HARAP HARAP TAK BENAR WALAU BANYAK YANG SEDANG MENITI DIBIBIR. JANGAN TERIMA PARTI YANG SUKA MENENGGEK MACAM POKOK DUIT- AKHIRNYA POKOK MEREPUT DIBUATNYA.


 MSO


Ayah Chik awak walaupun bertongkat dan dipapah hadir ke tempat penamaan calon di Sungai Bakap pagi ini.



Kenapa beriya sangat nak beri sokongan? Atau pun ayah Chik awak pergi kerana nak jumpa Anwar disana?


Kabarnya ada perkembangan baik di antara Pas dengan kerajaan Madani. Pertandingan di Sungai Bakap hanya suatu prosuder biasa yang penyertaanya menurut rutin demokrasi semata. Suatu formaliti saja.


Khabar dari jauh Ayah Chik awak nak jumpa dengan Anwar di ruang rehat penamaan calon, secara co insiden tetapi sayang Anwar pula tidak datang. 


Jadi hampa dan kecewalah Ayah Chik awak kerana tak dapat bersua dan bersalaman dengan perdana menteri kita. Trims.



NAK SEDEKAH TERUS JA BAGI.. TAK PERLU MELALUI MANA MANA BADAN KUTIPAN TAK KETAHUAN...


Najib Bakar


 Hampa follow kes JomDonate yang guna influencer untuk kutip derma tu? Yang 20% dari kutipan diberi kepada influencer?





Kes ni heboh di page AMAR, PW community, dan Ustaz Lariba.


Di belakang tabir JomDonate adalah seorang bernama Basri Ibrahim.


Bila disemak lebih dalam, Basri ni Pemuda PAS, dan juga menantu salah seorang pimpinan pusat PAS.


Keywordnya adalah jam Buruj. Pak mentua dia dulu kecoh dengan kisah jam Buruj ni bila Siti Kasim komen.


Cari bab tu, tau la sapa pak mentua dia. 😁


Anyway, isunya kat sini adalah JomDonate kutip derma tanpa lesen. 


Dan juga depa tak bagitau langsung kepada orang awam berapa peratus yang diberi kepada tukang kutip derma aka influencer.


Nasihat aku, derma direct kepada pihak yang memerlukan atau kepada pihak yang declare siap-siap dan berlesen.


Belanja anak bini bagi depa happy pun lebih ok daripada bagi derma kat orang tengah yang tak ketahuan kepala punca. 😁



KENALI BLACKROCK


Adrian Lim Chee An


 https://www.facebook.com/share/p/Kcp4uTm82hzSEbsx/?mibextid=oFDknk


KENALI BLACKROCK


Blackrock ialah institusi pelabur terbesar kat dunia. Nombor dua Vanguard (kalau tak silap).


Institusi pelabur ialah sekumpulan individu yang melabur bagi pihak orang yang mempunyai duit lebihan tetapi tidak reti atau tidak ada masa melabur secara sendiri.


Blackrock sebagai contoh, saham-sahamnya dimiliki oleh orang ramai dan institusi-institusi pelaburan lain. Wang orang awam parking kat Blackrock dan Blackrock akan guna duit itu melabur kat seluruh dunia.


Di Malaysia, Blackrock memiliki saham dalam puluhan company sejak tahun 1990an lagi. Dan korang memang kenal syarikat-syarikat ini di mana sebahagian sahamnya dimiliki oleh Blackrock.


• Petronas

• TNB

• Telekom

• Maxis

• Celcomdigi

• Maybank

• CIMB

• RHB

• Ambank

• Sime Darby

• Axiata

• Kuala Lumpur Kepong

• IOI

• MISC


Mudah kata, dari bank ke telco ke hartanah ke tenaga, Blackrock mempunyai saham kat dalam sejak tahun 1990an lagi.


Ini realiti dan dunia korporat dan pelaburan lah. Pasal kaitan dengan Yahudi itu saya tak nak komen.


AKAN TETAPI......


Memandangkan ada suara-suara yg mengaitkan penjualan MAHB kepada bangsa Y dari negara I, ini korang kene tahu juga.


Semasa negara Malaysia sedang bergelut dengan PKP dan lockdown pada tahun 2021, di bawah pimpinan Muhyiddin Yassin sebagai PM8, KWSP telah melancar suatu "dana patuh syariah" yang mencecah RM2.4 bil.


Daripada RM2.4 bil itu, KWSP (dan Kerajaan Malaysia pimpinan Muhyiddin Yassin) telah berikan RM800 juta kepada Blackrock.


Tempoh pelaburan bagi dana RM2.4 bil / RM800 juta itu adalah dari tahun 2021 sehingga tahun 2025.


Pendek kata, sebahagian wang yang korang carum kat KWSP itu, masih sedang dipegang dan diurus oleh Blackrock yang dikatakan dimiliki oleh bangsa Y dari negara I itu kerana suatu langkah yang dibuat oleh PM8 pada 3 tahun yang lalu.


Korang tak tau kan, Abah pernah ambil duit korang dan bagi kat "syarikat Yahudi" untuk diurus?



KENAPA PERIHAL "BLACROCK" NI SUSAH NAK DI SELESAIKAN?



Wan Hasni Wan Sulaiman. 


Pertama-tama nya Blackrock ni bukan nya suatu yang mudah nak diungkaikan. Ianya sebuah badan pleaburan terbesar di dunia, dengan aset bertriliunan dollar. 


Mereka pula sudah lama melabur di Malaysia didalam pelbagai entiti, didalam pelbagai sektor, termasuk perbankan (e.g. Affin Bank (as per my last recollection)), Lynas di Pahang, melalui Australian parent company), dan pelbagai lagi. Boleh check sekejap saja kalau nak buat.


Dalam Global Infrastructure Projects (GIP) yang mahu ambil saham dalam Malaysia Airports pula, mereka pula menjadi pemegang saham penuh dalam GIP.


Mereka ini asal nya bermula bersama dengan Goldman Sachs/First Boston (sewaktu 90an) dan saya sendiri pernah dealings dengan mereka sewaktu itu (via Goldman Sachs, akhir 90an, dibawah jenama Blackstone).


Sekarang aset dibawah pengurusan mereka USD10 trillion. Terbesar didunia. With that size of assets, makna nya hampir mana saja company yang kita deal with, they must have some shares inside.


Adakah wang itu wang mereka? Tidak. Ianya aset yang diuruskan.  Wang itu datang dari pelbagai sumber, termasuklah banyak wang dari negara Islam sendiri (terutama nya dari Gulf region). Juga termasuk wang dari China dan Jepun, serta Korea. Apatah lagi dari negara-negara Eropah.


Hanya satu saja permasalahan nya ialah, pengurusan mereka itu dituduh sebagai Yahudi. Kita bukanlah nak bezakan anatara Yahudi dengan Israel, tetapi dalam aspek diplomatik, Yahudi tu dimana-mana saja. Di Singapura pun ada. Tak semua orang Yahudi adalah warga negara Israel. Dan tak semua orang Yahudi tu mesti di kutuk.


Yang menjadi masalah ialah peperangan di Gaza. Kita jangan pula nak bawa hal itu kepada antara negara Malaysia dan negara lain, termasuk juga negara Israel. We are NOT at war with any countries.


Penentangan negara dan PMX terhadap Israel dan peperangan Gaza sudah jelas. Kita must be against it in all counts. Itu sudah pun dijelaskan.


Ini yang saya katakan awal-awal dulu, jangan sampai kita "terperangkap dalam naratif sendiri". Kalau kita nak perangi dan musuhi kewangan dunia adalah suatu yang amat besar dan berat. Kita tak bersedia to go for that. Saya pun tak pasti bila kita mampu.


For now, kita mesti hidup dalam keadaan yang realistik. Sebab nya kalau nak memerangi "BlackRock" dalam naratif yang sama, ianya tiada hujung yang jelas. Bayangkan kita nak masukkan "Glencore", "Vitol", "Intel", ....,senarai nya tak berkehujungan. Bahkan openAI (Sam Altman) adalah Yahudi. Habislah tak boleh pakai chatGPT. Google founders, Sergei Brin (juga Yahudi), Elon Musk, Tesla pun ia juga.


Semua kita nak halang ke? Tak logik.


Kalau nak kita tegur, baiklah kita cuba membawa alternatif yang lain. Sebagai contoh, kenapa tidak Malaysia Airports bergabung dengan AOT Thailand (ASEAN)? Atau Turkish Airports atau Dubai Airports (Muslim countries). Saya dari awal lagi melihat kepada gabungan ASEAN airports lebih munasabah. 


Tetapi masalah nya, semua nya mungkin tiada "financial might" yang mencukupi dan tidak dapat membuat "cash injections" yang memang amat diperlukan. Sedangkan bagi Malaysia, we do need to redo our balance sheets. Oleh itu, perlu kita "let go some of the assets from the balance sheets" to pare off some of the debts, iaitu hutang negara yang terlalu menumpuk besar.


Logik dan rasional untuk dapatkan cash injection tu betul dan benar. Dan kalaulah betul Blackrock melalui GIP boleh buat sedemikian, barulah ada logik nya yang betul.


Otherwise, kita hanya sembang dalam gelap. Lempar batu sana-sini tanpa memahami apa yang mendasar nya. Sebab itu, kalau boleh Kerajaan jelaskan apakah rasional nya. Janganlah bagi sebab "the train has left the station". Ini tak muncukupi untuk khlayak ramai.




DI TENGAH BAHANG PILIHANRAYA SG BAKAP. SEORANG MP PARTI SAKAW PN AKAN HADAPI DAKWAAN.


Desa HM


 Hmm... menarik kes ni.




Di tengah2 kehangatan bahang PRK Sg Bakap, org kuat PN akan dibicarakan berkait kes songlap komisyen Jana Wibawa bernilai hampir RM 7 juta ...


Yg menariknya... duit RM 6.9 juta tu, dimasukkan ke dlm akaun sykt milik dia, WSA Advisory Group Sdn Bhd... dimasukkan oleh pihak yg dituduh sbg memberikan rasuah kpd Wan Saiful...iaitu Nepturis Sdn Bhd..


Kalau dilihat drp beban kes ini... ianya very straight forward. Tak payah dah nak susah2 korek sana sini cari bukti.. bukti dah ada depan mata...


Bayangkan... 


Kalau level org besar parti pun sakau duit bubuh dlm akaun sykt sendiri... puak2 un yg bawah2 ni... tak payah cakap la... memang bengong tahap tombol pintu...


So... dlm kempen PRK kali ni... PAS nak sembang apa?..


Intergriti?


Perjuangan Islam?


Nak jaga Melayu?


Pengundi2 Sg Bakap, kalau ada wakil PAS mai kempen kat rumah korang sembang pasal benda2 tu,.. korang bagi ayat pendek jer kat dorang... 


"L** C**w".


🤣🤣🤣🤣🤣🤣

.

.

.


AZHAR IDRUS BUAT CLAIM DAK MELALUI YOU TUBE.

 

RMS


Macam mana Azhar Idrus nak claim Royalti ceramah dia di Youtube dan facebook.. 🙁🤔




KJ BERKALOBORASI DENGAN BLACKROCK


CnP

 Baru aku tahu, antara pemilik saham Media Prima adalah Morgan Stanley dan syarikat ni pun ada kaitan dengan Blackrock dan Vanguard group.. HotFM bawah media prima, jadi kenapa KJ berkolaborasi dgn BlackRock..??🤔🤔



KUTUK PANDAI JA... HA HA..


Zamri Zainal


 Itulah yang dia mahu sebenarnya. Apabila ekonomi merudum satu peluru lagi boleh dilepaskan kepada kerajaan. Pendeknya tidak kering idea mengutuk, dan mengutuk....




MP PKR SARAN SPEAKER KOSONGKAN ENAM KERUSI PARLIMEN BERSATU



Pemimpin PKR Hassan Karim menggesa Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul membuat pengumuman mengosongkan kerusi parlimen enam ahli parlimen Bersatu yang telah hilang keahlian dalam partinya kerana menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.


Ahli Parlimen Pasir Gudang itu berkata bahawa keputusan sedemikian untuk menghormati perlembagaan parti-parti politik yang mendaftar secara sah dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).


“Saya saran speaker (Johari) kosongkan enam kerusi parlimen ahli parlimen Bersatu. Perkara itu bertepatan dengan notis pengosongan dihantar oleh ketua whip Bersatu Ronald Kiandee semalam. Ini selepas keahlian enam ahli parlimen itu telah terhenti serta-merta.


“Saya percaya yang wajarnya ialah kerusi enam ahli parlimen ini perlu dikosongkan atas alasan speaker perlu menghormati Perlembagaan Persekutuan yang telah dipinda di bawah Akta antilompat parti,” katanya.


Mengulas lanjut, Hassan berkata kegagalan speaker berbuat demikian akan memberi gambaran speaker juga tak menghormati bukan sahaja pindaan perlembagaan parti Bersatu, malah juga parti DAP, Amanah dan Umno yang turut membuat pindaan untuk memastikan tiada wakil rakyat dari parti-parti itu mengalih sokongan ke parti lain.


“Johari harus membuat keputusan berlandaskan perlembagaan dan menghormati perlembagaan Bersatu,” katanya.


Bersatu sebelum ini mengemukakan notis kepada speaker memohon supaya enam kerusi parlimen dipegang oleh wakil rakyatnya dikosongkan.


Dalam satu kenyataan media, Ronald yang juga naib presiden Bersatu berkata, keahlian parti keenam-enam mereka yang sebelum ini menyokong Anwar telah terhenti secara serta-merta.


“Justeru, sebagaimana Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan perenggan 3, Speaker Dewan Rakyat perlu memastikan berlakunya kekosongan luar jangka dalam masa 21 hari selepas notis diterima,” kata Ronald.


Mengulas lanjut, Hassan berkata bahawa dia percaya kerajaan tidak akan campur tangan dalam hal ehwal mahkamah sekiranya perkara ini dibawa ke mahkamah.


“Saya minta seperti janji perdana menteri (Anwar Ibrahim) bahawa kerajaan dia tak campur tangan dalam hal ehwal mahkamah.


“Maka, saya pun percaya perdana menteri dan kerajaan tak akan campur tangan dalam hal ehwal Parlimen ,” katanya.


Tambahnya, kerajaan tidak akan tumbang, tanpa sokongan enam ahli parlimen ini.


“Kerajaan Perpaduan Madani tak mahu sokongan ahli parlimen yang mengkhianati parti sendiri.


“Enam orang ini bukan mengkhianati PN sahaja, mereka mengkhianati pengundi di enam kawasan parlimen,” katanya.


Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/709469



KELUARGA KOBIS - Sumber ANTIKANSER Yang KUAT !





Sayur-sayuran seperti kobis, brokoli, kobis bunga, 'brussel sprout' dan kobis kerinting adalah antara sayur yang mempunyai sifat antikanser yang kuat.


Sumber ini kaya dengan bahan khasiat yang dikenali sebagai ‘glucosinolate’.


‘Glucosinolate’ adalah bahan bersifat antikanser.


Kajian Penyelidikan Kanser di Amerika Syarikat mendapati sayur-sayuran jenis ini boleh membantu elakkan kanser usus besar, kanser rektum dan kanser tyroid.


Sayur-sayuran jenis ini juga bantu elakkan kanser paru-paru, kanser prostate dan kanser payudara.


Kajian epidemiologi (kajian ke atas ramai orang) juga mendapati diet kaya brokoli, juga dapat keputusan yang sama iaitu kurangkan risiko kanser prostat.


Kadar minimum yg disarankan adalah 10 g setiap hari.


Untuk hilangkan kesan racun sebaiknya kobis direndam beberapa minit dalam larutan garam pada kadar 20g dalam 1 liter air.


Kajian yang dilakukan ke atas wanita Poland mendapati wanita yang memakan kobis sekurang-kurangnya 3 kali seminggu menunjukkan pengecutan sel kanser payudara dengan nyata.


Kobis yang dimakan adalah kobis mentah atau kobis yang dimasak sekejap. Sebaliknya, kobis yang dimasak lama tidak memberi kesan.


#DrSuriRoowi Ph.D KMN

Principal Scientist

Photo: Getty image



KEH.. KEH.. KEH... KALI NI ISO 600010 LAK KOT...



Harakatdaily. 




 PASTI seluruh negara umum tawar sistem pensijilan ISO kepada pelajar-pelajarnya.


“Ini berupaya patahkan serangan lawan pada masa akan datang,” ujarnya lagi.



SAMA SAMA TAK CERDIK

 

RMS




Rupanya penjilat telur Najib Razak, ingatkan walaun.. sorry  pada walaun.. 🙏🙏


Tolong like posting barua najib, sorang pun tak like.. 😆😆



EKONOMI AKAN MERUDUM. NAMUN PN TAK BERANI LANGSUNG SENTUH KETIKA BERKUASA. MEREKA LANGSUNG TAK BERSUARA KERANA DEMI EKONOMI JUGA.



 Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berkata di sebalik tindakannya memutuskan semua hubungan dengan syarikat milik Israel di negara itu, ekonomi Malaysia akan terjejas jika perkara sama dilakukan ke atas semua syarikat berkaitan Israel yang beroperasi di luar negara.



Mengulas bidasan terhadap penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP), sebuah firma yang bakal diambil alih oleh Blackrock yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang didakwa membiayai pembunuhan beramai-ramai di Gaza, Anwar turut mengajak rakyat supaya bersatu dalam isu berkenaan.


“Umat Islam khususnya rakyat Malaysia berpakat la. Kita dari segi kerajaan dan saya sendiri buat pendirian maksimum depan kuasa besar, jumpa pemimpin Hamas. Kita dah buat sedaya upaya kita."








Berita penuh: https://mk.my/33XjXmp




BLACKROCK ADA DIMANA MANA.

 

Isaac


Vaksin Pfizer yang KJ beri kepada rakyat dan kebanyakan ubat jantung, darah tinggi, kolesterol dan dll juga dipunyai oleh syarikat Blackrock.... kenapa tak cakap tak makan pun tak mati..... dipolemik kot... cheap publicity.






Unit 8200, Blackrock, Boikot


Nik Hasyudeen. 


 Unit 8200, Blackrock, Boikot


Saya amat kagum bagaimana Unit 8200 begitu berpengaruh di dalam dunia teknologi dan mempengaruhi penggunaan teknologi untuk mempengaruhi pelbagai perkara.


Unit 8200 adalah unit perisikan siber IDF. Ianya menggambil anak-anak muda bergeliga untuk diberikan asuhan agar mereka mampu mencipta pelbagai teknologi yang kemudiannya digunakan untuk tujuan perisikan. 


Orang-orang yang bekerja dengan Unit 8200 ni kemudiannya akan menubuhkan pelbagai syarikat yang mencipta pelbagai solusi yang digunakan di seluruh dunia. Ramai di antara alumni ini juga bekerja dengan Tech Giants seperti Meta, Google, Microsoft dan sebagainya. Malah, ada yang memegang jawatan kritikal yang mempengaruhi strategi dan polisi syarikat-syarikat berkenaan.


Sekarang di dalam krisis di Timur Tengah, sistem yang dinamakan Lavender digunakan untuk mengenal pasti musuh dan menghapuskan mereka dan orang-orang yang berada bersama mereka. Lavender dikatakan bekerjasama dengan beberapa Tech Giant untuk membentuk model yang digunakan bagi tujuannya. 


Anda boleh cari maklumat syarikat-syarikat mana yang terlibat. Mungkin lepas tu anda tak mahu guna Whatsapp atau mengGoogle lagi kerana keterlibatan pemilik-pemilik solusi-solusi ini.


Apa kena mengena Unit 8200 dengan Blackrock pula. Saya pun tak tahu. Cuma, Blackrock ialah sebuah syarikat pengurus aset. Dia menggumpulkan dan dari seluruh dunia yang kemudiannya digunakan untuk melabur di seluruh dunia juga. 


Mereka juga tak ada isu dosa pahala kerana apa yang dipentingkan oleh pelabur ialah keuntungan. Jadi nak melabur dalam hospital ke, syarikat kapal terbang yang digunakan untuk naik haji ke atau perniagaan alatan perang ke, semuanya jalan.


Oleh kerana jumlah aset yang diuruskan oleh Blackrock berjumlah $ 10.5 trilion (ni dalam Dollar ya), tentulah Blackrock melabur di mana-mana. Kaedah pelaburan mereka pun pelbagai termasuk dana-dana yang masuk ke dalam industri yang khusus yang disasarkan oleh pelabur mereka.


Jadi, apa kaitan Unit 8200 dan Blackrock dengan boikot pula? 


Saya tidak berhajat untuk membincangkan merit boikot kerana ianya tidak semudah yang disangka. Cuma, dalam pemerhatian saya, orang mudah boikot benda-benda yang dia tak guna atau tidak melibatkan dia. Jadi, kalau tak boikot pun mereka tak terlibat dengan perkara yang diboikot tu. 


Jika tidak ada apa-apa tanggungjawab, kita juga lebih mudah memboikot kerana tak memberi kesan kepada diri kita. Walau bagaimana pun jika kita ada pelbagai tanggungjawab untuk membangunkan itu ini, kita kena menilai pelbagai perkara sebelum membuat satu-satu tindakan dan keputusan. Ada yang positif dan ada yang negatif. Hanya apabila ada kesan positif secara keseluruhan (net benefit) barulah satu-satu tindakan dibuat.


Jadi, orang-orang yang mengulas dengan yakin berkenaan Blackrock di FB atau pun whatsapp berdasarkan carian melalui Google, anda kena kira jugalah “net benefit”nya. Jangan buat-buat tak tahu atau tak sedar pula. 🤗



KJ YANG BUTA SEJARAH..

 

Zamri Zainal Abidin. 




Sejarah genocide di Palestine sudah bermula sejak 70 tahun lebih yang lalu, tidak pernah berhenti sampai sekarang. Jangan jadi buta sejarah saudara KJ.




NAGA PUN ADA YANG BODO. SPM MATEMATIK GAGAL KO NAK SEMBANG BAB EKONOMI.


Pak Ya Siam


 Naga bodoh !!



Penang walaaupun turun exports RM20 Billion tapi total exports adalah RM400 Billion..


Kedah cuma RM6 billion 😂😂..kalau tak reti mai nak ajak dengan tapak kaki 😂😂..



FENOMENA PEMANASAN GLOBAL


Update kematian jemaah haji hampir 2 ribu orang setakat hari ini.Suatu fenomena kematian alami yang tidak pernah terjadi sebelum ini.Video2 jemaah bergelimpangan d sepanjang jalan viral di medsos. إنا لله وإنا إليه راجعون

 Manusia yang mabok agama akan mengatakan ia kematian "yang di cemburui". 


Sedang hakikat sebenarnya ialah fenomena pemanasan global. 


Suhu ekstrem dan pihak penaja tidak menyediakan fasiliti lengkap bagi melindungi cuaca panas jamaah haji. 


Pihak penaja tahu manusia mabok agama akan menganggap ia sebagai 


"Ujian dari Allah". 


Maka mudah sekali memanipulasi manusia yang telah mabok dengan agama kerana aqalnya telah terbius dengan dogma. 


Kematian yang sepatutnya di elakkan menjadi kematian yang di cemburui akibat dogma agama.



SUDAH SUDAH LAH KJ..



 KJ acah-acah 𝗽𝗲𝗿𝗷𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗙𝗶𝗹𝗮𝘀𝘁𝗶𝗻 pulak? Sekarang dah jadi penunggang juga ye? 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴 𝗶𝘀𝘂 𝗙𝗶𝗹𝗮𝘀𝘁𝗶𝗻.







Aku berani kata dia penunggang bila dia beri alasan masa dia dalam kabinet, jumlah pelaburan 𝗕𝗹𝗮𝗰𝗸𝗥𝗼𝗰𝗸 di Malaysia agak tinggi tapi dia beralasan, 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝘁𝘂 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝙂𝙚𝙣𝙤𝙘𝙞𝙙𝙚 𝗹𝗮𝗴𝗶.


Serius ar KJ? Nampak macam bijak tapi tak ada otak juga rupanya. Serupa walaun.


𝗜𝘀𝗿𝗮𝗵𝗲𝗹𝗹 dah membantai rakyat 𝗙𝗶𝗹𝗮𝘀𝘁𝗶𝗻 semenjak dari 1948 lagi. Bukan baru tahun lepas. DS Anwar pun dah berjuang isu Filastin ni dari 𝘀𝗲𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗸 𝗞𝗝 𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗹𝗮𝗵𝗶𝗿 lagi. Berpuluh tahun.


KJ baru nak cakap isu ni sekarang? Hanya selepas isu BlackRock jadi polemik. Sebelum ni 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗽 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿 𝗞𝗝 𝗯𝗲𝗿𝗰𝗮𝗸𝗮𝗽 𝘀𝗼𝗮𝗹 𝗙𝗶𝗹𝗮𝘀𝘁𝗶𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗶𝗻𝗶? 𝗭𝗲𝗿𝗼! Sebab tu aku kata dia penunggang.


KJ dengan BlackRock bukan asing pun. Mac tahun ini KJ dilantik menjadi 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗖𝗦𝗚 𝗦𝗲𝗰𝘂𝗿𝗶𝘁𝘆. 𝘈𝘯𝘥 𝘨𝘶𝘦𝘴𝘴 𝘸𝘩𝘢𝘵, 𝗕𝗹𝗮𝗰𝗸𝗥𝗼𝗰𝗸 𝗽𝘂𝗻𝘆𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗴𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁 𝘁𝗲𝗿𝘀𝗲𝗯𝘂𝘁.


KJ juga jadi duta (atau model) bagi minuman jenama Vida. Dan sekali lagi, BlackRock juga punyai saham dalam syarikat pemilik minuman tersebut. Nampaknya KJ 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗮𝗸𝗿𝗮𝗯 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗹𝗰𝗸𝗥𝗼𝗰𝗸.


Hakikatnya, BlackRock ada di mana-mana. Untuk cari syarikat yang benar-benar tiada kaitan dengan syarikat pelaburan itu, umpama 𝗻𝗮𝗸 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗰𝗲𝗿𝗱𝗶𝗸. Ada tapi 𝗽𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗻𝗮𝗸 𝗷𝘂𝗺𝗽𝗮.


Malah di zaman Covid, ketika KJ Menteri Kesihatan, KJ beli vaksin jenama 𝗣𝗳𝗶𝘇𝗲𝗿 yang mana juga berkaitan dengan BlackRock. Alasan masa itu tiada genosid hanyalah alasan yang dangkal.


Nasihat aku, jujurlah KJ. Usah hipokrit. Kalau ko duduk dalam kabinet masa ni, ko akan cipta 1,001 𝗮𝗹𝗮𝘀𝗮𝗻 untuk halalkan perkara ini. Sekarang ko jadikan ini isu cuma dengan harapan 𝗸𝗼 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹 𝗿𝗲𝗹𝗲𝘃𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮. Kan?


Tengok gaya KJ sekarang, rasanya bagus dia tumpu kerjaya dalam bidang seni je la. Buat kerja DJ tu elok elok. Sebab aku nampak KJ cuma seorang politician hipokrit je. Tak ada hala perjuangan sebenar pun. Baik tinggalkan je politik. Hanya memburukkan dunia politik yang dah memang buruk. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


MMMMM..TAK LAMA PEMUDA UMNO BOLEH HILANG GITU JA...



 Harga apa yang naik..??




Jika betul naik.. kenapa Pemuda UMNO tak buat aduan.. kenapa panglima UMNO Dr Akmal tak turun padang dan marah peniaga.?? Kan tu dah trademark dia.??