PMX TIBA DI JEPUN






 Alhamdulillah, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo, Jepun bagi menghadiri Persidangan Nikkei 2024. 


Saya turut diapit Menteri Luar Negeri, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta Menteri Sumber Manusia. 


Selain menyampaikan ucaptama pada Persidangan Nikkei 2024 esok, saya juga dijadual bertemu Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida. 


Saya juga akan mengetuai misi pelaburan dengan bertemu pemimpin-pemimpin industri di Jepun. 


Kesempatan di Tokyo turut saya gunakan untuk berdialog bersama Kelab Media Jepun, menyampaikan syarahan di Universiti Keio dan bertemu komuniti Islam di negara ini. 


Semoga urusan saya dan delegasi Malaysia dipermudahkan, Insya-Allah. 


#MalaysiaMADANI



BOIKOT PENGUSAHA MELAYU SENDIRI

 


Golongan2 yang b0ik0t terhadap KFC menyebabkan pengusaha ayam yang terdiri dari 👇




MALAS NAK KOMEN. WALAUN MEMANG MALAS MEMBACA DAN MALAS MENGKAJI. PADA HAL YANG BANYAK GUNA.. DEPA NI LA.. DOK BAWA LORI LA.. TARIK LORI LA.. LORI SAWIT.. TAPI TAK MAU BUKA OTAK.. MALAS BACA...

 


Kecoh dari semalam cerita tentang 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶 𝗱𝗶𝗲𝘀𝗲𝗹. Macam-macam komen aku baca, terutamanya dari walaun, yang buat aku tersenyum sendiri.


Ada yang kata kena tingkatkan kawalan penyeludupan, bukannya tarik subsidi. Betul juga tu. Tapi kalau yang seludup tu orang yang berkuasa, nak buat macamana?


Sebenarnya 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶 𝗱𝗶𝘁𝗮𝗿𝗶𝗸 tetapi harga bahan api yang akan 𝗱𝗶𝗮𝗽𝘂𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻. Sama la tu. Kan? Eh tak. Tak sama. Jauh sangat perbezaannya.


Bila harga diapungkan, subsidi masih lagi diberi. Cuma tidak lagi di pam macam sebelum ini. Subsidi 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗹𝘂𝗿 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 kepada pihak yang layak dapat.


Ini berbeza dengan zaman Pak Lah dulu. Subsidi terus 𝗱𝗶𝘁𝗮𝗿𝗶𝗸 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗻𝘂𝗵𝗻𝘆𝗮 hingga harga meningkat kepada RM2.70 seliter. Harga diapungkan dan disemak secara berkala


Dan ia berterusan hinggalah zaman Najib PM. Malah ketika Najib PM, pernah 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗽𝗮𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗿𝘂𝗻𝗰𝗶𝘁. Bermakna, bukan setakat kerajaan tak beri subsidi, malah 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴 lagi.


Contoh, harga pasaran RON95 RM1.70 tapi di pam dijual pada harga RM2.20. Jadi kerajaan kutip 50 sen bagi setiap liter yang rakyat beli.


Hinggalah akhirnya perubahan dibuat dengan harga disemak setiap minggu. Siapa punya formula? Itulah yang walaun gelar 𝗥𝗮𝗷𝗮 𝗙𝗼𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮, 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗥𝗮𝗺𝗹𝗶. Dia selamatkan kita daripada 𝗰𝘂𝗸𝗮𝗶 𝘁𝗲𝗿𝘀𝗲𝗺𝗯𝘂𝗻𝘆𝗶 Najib.


Jadi cerita subsidi ditarik ni bukan baru. Kita dah pun lalui sebelum ini. Cuma bila PH1.0 naik, harga pasaran minyak mulai naik. Jadi kerajaan ketika itu tetapkan harga maksimum di pam adalah RM2.08.


Kalau harga naik lebih dari RM2.08, kerajaan akan tanggung. Ketika Ismail Sabri jadi PM pula, maksimum harga di pam diturunkan kepada RM2.05. Kita pun mula sedap hidup bersubsidi semula.


Jadi, subsidi bahan bakar ditarik ni bukan benda baru. Kita 𝗱𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗱𝘂𝗹𝘂. Cuma bezanya kali ini, subsidi bukan ditarik tapi diberi secara bersasar terus kepada individu.


Dulu, zaman Pak Lah, zaman Najib, boleh je hidup isi minyak tanpa subsidi. Siap kena cukai tersembunyi lagi. Tiba-tiba hari ni dapat subsidi secara bersasar, 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗻𝗮𝗸 𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗽𝘂𝗹𝗮𝗸, 𝗸𝗮𝗻?


Nak auta pun sikit sikit je cukup. Apa yang kerajaan hari ini akan buat, jauh lebih baik daripada kerajaan sebelum-sebelum ini buat. 𝗕𝗕𝗡𝗨 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗲𝘁𝗶 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝘁𝘂. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


APA JADI DENGAN DIA NI ? HARAP JANGAN LAMA SANGAT KOT Laporan SPRM Terhadap Radzi Jidin Bagi Tuduhan Rasuah di Ibu Pejabat SPR...


Satu Laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh Gulam Muszaffar Ketua Penerangan UMNO Wilayah bagi tuduhan rasuah terhadap YB Radzi Jidin di Ibu Pejabat SPRM, Presint 7, Putrajaya. 21hb September 2023 (Khamis)



PANAS! Anak MB Perllis didakwa esok? | Azmin, Hamzah tak layak | Anwar b...



1. Hanya Anwar berani laksana penyasaran subsidi diesel – Kor Ming 2. Anak MB Perlis, bekas setiausaha politik pemimpin pembangkang didakwa esok 3. Azmin dan Hamzah belum cukup syarat, tiada keperluan tanding rebut jawatan Timbalan Presiden BERSATU — Wan Saiful 4. MP PAS ingatkan DAP usah semai politik toksik, paranoid 5. Pimpinan akar umbi perlu terjemah mesej PM kepada rakyat – Manivanan 6. Tuduhan ekstrem hanya bantu tambah sokongan PAS, kata pemimpin








PERTAHANKAN KEPIMPINAN ALOHA..


Harakatdaily


 Presiden PAS mengadakan tinjauan mengejut di Pulau Lang Tengah susulan tular video pesta liar di situ.




ESOK DAKWA





 Ok sah. Anak MB Perlis merangkap menantu Haji Hadi akan didakwa esok jam 9 pagi di Mahkamah Sesyen 1 Jenayah, Kangar.


Namanya Mohd Syafeeq bin Mohd Shukri.


Sahih dan tepat fakta ini, tak boleh disangkal lagi.


Huk aloha!



BANTUAN BUAT ARTIS YANG MENGHADAPI MASAALAH KESIHATAN

 

Setiausaha Politik saya, saudara Farhan Fauzi telah mewakili saya untuk meneruskan rutin Ziarah Madani dengan menziarahi pelakon saudari Nur Azifah Zainon di Hulu Kelang, Selangor. 


Saudari Nur Azifah telah menderitak sejak tahun lalu akibat kanser payudara.



 





Pelakon drama Istidraj dan Tujuh Warna Pelangi ini perlu menjalani rawatan berkala bagi merawat kanser tersebut, namun kos rawatan yang ditanggung amat membebankan.


Saudara Farhan telah sampaikan sumbangan bagi pihak saya untuk membantu meringankan beban kos perubatan beliau. Mendoakan saudari Nur Azifah dikurniakan keafiatan oleh Allah SWT dan beliau diberi kekuatan untuk berdepan dugaan ini. 


#MalaysiaMADANI




BENDA BETUL LA..

 

Che Ibrahim


Owww benda sengoti.... Ambo ingat saja nak buat fitnah jah.




JOM... PARTY ALOHA.


                    Cartoon by Haili



RINGKASAN PENERANGAN PMX SEMALAM DALAM PENERANGAN BEBERAPA ISU NEGARA DAN EKONOMI.



 Awalan PMX cite tentang isu keselamatan yang berlaku 


Kemudian tentang ekonomi negara bursa saham naik inflasi dibawah kawalan dll


Minit ke4 soal tata kelola


Minit 5 ke atas ttg isu tender, rasuah dan penjimatan projek yang ditender kan semula


Minit ke 9 ekonomi madani


Minit 12 gaji naikkan siling naikkan bumbung 


Minit 14 noktah kan kemiskinan, IPR, gaji progresif, ekosistem perniagaan, dll


Minit 18 perlaburan masuk ke Malaysia


Minit 21 kedudukan fiskal negara, subsidi pukal, beban hutang


Minit 26 reformasi fiskal, turun hutang, defisit, cukai dll


Minit 29 penyalarasan subsidi elektrik, kjaan jimat 4.5billion


Minit 32 penyelarasan subsidi bahan api 


Untuk permulaan hanya libat pengguna Semenanjung Malaysia


Subsidi kpd 10 jenis perkhidmatan komersial yg guna diesel- teksi buds nelayan 


23 jenis kenderaan penghantaran


Pemilik kenderaan diesel diberi subsidi kecuali T20


Petani pesawah dan penoreh


Kesan kenaikan kepada T20 dan pengguna org asing


Penjimatan Kerajaan RM4 bilion


Minit 36 peningkatan bantuan sara 700 juta, 5x berbanding tahun lalu


STR naik 2 bilion 9 juta penerima


Minit 38 bantuan murid sekolah


Minit 38 insentif pengeluaran getah naik ke rm3 sekilo


Minit 39 skim subsidi harga padi naik ke rm500 dari 360


Tamat


@⁨~al-fatih⁩ 

@⁨~RosliHassan⁩




KERAJAAN KELANTAN MAHU LAWAN KEPUTUSAN MAHKAMAH???



Che Ibrahim



Ambo tak nampak kok celah mana Kerajaan Kelantan nak gubal semula 16 Seksyen dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 Negeri Kelantan yang telah diisytiharkan sebagai batal dan tidak sah oleh Mahkamah Persekutuan??? 


Sepatutnya Kerajaan Kelantan kena akur dan patuh kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dengan memansuhkan seksyen seksyen yang terbatal itu kerana kesalahan kesalahan tersebut di luar dari bidangkuasa mahkamah syariah




BSKL MULA MELONJAK

 

Bursa Malaysia tertinggi dalam tempoh 3 tahun. 



Najib 




Jumlah perdagangan dan jumlah eksport meningkat.


Peratus kenaikan GDP untuk suku pertama 2024 juga melebihi unjuran awal DOSM (4.2 peratus berbanding 3.9 peratus). 


Pasaran kenderaan Malaysia berjaya memotong Thailand. Kini di tempat kedua di belakang Indonesia.


Moving in the right direction insyaAllah.



Mereka ini Ustaz, saya pula baru nak start.

 


Mereka ini Ustaz, saya pula baru nak start.





Tetapi saya juga ada tanggungjawab dalam dakwah. Sebab itu tanggungjawab kita semua sebagai hamba Allah.


Maka sepadan dengan keilmuan saya, saya hanya mengajak masyarakat untuk berfikir.


Saya tidak mengajak orang untuk taksub kepada Dr Rozaimi atau kepada Ustaz Wadi. Saya juga tidak pernah mengajak orang untuk membenci mereka.


Kedua-dua mereka ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Ada manfaat yang telah mereka sumbangkan, dan ada kesilapan yang mereka telah lakukan.


Maka jadilah kita masyarakat yang matang dalam beragama.


Tak suka tak apa. Tapi jangan sampai menghina. Jangan sampai kata apa yang orang tak kata.


Sebab setiap dari kita akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kita lakukan di dunia. Maka berhati-hatilah supaya kita tidak muflis di akhirat sana.


Semoga Allah jauhi kita dari menjadi muflia di akhirat sana.


Pada yang dapatkan kitab sahih bukhari, boleh rujuk komen.


Kalau nak dapatkan buku "Jangan Kata Apa Orang Tak Kata" tulisan Dr Rozaimi pun boleh rujuk di ruangan komen.


By : A L K H A I R I Z


"Perunding Hartanah, Harta Pusaka & Takaful yang matang."