Ada beberapa fakta menarik dlm data ini;

 

Che Ibrahim


Ada beberapa fakta menarik dlm data ini;



1. Jumlah penduduk lelaki lebih ramai dari wanita, tapi mengapa masih ramai wanita yang tidak bersuami?... Adakah ianya satu trend baru dalam kehidupan? 

2. Jumlah warga emas mewakili 2/3 penduduk negara, selain mereka yang ada pencen, apa sumber pendapatan mereka? 

3. Jumlah penduduk melayu hanya sikit sahaja melebihi separuh penduduk, relevankah kita mendakwa bumi ini tuannya adalah melayu???



TIADA TEKANAN UNTUK HENTI BICARA KES NAJIB – PMX

 

PERBICARAAN kes rasuah bekas perdana menteri Najib Razak yang sedang dipenjarakan akan diteruskan kerana tiada tekanan daripada mana-mana pihak untuk menghentikannya, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim, lapor New Straits Times.

Anwar berkata, walaupun Umno menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan, tiada tekanan untuk campur tangan dalam kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Najib masih menjalani perbicaraan besar sekarang atas tuduhan rasuah. (Sebahagian daripada kerajaan perpaduan) gabungan dari partinya, tetapi tiada tekanan kepada saya untuk menghentikan perbicaraan kes yang sedang berjalan,” katanya dalam temu bual dengan Sami Zeidan dari Al Jazeera.

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Anwar menjawab kritikan bahawa reformasi ekonomi dan demokrasi kerajaannya telah perlahan tetapi memberi tumpuan kepada menstabilkan gabungan itu daripada menyiasat orang berkuasa kerana rasuah.

Katanya, bukan mudah untuk membetulkan isu berdekad-dekad dengan hanya berkuasa selama setahun setengah.

“Kita telah melihat percubaan pada masa lalu, malah di Eropah Timur, di mana negara-negara berkobar-kobar untuk menjejaskan pembaharuan pantas, akhirnya menjadi bencana kepada ekonomi dan persediaan politik.

“Dalam kes kita, bertentangan dengan hasutan pembangkang ini, apa yang paling penting ialah tadbir urus.

“Apa yang kami berjaya lakukan adalah untuk memeriksa penyalahgunaan oleh pemimpin dan anggota kabinet daripada membazirkan kekayaan melalui rundingan terus, tender bernilai berbilion-bilion dolar. Kami telah menghentikannya,” katanya. – 19 Mei, 2024.

 

PENJARAH HARTA RAKYAT DIBURU SEHINGGA KE LUBANG CACING!



Menurut laporan, suspek dipercayai menyalahgunakan dana peruntukan pinjaman membabitkan projek pembangunan di sekitar ibu negara, antara tahun 2019 dan 2021. "Suspek dipercayai menyalahgunakan dana peruntukan pinjaman dengan memindahkan sebahagian pinjaman wang yang diterima dari Kementerian Kewangan kepada syarikat kontraktor serta perunding yang tidak berkaitan dalam kos pembangunan seperti yang dinyatakan dalam permohonan peruntukan pinjaman kerajaan," kata sumber SPRM, dipetik media.




SEKOLAH PEDALAMAN..

 

Pendakwah Teknologi


10,000 sekolah akan menerima sambungan Internet laju dan murah bermula 1 Julai 2024.



PEMUDA AMANAH GESA BANTERAS IDEALOGI EKSTRIMIS HINGGA KE AKAR UMBI

 


KENYATAAN MEDIA

PEMUDA AMANAH NASIONAL




18 Mei 2024


PEMUDA AMANAH GESA BANTERAS IDEALOGI EKSTRIMIS HINGGA KE AKAR UMBI


Pemuda Amanah ingin menyatakan rasa dukacita dan mengutuk sekeras-kerasnya insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram yang telah mengakibatkan dua anggota polis terkorban dan seorang lagi cedera. 


Pemuda AMANAH berpendirian bahawa tindakan ini adalah manifestasi sikap ghuluw (ekstrem) akibat tafsiran salah terhadap nas agama. 


Kumpulan seperti ini merasakan perbuatan  membunuh adalah wajar dalam usaha menegakkan negara Islam mengikut fahaman mereka walaupun ia merupakan dosa besar disisi agama.


Kumpulan ekstrimis menggunakan isu akidah untuk mencapai objektif politik mereka. Mereka bermula dengan amalan takfir dan akhirnya sampai satu tahap mereka merasakan tindakan membunuh adalah halal.


Ketaksuban dan fahaman ekstrem ini semakin berkembang dengan menarik individu yang  jahil tentang agama dan politik untuk menanamkan fikrah ghuluw dan takfiri.


Pemuda Amanah menggesa semua pihak, terutama pihak berkuasa dan masyarakat umum, untuk bersama-sama menangani dan membanteras ideologi ekstremis ini dari terus berkembang di negara kita. 


Pemuda AMANAH juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pelaku serangan ini.


Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada keluarga mangsa dan melindungi negara kita dari sebarang ancaman ekstremisme. 


SHEIKH KHUZAIFAH

Pengarah Strategi Pemuda Amanah Nasional


#PemudaAMANAH

#PartiAmanahNegara

#AmanahProgresifPeduli 

#KerajaanMadani 

#MalaysiaBersamaPalestin



EKONOMI DAN SIMPANAN NEGARA

 



Aku bukan mahir pasal ekonomi. Tapi bila baca tajuk ada perkataan 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 (𝙨𝙪𝙧𝙥𝙡𝙪𝙨) 𝗮𝗸𝗮𝘂𝗻 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮, aku dah boleh agak ia berita yang baik. Setidaknya indikasi bahawa ekonomi kita 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝘁𝗲𝗴𝘂𝗵.


Bila baca berita penuh di https://tinyurl.com/3jbu462x pun memang nampak 𝗸𝗲𝗰𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗰𝗮𝗽𝗮𝗶𝗮𝗻 kita untuk suku pertama ini. Hampir semua meningkat atau paling tidak, 𝗱𝗲𝗳𝗶𝘀𝗶𝘁 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴.


Inilah hasil 𝗸𝗲𝘀𝘁𝗮𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 yang dicapai pasca PRU 15 setelah disabotaj oleh kumpulan pengkhianat. Yang tak suka berita positif begini, kalau tiada masalah otak, sah mereka 𝘁𝗮𝗹𝗶 𝗯𝗮𝗿𝘂𝘁 𝗺𝘂𝘀𝘂𝗵. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PMX DI UZBEKISTAN

 









Memulakan hari kedua di Tashkent, Uzbekistan hari ini dengan mengunjungi Kompleks Hazrati Imam, yang juga pusat keagamaan Islam di bandar ini.


Ketibaan saya bersama barisan menteri dan delegasi Malaysia disambut oleh Timbalan Mufti 1 Uzbekistan, Sahibus Samahah Hamid Bahrom yang langsung membawa kami ke sebuah perpustakaan seliaan Lembaga Muslim Uzbekistan di dalam kompleks ini.


Alhamdulillah, berpeluang melihat sendiri naskhah Al-Quran yang dihasilkan atas perintah Khalifah Saidina Uthman bin Affan antara tahun 644 hingga 646. Imam Hamid memaklumkan ini adalah satu-satunya daripada enam Al-Quran yang masih kekal.


Imam Hamid turut maklumkan bahawa inilah juga Al-Quran yang dibaca Saidina Uthman tatkala beliau dibunuh. Bahkan masih ada kesan titisan darah Saidina Uthman di halaman surah Al-Baqarah di dalam Al-Quran ini.


Menurut Imam Hamid, Kerajaan Uzbekistan ketika ini sedang membangunkan Pusat Ketamadunan Islam dan apabila siap, Al-Quran ini dan kandungan lain dalam perpustakaan akan dipindahkan ke sana.


Saya kagum dengan kesungguhan Kerajaan Uzbekistan dan penduduknya memelihara artifak-artifak sejarah yang begitu penting bagi dunia Islam.


Saya kemudian terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent untuk ke Samarkand sambil diiringi Perdana Menteri Uzbekistan, Abdulla Nigmatovich Aripov. Saya ucapkan terima kasih atas layanan baik di Tashkent sebelum berlepas.


#MalaysiaMADANI



TERKAWAL TAPI JANGAN BIARKAN IANYA TUMBUH



Mohd Norazlan


 Sewajarnya kerajaan tidak ambil mudah dokrinisasi ideologi ekstremis agama.


Ianya tidak hanya ideologi sebuah pertubuhan tetapi meresapi melalui pemikiran peribadi seseorang yang dirangsang oleh tokoh dan pertubuhan mengguna nama agama, termasuk pertubuhan politik.


Perlu pertimbangan pengharaman penggunaan nama kaum dan agama oleh parti politik.


Jika perlu, ISA (Internal Security Act - Akta Keselamatan Dalam Negeri) wajar dikembalikan.


Sebagaimana ISA diwujudkan untuk melawan pengganas komunis dahulu, ia juga diperlukan untuk melawan pelampau kaum dan agama kini.



LEBAI JANGAN IKUT SYOK SENDIRI

 


Hapiz Kodiang


Saya nasihatkan kepada tenaga pengajar supaya memerhatikan beberapa perkara seperti berikut :



1. Pastikan kuliah kita padat dan berfakta berdasarkan silibus atau pelan pengajaran yang kita susun. Jangan terbabas melanggar bab-bab luar kepakaran kita. Zaman ini, ustaz tidak lagi boleh mengetahui semua perkara. Kena hormat subbidang kepakaran orang lain.


2. Selalu tanya feedback jemaah daripada pengerusi masjid/surau terhadap kerelevenan kuliah kita. Jika sambutan semakin pudar dan kehadiran pun sangat menyedihkan, maka berhentilah mengajar buat seketika supaya kita dapat meningkatkan kemahiran mengajar. 


3. Jaga reputasi diri agar tidak dipandang rendah oleh jemaah. Sebab itu penting untuk mengenal latarbelakang mereka terutama di kawasan bandar elit. Bukan semua masjid/surau kita wajar terima jemputan. Ia mungkin sesuai untuk pengkuliah lain yang lebih berkemampuan dari kita.


4. Bagi kuliah maghrib, cuba sedaya upaya untuk fokus 1 atau 2 isu sahaja. Nyatakan intisari atau pengajaran penting. Tidak perlulah hurai i'rab perkataan satu persatu, atau bahas nahu sorof. Ia bukan masa dan tempat yang sesuai apatah lagi, jemaah bukannya mahu belajar bahasa Arab. Lagi satu, jemaah yang 'cerdik' akan dapat detect adakah pengkuliah benar² bersedia atau goreng kosong.


Melihat kepada nota di bawah (jika benar ia ditulis begitu), ada dua keadaan saya dapat lihat:


1. Pengajaran ustaz berkenaan tidak efektif atau syok sendiri kerana gagal mengawal perhatian murid. Waktu berkuliah, semua jemaah adalah anak murid kita seperti dalam kelas. Namun untuk diketahui kuliah² yang tidak efektif, ia perlu dapatkan laporan survey semua jemaah yang terlibat. Pihak pengurusan masjid, cuba edarkan borang maklum balas pelanggan sama ada hardcopy atau online kepada semua jemaah setiap kali kuliah ustaz² yang mengajar. Ia lebih adil untuk mendapatkan pandangan, bukan sekadar nota terbang seperti dalam gambar di bawah.


2. Sikap buruk jemaah yang hanya menjadikan waktu Maghrib sebagai masa rehat berbual kosong sambil menikmati kedinginan pendingin hawa. Berbanding keadaan di rumah yang panas, sesak dan tidak kondusif. Bagi mereka, masjid adalah lokasi paling seronok untuk 'melunjur kaki'. Mereka ini yang sepatutnya keluar daripada masjid agar tidak mengganggu perjalanan kuliah.


Khulasahnya, saya cadangkan agar pengurusan masjid/surau menyelidiki keperluan jemaah dari segi ilmu apa yang mereka mahukan dan masa yang efisien. Biarlah praktikal untuk mereka. Jangan bersaing dengan masjid/surau lain hanya untuk menunjukkan jadual kuliah yang padat setiap malam dan Subuh tetapi jemaah tidak berminat. 


Mungkin tiba masanya sesetengah masjid/surau menyusun waktu kuliah dibuat selepas solat Isyak atau hujung minggu Sabtu Ahad. Waktu Maghrib, kita buat tadarus al-Quran sahaja sehingga Isyak masuk. Maka geng² tua macam dalam nota itu terpaksa mengaji. Hanya syaitan saja yang lari dari mendengar al-Quran.


Dr HK

19 Mei 2024



DIA NAK JADI POPULAR. NAMUN TINDAKAN DIA DILIHAT BODO SEBAB TAK CUKUP INFO BARANGKALI.


Nasrul Hichcamp

 Lepas 1juta walaun follow dia, dia pun jadi normal balik.


Itulah sifat parasite politician.



Bingai.. Orang tak kisah pun pasal UITM tu. Orang bimbang soal penyakit kardio dan pakar bedah yang Melayu banyak sebagai pesakitnya. Malahan terjangkit pesakit terutama anak anak B40 la dol. Ada paham ka Samdol.



HARAP LAIN KALI MENTERI BESAR JUGA JADI DELAGASI

MSO





LAMA sebelum ini kita sudah diberi gambaran betapa kalau Anwar Ibrahim jadi PM keadaan ekonomi negara ini akan jadi lebih baik memandangkan kemampuannya untuk menarik pelaburan dari negara negara Arab, Timur Tengah dan Asia Barat kerana hubungan peribadi beliau dengan pemimpin negara negara berkenaan sangat baik. Tumpuan ke negara berkenaan akan menambahkan lagi zone perlaburan negara, yang sebelum ini lebih miring ke Timur dan Barat. 


Kedudukannya sebagai pemimpin muda Malaysia beragama Islam menyebabkan beliau punya ramai kawan kawan di negara negara berkenaan dimana situasi itu dilihat memudahkan bagi menjalani hubungan kenegaraan dengan negara-negara berkenaan.


Anwar lebih mesra dengan dunia Islam berbanding dengan dunia Barat dan Timur.


Kapasiti itu juga dijadikan bahan kempen dan impian rakyat negara ini kenapa beliau perlu jadi pemimpin negara ini. Hubungan yang sudah lama dibentuk itu akan memberi keuntungan dan kebaikan buat Malaysia, apa lagi kebanyakan pemimpin di negara-negara berkenaan sudah dikenali dan merupakan kawannya. 


Tidak sampai dua tahun beliau jadi PM beliau sudah menjelajah ke negara Asia Tengah dalam rangka mencari dan meneroka palaburan disamping mengukuhkan hubungan serta kempen kedamaian manusia sejagat. Selepas selesai urusan di Qatar beliau ke Kyrgyz, meliputi Kazakstan, Usbekistan membawa delegasi besar negara menunjukkan beliau telah merealisasikan impiannya dan kita selama ini.


Lawatan ke negara Asia Tengah itu yang membawa delegasi besar negara terdiri dari menteri, tokoh perniagaan, teknokrat sangat bererti yang secara tidak langsung mendedahkan mereka ke dunia antarabangsa.


Usaha PM itu terbaik. Sehubungan itu dimasa akan datang diharap PM tidak hanya membawa para menteri dan ahli perdagangan menyertai delegasinya, sebaliknya turut juga mengundang para Menteri Besar termasuk MB Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.


Walaupun menteri besar negeri-negeri tersebut bukan dari negeri dikuasai PH/BN, namun keterbukaan sikap mereka yang dipamerkan kebelakangan ini membuka era baru yang perlu dilayani baik. Mereka tidak perlu disisihkan sebaliknya perlu juga didedah ke peringkat antarbangsa kerana dengan pengalaman dan pendedahan itu dapat digunakan untuk mereka memajukan negeri dibawah pimpinan mereka. Trims.



ALAHAI LEBAI... TAK PAYAH LA DOK COVER ANAK MB DAN MB YANG KENA CEKUP RASUAH.. KELANTAN PULOH TAHUN DAH DOH MENIPU RAKYAT.. RASUAH JUGA

 


Ada pemimpin Hijau Putih tuduh PMX yang buat game di Perlis sampai MB, Exco dan kuncu²nya jadi huru-hara.


Mai sini ceq nak habaq..!


Isu di Perlis sudah lama jadi barah, tak perlu campur tangan PMX pun ia akan dipotong juga, hanya tunggu masa.


Manakan tidak, bila anak MB dan anak Samdul kaki raba budak sekolah bergabung untuk sakau. Bukan itu sahaja, segala aset kerajaan negeri depa buat macam mak pak depa yang punya.


Kemuncak krisis itu berlaku bila Setpol MB sendiri iaitu sahabat ana Abdul Hadi Ismail letak jawatan kerana tidak setuju dengan kelakuan buruk yang ada pada anak MB dan kroninya. Maklumlah 'akulah anak MB ' katakan.


Dan perkara ini kebanyakan pucuk pemimpin Hijau Putih sudah sedia maklum sehingga dalam keluarga sendiri pun dah ada yang menegur.


Jadi,


Tidak perlulah anta sekadar pemimpin pertengahan nak acah² jadi hero untuk tuduh PMX dengan benda yang dah membusuk di seluruh negeri Perlis.


Sepatutnya anta jadi orang yang berani membawa kebenaran tidak kira perkara salah itu dilakukan oleh sesiapa, terutamanya yang datang dari parti sendiri.


Itu kalau anta masih ada maruah kononnya untuk membawa obor keadilan Islam, dan yang penting jangan sesekali jadi Iblis bisu sudah la bila kena kat geng sendiri.


Ingat tu..!!


🤗🤗


Miqdad Zakaria 

Bandar Tasik Senangin, Mantin. N9