PMX TERIMA KUNJUNGAN HORMAT . R RAMAN


 Pagi tadi terima kunjungan hormat komposer dan penyanyi terkemuka India saudara A.R. Rahman di Parlimen. Turut sama adalah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) saudara Ramanan Ramakrishnan. 






Perbincangan kami seputar industri seni dan muzik tempatan dan juga antarabangsa. Saudara A.R. Rahman turut berkongsi yang beliau kini sedang meneroka muzik ala sufi, selain kami bersama menekuni isu-isu lain melibatkan aspek digital dan Kecerdasan Buatan (AI). 


#MalaysiaMADANI




APA PULA PUNCA BN KANTOI.

 


CHE ibrahim

Tak sabar nak tunggu PRK Nenggiri, nak tengok apa pula wayang seterusnya....apa pula punca kekalahan BN di Nenggiri??


AZIZUL ABD HAMID

Dr Akmal Saleh SUARA MACAM ORANG PN BERSATU PAS MEROYAN KEPANASAN SETIAP HARI MACAM DIA PULA JADI BOS UMNO.



KENAPA DIBIARKAN

 

Nazri Hamdan


Memang sepatutnya pengawai atasan dicutikan sampai siasatan tamat. Tapi kenapa benda ni tak berlaku? Siapa boleh teka kenapa. 






Menang di Sg Bakap. Kenapa PAS semakin sombong terhadap Bersatu?

 

Menang di Sg Bakap. Kenapa PAS semakin sombong terhadap Bersatu?


Pilihanraya kecil Kuala Kubu Baru (KKB) dan sg Bakap baru berakhir. Di KKB Bersatu bertanding dan kalah. Di Sg Bakap PAS bertanding dan menang. Duanya sama, Negeri di perintah oleh PH dengan demographic pengundi lebih kurang sama.


Bezanya Bersatu kalah dan PAS menang. Di KKB PAS boikot bersatu kerana mereka mahukan calon PAS dan Bersatu kalah. Di Sg Bakap, PAS di boikot bersatu dan mereka tetap menang. Dari situ mereka merasakan, kenapa perlu BERSATU untuk bertanding di Nenggiri sedangkan akhirnya akan guna jentera dan logo PAS?


Di sini dilema PAS dan Bersatu. Mereka berada di persimpangan. PAS kini berasa tertekan dengan biawak yang mereka kena pikul. Dana PAS tidak perlu bergantung kepada Bersatu dah. Mereka boleh kerahkan Pengikut mereka menderma ratusan ribu dan di buktikan di Sg Bakap apabila iklan PAS di Meta blackrock Yahud* di facebook sahaja mencecah lebih RM100 000 dalam tempoh dan sebelum kempen bermula. Itu di facebook. Tidak termasuk di tiktok, whatsapp blast dan social media yang lain. Jadi kenapa perlu bersatu yang hampir bankrap dan dengan akaun yang telah di beku? 


Ditambah dengan beban kes Muhyidin, slogan BEST (BERSIH DAN STABIL) tidak lagi kedengaran kerana PAS tahu ia akan makan diri. Perikatan Nasional tidak lagi Bersih. Sebaliknya kotor dengan skandal anak beranak pemimpin bersatu seperti kes 300 juta Muhyidin, 6 juta rasuah wan saiful, anak menantu hamzah dan Muhyidin serta terpalit kepada anak Menteri besar Perlis dari PAS.


Slogan BEST sudah jadi tidak BEST dalam kempen sungai bakap.


Kisah tarik menarik PAS dan Bersatu akan diuji dalam Nenggiri. Sementara kerajaan perpaduan telah menetapkan UMNO bertanding, PAS dan BERSATU masing-masing masih tarik tali dan sudah mula menamakan calon. Bersatu perlu mengekalkan kerusi di Kelantan. PAS tidak mahu BERSATU yang khianat lagi.


Kemenangan di Sg Bakap ia berita baik buat PAS Namun ia bukan satu berita baik buat Perikatan Nasional dan Bersatu. Ia indikasi PAS sudah selesa berada tinggi di kedudukan sokongan rakyat sedangkan bersatu masih mencari cari rentak untuk bertapak, dan dalam mencari rentak itu, ia menambhkan lagi retak yang ada.


Dengan kepimpinan yang mempunyai skandal rasuah dan salah guna kuasa kepada pemimpin mereka yang dilihat "dungu" dan "sembam" di dalam dan luar parlimen, tidak hairanlah kalau PAS sudah mula mencari jalan sendiri.


Pengikut PAS mahu menutup kelemahan kelemahan ini dengan menyatakan kerajaan ini lemah dan gagal. Namun, jelas, sebenarnya mereka hanya mahu menutup kelemahan kapal mereka yang hampir tenggelam.


Kasihan... 


Iswardy Morni



MEMBANTU



 Inisiatif Kerajaan menyalurkan bantuan subsidi diesel bersasar menerusi BUDI Madani, dilihat membantu meringankan beban ditanggung rakyat.



Beberapa penerima BUDI Madani di Pahang berkata, bantuan tunai RM2,400 setahun atau RM200 sebulan itu adalah inisiatif berkesan bagi menyalurkan subsidi terus kepada golongan yang berhak mendapat bantuan.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



LETAK LA DUA DUA.


La Jo Ir




 Baik dua-dua letak jawatan Kan senang, perjuangan pentaksub selama ini yang menharapkan kerjasama.gabungan ini menjadi kenyataan..



MPN HARUS DIBUBARKAN.

 


Nazri Hamdan


Secara jujur, pada pandangan saya Majlis Professor Negara tak perlu ada. Apatah lagi wujud dengan sokongan wang kerajaan. Kalau mereka nak terus wujud pun biarlah dengan inisiatif hasil sendiri tapi bukan dengan duit dana awam.


Kalau nak cakap pasal pandangan professional, kita dah ada banyak think tank kat Malaysia ni. Kalau kerajaan nak lihat kesan dasar mereka secara akademik dan teknikal, boleh saja beri geran secara one off kepada think tank ini buat kajian.


Kerajaan patut henti salur dana pada MPN. Setuju atau tidak?



LAGI LAWATAN KE IPOH

 


Alhamdulillah usai acara di Masjid As-Saadah, Manjoi, saya mengadakan Lawatan Muhibbah dan Majlis Minum Petang di tapak Kompleks Pendidikan Al-Ummah (KPU), Chepor.






Dalam suasana semangat sambutan Maal Hijrah, saya singgung kepentingan kita menghayati erti hijrah dengan bangun dari kealpaan dan rasa selesa, melakukan pembaharuan dengan jiwa kental demi mempertahankan kebenaran. 


Saya turut zahirkan ucapkan tahniah atas inisiatif murni Ahli Jawatankuasa Pembangunan KPU Chepor, para aktivis dan penduduk sekitar kawasan yang berjaya mengumpul dana awal KPU. 


Sehubungan itu, saya turut umumkan bantuan awal sebanyak RM1 juta kepada program pembangunan institusi pendidikan ini yang membabitkan pembinaan prasekolah, Sekolah Rendah Islam (SERI) Al-Ummah dan Madrasah Al-Hikmah (MADAH).


Semoga Allah SWT memberi ganjaran atas segala ikhtiar murni institusi kerakyatan ini dan memberi manfaat buat agama, bangsa dan negara.


#MalaysiaMADANI




HADIR BERTEMU BELIA



 Hadir ke Ipoh pada malam ini untuk bersama-sama dengan ribuan belia dan anak muda dalam Majlis Perasmian Pertubuhan Lima Generasi (PLG) Malaysia.


Terima sambutan luar biasa dan penuh bersemangat oleh anak-anak muda pelbagai bangsa yang hadir pada malam ini bagi meraikan gerakan yang memperjuangkan perpaduan dan membela ummah.


Dalam ucapan, saya gesa anak-anak muda dan gerakan belia untuk renungi maksud hijrah serta perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam mempertahankan hak dan keadilan serta menolak kezaliman dan rasuah dalam masyarakat.


Saya percaya kudrat serta semangat anak-anak muda dan gerakan-gerakan seperti PLG berupaya menyumbang dalam usaha mengangkat martabat bangsa dan negara ke tingkat tertinggi.





Syaratnya perlu ada pimpinan sama ada dalam kalangan generasi muda, politik dan negara yang menolak kezaliman, serta menghentikan amalan menggunakan kuasa untuk memperkayakan diri dan kerabat.


#MalaysiaMADANI



KEHILANGAN SOKONGAN BUKAN MELAYU BERI LALUAN MUDAH PN GANTI PH AMBIL ALIH KERAJAAN



Secara realiti, kejayaan PH mengetuai kerajaan bukanlah disebabkan parti itu menang secara mutlak dalam PRU15 lalu.


PH hanya menang 82 kerusi Parlimen saja ketika itu, satu kedudukan yang masih jauh daripada angka paling minima 112 untuk membentuk kerajaan.


Lantaran itulah, hanya dengan kesediaan UMNO/BN yang mempunyai 30 kerusi Parlimen untuk memberi sokongan, kemudian diikuti dengan datangnya sokongan daripada Sabah dan Sarawak, maka akhirnya terbentuklah kerajaan yang ada pada hari ini dengan Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai Perdana Menteri.


Secara realiti juga, kejayaan PH meraih jumlah kemenangan 82 kerusi itu, paling banyak berbanding semua gabungan lain, adalah disebabkan sokongan pengundi bukan Melayu secara majoritinya.


Selain kerana DAP memenangi 40 daripada 82 kerusi itu, kerusi-kerusi yang dimenangi PKR (31 kerusi) dan Amanah (8 kerusi) adalah juga merupakan kawasan pengundi campuran yang mana pengundi bukan Melayu merupakan penentu kepada kemenangan yang diperolehi.


Daripada 31 kerusi PKR tersebut, sebahagiannya juga turut dipegang calon bukan Melayu.


Dengan itu, PH bolehlah dikatakan gabungan yang amat bergantung kepada sokongan pengundi bukan Melayu.


Tetapi, berdasarkan keputusan PRK Sungai Bakap di mana peratusan pengundi bukan Melayu yang keluar hanya 47 peratus, ini adalah petanda buruk buat masa depan PH.


Tanpa keraguan pengundi bukan Melayu Sungai Bakap sedang menghantar mesej menolak kerajaan madani pimpinan Anwar, terutama berkaitan isu ekonomi dan kenaikan harga diesel yang dianggap keterlaluan.


Secara umumnya, orang Cina tidaklah menolak secara total penyasaran subsidi, namun kenaikan sebanyak RM1.20 seliter dilihat terlalu tinggi.


Isu yang dipersoalkan di mana-mana, pastinya termasuk di Sungai Bakap ialah kenapa kerajaan tidak menaikkan harga diesel secara berperingkat-peringkat supaya beban kepada kehidupan dan perniagaan tidak terlalu mendadak?


Sementara sokongan Melayu memang ala-ala syahdu saja dalam PKR, malah sokongan Melayu kepada UMNO, rakan utama PH dalam gabungan kerajaan madani sendiri sudah lama merosot setiap kali PRU, protes dan penolakan pengundi bukan Melayu ini tidak harus dipandang ringan.


Sebab itu, sebelum ini disebutkan bahawa kekalahan di Sungai Bakap adalah petunjuk gelap buat masa depan Anwar.


Jika pengundi bukan Melayu berterusan menolak PH dan mereka beralih menyokong PN, gabungan itu yang sudah memiliki sokongan Melayu yang mantap akan lebih mudah mengambil alih kerajaan dalam PRU16 akan datang.


Dalam ini, sebagai langkah segera menangani penolakan itu, kerajaan wajar menangguhkan dahulu untuk melakukan penyasaran subsidi RON95, manakala kenaikan RM1.20 subsidi diesel yang sedia ada juga perlu dikaji semula.


Kenaikan terus sebanyak RM1.20 adalah terlalu tinggi dan barangkali kenaikan yang munasabah ialah dengan menaikkan sekitar RM0.50 sen seliter terlebih dahulu.


Selepas setahun dua, kemudian barulah dinaikkan lagi sebanyak RM0.20 sen atau RM0.30 sen sehinggalah tahap kenaikannya mencapai tahap yang munasabah.


Rakyat kita sudah sekian lama terbiasa dengan subsidi dan harga minyak yang rendah dan kenaikan mendadak sehingga RM1.20 adalah mengejutkan.


Sebagimana rakyat terkejut dengan kenaikan tidak munasabah itu, bermula di Sungai Bakap, pengundi kawasan itu, khususnya pengundi bukan Melayu, dengan jelas telah membalas kejutan yang mereka terima dengan membuatkan kerajaan pula terkejut kerana daripada kalah 1,563 undi pada PRN lalu, jumlah undi kekalahan telah ditingkatkan secara sengaja kepada 4,267 undi.


Siapa yang benar-benar terkejut akhirnya?


Lagi pun, dalam pengumuman kerajaan sebelum ini, mereka menyebut dengan penyasaran subsidi dan menaikkan harga diesel sebanyak RM1.20 sen, ia akan menyebabkan kerajaan dapat menjimatkan RM4 bilion setahun.


Heyyy…kenapa Anwar yang berkali-kali berjanji mahu menurunkan harga minyak, tiba-tiba kedekut dengan wang RM4 bilion setahun?


Besar sangatkah RM4 bilion itu dalam konteks membantu rakyat?


Kalau kenaikan diesel tidak dapat dielakkan kerana faktor penyeludupan, bukankah yang perlu dilakukan ialah meningkatkan penguatkuasaan dan pemantauan di kawasan sempadan?


Selain itu, kenapa berkira sangat dengan RM4 bilion setahun kalau benar pelaburan beratus bilion daripada pelbagai negara telah berjaya dibawa masuk sejak Anwar pegang jawatan Perdana Menteri? – ShahbudinHusin 08Julai2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/07/08/kehilangan-sokongan-bukan-melayu-mu-mudahkan-pn-ganti-ph-ambil-alih-kerajaan.html



JANGAN MERUNGUT BARANG MAHAL



 Jika ada yang mengeluh kos barang mahal, kerajaan gagal, aku rasa mereka lupa semasa rejim PNPAS berkuasa...



Harga telur dari RM8.00 sepapan naik mendadak sehingga RM12.90 Gred B, harga ayam dari RM5.00 sekilo naik sehingga RM12.00 sekilo.. tapi masa tu ada dalil....


Crdits#MohdShahRim



TAK BERJAYA RAMPAS.


MSO


Sikit lagi fasal kegagalan PH untuk rampas kerusi Sungai Bakap. Apa yang berlaku di Sungai Bakap bukan KALAH, tetapi tidak berjaya merampas kerusi milik PN yang diewakilkan kepada Pas. 


Kerusi itu memang hak Pas, manakala Bersatu hanya tumpang gembria atas kemenangan itu sahaja. Sebab itu kita tidak dengar apa apa ulasan berlebihan daripada presiden Bersatu Mahaiaddin Yassin, atau Azmi Ali atau Hamzah Zainuddin dengan kemenangan Pas itu.


Mungkin mereka sedar kemenangan besar Pas itu bakal menghuruharakan hubungan mereka dengan Pas. Pas boleh jadikan kemenangan itu sebagai azimat besar untuknya.


Dari sudut lain kegagalan PH untuk merampas kerusi itu memberi beberapa pengajaran kepada pihak PH. Pertama menjadikan mereka akan bekerja lebih kuat di masa akan datang dan tidak menganggap remeh kepada bentuk kempen dijalankan Pas. 


Kepada oknum terbabit dengan kempen untuk rampas kerusi itu akan terus belajar dan belajar bagaimana cara untuk menguasai masyarakat agar menyokong mereka. Sungai Bakap menghadirinya pengalaman cukup berharga untuk masa hadapan.


Pirake itu saya nampak diuruskan oleh mereka yang tidak banyak pengalaman dalam pilihan raya, manakala cara konvensional yang diguna pakai sebelum ini tidak jamin kemenangan maka ia memerlukan pendekatan bersesuaian dengan keadaan semasa. 


Selebihnya dengan kekalahan itu memberi peluang kepada pendokong, simpati kerajaan Madani mengemukakan cadangan, idea dan sebagainya bagi memastikan pilihan raya akan datang khas piraum ke-16 dimenangi oleh PH. Jangan hanya tahu mengkritik tetapi tidak menyediakan solusi atau jalan keluarga, kurangkan sikap menjadi pahat yang sibuk setelah rumah siap.


Sudah pasti segala macam kelemahan yang ditemui sepanjang pilihan raya itu akan diperbetulkan dengan tuntas bagi memastikan ia tidak akan berlaku di mana-mana pilihan raya. 


Kesimpulannya kegagalan untuk memiliki kerusi Sungai Bakap itu memberi peluang kepada PH memperbanyak homework mereka dalam berpolitik. 


Sesuatu diharapkan kejayaan Pas mengekalkan kerusi Sungai Bakap itu memberi keyakinan kepada parti itu untuk sedia melakukan perubahan politik demi negara, dan memaknakan kewujudan parti itu dengan kekuatan yang ia miliki demi rakyat dan negara bukan disia-siakan begitu saja. Trims.



BERTEMU MASYARAKT PARLIMEN TAMBUN



 Singgah sebentar ke Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Hwa di Chemor untuk menghadiri Pesta Makan Buah-Buahan petang tadi.








Terima kasih kepada penduduk Kampung Kanthan atas sambutan yang sangat meriah. Saya turut umum pemberian sumbangan sebanyak RM72,000 bagi pembelian skrin LED di dewan sekolah ini. 


Saya kemudian langsung ke Dewan Komuniti Chemor untuk bersama masyarakat India di Parlimen Tambun. Dalam ucapan, saya tegaskan Kerajaan MADANI sentiasa mengambil perhatian terhadap masalah rakyat tanpa mengira kaum.


Meskipun berdepan kekangan kewangan akibat kebobrokan pemimpin lampau yang mencuri wang demi memperkayakan kaum kerabat, saya beri jaminan Kerajaan MADANI akan bekerja keras untuk menyelesaikan masalah rakyat.


Namun saya turut menegur segelintir pemimpin masyarakat yang bertindak mencela Kerajaan secara semberono hanya kerana beberapa kelemahan kecil dalam pelaksanaan beberapa inisiatif Kerajaan.


Saya gesa pemimpin masyarakat ini untuk membawa apa jua perkara di peringkat akar umbi untuk perhatian Kerajaan supaya ia dirunding dan diselesaikan, ketimbang celaan dan cercaan semata-mata yang tidak mungkin membantu merungkai masalah.


Saya turut nafikan dakwaan kononnya bahawa Kerajaan meminggirkan kebajikan kaum India, tatkala sejumlah RM100 juta telah diperuntukkan kepada Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA).


Malah, RM60 juta disediakan untuk TEKUN bagi membantu usahawan, termasuk dalam kalangan masyarakat India, serta lebih RM71 juta diperuntukkan kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), termasuk RM50 juta khusus untuk inisiatif Sahabat Usahawan India.


Di akhir ucapan, saya mohon untuk rakyat tidak terpengaruh dengan sentimen kebencian dan perpecahan yang sedang dimainkan pembangkang jika mahu memastikan Malaysia tidak terperangkap dalam fanatik perkauman dan agama.


#MalaysiaMADANI



Kutip duit lepas menang. Ahli mereka akan lunaskan.


Ahmad Mohammad


 Ahli mereka akan lunaskan.

.


Kita akan gelak melihat poster ini, kita akan ketawa melihat poster ini. Kita akan mempersoalkan “dah menang masih lagi nak mengemis?” selepas melihat poster ini.

.

Percaya atau tidak, mereka akan berjaya mengumpul sumbangan ini, dan mereka akan berjaya melengkapkan fasiliti pejabat melalui kutipan sumbangan terbuka ini.

.

Ahli PAS mempunyai satu perwatakan yang sangat unik. Semiskin mana pun mereka, tetap mereka akan masukkan walau satu ringgit ke dalam tabung sumbangan ini kerana mereka percaya inilah perjuangan menuju syurga.

.

Bayangkan, ketika pemerintahan Mahaidin 33 bulan, dalam keadaan Hadi Awang menjadi Duta Gaji Buta Timur Tengah, cabutan judi nombor ekor naik dari 8 cabutan kepada 22 cabutan pun tiada masalah bagi ahli PAS.

.

Kita pula nak mempertikaikan usaha ADUN mereka mengemis dengan ahli mereka sendiri untuk kelengkapan pejabat mereka? Jangan.

.

Saya amat yakin, dalam tempoh 30 hari ini, pejabat ADUN PAS Sungai Bakap ini akan menjadi pejabat ADUN paling berprestij sekali di kalangan pejabat ADUN yang ada di Pulau Pinang.

.

Pastinya dikalangan ahli PAS akan datang berduyun duyun untuk menderma.

.

Saya pernah menjadi Ahli PAS, saya tahulah semangat ahli PAS, mereka tak akan biarkan pejabat ADUN Sungai Bakap menjadi rumah hantu. Maruah jatuh kalau ADUN dah menang, pejabat orang datang bersila atas lantai.

.

Tengah malam ini rasa kagum pula dengan sikap luar biasa ADUN baru Sungai Bakap ini, dah menang, bulan depan dapat gaji belas ribu, masih lagi nak minta sedekah untuk peralatan pejabat.



JANGAN BIARKAN. CARI DAN SAMAN

 


Datuk dan nenek dua beradik yang kritikal selepas makan keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim pada Ahad, tidak menyangka keterujaan kanak-kanak itu membawa pulang bungkusan makanan ringan itu berakhir tragedi.



Menurut Saadiah Yaacob, 62, sebelum itu, kedua-dua cucunya, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, dan Muhammad Luth Syauqi, 2, mengikut suaminya, Muhammad Nazar Abdullah, 53, mencari lembu di kawasan kebun terletak 50 meter dari rumah.


“Saya akan ambil tindakan undang-undang sebab tak mahu jadi dekat orang lain. Saya sedih sangat kerana mereka rapat dengan saya,” katanya.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews