MUHYIDDIN TIDAK SEPATUTNYA TERUS UNGKIT CERITA PERLANTIKAN PERDANA MENTERI



19 August 2024


Malang berganda nampaknya menimpa Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin sekarang ini.


Sudahlah calon Bersatu yang diambil daripada Pas kalah dalam PRK Nenggiri, beliau pula kini berdepan siasatan kerana menyentuh isu 3R ketika berkempen.


Beliau akan diambil keterangannya esok berhubung ucapannya ketika berkempen di Nenggiri yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.


Muhyiddin didakwa menyentuh kewibawaan Agong ke-16 itu berkaitan perlantikan Perdana Menteri selepas PRU15 dengan mendakwa beliau ketika itu mempunyai sokongan yang mencukupi untuk dilantik sebagai Perdana Menteri, tetapi tidak dipanggil ke Istana Negara.


Setakat ini dilaporkan sejumlah 29 laporan polis telah dibuat oleh pelbagai pihak terhadap Muhyiddin.


Dalam hal ini, mahu tidak mahu, harus kita sedari adalah suatu kesilapan untuk Muhyiddin mengungkit-ungkit cerita lama pada tahun 2022 itu.


Pertamanya kerana perlantikan Perdana Menteri adalah atas budi bicara baginda kepada mana-mana Ahli Parlimen yang diyakini mempunyai jumlah sokongan yang mencukupi.


Kuasa itu tidak perlu dipertikaikan atau dijaja sebagai bahan cerita secara terbuka.


Siapa yang diperkenankan, itulah yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri.


Lagi pula, apa kaitan cerita perlantikan Perdana Menteri yang tidak menjadi kenyataan itu dengan kempen PRK Nenggiri?


Yang kedua, isu perlantikan Perdana Menteri itu adalah kisah lama yang sudah berlalu dan tidak perlu diungkit lagi.


Ia ibarat bekas kekasih lama kita yang sudah berkahwin dengan lelaki lain dan kini sudah pun mempunyai keluarga.


Maka, ada faedahnya untuk diceritakan lagi?


Selepas tidak dilantik sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin seharusnya terus bergerak ke hadapan tanpa menoleh ke belakang lagi.


Jika beliau masih ada hati untuk jadi Perdana Menteri juga, ada dua cara yang masih terbuka dilakukannya.


Pertama, pastikan PN menang PRU16 akan datang atau setidak-tidaknya memenangi jumlah kerusi Parlimen paling banyak supaya mudah untuk beliau menarik sokongan daripada parti-parti lain.


Kedua, mengusahakan atau menggerakkan agar Anwar Ibrahim  dijatuhkan sebelum penggal ini berakhir.


Soalnya, bolehkah ia dilakukan?


Jika tiada jalan untuk melakukannya, lebih baik tumpukan perhatian kepada PRU16 yang kira-kira tiga tahun saja lagi daripada sekarang.


Apa pun, dalam perjalanan menuju PRU16 itu, jangan sesekali diungkit cerita lama yang sudah berlalu atau masih mengatakan ramai orang bertanya kepadanya bila lagi mahu mengambil alih kerajaan.


Kalau mahu menjatuhkan kerajaan, lakukannya dengan senyap-senyap sebagaimana beberapa gerakan menjatuhkan kerajaan sebelum ini.


Jangan hanya bercakap mengenainya di pentas ceramah, namun tiada apa-apa gerakan ada diusahakan dan ketika berkempen dalam PRK, yang patut disentuh ialah parti lawan atau Perdana Menteri, bukan Raja-Raja. – (ShahbudinHusin 19 Ogos 2024) .



MUHYIDDIN JANGAN LUPA, KETIKA BELIAU DILANTIK PM DULU, KETIKA ITU TUN M JUGA DAKWA ADA SOKONGAN MENCUKUPI



19 August 2024


Sebagai langkah mempertahankan diri, Muhyiddin Yassin berkata, apa yang disebutnya mengenai perlantikan Perdana Menteri selepas PRU15 lalu adalah sesuatu yang bersifat  fakta.


“Saya ingin menegaskan bahawa ucapan saya di Nenggiri adalah suatu kenyataan fakta yang tidak bermaksud untuk menghina institusi Raja atau menimbulkan kecenderungan menghasut.


“Saya percaya kenyataan saya itu tidak melanggar mana-mana undang-undang negara,” katanya.


Benarkah ia fakta?


Satu perkara yang Muhyiddin barangkali tidak sedar ialah ucapanya yang lebih kurang bermaksud – entah kenapa saya tidak dijemput ke Istana Negara untuk dilantik sebagai Perdana Menteri – adalah dengan jelas mempertikaikan kewibawaan serta kebijaksanaan Agong ke-16 dalam membuat keputusan.


Dalam hal berkaitan, haruslah disedari kuasa melantik Perdana Menteri adalah hak budi bicara Agong terhadap mana-mana Ahli Parlimen yang pada hemat baginda mempunyai sokongan mencukupi.


Mempertikaikan hak budi bicara Agong itu, ia dengan sendirinya bermaksud menuduh Agong membuat keputusan tidak berdasarkan perlembagaan.


Di sinilah Muhyiddin telah melakukan kesalahan di bawah Akta Hasutan kerana mencambahkan bibit-bibit kebencian terhadap institusi Raja-Raja Melayu.


Jika Muhyiddin tidak lupa, ketika beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pada tahun 2020 lalu selepas Langkah Sheraton, pada ketika itu Tun Mahathir Mohamad yang ingin mencuba lagi untuk dilantik semula sebagai Perdana Menteri turut mendakwa memiliki sejumlah 114 Ahli Parlimen bersamanya.


Meski tidak dilantik, tetapi Tun Mahathir tidak pernah mempertikaikan kuasa Agong secara terbuka.


Di sinilah bijaksananya Tun Mahathir kerana beliau tahu kuasa itu adalah hak budi bicara Agong.


Sampai sekarang pun kita tidak perbah mendengar  secara terbuka Tun Mahathir mempertikaikan kenapa beliau tidak dilantik semula oleh Agong sebagai Perdana Menteri.


Tun Mahathir ternyata sedar, kuasa perlembagaan untuk melantik Perdana Menteri adalah budi bicara Agong dan bukan semata-mata berdasarkan dakwaan memiliki sokongan.


Lagi pula, selepas PRU15 lalu, Akta Anti Lompat Parti sudah pun dikuatkuasakan yang bermakna keputusan parti adalah muktamad, manakala sokongan melalui Akuan Bersumpah secara individu sudah tidak terpakai lagi.


Sepatutnya Muhyiddin mengambil kira semua perkara ini sebelum mahu terus mengungkit kenapa beliau tidak dilantik sebagai Perdana Menteri kerana ketika itu, ramai Ahli Parlimen yang menyokongnya tanpa restu parti.


Kepada Muhyiddin – move onlah, terus melangkah ke hadapan dan tidak habis-habis mengungkit nostalgia lama hanya membuat jiwa sendiri berfambah luka.


Selain itu, jika benar juga Muhyiddin meyakini beliau mempunyai sokongan mencukupi, kenapa beliau tidak pernah cuba membuktikannya di Parlimen?


Bukankah selepas dilantik sebagai Perdana Menteri, Anwar Ibrahim telah pun membenarkan dibawa usul percaya  terhadapnya di Parlimen?


Kiranya benar Muhyiddin ada sokongan dan sampai sekarang beliau masih mempercayai hakikat tersebut lantaran ingin terus menyebutnya dalam kempen di Nenggiri, kenapa tidak cuba membuktikannya?


Atau cubalah buktikan di Parlimen selepas ini? –( ShahbudinHusin 19 Ogos 2024) .



JANGAN CEMBURU DENGAN KEMESRAAN PMX




MSO


 Tengok gaya mesra Perdana Menteri kita berjalan sambil berpimpin tangan dengan Presiden India Narendra Modi.


Penampilan happy go luck beliau beginilah tidak disenangi dan dicemburui sesetenggah orang lantas mencemburui dan memusuhinya. Trims.



MMMMmmmmm


Che Ibrahim

 Apa yang Hj Hadi sebut 7 tahun lalu dah jadi realiti...Orang melayu perlu tolak pakatan pembangkang, takkan nak lawan ulama pula???



CARA LAIN DAH TAK BOLEH DAH NAK SELAMATKAN ANAK ANAK... MAHATHIR CUBA TANAM KEBENCIAN PULAK.

 


Persamaan 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 adalah mereka sama-sama nak jatuhkan DS Anwar. Bezanya Mahathir buat 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗮𝗻𝗮𝗸-𝗮𝗻𝗮𝗸𝗻𝘆𝗮 manakala Mahiaddin untuk 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗱𝗶𝗿𝗶𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶.


Satu lagi persamaan mereka yang sangat-sangat mirip adalah 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂, 𝗽𝗲𝗺𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 dan 𝗸𝗮𝗸𝗶 𝙨𝙥𝙞𝙣 yang tak bermaruah. Dia sendiri buat benda yang jauh lebih jahat, tapi dia 𝘁𝗮𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗠𝗫.


DS Anwar bawa masuk rakyat Palestin yang 𝘀𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗰𝗲𝗱𝗲𝗿𝗮. Manakala Mahathir dulu bawa masuk 𝗮𝘁𝗹𝗲𝘁 𝗜𝘀𝗿𝗮𝗲𝗹. Adakah sama? Mana yang lebih berbahaya dan jahat? Mahathir nak 𝗯𝗼𝗱𝗲𝗸 𝗜𝘀𝗿𝗮𝗲𝗹 ke?


Mahathir reka cerita pula DS Anwar jual MAHB kepada BlackRock. Hakikatnya, pegangan saham MAHB 𝗱𝗶𝗷𝘂𝗮𝗹 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗚𝗜𝗣  yang mana kemudiannya 𝗕𝗹𝗮𝗰𝗸𝗥𝗼𝗰𝗸 beli pula GIP setakat jual beli dimuktamadkan. Bukan jual 𝘥𝘪𝘳𝘦𝘤𝘵 kepada BlackRock. Kisahnya 𝗷𝗮𝘂𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗲𝘇𝗮.


Satu lagi, GIP bukan pemilik saham majoriti. Saham pengurusan 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗴𝗮𝗻𝗴 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗞𝗵𝗮𝘇𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗪𝗦𝗣 iaitu sebanyak 70%. Kenapa GIP dipilih? Kerana hanya GIP yang setuju untuk 𝘀𝗲𝗿𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗠𝗔𝗛𝗕 kepada 𝗱𝗶𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗞𝗵𝗮𝘇𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗪𝗦𝗣. Nampak?


Syarikat lain semuanya nak kawal MAHB. Sebab tu tak dipilih. Sebab Khazanah dan KWSP mahu aset negara ini 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗸𝗲 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗹𝘂𝗮𝗿. Macam tu pun salah?


Usahasama Khazanah + KWSP dengan GIP yang mana pengurusan ikut acuan tempatan, Mahathir kutuk. Tapi 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 benarkan 𝗽𝗲𝘀𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗶𝗻𝘁𝗶𝗽 𝗜𝘀𝗿𝗮𝗲𝗹 untuk 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗿𝘂𝗮𝗻𝗴 𝘂𝗱𝗮𝗿𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 tu dia lindung.


Hakikatnya, Mahathir sudah 𝗸𝗲𝘁𝗮𝗻𝗱𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗶𝗱𝗲𝗮. Kalau sampai kena menipu, fitnah dan 𝘴𝘱𝘪𝘯 cerita begini, itu maknanya 𝗸𝗲𝗽𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗣𝗠𝗫 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗯𝗮𝗶𝗸 hinggakan 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗮 𝗸𝗿𝗶𝘁𝗶𝗸.


Kalau cakap pasal Mahathir, aku tak boleh lupa ucapan 𝗔𝗹𝗺𝗮𝗿𝗵𝘂𝗺 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗙𝗮𝗱𝘇𝗶𝗹 𝗡𝗼𝗼𝗿. Kita doakan Mahathir umur panjang agar dia dapat 𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗼𝘀𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗮 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗰𝗶𝗽𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻.


Sekarang ni bukan setakat dia lihat kerosakan yang dia  buat, bahkan dia sedang 𝗿𝗼𝘀𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗹𝗲𝗴𝗮𝘀𝗶 𝗱𝗮𝗻  𝗿𝗲𝗽𝘂𝘁𝗮𝘀𝗶 yang dibinanya. Bagus Mahathir duduk diam dan tumpukan 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝘂𝗯𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗯𝗮𝗱𝗮𝗵 je. Tak perlu malukan diri begini lagi. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



BAHALOL BETUL DIA NI.

 

Che ibrahim


Maknanya kamu nak kata Agong khianat, cuai Dan dengan sengaja tak panggil Muhyidin angkat sumpah sebagai PM???




SOH JA BERHENTI PI JADI WALAUN.. LAMA LAMA AMBIK JADI CALON.


Poster tular guna gambar propaganda tentera China, guru dikenakan tindakan tatatertib



FADHLINA,  gambar fail. FOTO NSTP
FADHLINA, gambar fail. FOTO NSTP

Sungai Besar: Tindakan tatatertib sudah dikenakan terhadap guru sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang berhubung tindakannya menggunakan gambar tidak sepatutnya pada poster pertandingan bersempena Hari Kebangsaan.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, kesilapan yang dilakukan guru terbabit dianggap amat serius, justeru tindakan tegas diambil melalui siasatan Unit Integriti dan tindakan tatatertib."

Itu langkah paling tegas yang Kementerian Pendidikan (KPM) laksanakan terhadap guru itu," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan bangunan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sini, hari ini.

APA RAKYAT DAPAT?


 Gaji naik, harga minyak masak tak sampai 50 ringgit.. Telur ayam dah murah.. Ayam tak putus dan tak pernah lebih RM 8...

BTSH- Malu ke bangsa asing ja.. Dok keriau tak dapat bagai.. Bantuan Diesel pun sama juga.

Tang masuk ribu riban tak cerita pulak. 



DERHAKA


 Zuwairi Md Yusof








Sejak PRU15,tidak pernah Istana membuat laporan polis terhadap pemimpin politik,kecuali 2 pemimpin PN,iaitu MB PAS Kedah Sanusi dan Presiden BERSATU merangkap Pengerusi PN Mahiaddin kerana menghina dan memfitnah institusi beraja.Allah nak tunjuk kat kita semua,sepanjang kempen PRU15,PN menyebarkan naratif fitnah bahawa yang paling kuat menghina Raja-Raja Melayu ialah DAP/PH.


Allah kembalikan fitnah itu kepada mereka,realitinya hari ini kita lihat bertalu-talu pemimpin PN dan penyokong mereka menghina dan memfitnah Raja-Raja Melayu.Benar sungguh sabda Nabi, bahawa fitnah akhir zaman ini akan keluar dari kelompok ulamak jahat dan kepada mereka fitnah itu kembali.🙂




BAIK KO DIAM DARI NAMPAK BODO

 

Desa HM


Ko nak report-report apa lagi Mat Gon...




Tn Brahim pun dah sound... suh ko duduk diam-diam.. ko ni bangang ker apa?


Atau... korang ni memang gaduh betul-betul? 


Kami ingat, gurau-gurau jer...


🙄🙄🙄🙄



KAH.. KAH.. KAH.. KUAT MENYAMAR.. WALAUN KENA TIPU...




Che Ibrahim


 Aurat bagi lelaki ialah antara lutut dan pusat, maknanya pusat dan lutut bukan aurat, tapi apa yang antara lutut dan pusat itu sahaja yang dikatakan aurat. Walaubagaimana pun ada qaul yang kata maksud antara pusat dan lutut itu ialah termasuk pusat dan lutut. 


Namun ada qaul yang kata aurat lelaki hanya kemaluannya sahaja. Maknanya berseluar pendek yang tidak menampakkan bentuk kemaluan adalah dibolehkan. 


- done back up.... Kalau nak no ac boleh pm.



KUNYIT & LADA HITAM BANTU ATASI MASALAH JANGKITAN VIRUS ?




Kita dikejutkan dengan insiden jangkitan virus MPox baru-baru ini.


Disini saya ingin sharekan kajian Saintis pada tahun 2021 yang telah diterbitkan dalam Jurnal Saintifik - Frontiers in Pharmacology  tentang kebaikan kunyit dan lada hitam untuk atasi masalah jangkitan virus


Kunyit boleh bertindak sebagai antiradang, antioksidan, anti kanser dan merupakan satu sumber penting untuk membantu mengatasi masalah jangkitan virus. 


Kajian  telah dilakukan di Pusat Kesihatan  di Maharashtra, India. 

Pesakit diberikan dengan kunyit dan lada hitam.  


Bahan khasiat dalam kunyit dikenali sebagai kurkumin manakala bahan khasiat dalam lada hitam dikenali sebagai piperine


Pengunaan lada hitam adalah untuk bantu tingkatkan penyerapan bahan khasiat kunyit dalam tubuh. 


Dos yang diberikan adalah dalam bentuk tablet dan diberikan pada kadar 2 kali sehari.  Setiap tablet mengandungi kurkumin (525 mg) dengan piperine (2.5 mg).


Hasil kajian mendapati - Pesakit dengan simptom ringan, sederhana dan teruk yang menerima tablet kunyit dan lada hitam menunjukkan pemulihan gejala awal. Ini dilihat dengan pengurangan demam, batuk, sakit tekak dan sesak nafas yang ketara.


Rawatan menggunakan kunyit dan lada hitam juga boleh mengurangkan kemasukan pesakit ke hospital. 


Hasil kajian juga menunjukkan kadar kematian yang lebih rendah diperhatikan pada kumpulan yang diberi tablet kunyit dan lada hitam


Untuk mudah, boleh guna kunyit dan lada hitam yg ada di dapur kita 


Wallaua’lam. Moga tulisan ini bermanfaat dan moga Allah kurniakan kita kesihatan yang baik berpanjangan. Ameen2 


#DrSuriRoowi Ph.D KMN

Principal Scientist




TAK PAYAH LA.. BELAH KIRI MAKLUMAT TAK SAMPAI PUN. LAMA NGAT DAH.


MSO


 Tak payah gila nak main bola lah tumpukan kepada tugas dan tanggungjawab masing² sebagai menteri. 



Masih banyak perkara belum selesai dan agenda kementerian masing² disempurnakan. 

Atau dua dua nak kena digugurkan daripada kabinet. Trims.



ANWAR HUBUNGI INDIVIDU PENTING SEBELUM KE INDIA

 




Sebelum berlepas ke India, saya sempat menghubungi Presiden Iran, Dr Masoud Pezeshkian dan Dr Basem Naim, ahli Biro Politik Hamas lewat petang semalam.


Bicara kami menyentuh beberapa usaha penting terkait usaha untuk merealisasikan gencatan senjata dan perdamaian berpanjangan di Gaza. Saya juga menyatakan sokongan penuh kerajaan Malaysia terhadap usaha tersebut yang sewajarnya dipelopori oleh negara-negara penting termasuk Turkiye, Qatar dan Iran.


Ini termasuk cadangan Turkiye untuk menghimpunkan pimpinan dunia Islam menerusi sidang tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi menyelaras gerakan dan mengenakan tekanan lebih hebat terhadap Amerika Syarikat serta sekutunya, supaya mendesak rejim Zionis Israel segera menghentikan serangan dan pengeboman di Gaza.


Alhamdulillah, Kerajaan Iran dan Hamas senada dan menyokong inisiatif ini, termasuk cadangan menjemput negara bukan Islam yang turut mendukung keadilan dan memperjuangkan hak kemanusiaan buat rakyat Palestin seperti Afrika Selatan, Brazil, Sepanyol, Ireland dan Portugal.


Pada masa sama, saya serta Dr Masoud dan Dr Basem berkongsi pendirian sama, di mana usaha mewujudkan perdamaian ini perlu bermula dengan rejim Israel menghentikan sepenuhnya serangan dan kekejaman terhadap rakyat Palestin.


#MalaysiaMADANI



HUBUNGAN YANG TERJALIN SEJAK SSKIAN LAMA.



 Hubungan Malaysia dan India telah sekian lama memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara sahabat. 








Hakikat itu terpacul saat penerimaan sambutan secara rasmi dalam penuh suasana persahabatan pagi ini disambut Perdana Menteri India, Narendra Modi di Istana Presiden Rashtrapati Bhavan.


Perbincangan kami tentunya akan menekankan aspek kerjasama erat kedua-dua negara selain meneroka lapangan lain yang mampu memperkukuh hubungan persahabatan ini, Insya-Allah. 


========


I was honored with an official welcoming ceremony at the Rashtrapati Bhavan, the Presidential Palace in New Delhi.


#MalaysiaMADANI



Sambutan Rasmi PM Anwar Ibrahim oleh PM India Narendra Modi di Istana Pr...


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diringi Perdana Menteri India Narendra Modi pada sambutan rasmi di Istana Presiden Rashtrapati Bhavan sempena lawatan rasmi beliau ke India selama tiga hari. Perdana Menteri tiba di New Delhi pada Isnin, untuk lawatan rasmi bagi mengukuhkan hubungan 67 tahun Malaysia-India dan mewujudkan agenda kerjasama pelbagai sektor untuk masa hadapan.



RAJA BAHRIN “MUHYIDDIN PATUT DIKUTUK!” ANGKUH PERTIKAI & FAKTA KENA BALUN!



Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menyifatkan Tan Sri Mahiaddin Yassin sebagai angkuh apabila mempertikaikan keputusan Yang di-Pertuan Agong melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu itu berkata, Mahiaddin bersikap sombong dengan mengulangi serta bertegas bahawa apa yang diucap pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri lepas kononnya sebagai ‘fakta’. “Jika Mahiaddin ingin bercakap tentang ‘fakta’, fakta pertama yang patut dikutuk adalah beliau sendiri memulakan budaya Langkah Sheraton yang telah memporak-perandakan senario politik negara dengan menjatuhkan kerajaan dipilih rakyat secara sah. “Fakta kedua adalah disebabkan Langkah Sheraton yang dimulakan beliau, Malaysia telah mengalami pertukaran empat orang Perdana Menteri dalam masa amat singkat, yang menyusahkan rakyat. “Fakta ketiga adalah semasa beliau menjadi Perdana Menteri, beliau telah mengisytiharkan darurat di mana Parlimen digantung, suara rakyat dibisukan, dan kontrak kontroversi seperti yang diberi kepada Jana Wibawa kononnya di bawah alasan membantu Bumiputera, tetapi sebenarnya ramai bukan Bumiputera terlibat sama. “Ini adalah fakta kerakusan Muhyiddin demi ingin terus berkuasa,” tegasnya menerusi satu kenyataan. Semalam, Mahiaddin berkeras mempertahankan ucapannya ketika berkempen pada PRK DUN Nenggiri lalu sebagai fakta dan tidak bermaksud menghina institusi raja atau kecenderungan menghasut. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu yakin kenyataannya yang mempertikai kewibawaan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16 itu tidak melanggar mana-mana undang-undang negara. Mengulas lanjut, Raja Bahrin juga berpendapat Mahiaddin mempertikai kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk menstabilkan Malaysia dengan kerajaan majoriti lebih dua pertiga apabila menolak menyertai Kerajaan Perpaduan yang disarankan dan direstui Istana Negara. “Janganlah berlakon kononnya bercakap tentang fakta semasa mengkritik keputusan Agong, sementara ‘fakta-fakta’ kerakusan diri melalui Langkah Sheraton, menggantung Parlimen melalui darurat, serta program Jana Wibawa yang menyeleweng pemberian projek yang kononnya membantu Bumiputera yang bermasalah kerana Covid-19, disenyapkan,” tegasnya. Beliau menambah fakta yang paling penting Mahiaddin perlu diingatkan ialah Yang di-Pertuan Agong yang sama, dengan penuh kebijaksanaan Tuanku, yang telah melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah juga melantik Mahiaddin sebagai Perdana Menteri kelapan Malaysia. “Fakta kelemahan sendiri yang ketara besar adalah Mahiadddin dijatuhkan sebagai Perdana Menteri oleh rakan sendiri dalam PN, digantikan oleh Ismail Sabri, yang berebut kuasa ingin menjadi Perdana Menteri. “Beliau (Mahiaddin) jatuh sebagai Perdana Menteri bukan kerana Anwar Ibrahim. “Adakah ini hendak dipersalahkan kepada Tuanku Agong juga kalau diri sendiri tidak pandai atau berupaya bertahan berkuasa? “Jangan salahkan pihak lain atas kelemahan diri sendiri. Muhasabah cermin dirilah sebaiknya,” tempelak Raja Bahrin lagi.






RENTASAN 1629 | PANAS!! ISTANA MURKA PEMIMPIN PN DERHAKA?



MENARIK DALAM RENTASAN 1629
1. ISTANA MURKA PEMIMPIN PN DERHAKA 2. TAK JADI ISLAM SEBAB TAK IKUT DIA? 3. DAP NAK TUKAR AGAMA RASMI MALAYSIA?


KERAJAAN PAS TERENGGANU KHIANATI RASA BANGGA RAKYAT DUNGUN SAMBUT ULANGTAHUN PEMASYHURAN MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN (MPD)


Abu Mishkat


Bila menang besar 32-0, lupa diri. Rakyat pula jangan lupa untuk ajar pemimpin yang mudah lupa diri. 


Nenggiri satu pelajaran yang bererti.





Mohd Syuza Amsyari

AL-HAMDULILLAH hari ini 20 Ogos 2024 adalah genap ulangtahun kali ke-16 pemasyhuran Majlis Perbandaran Dungun (MPD).. 


Kite semua masih ingat pada tanggal 20 Ogos 2008 (16 tahun lepas), rakyat daerah Dungun amat merasai suasana kegembiraan & 'gah'nya apabila pengisytiharan ini diumumkan sebagai daerah ke-3 yg dinaik tarafkan drp Majlis Daerah kepada Majlis Perbandaran.. Kite rasa bangga dengan sambutan tepukan gemuruh kegembiraan kerana drp sebuah pekan kecil nelayan bertukar status, apabila diberi taraf majlis perbandaran ini.. Rasa gembira ini juga bercampur bangga & bersemangat kerana rakyat Dungun mula merasai BERDIRI SAMA TINGGI & DUDUK SAMA RENDAH untuk terus menanam tekad untuk terus bersaing secara sihat dengan warga daerah² lain yg ada khususnya dinegeri Terengganu & amnya dinegara Malaysia jua.. Kami tidak rasai tertinggal lagi & tidak segan untuk nyatakan kami rakyat Dungun.. Itulah gambaran perasaan warga Dungun ketika itu..


Majlis gilang-gemilang bagi meraikan perjuangan kental dibawah program DUNGUN MEMBANGUN yg dimulai oleh Datuk Wira Pok Lie (Ahli Parlimen BN Dungun 2004) & diteruskan pula oleh Allahyarham Datuk Hj Matulidi (Ahli Parlimen BN Dungun 2008) mampu diterjemahkan.. Majlis disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Sri Panglima Raja Negeri Terengganu & turut dihadiri oleh YAB MB Terengganu ketika itu Dato' Seri Hj Ahmad Said di Dataran Dewan Merdeka, Dungun, Terengganu..


Hari ini 20 Ogos 2024 selepas 16 tahun MPD dimasyhurkan & kerajaan pimpinan negeri juga sudah bertukar kepada pimpinan PAS drp pimpinan BN..


SOALNYA SEKARANG??

Kenapa Kerajaan PAS Terengganu bersetuju melantik & menerima 2 orang ahli MPD yg sepatut TIDAK LAYAK menduduki kerusi Ahli Majlis MPD ini.. 1 orang mempunyai REKOD JENAYAH & 1 orang lagi TIDAK CUKUP PENARAFAN PENDIDIKAN?? 


Ini adalah berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Terengganu (Mesyuarat Exco Kerajaan Terengganu) kali ke-17/2024 pada 21 Mei 2024 BERSETUJU memberi PENGECUALIAN TAPISAN KESELAMATAN POLIS & PENDIDIKAN bagi membolehkan 2 individu ini dilantik sama dalam jemaah Ahli Majlis MPD bagi penggal 2024-2026 atau lebih tepat lagi untuk tempoh 2 tahun iaitu 1 Jun 2024 hingga 31 Mei 2026..


KEKECEWAAN dengan keputusan ini mula dilihat bertentangan dengan slogan yg dilaungkan oleh Kerajaan PAS Terengganu iaitu TERENGGANU MAJU, BERKAT SEJAHTERA.. Adakah YAB MB & Exco kerajaan PAS Terengganu fahami & hadam dengan antara keputusan yg telah dibuat dengan slogan ini?? Jika berbicara mudah, macamana nak MAJU kalau lantik orang yg dilhat tidak punyai taraf pendidikan?? Macamana nak SEJAHTERA jika lantik individu yg punyai rekod jenayah??


NASIHAT saya sebagai warga Dungun & rakyat Terengganu kepada YAB Dr Sam & barisan pimpinan Kerajaan PAS Terengganu, JANGAN KHIANATI MANDAT 42-0 yg telah rakyat berikan.. Laksanakan AMANAH RAKYAT Terengganu ini dengan penuh bertanggungjawab.. Dan kepada rakyat Terengganu, inilah hasilnya apabila sesebuah kerajaan tidak punyai SEMAK & IMBANG dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).. Mereka (kerajaan PAS Terengganu) lakukan sesuka hati & ketepikan segala syarat ketetapan yg telah dibuat oleh kerajaan yg juga adalah pembuat dasar kepada sebuah kerajaan itu..


Waallahualam & sama² kite renungkan DEMI GANU.. Terima kasih!!!


#demiganu



KAYA LEPAS MENANG EMAS OLIMPIK


Noriskandar Nordin




 “Net worth” Arshad Nadeem sebelum 9 Ogos 2024 ialah RM127,291 dan sebuah kereta Suzuki.


“Net worth” beliau selepas memenangi pingat emas olimpik ialah sebanyak RM7.5 juta, 9 buah kereta mewah dan 7 buah apartment. 


Apa yang penting, jangan putus asa! Tiada apa yang mustahil



CINA JUGA YANG HANG SALAHKAN. AKAI TAK DAK.


Hasnul Zulkarnain. 



 Sebagai seorang pendakwah yg terkenal di sekitar daerah Kinta ini, beliau sepatutnya menyebarkan hal2 kebaikan utk menunjukan agama Islam ini cantik di mata non Muslim.


Sebaliknya atas rasa kebencian yg menebal kpd bangsa C, beliau tidak cermat dlm membuat posting sehingga mengundang komen2 netizen yg menambahkan kemarahan kpd bangsa C.


Kesilapan poster merdeka sudah diakui oleh seorang guru berbangsa Melayu atas kekhilafannya. 


Ustaz Mohamad Ali Sabri, berlaku adillah dlm memberi ulasan kerana adil itu sgt dekat dgn takwa. Beramanahlah dgn ilmu yg ada supaya dgn ilmu itu dpt mendidik masyarakat ke arah kehidupan yg lebih baik.


#NegaraRahmah



BAIK LA BERHENTI DAN PI MINTA KERJA KAT KERAJAAN KELANTAN, TERENGGANU, KEDAH DAN PERLIS.


Abdul Muiez

 Saya dah jumpa, daripada mana sumber poster gambar tentera cina tu. Jawapannya, Postermywall.



Banyak komen yang saya baca. Ada yang kata cikgu buat kerja last mminitlah. Cikgu bodoh tak reti nilailah. Cikgu buat kerja cincailah. Macam-macam.


Ya benar, cikgu tu mungkin salah sebab tak semak dulu. Itu saya akui. 


Cuma satu perkara yang netizen kena tahu. Guru-guru ini bukannya designer. Tidak ada satu pun department di sekolah yang menjaga media sosial, tidak ada department yang jaga grafik design dan seangkatan dengannya.


Kami ni, cikgu yang mungkin tak ada kepakaran langsung dalam design.


Semuanya pandai-pandai sendiri. Perlahan-lahan kami belajar. Antara yang paling mudah ialah Canva dan Postermywall. Design dah siap. Hanya tukar ayat dan masuk logo saja.


Kalau buat video, paling cikai pun CapCut.  Itu saja yang mudah. Dalam satu sekolah, berapa orang je yang mahir.


Nak guna adobe, boleh dikira dalam satu sekolah berapa ramai yang tahu. Kalau ada seorang dua yang pandai, itu pun dah cukup ramai.  


Saya tidak mengatakan cikgu itu tak bersalah. Salah tetap salah. Tapi bila hentam cikgu tu macam tiada ampun, kutuk macam dosa masuk neraka terus, lebih teruk lagi bila dikaitkan dengan politik dan ideologi komunis, saya kira itu tidak patut.


Kami guru-guru ni cuba sehabis baik untuk buat apa yang kami termampu. Semuanya untuk anak-anak. Cuma, kadang-kadang terkhilaf.


Ingat! Saya tak kata cikgu tu tak bersalah. JPN pun dah mula siasat. Cikgu tu pun sudah minta maaf atas kelalaiannya.


Semoga perkara seperti ini tidak berlaku lagi.


.:. Nasihat juga untuk diri saya sebagai tukang buat poster tak rasmi untuk Unit Bimbingan dan Kaunseling. Harapnya lepasni lebih berhati-hati.



Insan hebat. Di mana-mana pun dihargai. Guane boh? Raja Gelap II .

 

Bendera Malaysia, sepanduk wajah PM hiasi New Delhi





Bendera Malaysia, gegantung, dan sepanduk menghiasi jalan-jalan utama New Delhi untuk mengalu-alukan ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke India.


Lawatan ini merupakan lawatan sulung Anwar ke India selepas dilantik sebagai Perdana Menteri, disertai oleh beberapa menteri dan pegawai tinggi Malaysia.


Hubungan Malaysia-India bermula pada 1957, dengan India menjadi salah satu negara pertama menubuhkan perwakilan di Kuala Lumpur.


#malaysiamadani



WOII MUHYIDDIN. HANG INGAT RAJA RAJA MELAYU NI TAK FAHAM TAK SEKOLAH TAK BELAJAR CAM WALAUN KA.?





 Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan ucapannya pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri tidak berniat menghina institusi raja.


Bekas Perdana Menteri itu menerusi satu kenyataan memaklumkan ucapan berkenaan adalah suatu kenyataan fakta yang tidak bermaksud untuk menghina institusi raja atau menimbulkan kecenderungan menghasut.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



KERANA SANTAN PULUT BINASA


 KERANA SANTAN PULUT BINASA

Mahiddin rosakkan diri sendiri.


MSO

Pepatah berbunyi kerana santan pulut binasa, kerana mulut badan binasa, tampaknya tertimpa ke atas pengerusi PN Mahiaddin Yassin alias Udin anak Yassin.


Bicara kempennya di Nenggiri untuk meraih sokongan sehingga mengungkitkan cerita lama tidak membawa untung laba kepadanya. 


Pada suatu kempen Mahiaddin di hadapan masyarakat Orang Asli beliau mendakwa yang dia berhak untuk dilantik jadi PM, kerana sudah mencukupi jumlah 115. Malang katanya dia tidak dijemput oleh Agong. Udin anak Yassin menyalahkan kepada Yang diPertuan Agong.


Cerita Mahiddin itu cerita basi yang membohongi berfakta dan menyembunyikan kebenaran. Beliau telah pun ke Istana Negara pada hari tersebut membawa sejumlah SD untuk menyokongnya jadi PM. Namun Al Sultan Abdullah yang menjadi Agong ketika itu bertindak waras dan saksama meneliti SD berkenaan. 


Setelah diteliti ternyata SD yang dibawa si Udin itu tidak sahih atau diraguinya.


Adalah bijaksana bagi Yang diPertuasn Agong ketika itu Sultan Abdullah untuk tidak melantiknya sebagai Perdana Menteri kerana tidak mendapat sokongan mutlak, baginda tidak boleh bertindak atas SD yang meragui. 


Apakah dia berharap Agong akan berpihak kepadanya dan mencerobohi undang-undang? Sorrylah Din Tuanku tidak boleh dipajak gandai seperti sesetengah orang politik.


Sebenarnya perkara itu telah dijelas maklumkan oleh Yang diPertuan Agong. Bahkan Yang diPertuan Agong memberi peluang agar dibentuk kerajaan Perpaduan, setelah semua parti tidak mempunyai bilangan cukup, namun dengan angkuh dan sombong ditolak oleh Mahiaddin dan juga Tok Dor kok..kok. 


Penolakan titah Tuanku itulah merupakan kecelakaan besar buat Mahiddin dan Tok Dor kok..kok sehingga mereka sasau dan meroyan sampai kini, termimpi-mimpi untuk angkat sumpah jadi PM sehingga dalam tidur pun tangan kanan terletak di telinga.


Apabila ia diungkit dan sengaja mengeliru fakta serta mencarikkan sejarah, maka perbuatan Mahiaddinn itu sangatlah biadap. Tepatlah kalau Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah murka atas kejadian itu.


Sekarang ini tidak fasal-fasal episod itu meletakkan Udin anak Yassin dalam kehinaan dan dibenci seluruh rakyat negara ini. Kerana tidak dapat menerima hakikat dan tergila untuk jadi perdana menteri, sampai terbakar rentung maruah diri. 


“Sedih saya tak nampak, sedih tuan dilingungi;

Harap untung secupak, rupanya rugi seguni.”


Bukan itu saja apa dihadapi Mahiaddin kini dia ikut sama mencalarkan parti Bersatu dan juga PN. Pas yang bersekongkol juga ikut sama tercalar. Tidak fasal-fasal Tok Dor kok.. kok kena hidu kentut masam Mahiaddin.


Orang akan melihat apa diperjuangkan PN itu bohong dan tipu.  Cakap berdegar-dengar perjuangan PN menentang PH konon kerana PH tidak perjuangkan Melayu, tidak memertabatkan agama Islam, tetapi PN sendiri telah menderhaka terang-terangan kepada raja. Gelagat  Mahiddin itu menyebabkan para rakan dan sobatnya menilai balik kerasionalan parti itu. 


Tindakan tegas terhadap Mahiaddin perlu dikenakan. Bukan saja itu, partinya juga Bersatu wajar diharamkan kerana tidak ada faedah sedikit pun parti itu wujud di negara ini kalau kehadirannya menimbulkan perpecahan, menghakiskan ketaatan kepada Raja dan negara. Harap jangan ada maaf kepada manusia yang degil kerana ia menjadi masalah kepada negara tercinta. #Merdeka 67. Trims.



NOHHH... NEGERI BESAQ KELWMBOI.. HANGPA NAK SAPU HABIS.. KESIAN KAT RAKYAT. PATUT ORANG MARAH.



 Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man pernah membuat tempahan percutian keluarga ke London, United Kingdom dengan kos berjumlah lebih RM687,000 menerusi kerajaan negeri Perlis.



Pembantu Akaun Sri Kedawang Travel Tours (W) Sdn Bhd, Fazilah Jelani, berkata Azlan membuat tempahan tiket penerbangan, hotel penginapan dan pengangkutan yang diuruskan oleh syarikat pelancongan itu pada 2013, 2014 dan 2015.



JANGAN HINA SULTAN KAMI # MENJADI TRENDING

 

Zuwairi Md Yusof


Hamzah di jangka menjadi Presiden Bersatu yang baru kerana Mahiaddin akan di dakwa di mahkamah dan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.


Mahiaddin dah termakan nasi kangkang Hadi Awangka sampai masih percaya dia sepatutnya jadi PMX bukan DSAI,hahaha.PAS sepatutnya umum keluar PN.Jika tidak mereka bersekongkol dengan penghina Sultan.







PAS sendiri pun hina Sultan Selangor melalui Sanusi Md Nor Menteri Besar Kedah selaku Panglima Perang PN so PAS nak kata apa.Boleh huhuhu jelah.Dalam kes ini akta hasutan terpakai.



PUAK KHAWARIJ TERUS MENGHINA RAJA

 

PUAK KHAWARIJ TERUS MENGHINA RAJA. 




Istilah kebesaran utk Raja itu memang betul dicipta oleh Istana zaman dulu menandakan zuhudnya Raja2 Melayu dan tanda tunduk mereka kpd Allah SWT. 


TAPI ada puak KHAWARIJ dlm live TikTok video GUNA ISTILAH KEZUHUDAN RAJA KPD MAHA PENCIPTA ni utk MENGANJING DAN HINA RAJA PULA. Ini dah level DERHAKA kerana MENGHASUT serta MENGHINA RAJA...!! 😡


KHAWARIJ memang KELUAR dari KETAATAN terhadap Ulil Amri dan pemerintah. Puak PNgikut Dajjal. GAGAL dapat kuasa, dimaki hamun dan dikafirkan semua yg menyokong PMX dan Kerajaan MADANI. Tak cukup dgn itu, akibat "butt hurt" puak KHAWARIJ ni terus-terusan hina Raja terutamanya YDPA ke 16 yg melantik PMX menurut Perlembagaan atas kebijaksanaan Tuanku.


Dah lama kita bagitahu puak KHAWARIJ PNyakau Nasional tu DERHAKA dgn Raja tapi org tak percaya, Melayu masih dok undi. Tengok sikap Din Tompok mempertikaikan kuasa dan tindakan YDPA ke 16 (Sultan Pahang) pun kita dah faham. Berebut PNtaksub KHAWARIJ nak DEFEND atau pertahankan Din Tompok BUKAN mereka pertahankan Raja. 


Orang Melayu WAJAR MENJAUHKAN DIRI dari KHAWARIJ dan PENDERHAKA terhadap Raja (Ulil Amri) dan pemerintah.


Wallahualam.


- Zus Din

20082024

************

TULISAN DI BAWAH INI DIPETIK DARI WALL GINO MARVELA @GM :


Ada orang kata Perkataan "Duli Yang Maha Mulia" tidak sesuai digunakan pada manusia sebaiknya hanya layak bagi Tuhan. 


Penggunaan perkataan ini boleh membawa kepada syirik kerana seolah-olah meletakkan seorang Sultan setaraf dengan Tuhan. 


Masalah ini bukan kerana gelaran Sultan / Raja tetapi kerana kita sendiri yang kurang pemahaman dalam bahasa Melayu dan kurang rajin mengkaji dan mencari. 


Untuk makluman umum.  


Maksud "Duli Yang Maha Mulia"


Adapun "Duli" itu maknanya "debu". 


Makanya "Duli Yang Maha Mulia" itu maknanya Raja yang bertakhta itu walau seluas manapun jajahan takluknya, hanyalah ibarat debu di sisi Tuhan Yang Maha Mulia. 


istilah Duli Yang Maha Mulia bukanlah mengagungkan seorang Sultan setaraf Tuhan, tetapi lebih kepada menggambarkan kedudukan seorang raja di sisi Tuhan Yang Maha Kuasa.


Adapun "Paduka" itu maknanya "selipar" manakala "Baginda" itu ialah baginda Rasulullah SAW. Peristilahan ini membawa kerendahan kedudukan Yang di-Pertuan Agong dibandingkan dengan Nabi.


Maksud "Seri Paduka Baginda" 


Makanya "Seri Paduka Baginda" itu maknanya Raja yang berkuasa itu, meskipun segunung emas sepuluh mutu banyak hartanya, hanyalah selipar pelapik kaki kepada Baginda Rasulullah, utusan Tuhan Yang Maha Mulia. 


Menurut Kamus DBP, istilah paduka pula bermaksud alas kaki, kasut atau sepatu. 


'Seri Paduka Baginda' melambangkan pengharapan agar Sultan dapat menjadi 'penyeri sepatu Rasulullah S.A.W' dengan memerintah secara adil dan saksama.


Inilah keunikan, kekayaan & keindahan bahasa Melayu.


Kredit : Yen SK