Tapi, kami bukan bodoh nak dedahkan butiran terperinci terkini. Kami akan guna 3rd parti utk sebahan umum. Jadi, kalau ada mana2 pihak lain juga yg lakukan siasatan...kami hulurkan apa yg perlu.


Rasuah tak buleh di biarkan berterusan dan berlarutan terlalu lama. Tindakan-tindakan sebeginilah yg buatkan ahli-ahli politik dan kroni-kroni kepada ahli politik yg mahakaya amat tidak suka kpd pentadbiran sdra Anwar Ibrahim.


Maka, dari sinilah momokan si korup berkata...

๐Ÿ‘‰ Anwar Ibrahim lebih teruk & kejam berbanding Mahathir, Muhyiddin Yassin, Mael Sabri mengurus negara.


Kata-kata itu mula tersebar ketika SPRM menyiasat si mata satu atas kerusi roda. Akauntan yg sama inilah juga yg memegang segala aset & harta ulamraja entiti Melayu yg tak malu berdarah Kerala. 


Jadi, dh faham kan mengapa usaha yg sdra Anwar itu sendiri cuba melakukan Reformasi & tegakkan tatakelola kadangkala gagal ? 


Kerna puak inilah juga yg selama puluhan tahun korupsi telah berakar  ke setiap agensi/badan.


Kerna puak yg sama inilah juga kadangkala cuba main sentimen negatif pasaran dan kadangkala menarik keluar aset/sumber dari pasaran.


Dari korupsi peringkat pertama, harta ismet ulam raja tadi di sucikan/bersihkan melalui pelaburan-pelaburan legal atau sah di pasaran. Di sebabkan inilah kadangkala SPRM yg menyiasat berada di jalan buntu. Maka audit forensik satu persatu akan melibatkan LHDN akan berlaku. Apabila naik kepada suatu peringkat, akan ada mata-mata perkakas korupsi yg berakar inilah membocorkan rahsia dalaman. 


Kita naikkan gaji...kita naikkan elaun. Kadangkala bonus saja 5-8 bulan berdasarkan jumlah gaji. Apabila terjerutnya tengkuk sang korupsi, petualang dalaman inilah yg akan acapkali bersekongkol membocorkan rahsia dalaman.


Kemudian ahli politik yg kepanasan tadi, akan mengeluarkan beberapa kenyataan di media. Jika dia tidak bercakap, peguamnya akan bercakap di media tak kiralah melalui wartawan atau sengaja menulis di media sosial. 


Parti-parti politik yg sengaja menutup mata, akan cuba menceduk di air keroh. Jika mandrem bangsa & agama di gunakan, maksudnya adalah mana-mana ahli politik korup yg di sentuh. ๐Ÿ˜Š


Kadangkala GM sendiri hilang seminggu dua dalam penulisan bahkan kadangkala melebihi 1 bulan tidak berkarya.


Dalam tempoh tu, adalah perkara yg kami lakukan di luar sana. Nak banteras 100%, memang sukar kerna kebusukan rasuah itu telah berakar lama sejak zaman pengswastaan bermula lg. 


Kalau bagi kami, peduli apa si petualang-petualang ini gelar Anwar sbg org yg lebih kejam! Itu dh cukup baiklah SOSMA itu tak di kenakan sebagaimana ISA yg di salahgunakan kpd pihak lawan yg bersuara. Kalau ikutkan jiwa kami, habiskan saja petualang & penyangak korupsi itu melalui SOSMA. 


Tapi itu tak berlaku...


SPRM, PDRM, LHDN adalah agensi yg lebih sesuai berurusan. Sementara itu, kami cuba meneliti kaunter pasaran dan impian kami Ringgit akan menuju ke RM4.2/dollar. 


Lani dh hampir bulan 9. Ada 3 bulan lagi nak habis tahun. Apakah Malaysia mampu akan pergi ke RM4.0 di hujung tahun ? 


Jika perjalanan ini sempurna, tahun hadapan adalah tahun yg paling baik. Kami akan cuba tekan lagi sampai RM3.8/dollar. Cuma masalah negara kita tahun hadapan, kita kekurangan sumber simpanan makanan negara. Harap pihak kerajaan buleh lakukan tindakan drastik atasi masalah ini. 


Apakah kita tidak mampu capai ke RM3.7-3.8/dollar ? Malaysia mampu...kita dah lalui RM4.78/dollar, kini semakin menguat ke arah RM4.3 dalam beberapa bulan saja. 


Selagi korupsi dan rasuah di banteras, susun kembali ekonomi, lebarkan peluang niaga & pekerjaan, banyakkan sektor pelaburan asing masuk ke Malaysia, wujudkan sektor tani utk sumber makanan negara yg secara tak langsung mendidik usahawan tani berniaga... InsyaAllah, ketika KDNK mula menguat...tak mustajil Malaysia akan capai RM3.5/dollar di bawah tangan sdra Anwar. 


Kami bukan taksub kpd sdra Anwar dan politiknya. Persoalannya di sini, siapa yg mampu menguruskan perubahan ekonomi kepada lebih baik.


Sdra Mahathir dh jadi PM 2x, Muhyiddin juga bersama parti pas dh jadi kerajaan menerusi tebuk atap, kembali pula kpd tangan Mael Sabri dari umno. Halatuju ekonomi jadi lebih buruk dgn hutang yg sangat tinggi. 


Sekali lagi nak di tanya, kalau bukan Anwar...nak harapkan pd siapa lg ? Berdegar cakap saja kunun ada lg yg lebih baik. Awat ada kalangan yg lebih baik itu tak guna peluang ketika mereka pernah jadi kerajaan yg lepas membaiki segala kelompongan ?


Nak harapkan kpd Hadi Awang yg ambil gaji dan elaun tapi tak boleh masuk ke Arab Saudi dan jirannya ?



MP BENGGONG CUBA TIPU PENGIKUT YANG BENGGONG JUGA.

 


Dia punya tulis tu macam la Mahiaddin terlepas. Tapi rupanya setakat ๐™œ๐™–๐™œ ๐™ค๐™ง๐™™๐™š๐™ง dab ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ท๐—ฎ๐—บ๐—ถ๐—ป ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ je.



Yang dia tak tulis, ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐˜„๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ธ๐—ฎ๐—ป. Bererti ada kes. Maknanya ada kemungkinan Mahiaddin akan ๐—ฑ๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ถ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต.


Cara dia tulis pun menunjukkan betapa ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ธ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ dalam mempertahankan kebiadaban presiden mereka. Guane boh?


 

Raja Gelap II 



KENYATAAN MEDIA SEKRETARIAT KERAJAAN PERPADUAN









Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia yang berlangsung pada 27 Ogos 2024 di Seri Perdana, Putrajaya telah mengadakan perbincangan dan membuat beberapa ketetapan seperti berikut:


1. Mesyuarat menzahirkan kesyukuran dan mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional kerana memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri dengan majoriti besar. 


2. Menyokong penuh calon Barisan Nasional di PRK DUN Mahkota, mewakili Kerajaan Perpaduan Malaysia yang bakal dinamakan oleh kepimpinan tertinggi Barisan Nasional dalam masa terdekat.


3. Seluruh jentera parti-parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan Malaysia terutamanya Barisan Nasional dan Pakatan Harapan akan digerakkan sepenuhnya bagi memenangi hati dan sokongan pengundi di DUN Mahkota dari kalangan pelbagai kaum dan agama.


4. Mesyuarat memperakui struktur jentera Kerajaan Perpaduan Malaysia bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil N.29 DUN Mahkota sebagaimana berikut:


a) Pengarah Pilihan Raya Kecil: YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi.    

                                                                                                                                                          b) Penyelaras Jentera Pakatan Harapan: YB Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan.

 

5. Mesyuarat turut memandang serius isu-isu mengenai 3R dan menegaskan akan menumpahkan taat setia serta terus mempertahankan kedaulatan dan kedudukan DYMM Raja-Raja Melayu sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.


Dr Asyraf Wajdi Dusuki,

Ketua Sekretariat,

Kerajaan Perpaduan Malaysia.



KULIAH PENDEKATAN TASAUF IMAM JUNID.

 [27/08, 11:52 pm] Dato Hassnuddin: Pentingnya pendekatan Tasauf Imam Junid Al-Bagdadi *PART 1.



[27/08, 11:52 pm] Dato Hassnuddin: Pentingnya pendekatan Tasauf Imam Junid Al-Bagdadi *PART 2*





PUAK GHILAU DAN PELAMPAU AGAMA.

 

Ada golongan yang menggunakan agama sebagai alat politik untuk meraih kuasa, bukan untuk menyebarkan kasih sayang dan rahmat Tuhan. Perlu diingat, mereka ini bukanlah ulama sebenar, tetapi golongan ekstremis yang memecah-belahkan umat dengan agenda mereka sendiri. Islam adalah agama yang membawa perpaduan, bukan kebencian. 



Wajarkah kita mengikut ulama' sebegini? Yang hanya membawa fitnah kepada agama suci?



MUFTI PERLIS DR MAZA PATAHKANHUJAH BIADAP MAT JARGON YANG BIADAP!


Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Palestin datang dari diri Perdana Menteri itu sendiri. Menurutnya, ucapan PMX pada Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk Al-Aqsa dan Palestin bukan lakonan politik. โ€œSaya hadir ke majlis ini. Saya mendengar ucapan YAB PMX. Saya berpendapat beliau telah mengambil risiko yang besar untuk dirinya, bahkan politiknya demi isu Palestin. โ€œJika ia satu lakonan politik, pasti ia bukan lagi sesuatu membawa laba yang banyak. โ€œSaya percaya, dari kenyataan-kenyataan yang sangat tegas dan jelas itu, itu datang dari diri beliau,โ€ katanya menerusi akaun Facebook, Dr MAZA Channel. Terdahulu, Anwar dalam Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk Al-Aqsa dan Palestin hari ini antara lain menempelak kenyataan segelintir pihak yang mempersoalkan usaha murni kerajaan membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia untuk diberi rawatan. Mengulas lanjut, Dr Mohd Asri berkata Allah lebih mengetahui segalanya. โ€œItulah andaian saya yang tidak terlibat dengan parti politik sesiapa. โ€œPemimpin-pemimpin gerakan Islam yang tidak memegang tampuk kuasa sahaja yang biasanya bercakap demikian,โ€ ujarnya lagi. Sumber Berita




JATUHKAN PERNIAGAAN HARTANAH AZLAN




Dapat info sulit, terdapat usaha jahat oleh  ' pihak-pihak tertentu ' untuk menghentikan perniagaan hartanah saya kerana dianggap menganggu periuk nasi mereka.


Saya tak nak cerita lanjut siapa ' mereka-mereka ' ini. Tapi teorinya sangat menghairankan.


Lihat saja page page jahat macam PW dan lain lain , dah la berselindung guna fake fake akaun,  asyik asyik yang kena hentam tu boleh dikatakan USAHAWAN MELAYU je!


Yang tukang komen dan tukang membawang hentam sesama Melayu pun, Melayu juga!


Tak nak cakap lebih, korang fikirlah dengan mata hati sendiri.


 Teorinya senang, Kota Melaka runtuh dan kebanyakan pahlawan Melayu tewas bukan kerana mereka tidak kuat , tetapi adanya watak watak pengkhianat dan talibarut di kalangan sesama sendiri yang ' dibeli ' oleh musuh!


Dalam cerita saya, anda semua tahu saya agak dikenali sebagai usahawan Melayu dalam bidang hartanah.


Di mana konsep perniagaan saya iaitu JUAL TANAH SECARA ANSURAN BULANAN TANPA RIBA telah banyak membantu masyarakat memiliki tanah sendiri.


Jadi ' mereka ' marah kerana saya jual tanah SECARA ANSURAN TANPA INTEREST!


' Mereka ' benggang saya jual tanah MURAH!


' Mereka ' dengki saya dikenali dalam perniagaan!


Jadi bagaimana cara ' mereka ' nak musnahkan saya dan perniagaan saya ??


Guna laman sosial, upah cybertooper dan fake fake akaun atau page page  murahan yang jahat lalu tulis pelbagai cerita cerita rekaan.


Motifnya, rosakkan nama dan imej saya serta momokkan pelbagai cerita negatif tentang perniagaan harganah saya.


Senang cerita ialah ' bunuh karakter ' saya dulu.


Sebar pelbagai dakyah negatif, lama lama orang akan termakan pelbagai cerita toksi. Itulah motif mereka.


Dengar sini saya nak bagitau kepada ' mereka-mereka ' ini.


Saya orang islam, kebergantungan hidup saya hanyalah kepada Allah SWT. 


Apa kamu ingat rezeki manusia di tangan manusia ke ??? 


Tidak , rezeki makhluk di tangan Allah yang Maha Kuasa.


Buatlah apa saja dan ciptalah seberapa banyak usaha khianat, namun sesungguhnya rezeki yang sudah ditetapkan tidak akan pernah tersalah alamat!


Saya tak peduli, saya akan tetap jual tanah murah murah! Kita orang islam, untung bukan hanya tentang duit di dunia, tapi hakikatnya untung sebenar juga berkenaan pahala di akhirat.


Hari ni saya BUKA TAWARAN JUALAN TANAH LOT MURAH PROMOSI BERMULA DARI HARGA RM29 RIBU SELOT di Kg Alor Lintah, Jertih.


Tanah siap geran, sape cepat dia dapat!


Watsap no di bawah : 


www.wasap.my/60169316346

www.wasap.my/60198315006

www.wasap.my/60132775006



INI FGV YANG ORANG TAK TAHU.. RUGI BERTAHUN. BILA PMX NAIK UNTUNG DIA KENA MAKI.

 

Ahmad Mohammad Afendi. 



"Terima Kasih Najib Razak"

.


Bahagian ke-2.

.

Idea siapa yang menubuhkan FGV ini? Sudah tentu Najib Razak.

.

Perlu ke kita berterima kasih kepada Najib Razak?

.

Sewaktu FGV ditubuhkan, "dipaksa" habis semua peneroka tanah untuk menandatangani kontrak pembelian saham FGV. Apa yang dijadikan cagaran?

.

Tuan puan cari sendiri, terima kasih kepada Najib Razak boleh, kenapa nak cari maklumat pasal negara tak pandai?

.

Saham FGV diagih secara percuma kepada pemimpin politik, yang peneroka dipaksa beli.

.

Selepas IPO Saham FGV, merudum jatuh habis nilai saham. Ada yang tak tahu ke?

.

Tahun tahun selepas itu, pernah kita tengok laporan FGV mencatat keuntungan? Pernah?

.

Sampai zaman PMX tahun 2024 ini baru FGV nak catat untung.

.

Kemudian kita ucapkan terima kasih kepada Najib Razak kerana menubuhkan FGV, kan? Dia berak merata, kita ucap terima kasih, kan?

.

Orang yang membersihkan beraknya itu, kita pandang hina dengan cemuhan "mana pakar formula", tak termasuk cemuhan lain, kan?

.

Jadilah rakyat yang bersyukur, mudah mudahan Allah SWT tambah nikmat apabila kita bersyukur.

.

Nanti jangan lupa, singgah ke halaman FB Najib Razak dan terima kasih kepadanya sebab menubuhkan FGV ya ๐Ÿ“๐Ÿ“๐Ÿ“



NARATIF KEBENCIAN PUAK GHULAW DAN KHAWARIJ.



Jamzuri Ardani



 Ini antara contoh naratif kebencian dan permusuhan agama yang sering disebarkan oleh pendokong politik ghuluw dan takfiri. 



Pertamanya, naratif seperti ini boleh merosakkan perpaduan dan keharmonian dalam sebuah negara berbilang kaum dan agama. Ia tidak mempunyai objektif yang baik dalam konteks dan realiti kehidupan rakyat Malaysia. Hanya sekadar membawa sentimen 'Islam terancam' yang palsu dan hanya diada-adakan bagi menjustifikasikan amalan politik ghuluw dan takfiri. 


Kedua, argumentasi yang fatal dari sudut logika. Bukan tanggungjawab non-muslim pun untuk memartabatkan Islam. Kenapa mahu meletakkan kesalahan ke atas non-muslim kerana tidak memartabatkan Islam? Ini contoh pemikiran eksklusif kelompok ghuluw dan takfiri. Orang yang tidak mendokong hasrat dan pemikiran mereka adalah musuh yang jahat. 


Mereka terasa terancam bila non-muslim berjudi, minum arak, pergi konsert, dedah aurat dan seumpamanya. Bagi mereka non-muslim yang hidup tidak ikut cara Islam seperti mereka adalah musuh Islam yang jahat. 


Ketiga, faktanya salah. Abi Talib adalah seorang musyrik yang menjaga dan mempertahankan Nabi SAW di Mekah. Selepas Abi Talib meninggal dunia, Muth'im bin Adi, Ketua Kabilah Bani Naufal pula memberi perlindungan kepada Nabi SAW di Mekah. Ketika peristiwa Hijrah, Nabi SAW dibantu oleh seorang musyrik bernama Abdullah bin Uraiqi'.  Pasukan tentera Amru ibn Al As mendapatkan bantuan dari seorang musyril berbama Rafi' ibn Amir dalam perang Dzat Al Salasil. 


Malah dalam sejarah dicatatkan umat Islam dan orang Yahudi sama-sama berjuang mempertahankan tanahair mereka bersama di Andalusia menentang 'Spanish Inquisition'. Orang Yahudi pernah dilantik menjadi Panglima Tentera dalam kerajaan Islam di Andalus. 


Sultan Salahuddin Ayyubi pernah melantik seorang pendeta Yahudi sebagai doktor peribadinya di Mesir. 


Dicatat dalam sejarah juga ketika tentera Monggol menyerang bandar-bandar umat Islam di Syam, ribuan orang Yahudi yang mati ketika berperang bersama umat Islam mempertahan bandar-bandar tersebut.


Janganlah dengan mudah menafikan fakta sejarah bahawa umat Islam pernah hidup harmoni dan saling membantu antara satu sama lain di dalam menjalani kehidupan di atas dunia. 


Menyebar naratif kebencian dan permusuhan antara penganut agama hanya kerana mahu menegakkan sentimen politik 'Islam terancam' adalah satu bentuk sabotaj ke atas pembinaan negara bangsa yang bersatu-padu.



๐’๐„๐๐€๐‘๐€๐ˆ ๐๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐๐€๐๐Š ๐ƒ๐ˆ๐’๐Ž๐†๐Ž๐Š ๐Ž๐‹๐„๐‡ ๐‚๐’๐€????


SCAM NO ONE INFO




Berikut merupakan pesanan CSA kepada peserta yang sedang memohon pinjaman dari 3 atau 4 bank:


----------------------

*๐‘ƒ๐ธ๐‘…๐ผ๐‘๐บ๐ด๐‘‡๐ด๐‘ ๐‘…๐ธ๐ฟ๐‘‚๐ด๐‘*

  

-๐‘†๐‘’๐‘˜๐‘–๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž ๐‘๐‘ข๐‘Ž๐‘› ๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž ๐‘‘๐‘–โ„Ž๐‘ข๐‘๐‘ข๐‘›๐‘”๐‘– ๐‘œ๐‘™๐‘’โ„Ž ๐‘๐‘–โ„Ž๐‘Ž๐‘˜ ๐‘๐‘Ž๐‘›๐‘˜ ๐‘ข๐‘›๐‘ก๐‘ข๐‘˜ ๐‘ ๐‘’๐‘š๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘ข๐‘Ÿ๐‘ข๐‘ ๐‘Ž๐‘› ๐‘™๐‘œ๐‘Ž๐‘›, ๐‘๐‘ข๐‘Ž๐‘› ๐‘‘๐‘–๐‘š๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘Ž ๐‘ข๐‘›๐‘ก๐‘ข๐‘˜ *๐’Ž๐’†๐’Ž๐’‚๐’Œ๐’๐’–๐’Ž๐’Œ๐’‚๐’ ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐’‘๐’–๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’–๐’“๐’–๐’”๐’‚๐’ ๐’‰๐’‚๐’๐’š๐’‚ ๐’…๐’†๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐’‘๐’†๐’ˆ๐’‚๐’˜๐’‚๐’Š ๐’ƒ๐’‚๐’๐’Œ ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐’•๐’†๐’๐’‚๐’‰ ๐’Œ๐’‚๐’Ž๐’Š ๐’”๐’†๐’๐’‚๐’“๐’‚๐’Š๐’Œ๐’‚๐’ ๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐’‹๐’‚.* ๐‘†๐ผ๐ฟ๐ด ๐‘…๐‘ˆ๐ฝ๐‘ˆ๐พ ๐‘€๐ด๐พ๐ฟ๐‘ˆ๐‘€๐ด๐‘‡ ๐‘ƒ๐ธ๐บ๐ด๐‘Š๐ด๐ผ ๐ต๐ด๐‘๐พ ๐‘Œ๐ด๐‘๐บ ๐‘‡๐ธ๐ฟ๐ด๐ป ๐พ๐ด๐‘€๐ผ ๐‘†๐ธ๐‘…๐‘‡๐ด๐พ๐ด๐‘ ๐ท๐ผ ๐ด๐‘‡๐ด๐‘† โ˜


- *๐ท๐ผ๐ฟ๐ด๐‘…๐ด๐‘๐บ* ๐‘ข๐‘›๐‘ก๐‘ข๐‘˜ *๐‘€๐ธ๐‘๐‘‡๐ผ๐‘‚๐‘* ๐‘๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž ๐‘š๐‘Ž๐‘›๐‘Ž-๐‘š๐‘Ž๐‘›๐‘Ž ๐‘๐‘’๐‘”๐‘Ž๐‘ค๐‘Ž๐‘– ๐‘๐‘Ž๐‘›๐‘˜ ๐‘š๐‘’๐‘™๐‘Ž๐‘™๐‘ข๐‘– ๐‘คโ„Ž๐‘Ž๐‘ก๐‘ ๐‘Ž๐‘๐‘/๐‘๐‘Ž๐‘™๐‘™ ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘˜๐‘Ž๐‘–๐‘ก๐‘Ž๐‘› *๐ถ๐‘†๐ด ๐ด๐ถ๐ด๐ท๐ธ๐‘€๐‘Œ , ๐ธ๐‘—๐‘’๐‘›/3๐‘Ÿ๐‘‘ ๐‘๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก๐‘ฆ ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘ข ๐‘๐‘œ๐‘›๐‘ ๐‘ข๐‘™๐‘ก๐‘Ž๐‘›๐‘ก* ๐‘ ๐‘’๐‘š๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž ๐‘๐‘Ÿ๐‘œ๐‘ ๐‘’๐‘  ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘š๐‘œโ„Ž๐‘œ๐‘›๐‘Ž๐‘› ๐‘Ÿ๐‘’๐‘™๐‘œ๐‘Ž๐‘› ๐‘ค๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘ข๐‘๐‘ข๐‘› ๐‘๐‘’๐‘”๐‘Ž๐‘ค๐‘Ž๐‘–2 ๐‘๐‘Ž๐‘›๐‘˜ ๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘ ๐‘’๐‘๐‘ข๐‘ก ๐‘š๐‘’๐‘š๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘‘๐‘Žโ„Ž ๐‘Ž๐‘ค๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘’ ๐‘ก๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐ถ๐‘†๐ด. ๐ผ๐‘›๐‘– ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘  ๐‘‘๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž๐‘Ÿ ๐‘๐‘œ๐‘™๐‘–๐‘๐‘ฆ ๐‘๐‘Ž๐‘›๐‘˜ ๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘ ๐‘’๐‘๐‘ข๐‘ก ๐‘๐‘Ž๐‘”๐‘– ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘”๐‘’๐‘™๐‘Ž๐‘˜๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘ ๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘˜๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž ๐‘ฆ๐‘” ๐‘ก๐‘–๐‘‘๐‘Ž๐‘˜ ๐‘‘๐‘–๐‘–๐‘›๐‘”๐‘–๐‘›๐‘– ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘™๐‘Ž๐‘˜๐‘ข.


-๐‘†๐‘’๐‘š๐‘œ๐‘”๐‘Ž ๐‘‘๐‘–๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘š๐‘ข๐‘‘๐‘Žโ„Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘ ๐‘’๐‘”๐‘Ž๐‘™๐‘Ž ๐‘ข๐‘Ÿ๐‘ข๐‘ ๐‘Ž๐‘› ๐‘ ๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘›๐‘—๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘๐‘Ÿ๐‘œ๐‘ ๐‘’๐‘  ๐‘…๐ธ๐ฟ๐‘‚๐ด๐‘ ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘—๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘›.


๐‘†๐‘’๐‘˜๐‘–๐‘Ž๐‘› ๐‘‡๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘š๐‘Ž ๐พ๐‘Ž๐‘ ๐‘–โ„Ž.

----------------------


Nampak tak, peserta diingatkan untuk berurusan dengan pegawai tertentu sahaja, iaitu pegawai bank yang telahpun disogok oleh CSA.


Berikut adalah nama-nama pegawai bank yang terlibat:


๐Ÿ“๐๐š๐ง๐ค ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ๐Ÿ“

โœ…En Noor Iskandar, Cawangan Putrajaya, 0192XX6XX3

โœ…En Haziq, Cawangan Subang Jaya, 0133XX2XX0

โœ…En/Cik/Pn Wong Lei Kim


๐Ÿ“๐๐š๐ง๐ค ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ๐Ÿ“

โœ…Cik/Pn Shuhada, Cawangan Serdang, 0175XX9XX3

โœ…Cik/Pn Syafiera, Cawangan Damansara Aliff, 01110XX4XX0

โœ…En Aizat, Cawangan Johor Bharu, 0177XX0XX2

โœ…Cik/Pn Faten


๐Ÿ“๐Œ๐š๐ฒ๐›๐š๐ง๐ค๐Ÿ“

โœ…En Hezam, Cawangan Petaling Jaya, 0133XX6XX0

โœ…En Irfan

โœ…Cik/Pn Carol


๐Ÿ“๐‚๐จ๐จ๐ฉ ๐๐š๐ง๐ค ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฆ๐š๐Ÿ“

โœ…En Munir, Cawangan Setapak, 0162XX8XX3

โœ…En Muhammad Hafizuddin


๐Ÿ“๐๐š๐ง๐ค ๐Œ๐ฎ๐š๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ๐Ÿ“

โœ…En Shakir Zufairi


Berdasarkan perkongsian maklumat oleh peserta CSA yang sedang menunggu kelulusan pinjaman, setelah kami bongkar loan melalui Bank Islam dan Bank Muamalat dibatalkan serta merta.


Bermakna Bank Mualamat dan Bank Islam telah dan sedang lakukan sesuatu.


Kini peserta yang sedang memohon pinjaman dicadangkan untuk menambahkan jumlah pinjaman dengan ๐๐š๐ง๐ค ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ.


Bermakna pihak atasan ๐๐š๐ง๐ค ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ masih diulik mimpi.


Kami juga mohon ๐Œ๐š๐ฒ๐›๐š๐ง๐ค dan ๐‚๐จ๐จ๐ฉ ๐๐š๐ง๐ค ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฆ๐š mulakan siasatan.


Nama kami dah bagi.


Kalau masih tak faham apa isunya, kami bagi ringkasan.


CSA berfungsi sebagai agent untuk peserta mendapat kelulusan dari 3 atau 4 bank serentak dengan commitment bulanan mengatasi kemampuan.


Pegawai bank disogok untuk beri kelulusan.



KAMI OK JA..


Desa HM


 Haipppp....



Awai bagi hints ustad...


Keputusan kajian ustad kami tau dah... 

"banyak yang baik"...


Kikiki....


๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

.

.



DALIL PRESIDENG.

 Miqdad Zakaria. 


Kalau berlawan sesama parti dengan isu tadbir urus, polisi, idea bangunkan negara, kita boleh berbaik dan berbalah dan itu hal biasa.



Tapi bila terlalu guna doktrin agama yang ghuluw, nampak melampau. Hukum bertukar2 bila berkawan dan berlawan. Ada yang sampai terkorban kerana ikut fatwa yang berubah-ubah ni.


Saya selalu harapkan ada yang nasihatkan Haji Hadi perbaiki dan islah dengan segala kerosakkan lampau yang berpunca dari pendekatan yang ghuluw ni sebelum terlambat.


Semoga Allah kurniakan kita semua husnul khatimah..



SAKAN NO. TU ORANG KEDAH SAYANG SANGAT..


Pak Ya Siam

 

Pak Ya Habaq dah hampa tak percaya!!



Kecik2 dulu Pak Ya yang dok juruih pungkok dia,setakat khawin ni xpayah dok sorok la !!

YIDDIN BAKAL KENA PENJARA.

 

Muhyiddin  didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948, yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.




Implikasi kes.. sekiranya hakim mendapati tertuduh bersalah, kedudukan sebagai ahli parlimen akan terlucut dan PRK akan diadakan.



ORANG MACAM NI NAK DIJADIKAN CONTOH. SELAIN MENGHINA USAHA KERAJAAN TERHADAP PALESTINE. DIA TAK NAMPAK MACAM ORANG CERDIK PUN.





 Ini perangai orang tak dak ilmu pun. Kalau jual apa jangan beli. 

Orang Temerloh bijak...
Sembang kemain. Jual air sebalang tak laku menangis, boleh kaunkutuk usaha kerajaan bantu rakyat Palastine.Kau memang manusia tak punya rasa simpati la.

 



Mereka sejenis makhluk Mamalia, vertebrata dan maserba / omnivor.

 



DIA.

Dia masuk BN dia betul.

Dia keluar BN dia betul.

Dia pakat dengan S46 dia betul.

Dia balah dengan 46 dia betul .

Dia balah dengan Berjasa dia betul.

Dia balah dengan Amanah dia betul.

Dia kawan dengan PKR dia betul.

Dia balah dengan PKR dia betul.

Dia kawan dengan DAP dia betul.

Dia balah dengan DAP dia betul.

Dia masuk Pakatan Rakyat dia betul.

Dia keluar Pakatan Rakyat dia betul.

Dia terima 90 juta dia betul.

Dia saman Sarawak report dia betul.

Dia tarik balik kes saman Sarawak Report dia betul.

Dia berpeluk dengan Najib dia betul.

Dia pakat dengan UMNO buat kerajaan dia betul.

Dia buat Maufakat Nasional dengan UMNO dia betul .

Dia buat pakatan dengan Bersatu dalam PN dia betul.

Dia balah dengan UMNO lepas buat MN dia betul.

Dia panggil UMNO itek patah dia betul.

Tafsiran ayat Quran dan Hadis hanya dari dia saja yang betul.

Semuanya dia yang betul orang lain semua salah.

Cuba teka apakah makhluk yang dimaksudkan ini.

Petunjuk;

Mereka sejenis makhluk Mamalia, vertebrata dan maserba / omnivor.



MERENUNG DIRI



Empat jam lebih video program Bicara Mufti itu. Saya ikutinya dari awal sampai tamat. 


Banyak juga yang saya lompat. Tapi saya sudah dapat gambaran menyeluruh program itu.


Memang ada ungkapan yang agak pedas seperti ungkapan orang demam dan burung hantu. 


Bagi yang terkena tentu terasa. Biasalah tu. Tergigit cabai...!


Kita terasa apabila orang lain kritik kita. Orang lain juga terasa apabila kita kritik orang lain. 


Kita boleh tak setuju dengan orang lain. Orang lain juga boleh tak setuju dengan kita.


Kita kata majlis itu tak sesuai bicara hal sebegitu. Orang lain kata, bicara hal sebegitu dalam majlis sebegitu sesuai.


Kadang-kadang kita lupa apa yang kita buat terhadap orang lain. Apabila orang lain buat benda serupa terhadap kita, baru kita sentap.


Kita rasa kita hebat, orang lain juga rasa dirinya hebat. Kita rasa kita betul, orang lain juga rasa dirinya betul.


Kita mahu orang lain hormat kita. Orang lain juga mahu kita hormat dia. Kita ada perasaan, orang lain juga ada perasaan.


Di negeri kita ada istana, di negeri orang lain juga ada istana. Kita kalut nak balik, orang lain juga kalut nak balik.


Pendek kata, kita kena banyak belajar untuk menerima orang lain supaya orang lain juga boleh menerima kita.


Saya menyokong usaha menginstitusikan Asya'irah dan Maturidiyyah sebagai manhaj aqidah umat Islam di negara tercinta ini.


Zola,

27082024