MAAQUB SINTOK NI NAK KATA ANGGOTA KITA TAK SEDIA LA...
Apa maksud Taki cakap begini? Adalah dia 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗼𝗮𝗹 𝗸𝗲𝗰𝗲𝗸𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗽𝗮𝘀𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗸𝗶𝘁𝗮? Taki nak kata anggota keselamatan 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽𝗶 𝗮𝗻𝗰𝗮𝗺𝗮𝗻?
Kalau itu maksudnya, memang 𝗯𝗶𝗮𝗱𝗮𝗯 Taki ni. Dia tak selidik dulu ke 𝗳𝗮𝗸𝘁𝗮 𝗸𝗲𝗷𝗮𝗱𝗶𝗮𝗻? Apa perasaan waris mangsa kalau 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿 𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗧𝗮𝗸𝗶 𝗸𝗮𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗶?
Tak ada ke rasa simpati dalam hatinya? Kalau pun dia nak 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 (macam amalan biasa puak dia), bukan dalam akhbar dan 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴. Tak boleh tunggu sidang parlimen nanti? Guane boh?
Raja Gelap II
.
MEROSAKKAN AGAMA
Saya sendiri mengecam keganasan. Ia merosakkan nama agama dan negara.
Namun, saya keliru membaca para 3 tulisan pemuda ini. Sejak bila Syeikh Abdullah Azzam membawa gerakan keganasan?
Pemuda ini tidak kenal Syeikh Abdullah Azzam agaknya. Nasihat saya, jangan sesuka hati menulis. Moga kaji dahulu.
Dr Rozaimi Ramle
DOKTOR PELATIH AKAN DITEMPATKAN DI HOSPITAL
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad telah mengarahkan supaya doktor pelatih segera ditempatkan kembali ke hospital-hospital daerah yang memerlukan susulan isu kekurangan doktor.
DS Dr Dzulkefly berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan untuk berbuat demikian.
#KerajaanMadani #MalaysiaBersamaPalestin #AMANAH #AmanahProgresifPeduli
MALAS BACA LEPAS TU LANGGAR TEMBOK
Nasrul Hichcamp
Baca malas.
Semua main sondol ja share maklumat.
Dah nazak masuk hospital nanti, request kat kaunter nak doktor Melayu ja.
Nayu....oh...nayu.
NAK SEDAR MACAMANA KALAU LENA DARI CELIK
Iswardy Morni
Aik takkan selama ni kerajaan negeri tak sedar?
TUMPAT: Kerajaan negeri bersikap terbuka dan menyerah sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes berkaitan rasuah dan penyelewengan berkaitan pembinaan telaga jejari yang tidak berfungsi untuk membekalkan air kepada penduduk.
Dzolkarnain Abidin Al Abyadhi
1. Bagi golongan ekstrimis (baca berpemikiran Khawarij), negara ini bukan "negara Islam" kerana tidak berhukum dengan "bukum Allah". Sesiapa saja yang bekerja untuk negara ini adalah "musuh Allah" dan "musuh Islam".
2. Sekiranya kelompok Khawarij pada era sahabat sanggup menceroboh nyawa seorang sahabat agung Saiyidina 'Ali Bin Abi Talib RA, apalah sangat nyawa orang lain selain sahabat. Nyawa orang awam lebih-lebih lagilah tiada nilainya pada kaca mata individu atau golongan berpemikiran Khawarij ini.
3. Individu berpemikiran Khawarij ini kadang-kadang tertonjol sebagai seorang yang kuat pegangan agama. Dimana-mana sahaja individu berkenaan akan bercakap tentang berjuang untuk membela Islam bahkan sanggup mati demi Islam. Ungkapan popular ialah mati syahid cita-cita kami.
4. Namun jika diselidik latar belakang, individu sebegini tidak memiliki kefahaman agama yang benar. Nas-nas agama difahami secara literal sahaja. Sementara nas-nas yang diturunkan berkaitan orang kafir dan munafik ditempel atau ditujukan kepada orang Islam.
5. Istilah dalam sejarah politik Islam iaitu zimmi dan harbi diguna tanpa disiplin. Istilah zimmi diguna untuk kafir yang mereka nampak "menyokong" kumpulan mereka sementara harbi pula untuk penentang kumpulan mereka. Bahkan suatu ketika istilah "Muslim harbi" turut diguna untuk Muslim yang tidak bersama-sama dengan "perjuangan Islam" kumpulan mereka.
6. Individu sebegini gemar sekali dengan ayat-ayat Quran tentang perang dan menafsirkannya selari dengan kemahuan dirinya dan kumpulannya. Kalau boleh peristiwa peperangan Badar mahu diulang pada hari ini dengan alasan "betapa banyak golongan sedikit boleh mengalahkan golongan yang banyak".
7. Ayat itu dibawa masuk untuk diaplikasi dalam konteks sistem demokrasi di negara ini. Hal itu mengundang aksi-aksi ganas dan melampau ketika piliharaya berlangsung. Kerana bagi golongan ini, pertembungan dalam pilihanraya antara kumpulan mereka dengan kumpulan lain ibarat pertembungan antara Muslim dan musyrik dalam peperangan Badar.
8. Kita tidak ada pilihan lain. Selagi pemikiran melampau, ekstrim Khawarij tidak dibendung bahkan dibantutkan akar umbinya, selagi itulah nyawa segenap lapisan rakyat terancam atas nama membela agama dan perjuangan Islam.
MENCARI AGAMA TAPI SALAH HALA TUJU
Najib Bakar
Faham ekstremisme yang mudah menular ke atas seseorang yang mencari agama.
Semalam serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram tu dilakukan oleh seorang lelaki yang bapanya anggota Jemaah Islamiyah (JI).
Salam takziah diucapkan kepada keluarga dua anggota polis yang terkorban.
Lama dah tak dengar bab anggota JI di Malaysia. Lama dulu ada kes Nordin Mat Top dan Dr Azhari, Pensyarah UTM Skudai yang melibatkan diri dengan JI.
Nordin ni pernah jadi guru yang mengajar di sekolah agama, juga di Ulu Tiram Johor. Pernah jadi orang paling dikehendaki Asia.
Dia rekrut Dr Azhari, yang juga pernah jadi pensyarahnya
Dr Azhari ni digelar "demolition man", pakar membuat bom. Dia pernah tulis manual cara pembuatan bom untuk JI.
Mereka berdua bersama anggota JI di Indonesia bertanggungjawab terhadap serangan bom di Bali tahun 2002 dan serangan bom Hotel JW Marriott Jakarta 2003 dan 2009.
Mereka mati ditembak pada tahun 2009 oleh pasukan keselamatan Indonesia.
Fahaman depa ni, semua bukan Islam adalah musuh.
Dan negara yang tak amalkan "sistem Islam" acuan mereka dianggap sebagai terkeluar daripada Islam.
Sebab itu bagi mereka pihak keselamatan yang bekerja untuk kerajaan "bukan Islam" ni wajib ditentang.
Macam pernah dengar kan tuduhan puak tertentu yang senang mengkafirkan orang?
Boleh baca tulisan sahabat aku Ustaz Herjunot Ali Wan Ji Wan Husin yang menulis tesis phD berkaitan terorisme.
Beliau pernah menemubual seorang anggota ekstremis yang pernah ditahan ISA selama 8 tahun, tetapi spiritualnya, fahamannya tetap tidak berubah.
Lalu disoal Ustaz Wan Ji, antara seorang Hindu yang yang dibunuh atau Hindu tersebut masuk Islam, mana yang lebih baik?
Boleh baca tulisan Ustaz Wan Ji seterusnya di https://www.facebook.com/share/p/Q4NgYmWWvcwhGRzL/?mibextid=oFDknk
Apa yang aku risaukan adalah anggota-anggota JI ni menyusup masuk ke parti politik di Malaysia dan berjaya menguasai hierarki parti.
Ingat tak semasa kempen PRU15, seorang pelakon lelaki yang baru berhijrah, di atas pentas politik, dia kata nak sembelih k4fir?
Watak-watak yang mencari agama atau sedang berhijrah itulah yang menjadi sasaran mudah geng ekstremis.
Sebab depa sedar watak-watak tersebut banyak bergelumang dengan dosa selama berpuluh tahun.
Oleh sebab itu, ramai di antaranya cuba mencari jalan mudah untuk ke syurga.
Kalau Tok Guru kata caranya adalah bunuh k4fir, maka itulah pegangan yang meresap mudah ke otak mereka.
Aku doakan pihak keselamatan Malaysia berjaya banteras puak ekstremis daripada membiak di Malaysia.
Sebab kalau tengok komen di media sosial tentang serangan balai polis tu, banyak netizen BBNU yang anggap perkara ni lucu, siap ada yang sokong tindakan tersebut.
Gila.
WOIII KAKI FITNAH.... AWAT HANG TAK HANTAQ PADA GURU PASTI?
PAS nak hantar kek Hari Guru untuk apa kalau bukan sebab 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗱𝗶 𝘀𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵? Hantarlah pada guru PASTI. Guru juga. Tapi kalau hantar ke guru PASTI, 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝙢𝙞𝙡𝙚𝙖𝙜𝙚 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 pulak. Rugi je. Kan?
Tak payahlah buat alasan nak meraikan dan sebagai tanda menghargai guru. Yang perlu PAS raikan tu guru PASTI. Malangnya PAS 𝗮𝗯𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗴𝘂𝗿𝘂 𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜. Malahan anggap mereka 𝘀𝘂𝗸𝗮𝗿𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻 pulak.
Nampak kan hipokrasi PAS macamana? Mereka buat segalanya 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗻𝗮𝗺𝗮 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸. Tak ikhlas sedikit pun. Manusia cerdik berakal pasti boleh nampak hipokrasi PAS yang tak boleh diselindung. Guane boh?
Raja Gelap II
.
BERKAWAN DGN MALAIKAT, JIN DAN RUH
Joey BPR
Pada tahun 1984. Aku ada konsert. Bersama Kumpulan Split Times. Di Muar.
Jadi siang tu. Dia org bawak aku jalan sana sini. Bawak aku makan dan melawat rumah kawan2 dia.
Masa tu hujan. Hujan panas kata org melayu. Jadi aku ni pantang. Tak boleh kena hujan panas
So, malam tu aku mula pening. Yang teramat.
Masa makan mlm tu. Aku agak berkelakuan ganjil.
Orang Johor makan dalam dulang. Dia gelar Moreh. Ikut sunah Nabi katanya.
Aku makan bukan suap nasik ke mulut. Tapi tekap ke muka !.
Org dah mula heran tengok aku. Tapi kawan aku jawab. Joe demam. Kena hujan panas siang tadi.
Mereka bawak aku masuk bilik. Dibaringkan aku atas katil.
Tak berapa lama. Aku mula gering. Masa tu la peristiwa ni bermula.
Izrail. Yang dikenali sebagai Malaikat Maut datang. Dia bawak bersamanya. Sangkakala panjang. Berwarna kuning.
Diletaknya atas kepala aku. Sakitnya takpayah cakap la. Aku rasa nyawa aku dihujung rambut. Membuat aku terkapar-kapar. Tapi masa tu. Tak ada org dalam bilik tu.
Izrail ni kemudian melepaskan nyawa tadi. Lalu aku berasa lega semula.
Kemudian dia sedut semula. Kali ini ke arah tangan aku. Aku dapat rasa nyawa aku di hujung kuku. Dan lagi sekali. Dia lepaskan. Sekali lagi aku lega.
Akhirnya dia tarik nyawa aku menerusi buah pinggang. Dan aku ...... mati.
Pabila ruh keluar dari jasad. Itulah pengalaman paling indah. Aku rasa bersih. Maknanya segala kekotoran dunia. Ditinggalkan. Segala tanggungjawab dan tugas berakhir disitu.
Aku rasa .... bebas, ringan dan suci.
Aku kemudian berada diawang awangan. Mcm ada atas awan. Yang penuh dengan asap.
Depan aku .... Berdiri Munkar dan Nakir.
Dia bercakap dgn aku. Tapi bukan pakai mulut. Tapi telepathy. Maknanya tengok dan nampak, bukan pakai mata. Bercakap, bukan pakai mulut. Dan dengar, bukan pakai telinga.
Sebab mulut, mata dan telinga. Kau dah tinggalkan pada jasad kau. Paham tak.
Aku tanya. Aku dah mati. Adakah aku masuk syurga atau neraka ? Dia kemudiannya keluarkan diagram dan carta yang amat canggih.
Aku nampak dosa aku dalam 5%. Dan pahala aku dalam 45%. Dan aku mula paham.
Aku tanya lagi. Kenapa aku hidup. Apakah tujuan hidup. Dan apakah yang aku aku cari dalam kehidupan.
Dia jawab apakau nak ? Aku jawab aku nak jadi mcm ramli sarip.
Dia kemudian jawab. Semua yang kau nak. Ada depan kau. Aku kata aku tak paham.
Dia cakap. Depan kau ada bola yang terapung atas kepala. Yang dia gelar Luh Mahfuz.
Menurutnya Luh Mahfuz ni. Mcm hardisk la. Semua dosa pahala kau tercatat dalam tu. Apa saja yang kau buat.
Masa kau baby. Luh mahfuz ni keluar menerusi ubun.> Sebesar bola golf. Yang kemudian membesar jadi saiz bola sepak.
Sebab tu. Kalau tekan ubun2 bayi di kepala. Ianya berlobang, lembut. Dan kemudian jadi keras.
Luh mahfuz ni kekal atas kepala. Sampai la akhirat. Bila kau nak repot ketika meniti as sirat. Tapi kau tak nampak. Sama mcm file status hidden dalam komputer
Jadi dia cakap. Apa saja kau nak. Kau capai luh mahfuz tu dan berdoa. Sebab tu org tadah tangan ketika berdoa. Sebenarnya bukan tadah. Tapi pegang luh mahfuz tu. Dan mohon
Sebab tu org yang betul2 taubat atau terdesak. Akan tadah tangan ke langit. Kerana luh mahfuz ni. Letaknya atas kepala. Di antara dua mata.
Macam cerita si tanggang. Ketika ibunya tadah tangan ke langit. Mohon pada Allah. Dan Tanggang jadi batu !
Aku tanya dia. Aku dah mati. Apa yang berlaku di bumi. Dia tunjuk aku. Sama mcm cerita P. Ramlee tengok dalam mangkuk air.
Aku nampak orang carry jenazah aku. Ada yang mengumpat, mengeji dan tak kurang yang fitnah. Anggota keluarga aku, kawan2. Yang menangis dan bercerita tentang aku.
Aku dapat dengar. Dua org mamat ni. Cakap atas moto. Alaaa si joe ni. Mati .... apa lagi ... dadah laaa!
Mcm2 la. Panjang cerita. Jadi aku pendekkan.
Dia kemudian tanya aku. Kalau kau dihidupkan semula. Adakah kau akan bertaubat, solat dan taat kepada Allah
Aku jawab. Aku hidup dalam dunia yang terdiri dari pelbagai cara hidup. Aku tak boleh taat 100% mcm kau. Tapi aku berjanji jadi baik. Ikut keadaan.
Dia tunduk. Mcm tanda kesal.
Dia kemudian tanya aku. Kalau kau hidup semula. Apa yang kau nak buat.
Aku cakap. Aku masih belum dapat balas segala jasa mak aku. Kalau aku hidup semula. Aku nak balas segala jasa mak aku. Kemudian kalau kau nak cabut nyawa aku. Cabutlah
Kedua malaikat ni tengok sesama dia dan kemudian aku sedar. Aku berada dalam bilik tadi.
Aku dapat rasa darah aku mula mengalir dari hujung rambut ke hujung kaki.
Aku nampak kawan aku. Keyboardist Split times. Nama Dino Jamaludin Rasol. Duduk hujung katil. Tercengang. Pucat tak tentu hala.
Dia cakap dia panik. Sbb aku tak bernyawa lebih sejam.
Aku bangun dan keluar bilik. Duduk verandah.
Semua org dah balek.
Aku tanya. Apa yang berlaku?
Dia jawab hujan terlalu lebat. Show kensel.
Aku cerita semua ini. Untuk menyampaikan pesan. Sementara aku hidup. Bahwa Allah itu wujud. Semua yang tercatat dalam Al Quran itu benar.
Dan Malaikat Jin dan Ruh ada dimana2
Mereka dicipta dari cahaya. Mereka boleh pegi mana2. Bila2 masa.
Dan tidak mustahil. Berada di sebelah anda. Ketika ini.
Tengah catat apa yang kau buat.
Masuk akaun dosa dan pahala.
Sekian. Wabillahi Taufiq. Wal Hidayah
TEROKA PEMIKIRAN BAHARU BINA EKOSISTEM TEKNOLOGI AI
Malaysia harus bergerak pantas membina ekosistem yang mantap bagi memacu perkembangan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam era pasca normal pada masa ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata masyarakat negara ini tidak boleh lagi mengekalkan amalan lapuk sebaliknya perlu meneroka pemikiran baharu dengan melaksanakannya dengan pantas.
“Saya tegaskan kita tidak boleh dengan pendekatan lama. Kalau kita rasa perlu tambah jurutera harus ada pendekatan segera kerana dalam pasca normal ini, memaksa dan menuntut kita membuat perubahan dengan pantas dan cepat,” katanya semasa melancarkan Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS 2024) di Kuala Lumpur hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menggariskan empat teras ekosistem berkenaan iaitu tadbir urus AI untuk memastikan ekosistem inovasi AI yang sistematik di samping pemangkin AI melalui Malaysia Artificial Intelligence Consortium (MAIC) bagi memastikan penyelarasan dalam bidang pendidikan, pembangunan dan aplikasi AI.
Beliau berkata, pembangunan industri AI perlu dilakukan dengan kerjasama syarikat multinasional dan keempat melahirkan bakat AI merangkumi profesional dan individu berkemahiran melalui program pendidikan dan latihan serta kerjasama industri dengan akademik.
Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Menteri Digital Gobind Singh Deo serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
Perdana Menteri yang melancarkan Fakulti AI, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada majlis itu turut memuji kejayaan universiti berkenaan membangunkan fakulti itu dalam masa hanya empat bulan selepas diminta oleh kerajaan.
Beliau turut menekankan keperluan melahirkan lebih ramai jurutera berkemahiran memandangkan Malaysia ketika ini kekurangan kira-kira 30,000 jurutera bagi memenuhi keperluan industri.
Anwar turut menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), universiti dan institusi latihan untuk berinteraksi dengan wakil industri mengenai keperluan meningkatkan mutu latihan bagi melahirkan jurutera berkemahiran tinggi.
“Saya tanya wakil Nvdia, Google, Microsoft, Amazon, Huawei serta Ericsson, dan semua menyatakan dari segi disiplin anak-anak kita, jurutera baharu dan graduan sains cukup baik, tetap ada kekurangan dari segi kemahiran, keterampilan dan pengkhususan yang diperlukan,” katanya.
Perdana Menteri berkata universiti dan institusi latihan perlu memberi penekanan kepada kualiti jurutera yang dilahirkan dan bukan bilangan semata-mata kerana pelaburan di dalam negara akan terjejas jika industri merasakan kemahiran mereka tidak mencapai tahap diperlukan.
Beliau turut menekankan keperluan menarik semula minat anak-anak muda terutamanya pelajar sekolah terhadap mata pelajaran Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) yang ketika ini semakin terhakis.
“Kalau tidak, ekosistem itu tidak akan terbina. Kita boleh bicara dan meluncurkan AI hari ini, tetapi persiapan daripada akar umbi dan meningkat ke peringkat tinggi tidak ada,” katanya.
WANG EHSAN KE T’GANU, KELANTAN TANDA KERAJAAN MADANI ADIL
Tuntutan royalti petroleum oleh kerajaan Pas Terengganu ke atas Kerajaan Persekutuan telah dijawab dalam kenyataan Kementerian kewangan baru baru ini bersabit undang undang semasa royalti, bahawa kerajaan Terengganu atau Kelantan hanya layak mendapat sumbangan 5% tersebut dalam carigali 3 batu nautika dari pantai negeri masing masing.
Namun Kerajaan Madani tetap berlaku adil dengan meneruskan pemberian Wang Ehsan kepada kedua dua negeri sebanyak RM786 juta untuk kerajaan Terengganu dan RM200 juta kepada Kelantan pada 2023 biar pun petroleum dicarigali di luar 3 batu nautika.
Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yop, kemurahan Kerajaan Madani itu sepatutnya menjawab tuduhan ahli politik Pas Terengganu kononnya kerajaan pusat zalim menyekat royalti.
Sebaliknya, beliau mengingatkan Pas yang tidak meminda undang undang berkaitan royalti semasa memerintah pada 2020 – 2022 kerana itu pembayaran masih kekal sebagai Wang Ehsan berdasarkan pertimbangan Kerajaan Persekutuan memenuhi permintaan negeri.
“Penyaluran Wang Ehsan khusus kepada negeri Terengganu dan Kelantan bukti Kerajaan Persekutuan bersifat adil
“Merujuk kepada kenyataan media Kementerian Kewangan berkenaan penyaluran Wang Ehsan petroleum khusus kepada Terengganu dan Kelantan, bagi manfaat rakyat di dua negeri tersebut, membuktikan Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap adil dan tidak menzalimi kerajaan Terengganu atau Kelantan di bawah pimpinan Pas seperti mana tuduhan yang dilemparkan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Ahmad Nadhir, penyokong Pas Terengganu juga perlu menyedari pada 2024 Kerajaan Madani telah pun meluluskan bayaran Wang Ehsan khusus petroleum sebanyak RM172.3 ke negeri itu dan RM58.6 kepada kerajaan Kelantan, serta tambahan sebanyak RM103.1 juta kepada Terengganu bagi obligasi Kerajaan Negeri kepada kontraktor mereka.
“Hal ini membuktikan Kerajaan Persekutuan sangat mengambil berat terhadap kebajikan serta tidak mengabaikan nasib penjawat awam dan juga kontraktor yang mengambil tender dengan Kerajaan Negeri.
“Justeru itu, KEADILAN Kemaman menggesa supaya polemik dan juga tuduhan liar pihak pembangkang terhadap Kerajaan Persekutuan dihentikan serta merta,” katanya.
Selain itu KEADILAN Kemaman juga, kata Ahmad, berharap agar wang yang diterima oleh Kerajaan Negeri digunakan secara telus dan mengikut tatakelola yang telah ditetapkan oleh undang-undang di samping menggesa pihak Jabatan Audit Negara berperanan memastikan bahawa wang yang disalurkan ini tidak disalahgunakan
Beliau turut menyarankan agar Pas di kedua dua negeri menghentikan budaya fitnah Kerajaan Madani zalim terutama pada hari Hari Raya Aidilfitri dan pada bulan bulan seterusnya berhubung isu royalti.
Pengerusi Surau ingkar titah DYMM Sultan Selangor?
Mohd Fairul Al Qasas
Pengerusi Surau ingkar titah DYMM Sultan Selangor?
1. Pada malam ini 17 Mei 2024 telah berlangsung kuliah maghrib di Surau Muqarrabin Puncak Alam.
2. Pengkuliah ialah Ustaz Muhammad Hairullah Hassim, Ketua Pemuda PAS Kapar.
3. Setelah menyedari beliau adalah ahli politik yang aktif, satu aduan telah dibuat kepada pihak surau dan JAIS.
4. Siasatan JAIS mendapati bahawa Pengkuliah telah dibatalkan tauliah, tauliah terakhir pada tahun 2022.
5. Namun, pihak surau masih berdegil untuk meneruskan pengajian tanpa tauliah ini seterusnya melanggar TITAH Tuanku Sultan Selangor.
6. Tindakan ini tidak boleh diterima langsung dan membuktikan semaraknya sikap khawarij penentang pemerintah dikalangan sesetengah Pengerusi dan AJK Masjid/Surau di Selangor.
7. Pihak JAIS wajib membuat pemutihan atas perkara ini bagi menjunjung Titah Tuanku.
8. Telah banyak kerosakan yang dibuat oleh pengkuliah dari kalangan ahli politik. Dan tindakan meneruskan kuliah adalah salah satu bukti kerosakan.
Semoga tindakan segera dan tuntas dapat dibuat.
Terima kasih.
Malaysia Madani
Fairul al Qasas
Taman Desa Intan,
Bukit Kapar, Klang.
Salinan kepada,
DYMM Tuanku Selangor Royal Office
YAB Dato Menteri Besar Amirudin Shari
YB EXCO Agama Dr. Fahmi Ngah
Majlis Agama Islam Selangor
Jabatan Agama Islam Selangor - Rasmi
EKONOMI MEROSOT? IDEA WALAUN.
Zainuddin Omar
Jikalau ekonomi kita buruk kenapa peningkatan 5% jualan kereta dari tahun 2023 walhal jualan kereta di Indonesia dan Thailand merosot.
Matawang Ringgit pun menguat kepada 4.68 to USD.
Semua berita yang walaun tak suka.
Tuan Fairus Tuan Ismail
Tanda-tanda ekonomi Malaysia semakin 'lemah' . Berita yang mungkin menyedihkan geng2 emoji gelak.
Dalam keadaan Thailand dan Indonesia mencatatkan jualan 24 dan 25 peratus lebih rendah tahun ini, Malaysia mencatatkan peningkatan sebanyak 5 peratus.
Pasaran Malaysia juga berjaya memintas Thailand, sebuah negara yang mempunyai penduduk seramai 71.7 juta. Populasi Malaysia hanya 34 juta, tidak sampai separuh daripada jumlah penduduk Thailand.
TUNGGU SIKIT LAGI
Em Jay
Orang Kelantan kenal atau tidak pemilik kereta cantik ini?
Siapakah Haffiz Salor??
Kita tunggu kenyataan rasmi dari SPRM dalam masa terdekat.
KENALI BLACKROCK
Andrian Lim Chee Ann
Blackrock ialah institusi pelabur terbesar kat dunia. Nombor dua Vanguard (kalau tak silap).
Institusi pelabur ialah sekumpulan individu yang melabur bagi pihak orang yang mempunyai duit lebihan tetapi tidak reti atau tidak ada masa melabur secara sendiri.
Blackrock sebagai contoh, saham-sahamnya dimiliki oleh orang ramai dan institusi-institusi pelaburan lain. Wang orang awam parking kat Blackrock dan Blackrock akan guna duit itu melabur kat seluruh dunia.
Di Malaysia, Blackrock memiliki saham dalam puluhan company sejak tahun 1990an lagi. Dan korang memang kenal syarikat-syarikat ini di mana sebahagian sahamnya dimiliki oleh Blackrock.
• Petronas
• TNB
• Telekom
• Maxis
• Celcomdigi
• Maybank
• CIMB
• RHB
• Ambank
• Sime Darby
• Axiata
• Kuala Lumpur Kepong
• IOI
• MISC
Mudah kata, dari bank ke telco ke hartanah ke tenaga, Blackrock mempunyai saham kat dalam sejak tahun 1990an lagi.
Ini realiti dan dunia korporat dan pelaburan lah. Pasal kaitan dengan Yahudi itu saya tak nak komen.
AKAN TETAPI......
Memandangkan ada suara-suara yg mengaitkan penjualan MAHB kepada bangsa Y dari negara I, ini korang kene tahu juga.
Semasa negara Malaysia sedang bergelut dengan PKP dan lockdown pada tahun 2021, di bawah pimpinan Muhyiddin Yassin sebagai PM8, KWSP telah melancar suatu "dana patuh syariah" yang mencecah RM2.4 bil.
Daripada RM2.4 bil itu, KWSP (dan Kerajaan Malaysia pimpinan Muhyiddin Yassin) telah berikan RM800 juta kepada Blackrock.
Tempoh pelaburan bagi dana RM2.4 bil / RM800 juta itu adalah dari tahun 2021 sehingga tahun 2025.
Pendek kata, sebahagian wang yang korang carum kat KWSP itu, masih sedang dipegang dan diurus oleh Blackrock yang dikatakan dimiliki oleh bangsa Y dari negara I itu kerana suatu langkah yang dibuat oleh PM8 pada 3 tahun yang lalu.
Korang tak tau kan, Abah pernah ambil duit korang dan bagi kat "syarikat Yahudi" untuk diurus?
EH.. BUKAN PEMBANGKANG KATA EKONOMI MERUDUM...?
Eh? Kalau ikut kata pengkhianat, lebai dan walaun, kan 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝘁𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗿𝘂𝗱𝘂𝗺? Tapi tiba-tiba keluar berita Malaysia jadi 𝗽𝗮𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗮𝘂𝘁𝗼𝗺𝗼𝘁𝗶𝗳 𝗸𝗲𝗱𝘂𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 dalam ASEAN. Tak pelik?
Sebenarnya memang tak pelik pun. Yang peliknya bila ada manusia yang 𝗽𝗲𝗿𝗰𝗮𝘆𝗮 𝗰𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻. Sebab makhluk tu satunya cuma pandai fitnah. Kedua, dorang kalau bab 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝘁𝗮𝗹 pandai la.
Berita ini menjadi indikasi bahasa ekonomi Malaysia berada 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗹𝗮𝗻𝗱𝗮𝘀𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹. Kerja memperbaiki ekonomi setelah 𝗱𝗶𝗷𝗮𝗵𝗮𝗻𝗮𝗺𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗣𝗡 perlu masa dan tanda-tanda positif begini adalah bukti harapan ini bukan angan-angan. Guane boh?
Raja Gelap II
RENTASAN 1597 | PANAS!! KINI PENJAWAT AWAM MASIH 'TERPERANGKAP' DALAM PE...
Anwar dibidas pemimpin Umno, Akmal 'mengamuk' - Ustaz menjawab, Wee 'sek...
NAFI PULAK…TAPI KENAPA BUKAN TAKIYUDDIN SENDIRI YANG BUAT PENAFIAN? TAKUT MAKAN SAMAN KA APA....LEBAI KELARAH BETOI HANG NI
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin
Hassan tidak pernah membangkitkan isu ‘homoseksual’ terhadap Perdana Menteri
Anwar Ibrahim, kata parti itu.
Sebaliknya, kata pengarah jabatan penerangannya Nadzir Helmi,
rakaman ceramah Takiyuddin sempena pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu sebelum
ini dikerat pendek, disunting dan dimanipulasi dengan niat jahat.
Katanya, hasil akhirnya tidak menggambarkan konteks keseluruhan yang hendak
disampaikan.
Terdahulu tersebar video ringkas di TikTok yang menunjukkan
Takiyudin mendakwa Anwar sebagai pengamal homoseksual tegar.
Nadzir berkata penelitian mereka mendapati Takiyudin hanya
mengulangi apa yang disebut oleh Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin berkenaan
“pembelaan” terhadap Anwar akibat dakwaan portal Itali Agenzia Nova.
“Ketahuilah ulasan yang disampaikan adalah berbentuk persoalan
apabila pihak YAB PMX belum lagi mengambil sebarang tindakan sedangkan nama baik
seorang perdana menteri wajar dibersihkan jika ia adalah sebuah fitnah yang
nyata.
“Itulah kandungan sebenar dalam
ucapan penuh tanpa disunting dan ternyata ia amat berbeza dengan fitnah yang
sedang berlegar seolah pemimpin PAS membuat kenyataan berkenaan tabiat seksual
yang ternyata dilarang dalam Islam,” katanya.
Menjawab tuduhan itu, Anwar pada Disember 2022 menyindir Hamzah
sebagai belum mendapat tarbiah (didikan) daripada Presiden PAS Abdul Hadi
Awang.
Hadi menghasilkan buku bertajuk Qazaf Mangsa Fitnah tidak lama
selepas Anwar didakwa di mahkamah atas pelbagai tuduhan pada akhir 1990-an,
ketika PAS mendukung gerakan reformasi.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil pula berkata laman
web yang dipetik Hamzah itu tiada kewibawaan dan tidak dibaca oleh orang Itali
sendiri.
Dalam kenyataan hari ini, Nadzir juga berkata PAS akan meneliti tindakan
undang-undang bagi memastikan penyunting video itu mendapat pengajaran.
Anwar pernah disabitkan bersalah dalam kes liwat tetapi dia
kemudian mendapat pengampunan penuh diraja daripada Yang di-Pertuan Agong pada
2018.
Sebelum ini, pemimpin popular PAS Muhammad Sanusi Md Nor telah
disaman oleh Anwar kerana didakwa memfitnahnya dalam kes liwat.
Mahkamah memberikan perintah injunksi inter-parte bagi
menghalang Menteri Besar Kedah itu mengulangi dan menerbitkan semula kenyataan
yang didakwa sebagai fitnah itu.
Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/705692
DR AKMAL PATUT DIJADIKAN KETUA MENTERI MELAKA
Dua hari lalu, Exco Kemajuan
Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, merangkap Ketua Pemuda UMNO
Malaysia, Dr Akmal Saleh menerjah sebuah sekolah agama di negeri itu yang
berdepan masalah kekurangan kerusi dan meja.
Berikutan masalah tersebut yang diterimanya daripada aduan ibu
bapa, seramai 34 murid di Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka
(JAIM) Ayer Merbau, terpaksa belajar dengan duduk di atas lantai.
Dalam video terjahannya itu, masalah tersebut dikatakan berlaku
susulan kelewatan pihak pengurusan Bahagian Pendidikan JAIM menyelesaikan
masalah terbabit.
Difahamkan, murid di sekolah itu terpaksa belajar di atas lantai
sejak sekolah mula dibuka awal Januari lalu.
Selepas menerjah dan kemudian menghubungi Pegawai Kewangan
Negeri Melaka dan seterusnya JAIM sendiri berjanji akan menyelesaikan masalah
tersebut dengan seberapa segera, Dr Akmal sebaliknya bertindak lebih pantas
dengan menyediakan sendiri kemudahan kerusi meja yang diperlukan itu.
Beliau menghantar sendiri 36 set kerusi dan meja ke sekolah
berkenaan semalam.
“Ini hadiah Hari Guru. Belajar rajin-rajin sayang.
“Kita beri dua set tambahan kerusi dan meja ini,” katanya sambil
dilihat mesra menepuk bahu beberapa murid dalam kelas berkenaan.
Dalam catatan di Facebooknya
juga, Dr Akmal menyatakan masalah ketiadaan kelengkapan asas di bilik darjah
sepatutnya diselesaikan segera tanpa berdepan kerenah birokrasi.
“Alhamdulillah, meja dan kerusi anak-anak selesai dalam tempoh
24 jam.
“Tidak perlu
tunggu (hingga) lapan bulan melayan birokrasi yang melampau.
Kemudian, berapa bulan lagi
masalah berkenaan baru benar-benar selesai tidak lagi diberi perhatian.
Tetapi berbeza dengan Dr Akmal, beliau menyelesaikannya dengan
segera dan turun pandang sendiri bagi memastikan ia berjaya diselesaikan dengan
penyelesaian yang sebenar.
Sekali lagi syabas diucapkan dan rakyat Melaka, meski masih
berbangga dengan nostalgia Hang Tuah dan Hang Jebat, adanya Dr Akmal patut
membuatkan mereka rasa bangga juga.
Dalam hal ini, kebetulan PRN Melaka dijangka akan diadakan dalam
tempoh lebih kurang setahun lebih saja daripada sekarang setelah PRN yang lalu
diadakan pada September 2021.
Berdasarkan gaya kepimpinan cemerlang, hebat, cekap, pantas dan
rajin yang ditunjukkan Dr Akmal, bahkan dalam banyak isu-isu lain, beliau juga
sentiasa lantang bersuara, maka kepimpinan UMNO wajar meletakkannya sebagai
Ketua Menteri Melaka selepas ini.
Bayangkan berapa banyak masalah rakyat di negeri Melaka akan
selesai dengan cepat, sekaligus membuatkan rakyat lebih gembira jika beliau
diletakkan menerajui kerajaan negeri? – ShahbudinHusin 17Mei2024.